Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

1.

1 PENGENALAN

Awal kanak-kanak ialah istilah yang merujuk kepada tempoh masa kanak-kanak dari
lepas lahir hingga ke umur enam tahun. Mengikut The National Association for The Education
of Young Children (NAEYC, 2011) atau Pertubuhan Kebangsaan bagi Pendidikan Kanak-
Kanak Muda, Pendidikan awal kanak-kanak (early childhood education) merujuk kepada segala
program pendidikan yang memberi layanan, asuhan dan bimbingan kepada kanak-kanak sejak
lahir hingga ke umur enam tahun. Pendidikan Awal Kanak-kanak di Malaysia merujuk
kepada program-program yang disediakan untuk kanak-kanak yang berumur sejak lahir
sehingga enam tahun jagaan di taman asuhan atau taman didikan. Program seumpama itu
dikendalikan oleh pelbagai institusi yang berbeza-beza. Morrison (2011), mentakrifkan
pendidikan awal kanak-kanak sebagai program yang menyediakan perkhidmatan kepada
kanak-kanak dari usia sejak lahir hingga ke enam tahun samada program secara separuh atau
sepenuh masa di pusat, rumah, institusi, dan tadika.1 Pendidikan Awal Kanak-kanak pada masa
kini, memberi penekanan kepada kepelbagaian kanak-kanak, amalan bersesuaian
perkembangan, perhatian kepada kanak-kanak berkeperluan khas di samping keperluan
memenuhi standard pencapaian seperti yang digariskan oleh NAEYC. Terdapat pelbagai
falsafah dan pandangan dari tokoh-tokoh bagi mengendalikan proses pengajaran dan
pembelajaran kanak-kanak pada peringkat awal. Abdullah Nashih Ulwan (1996) dalam
penulisannya yang terkenal iaitu Tarbiyatu’l-Aulad fi’l-Islam (Pedoman Pendidikan Anak dalam
Islam) menjelaskan tangungjawab terbesar bagi para pendidik terdiri daripada tujuh iaitu
tanggungjawab Pendidikan Iman, tanggungjawab Pendidikan Akhlak(Moral),
tanggungjawab Pendidikan Fizik, tanggungjawab Pendidikan Intelektual, tanggungjawab
Pendidikan Psikologi, tanggungjawab Pendidikan Sosial dan tanggungjawab Pendidikan
Seksual.2 Menurut Abdullah Nashih Ulwan (1996) lagi, ibu bapa dan pendidik
bertanggungjawab mencorakkan kehidupan anak dengan memberikan pendidikan yang
sempurna dan sewajarnya. Ibu bapa juga merupakan teladan kepada anak-anak. Apa yang
dilakukan oleh ibu bapa, bakal menjadi ikutan mereka dalam proses pembentukan tingkah laku
dan keperibadian diri.3 Dalam hal ini, Imam Al-Ghazali (1996) turut bersetuju dengan
1
Morrison. G.S. (2011). Early Childhood Education Today. (12th Internation Edition).Pearson Prentice Hall.

2
Abdullah Nashih Ulwan (1996). Pedoman Pendidikan Anak-anak Dalam Islam.Jilid1-2. Terjemahan

3
Ibid 1
pendapat yang mengatakan bahawa anak merupakan amanah Allah SWT kepada ibu
bapa. Tanggungjawab ibu bapa amat besar dan seharusnya dilaksanakan dengan
sebaiknya.4 Kini, kebanyakan ibu bapa semakin ramai menghantar anak-anak mereka ke taman
asuhan sejak dari awal usia lagi, ekoran kesedaran terhadap kepentingan pendidikan awal
kanak-kanak selari dengan bertambahnya golongan wanita yang bekerjaya. Kebanyakan
ibu bapa yang bekerjaya, meletakkan tanggungjawab menjaga, mengasuh dan memberi
pendidikan kepada orang lain atau pengasuh serta guru di pusat-pusat asuhan, jagaaan dan
didikan seperti taska dan tadika. Justeru itu, pendidikan awal kanak-kanak wajar diberikan
perhatian serius khususnya kandungan kurikulum yang berkaitan pendidikan awal kanak-
kanak.

