Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 6

BAB 5: OBLIGASI TERHADAP KLIEN DAN PIHAK KETIGA

OBLIGASI TERHADAP KLIEN

PENGENALAN

Apabila disebut tentang hubungan antara golongan profesional dan klien, perkara yang
ditekankan adalah perkhidmatan kepakaran profesional kepada kliennya. Sebagai contoh,
pesakit mendapat rawatan daripada doktor yang pakar, peguam yang menyediakan
perkhidmatan guaman dan para runding yang memberikan perkhidmatan nasihat kepada
pelanggan. Isu antara profesional dan klien ialah peruntukan tanggungjawab dan autoriti
dalam membuat keputusan. Model etika hubungan adalah satu model tentang agihan
tanggungjawab dan autoriti dalam membuat keputusan.

MENGENALPASTI HUBUNGAN PROFESIONAL - KLIEN

Terdapat tiga model yang boleh diaplikasi dalam hubungan profesional - klien iaitu model
agensi, kontrak, dan persahabatan.

MODEL AGENSI

Model ini menekankan autoriti dan tanggungjawab dalam membuat keputusan yang lebih
berfokus kepada klien. Tugas profesional yang ada kepakaran bertindak ke arah yang
membolehkan klien membuat keputusan. Profesional akan dibayar bagi tujuan melindungi
atau bertindak atas sesuatu kepentingan. Tegasnya golongan profesional memberikan
perkhidmatan untuk mencapai matlamat yang dihajati. Kadangkala keprihatian yang
melampau kepada klien menjadi satu alasan dianggap sah undang-undang untuk
memenuhi matlamat klien sehingga tidak menghiraukan orang lain. Penumpuan profesional
terhadap kepentingan klien mempunyai batasan tertentu iaitu:-

a) Obligasi terhadap pihak ketiga (orang lain) mengehadkan kemungkinan bertindak


dengan sesuka hati bagi pihak kliennya.
b) Ramai profesional yang telah terlatih dan mempunyai kemahiran tertentu yang
membolehkan mereka membuat penilaian yang objektif dan secara bebas.
c) Kecuali dalam kes-kes yang terdesak, profesional boleh menerima atau menolak
klien tertentu. Profesional boleh menanmatkan hubungan yang sedia ada. Hal ini
demi menjaga profesion mereka.
Secara kesimpulannya, model agensi ini mempunyai kelemahan kerana memberi autoriti
kepada klien dalam memberi arahan dan menasihati semua hal. Seharusnya golongan pakar
ini mempunyai keistimewaan dalam memberi nasihat atau perkhidmatan mereka dan tidak
seharusnya mereka dikuasai oleh klien atau pihak ketiga. Model ini mengabaikan etika
profesional terhadap pihak ketiga.

MODEL KONTRAK

Model Kontrak autoriti dan tanggungjawab dikongsi bersama antara profesional dengan
klien. Dalam model ini, konsep etika yang ditonjolkan adalah dengan persetujuan kedua-dua
pihak meskipun wujud perbezaan kuasa tawar menawar antara mereka. Kelebihan model ini,
profesional lebih mudah mendapatkan klien baru sekiranya profesional ini menamatkan
kontrak. Sebaliknya klien, ia sukar mendapatkan kepakaran profesional yang baru
sekiranya kontrak ditamatkan. Sebagai contoh, klien yang terlibat dengan jenayah sukar
mendapatkan khidmat peguam baru. Oleh itu, kelebihan model ini kepada golongan
profesional sekiranya mereka menamatkan perjanjian dengan klien mereka.

