Adat Perkahwinan Melayu 2

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 43

ADAT PERKAHWINAN MELAYU

Khairul Azlin Binti Khairil Anwar 


3 Jujur 
BH 142 K132 
SMK Seksyen 9, Shah Alam 
Puan Siti Fatimah Kabri 

 PENGHARGAAN

 OBJEKTIF

 KAEDAH KAJIAN

 LAPORAN KAJIAN

o Latar Belakang Shah Alam

o Komposisi Penduduk

o Kemudahan Asas
 ADAT PERKAHWINAN MELAYU

o Tradisi Yang Dikaji

o Sebab-sebab Tradisi Diamalkan

o Cara Diamalkan

o Mas Kahwin

o Akad Nikah

o Adat Berinai

o Persiapan Majlis Persandingan

o Majlis Persandingan

o Perlaksanaan Selepas Diamalkan

o Kesan Daripada Tradisi Yang Dikaji


o Pengajaran Daripada Tradisi

 TOKOH

o Biodata Tokoh

o Latar Belakang Tokoh

o Latar Belakang Ahli-ahli Keluarga Tokoh

o Kejayaan Tokoh

o Keistimewaan Tokoh

o Cabaran & Pengalaman

o Pembentukan Malaysia

o Sumbangan Tokoh

o Kemangkatan Tokoh
 RUMUSAN

 Appendix

 Reference

PENGHARGAAN 
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
kepada beberapa pihak yang telah membantu saya menjayakan kerja kajian sejarah tempatan
ini.

Terutama sekali kepada Puan Siti Fatimah Kabri, guru sejarah saya yang telah memberi
bimbingan, panduan dan tunjuk ajar dari segi membuat kajian sejarah tempatan ini dengan
mengikut format yang ditetapkan.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak-pihak lain yang terlibat seperti
kakitangan perpustakaan Tun Uda, Shah Alam dan Muzium Shah Alam kerana telah
menunjukkan saya buku-buku dan risalah-risalah yang sesuai untuk dijadikan bahan rujukan.

Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa saya iaitu Khairil Anuar Haji Baharuddin dan Zaimah
Hamzah yang telah menyampaikan maklumat tentang ketokohan Tunku Abdul Rahman.
Selain itu mereka sanggup menghantar saya ke tempat-tempat tertentu dan mengeluarkan
sejumlah wang untuk membeli alatan.

Akhir sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada nenek saya Hapipah Haji Kadir
yang sudi ditemubual bagi memberikan sedikit maklumat tentang adat perkahwinan Melayu.
Terima kasih juga kepada rakan-rakan saya yang sudi mencari maklumat dan boleh bertukar-
tukar idea.

Sekali lagi saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang membantu saya
menjayakan Kajian Sejarah Tempatan ini.

top

OBJEKTIF 
Melalui kajian ini, saya berharap agar dapat memenuhi beberapa objektif kajian. Saya telah
membahagikan objektif-objektif kajian ini kepada dua kategori iaitu objektif umum dan
objektif khusus.

Objektif Umum

Objektif umum yang ingin dicapai ialah untuk mendedahkan diri kepada sejarah tokoh tanah
air iaitu Tunku Abdul Rahman dan cara-cara serta sebab-sebab adat perkahwinan Melayu
diamalkan. Selain itu, ini adalah untuk  memupuk perasaan cinta kepada tokoh dan bangga
dengan tradisikan yang diamalkan turun temurun.

Objektif Khusus

Antara objektif khusus yang ingin dicapai ialah untuk mengenal pasti penglibatan Tunku
Abdul Rahman dalam sejarah kemerdekaan tanah air dan latar belakang beliau, meneliti
pihak-pihak yang terlibat dalam adat perkahwinan dan mengetahui peralatan atau barangan
yang digunakan dalam tradisi ini.

Selain daripada itu,  mendalami sejarah Tunku Abdul Rahman dan adat perkahwinan Melayu
dapat memupuk perasaan cinta kepada tokoh dan bangga dengan tradisi bangsa.

top
 

KAEDAH KAJIAN 
Dalam usaha untuk mendapatkan maklumat tentang ketokohan Tunku Abdul Rahman dan
adat perkahwinan Melayu, saya telah menggunakan beberapa kaedah. Antaranya
termasuklah:

 menemuramah ayah saya Khairil Anuar Hj Baharuddin dan nenek saya Hapipah Hj
Kadir. Mereka telah memberi serba-sedikit maklumat mengenai zaman ketokohan
Tunku Abdul Rahman dan cara-cara adat perkahwinan dilaksanakan.
 merujuk kepada pelbagai jenis bahan rujukan sejarah. Saya telah menggunakan buku
sejarah tingakatan tiga untuk mencari tokoh dan majalah-majalah berkaitan dengan
adat.
 menggunakan peranan media massa seperti laman web dan televisyen. Laman web
banyak membekalkan maklumat dan gambar-gambar yang berguna. Rancangan 'adat
berzaman'telah banyak menyumbangkan dari segi kefahaman.
 perbincangan bersama rakan-rakan banyak membantu kerana kami dapat bertukar-
tukar idea untuk menambah kualiti kerja kursus sejarah ini.

top

LAPORAN KAJIAN 
Laporan Kajian :-
 Adat Perkahwinan Melayu
 Tunku Abdul Rahman

top

Latar Belakang Shah Alam


Pada tahun 1963, sebuah ladang kelapa sawit seluas 1700 hektar telah dipilih untuk dibangunkan menjadi bandar Shah Alam,
iaitu ibu negeri Selangor. Shah Alam terletak berhampiran dengan lebuhraya persekutuan "Federal Highway" yang
menghubungkan Kuala Lumpur dengan Klang. Pelan pembangunan Shah Alam diperuntukkan 917 hektar kawasan
perumahan dengan keluasan 40-50 hektar bagu tiap-tiap satu seksyen.

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) diamanahkan menjadi pemaju utama bandar Shah Alam. Jumlah penduduk
Shah Alam dijangka mencapai 220 000 pada tahun 2001. Menjelang tahun itu Shah Alam akan menjadi bandar yang moden
dan dapat menampung taraf kehidupan yang tinggi.

Pada tahun 1978, 7hb Disember, MPSA iaitu Majlis Perbandaran Shah Alam ditubuhkan untuk mentadbir dan memberikan
perkhidmatan kepada penduduk bandar ini. Dua kawasan baru iaitu Taman Sri Muda dan Hicom telah diwartakan ke dalam
kawasan MPSA. Maka terdapat 28 seksyen dalam bandar ini.

Pada 10 Oktober 2000 Shah Alam telah diwartakan menjadi MBSA iaitu Majlis Bandaraya Shah Alam.

top

Komposisi Penduduk
Jumlah penduduk di Shah Alam akan melebihi 500,000 menjelang tahun 2002. Seksyen yang paling ramai penduduknya ialah
seksyen U6 dengan seramai 24,280 orang. Ramai penduduk tertumpu pada kawasan ini kerana ia dilengkapi dengan pelbagai
jenis kemudahan awam dan infrastruktur yang baik. Seksyen yang kurang didiami oleh penduduk ialah seksyen 30 iaitu
seramai 240 orang. Kawasan ini baru dibuka dan dibina petempatannya pada tahu 2000. Jadi kuranglah kemudahan-
kemudahan awam.

Kaum yang paling banyak mendiami Shah Alam ialah kaum Melayu. Kaum yang kedua terbanyak ialah Cina. Tidak ramai
kaum lain yang mendiami Shah Alam kerana ia bukanlah kawasan peranginan yang ternama.

MELAYU CINA INDIA LAIN-LAIN


66.62% 17.56% 14.58% 1.23%
top
Kemudahan Asas
+ Tenaga Elektrik +

Shah Alam mendapat tenaga elektrik daripada stesen janakuasa elektrik Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Kapar, kilang yang
melalui empat fasa kemampuan maksimum 2000-3000 mega watt.

+ Bekalan air +

Skim Sungai Semenyih dengan kos RM 408 juta yang telah siap pada tahun 1986 telah dapat membekalkan air sebanyak 546
liter air sehari. Skim ini dapat memenuhi keperluan rumah di Lembah Klang termasuklah Shah Alam.

+ Sistem Komunikasi +

Shah Alam juga menawarkan pelbagai sistem komunikasi yang canggih seperti kemudahan pos laju, telegraf, telefon berkad
atau tunai, teleks, faksimili dan sebagainya.

+ Kemudahan Asas +

JENIS KEMUDAHAN      BIL JENIS KEMUDAHAN       BIL


Stadium 4 Klinik 49
Kompleks Sukan 3 Sekolah Menengah 14
Kompleks Akuatik 1 Sekolah Rendah 42
Taman Pertanian 1 Tadika 88
Tasik 3 Pusat Pengajian Tinggi 4
Taman Permainan 88 Balai Polis 8
Kelab Golf 9 Balai Bomba 2
Dewan Serbaguna 8 Gerai 645
Dewan Kecil 17 Pasar Basah 9
Masjid 22 Terminal Bas 2
Surau 39 Stesen Komuter 1
Tokong 18 Tenaga Nasional 1
Hospital 3 Telekom 1
top

ADAT PERKAHWINAN MELAYU 


Barangan Hantaran Tanda Penghargaan

top
 

Tradisi Yang Dikaji


Masyarakat Melayu begitu berpegang teguh dengan adat resam kerana ia dipercayai mempunyai kesan dalam kehidupan. Bagi
masyarakat Melayu, adat perkahwinan begitu dititikberatkan. Sesuatu upacara dalam peringkat perkahwinan itu akan
dijalankan dengan meriah dan penuh adat istiadat. Dalam adat perkahwinan masyarakat Melayu, terdapat beberapa peringkat
penting.

Untuk upacara merisik, saudara mara pihak lelaki akan merisik di rumah keluarga pihak perempuan. Adat meminang akan
dilakukan di rumah keluarga perempuan. Pihak keluarga lelaki akan menghantar satu rombongan meminang. Adat meminang/
pertunangan akan diadakan di rumah pihak perempuan. Akad nikah boleh dilakukan di masjid, pejabat kadi atau rumah
pengantin perempuan oleh Tok Imam atau Tok Kadi. Tempoh pertunangan adalah selama setahun. Adat berinai akan
dilakukkan selama 6 malam di rumah pengantin perempuan. Adat persandingan akan dilakukan di rumah pengantin
perempuan dahulu kemudian pengantin lelaki.

Kebiasaannya adat merisik akan dilakukan selepas pihak lelaki dan pihak perempuan saling mengenali. Adat bertunang,
meminang, akad nikah, berinai dan persandingan akan diadakan semasa cuti-cuti umum, cuti persekolahan.