1.2 PERMASALAHAN KAJIAN

Pada era globalisasi kini, masyarakat menjadi semakin ghairah mengejar kemajuan
dalam kehidupan selaras dengan hasrat negara menuju Wawsan 2020 yang mensasarkan
status negara maju menjelang tahun 2020. Dalam keghairahan tersebut, masyarakat menjadi
lalai dan terleka dengan tuntutan agama atau disiplin ilmu yang berteraskan keagamaan. Hal
yang sama berlaku dalam bidang pendidikan. Justeru, pendidikan yang seimbang dari segi
intelek dan kerohanian perlu disemai seawal usia kanak-kanak lagi agar dapat melahirkan insan
yang bukan sahaja tinggi inteleknya bahkan berakhlak mulia serta mampu menghadapi cabaran
globalisasi.

Dalam usaha negara mencapai status negara maju, gejala keruntuhan akhlak juga
semakin menjadi-jadi. Permasalahan akhlak yang wujud dalam kalangan pelajar samada
berbentuk akhlak luaran mahu pun melibatkan hubungan dengan Allah sering dikaitkan dengan
kegagalan sistem pendidikan negara sekalipun kedua-duanya bukan faktor penyebab yang
utama (Zaharah Hussin, 2008). Kajian-kajian terkini oleh Ab Halim Tamuri et.al (2004) serta
Ahmad Mohd Salleh (1997) telah mendedahkan ketidakupayaan sesetengah guru Pendidikan
Islam dalam membentuk diri mereka selaku pembimbing dan role model kepada pelajar.

4
Imam Al-Ghazali (2006). Mukhtasar Ihya’Ulumiddin. (terjemahan Ibnu Yasin). Johor Baharu: Perniagaan
Jahabersa.
Pendidikan merupakan satu istilah yang memberi makna yang sangat luas kepada
manusia. Pendidikan awal kanak-kanak merupakan asas kepada pembinaan sesuatu bangsa.
Pepatah Arab menyebut bahawa jika kita ingin melihat generasi masa hadapan; lihatlah kepada
golongan kanak-kanak pada masa kini. Masalah keruntuhan akhlak yang berleluasa yang
berlaku kini boleh diatasi dengan memberikan pendidikan agama yang sesuai kepada kanak-
kanak (Noor Azizi Ismail dan Syamsul Bahri Andi Galigo, 2010). Pendidikan memerlukan sukatan
pelajaran atau kurikulum yang tersendiri dan khusus. Kurikulum bermaksud segala perancangan
pendidikan yang dikehendaki oleh sesebuah institusi pendidikan untuk mencapai matlamat
pendidikan. Kurikulum mencerakinkan konsep dan falsafah pendidikan secara lebih terperinci.

Untuk menjawab permasalahan kajian ini, beberapa persoalan yang ditimbulkan adalah :

i. Apakah jenis-jenis media pendidikan yang sesuai diaplikasikan

kepada awal kanak-kanak?

ii. Apakah bentuk media yang digunakan sebagai alat komunikasi untuk

melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran terhadap awal

kanak-kanak?

iii.Adakah perlaksanaan modul dan penggunaan media pengajaran

mampu meningkatkan kefahaman kanak-kanak terhadap Islam dan

mampu membentuk akhlak mereka?

1.3 Objektif Kajian

Kajian ini mempunyai tiga objektif utama iaitu :

1. Mengkaji perkembangan pendidikan awal kanak-kanak


2. Mengkaji kokurikulum di taska
3. Mengenalpasti jenis-jenis media pendidikan Islam yang sesuai
diaplikasikan kepada kanak-kanak.

