08 Hoki

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 16

Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah Malaysia

HOKI
SEJARAH DAN PERKEMBANGANNYA

Sejenis permainan yang menyerupai hoki telah mula dimainkan oleh


orang-orang Parsi, Greek dan Rom sejak 2000 tahun Sebelum Masihi. Menurut
sesetengah ahli sejarah, permainan ini mula dimainkan semula di England
pada tahun 1365 tetapi kemudian diharamkan disebabkan berlakunya
kekecohan yang membawa kepada pertumpahan darah. Ia muncul
semula dengan pelbagai nama seperti ‘hogket’ di Peranchis,
‘shinty’ di Scotland, ‘banty’ di Wales dan ‘hurley’ di Ireland. Walau
bagaimanapun nama ‘hockey’ yang digunakan di England
muncul sebagai nama yang paling popular, sehinggalah digunakan
sampai sekarang ini.

Permainan hoki berkembang di Eropah pada 1886. Pada 1896, hoki telah
dimasukkan dalam acara Sukan Olimpik. Dengan perkembangan itu, Persekutuan
Hoki Antarabangsa (FIH) ditubuhkan pada tahun 1954. Di Malaysia,
hanya selepas 30 tahun iaitu sejak ia diperkenalkan semula,
barulah permainan tersebut mula dimainkan. Pada tahun
1948 pula, Persatuan Hoki Malaysia (PHM) ditubuhkan.
Prestasi terbaik Malaysia dalam permainan hoki di
peringkat dunia ialah pada tahun 1975, di
mana Malaysia menduduki tempat
keempat dalam Kejohanan Hoki Piala
Dunia. Pada ketika itu, Kuala
Lumpur menjadi tuan rumah
kejohanan tersebut.

BAGAIMANA HOKI DIMAINKAN

Permainan hoki melibatkan dua pasukan. Setiap pasukan mempunyai


sebelas orang pemain utama dan tujuh orang pemain gantian atau pemain
simpanan. Masa permainan dijalankan ialah antara 60 – 70 minit bergantung
kepada peringkat umur para pemain. Masa rehat pada separuh masa permainan
diberi. Permainan hoki ini diadili oleh dua orang pengadil.

79
FAIL SUMBER LENGKAP GURU – PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Permainan bermula di garisan tengah. Pasukan yang memulakan


permainan mestilah membuat tolakan mula. Pihak lawan tidak boleh merampas
bola sebelum pemain kedua daripada pasukan yang memulakan permainan
menerima hantaran bola.

Para pemain hanya boleh menjaringkan gol dalam kawasan ‘D’. Jaringan
boleh dilakukan secara menolak, menguis, menceduk atau memukul bola.
Jaringan boleh dilakukan berpunca daripada gerakan serangan, melalui pukulan
sudut dekat, pukulan sudut jauh atau pukulan penalti. Gol dikira jika bola melintasi
garisan gol pihak lawan.

(a)

(b)

(c)

Pukulan sudut jarak dekat :


(a) Seorang pemain penyerang akan menolak
bola kepada rakan-rakannya yang menunggu
di luar kawasan ‘D’.
(b) Pemain-pemain penyerang akan cuba
menjaringkan gol dengan menggunakan
strategi mereka
(c) Gambaran permainan semasa sudut penalti
jarak jauh

80
Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah Malaysia

KEPERLUAN DAN PERALATAN

penutup muka
(helmet)

sarung tangan
(glove)

alas badan
(body pad)

kayu hoki bola hoki

penghadang kaki (leg pad)

penendang (kickers)

81
FAIL SUMBER LENGKAP GURU – PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

KAWASAN ATAU PADANG PERMAINAN

Kawasan permainan hoki berbentuk empat segi bujur yang berukuran 90 meter
panjang dan 54 meter lebar dengan permukaan yang rata. Hoki amat sesuai jika dimainkan
di atas padang ‘astroturf’ (rumput tiruan). Terdapat lima garisan utama di padang hoki
iaitu :
(a) garisan tepi
(b) garisan gol
(c) garisan tengah
(d) garisan 22.9 m 54.7 m

(e) garisan ‘D’ 9.1 m


9.1 m
91.4 m

22.9 m

22.9 m

3.6 m

22.9 m
7.3 m

14.6 m
1.5 m
Padang Permainan
22.9 m
Padang hoki berukuran 90 m X 54 m.
Lima garisan utama membahagikan kawasan-
kawasan dalam padang yang seharusnya mempunyai
permukaan yang rata. Kebanyakan permainan hoki
peringkat tinggi dimainkan di atas padang rumput tiruan.