MODEL PERSAHABATAN

Mengikut model persahabatan ini para profesional dan klien mempunyai hubungan rapat
yang berasaskan prinsip percaya mempercayai dan kerjasama antara satu sama yang lain.
Hubungan rapat antara dua orang kawan memelihara kepentingan masing-masing. Di
samping itu, model ini melibatkan komitmen perasaan kerana profesional menerima klien
kerana bayaran.
OBLIGASI TERHADAP PIHAK KETIGA

PENGENALAN
Dalam keadaan tertentu, konflik obligasi boleh berlaku dalam hubungan profesional – klien.
Pihak ketiga adalah orang selain daripada klien. Berdasarkan model agensi, hubungan
profesional – klien, seseorang yang profesional tidak mempunyai obligasi terhadap pihak
ketiga kecuali hal-hal yang telah ditentukan oleh undang-undang. Obligasi pihak ketiga perlu
dilihat sebagai peranan profesion secara menyeluruh dalam kalangan masyarakat. Obligasi
ini selari dengan keperluan dan kehendak masyarakat. Golongan profesional dapat
mengekal dan menyemarakkan nilai-nilai masyarakat dalam melakasanakan perkhidmatan
mereka. Oleh itu, obligasi perlu dilakukan dengan selari dengan nilai-nilai masyarakat yang
diamalkan.

MEMBINCANGKAN OBLIGASI KLIEN DAN ORANG LAIN

Isu obligasi terhadap pihak ketiga ialah isu yang menyeimbangkan obligasi terhadap klien
dengan orang lain. Prinsip utamanya ialah obligasi kepada klien perlu diutamakan daripada
orang lain asalkan tidak melanggar peraturan undang-undang yang ada. Namun begitu, isu
yang harus diberi perhatian adalah klien adalah yang utama kemudian diikuti orang lain.

Persoalan yang perlu ditekan kepada para profesional iaitu:-

a) Haruskah dari segi undang-undang seorang jurutera melaporkan kepada pihak


tertentu mengenai satu-satu produk yang kurang selamat reka bentuknya?
b) Patutkah dari segi undang-undang seorang peguam dikehendaki melaporkan
maklumat rahsia yang diterima daripada kliennya kepada pihak berkuasa?

Berdasarkan isu-isu tersebut, dapat dilihat peranan norma profesional. Yang nyata isu ini
tidak dapat diselesaikan dalam konteks dan perspektif profesional sahaja kerana segala-
galanya yang lebih luas tentang nilai-nilai masyarakat. Pendekatan yang perlu diambil
adalah kesiembangan yang boleh melindungi dan mempertingkatkan amalan nilai-nilai
masyarakat.

 Dalam keadaan tertentu, konflik obligasi boleh berlaku dalam hubungan profesional-
klien.
 Persoalan?
 iapakah pihak ketiga?
 Ia adalah orang lain selain klien.
Mengikut model agensi, dalam hubungan profesional-klien, seseorang profesional tidak
mempunya obligasi terhadap pihak nombor 3 kecuali dalam hal-hal yang ditentukan oleh
undang-undang. Bagaimanapun obligasi profesional terhadap pihak ke 3 perlu dilihat
sebagai peranan profesion secara menyeluruh di dalam masyarakat. Obligasi profesional
terhadap pihak ketiga selari dengan kehendak dan peranan profesional dalam masyarakat.
Golongan profesional diharap dapat mengekal dan menyemarakkan nilai-nilai masyarakat
dalam melaksanakan perkhidmatan mereka. Oleh itu, seseorang profesional perlu
menentukan cara melaksanakan obligasi yang selari dengan nilai-nilai masyarakat yang
diamalkan. Nilai-nilai seperti mematuhi undang-undang, melindung orang lain daripada
kecederaan, persamaan peluang dan lain-lain tidak dapat direalisasikan dalam masyarakat
jika professional dibenarkan bertindak terhadap orang lain semata-mata berdasarkan
kehendak kliennya. Profesional perlu sentiasa prihatin akan kesan terhadap pihak ketiga
dalam semua kes. Dalam kod etika profesion kejuruteraan dinyatakan obligasi terhadap
pihak ketiga yang dianggap sebagai perkara pokok semua kerja dalam bidang kejuruteraan
reka bentuk kerana ia mungkin mencederakan orang lain.