1.4 SOROTAN LITERATUR


Pelbagai kajian mengenai perkembangan awal kanak-kanak khususnya di

bawah umur 4 tahun menjelaskan bahawa otak kanak-kanak mengandungi 100 bilion

sel saraf (neuron) yang mana akan membina perhubungan (sinaps) apabila sel-sel

dirangsang. Hampir 90% perkembangan otak kanak-kanak berlaku dengan pantas

semasa mereka berumur di bawah 4 tahun. Ini membuktikan bahawa peringkat awal

perkembangan kanak-kanak adalah tempoh formatif dan merangkumi detik-detik kritikal dalam
pembangunan seseorang individu.5 Kajian juga menunjukkan bahawa kejayaan masa depan
kanak-kanak bergantung pada persediaan yang diterima semasa umur sebelum 5 tahun.
Pengalaman pembelajaran yang positif, di samping persekitaran emosi, fizikal dan intelektual
yang ceria dan gembira akan memberi impak ke atas perkembangan otak kanak-kanak melalui
pembentukan lebih banyak sinaps yang seterusnya akan berkekalan. Perkembangan ini akan
mempengaruhi pembangunan ilmu kognitif, kemahiran sosial, pertuturan dan bahasa ketika
kanak-kanak tersebut dewasa kelak. Selain itu, Falsafah Pendidikan Negara yang diasaskan
kepada hasrat serta aspirasi negara, memberi penekanan kepada usaha melahirkan insan yang
berilmu dan berakhlak, seimbang dan harmonis, yang boleh mencapai kesejahteraan diri dan
memberi sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Ini
menjadi satu matlamat penting sistem pendidikan kebangsaan dan misi ini seharusnya
dimulakan sejak dari lahir bagi memastikan perkembangan emosi dan kognitif kanak-kanak
lebih optimum dan bersedia apabila memasuki alam persekolahan formal di umur 5 tahun. 6

Seterusnya, di taska mempunyai cirri-ciri permata yang perlu diikiuti. Pelan atau reka
bentuk bangunan yang diubahsuai, dinaiktaraf atau dibina perlu memenuhi keperluan fizikal
anak-anak. Misalnya ketinggian singki, tandas atau kemudahan lain dalam bangunan mestilah
sesuai dengan ketinggian kanak-kanak di bawah umur 4 tahun. Bangunan juga mestilah
memenuhi ciri-ciri keselamatan yang diperlukan oleh pelbagai agensi seperi Pihak Berkuasa

5
Taska Rama-rama, No. 2, lot83, lorong putera perdana 1A, phase 2B, Taman putera perdana, telipok, 88450
Kota Kinabalu, Sabah. Pn Stephanie Emanuel

6
Taska permaisuri, Lot No. 48, Lorong 2E, Taman Putera Perdana, Telipok, Sabah, 89200 Kota Kinabalu
Tempatan (PBT) dan Jabatan Bomba.7 Secara keseluruhannya bangunan atau premis perlulah
mesra kanak-kanak di samping menampakkan ciri-ciri keceriaan yang menarik minat kanak-
kanak. Dengan adanya rasa selamat dan dilindungi kanak-kanak akan lebih bebas,
berkeyakinan dan bersemangat untuk belajar melalui aktiviti meneroka, mencuba dan pelbagai
pengalaman kehidupan yang menyeronokkan.