Gol Hoki
Tiang gol terletak di tengah
garisan gol. Kawasan gol
2.1 m bertanda garisan ‘D’ yang
berjejari 14.6 m dari tiang
gol. Garisan tepi dan garisan
tengah dibahagi dua oleh
garisan 22.9 m. bendera
dipacakkan pada setiap
0.46 m garis gol hujung garisan tepi, garisan
3.67 m
tengah dan garisan 22.9 m.
1.22 m

Gol hoki : papan setinggi 0.46 m dipasang di


bahagian bawah kawasan tiang gol dan
jaring dimatikan di sebelah dalam papan ini.

82
Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah Malaysia

TEKNIK-TEKNIK KEMAHIRAN

Memukul Bola (Hitting)

Memukul Bola
Hantaran dalam permainan hoki boleh dilakukan dengan
cara memukul bola. Pukulan dibuat tanpa bola bergerak
(stationary) dan juga selepas menggelecek bola.

Pegangan
Kayu hoki dipegang dengan tangan kiri di atas secara
berjabat tangan. Kedudukan tangan kanan mestilah rapat
dengan tangan kiri.

Kedudukan Badan dan Bola


Posisi badan mesti selesa dan ke depan.

Menahan Bola (Stopping)


(a) (b) (c) (d) (e) (f)

(a) Pastikan badan terletak di belakang bola dan selari dengan arah bola.
(b) Kayu hoki hendaklah dalam keadaan menegak dengan kepala kayu rapat dengan
permukaan padang untuk mendapat kawasan yang luas bagi menahan bola.
(c) Perhatikan bola sehingga ia ditahan
(d) Pegangan tangan kanan hendaklah dilonggarkan dalam keadaan tangan kiri ke depan
supaya kayu hoki dapat dicondongkan untuk mengawal bola.
(e) Sentiasa perhatikan bola sehinggalah ia menyentuh atau terkena kayu hoki
(f) Kedua-dua kaki menghala ke arah bola yang hendak ditahan dan pemain bersedia
untuk membuat satu hantaran atau pergerakan.

83
FAIL SUMBER LENGKAP GURU – PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Menahan Bola Dalam Keadaan Mengilas (Reverse Stop)

(a) Bawa kayu hoki dari sebelah kanan ke sebelah kiri mengikut arah pergerakan bola.
(b) Kaki kanan dalam berkeadaan disilangkan.
(c) Kayu hoki dikilas untuk menahan bola.
(d) Pastikan kedudukan kepala di atas seiring dengan kedudukan bola.
(e) Sentiasalah perhatikan bola sehingga ia ditahan.
(f) Bersedialah untuk membuat pergerakan selepas menahan bola.

MENOLAK, MENGUIS DAN MENCEDUK

Menolak (Push)

84
Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah Malaysia

Tolakan Kilas (Reverse Push)

Digunakan apabila membuat


hantaran lintang atau ke arah
belakang kepada pemain lain
dalam kedudukan yang lebih
baik

Menguis (Flicking)

Bola yang dikuis akan naik.


Cara ini sangat berguna
semasa kuisan ke arah gol atau
semasa pukulan penalti kerana
bola dikuis dengan kuat dan
laju.

Menceduk (Scooping)

Pergerakan menceduk bola


menggunakan pergelangan
tangan dan lengan untuk
mendapatkan satu cedukan yang
tinggi dan jauh.

85
FAIL SUMBER LENGKAP GURU – PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

MENGGELECEK (DRIBBLING)

Menggelecek Cara India

Pemain-pemain
mestilah melaksanakan
gelecek cara India di
hadapan badan dengan
cara menggerakkan
bola ke hadapan dan ke
belakang, iaitu dengan
mengiringkan badan
secara bersilih ganti
sambil memainkan bola
dengan bahagian
hadapan dan kilas kayu
hoki.
Tangan kiri hendaklah sentiasa menggerakkan kayu ke belakang dan hadapan atas
bola.
Tangan kanannya pula dalam berkeadaan membolehkan kayu hoki diputar bebas dan
digabungkan dengan tangan kiri untuk melakukan gerakan ketukan bagi menukar
arah gerakan bola.

Menggelecek Cara ‘Roll” atau Sisi

Kawalan rapat ke atas bola amat


perlu kerana bola perlu sentiasa
rapat dan dekat dengan pemain.
Cara ini sangat sesuai jika
bermain di atas padang astroturf,
tetapi sukar dilakukan di atas
padang rumput biasa.

Menggelecek Cara bebas (Loose Dribbling)


Seperti namanya,
pergerakan menggelecek
cara ini memerlukan
kawalan bola yang bebas
dan ia dibenarkan
bergerak di hadapan kayu
hoki. Gelecek bebas ini
membolehkan
pergerakan lebih pantas
dan penelitian yang baik
tetapi mendedahkan
pemain kepada risiko bola kawalannya dirampas pemain lawan. Oleh sebab itu,
pemain yang baik tidak akan membiarkan bola bergerak bebas jauh daripada kayu
hokinya dan menyebabkan ia terdedah kepada dirampas oleh pemain lawan.