MENERANGKAN OBLIGASI UNTUK BERSIKAP AMANAH

Amanah merupakan satu perkara yang sangat penting dalam kehidupan manusia. Ia
menentukan masa hadapan sesebuah masyarakat. Semua peranan yang dimainkan oleh
setiap individu berkisarkan dengan amanah yang telah diletakkan ke atas dirinya. Manusia
tidak dapat melepaskan dirinya daripada menunaikan amanah yang telah dibebankan
kepadanya oleh kehendak kehidupan. Segala urusan pentadbiran perlu diurus dengan baik
dan dikawal tanpa dicemari oleh unsur-unsur yang boleh merosakkan. Setiap orang
bertanggungjawab untuk memperbaiki sebarang kerosakan yang berlaku kerana ia adalah
satu amanah yang dipertanggungjawabkan kepadanya. Setiap orang harus menunaikan
amanah kepada Tuhan, diri, keluarga, masyarakat dan negara. Dalam obligasi bersikap
amanah ini, terdapat enam sikap obligasi bersikap amanah yang perlu ada pada profesional
iaitu:-

a) Kejujuran
 Ada kala seorang profesional jujur kepada klien tetapi tidak kepada pihak lain.
 Tanggungjawab utama jujur ialah tidak mengambil sesuatu dari klien tanpa
izin.
 Ketelusan adalah obligasi yang perlu dilakukan terhadap pihak ke 3 oleh
profesional walaupun tiada terjalin hubungan kepercayaan terhadap mereka.
 Walaupun professional dikehendaki merahsiakan semua maklumat kliennya,
tetapi dari segi etika, klien tidak boleh berbohong.
 Obligasi ketelusan termasuklah kesediaan mendedahkan sesuatu maklumat
yang jika tidak didedahkan mungkin boleh mengelirukan orang lain.
 Contoh: Seorang doktor tidak sepatutnya menulis butir-butir yang tidak tepat
dalam borang bagi tujuan mendapatkan tuntutan insurans.
 Kebanyakan kemudaratan yang dialami pihak ke 3 adalah akibat sikap kurang
ketulusan dan kejujuran akauntan seperti kes ENRON di USA.
 Akauntan sepatutnya menyediakan laporan kewangan yang betul dan tepat,
selari dengan prinsip-prinsip perakaunan. Kegagalan berbuat demikian akan
menyebabkan orang lain membuat pelaburan yang merugikan.

b) Berterus-terang
 Profesional bersikap berterus-terang tetapi tidak jujur.
 Sikap berterus terang melibatkan kejujuran dan pendedahan sepenuhnya.
 Ada yang berpendapat dalam keadaan tertentu dibolehkan berbohong tetapi
pendapat ini sukar dipertahankan.

c) Kompetensi
 Profesional mesti kompeten(cekap) melaksanakan tugasnya.
 Masalah tidak kompeten timbul apabila profesional tidak mengkhususkan
dalam sesuatu bidang.
 Kos latihan profesional yang tidak cekap.

d) Ketekunan
 Ketekunan mengelakkan kecuaian yang menyebabkan hasil kerja tidak
memuaskan.
 Biasanya faktor masa menjadi penghalang sikap tekun dalam kalangan
profesional.
 Kecuaian yang akan membawa masalah kepada klien.

e) Kesetiaan
 Klien mengharapkan profesional boleh menjaga kepentingan mereka.
 Kesetiaan ini penting kepada klien tetapi ia bukan bermaksud kesetiaan
melulu.
f) Menyimpan rahsia
 Melibatkan fakta dan maklumat daripada klien.
 Simpan rahsia menjadi asas hubungan profesional-klien.
 Ia juga dianggap menjadi keistimewaan kepada profesional dan dilindungi
oleh undang-undang.
 Maklumat rahsia boleh didedahkan jika ada persetujuaan daripada klien.
 Nilai asas dalam masyarakat ialah melindung seseorang daripada
dicederakan oleh orang lain.
 Bagaimanapun, kerap kali tindakan peguam, jurutera atau pakar runding bagi
pihak kliennya mengakibatkan orang lain yang mendapat kerugian dari segi
kewangan dan peluang.
 Aplikasi obligasi terhadap pihak ke 3 dapat dilihat dalam profesion perubatan.
Doktor mempunyai tanggungjawab melindungi orang lain daripada pesakit (
klien ) yang mengidap penyakit merbahaya.

You might also like