Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 17

PUSAT PENGAJIAN ILMU PENDIDIKAN

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

SARJANA PENDIDIKAN MOD KERJA KURSUS LUAR PESISIR


POLITEKNIK SEBERANG PERAI

KEBERKESANAN SEKOLAH
SIDANG AKADEMIK (2020/2021)

LAPORAN PEMBENTANGAN

AHLI KUMPULAN:

MANIMEHELLAI SHANMUGAM S-PM0283/19

PIREMA GENASIN S-PM0215/19

VETHA MANI A/P SATHIA ANANTHAN S-PM 0335/19

SANTHI A/P KUPPUSAMY S-PM0289/19

PRASNA SHANMUGAM S-PM0291/19

PENSYARAH:

PROF DR ABDUL GHANI KANESAN BIN ABDULLAH


JELASKAN MAKSUD DENGAN MEMBERI CONTOH YANG SESUAI TENTANG
KONTEKS DAN PROSES DALAM KAJIAN KEBERKESANAN SEKOLAH.

BINCANGKAN KETERBATASAN SERTA ISU –ISU KAJIAN KEBERKESANAN


SEKOLAH DI MALAYSIA DARI SUDUT KONTEKS DAN PROSES

Keberkesanan sekolah mempunyai pelbagai takrifan. Secara umumnya konsep ini

bergantung kepada persepsi serta nilai yang berbeza daripada pelbagai pihak terhadap apa

yang dikehendaki daripada sekolah. Kajian-kajian sekolah efektif atau sekolah berkesan

secara khusus mendefinisikan keberkesanan sekolah melalui pemboleh ubah yang dianggap

penting dan digunakan untuk mengukur keberkesanan sekolah. Edmonds (1979),

mendefinisikan keberkesanan bukan sahaja dari segi kualiti hasil tetapi juga dari segi

kesaksamaan (equity).Konteks dalam keberkesanan kajian dapat dilihat berdasarkan beberapa

aspek. Menurut Willms (1985), latar belakang sosioekonomi pelajar merujuk kepada

kebolehan, kelas sosial, pendapatan dan taraf Pendidikan. Elemen-elemen sosiopolitik pula

menurut Wimplberg, Teddie & Stringfield (1989), merangkumi sosioekonomi, struktur

pentadbiran, kaedah membuat keputusan dan tahap persekolahan. Menurut Scheerens (1990),

pembolehubah dalam konteks terdiri daripada saiz sekolah, komposisi pelajar, kategori

sekolah,lokasi sekolah dan juga tahap galakan pentadbir. Teori kontigensi digunakan untuk

menerangkan faktor konteks sekolah. Keberkesanan sekolah bergantung kepada situasi atau

faktor kontigensi. Slater & Teddlie (1992), menyatakan bahawa elemen-elemen perspektif

sosioekonomi merupakan gabungan konteks dan proses pertimbangan yang terkandung di

bawah teori kepimpinan dan keberkesanan. Tiga elemen penting yang terkandung dalam
perspektif ini ialah pengurusan dan kepimpinan, keupayaan untuk bersedia dan kesediaan

pelajar.

Variabel konteks pula terdiri daripada saiz sekolah yang merangkumi sekolah besar,

sekolah kecil dan juga sekolah kurang murid (SKM), jenis sekolah, lokasi sekolah, struktur

pentadbiran yang terdiri daripada pengurusan, sumber manusia, kurikulum dan juga hal

ehwal murid, agihan peruntukan dan juga prasarana seperti kemudahan fizikal, bangunan dan

juga tempat atau ruang.Menurut Hannaway & Talbert (1993), saiz sekolah memberi kesan

positif kepada komuniti guru di pinggir kota dan kesan negatif kepada komuniti guru di desa.

Seterusnya, dari sudut lokasi sekolah, kita dapat membahagikannya kepada dua kategori iaitu

lokasi sekolah di bandar dan luar bandar. Menurut Bloom (1964), latar belakang

sosioekonomi sesebuah keluarga amat mempengaruhi pencapaian akademik seseorang murid.