Semasa majlis perkahwinan terdapat ramai pihak yang terlibat dengan adat ini. Semasa adat merisik, saudara mara terdekat
pihak lelaki, ibu atau ibu saudaranya diperlukan. Semasa adat meminang, ibu, bapa dan keluarga akan menghantar rombongan
ke rumah pihak perempuan serta saksi diperlukan. Semasa upacara berinai, saudara mara terdekat akan menjalankan 'Berinai
Curi', saudara mara, jiran dan sahabat handai akan menjalankan Berinai Curi.

Peralatan yang digunakan semasa adat perkahwinan ialah semangkuk bertih, semangkuk beras kunyit, sepiring inai, beberapa
tangkai daun seribu yang diikat dan semangkuk air tepung tawar untuk upacara menepung tawar. Bunga pahar iaitu bungan
telur diperlukan untuk diberikan kepada mereka yang menepung tawar. Bunga manggar diperlukan semasa mengarak
pengantin ke pelamin. Wang hantaran, mas kahwin dan hantaran hendaklah dihantarkan kepada pengantin perempuan oleh
pengantin lelaki, pengantin lelaki dan oleh pengantin perempuan.

top

Sebab-sebab Tradisi Diamalkan


Adat perkahwinan diamalkan kerana dipercayai hubungan suami isteri akan berkekalan selamanya. Selain itu, dalam Islam,
diwajibkan kepada suami isteri untuk diijabkabulkan oleh imam atau kadi secara sah. Dengan cara ini pengantin akan sah
pertalian suami isteri menurut Islam.

Selain daripada itu, adalah menjadi adat orang Melayu turun temurun mengahwinkan anak-anak mereka dimulai dengan
merisik, meminang, bertunang, akad nikah dan kemudian persandingan. Adalah menjadi budaya untuk berkahwin secara
besar-besaran dan meriah. Selain itu, perkahwinan mengikut adat dapat mengeratkan tali silaturrahim sesama kedua-dua belah
keluarga, dan dapat mengenali keluarga mentua dengan lebih mendalam.

top
Cara Diamalkan

Tepak sireh pembuka bicara

:: Adat Merisik ::

Adat ini juga dipanggil meninjau dan menengok. Tujuan adat ini dilakukan adalah untuk memastikan bahawa gadis yang
dihajati oleh seseorang lelaki itu masih belum berpunya. Ini penting kerana dalam Islam seseorang itu dilarang meminang
tunangan orang.

Di samping itu adat ini juga bertujuan untuk menyelidik latar belakang si gadis berkaitan dengan kemahiran rumahtangga,
adab sopan, tingkah laku, paras rupa serta pengetahuan agamanya. Lazimnya adat ini akan dijalankan oleh saudara mara
terdekat pihak lelaki seperti ibu atau bapa saudaranya.

Bagi pihak gadis pula, terdapat beberapa kriteria yang perlu dipertimbangkan sebelum menerima lamaran pihak lelaki.
Antaranya ialah lelaki tersebut perlulah mempunyai latar belakang agama serta mempunyai pekerjaan yang baik.
Adakalanya semasa merisik, wakil lelaki tersebut akan memberikan sebentuk cincin tanya berupa cincin belah rotan dan jika
pihak gadis bersetuju mereka akan menetapkan tarikh untuk peminangan.Walau bagaimanapun, adat merisik jarang dilakukan
lagi kerana pasangan tersebut telah berkenalan terlebih dahulu. Justeru itu, mereka akan terus melakukan adat meminang
untuk menjimatkan kos dan masa.

Pada masa dahulu, merisik tidak dilakukan oleh keluarga lelaki tersebut apatah lagi yang empunya diri. Ia akan dilakukan oleh
orang lain yang mungkin jiran kepada keluarga gadis itu. Biasanya gadisyang menjadi pilihan adalah mereka yang pandai
memasak, tahu menjahit, sulam-menyulam, bagaimanapun rupa paras bukanlah sesuatu yang dititikberatkan.

:: Adat Meminang ::

Setelah diketahui bahawa gadis tersebut belum berpunya, pihak keluarga lelaki akan menetapkan hari untuk menghantar satu
rombongan peminangan. Rombongan peminangan selalunya akan diwakili oleh saudara pihak lelaki yang terdekat.
Rombongan ini akan dilengkapi dengan sirih junjung. Waktu dahulu pembuka bicaranya merupakan pantun.

Keluar asap seperti bunga

Bunga berbentuk kembang melati

Serius benar tuan bertanya

Hajat apakah di dalam hati

Hisap rokok tembakau Yunnan

Keluar asap berbentuk melati

Hendak memetik bunga di taman

Itulah hajat di dalam hati

Walaupun pada hakikatnya kedua-dua pihak telah setuju, namun mengikut adat dahulu, kata putus akan diberikan beberapa
hari selepas rombongan tadi datang. Apabila kata sepakat telah dicapai barulah pinangan tadi diterima secara sah.
Perbincangan akan berkisar kepada perkara-perkara seperti duit hantaran dan jumlah barang iringan yang akan dibawa oleh
pihak lelaki. Mas kahwin biasanya akan ditentukan berdasarkan negeri asal atau tempat tinggal pihak perempuan.

Selain itu perbincangan juga berkenaan jumlah rombongan yang akan datang untuk upacara pertunangan supaya memudahkan
pihak perempuan menyediakan persiapan semasa majlis pertunangan kelak.

Pada waktu itu, akan ditentukan juga, sekiranya sudah bertunang pihak perempuan ingin memutuskan tali pertunangan
tersebut, dia akan membayar segala hanti rugi dua kali ganda sebagaimana yang diterimanya. Tetapi jika pihak lelaki yang
mungkir janji, segala wang hantaran tersebut akan dikira sebagai tebus ganti dan tidak akan dikembalikan.

:: Pertunangan ::

Selepas perbincangan diadakan majlis pertunangan akan diadakan. Pihak lelaki akan diwakili oleh ahli keluarga dan saudara
mara yang terdekat untuk upacara pertunangan tersebut di rumah pihak perempuan. Hantaran yang terdiri daripada tepak sireh
atau sireh junjung sebagai bingkasan utama, sebentuk cincin beserta hantaran lain seperti bunga rampai, buah-buahan, kuih
muih, pakaian dan lain-lain yang telah digubah akan diberi kepada pengantin perempuan.

Mengikut adatnya, sekiranya pihak perempuan mempunyai kakak yang masih belum berkahwin, hantaran untuknya juga akan
diberikan. Adat ini dipanggil langkah bendul. Bilangan hantaran juga agak unik kerana jumlahnya ganjil iaitu sama ada lima,
sembilan, tujuh, sebelas atau tiga belas. Ini kerana jumlah genap dikatakan memberikan implikasi yang tidak baik.

Jumlah hantaran yang diberikan oleh pihak perempuan pula akan melebihi jumlah hantaran pihak lelaki. Adat menghantar
belanja juga turut diadakan semasa adat pertunangan ini dijalankan. Namun begitu ada yang menjalankannya secara
berasingan daripada adat pertunangan iaitu mengadakannya beberapa minggu sebelum majlis persandingan diadakan.

Upacara itu akan dimulakan dengan wakil pihak lelaki menyerahkan tepak sireh kepada wakil pihak perempuan dan
menyatakan lamaran mereka secara rasmi. Pantun sering digunakan dalam upacara ini bertujuan untuk memeriahkan majlis.
Setelah pertunangan diterima secara rasmi, wakil kedua belah pihak akan berbincang tentang belanja perkahwinan, tempoh
pertunangan dan lain-lain hal berkaitan.

Tempoh bertunang lazimnya dalam masa setahun ataupun mengikut persetujuan kedua belah pihak. Satu perkara yang turut
dititikberatkan ialah berkenaan putus tunang. Sekiranya pihak lelaki yang memutuskan pertunangan tersebut, semua wang
hantaran dan belanja yang diberi kepada pihak perempuan dikira hangus.

Sekiranya pihak perempuan yang berbuat demikian, semua hantaran harus dikembalikan sebanyak dua kali ganda. Acara
kemuncak majlis pertunangan adalah adat menyarung cincin di mana wakil pihak lelaki yang terdiri dari ibu atau saudara
perempuannya akan menyarungkan cincin tanda ke jari manis gadis yang dilamar. Setelah itu rasmilah sudah pertunangan
tersebut.

top

Mas Kahwin
Mengikut masyarakat Melayu, mas kahwin merupakan pemberian ikhlas suami kepada isteri sebagai tanda penghargaannya.
Walau bagaimanapun. mas kahwin berbeza di antara satu negeri dengan negeri yang lain. Namun tidak semuanya mas kahwin
berupakan wang. Ada juga yang memilih untuk memberikan Al-Quran dan barang kemas untuk dijadikan mas kahwin.

Ini semua mengikut kemampuan seseorang. Biasanya, walaupun menerima mas kahwin dalam bentuk wang, isteri tetap akan
membelikan sesuatu yang boleh dijadikan kenangan seumur hidup.

 Selangor - RM 80
 Wilayah Persekutuan - RM 80
 Kelantan - RM 32
 Melaka - RM 40
 Johor    - RM 22.50

top

Akad Nikah
Akad nikah merupakan satu acara penting dalam perkahwinan masyarakat Melayu yang rata-ratanya beragama Islam. Ia
bukan satu adat tetapi lebih kepada ajaran agama dan merupakan kemuncak kesahihan sesuatu perkahwinan. Upacara ini
dijalankan selepas segala perjanijian yang dilakanakan seperti wang belanja, mas perkahwinan dan barangan lain sepertimana
yang dipersetujui oleh kedua belah pihak.

Akad nikah boleh dilakukan di masjid, di pejabat kadi ataupun di rumah pengantin perempuan akan dijalankan oleh tok kadi
atau tok imam. Di dalam upacara akad nikah, bapa pengantin perempuan perlu menjadi wali untuk menikahkan anaknya.
Walau bagaimanapun, dia juga boleh mewakilkannya kepada tok kadi atau imam,

Kebiasaannya majlis akad nikah akan dijalankan di rumah pengantin perempuan sehari sebelum majlis perkahwinan diadakan.
Pada hari tersebut, pengantin lelaki akan mengenakan baju melayu berwarna cerah dan majlis diadakan menyerupai majlis
pertunangan. Lazimnya sementara menanti kedatangan rombongan pengantin lelaki, majlis berzanji atau pukulan kompang
diadakan.