Selain daripada itu, konsep kokurikulum. Kurikulum didefinisikan sebagai cara


membantu pendidik berfikir tentang kanak-kanak dan mengurus pengalaman kanak-kanak
berdasarkan program. Kurikulum juga boleh dimaksudkan semua pengalaman yang berlaku
di sekolah. Kurikulum merupakan bentuk penulisan yang dirancang untuk pembelajaran.
Selain itu kurikulum juga membawa pengertian senarai topik pembelajaran yang akan
dilaksanakan. Mengikut Norhashimah Hashim dan Yahya Che Lah (2003), kurikulum adalah
rancangan pengajaran dan pembelajaran yang disusun bagi mencapai sesuatu matlamat
pendidikan. Menurut Feldman (1991) pula, kurikulum merupakan asas untuk mengajar dan
memberi maksud ke arah pendidikan. Manakala Catron dan Allen (1999) menjelaskan
bahawa kurikulum dibahagikan kepada dua bahagian iaitu kurikulum nyata dan kurikulum
tersembunyi. Kurikulum nyata adalah pengajaran dan pembelajaran secara langsung
berkenaan pelbagai aspek perkembangan kanak-kanak seperti jasmani, emosi, rohani,
intelek, merancang aktiviti dan membuat penilaian. Kurikulum tersembunyi pula ialah
perkara yang dipelajari oleh kanak-kanak secara tidak langsung seperti tingkah laku kanak-
kanak dan tindakan guru serta pengaruh persekitaran. Proses pembentukan kurikulum, Falsafah
Penddikan Pembentukan sesuatu kurikulum memerlukan penetapan dalam falsafah. Jika
ingin menyediakan kurikulum permata maka falsafah pendidikan permata wajar
ditentukan terlebih dahulu. Misalnya, falsafah permata menggambarkan tujuan permata,
nilai dan kepercayaan guru tentang bagaimana kanak-kanak belajar. Falsafah yang dipegang
atau dirujuk oleh guru permata mampu mempengaruhi keputusan yang dibuat untuk kanak-
kanak.8 Matlamat dan Objektif Matlamat dan objektif yang dibentuk merupakan panduan
program bagi memulakan pembelajaran yang diperlukan oleh kanak-kanak. Sehubungan itu,
matlamat dan objektif perlu ditulis dalam bentuk yang boleh dilihat oleh guru supaya guru
7
Taska sunshine, taman hartamas, Lot H10, Lorong 4, Taman Hartamas, Jalan Telipok, 88450, Kota Kinabalu,
Sabah, 88450 Kota Kinabalu

8
 Tadika St. Peter Telipok is a Tadika Swasta located in 183, Jalan Tuaran, Telipok, 88450 Kota
Kinabalu, Sabah, Malaysia
dapat mengukur atau menilai kurikulum yang ingin diperolehi. Guru pula perlu menyesuaikan
objektif yang perlu dicapai oleh kanak-kanak secara individu memandangkan kanak-kanak
belajar pada tahap yang berbeza-beza.

Selain daripada mengetahui tiga komponen utama bagi membentuk sesuatu kurikulum,
kita juga perlu memahami faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan atau perubahan
sesuatu kurikulum. Faktor keperluan murid merangkumi keperluan asas, keselamatan, kasih
sayang, penghargaan dan kesempurnaan . Kehendak dan keperluan murid perlu dipenuhi
supaya menjamin konsep yang positif sejajar dengan apa yang terkandung di dalam sesuatu
kurikulum yang ingin dirancang. Perlu difahami bahawa keperluan individu juga perlu
dipenuhi dari aspek ilmu pengetahuan, peluang mengembangkan potensi dan minat secara
menyeluruh dari pelbagai aspek agar perkembangan berlaku secara seimbang dan harmoni.
Kehendak dan Keperluan Negara adalah berkaitan dengan ideologi, budaya dan nilai dalam
sesebuah masyarakat dan negara. Di negara Malaysia pembentukan kurikulum
pendidikan haruslah mengutamakan kepelbagaian kaum yang pastinya dapat mewujudkan
perpaduan dalam kalangan masyarakat. Maka, hal yang dimasukkan di dalam kurikulum adalah
mengandungi unsur-unsur kebudayaan masyakarat serta nilai yang diterima oleh semua.
Ia juga wajar mementingkan keperluan negara untuk bersaing dalam era globalisasi.
Kehendak Sejagat Pembentukan sesuatu kurikulum juga mestilah memenuhi kehendak
sejagat. Arus pemodenan dengan kepesatan teknologi misalnya telah menuntut persaingan
positif di seluruh dunia. Aspek keseimbangan politik, kestabilan ekonomi serta teknologi
maklumat dan komunikasi merupakan asas pembangunan sesebuah negara. Asas
pembangunan sesebuah negara juga bergantung kepada bidang pendidikan. Maka dengan itu,
kurikulum pendidikan yang ideal akan menyediakan tenaga kerja yang berilmu pengetahuan,
berkemahiran, berketrampilan dan mempunyai jati diri untuk negara. Justeru, pembentukan
sesuatu kurikulum perlulah memenuhi semua kehendak stakeholders. 9 Bagi membolehkan
pendidik melaksanakan Kurikulum Kebangsaan secara berkesan dan mencapai hasil
pembelajaran yang disasarkan kemudahan dan peralatan pembelajaran yang sesuai memainkan
peranan utama. Peralatan pembelajaran yang disediakan dipusat PERMATA tidak perlu
diseragamkan jenis, kuantiti atau rupa tetapi mestilah diselaraskan dengan keperluan aktiviti