Murid-murid yang tinggal di bandar, kebanyakannya terdiri daripada latar belakang keluarga

yang berpendidikan. Murid-murid yang tinggal di Kawasan luar bandar pula berasal daripada

latar belakang keluarga yang tidak mempunyai Pendidikan yang tinggi. Hal ini memang

memberikan kesan atau impak. Dari sudut jenis sekolah pula, terdiri daripada sekolah harian

biasa, sekolah asrama penuh, sekolah jenis kebangsaan, sekolah kawalan, sekolah agama,

sekolah kerajaan dan juga sekolah swasta.Menurut Sharifah (2000),dan Ghazali Othman

(2001), keberkesanan sekolah juga mempunyai hubungan dengan kebolehan sedia ada murid.

Dalam sekolah berasrama penuh, murid-muridnya adalah merupakan mereka yang terpilih

dari segi pencapaian akademik yang baik. Sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan
pula terdiri daripada budaya sekolah berkesan yang dipengaruhi oleh perbezaan budaya

bangsa yang berbeza. Para pengkaji juga mendapati sumber-sumber organisasi seperti sumber

kewangan, peralatan komputer serta kemudahan-kemudahan sekolah yang lain mempunyai

korelasi dengan pencapaian murid (Hedges, Laine, Greenwalds, 1994; Tribus, 1996).

Walaupun kecemerlangan dan keberkesanan sekolah dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti

faktor sosioekonomi, lokasi sekolah, sumber kewangan, peralatan yang mencukupi serta

tahap kebolehan sedia ada murid namun pihak sekolah harus optimis dalam mengaplikasikan

amalan-amalan pengurusan dan strategi sekolah bagi menjamin keberkesanannya.

Isu proses

Di samping itu, isu proses keberkesanan sekolah juga merupakan satu aspek yang

penting untuk dibincangkan dalam konteks sekolah di Malaysia. Isu proses ini boleh

dibincangkan mengikut lapan aspek iaitu masa, write-off atau pelajar yang tidak menguasai

kurikulum, harapan guru, amalan pengukuhan, prosedur agihan kumpulan, pengajaran

berdasarkan permainan, peranan pengetua serta komitmen guru dan staf pentadbiran.

Kesemua isu ini memberi kesan kepada pencapaian keberkesanan sekolah di negara kita.

Aspek masa merujuk kepada masa yang diperuntukkan oleh guru dalam mendidik

anak-anak murid di sekolah. Rusmini (2004) telah menjelaskan bahawa guru-guru harus

memperuntukkan masa dan fokus dalam proses pengajaran sama ada sebelum, semasa

mahupun selepas pengajaran. Menurut beliau, guru-guru perlu diberi masa untuk fokus

terhadap perancangan dan pelaksanaan pengajaran berbanding memperuntukkan dalam masa


bagi urusan pentadbiran yang tugas-tugas tambahan lain. Selaras dengan pandangan beliau,

Johaari & Mahizer (2020) turut menyatakan bahawa beban tugas guru dalam urusan

pentadbiran harus dikurangkan bagi meningkatkan keberkesanan sekolah. Akhirnya, Hussein

Mahmood (2008) menambah bahawa guru harus disediakan dengan sokongan pengajaran

yang baik supaya pengajaran berkesan. Justeru, pihak sekolah harus memastikan bahawa

guru-guru tidak terlalu dibebankan dengan tugas bukan pengajaran sehingga mereka tidak

dapat menunpukkan perhatian dalam pengajaran.

Aspek seterusnya ialah write-off iaitu peritus pelajar yang tidak menguasai kurikulum.

Dalam menganalisis isu ini, Calvin (2009) menjelaskan bahawa murid perlu menguasai

sukatan pelajaran yang ditetapkan dengan menyeluruh dan sempurna bagi memastikan

mereka dapat mencapai pencapaian yang cemerlang. Bagi memastikan pelajar menguasai

pelajaran secara menyeluruh, guru-guru di Malaysia telah mengambil pelbagai inisiatif

seperti mengadakan kelas tambahan, menggunakan waktu relief dan sebagainya terutamanya

bagi murid yang akan menghadapi peperiksaan awam. Dalam hal ini, Willms (2003)

menyatakan bahawa guru-guru berperanan penting dalam memastikan murid telah menguasai

kurikulum yang diajar supaya mereka tidak ketinggalan dan dapat berjaya mencapai

keputusan yang cemerlang. Justeru, guru-guru di Malaysia dinasihatkan supaya mengikuti

rancangan pengajaran tahuanan dan mingguan yang disediakan pada awal tahun. Dengan ini,

tentunya guru dapat memastikan pelajar telah menguasai sukatan pelajaran mengikut masa

