Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Pengetua

SMK Jengka 2
26400 Bandar TunRazakJengka
Pahang DarulMakmur.
Ruj.Kami:CEA SMKJ2 04/01/003( )
Ruj.Tuan:
Tarikh: 9 Julai 2020

Kepada
Tuan
Pengerusi PIBG
SMK Jengka 2
26400 Bandar Tun Abdul RazakJengka
Pahang DarulMakmur

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN KEWANGAN UNTUK GOTONG ROYONG MENEBANG DAN


MEMOTONG POKOK ASOKA (TELUNJUK HANTU) DAN POKOK JUNIPER DI SEBELAH DEWAN AL
KHINDI SMK LKTP JENGKA 2

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman pihak tuan, unit Keceriaan SMK Jengka 2 ingin mengadakan gotong
royong menebang dan memotong pokok Asoka dan pokok Juniper di sebelah Dewan Al Khindi.
Ini bertujuan untuk menggantikan pokok tersebut dengan pokok buah-buahan. Anggaran kos
ialah RM 160.00

3. Bersama dengan surat ini disertakan kertas kerja yang berkaitan. Segala keperihatinan
dan pertimbangan pihak tuan dalam menjayakan gotong royong ini kami ucapkan ribuan
terima kasih.

Sekian terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan tugas

……………………………………………….
Hassan Sanusi bin Musa
GKMP Sains dan Mathematik
SMK LKTP Jengka 2
GOTONG ROYONG MENEBANG DAN MEMOTONG POKOK ASOKA (TELUNJUK HANTU) DAN
POKOK JUNIPER DI SEBELAH DEWAN AL KHINDI SMK LKTP JENGKA 2

NamaProjek : Menebang dan memotong pokok Asoka dan pokok juniper di sebelah
Dewan Al Khindi SMK LKTP Jengka 2

Matlamat : Menggantikan pokok sedia ada dengan pokok Buah-buahan

Objektif : 1. Mengelakkan kecacatan pemandangan Seni taman apabila pokok


tinggi dan tidak teratur.
2. Mengelakkan kerosakan pokok tumbang ke atas bangunan kerajaan.

Rasional : Menyediakan kawasan selamat dan ceria kepada warga SMK LKTP
Jengka 2.

Kumpulan sasaran : Guru lelaki SMK Jengka 2

Strategi pelaksanaan : 1.Memanjat dan mengikat pokok untuk ditarik ke kawasan yang selamat
dari bangunan.
2.Menebang pokok dan memotong dahan yang tumbang.
3.Buang dahan kayu di tempat buangan. Semua kerja dilaksanakan
secara gotong royong.

Anggaran Kos : RM 160.00


(Ringgit Malaysia: satu ratus enam puluh Sahaja)

Sumbangan : PIBG

Penilaian : Tuan Pengetua SMK Jengka 2

PenyelarasProjek

…………………………………..
(Hassan Sanusi bin Musa)
GKMP Sains dan Mathematik
SMK Jengka 2
ANGGARAN KOS MENEBANG DAN MEMOTONG POKOK ASOKA (TELUNJUK HANTU) DAN
POKOK JUNIPER DI SEBELAH DEWAN AL KHINDI SMK LKTP JENGKA 2

BI PERKARA KUANTITI JUMLAH (RM)


L
1 Minyak petrol 10 liter 20.00
2 Minyak 2 T 2 liter 20.00
3 Jamuan pekerja 20 0rang 100.00
4 Sewa tali 20.00

JUMLAH RM 160.00
SMK JENGKA 226400 BANDAR JENGKA PAHANG DARUL MAKMUR

KERTAS
KERJA
GOTONG ROYONG MENEBANG DAN MEMOTONG POKOK ASOKA
(TELUNJUK HANTU) DAN POKOK JUNIPER DI SEBELAH DEWAN AL
KHINDI SMK LKTP JENGKA 2

Disediakan oleh;
Hassan Sanusi bin
Musa
Penyelaras Unit
Uniform
SMK Jengka 2

You might also like