9
Tadika Perdana Cemerlang, Smart Soleh Integrated Preschool, No. 43, lot 103, Lorong Putera Perdana 2B,
Taman Putera Perdana, Bt. 88450, 13, Jalan Tuaran, Pekan Telipok, 89200 Tuaran, Sabah
pembelajaran yang dirangkumi dalam Kurikulum Kebangsaan yang dapat merangsang
pertumbuhan kanak-kanak.

Walaubagaimanapun, tenaga pendidik keperluan perkhidmatan tenaga pendidik yang


berkelayakan perkhidmatan tenaga pendidik yang terlatih dan berkelayakan akademik
sekurang-kurangnya di peringkat Diploma dalam bidang perkembangan dan pendidikan awal
kanak-kanak telah dibuktikan sebagai antara faktor terpenting menyumbang kepada kejayaan
program pendidikan awal yang bertujuan membina asas perkembangan emosi dan minda
kanak-kanak yang kukuh. Tenaga Pendidik yang berkelayakan dalam perkembangan kanak-
kanak diperlukan atas sebab-sebab berikut. Seperti, pendidik memainkan peranan utama dalam
membentuk sahsiah dan sikap anak-anak. Khususnya bagi kanak-kanak yang baru mengenali
diri, emosi dan kebolehan interaksi sosial mereka, hasil pembelajaran awal yang positif hanya
boleh dipastikan oleh pendidik yang berkualiti dan berkelayakan dan mereka perlu membantu
kanak-kanak yang buat pertama kalinya berada dalam kumpulan anak-anak dari bangsa,
budaya dan agama yang berlainan, seterusnya, mempunyai kebolehan untuk berkomunikasi
secara berkesan dengan kanak-kanak, rakan sekerja dan keluarga kanak-kanak, berkeupayaan
melaksanakan program, dan menggunakan peralatan pembelajaran secara berkesan dan
berdaya kreatif dan mampu membawa perubahan sesuai dalam kehidupan kanak-kanak dan
keluarga mereka.

Namun, penglibstsn ibubapa juga harus dititikberatkan. Kajian menunjukkan


perkembangan dan prestasi pembelajaran anak-anak adalah lebih baik apabila ibu bapa mereka
terlibat secara aktif dan berterusan dalam pendidikan mereka sejak awal lagi. Penglibatan aktif
dan sokongan ibu bapa di peringkat ini akan dapat meningkatkan potensi pembelajaran anak-
anak melalui penerusan kaedah pembelajaran tersebut di rumah. Asuhan dan didikan yang
serupa di pusat dan di rumah akan membantu kesinambungan proses pembelajaran dan
mengelakkan kekeliruan di kalangan anak-anak. Di samping itu ia juga dapat menjalinkan
perhubungan yang rapat di antara ibu bapa dan tenaga pendidik, juga bagi membolehkan
pendidik mengenali serta memahami anak-anak dengan lebih mendalam. Dengan yang
demikian ibu bapa adalah di wajibkan untuk menyumbang kepada aktiviti pusat sekurang-
kurangnya 4 jam sebulan.
1.5 Kepentingan Kajian