yang ditetapkan.
Di samping itu, harapan guru terhadap pelajar juga amat penting bagi memastikan

pencapaian pelajar yang mempengaruhi keberkesanan sekolah. Dusek & Joseph (1983)

menjelaskan bahawa salah satu isu yang paling menonjol adalah pengaruh harapan guru

terhadap sikap murid terhadap pembelajaran, Ia dibuktikan melalui kajian ini bahawa harapan

guru berkorelasi dengan pencapaian pelajar. Beliau juga menjelaskan jika seorang guru

mempunyai harapan yang tinggi terhadap seseorang pelajar, maka pelajar tersebut akan

berusaha dengn lebih untuk mencapai harapan tersebut. Boehlert (2005) pula menekankan

lagi bahawa pelajar akan menepati harapan, ramalan, atau prakiraan tanggapan guru mereka

mengenai tingkah laku dan prestasi akademik mereka.

Aspek keempat iaitu amalan pengukuhan pula merujuk kepada pengukuhan positif

dan negatif yang diberikan oleh guru kepada para pelajar. Dalam hal ini, Hukam Dad et al.,

(2010) menyatakan bahawa amalan pengukuhan positif perlu dijalankan dengan kerap bagi

meningkatkan motivasi murid. Sebaliknya, Skinner (1948) menyatakan bahawa guru-guru

harus menggunakan kedua-dua pengukuhan positif dan negatif dalam pengajaran mengikut

keperluan dan situasi. Kemudian, Skinner (1953) menambah bahawa pengukuhan positif

meningkatkan kebarangkalian tindak balas dengan menambahkan keadaan manakala

pengukuhan negatif meningkatkan kebarangkalian tindak balas sebanyak dikeluarkan. Maka,

guru-guru boleh menggunakan kaedah memberi ganjaran apabila pelajar menunjukkan

peningkatan atau melaksanakan tugasan dengan baik dan memberikan hukuman jika mereka

gagal. Dengan ini, pelajar akan lebih bermotivasi untuk melaksanakan tugasan dengan baik.
Seterusnya, prosedur agihan kumpulan pula merujuk kepada cara yang digunakan

oleh guru bagi melaksanakan aktiviti kumpulan atau tugasan yang diberi oleh guru.

Pembahagian pelajar ke dalam kumpulan adalah amat penting kerana murid bekerja dalam

kumpulan merupakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dianggap paling berkesan

(Selene, 2019). Bagi memperoleh keberkesanan pelaksanaan aktiviti kumpulan secara

sepenuhnya, guru harus memastikan bahawa kumpulan yang dibahagi adalah bersifat

mendorong pelajar. Granstrom (2006) pula menekankan bahawa aktiviti kumpulan bukan

sahaja dapat meningkatkan pencapaian murid malah dapat meningkatkan kemahiran

interpersonal dalam kalangan murid. Justeru, Karin dan Eva (2012) menekankan bahawa

pengagihan kumpulan harus mengambil kira aktiviti yang dijalankan dan kebolehan murid-

murid setiap kumpulan agar pengajaran yang dijalankan berkesan.

Di samping pembahagian kumpulan, aktiviti yang dijalankan juga amat penting bagi

memastikan pelajar dapat memotivasikan pelajar untuk menguasai pengajaran yang diajar

dengan menyeluruh. Salah satu kaedah pengajaran yang dapat meningkatkan motivasi murid

untuk belajar ialah pengajaran berasaskan permainan Annie dan Amanda (2015). Seterusnya,

Amy Hofer (2013) menjelaskan bahawa penglibatan murid secara langsung dalam aktiviti

pembelajaran meningkat apabila menggunakan kaedah pengajaran berasaskan permainan.

Seterusnya, William et al (2016) turut menambah bahawa pengajaran berdasarkan permainan

dapat meningkatkan pencapaian murid.


