Etelah Diteliti Dan Diperhalusi Secara Keseluruh

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

etelah diteliti dan diperhalusi secara keseluruh, kami telah memilih topik Gaya Hidup Sihat sebagai focus

kajian
kami bagi projek ini. Dalam perbincangan ini kami juga mengagihkan kerja-kerja kepada setiap ahli kumpulan
untuk memastikan kerjasama yang diperolehi setiap dari kami adalah adil dan saksama. Setiap dari kami juga
diberi tarikh untuk menyiapkan kerja masing-masing bagi memastikan kelancaran tugasan yang diberikan.

Kami sekumpulan telah berbincang untuk melakukan tinjauan bagi projek Pembangunan Diri I kami pada 26
Oktober 2013. Tinjauan ini bertajuk “Gaya Hidup Sihat: Satu Kajian Tentang Kesedaran Pelajar Terhadap Cara
Hidup Sihat yang Betul”. Sasaran kami ialah pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Hal ini demikian
kerana kami juga merupakan pelajar UKM dan ini akan memudahkan kami untuk melakukan tinjauan. Kawasan
pilihan kami ialah di sekitar Fakulti Undang-Undang dan juga kolej kediaman yang berdekatan. Kami memilih
FUU kerana kami mempunyai ramai kenalan di sana dan landskapnya yang juga sudah biasa bagi kami.

Bagi tujuan tinjauan ini, kami telah dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan 1 akan melakukan tinjauan
di sekitar FUU, manakala Kumpulan 2 bertanggungjawab melakukan tinjauan di kawasan kolej. Bagi Kumpulan
1, yang terdiri daripada 4 orang, kami telah mengedarkan sebanyak 50 helai kertas tinjauan kepada pelajar
Fakulti Undang-Undang. Kami juga telah menerangkan kepada mereka tujuan projek kami serta matlamat yang
ingin dicapai. Setelah semua kertas tinjauan di isi dan dikumpulkan, Kumpulan 2 telah memulakan tugas
mereka di kolej-kolej berdekatan. Kami telah mengedarkan kertas tinjauan serta menemuramah beberapa
orang pelajar mengenai cara hidup mereka serta sejauh mana pengetahuan mereka mengenai maksud cara
hidup sihat. Semua temuramah adalah dirakamkan.

Selepas melakukan tinjaun dengan cara mengedarkan borang dan menemu ramah para pelajar UKM, kami
telah berkumpul sekali lagi untuk mengumpulkan semua borang tinjauan dan juga menonton klip video
temuramah. Perjumpaan pada kali ini bertujuan untuk membolehkan kami melakukan andaian mengenai
kesedaran dan pengetahuan pelajar mengenai gaya hidup sihat.

You might also like