Sebelum upacara dijalankan, wang belanja, mas kahwin dan lain-lain hantaran diperiksa oleh tok kadi dan dua orang saksi
bagi pihak perempuan.

Seterusnya pengantin lelaki akan duduk di atas sebidang tikar ataupun di atas sebidang tikar ataupun di atas bantal di tengah-
tengah majlis. Tok imam atau tok kadi akan menemui pengantin perempuan di dalam bilik untuk bertanyakan sama ada dia
bersetuju atau tidak dengan pernikahan itu.

Tok kadi juga akan membacakan khutbah nikah dan menerangkan secara umum akan tanggungjawab suami isteri dan lain-
lain hal berkaitan rumah tangga dari sudut agama. Selepas itu tok Kadi atau imam akan melafazkan lafaz nikah sambil
berjabat tangan dengan pengantin lelaki dan pengantin lelaki dikehendaki mengulangnya sebaik sahaja tok Imam
menggoncangkan tangannya.

Lafaz nikah berbunyi 'Aku nikahkan dikau dengan....(nama pengantin perempuan) dengan mas kahwin sebanyak.....(mengikut
negeri) tunai' dan disambut oleh pengantin lelaki dengan lafaz berbunyi 'Aku terima nikahnya...(sama seperti yang dilafazkan
oleh tok kadi).'

Saksi akan mengesahkan sama ada lafaz tersebut jelas didengar atau tidak. Sekiranya tidak jelas, pengantin lelaki tersebut
akan mengulangnya sehingga saksi tersebut berpuas hati. Doa selamat akan dibaca sejurus selepas itu sebagai tanda
kesyukuran kerana kedua-dua mempelai telah selamat diijabkabul.

Selepas akad nikah, pengantin lelaki akan melakukan upacara membatalkan air sembahyang. Si suami akan menarungkan
cincin atau memakaikan rantai kepada isterinya yang menanti di dalam bilik yang dihias indah sambil keduanya bersalaman.
Adat ini dilakukan sebagai satu simbol bahawa pasangan tersebut telah sah diijabkabulkan.

top

Adat Berinai
Majlis berinai biasanya diadakan secara berperingkat-peringkat:-

)) Berinai Curi ((

Diadakan tiga malam sebelum majlis persandingan berlangsung untuk saudara mara terdekat sahaja.

)) Berinai Kecil ((

Diadakan dua malam sebelum majlis persandingan untuk saudara mara, jiran tetangga dan sahabat handai.

)) Berinai Besar ((

Diadakan satu malam sebelum hari langsung atau selepas akad nikah untuk para jemputan khas daripada pihak lelaki dan
pihak perempuan.

)) Upacara Berinai ((

Diadakan di rumah pengantin perempuan pada waktu malam didahului dengan pengantin lelaki duduk di atas pelamin. Ahli
keluarga bergilir-gilir menjalankan upacara berinai. Selepas itu pengantin perempuan duduk di atas pelamin dan upacara
berinai dijalankan.

Selepas adat berinai besar dijalankan, pengantin lelaki tidak akan bermalam di rumah pengantin perempuan, sebaliknya akan
terus pulang ke rumah ataupun sekiranya rombongan tersebut datang dari jauh, pengantin lelaki akan bermalam di rumah
penanggak, iaitu rumah yang berhampiran dengan rumah pengantin perempuan.

top

Persiapan Majlis Persandingan


                      :: Pelamin Yang Telah Siap Dihias ::

Sebelum majlis ini dijalankan, berbagai persiapan akan dijalankan termasuklah mendirikan bangsal, khemah tetamu,
menyiapkan pelamin dan bilik pengantin serta menyediakan bunga telur. Tetapi jika majlis persandingan diadakan di hotel,
orang yang terlibat dalam penghiasan pelamin hendaklah menyiapkan pelamin di hotel atau di dewan tersebut.

Pelamin haruslah diserikan dengan bunga-bunga hidup, kain-kain yang menarik dan lampu-lampu yang berwarna-warni.
Tujuannya ialah supaya pengantin akan nampak lebih berseri jika duduk di atas pelamin.

Pelamin juga turut dipanggil singgah sana di sini juga para keluarga dan tetamu yang hadir akan melaksanakan acara
menepung tawar kedua dua mempelai. Selain itu kek perkahwinan perlu ditempah untuk menyerikan lagi majlis persandingan.
Kek yang bertingkat adalah pilihan kedua mempelai. Acara ini dijalankan oleh kedua mempelai pada kemuncak majlis.

Adat dan seni mengundang tetamu tidak diremehkan dalam masyarakat Melayu. Pada zaman kesultanan Melayu, warkah
bertinta emas, daripada kulit asli, diberi kepada bakal tetamu. Golongan marhain, cukup sekadar jemputan lisan. Jikalau
berdaya, sirih sekapur yang dikendong di dalam bakul, dihulur seluruh kampung. Kini masyarakat moden memilih kad
pelbagai corak dan bentuk untuk mengundang tetamu. Hiasan reben, bunga comel dan warna menyerikan kad.

top
Majlis Persandingan

Majlis ini juga dikenali sebagai hari langsung atau hari bersanding. Ia merupakan kemuncak istiadat perkahwinan dan pada
hari inilah pengantin digelar raja sehari. Pada hari tersebut, majlis diadakan secara meriah dengan dihadiri oleh sanak saudara,
jiran tetangga dan sahabat handai. Kedua-dua mempelai akan memakai pakaian pengantin, lazimnya baju songket dan dihias
indah dengan perhiasannya sekali.

Pengantin perempuan akan diandam oleh mak andam sebelum persandingan bermula. Bagi mak andam tradisional, solekan
pengantin didahului dengan daun pudina, daun sireh dan daun serapah ditumbuk dan digosok pada kulit untuk memutihkan
kulit. Kemudian pengantin dijampi serapah untuk menaikkan seri muka pengantin dan diberi makan sireh untuk membuang
rasa gemuruh.

Ada juga pengantin yang dicukur bulu kening dan dipotong anak rambutnya supaya kelihatan lebih menarik. Adat mengasah
gigi juga dilakukan bertujuan untuk meratakan gigi. Namun adat ini tidak dilakukan oleh masyarakat Melayu hari ini.

Pengantin lelaki akan diarak dengan paluan kompang dan diiringi dengan bunga manggar dari rumah penanggak menuju ke
rumah pengantin perempuan. Kedatangan rombongan pengantin lelaki disambut dengan taburan beras kunyit.

Pengantin perempuan akan menyambut kedatangan pengantin lelaki dan kemudiannya pasangan pengantin akan dibawa ke
halaman rumah dan duduk di tempat khas yang disediakan. Pada kebiasaannya pencak silat atau juga dipanggil menyembah
pengantin akan diadakan. Selepas itu pengantin dibawa naik ke rumah untuk adat bersanding.

Di sesetengah tempat, pengantin lelaki terpaksa membayar tebus pintu atau tebus pelamin untuk mendapatkan pengantin
perempuan. Pengantin akan bersanding atas pelamin, dan di situlah pengantin akan ditepung tawar atau direnjis dengan para
tetamu yang hadir. Peralatan yang digunakan untuk upacara ini adalah semangkuk bertih, semangkuk beras kunyit dan
semangkuk air tepung tawar. Semasa menjalankan adat menepung tawar inai dicalitkan dan air tepung tawar direnjis ke tapak
tangan pengantin. Beras kunyit dan bertih ditabur di hadapan pengantin dan kepada para hadirin. Bunga telur diberikan
kepada mereka yang menepung tawar.

Seterusnya makan berdamai atau dipanggil makan beradab dijalankan. Majlis ini dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua
pihak. Selepas majlis selesai, kedua-dua pengantin akan bersalaman dengan kedua ibu bapa dan sanak saudara serta hadirin
yang datang.

top

Perlaksanaan Selepas Diamalkan


[ Mandi Sampat ]

Di sesetengah tempat, dua atau tiga hari selepas majlis perkahwinan, pasangan pengantin tersebut akan menjalani upacara
mandi sampat atau mandi limau. Upacara ini dilakukan sebagai simbol kedua pengantin telah selamat bersatu sebagai suami
isteri yang sah. Dalam upacara ini, kedua pengantin baru akan dimandikan dengan air mayang pinang, air kelapa dan air
limau. Kemudian air yang berlebihan disimbah kepada kanak-kanak yang berada di situ.

[ Adat Menyambut Menantu ]

Seminggu selepas itu, adat menyambut menantu atau mengundang menantu akan diadakan. Di sesetengah tempat, ia dipanggil
majlis bertandang. Majlis perkahwinan akan diadakan pula di rumah pengantin lelaki tetapi sambutannya tidaklah semeriah
majlis di rumah perempuan. Ada juga yang menjalankan majlis bertandang dengan mengadakan doa selamat yang dihadiri
oleh saudara mara dan jiran sekampung. Setelah beberapa hari di rumah pengantin lelaki, pasangan suami isteri tersebut akan
dibawa melawat ke rumah kaum keluarga dan sanak saudara. Tujuannya untuk merapatkan hubungan silaturrahim antara
keluarga. 

top

Kesan Daripada Tradisi Yang Dikaji


* Individu *

Apabila adat perkahwinan dijalankan secara berperingkat- peringkat seseorang individu itu dapat menyesuaikan dirinya dan
lama kelamaan seseorang itu akan lebih mengetahui tentang adat perkahwinan dengan lebih mendalam. Seseorang individu
dalam keluarga itu akan berkahwin dan menambahkan bilangan ahli keluarga dan seterusnya melahirkan zuriat. Selain itu,
seseorang itu akan bahagia di samping suami atau isteri.

* Masyarakat *

Dalam masyarakat, apabila adat perkahwinan dijalankan pasangan tersebut akan diberkati kedua ibu bapanya. Selain daripada
itu, bilangan orang akan bertambah kerana pertambahan bilangan keluarga. Masyarakat juga semakin maju kerana
perkahwinan yang sah akan mewujudkan perpaduan kaum.

* Tempat Tinggal *

Kesan daripada adat perkahwinan kepada tempat tinggal ialah tempat tinggal menjadi semakin ceria dan tidak kesunyian
kerana sudah berteman.

top

Pengajaran Daripada Tradisi


Kita hendaklah bersyukur ke hadrat Allah kerana dapat mencari pasangan dalam hidup. Kita tidak dapat hidup tanpa pasangan
abadi. Dengan adanya pasangan dalam hidup kita akan dapat bantuan. Pengajaran daripada perkahwinan ialah bersyukur
kerana dapat menjalankan hubungan sebagai suami isteri secara sah atau menurut syara'.

