Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 10

KUMPULAN 4

PENDEKATAN PENGAJARAN BERASASKAN PROJEK


PROJECT BASED-LEARNING (PBL)
Pensyarah : En. Muhammad Ridzuan bin Jamhari
Ahli Kumpulan:
Amirul Luqman bin Dahri (K)
Arulvelan Thevar A/L Ulaganathan
Siti Nur Arina binti Mohd Rubai
MODEL PEMBELAJARAN
BERASASKAN PROJEK (PBL)/ PROJEK
BASED LEARNING
DEFINISI:-
Satu aktiviti pembelajaran yang menggunakan keadah pemusatan murid dimana guru
memberikan satu tajuk/masalah untuk dibincangkan oleh murid

- Project Based Learning adalah kaedah pembelajaran yang membolehkan murid


mengkaji sesuatu topik yang diberi untuk menghasilkan produk pada akhir
pembelajaran, menurut definisi Kit PAK21

Murid-murid diberi tugasan yang merupakan masalah yang mungkin akan dihadapi
dalam situasi harian. Masalah-masalah yang difikirkan dapat diselesaikan melalui
keadah pembelajaran berasaskan tugasan atau projek
Ciri-ciri Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL)

1) Memerlukan kolaboratif dan bimbingan guru


2) Fokus kepada proses pelajar menghasilkan produk dan hasil akhir mereka
3) Berorientasikan murid, idea dan penyelesaian datang dari murid. Guru berperanan
sebagai pemangkin atau coach.
4) Murid akan menentukan hasil akhir/ produk mereka sendiri. Dalam PBL, setiap
pelajar tidak semestinya menghasilkan produk yang sama.
5) Produk dibentangkan kepada audiens sebenar. Guru boleh menggunakan medium
alaf baru seperti vlog, blog atau youtube
6) Pembelajaran murid berlaku melalui pengalaman menyiapkan projek.
Strategi Merancang Pembelajaran Berasaskan Projek
(PBL)

1) Mengenal pasti masalah yang perlu diselesaikan.


2) Kenal pasti pengetahuan sedia ada pelajar supaya pelajar dapat menyelesaikan
masalah yang diberikan.
3) Guru perlu menentukan konsep yang mereka akan pelajari untuk menyelesaikan
masalah yang diberi dan bahan-bahan yang boleh digunakan untuk menyelesaikan
sesebuah masalah.
4) Kenal pasti langkah dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang diberikan.
5) Selesaikan masalah tersebut mengikut strategi dan maklumat yang telah
diperolehi.
KELEBIHAN PEMBELAJARAN
BERASASKAN PROJEK

- Menarik perhatian murid-murid terhadap satu-satu topik yang


khusus
- Memberi peluang mereka menjana idea mengenai topik
tersebut.
- Mengajar mereka untuk menerima dan menghormati
perbezaaan individu.
- Mengalakan mereka untuk sedia menanggung risiko dalam
berkongsi idea dan pandangan masing-masing.
- Menunjukan bahawa sumbangan idea mereka dihargai.
KELEMAHAN PEMBELAJARAN
BERASASKAN PROJEK

- Memerlukan pemantauan yang berterusan dan memerhatikan


murid sepanjang proses.
- Memakan masa yang lama untuk mengumpul bahan dan
maklumat tentang sesuatu masalah.
- Tidak semua guru boleh menjadi fasilitator yang baik.
- Mengambil masa yang lama untuk penyediaan, perbincangan
dan perbandingan jawapan.
Contoh-Contoh Aktiviti Untuk Project
Based Learning
Salah satu aktiviti prasekolah yang dicadangkan di dalam kompilasi tersebut adalah menghasilkan
kraftangan menggunakan bahan-bahan kitar semula (tema). Di dalam aktiviti bukan saja menilai aspek
kreativiti pelajar-pelajar, malah komunikasi dan bahasa pelajar dengan meminta pelajar mempersembahkan
hasil mereka, kognitif & matematik awal seperti membuat ukuran, mengenal bentuk atau kemahiran
menggunakan alaf baru, contohnya membuat vlog atau video youtube (projek yang perlu dijalankan).

Antara salah satu aktiviti yang kerap dilakukan sebagai aktiviti Project Based learning adalah proses
memasak “Makanan kegemaran saya.” Di dalam aktiviti ini menggabungkan kemahiran komunikasi,
kemahiran matematik (mengira bahan-bahan), membaca dan memahami arahan dan juga kemahiran
membeli barang (memahami konsep wang).
Terdapat beberapa contoh di Youtube yang boleh guru-guru rujuk untuk merancang projek PBL “Makanan
Kegemaran saya.”
CONTOH HASILAN YANG DIBUAT
OLEH KANAK-KANAK
Kesimpulannya, aktiviti pembelajaran berasaskan
projek ini membantu pelajar untuk mengalami proses
penerokaan dan mendapatkan lebih banyak
pengalaman dalam membuat pembelajaran kendiri.
Oleh itu, pembelajaran berasaskan projek ini sesuai
untuk diaplikasikan dalam pendekatan pengajaran
supaya guru dapat mempelbagaikan aktiviti
pengajaran di dalam bilik darjah.
TERIMA KASIH

You might also like