Kajian ini penting untuk ibubapa yang menghantar anak ke taska. Pendidikan awal kanak-
kanak menyediakan generasi yang mempunyai daya ketahanan untuk menghadapi cabaran dari
aspek fizikal dan mental, menumpukan perhatian dan membina daya keintelektualan, peringkat
kanak-kanak merupakan peringkat yang utama dan paling laju perkembangan mereka
berbanding dengan peringkat-peringkat atau tahap umur yang lebih dewasa dalam kehidupan
seseorang. Selain itu, 90 peratus daripada perkembangan otak secara optimum berlaku
sebelum kanak-kanak mencapai umur lima tahun kerana sejak kelahiran hingga berumur dua
tahun, kanak-kanak itu mengalami perkembangan kognitif yang pesat. Akhir sekali, pada
peringkat ini, kanak-kanak dapat mengembangkan pengetahuan asasnya yang berkaitan
dengan empat ciri iaitu pengetahuan tentang objek, sebab-sebab sesuatu, ruang, dan masa
yang kemudiannya menjadi asas untuk perkembangan hidup.
1.6 Skop Kajian

Penyelidikan ini meliputi skop masa dari tahun 2000 sehingga tahun 2017. Pendidikan Awal
Kanak-kanak di Malaysia sebelum kemerdekaan merupakan pendidikan tidak formal dan lebih
kepada pendidikan agama dan bukan formal. Pendidikan Awal Kanak-kanak formal di Malaysia
mula berkembang pada Tahun 1950-an iaitu selepas Perang Dunia Ke-dua. Namun, Pendidikan
Awal Kanak-kanak ketika itu tidak begitu berkembang kerana lebih merangkumi anak-anak
golongan bangsawan manakala kanak-kanak dari keluarga  yang tidak berkemampuan
contohnya anak-anak pekerja hanya dijaga bukan dididik.

Pendidikan Awal kanak-kanak  di Malaysia dahulu dan kini sedikit sebanyak telah berubah
namun impaknya kurang kerana, Ibu bapa tidak sedar kepentingan pendidikan dari peringkat
awal kanak-kanak, kurangnya kesedaran di kalangan ibu bapa bahawasanya mereka
merupakan guru pertama kanak-kanak, ibu bapa kurang kesedaran bahawa bukan hanya guru
yang dapat mendidik kanak-kanak, pengamal Pendidikan Awal Kanak-kanak tidak menekankan
pendidikan dan hanya menjaga secara sambil lewa, kebanyakan penjaga diambil tanpa
pengalaman serta pendidikan mengenai pendidikan awal kanak-kanak yang secukupnya,
pengusaha taska atau tadika swasta kebanyakan mengambil pengasuh yang tiada pengalaman
kerana lebih murah gaji, dan kurikulum yang disediakan tidak diikuti sepenuhnya kerana malas
untuk mengajar kanak-kanak.
1.7 Metodologi kajian

Dalam menyiapkan penyelidikan ini, terdapat beberapa kaedah penyelidikan telah


digunakan. Kaedah yang pertama adalah Kajian kepustakaan ialah langkah asas yang
digunakan oleh pengkaji untuk mengkaji dan mengumpul data-data dan fakta yang berkaitan
dengan tajuk kajian. Seterusnya, kaedah pengumpulan data melibatkan usaha untuk
mendapatkan data-data atau maklumat dengan pelbagai cara seperti soal selidik, temu duga,
perbincangan, penyemakan, bahan-bahan rujukan dan sebagainya. Sumber data boleh
dibahagikan kepada dua jenis sumber data iaitu sumber primer dan sumber sekunder. Sumber
primer ialah sumber yang ada kaitan langsung dengan keadaan yang dikaji termasuk temubual,
observasi dan juga dokumen. Manakala sumber sekunder pula, ialah sumber yang ada
perantara diantara keadaan atau pengalaman yang dikaji seperti ulasan, makalah dan juga
buku-buku ilmiah. Dalam, memperoleh data-data primer dan sekunder, pengkaji telah
menggunakan metode kajian kepustakaan dan metode kajian lapangan.