Adat perkahwinan hendaklah dijadikan pengajaran atau teladan kepada keluarga atau masyarakat. Ini adalah kerana
perkahwinan adalah kurniaan Allah kepada pasangan yang hendak mendirikan rumah tangga. Oleh itu jika sesiapa yang telah
berumahtangga tidak bolehlah bercerai atau bergaduh.

top

TOKOH 
 
 

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj

top

Biodata Tokoh

NAMA TOKOH Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Ibni Almarhum


Sultan Abdul Halim Hamid Syah
TARIKH LAHIR 8 Februari 1903
TEMPAT LAHIR Istana Kota Lama, Alor Setar Kedah
KEDUDUKAN DALAM Putera ke-6
KELUARGA
PENDIDIKAN AWAL Sekolah Inggeris Alor Setar Kedah
PENDIDIKAN AKHIR Inner Temple University England
(Jurusan Undang-undang tahun 1938)
KEISTIMEWAAN Perdana Menteri Malaysia Pertama
Presiden UMNO kedua
GELARAN Bapa Negara & Bapa Kemerdekaan
SUMBANGAN Mengisytiharkan kemerdekaan negara
TARIKH MENINGGAL DUNIA 6 Disember 1990
TEMPAT Hospital Besar Kuala Lumpur
top

Latar Belakang Tokoh


Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Syah dilahirkan pada 8 Februari 1903 di Istana Tiga
Tingkat (Istana Kota Lama), Alor Setar, Kedah. Beliau merupakan putera keenam dalam keluarganya.

Walaupun beliau merupakan seorang putera raja Kedah, kedudukannya tidak pernah menjadi penghalang kepadanya untuk
bergaul dengan sesiapa sahaja dari pelbagai keturunan dan kaum. Ini menunjukkan beliau adalah seorang yang bersikap mulia
dan berjiwa rakyat. Oleh itu, beliau sering dihormati dan mudah memperoleh kerjasama daripada orang lain.

Tunku Abdul Rahman adalah seorang yang berpelajaran tinggi dan pernah menuntut sehingga ke peringkat universiti di luar
negeri. Beliau menerima pendidikan terawal di sebuah sekolah Inggeris di Alor Setar dan menamatkan pendidikannya setelah
mempelajari jurusan undang-undang di Inner Temple, England pada tahun 1938.

Tunku Abdul Rahman telah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang pertama pada tahun 1957 selepas membawa
kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Selepas itu, gelaran 'Bapa Malaysia' dan 'Bapa Kemerdekaan' telah diberi kepadanya.
Sebelum itu, beliau pernah memegang beberapa jawatan dalam bidang politik. Kerjayanya telah bermula pada 10 Disember
1931 apabila beliau berkhidmat sebagai Penolong Pegawai Daerah Kulim, Kedah. Penglibatannya dalam bidang politik tamat
setelah beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia pada 22 September 1970. Selepas itu, beliau banyak
memberi sumbangan terhadap agama Islam.

top

Latar Belakang Ahli-ahli Keluarga Tokoh


Ahli keluarga Tunku Abdul Rahman terdiri daripada 32 orang. Bapanya mempunyai dua orang isteri. Tunku merupakan
putera yang ke-6 daripada isteri keduanya dan yang ke-24 daripada bapanya.

Nama bapa Tunku Abdul Rahman ialah Abdul Hamid Halim Shah. Beliau telah menaiki takhta kerajaan negeri Kedah pada
tahun 1881 dan telah mangkat pada tahun 1943. Nama ibu Tunku ialah Che Manjalara. Beliau berketurunan Siam dan Burma.
Namanya kemudian ditukar kepada Syarifah Fatimah setelah memeluk agama Islam, selepas berkahwin dengan bapa Tunku
Abdul Rahman. Nama isteri Tunku ialah Sharifah Rodziah bt. Syed Alwi Barakbah. Mereka berkahwin pada tahun 1939.

Ternyata Tunku mempunyai salasilah keluarga yang agak rumit. Selain daripada isterinya, salah satu dorongan kepadanya
untuk menjadi ahli politik yang berjaya adalah kerana beliau berasal daripada keturunan golongan berada dan juga mendapat
pendidikan yang baik daripada ahli keluarganya. Perkahwinannya dengan Tun Sharifah Rodziah bagaikan pinang dibelah dua
kerana kedua-duanya merupakan tokoh yang banyak berjasa kepada negara.

top

Kejayaan Tokoh
Semenjak kemenangan pilihan raya pada tahun 1955, Tunku telah diiktiraf sebagai seorang pemimpin yang berkebolehan.
Beliau seterusnya mengetuai rombongan kemerdekaan bagi Tanah Melayu. Akhirnya beliau berjaya mendapatkan persetujuan
British dan tarikh 31 Ogos 1957 ditetapkan sebagai tarikh kemerdekaan. Selepas kejayaan ini, beliau mula mendapat perhatian
masyarakat di seluruh dunia terutama media massa. Berbagai-bagai anugerah telah beliau terima dari universiti. Antaranya
ialah Universiti Malaya, Universiti Sydney di Australia, Universiti Araneta, Filipina, Universiti Saigon, Vietnam, Universiti
Islam Aligarh, India dan Universiti Kebangsaan Seoul, Korea.

Beliau juga menerima Ijazah Kehormat Doktor Persuratan dari Universiti Oxford, England pada tahun 1970, Ijazah Kehormat
Pentadbiran Awam dari Universiti of Songkhla, Thailand pada tahun 1977. Beliau juga menerima penghormatan pangkat dan
darjah kebesaran dari kerajaan, sama ada dalam negeri atau di luar negeri. Antaranya termasuklah Order of Istiqal, Maghribi
pada tahun 1957, Darjah Utama Negeri Kedah pada tahun 1958, Order of Khim Khanh, Vietnam (1958), Seri Paduka
Mahkota Brunei (S.P.M.B) dan Grand Cross of The Royal Order of Sahametrai, Cambodia.

Ternyata Tunku mula dihormati dan dikenali selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Beliau sering menerima
penghargaan daripada rakyat dan kerajaan. Ini menunjukkan bahawa sumbangan beliau sentiasa dikenang dan gelaran 'Bapa
Merdeka' tidak akan luput ditelan zaman.

Tunku telah meminati bidang sukan sejak kecil lagi. Sukan yang paling beliau minati ialah menunggang kuda dan bermain
golf. Tetapi, beliau paling aktif dalam permainan bola sepak. Beliau telah dilantik menjadi Presiden Persatuan Bola Sepak
Selangor dan Presiden Kehormat (Seumur Hidup) Persatuan Bola Sepak Malaysia pada 14 Februari 1954. Pada 31 Ogos 1957,
Tunku telah mengasaskan Pesta Bola Merdeka dengan tujuan menggalakkan perkembangan bola sepak Asia dan seterusnya
memupuk persahabatan di kalangan negara-negara peserta. Beliau telah dilantik menjadi Presiden Persekutuan Bola Sepak
Asia di Tokyo, Jepun. Selepas bersara, beliau dianugerahkan gelaran 'Tokoh Sukan Negara' oleh
kerajaan. Kecemerlangan beliau dalam bidang sukan turut diiktiraf oleh negara-negara luar di mana beliau dianugerahkan
'Sijil United States Distinguished Service Awards' oleh Lembaga Amanah 'United States Sports Academy' pada 30 November
1981.

Kejayaan beliau dalam sukan akan membawa semangat dan memupuk bakat-bakat baru di kalangan generasi muda dalam
bidang sukan. Ini secara tidak langsung akan turut memberi sumbangan besar terhadap perkembangan sukan tanahair.

top

Keistimewaan Tokoh
Tunku Abdul Rahman merupakan seorang yang mempunyai sifat-sifat istimewa di sebalik kejayaannya. Dalam pergaulan,
beliau memiliki daya pergaulan yang baik dan mempunyai sikap baik hati, arif dalam membuat pertimbangan, berjiwa rakyat,
setia kepada sahabat-sahabatnya, rendah diri, murah hati, belas kasihan dan bertanggungjawab.

Tunku Abdul Rahman telah menunjukkan bakat kepimpinannya sejak menjadi Pegawai Daerah. Beliau sanggup memperbaiki
kesihatan penduduk-penduduk di luar bandar yang diserang penyakit malaria dan membela pemandu-pemandu teksi di Sungai
Petani. Beliau telah menubuhkan sebuah rumah perlindungan sementara yang dikenal sebagai 'Rumah Miskin' untuk pelarian-
pelarian terselamat dari 'Landasan Keretapi Maut Siam'. Ini telah membuktikan bahawa beliau memiliki semua sifat-sifat
tersebut.

Tunku juga berminat dalam bidang seni dan kebudayaan negara. Sebelum menjadi Perdana Menteri, beliau bercita-cita
menjadikan Kuala Lumpur sebagai pusat budaya. Pada 27 Ogos hingga 30 Ogos 1969, beliau telah menganjurkan Persidangan
Antarabangsa Drama dan Muzik Tradisional Asia Tenggara dengan tujuan menonjolkan kebudayaan Melayu di mata dunia.

Beliau juga aktif dalam bidang perfileman. Sebanyak tiga buah karya yang dihasilkan oleh beliau telah difilemkan iaitu filem
Mahsuri, Raja Bersiong dan Sumpahan Mahsuri. Filem Raja Bersiong merupakan antara filem hasil karya beliau yang
mendapat perhatian ramai kerana merupakan filem Melayu berwarna yang pertama di Malaysia. Filem ini bertujuan mengutip
derma bagi Tabung Tugu Peringatan Rosli Dhobie.

Tunku Abdul Rahman merupakan seorang tokoh yang boleh dinilai dari pelbagai aspek perwatakan dan sifat-sifat peribadi
yang tersendiri serta lebih istimewa daripada orang lain. Beliau boleh disifatkan sebagai seorang tokoh dan pemimpin yang
boleh dicontohi. Keistimewaan beliau adalah sukar dicari ganti untuk selama-lamanya.

top

Cabaran & Pengalaman


Sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman sudah yakin bahawa beliau perlu menghadapi
pelbagai cabaran dan rintangan untuk mencapai tujuan ini. Apabila beliau dilantik sebagai Presiden UMNO, tanpa berlengah-
lengah lagi beliauberikhtiar untuk mendapatkan kemerdekaan bagi Tanah Melayu. Tetapi,cabaran yang terpaksa dihadapinya
ialah untuk menyatupadukan parti-parti kaum lain bagi mencapai tujuan ini. Oleh itu, beliau membentuk Parti Perikatan
dengan menggabungkan UMNO-MCA. Cadangan ini berjaya memenangi Pilihanraya Majlis Bandaran Kuala Lumpur pada
tahun 1952. Kejayaan ini menarik perhatian MIC untuk menyertai gabungan ini. Tahun 1955 merupakan tahun yang menjadi
ujian sebenar bagi Tunku . Parti Perikatan perlu memenangi pilihan raya kali ini untuk membuktikan kepada kerajaan British
bahawa tanah air kita yang terdiri daripada berbilang kaum sudah bersedia untuk merdeka.