Isu proses ketujuh yang di ambil kira dalam keberkesanan sekolah ialah peranan

pengetua. Sweeney (1982) menjelaskan bahawa pemimpin memainkan peranan utama

sebagai pemimpin pengajaran (instructional leadership) dan memastikan keberkesanan

pengajaran. Seterusnya, Rusmini (2004) menjelaskan bahawa pemimpin yang berkesan jelas

membuktikan bahawa pemimpin sekolah (pengetua) merupakan penentu utama keberkesanan

sekolah. Kemudian, Klar dan Brewer (2013) menjelaskan bahawa pengetua yang baik akan

mewujudkan hubungan kekeluargaan yang baik bersama komuniti sekolah dan berusaha

memajukan sekolah. Chris Barkman (2015) pula menyatakan bahawa pengetua yang

berkesan harus adalah seorang yang memberi fokus pada arahan dan warga sekolah secara

sama. Maka, tidak dapat dinafikan bahawa pengetua turut memainkan peranan penting dalam

memastikan keberkesanan sekolah.

Isu proses terakhir ialah komitmen guru dan staf pentadbiran. Niloufar

Mohammadtaheri (2011) menyatakan bahawa guru-guru dan staf sekolah adalah lebih

komited apabila suasana sekolah adalah positif. Ledden et al., (2007) menambah bahawa

semakin baik persepsi organisasi terhadap pekerjanya, semakin baik komitmen yang

diberikan oleh pekerjanya. Komitmen guru-guru dan staf terhadap kerja dan murid-murid

adalah amat penting bagi memastikan keberkesanan pembelajaran. Maka, semua staf harus

dan guru-guru harus bekerjasama untuk menentukan kejayaan pelajar selaras dengan

pernyataan Bockerman et al., (2017) yang menjelaskan komitmen guru menentukan kejayaan

dan pencapaian murid-murid.


Kesimpulannya, terdapat pelbagai isu dalam proses keberkesanan sekolah. Ia adalah

penting untuk semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung untuk

memastikan kejayaan murid serta keberkesanan sekolah.


KETERBATASAN SERTA ISU – ISU KAJIAN KEBERKESANAN SEKOLAH DI

MALAYSIA DARI SUDUT KONTEKS

Kepemimpinan pengetua adalah antara faktor yang menyumbang kepada

keberkesanan sekolah. Ini bersesuaian dengan pendapat Alma Haris (2002), yang menyatakan

sekolah berkesan adalah hasil dari kepemimpinan pengetua yang bersifat ‘distributed

leadership’ iaitu yang berkongsi peranan secara kolektif dengan guru-gurunya untuk

kecemerlangan sekolah melalui pencapaian matlamat yang sama. Begitu juga dengan Tay

(1984, di dalam Nordin Hj Yahya 2004), yang mendapati kecemerlangan sesebuah sekolah

berpunca dari kepemimpinan pengetuanya. Tay juga berpendapat kejayaan sistem

pentadbiran sesebuah sekolah adalah bergantung kepada kualiti kemudahan sekolah, kualiti

kurikulum, sumber pengajaran, kualiti kepemimpinan pengetua dan kemahiran profesional

guru-gurunya. Pembentukan organisasi sekolah yang berkesan sangat bergantung kepada

kualiti kepemimpinan pengetuanya. Menurut Stoghill (1974) pula, kepemimpinan yang cekap

dan berkesan akan dapat meningkatkan kemajuan dan kejayaan sesuatu organisasi. Ini adalah

kerana tingkahlaku dan gaya kepemimpinan yang diamalkan oleh seorang pemimpin itu yang

akan mempengaruhi suasana dan semangat kerja pekerja-pekerjanya.

Kajian yang dijalankan oleh Nordin (2004), ke atas lima buah sekolah menengah

bantuan penuh kerajaan mendapati pada keseluruhannya keberkesanan organisasi adalah

selari dengan dapatan kajian Ahmad Mohammad Shariff (1989) ke atas sekolah-sekolah

vokasional seluruh negara. Nordin mendapati terdapatnya hubungan antara tingkahlaku

kepemimpinan pengetua dengan sekolah berkesan. Beliau mendapati pada keseluruhannya di

dalam aspek kepemimpinan pengetua, pengetua mengamalkan kepemimpinan yang seimbang

dari tingkahlaku permulaan struktur tugas dan struktur konsiderasi. Keberkesanan organisasi
sekolah pula pada keseluruhannya berada pada tahap sederhana. Dapatan ini turut disokong

oleh hasil kajian terdahulu yang dilakukan.