1.8 KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan, bagi mencapai matlamat melahirkan insan seimbang dan


harmoni, bukanlah perkara yang mudah. Pembanguan modal insan memerlukan strategi yang
holistik. Pembangunan yang menyeluruh ini amat penting kerana jenis cabaran pada hari ini
dan pada masa depan bukan sahaja bersifat intelektual dan saintifik tetapi cabaran yang
menunggu juga bersifat emosi dan psike (Sidek Baba, 2011). 10 Justeru, pencapaian
matlamat yang jelas menuntut suatu pendekatan yang lebih efektif melalui pengintegrasian
kurikulum yang mantap pada peringkat yang paling asas. Senario transformasi yang berlaku
dalam sistem pendidikan menjelang tahun 2020 ini dilihat semakin penting dan mencabar.
Transformasi yang berlaku sudah pasti menuntut pendidikan yang mantap dan berinovatif.
Modul Pendidikan Akhlak sebagai satu mekanisme baru yang inovatif untuk disesuaikan
kepada para pendidik dalam pendidikan awal kanak-kanak. Oleh yang demikian, sudah sampai
masanya para pendidik awal kanak-kanak mengaplikasikan panduan pengajaran yang lebih
efektif . Maka dengan itu, diharapkan hasrat dan matlamat pendidikan khususnya dalam bidang
pendidikan awal kanak-kanak akan terlaksana.
10
Sidek Baba. (2011). Tajdid Ilmu dan Pendidikan. Kuala Lumpur: Techknowlogic Trading Sdn. Bhd.
RUJUKAN
Abdullah Nashih Ulwan (1996). Pedoman Pendidikan Anak-anak Dalam Islam.Jilid1-2.
Terjemahan

Saifullah Kamalie dan Hery Neor Ali. Kuala Lumpur: Victory Agencie.

Imam Al-Ghazali (2006). Mukhtasar Ihya’Ulumiddin. (terjemahan Ibnu Yasin). Johor Baharu:
Perniagaan Jahabersa.

Morrison. G.S. (2011). Early Childhood Education Today. (12th Internation Edition).Pearson
Prentice Hall.

Sidek Baba. (2011). Tajdid Ilmu dan Pendidikan. Kuala Lumpur: Techknowlogic Trading Sdn.
Bhd.

TADIKA KHALIFAH PERDANA Hse. No. 1, Lot 94, Lorong 3, Taman Putera Perdana Fasa
2A, Batu 13, Jalan Tuaran - Telipok, 88450 Kota Kinabalu, Sabah. Person In Charge: Puan
Masniah Abidin

TADIKA SINARAN JAYALot No. 1, Blok W Hse No 1


Taman Hartamas Telipok89200 Tuaran, Sabah.Pn Nurul Ashikin bt Querinus

Taska Rama-rama, No. 2, lot83, lorong putera perdana 1A, phase 2B, Taman putera perdana,
telipok, 88450 Kota Kinabalu, Sabah. Pn Stephanie Emanuel

 Tadika St. Peter Telipok is a Tadika Swasta located in 183, Jalan Tuaran, Telipok,


88450 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia

Taska permaisuri, Lot No. 48, Lorong 2E, Taman Putera Perdana, Telipok, Sabah, 89200 Kota
Kinabalu

Taska sunshine, taman hartamas, Lot H10, Lorong 4, Taman Hartamas, Jalan Telipok, 88450,
Kota Kinabalu, Sabah, 88450 Kota Kinabalu

Tadika Perdana Cemerlang, Smart Soleh Integrated Preschool, No. 43, lot 103, Lorong Putera
Perdana 2B, Taman Putera Perdana, Bt. 88450, 13, Jalan Tuaran, Pekan Telipok, 89200 Tuaran,
Sabah
Taska Putrajaya Playschool Rumah No. 2, Lorong Putera Jaya 4, Taman Putera Jaya, Telipok,
88450 Kota Kinabalu, Sabah

PENGAJIAN LUAR
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS)
PLUMS
AJ20403

TATACARA PENYELIDIKAN DAN PENULISAN SEJARAH

TAJUK :

Perkembangan pendidikan awal kanak-kanak di Telipok, Sabah Pada tahun (2000-


2017)

PENSYARAH : DR. MAUREN DE SILVE

NAME NO. MATRICK TANDATANGAN

NURSAKINAH BINTI JAMLIDI YA2016-1056

You might also like