Pada masa itu, Tunku Abdul Rahman berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan pemilihan majoriti.Beliau membuat
lawatan hampir ke seluruh Tanah Melayu tanpa mengira penat dan lelah. Akhirnya beliau berjaya merintasi halangan ini
dengan memenangi pilihanraya itu. Beliau telah mengetuai Rombongan Merdeka ke London pada tahun 1956. Kerajaan
British telah bersetuju dan menetapkan tarikh 31 Ogos 1957 sebagai tarikh kemerdekaan. Tunku Abdul Rahman berjaya
membuktikan betapa pentingnya persefahaman kaum di kalangan rakyat Tanah Melayu.

Pada 27 Mei 1961, Tunku telah mengemukakan cadangan untuk menggabungkan Tanah Melayu, Singapura, Sabah, Sarawak
dan Brunei bagi membentuk negara Malaysia. Idea tersebut mendapat sokongan daripada negara-negara tersebut kecuali
Brunei. Dalam pada itu, pada 31 Julai tahun yang sama, Tunku telah mengasaskan ASA (Association of South-East Asian
States) yang terdiri daripada Tanah Melayu, Filipina dan Thailand. Pada 6 Januari 1962, kerajaan Persekutuan Tanah Melayu
dan Britain telah menubuhkan Suruhanjaya Cobbold bagi meninjau reaksi rakyat Sabah dan Sarawak mengenai pembentukan
Malaysia. Akhirnya, Malaysia dibentuk pada 9 Julai 1963 dengan menggabungkan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan
Sarawak. 

MAPHILINDO yang dianggotai oleh Malaysia, Filipina dan Indonesia dibentuk pada 11 Jun 1962. Namun begitu, persatuan
ini tergugat apabila berlaku konfrontasi Malaysia-Indonesia sebaik sahaja pengisytiharan Malaysia pada 16 September 1963.
Dalam usaha untuk menyelesaikan masalah ini, Tunku sekali lagi dihampakan apabila Singapura memutuskan untuk 
meninggalkan Persekutuan itu pada 9 Ogos 1965.

Walaupun beliau menghadapi pelbagai masalah dan rintangan, beliau tidak pernah menyerah kalah. Dengan bantuan Tan Sri
Ghazali Shafie, beliau berjaya mengatasi konfrontasi antara Malaysia dengan Indonesia dan Filipina. Satu perjanjian untuk
menamatkan konfrontasi ini ditandatangani dengan Indonesia pada 2 Jun 1966 dan Filipina pada 3 Jun tahun yang sama. 

top

Pembentukan Malaysia

Pada bulan September, wilayah negara telah diperluaskan dengan penubuhan Malaysia
mengikut cadangan Tunku supaya semua negeri-negeri di baah pemerintahan British di
Asia Tenggara digabungkan ke dalam sebuah persekutuan bersama-sama dengan Malaya.
Atas jasanya itu, Tunku diberi gelaran Bapa Malaysia.

Dalam penubuhan Malaysia ini, tidak disangka-sangka mendapat tentangan hebat dari
rejim Sukarno. Maka dengan itu, berlakulah konfrontasi antara dua negara serumpun
dan tamat hanya apabila rejim itu diguling pada bulan Oktober 1955 oleh tentera. Di
samping itu, Malaysia menghadapi tuntutan ke atas wilayah Sabah oleh kerajaan
Filipina yang berlanjutan hingga ke hari ini.
 
Dalam keadaan negara menghadapi ancaman dari luar, tercetus pula satu siri
pergolakan politik yang hebat dalam negeri, melibatkan kerajaan pusat di bawah
pimpinan Perikatan dengan kerajaan Singapura pimpinan PAP. Pimpinan PAP menjalankan
kempen yang meluas di dalam dan luar negeri bagi memburukkan kerajaan pusat.
Akibatnya permusuhan orang melayu dan orang cina makin bertambah dan boleh mencapai
paras bahaya. Tunku mengambil keputusan untuk menyingkirkan Singapura dari Malaysia.
 
Menjelang tahun 1969, ketegangan antara kaum di Semenanjung Malaysia nampak semakin
jelas. Parti-parti baru berasas bukan melayu bagi mencabar konsep politik yang ada
dan elemen-elemen komunis bergerak semakin aktif mengambil peluang dari keadaan yang
ada itu.
 
Untuk mengelakkan ketegangan kaum ini, Tunku telah dengan berat hati mengampuni 11
orang pemuda, 9 daripadanya Cina yang telah dihukum mati oleh mahkamah kerana
bersubahat dengan pihak musuh di waktu Konfrontasi Indonesia dahulu. Tetapi
kemurahan hati Tunku ini telah disalahertikan oleh parti-parti pembangkang sebagai
kelemahan. Suasana perkauman bertiup sampai kemuncak dan meletus dalam peristiwa 13
Mei 1969.
top

Sumbangan Tokoh
Sepanjang penglibatan beliau dalam politik, Tunku banyak memberi sumbangan kepada
bangsa dan negara. Beliau merupakan pembina bangsa dan cuba menyatukan rakyat Tanah
Melayu yang berbilang kaum untuk menentang kerajaan British dan menuntut
kemerdekaan. Demi perpaduan Tanah Melayu,beliau sanggup menyuarakan bantahan
terhadap Malayan Union dan menghadiri perjumpaan-perjumpaan menentang Malayan Union
di Alor Setar, Kedah serta mengorbankan kerjayanya untuk mengambil alih teraju
kepimpinan UMNO. Sebagai seorang tokoh yang berjaya, beliau turut dikenal sebagai
Bapa Keamanan dan Perpaduan kerana sikapnya yang cintakan keamanan dan perpaduan.
 
Beliau sanggup menerima sebarang halangan dan cabaran demi perpaduan negara. Sebagai
contoh, pada tahun 1955, Tunku sebagai ketua menteri telah mewakili kerajaan British
untuk menghadiri Rundingan Baling yang dianjurkan oleh pihak Parti Komunis Malaya.
Walaupun rundingan ini gagal, tetapi telah mencipta imej beliau sebagai pecinta
kedamaian. Tunku akhirnya membuktikan beliau sebagai pemimpin Malaysia yang paling
berjaya apabila beliau berjaya menyatupadukan rakyat Malaysia dan mencapai
kemerdekaan bagi Tanah Melayu. Kejayaan beliau menunjukkan beliau sanggup berkorban
untuk negara demi menyelesaikan masalah politik. Sumbangan beliau merupakan satu
pengorbanan yang tidak terkata nilainya dalam sejarah politik negara.
 
Tunku Abdul Rahman banyak memberi sumbangan terhadap perkembangan agama Islam.
Beliau banyak melibatkan diri dengan usaha-usaha mengasas pertandingan membaca Al-
Quran. Beliau pernah menjadi presiden Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM)
apabila persatuan itu ditubuhkan pada 29 Ogos 1960. Atas kebolehan dan daya usaha
gigihnya, beliau berjaya meletakkan PERKIM sebagai sebuah pertubuhan yang terkemuka
dan dihormati oleh semua negara Islam. beliau  telah dilantik sebagai Setiausaha
Agung Sekretariat Negara-negara Islam di Jeddah yang pertama pada 9 Jun 1970.
 
Di bawah pimpinan beliau, pertubuhan ini berjaya menarik lebih 41 buah negara Islam
menyertainya. Selepas bersara, beliau masih aktif dalam menyumbangkan tenaga demi
perkembangan Islam. Pada 18 Januari 1980, beliau telah dilantik menjadi Presiden
Regional Islamic Council for South East Asia and The Pacific (RISEAP) yang pertama
oleh perwakilan di Persidangan Negara-negara Islam. Segala jasa dan sumbangan yang
beliau curahkan akhirnya membolehkan beliau mendapat penghargaan dari negara
Pakistan dengan Anugerah Hijrah pada bulan Mac 1983, dan Anugerah Al-Malik Faisal
dari negara Arab Saudi pada tahun yang sama.
 
Tunku adalah seorang pejuang Islam yang sangat berjaya.Taraf beliau selaku tunggak
atau teraju utama sudah mampu membuktikan betapa berat tugas dan tanggungjawabnya
top

Kemangkatan Tokoh
Pada 6 Disember 1990, Tunku Abdul Rahman telah meninggal dunia pada usia 87 tahun di Hospital Besar Kuala Lumpur.
Pihak kerajaan telah mengiktiraf 'Istiadat Pengebumian Negara' kepada beliau. Sebelum itu, wasiat beliau telah menyatakan
bahawa istiadat pengebumiannya perlu diadakan di Makam Diraja, Jalan Langgar, Alor Setar, Kedah iaitu tempat
pengebumian datuk dan neneknya.

Keesokannya, bersamaan 7 Disember 1990, jenazah beliau telah diberi penghormatan terakhir oleh orang ramai di dewan
Bankuasi, Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. Yang Dipertuan Agong Sultan Shah dan Raja Permaisuri turut menyertai
perarakan  bersama-sama orang ramai yang diketuai oleh polis trafik di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

Selepas itu, jenazah beliau pun diterbangkan ke Alor Setar dengan pesawat TUDM di stesen TUDM, Sungai Besi. Setibanya
di sana, jenazahnya diberi penghormatan terakhir oleh Sultan dan Sultanah Kedah di Balai Besar, Alor Setar,Kedah sebelum
diusung menuju makam Diraja untuk menjalankan istiadat pengebumian. Pemergiannya merupakan suatu kehilangan yang
besar dan jasanya akan sentiasa di kenang oleh rakyat Malaysia. 

top

RUMUSAN 
Pengalaman saya semasa mendapatkan bahan rujukan untuk tajuk yang saya kaji ialah
semasa berada di perpustakaan Tun Uda Shah Alam. Saya dapati bahawa penyelaras
perpustakaan banyak memberi petunjuk tentang bahan-bahan rujukan yang berkaitan dengan
tajuk yang saya kaji. Saya juga terperanjat bahawa ibu saudara saya sanggup
menyumbangkan keratan gambar tentang adat perkahwinan. Kakak saudara saya sanggup
meminjamkan KST tahun lepas sebagai petunjuk.