Kepentingan tingkahlaku dan gaya kepemimpinan pengetua di dalam

mengerakkan sekolah ke arah sekolah berkesan turut dinyatakan oleh Ahmad Zabidi ( 2003),

di dalam kajiannya mengenai ciri-ciri sekolah berkesan : Implikasinya ke atas pengurusan

sekolah agama. Dapatan kajiannya mendapati kepemimpinan pengetua bukanlah merupakan

faktor terpenting berbanding kajian sekolah sebelum ini. Hasil kajian Ahmad Zabidi ini

menyerupai pandangan Abd. Hamid Othman (1992), yang mendapati kelemahan yang perlu

diatasi segera di sekolah-sekolah agama ialah kecekapan dan kelicinan pentadbirannya. Ini

sepatutnya menyedarkan pengetua-pengetua untuk meningkatkan kualiti kepemimpinannya

dengan mendalami ilmu untuk meningkatkan lagi kebekesanan sekolah kerana peranan

pengetua cukup penting seperti mana menurut Abdul Karim Mohd Nor (1989), yang

mengatakan peranan pemimpin sekolah amat penting di dalam melahirkan sekolah berkesan.

Walau apa pun ciri-ciri sekolah berkesan yang dihasilkan oleh pengkaji-pengkaji,

namun begitu, hampir kesemuanya memperkatakan tentang ciri-ciri sekolah berkesan ialah

kepemimpinan pengetua, iklim sekolah yang kondusif, peranan guru yang berkesan dalam

melaksanakan pengajaran dan pembelajaran, sikap pelajar yang positif dan pemuafakatan di

antara sekolah dan rumah. Antara kajian yang memperlihatkan akan kepentingan iklim

sekolah yang kondusif di dalam mempengaruhi keberkesanan sekolah ialah Rahimah dan

Zulkifli (1998) dan Mortimore& Sacknay (1986).

Ini turut ditemui di dalam kajian yang dijalankan oleh Ahmad Zabidi (2003), di mana

beliau telah mendapatkan purata nilai min yang kedua tertinggi bagi iklim sekolah yang

kondusif di dalam ciri sekolah agama yang berkesan. Kajian beliau juga menunjukkan ciri

iklim sekolah turut membantu ke arah keberkesanan sekolah. Dengan itu, warga sekolah
perlulah membentuk budaya hidup beragama sebagai iklim sekolah agama berkesan kerana

budaya hidup beragama ini bukan sahaja mengatasi masalah disiplin bahkan ia turut

membantu meningkatkan prestasi akademik pelajar. Peranan utama perlu dimainkan oleh

pengurusan sekolah agama terutamanya pengetua untuk membentuk iklim yang bersesuaian

kerana pengetua mempunyai kemampuan untuk melaksanakannya.

Iklim sekolah yang berkesan ialah sekolah yang mampu mewujudkan integrasi dan

keharmonian sesama pelajar-pelajarnya yang berbeza dan mengurangkan perbezaan sesama

mereka. Pengurusan sekolah agama perlu mewujudkan iklim sekolah agama yang

disepadukan di antara iklim yang bersifat luaran seperti persekitaran sekolah yang bersih dan

cantik serta hubungan komunikasi yang baik dan juga pembentukan iklim dalaman seperti

penerapan nilai keagamaan di dalam kehidupan seharian di sekolah. Melalui kesepaduan

iklim-iklim ini pihak sekolah bukan sahaja mampu menghasilkan pelajar-pelajar yang

cemerlang dari segi akademik bahkan cemerlang dari aspek akhlak dan keperibadian.

Rahimah dan Zulkifli (1996), juga telah melihat yang iklim dan kemudahan fizikal

turut menyumbang kepada sekolah berkesan. Guru-guru dan pelajar-pelajar perlu berasa

selesa apabila berada di sekolah. Persekitaran sekolah yang bersih dan berada di dalam

keadaan yang teratur akan mengalakkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran yang

berkesan bagi melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang dan seterusnya ke arah sekolah

yang berkesan.