86
Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah Malaysia

MENERIMA HANTARAN BOLA

Terima Bola dari Depan

Menerima bola merupakan kemahiran yang penting dan perlu dikuasai


oleh setiap pemain. Pemain mestilah berupaya memperoleh serta
menjaga dan mengawal bola yang telah dipukul oleh rakan sepasukan
atau pihak lawan dari semua arah dengan kelajuan dan ketinggian
yang berbeza-beza. Pemain mungkin dalam keadaan bergerak atau
tidak bergerak semasa menerima hantaran bola ini.

Terima Bola dari Kiri atau Kanan

Sama ada menerima bola dari kiri


atau kanan, pemain perlu
membetulkan posisi diri masing-
masing terlebih dahulu dengan
pantas supaya bola mudah
dihantar atau diterima serta
memudahkan pergerakan
mengawalnya.

Terima Bola Dari Udara (Aerial Ball)

Mengawal bola di udara dengan


menggunakan kayu hoki adalah
kemahiran yang agak baru. Ia
diperkenalkan disebabkan oleh
perubahan peraturan di mana para
pemain tidak dibenarkan
menggunakan tangan (melainkan
penjaga gol). Perkara ini bermaksud
bahawa bagi mengawal pergerakan
bola di udara (hantaran atau
lambungan tinggi) dan pergerakan
bola di bawah paras bahu, hendaklah
dilakukan dengan menggunakan
kawalan kayu hoki.
Apabila bola jatuh ke atas tanah, kayu hoki hendaklah diletakkan atas bola bagi
mengelakkan bola melantun, terutamanya jika permainan diadakan di atas padang
rumput tiruan.

87
FAIL SUMBER LENGKAP GURU – PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

REBUTAN (TACKLING)

Rebutan Hadapan (Forehand Tackling)

Teknik ini digunakan oleh pemain di bahagian pertahanan yang statik dalam keadaan
satu lawan satu di mana penyerang perlu menggelecek bagi melepasi pihak lawan.

Rebutan Lonjak (Jab or Poke Tackle)

Cara rebutan bola ini bergantung kepada


keadaan yang berlaku secara mengejut di
mana seorang pemain melonjak ke hadapan
bola dengan menggunakan tangan kiri.

Rebutan Kilas (Reverse Tackling)

Kemahiran pergerakan ini adalah


untuk memerangkap bola dengan
menggunakan ‘reverse stick’
supaya penyerang menjadi terlajak
dan bola dapat dikawal oleh
pemain pertahanan.
Rebutan bola cara ini memerlukan kekuatan dan pengawalan kilas tangan kiri.
Teknik rebutan ini agak sukar untuk dilakukan sebab ia dikuasai oleh tangan kiri dan
menurut peraturan, teknik ini dilakukan tanpa menghalang kayu atau badan pihak
lawan. Oleh sebab itu, teknik ini jika boleh perlu dielakkan.

88
Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah Malaysia

KAWALAN GOL (GOALKEEPING)

Pergerakan secara turutan kawalan gol secara ‘single padding’

Aksi penjaga gol dalam mengawal pintu gol

89
FAIL SUMBER LENGKAP GURU – PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

PENGADIL PERMAINAN (UMPIRES)

Isyarat Pengadil (Umpire’s Sign)

Isyarat Masa Halangan Bola tidak mati di sudut Strok Penalti


(Time Left) (Obstruction) penalti (Penalty Stroke)
(Ball not stopped at
penalty corner)

Buli Pukulan Sudut Jaringan Gol Permainan Bahaya


(Bully) (Corner hit) (Goal Scored) (Dangerous Play)

Masa Mula Pukulan 16 Pukulan/Tolakan Ke Pukulan bebas ganjak


(Time Start) (16-Yards hit) Dalam 10 m ke depan
(Hit in from the side (Free hit 10 m
line) progress)

Masa Berhenti Sudut Penalti Pukulan Bebas


(Time Stopped) (Penalty Corner) (Free Hit)

90
Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah Malaysia

CADANGAN LATIHAN

1 Hantaran Tolak (i)

1
A X
10 ela

Pemain di garisan A berhampiran dengan 8 biji bola. Pemain menolak bola pertama ke
arah pintu X. Jarak pintu ialah satu ela. Tolakan diulangi sebanyak 6 kali. Rekod berapa
kali bola melintasi pintu.

2 Hantaran Tolak (ii)

5 ela B 5 ela

2 kaki 2 kaki

A C

10 ela

3 ela

Pemain berdiri di sebelah kiri penanda (kon), tiga ela dari garisan bola. Apabila arahan
diberi, pemain membawa bola yang pertama, bergerak melepasi kon dan terus
menolak bola ke atas “gate’ A. Gerakan ini diulangi dengan bola ditolak melalui “gate”
B dan seterusnya sehingga kesemua bola ditolak. Masa untuk melakukan ujian ini
ialah 45 saat. Tolakan yang dibuat selepas 45 saat tidak diambilkira. 2 poin diberi untuk
setiap bola melintasi “gate”.
Ujian diulangi sekali.