Selain daripada itu, saya mendapat faedah daripada tradisi yang saya kaji. Antaranya saya
dapat mempelajari dengan lebih mendalam tentang adat perkahwinan dan cara-cara
perlaksanaannya. Saya dapat mengenali tokoh yang saya kaji serta sejarah ketokohannya iaitu
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Saya telah mendapat kepuasan semasa menjalankan kajian ini kerana saya dapat mengenali
tokoh dan adat perkahwinan yang saya kaji dengan lebih mendalam. Selain daripada itu, saya
mendapat kepuasan membuat kajian dengan bantuan tunjuk ajar guru sejarah saya dan kakak
saudara saya.

top

Appendix 
Mas Kahwin :: Rehal dan Al-Quran 
Adat Merenjis dan Menepung Tawar 
Dewan Persandingan Yang Telah Siap Dihias  
Hiasan Di Kamar Mempelai 
Warkah Jemputan Walimatul Urus 
Sirih Junjung Digunakan Untuk Menyampaikan Hajat  
Melafazkan Akad Nikah 
Membaca Doa Selamat Sebagai Tanda Kesyukuran  
Pemberian Mas Kahwin 
Rombongan Parti Perikatan ke London Untuk Menuntut Kemerdekaan  
Keputusan Pilihanraya 1955 
Struktur Kerajaan Pusat Yang Ditubuhkan Oleh Tokoh

top

Reference 
Perpustakaan Negara Malaysia, Warisan Budaya Malaysia. 01 May 2002
<http://www.pnm.my/malaysiana/01/01010201.htm>. 
mycity.com.my, Mycity Hall of Fame- Tunku Abdul Rahman. 30 May 2001
<http://www.mycity.com.my>.

top

ADAT ISTIADAT PERKAHWINAN MELAYU

Hani Zulaikha Bt Zulkifly 


3 Harmoni 
BH 142 K079 
Sek. Men. Seksyen 9, Shah Alam. 
15 April 2002
 PENGHARGAAN

 OBJEKTIF KAJIAN

 KAEDAH KAJIAN

 LAPORAN KAJIAN

o Lokasi dan Latarbelakang Tempat Kajian

o Tradisi Yang Dikaji

o Sebab Tradisi Diamalkan

o Cara Diamalkan

o Kesan Daripada Tradisi Yang Dikaji

o Pengajaran
 TOKOH

o Biodata & Kejayaan

o Iktibar

 RUMUSAN

 Appendix

 
 

PENGHARGAAN 
Saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dapat menyiapkan Kajian Tradisi
Setempat ini dalam jangkamasa yang telah ditetapkan. Di sini, saya ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru sejarah kelas 3 Harmoni di
atas penerangan beliau yang jelas dan terang, yang sedikit sebanyak telah
membantu dalam pembikinan buku skrap ini. Tidak lupa juga kepada kedua
ibubapa saya selaku penyumbang modal bagi projek sejarah ini. Kepada
rakan-rakan saya yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung
dan sentiasa membantu saya serta memberi idea-idea bernas kepada saya,
terima kasih saya ucapkan. Bagi mengakhiri ucapan saya ini, terimalah
serangkap pantun daripada saya.

Kucing tidur di atas batu


Mengidamkan katil bersama alas

Kepada semua yang membantu

Pengorbanan anda tak dapat ku balas

top

OBJEKTIF KAJIAN 
Objektif saya dalam proses penyiapan kerja kursus ini ialah untuk
mengetahui adat istiadat dan tradisi tempatan negara kita dengan lebih
mendalam, di samping cuba mengekalkan tradisi tersebut dari terhapus
begitu sahaja, memandangkan zaman ini sedang menuju ke arah
kemodenan. Selain itu, Penilaian Kerja Khusus juga berupaya untuk
seseorang pelajar mengenali tokoh-tokoh yang telah banyak berkorban
untuk negara serta menjadikan pengalaman mereka sebagai iktibar.

top

KAEDAH KAJIAN 
Dalam proses pembikinan Penilaian Kerja Khusus Sejarah ini, saya
mengunakan kaedah rujukan untuk mengkaji tradisi perkahwinan orang
Melayu yang diperolehi daripada majalah RIAS keluaran bulan April dan
September 2001. Manakala maklumat mengenai tokoh sejarah telah saya
perolehi dengan mengadakan lawatan ke Muzium Shah Alam pada 6 April
2002 yang lalu.

top

LAPORAN KAJIAN 
Adat Istiadat Perkahwinan Melayu

top

Lokasi dan Latarbelakang Tempat Kajian


Saya menjalankan kajian mengenai adat istiadat perkahwinan Melayu di Shah Alam. Antara wadah-
wadah yang telah saya lawati untuk mendapatkan maklumat mengenai adat-adat perkahwinan ini
ialah Perpustakaan Negeri dan Muzium Shah Alam. Hasil daripada statistik yang telah saya perolehi,
penduduk Melayu di sekitar Shah Alam ialah sebanyak 60%. Di sini, terdapat pelbagai kemudahan
asas seperti perpustakaan awam dan muzium. Perpustakaan memudahkan pelajar untuk mencari
maklumat di samping menelaah pelajaran. Di sini terdapatnya sistem pinjaman buku yang disediakan
bagi menjadi rujukan oleh pelajar. Cyber Cafe juga disediakan untuk mereka mendapatkan maklumat
daripada laman web-laman web yang berkaitan dengan aspek yang dikaji. Pihak perpustakaan awam
menyediakan juga mesin fotostat yang dapat digunakan oleh pelajar jika tidak mempunyai kad
pinjaman.

top

Tradisi Yang Dikaji


Tradisi yang saya kaji ialah Tradisi Perkahwinan Melayu. Tradisi ini diamalkan hampir seluruh Malaysia.
Masa diamalkan tidak dapat ditentukan kerana ia terpulang kepada individu yang ingin berkahwin itu
sendiri. Dalam tradisi ini, pihak yang terlibat. di antaranya ialah pihak perempuan, pihak lelaki, mak
andam, tok imam dan sebagainya yang terdapat dalam tajuk 'cara diamalkan'. untuk tradisi ini, tepak
sirih, sirih junjung, tepung tawar, merupakan antara peralatan penting yang diperlukan. Jika tidak,
anda dianggap kurang sopan. Terdapat banyak lagi maklumat yang boleh diketahui di dalam. Teruskan
membaca sehinggalah ke lampiran.

top
Sebab Tradisi Diamalkan
Salah satu sebab tradisi ini diamalkan adalah adat. Sejak zaman pemerintahan Parameswara lagi adat
istiadat perkahwinan melayu diamalkan. Jadi, tidak mustahillah jika adat ini diteruskan lagi oleh
generasi kini dan akan datang. Suatu perkahwinan, tidak kira bangsa apa pun, sememangnya penuh
dengan adat istiadatnya yang tersendiri. Begitu jugalah dengan adat perkahwinan Melayu yang
merupakan suatu upacara yang panjang lebar dan memerlukan belanja yang besar. Namun begitu,
banyak istiadat dianggap sangat rumit dan sukar diikuti. Pandangan ini membuatkan adat yang tidak
mustahak ditinggalkan.

Aspek agama juga merupakan di antara sebab tradisi diamalkan. Adat perkahwinan Melayu amata
berkait rapat dengan agama Islam. Ini dapat dibuktikan apabila orang Melayu dilarang berkahwin
dengan orang bukan Islam kecuali jika orang bukan Islam itu memeluk agama Islam. Selain itu, bakal
pengantin juga perlu menjalani kursus perkahwinan yang berdasarkan Perkara Asas Fardhu Ain (PAFA)
bagi menyemai tanggungjawab bakal pengantin sebagai seorang suami dan isteri yang soleh.

top

Cara Diamalkan
:: Persediaan Sebelum Diamalkan ::

Adat Merisik

Sebelum pihak lelaki meminang gadis yang dipilihnya, mereka akan merisik terlebih dahulu untuk
mengetahui sama ada gadis tersebut sudah berpunya ataupun belum.Biasanya orang tengah akan
dijadikan medium bagi mewakili pihak lelaki yang selalunya terdiri daripada kaum keluarga terdekat,
jiran tetangga dan kadang-kala digunakan juga khidmat mak andam. Dengan merisik, pihak lelaki
akan dapat mengetahui serba sedikit mengenai latar belakang keluarga, pendidikan, serta
pengetahuan gadis tersebut dalam menguruskan rumahtangga. Hasil daripada perisikan akan
disampaikan kepada pihak lelaki.

Adat Meminang

Jika hati sudah berkenan, kedua-dua pihak juga bersetuju, umpama bulan jatuh ke riba. Pihak lelaki
kemudiannya menghantar rombongan untuk meminang si gadis. Terpulang kepada mereka sama ada
ingin menghantar wakil ataupun ibu pengantin lelaki untuk hadir meminang. Majlis ini adakalanya
dihadiri kaum keluarga terdekat sahaja. Bersama rombongan, di bawa bersama tepak sirih sebagai
pembuka adat dan beberapa hantaran untuk diberikan kepada pihak perempuan. Ada juga yang
memberi cincin belah rotan sebagai tanda janji.

Adat Bertunang

Selepas perbincangan diadakan majlis pertunangan akan diadakan. Pihak lelaki akan diwakili oleh ahli
keluarga dan saudara mara yang terdekat untuk upacara pertunangan tersebut di rumah pihak perempuan.
Hantaran yang terdiri daripada tepak sireh atau sireh junjung sebagai bingkasan utama, sebentuk cincin
beserta hantaran lain seperti bunga rampai, buah-buahan, kuih muih, pakaian dan lain-lain yang telah
digubah akan diberi kepada pengantin perempuan.
 
Mengikut adatnya, sekiranya pihak perempuan mempunyai kakak yang masih belum berkahwin, hantaran
untuknya juga akan diberikan. Adat ini dipanggil langkah bendul. Bilangan hantaran juga agak unik kerana
jumlahnya ganjil iaitu sama ada lima, sembilan, tujuh, sebelas atau tiga belas. Ini kerana jumlah genap
dikatakan memberikan implikasi yang tidak baik.
 
Jumlah hantaran yang diberikan oleh pihak perempuan pula akan melebihi jumlah hantaran pihak lelaki.
Adat menghantar belanja juga turut diadakan semasa adat pertunangan ini dijalankan. Namun begitu ada
yang menjalankannya secara berasingan daripada adat pertunangan iaitu mengadakannya beberapa minggu
sebelum majlis persandingan diadakan.
 