Rahimah dan Zulkifli (1996), dalam meninjau sekolah berkesan dan tidak berkesan

menggunakan proksi iklim sekolah yang dikaitkan dengan hubungan interpersonel,

pengajaran dan pembelajaran, pentadbiran sekolah dan kemudahan fizikal. Kajian mendapati

terdapat perbezaan yang signifikan antara sekolah-sekolah yang dikaji. Tiga daripada empat
buah sekolah luar bandar mempunyai skor yang tertinggi untuk skala Perhubungan

Interpersonal. Dua daripadanya adalah dari sekolah berkesan manakala satu daripada sekolah

kurang berkesan didapati mempunyai hubungan interpersonal yang positif berbanding dengan

sekolah di kawasan bandar. Dapatan kajian juga mendapati bahawa pelajar-pelajar serta guru-

guru yang berada di dalam sekolah yang berkesan sentiasa positif tentang pembelajaran di

sekolah serta persekitaran di sekelilingnya. Dengan kata lain sekolah berkesan berkaitan

rapat dengan semua staf di dalamnya samada sentiasa ingin maju dan sentiasa memandang ke

hadapan atau sentiasa berfokus tentang pembelajaran, sentiasa peka terhadap keperluan

pelajarnya dan sentiasa berwawasan.

Konsep dan pengertian keberkesanan sekolah boleh diukur berasaskan output atau

hasil persekolahan (pencapaian akademik dan bukan akademik) yang juga pencapaiannya

lebih daripada apa yang diharapkan. Seterusnya proses juga dianggap satu kriteria pengukur

keberkesanan sekolah misalnya aspek pentadbiran sekolah, kerjasama di kalangan warga

sekolah, proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

Kenyataan ini turut mempunyai persamaan dengan kajian Sazali Yusoff (2004 ), yang

dapat mencungkil satu faktor dalaman sekolah yang boleh diubah demi kejayaan sesebuah

sekolah. Kajian menunjukkan yang pencapaian akademik murid sangat kuat dipengaruhi oleh

efikasi kolektif guru-guru. Efikasi kolektif guru ini merupakan peramal yang kuat kepada

kejayaan akademik murid. Apabila efikasi kolektif guru-guru meningkat maka pengajaran

guru akan lebih berkualiti dan pencapaian pelajar-pelajar akan meningkat di samping

menyumbang kepada keberkesanan sekolah.

 
Wu (2005), juga mendapati dari hasil kajiannya kadar keberkesanan pengajaran guru

adalah sederhana tinggi di mana hubungan guru-pelajar yang akrab merupakan yang

tertinggi. Kajian juga telah mendapati yang umur, jantina, pengalaman mengajar, lokasi

sekolah, jenis sekolah, latarbelakang sekolah dan sejarah sekolah signifikan dengan

keberkesanan sekolah manakala tahap pendidikan dan jawatan tidak mempunyai

perhubungan dengan keberkesanan sekolah. Lebih tinggi keberkesanan pengajaran guru maka

akan tinggilah keberkesanan sekolah. Penyelidik juga telah mendapati terdapat lima cara

untuk mengesan keberkesanan sekolah iaitu jantina, jenis sekolah, efikasi guru, penggunaan

bahan pengajaran yang sistematik dan iklim bilik darjah.

Sekolah yang berkesan sepatutnya memberikan penekanan yang lebih kepada

keberkesanan pengajaran guru yang akhirnya akan membawa kepada keberkesanan dan

kecemerlangan sesebuah organisasi sekolah. Nordin (2004), mendapati tekanan kerja yang

dialami oleh guru tiada kaitan dengan keberkesanan sekolah. Ini adalah kerana beban yang

diberikan tiada kaitan dengan produktiviti guru. Oleh itu beliau mencadangkan beban tugas

yang tiada kaitan dengan peningkatan keberkesanan sekolah hendaklah dikurangkan.

Sebaliknya tumpuan perlu diberi kepada peningkatan mutu pengajaran dan pembelajaran

kerana peningkatan keberkesanan sekolah lebih kepada menghasilkan pelajar yang berkualiti.

Pengetua sendiri perlu bertindak sebagai pemimpin pengajaran dengan membimbing dan

memudah cara kepada guru bagi meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran mereka.

Guru-guru perlu diberi peluang untuk meningkatkan perkembangan diri melalui penguasaan

kemahiran terkini.

Begitu juga kepentingan keberkesanan pengajaran guru ini turut diakui oleh Ahmad

Zabidi (2003), di dalam kajiannya terhadap ciri-ciri sekolah menengah agama berkesan. Hasil

kajiannya mendapati ciri-ciri sekolah menengah agama berkesan banyak bergantung kepada
sikap kerja guru-guru berbanding dengan peranan yang dimainkan oleh pengetua serta

pelajarnya. Ini jelas menunjukkan yang kekuatan guru-guru melalui pengajaran yang

berkesan mampu menyumbang kepada keberkesanan sekolah. Penumpuan terhadap

kurikulum dan proses pengajaran dan pembelajaran adalah penting di dalam mewujudkan

sekolah menengah agama yang berkesan. Dapatan ini menyamai dapatan-dapatan

sebelumnya yang melihat keberkesanan pengajaran guru antara faktor keberkesanan sekolah.

