Perbezaan Individu Dan Pembelajaran

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

PERBEZAAN INDIVIDU DAN PEMBELAJARAN

Perbezaan Individu

Woodcock (2000) membahagikan perbezaan individu kepada dua jenis, iaitu


interindividu dan intraindividu. Perbezaan interindividu ialah perbezaan dalam individu
yang dipengaruhi oleh masa, tempat dan keadaan. Perbezaan interindividu bukanlah
alasan kepada kita untuk merumuskan bahawa mereka yang mempunyai perbezaan
interindividu ialah golongan yang bermasalah.

Perbezaan intraindividu pula ialah perbezaan yang terdapat antara seseorang


individu dengan individu yang lain. Perbezaan antara individu adalah dalam pelbagai
bentuk dan perkara. Perbezaan ini memberikan kesan terhadap cara mereka bertindak
balas terhadap sesuatu perkara dalam kehidupan seharian.

Gaya Pembelajaran

Gaya pembelajaran bermaksud cara seseorang menerima dan memproses maklumat


dalam pelbagai cara yang berbeza-beza. Teori berhubung gaya pembelajaran
menekankan kepada sebanyak mana murid belajar dan memperoleh pengalaman
pembelajaran bergantung pada gaya pemelajaran dan bukan persoalan tentang murid
itu hebat atau pintar.

Jenis Gaya Pembelajaran.

1. Pelajar Visual
Murid kumpulan ini mudah menjalani pembelajaran melalui penglihatan. Sewaktu
belajar, mereka perlu menatap wajah dan riak gurunya yang menyampaikan isi
pelajaran dengan bantuan bahasa isyarat, imej gambar-gambar, paparan visual
termasuk rajah-rajah, buku-buku teks yang mempunyai ilustrasi, transparensi,
video, carta dan edaran-edaran bahasa.
2. Pelajar Auditori
Murid auditori belajar melalui pendengaran. Mereka belajar paling berkesan
melalui kuliah, perbincangan dan mendengar penerangan dan pendapat orang
lain. Murid begini biasanya mendapat manfaat yang aling banyak melalui aktiviti
bercerita, membaca teks secara lantang dan mengunakan pita rakaman.

3. Pelajar Taktik/Kinestatik
Murid kategori ini belajar melalui pergerakan, merasa, menyentuh, menyusun,
mereka cipta dan membina atau membuat. Apabila mereka berinteraksi dengan
ruang sekitar, mereka dapat mengingat dan memproses maklumat. Murid ini
lebih cenderung kepada hands-on dan suka belajar secara penemuan.

4. Aktivis
Bagi murid aktivis, mereka lebih suka mengambil bahagian secara aktif dalam
proses pembelajaran dan tidak leka sungguhpun perhatian mereka terganggu.
Murid ini akan mengambil bahagian dalam pelajaran secara peribadi dan
menganggap sebarang pengetahuan baru sebagai kepunyaan peribadinya.

5. Reflektor
Murid reflektor pula gemar berfikir dan mengkaji semula maklumat dan
pengetahuan baharu yang diperoleh dalam pemerhatian supaya dapat
disesuaikan ke dalam kerangka pengetahuan sedia ada. Mereka akan
menganalisis dan berfikir secara mendalam tentang sesuatu perkara sebelum
menjawab.

6. Teoris
Murid-murid teoris ini sentiasa mencari bukti supaya dapat membuat generalisasi
bagi hukum-hukum dan teori-teori, contohnya dalam bidang matematik, sains,
seni halus, agama dan falsafah.

7. Pragmatis
Murid pragmatis ini sentiasa ingin mengetahui bagaimana sesuatu perkara itu
berfungsi walaupun tidak mementingkan bukti. Murid seperti ini mampu
menyelesaikan masalah secara bijak.

Perbezaan Individu dalam Gaya Pembelajaran

1. Tempoh masa belajar


Seseorang murid yang lambat memberikan tindak balas tidak bermakna tidak
berjaya mencapai hasil pebelajaran seperti murid yang cepat bertindak balas.
Tindak balas yang lambat mungkin berpunca daripada beberapa elemen,
antaranya kurang tumpuan dan kurang aktif yang ada kaitan dengan tingkah laku
pembelajaran. Tempoh masa yang diperuntukkan perlu sesuai dengan gaya
pembelajaran murid dan dengan itu, hasil pembelajaran akan mudah tercapai.
Segelintir murid akan mudah memahami langkah-langkah yang diperlukan
di dalam permainan catur, dan begitu juga sebaliknya. Bagi yang lambat
memahami, bukan bererti mereka tidak bijak tetapi mereka kurang memberi
perhatian. Ia juga mungkin disebabkan mereka leka melihat model permainan
tersebut.
2. Pembelajaran kendiri
Ini dapat dilihat dari segi cara murid itu belajar. Sesetengah murid dapat belajar
bersendirian tanpa memerlukan banyak bantuan, bimbingan dan tunjuk ajar
guru. Tetapi terdapat juga murid yang tidak mampu belajar secara sendirian
sebaliknya sentiasa memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar guru. Ada juga murid
yang memerlukan bantuan guru pada waktu tertentu sahaja.
Begitu juga dalam permainan catur ini, cara belajar murid dapat dilihat dari
segi cara permainan mereka dan juga cara mereka bertanya soalan serta tindak
balas mereka ketika guru menerangkan maklumat permainan.

3. Tumpuan
Setiap individu mempunyai kapasiti tumpuan yang berbeza. Pelbagai karenah
dan tindak balas murid dengan perbezaan tumpuan ini. Oleh itu, guru perlu
membuat pengajaran menjadi sesuatu yang menarik. Guru juga boleh
menggunakan kaedah pengajaran sambil bermain.

4. Reaksi terhadap situasi yang baru


Reaksi murid terhadap situasi yang baru mempengaruhi proses pembelajaran
mereka. Contohnya, ketika guru mengadakan beberapa set perlawanan catur,
murid akan bertemu lawan yang berbeza bagi setiap set perlawanan. Ini juga
boleh dikaitkan dengan situasi yang berbeza. Justeru, guru perlu memberi
sokongan dan bersikap adil bagi setiap murid. Guru perlu memberi masa kepada
muri untuk menyesuaikan diri supaya mereka tidak merasa rendah diri.

You might also like