Upacara itu akan dimulakan dengan wakil pihak lelaki menyerahkan tepak sireh kepada wakil pihak
perempuan dan menyatakan lamaran mereka secara rasmi. Pantun sering digunakan dalam upacara ini
bertujuan untuk memeriahkan majlis. Setelah pertunangan diterima secara rasmi, wakil kedua belah pihak
akan berbincang tentang belanja perkahwinan, tempoh pertunangan dan lain-lain hal berkaitan.
 
Tempoh bertunang lazimnya dalam masa setahun ataupun mengikut persetujuan kedua belah pihak. Satu
perkara yang turut dititikberatkan ialah berkenaan putus tunang. Sekiranya pihak lelaki yang memutuskan
pertunangan tersebut, semua wang hantaran dan belanja yang diberi kepada pihak perempuan dikira hangus.
 
Sekiranya pihak perempuan yang berbuat demikian, semua hantaran harus dikembalikan sebanyak dua kali
ganda. Acara kemuncak majlis pertunangan adalah adat menyarung cincin di mana wakil pihak lelaki yang
terdiri dari ibu atau saudara perempuannya akan menyarungkan cincin tanda ke jari manis gadis yang
dilamar. Setelah itu rasmilah sudah pertunangan tersebut.
 
Adat Akad Nikah
 
Akad nikah merupakan satu acara penting dalam perkahwinan masyarakat Melayu yang rata-ratanya
beragama Islam. Ia bukan satu adat tetapi lebih kepada ajaran agama dan merupakan kemuncak kesahihan
sesuatu perkahwinan. Upacara ini dijalankan selepas segala perjanijian yang dilakanakan seperti wang
belanja, mas perkahwinan dan barangan lain sepertimana yang dipersetujui oleh kedua belah pihak.
 
Akad nikah boleh dilakukan di masjid, di pejabat kadi ataupun di rumah pengantin perempuan akan
dijalankan oleh tok kadi atau tok imam. Di dalam upacara akad nikah, bapa pengantin perempuan perlu
menjadi wali untuk menikahkan anaknya. Walau bagaimanapun, dia juga boleh mewakilkannya kepada tok
kadi atau imam,
 
Kebiasaannya majlis akad nikah akan dijalankan di rumah pengantin perempuan sehari sebelum majlis
perkahwinan diadakan. Pada hari tersebut, pengantin lelaki akan mengenakan baju melayu berwarna cerah
dan majlis diadakan menyerupai majlis pertunangan. Lazimnya sementara menanti kedatangan rombongan
pengantin lelaki, majlis berzanji atau pukulan kompang diadakan.
 
Sebelum upacara dijalankan, wang belanja, mas kahwin dan lain-lain hantaran diperiksa oleh tok kadi dan
dua orang saksi bagi pihak perempuan.
 
Seterusnya pengantin lelaki akan duduk di atas sebidang tikar ataupun di atas sebidang tikar ataupun di atas
bantal di tengah-tengah majlis. Tok imam atau tok kadi akan menemui pengantin perempuan di dalam bilik
untuk bertanyakan sama ada dia bersetuju atau tidak dengan pernikahan itu.
 
Tok kadi juga akan membacakan khutbah nikah dan menerangkan secara umum akan tanggungjawab suami
isteri dan lain-lain hal berkaitan rumah tangga dari sudut agama. Selepas itu tok Kadi atau imam akan
melafazkan lafaz nikah sambil berjabat tangan dengan pengantin lelaki dan pengantin lelaki dikehendaki
mengulangnya sebaik sahaja tok Imam menggoncangkan tangannya.
 
Lafaz nikah berbunyi 'Aku nikahkan dikau dengan....(nama pengantin perempuan) dengan mas kahwin
sebanyak.....(mengikut negeri) tunai' dan disambut oleh pengantin lelaki dengan lafaz berbunyi 'Aku terima
nikahnya...(sama seperti yang dilafazkan oleh tok kadi).'
 
Saksi akan mengesahkan sama ada lafaz tersebut jelas didengar atau tidak. Sekiranya tidak jelas, pengantin
lelaki tersebut akan mengulangnya sehingga saksi tersebut berpuas hati. Doa selamat akan dibaca sejurus
selepas itu sebagai tanda kesyukuran kerana kedua-dua mempelai telah selamat diijabkabul.
 
Selepas akad nikah, pengantin lelaki akan melakukan upacara membatalkan air sembahyang. Si suami akan
menarungkan cincin atau memakaikan rantai kepada isterinya yang menanti di dalam bilik yang dihias indah
sambil keduanya bersalaman. Adat ini dilakukan sebagai satu simbol bahawa pasangan tersebut telah sah
diijabkabulkan.
 
Adat Berinai
 
Bagi orang selatan terutamanya Melaka dan Johor, sangat kukuh dengan adat berinai. Walaupun berada di
alaf baru, mereka masih berpegang kuat kepada adat berinai terutamanya masyarakat kampung. Majlis
berinai diadakan secara berperingkat-peringkat iaitu berinai curi, berinai kecil dan berinai besar. Berinai curi
diadakan tiga malam sebelum persandingan dan dihadiri oleh saudara-mara serta rakan terdekat sahaja.
Pihak lelaki tidak dijemput. Majlis berinai kecil pula diadakan keesokan harinya. Ketika ini pihak lelaki juga
tidak dijemput. Adat berinai diteruskan lagi dengan majlis berinai besar, satu malam sebelum hari
persandingan. Pada masa ini para jemputan khas seperti penghulu dan tok imam serta saudara mara si teruna
dan si gadis. Bagi memastikan pihak lelaki mengambil bahagian dalam upacara ini, sengaja diadakan akad
nikah sebelum majlis berinai. Untuk adat berinai besar, pengantin lelaki akan diarak kerumah perempuan.
Sebelum menaiki tangga rumah perempuan, pengantin lelaki disambut dengan tepak sireh dan disiram
dengan beras kunyit. Sekiranya pengantin lelaki tidak membawa tepak sireh, dia tidak akan dibenarkan naik
ke rumah, sebaliknya terus tunggu di tangga. Pengantin perempuan juga mesti turun dari rumah dan berarak
semula ke rumah. Kedua-dua pengantin akan mengambil bahagian dalam majlis ini. Andaikata majlis akad
nikah diadakan sebelum adat berinai, maka pengantin hendaklah menyalin pakaian terlebih dahulu. Selesai
acara berinai si teruna akan dibawa masuk ke bilik manakala pengantin perempuan pula akan didudukkan di
atas pelamin untuk dititik inai. Biasanya apabila pengantin didudukkan di atas pelamin, yang melakukannya
adalah jemputan pihak gadis. Begitulah juga dengan pengantin lelaki. Bilangan mereka mestilah ganjil.
Tidak boleh genap. Upacara menginai dimulai dengan menepung tawar. Tepung tawar disediakan dengan
inai ditumbuk halus. Upacara ini diteruskan lagi dengan penaburan bertih di sekeliling pengantin. Setelah
itu, mak andam akan menitik inai dengan mengambil sedikit inai di dalam piring dan meletakkannya di atas
tapak tangan pengantin. Selepas itu, pengantin akan mengangkat tangan dan menyembah tanda hormat serta
berterima kasih. Tujuan istiadat ini ialah untuk mengukur kebersihan dan kesucian pengantin kerana inai itu
sendiri dianggap mengandungi 'berkat' iaitu satu cara penyucian dan perlindungan. Dahulu, sebelum upacara
dimulakan, mak andam atau tok dukun akan tampil ke hadapan menghiris beberapa biji limau nipis serta
memerahkan air limau itu ke cawan yang mengandungi  dua sudu air kelapa. Campuran itu dicurahkan ke
dalam sebuah mangkuk untuk dicampurkan dengan air mandi pengantin.
 
:: Perlaksanaan Semasa Diamalkan ::
 
Adat Bersanding
 
Inilah kemuncak istiadat perkahwinan dari dulu hingga kini. Adat ini tidak dapat ditinggalkan dalam
perkahwinan, kecuali jika si pengantin tidak mahu bersanding. Ketika ini, kedua-dua pengantin didudukkan
di atas pelamin dan didandan serta berpakaian serba indah. Dari sinilah timbulnya konsep raja
sehari.Sebelum persandingan dijalankan, pengantin akan diberi makan sekapur sireh yang dijampi oleh mak
andam, kononnya untuk menaikkan seri muka.
 
Dengan iringan paluan kompang, rebana atau rodat, pengantin lelaki akan diarak perlahan-lahan menuju ke
rumah pengantin perempuan.Kumpulan ini juga diiringi dengan dua orang pemegang bungan manggar dan
didahului dengan kaum ibu yang dikenali sebagai 'bunga seri'. Mereka akan berhenti berarak pada jarak
yang tertentu untuk menanti dijemput pengantin perempuan. Bagi menandakan bahawa pengantin
perempuan mengalu-aluka kedatangan mereka, pihak perempuan akan mengirimkan 'sirih lat-lat' atau juga
dikenali sebagai sirih genggam kepada mereka. Sekiranya pihak lelaki di halaman rumah pengantin
perempuan, mereka akan disambut dengan taburan beras kunyit dan renjisan air mawar oleh waris-waris tua
pihak pengantin perempuan.
 
Sebelum melangkah masuk ke dalam rumah, pihak pengantin lelaki didudukkan dahulu di halaman rumah
sambil menyaksikan persembahan pencak silat bagi menunjukkan penghormatan raja sehari. Pencak silat ini
dikenali sebagai silat pulut. Ketika ini, akan datanglah seseorang berbisik kepada pengapit lelaki mengenai
adat naik ke rumah perempuan. Adat cukai pintu dan cukai pelamin akan dikenakan sebelum persandingan.
Sampai sahaja pihak lelaki di tangga rumah pengantin perempuan, perminta-peminta penebus pintu akan
mengerumuninya.Setelah diberi tebusannya, barulah pengantin akan dibenarkan naik. Bilangan cukai yang
perlu dibayar oleh pihak lelaki bergantung kepada bilangan pintu yang ada di rumah tersebut. Setelah
penebus-penebus pintu mendapat habuan mereka, tibalah pula giliran mak andam menerima tebusannya
pula. Ketika ini, berbagai-bagai tawaran berlaku di antara pengiring pengantin lelaki dengan mak andam.
Adakalanya kedengaran pengiring berkata," Sudah jauh perjalanan kami, terpaksa menanggung rindu dan
susah, cukuplah tebusan yang kami beri." Mak andam pula akan berkata," Bila lagi nak merasa duit
engineer." Kadangkala usikan diiringi dengan kata-kata sindiran, "Dalam telur lagi dinanti, ini pula sudah
menetas." Setelah ditebus cukai mak anam, barulah pengantin lelaki dibenarkan naik ke atas pelamin.
Semasa bersanding, lelaki diadatkan duduk di sebelah kanan manakala perempuan di sebelah kiri. Semasa
inilah upacara 'makan semangat' atau adat bersuap-suapan dilakukan. Pengantin lelaki akan menyuapkan
sireh dan pulut kuning ke mulut isterinya. Kadang kala mak andam akan menyuapkan kedua-dua pengantin
dengan nasi semangat dan telur secara berkelakar, ajuk mengajuk, untuk membuat pengantin ketawa dan
tersenyum bagi menambahkan lagi keceriaan dan kegembiraan pada hari yang bersejarah ini. Upacara
disusuli dengan adat merenjis oleh saudara-mara, rakan dan ibu bapa pengantin serta adat masuk bilik.
 
