Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

KERTAS KERJA

PROFESSIONAL LEARNING COMMUNITY (PLC) DAN


PEMBELAJARAN ABAD KE-21
PERINGKAT SEKOLAH

1.0 PENGENALAN

Dunia pendidikan dalam Abad ke-21 sering menekankan pembelajaran berpusatkan murid dan guru akan berperanan sebagai fasilitator untuk
membantu murid-murid dalam aktiviti pembelajaran dan pemudahcaraan bagi mencapai standard pembelajaran yang dihasratkan. PLC merupakan
sebahagian daripada kualiti guru di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara yang diperkenalkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak pada Julai 2009 sebagai
satu usaha meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid khususnya bagi memenuhi keperluan dan kehendak negara ke arah melahirkan
modal insan yang seimbang dan berprestasi tinggi serta cintakan negara.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Meningkatkan kualiti guru dalam pdpc.


2.2 Meningkatkan kerjasama dalam kalangan guru di sekolah ke arah pdpc yang berkesan.
2.3 Meningkatkan pencapaian pelajar dalam akademik melalui pembelajaran kolaboratif.

3.0 ANJURAN

Peserta kursus NPQEL SMUT 2 Ambilan 1 2019 ( Hayazi Bin Abdullah) dengan kerjasama Sekolah Model Khas Bukit Jenun.
4.0 TARIKH DAN MASA

Penerangan berkaitan PLC dan PAK 21


Tarikh : 28 April 2019
Masa : 10.00 pagi hingga 12.30 tgh.
Tempat : Makmal Komputer Sekolah Model Khas Bukit Jenun dan kelas tingkatan 4 Sains.

5.0 TENTATIF PROGRAM

9.50 pagi : Semua guru mengambil tempat


10.00 pagi : Taklimat oleh Ustaz Hayazi Bin Abdullah
10.10 pagi : Penerangan berkaitan PLC
11.00 pagi : Rehat
11.30 pagi : Simulasi PAK 21 oleh Dr. Arfah Binti Ahamad
12.30 tgh : Bersurai

5.0 TEMPAT

Taklimat dan penerangan PLC – Makmal Komputer SMoKBJ.


Simulasi PAK 21 – Kelas 4 Sains
6.0 SASARAN

Semua Penolong Kanan


Semua Guru Kanan Mata Pelajaran
Semua Ketua Panitia

7.0 PENGISIAN PROGRAM

Program PLC ini difokuskan kepada penerangan berkaitan aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan dalam PLC seperti learning walk dan lain-lain
supaya ianya menjadi budaya oleh guru-guru di sekolah ini untuk meningkatkan kualiti guru dan membina sikap berkerjasama antara satu sama lain.
Penerangan ini diberi oleh Dr. Arfah Binti Ahamad iaitu pensyarah Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim Sungai Petani, Kedah. Pensyarah
ini juga akan membuat simulasi PAK 21 yang berfokus kepada KBAT dengan diperhatikan oleh guru-guru. Semasa pelaksanaan simulasi ini, Dr. Arfah akan
menerangkan cara pelaksanaan PAK 21 kepada semua guru.

8.0 AHLI JAWATANKUASA

Rujuk lampiran

9.0 BAJET

Pendapatan :
Syarikat Uzma Ufaira Enterprise RM500
Perbelanjaan:
Bayaran penceramah : RM 400
Cenderahati : RM 50
Jamuan : RM 50
__________
JUMLAH : RM 500
__________

10.0 PENUTUP

Adalah diharapkan dengan pelaksanaan projek ini, para guru dapat meningkatkan kualiti masing-masing dalam pdpc dan membudayakan PLC dalam
kalangan mereka ke arah menghasilkan kemenjadian murid yang cemerlang dari sudut akademik, kokurikulum dan sahsiah. Semoga segala perancangan
yang dibuat mendapat sokongan padu dari semua guru dan mendapat rahmat dari Allah SWT.

Disediakan oleh Disahkan oleh :

…………………………….. ………………………………
(HAYAZI BIN ABDULLAH) (TN. HJ. JOHARI BIN JAAFAR)
Peserta Kursus NPQEL SMUT 2 Pengetua
Ambilan 1 2019 Sekolah Model Khas Bukit Jenun

You might also like