3 Menguis

A
4 ela

Satu penghalang (3 kaki tinggi) diletak jarak 4 ela dari garisan A. Pemain menguis bola
ke arah dan ke atas penghalang. Ulangi sebanyak 5 kali. Rekod jarak kuis yang
terbaik. (Jarak antara garisan A ke tempat bola jatuh).

91
FAIL SUMBER LENGKAP GURU – PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

4 Ketepatan Menguis
0

1
2

X 14 ela 3

2 ela
3 ela

4 ela

Pemain berdiri di belakang garisan berhampiran dengan enam biji bola, bola dikuis ke
arah sasaran berbentuk segiempat sama seperti di rajah. Gerakan diulangi sehingga
kesemua bola dikuis. Poin diberi untuk setiap bola dikuis mengikut ketepatan bola
mendarat seperti di rajah.

5 Menggelecek

1 ela

5 ela 4 ela 3 ela 5 ela 4 ela 4 ela

Dari tempat permulaan, pemain berlari dengan bola melalui “gates” seperti bentuk
“zig-zag”. Pemain dan bola mesti melalui setiap “gate”. Catat masa diambil untuk satu
pusingan.
Ujian diulangi sekali.

6 Menggelecek dan Mengawal Bola

A B

25 ela

Dua garisan A dan B, 25 ela jarak. 5 kon diletak 5 ela jarak antara satu sama lain. Kon
pertama berjarak 5 ela dari garisan A dan kon yang kelima terletak di atas garisan B.
Pemain bermula di A, menggelecek bola mengikut garisan seperti dalam Rajah,
sampai ke B dan pusing balik ke A. Rekodkan masa.
(Pemain boleh menggunakan sebarang cara untuk menggelecek bola)

92
Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah Malaysia

PENGAWALAN PINTU GOL (GOALKEEPING)

Latih tubi intensif bagi


penjaga gol; bola dipukul
secara bergilir-gilir

Penjaga gol mengambil ii


posisinya di gol: A
i. Jurulatih X meleretkan bola
di atas padang ke arah gol.
Penjaga gol dikehendaki
menendang bola. Prosedur
diulangi.
ii. Jurulatih X menguis/baling
bola ke arah penjaga gol
X Z
pada paras lutut. Penjaga
gol dikehendaki menendang
bola (volley). Prosedur
Y
diulangi.
iii. Jurulatih X menguis/baling bola ke arah penjaga gol pada paras bahunya. Penjaga
gol dikehendaki menahan bola dengan tangan dan seterusnya menendang bola itu
dengan kaki.

Penilaian dibuat menggunakan iii


skala 10 poin (1-10 maksimum) A
berdasarkan
ketangkasan,kederasan
memukul lepas, teknik
menendang bola dan koordinasi.
Penjaga gol mengambil posisi di
gol. Pemain/jurulatih X memukul
bola ke arah gol. Penjaga gol
dikehendaki menahan bola dan
membuat pukul lepas dengan
kayu. Ulangi prosedur dengan
pemain Y memukul bola dan
seterusnya sehingga kesemua 6
X
bola selesai dipukul.
Jurulatih menilai menggunakan skala 10 poin (1-10 maksimum) berdasarkan liputan
sudut, teknik menahan bola dan teknik memukul lepas.

93
FAIL SUMBER LENGKAP GURU – PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

CONTOH BORANG UJIAN DAN PENILAIAN KEMAHIRAN

1 Borang Ujian Semasa/Tahunan

Nama: Pusat/Sekolah:

Tarikh
No.
Ujian Kemahiran Catatan
Skor No.
Maksimum 1 2 3 4 5 6 7 8

1 MENJARING GOL (PUKULAN) 12

2 MENGUIS (JARAK) 18

3 HANTARAN TOLAK 12

4 MENGUIS (KETEPIAN) 18

5 MENGGELECEK (masa)

6 MENOLAK KILAS 12

2 Borang Ujian Kemahiran

Nama:

Umur: tahun bulan

Sekolah/Pusat:

Tarikh:
Jarak/Masa Jarak/Masa Pemerhatian
Bil. KEMAHIRAN Poin Poin

1 Menggelecek ‘roll”

2 Menggelecek & Mengawal bola

3 Memukul

4 Menolak

5 Menguis

6 Hantaran Tolak

7 Ujian Penjaga Gol

7,1 Liputan sudut, menahan bola dan


pukul lepas

7.2 Tendangan bola

94

You might also like