Adat Makan Beradab
 
Istiadat ini atau juga dikenali sebagai makan berdamai diadakan selepas persandingan. Pengantin lelaki akan
ditemani oleh pengiringnya manakala mak andam akan menemani pengantin perempuan. Turut memenuhi
meja makan beradab ini termasuklah keluarga terdekat pihak lelaki. Bacaan doa selamat diadakan untuk
memohon agar kedua-dua mempelai sentiasa selamat daripada malapetaka dan kekal bersama hingga ke
anak cucu, Usik mengusik dan gelak ketawa memeriahkan lagi suasana. Biasanya, waktu makan beradab,
pengantin telah makan. Namun, kedua-dua pengantin akan saling melayan atas panduan mak andam dan
pengiring pengantin lelaki. Jika adapun, ia sekadar membuat syarat. Menu hidangan untuk makan beradab
pengantin ialah berbeza dengan hidangan buat para jemputan. Ia dimasak khas dan digubah cantik bagi
membezakan meja makan beradab dengan meja para jemputan.
 
Adat Bersiram
 
Dalam upacara adat bersiram ini, pengantin akan dimandikan secara langsung. Ia diadakan selepas upacara
persandingan dan makan beradab sebagai upacara penamat. Ketika ini, pengantin akan disiramkan dengan 4
biji air kelapa muda yang telah dijampi serta satu baldi air yang sudah dibacakan doa selamat. Adat-adat
atau bahan yang diperlukan ialah beluru, mayang kelapa, daun pudina emas dan perak, serta tepung tawar
yang dicampurkan dengan sedikit minyak. Mereka dimandikan oleh mak andam.Upacara dimulakan dengan
menyapu tepung tawar bercampur minyak ke tubuh kedua-dua pengantin. Diikuti pula dengan curahan air
beluru ke atas tubuh mereka. Daun pudina emas dan perak pula dimasukkan dalam satu bekas berisi air.
Campuran ini dijampi dan kemudiannya barulah ia disiramkan ke atas tubuh pengantin.Setelah air pudina
kehabisan, pengantin disiram dengan air biasa. Acara akhir dalam istiadat ini ialah pelepas, kononnya dapat
melepaskan kedua-dua pengantin dari segala mara bahaya. Dalam istiadat pelepas, benang kasar atau benang
mentah iaitu benang yang digunakan untuk membuat sumbu pelita diperlukan. Adat ini biasanya dilakukan
di atas balai yang dibuat khas ataupun di depan tangga dan di tempat lapang. Upacara ini diakhiri dengan
bacaan doa. Air lebihan pengantin akan disiram kepada orang ramai yang menyaksikan adat bersiram ini
bagi mendapat berkat atau sekadar suka-suka.
 
:: Upacara Selepas Diamalkan ::
 
Adat Bertandang
 
Dalam istiadat bertandang, pengantin lelaki terpaksa menunggu tiga malam di rumah pengantin perempuan
sebelum upacara menjemput. Tetapi, lantaran tuntutan masa dan tanggungjawab, adat ini
dicepatkan.Biasanya, selepas sehari persandingan berlangsung, pihak lelaki akan menjemput pihak
perempuan pergi bersama-sama dengan mereka ke rumah pengantin lelaki. Kenduri ini dipanggil
'mengambil makan'. Ketika ini, kedua mempelai akan menjalani aturcara majlis sebagai mana majlis
dijalankan di rumah pengantin perempuan. Walaubagaimanapun, sebelum bertolak ke rumah pengantin
lelaki, istiadat menyembah akan diadakan iaitu kedua mempelai akan menyembah ibu bapa dan kaum
keluarga. Rombongan ke rumah pihak lelaki akan disertai oleh beberapa pengiring sebelah pihak
perempuan. Di rumah pengantin lelaki, pihak perempuan akan ditemani dua orang perempuan separuh umur
yang dipanggil peneman agar pengantin perempuan tidak keseorangan bersama orang yang belum
dikenalinya.
 
 
top
Kesan Daripada Tradisi Yang Dikaji
Antara kesan daripada tradisi perkahwinan Melayu ialah ke atas individu dan keluarga. Setelah adat
perkahwinan dijalankan, pengantin diijabkabulkan. Maka terhubunglah dua keluarga iaitu keluarga
pihak lelaki dan perempuan menjadi satu keluarga yang besar. Namun begitu, selepas perkahwinan,
berkemungkinan besar pengantin akan meninggalkan rumah serta keluarganya dan berpindah ke
rumah baru. Ini terpulang kepada pengantin sama ada mahu menetap di rumah ibu bapa atau
berpindah ke rumah baru. Tetapi, biasanya pengantin akan berpindah ke rumah baru bagi
meringankan beban orang tua mereka.

Dalam adat-istiadat perkahwinan Melayu, adat seperti bersanding, bersiram dan lain-lain semakin


dilupakan oleh generasi kini. Ini berlaku kerana zaman ini menuju ke arah kemodenan. Selain itu,
ramai yang berpendapat adat bertandang dan bersiram hanya membuang masa mereka setelah
banyak mengeluarkan wang yang banyak untuk upacara tersebut.

top

Pengajaran
Saya bersyukur kerana telah mengetahui pelbagai adatdan istiadat perkahwinan Melayu dalam usia
yang muda. Ini membolehkan saya mengekalkan tradisi tersebut untuk pengetahuan generasi yang
akan datang. Tradisi ini patut dijadikan teladan kepada masyarakat kerana daripada adat-adat
perkahwinan Melayu ini, tersemai sikap bekerjasama antara satu sama lain tidak kira bangsa dan
agama.

top

TOKOH 
 
 

ADIBAH AMIN

top
 

Biodata & Kejayaan


Untuk bahagian tokoh ini, saya memilih Adibah Amin atau nama sebenarnya Khalidah Adibah bt Amin,
seorang penulis wanita yang terkenal di Malaysia sebagai tokoh. Beliau dilahirkan di Johor Bahru pada
19 Februari 1936. Wanita yang berumur 66 tahun ini mendapat pendidikan dalam aliran Melayu,
Inggeris dan Arab. Pada tahun 1957, Adibah telah mendapat Ijazah Sarjana Muda Sastera di Universiti
Malaya, Singapura. Beliau seterusnya memilih untuk menjadi pensyarah selama beberapa tahun dan
menerima Diploma Pendidikan di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Setelah menerima diploma
tersebut, Adibah dilantik menjadi pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan di Jalan Kolam
Air.

Adibah Amin telah mula menceburkan diri dalam bidang penulisan novel sejak di bangku sekolah lagi.
Beliau boleh dikatakan seorang yang berbakat besar kerana berupaya menghasilkan novel 'Puteri Asli'
pada umur 13 tahun. Novel ini mendapat sambutan terutamanya dari kalangan kanak-kanak sekolah.
Pada tahun 1949 juga beliau telah menghasilkan sebuah novel yang berjudul 'Gadis Sipu' diikuti
dengan novel 'Bangsawan Tulen' pada tahun 1950. Kesemua novelnya ini berkisarkan kehidupan gadis
kecil yang menuntut. Setelah menghasilkan ketiga-tiga novel itu, Adibah menghilangkan diri daripada
bidang penulisan novel.

18 tahun kemudian, Adibah muncul semula dengan novel 'Seroja Masih Di Kolam.' Beliau juga bergiat
aktif dalam penghasilan drama radio. Kedua-dua skrip ciptaannya iaitu 'Bukan Patung Bernyawa' dan
'Padamu Jua' telah mendapat hadiah skrip radio terbaik dalam tahun 1976 dan 1977 berturut-turut.

Adibah banyak menterjemahkan karya kreatif penulis Melayu ke dalam bahasa Inggeris seperti novel
Shahnon Ahmad yang berjudul 'Ranjau Sepanjang Jalan' diterjemahkan olehnya dengan judul 'No
Harvest but A Thorn'. Hasil penterjemahannya disiarkan dalam jurnal tenggara. Beliau adalah seorang
penterjemah yang baik. Kebolehan beliau berbahasa Inggeris dengan baikdan lancar serta bakat dan
pemerhatiannya yang sensitif tentang kehidupan manusia menjadikan beliau seorang penulis wanita
terkenal. Kini, Adibah tidak terlalu aktif dalam penulisan novel, sebaliknya bergiat aktif dalam
penulisan media massa setelah mendapat pengiktirafan antarabangsa di Bangkok, Thailand pada tahun
1983 dengan anugerah S.E.A. Write Award.

top

Iktibar
Kecekalan Adibah Amin dalam menulis novel haruslah diambil iktibar oleh masyarakat jika
meninginkan sesuatu. Pengiktirafan yang diterima beliau merupakan hasil daripada kecekalan hati
beliau setelah berusaha keras. Sikap ini perlu ada pada setiap orang bagi mencapai matlamat dan cita-
cita yang ditentukan oleh setiap individu itu sendiri. 

top
 

RUMUSAN 
Saya amat berpuas hati setelah Kajian Tradisi Setempat ini dapat disiapkan
tepat pada masanya. Ini kerana, tahun ini merupakan tahun yang paling
sibuk untuk saya dengan pelbagai folio dan kerja kursus. Jadi, saya
bercadang agar para guru dapat meneruskan projek sejarah ini kerana,
kerja kursus sejarah ini memberi maklumat yang mendalam tentang negara
Malaysia berdasarkan kajian yang dibuat. Bagi saya, projek ini amat
berfaedah bagi menambahkan lagi keinginan seorang pelajar untuk
mempelajari matapelajaran sejarah dengan semangat yang tinggi.

top

Appendix 
Mempelai selepas diakadnikahkan 
Adat Bersanding

You might also like