Menurut Rahimah Hj Ahmad (1998), guru merupakan faktor paling penting yang

menjadi tunjang kepada sekolah berkesan kerana guru merupakan ‘technicians’ yang

bertanggungjawab terhadap ‘core business of schools’ khususnya pembelajaran anak

didiknya melalui pengajaran dan bimbingan. Pengajaran guru yang berkesan, sekolah

berkesan dan pencapaian pendidikan yang gemilang dan cemerlang bukan suatu yang

mustahil untuk dicapai. Yang perlu dititikberatkan ialah kesediaan dan kesanggupan guru-

guru sendiri mengubah paradigma, mengubah stail berfikir dan bertindak secara orang-orang

professional dan yang paling penting menjadi seorang guru yang tidak mudah patah semangat

dan kreatif di dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajarannya untuk melahirkan

pelajar yang cemerlang dan sekolah yang berkesan.

Menurut Hussein (1993), keberkesanan sekolah lazimnya diukur dan dinilai dari segi

kejayaan atau pencapaian sekolah dalam peperiksaan di samping mewujudkan rasa kepuasan

kerja dalam sesebuah sekolah itu. Bagaimanapun, sekolah yang berkesan bukan sahaja

sekolah yang dapat menghasilkan pencapaian akademik yang tinggi tetapi juga sekolah yang

kurang menghadapi masalah disiplin seperti kerosakan harta benda sekolah, ponteng dan

keciciran, di samping mendapat kepercayaan di kalangan masyarakat setempat dan guru-

gurunya pula mendapat kepuasan bekerja. Walaupun begitu penekanan lebih tertumpu
kepada pencapaian akademik kerana secara relatifnya pencapaian akademiknya mudah

diukur melalui ujian kognitif berbanding dengan aspek-aspek lain khususnya aspek afektif.

Mengikut pandangan murid, sekolah yang berkesan ialah sekolah yang mempunyai

guru-guru yang boleh mengajar dengan berkesan supaya pelajarnya jadi bijak, kreatif,

sekolah yang persekitarannya cantik dan bersih serta sekolah yang cemerlang. Namun begitu

secara umumnya boleh dirumuskan bahawa keberkesanan sekolah diukur berdasarkan

hasilannya (seperti pencapaian akademik, moral, personel dan jasmani), keadaannya

(persekitaran teratur) dan prosesnya (pengajaran guru, penglibatan ibu bapa dan sistem

pentadbiran).

Kajian oleh Ahmad Zabidi ( 2003 ), turut memperlihatkan yang sikap pelajar yang

positif adalah perlu untuk membentuk sekolah menengah agama yang berkesan. Walaupun ia

merupakan ciri terendah dari senarai ciri sekolah menengah agama berkesan kajian sebelum

ini mennggambarkan sikap pelajar turut mempengaruhi pencapaian mereka. Untuk

mewujudkan kecemerlangan dan sekolah berkesan, sikap pelajar yang baik juga ialah mereka

yang bukan sahaja menumpukan sepenuh perhatian kepada akademik semata-mata

sebaliknya juga perlu aktif di dalam kegiatan kokurikulum. Pencapaian akademik yang tinggi

di dalam suatu mata pelajaran mempunyai hubungan yang signifikan dengan sikap terhadap

mata pelajaran tersebut. Memandangkan keberkesanan sekolah dinilai antaranya berdasarkan

pencapaian dan akhlak pelajar, maka pembentukan sikap pelajar perlu diutamakan oleh

pengurusan sekolah. Sekiranya sekolah hanya mampu menghasilkan pelajar yang cemerlang

dari aspek intelek, sudah tentu ia tidak berjaya memenuhi matlamat pendidikan negara untuk

melahirkan insan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Kesimpulannya , boleh dirumuskan kajian keberkesanan sekolah akan menjadi lebih
berkesan dan baik sekiranya metodologi yang digunakan ialah digunakan menggunakan
kaedah kualitatif dan kaedah kuantitatif. Kajian ini juga perlu digunakan memggunakan
kajian kes

You might also like