Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Menerokai Kegemilangan Saintis Islam

Tokoh-tokoh Saintis Islam

Ibnu Rusyd
Latar belakang:
Nama sebenar beliau ialah Abul Walid Muhammad Ibnu Ahmad Ibnu Muhammad Ibnu
Ahmad Ibnu Rusyd (Beliau dikenali sebagai Averroes di dunia Barat). Beliau dilahirkan pada
14 April 1126 bersamaan 520 Hijrah di Cordoba, Andalusia (kini Sepanyol). Ibnu Rusyd
dilahirkan dalam keluarga yang berilmu dan ternama yang dihormati dan mempunyai
kedudukan tinggi dalam kalangan masyarakat. Datuk dan bapanya adalah seorang hakim di
Cordoba. Ibnu Rusyd seorang yang pemurah,rendah dir terhadap orang miskin dan sentiasa
menjaga imej dan maruah diri apabila Bersama orang kaya dan ternama. Beliau merupakan
seorang yang berpegang kepada fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Latar belakang Pendidikan:


Ibnu Rusyd mendapatkan Pendidikan awal daripada bapanya sendiri. Bapanya memberikan
Pendidikan dalam bidang ilmu Al-Quran, hadis, tauhid, fiqah, sastera Arab dan Bahasa.
Selepas itu, beliau telah dihantar untuk berguru dengan Ibnu Zuhr, yang merupakan seorang
tokoh perubatan di Cordoba dan pernah menjadi seorang doktor istana di Andalusia. Ketika
berguru di bawah bimbingan Ibnu Zuhr, beliau mempelajari ilmu fiqh dan perubatan. Beliau
seorang yang sangat rajin membaca, mengkaji dan menulis. Beliau seorang yang sangat rajin
menimba ilmu. Buktinya, Ibnu Abbar ada menulis dalam buku Al-Takmillah iaitu, “Ibnu
Rusyd adalah seorang yang rajin menimba ilmu sejak dari kecil hingga tua. Beliau tidak
pernah membiarkan masa berlalu tanpa berfikir dan membaca.”

Sumbangan:
- Menghasilkan kitab Al-Kulliyat fi al-Thibb (General Rules of Medicine)
 Kitab tersebut menghuraikan tentang aspek perubatan seperti diagnosis,
rawatan, dan pencegahan penyakit.
 Bahan rujukan pelajar-pelajar perubatan di Eropah.
- Menghasilkan 80 buah buku dalam pebagai bidang
 39 buku berkaitan dengan ilmu falsafah
 8 buku tentang ilmu fiqh
 20 buku mengenai ilmu perubatan
 5 buku mengenai ilmu Qalam
 4 buku yang merangkumi ilmu matematik, falak, dan astronomi
- Karyanya, kitab Bidayat Al-Mujtahid (kitab fiqh) telah digunakan sebagai bahan
rujukan ulama fikah.
- Pernah menjadi Ketua Hakim, Penasihat politik, guru, Pengarah Pendidikan dan
doktor peubatan istana.

You might also like