Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 6

1

KENYATAAN MEDIA

TIMBALAN PERDANA MENTERI

MENTERI PERTAHANAN

20 JULAI 2021

MENGENAI PELAN PEMULIHAN NEGARA (PPN) & PERINTAH


KAWALAN PERGERAKAN DIPERKETATKAN (PKPD)

SOP COVID-19 di Sektor Perkilangan dan Premis Perniagaan

Kerajaan telah mempertingkatkan penguatkuasaan secara menyeluruh dari


segi pemeriksaan ke atas kilang-kilang dan premis-premis perniagaan
kerana terlalu banyak perlanggaran arahan kerajaan dan SOP yang telah
diwartakan.

Semalam Pasukan Task Force Operasi Pematuhan telah melaksanakan


83,215 pemeriksaan dan snap check COVID-19 di seluruh negara dengan
jumlah kekuatan anggota seramai 19,567 orang.

Ia termasuk pemeriksaan ke atas 1,970 buah kilang, 16,530 premis


perniagaan, 1,031 tapak pembinaan dan 272 buah asrama penempatan
pekerja.

Hasil daripada pemeriksaan tersebut, sebanyak 38 premis meliputi kilang,


premis perniagaan dan tapak pembinaan diarahkan tutup kerana gagal
mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan.
2

Pelaksanaan PKPD

Sidang Khas MKN telah meneliti pembentangan oleh KKM dan setelah
mengambil kira penilaian risiko serta trend jangkitan COVID-19, Kerajaan
bersetuju untuk mengenakan PKPD di lokaliti-lokaliti berikut:

BIL Lokaliti PKPD Tarikh Mula Tarikh Tamat


PKPD PKPD

1. Dua lokaliti di Kuching, Sarawak 22 Julai 2021 4 Ogos 2021

 Kampung Bintawa Hilir


 Kampung Sungai Tapang

2. Empat lokaliti di Kota Kinabalu, 22 Julai 2021 4 Ogos 2021


Sabah

 Kilang Papan Lusera


Telipok
 Kg Mogiding Malawa &
Kuarters Pekerja
Progressif Perwira
 Kampung Sinulihan
 University Utama
Condominum Fasa 2

3. Kampung Guruh-Guruh, Sipitang, 22 Julai 2021 4 Ogos 2021


Sabah

4. Kampung Air dan Kampung 22 Julai 2021 4 Ogos 2021


Bokara, Sandakan, Sabah

SOP bagi kesemua PKPD adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini. Maklumat
lanjut boleh diakses di laman sesawang MKN di www.mkn.gov.my
3

Pelanjutan PKPD

Sidang Khas MKN juga telah meneliti pembentangan KKM mengenai situasi
di lokaliti PKPD dan setelah mengambil kira penilaian risiko serta trend
jangkitan COVID-19, Kerajaan bersetuju untuk melanjutkan PKPD di lokaliti-
lokaliti berikut:

BIL Lokaliti PKPD Tarikh Tamat Cadangan


PKPD

1. Kampung Sri 21 Julai 2021 Dilanjutkan dari 22 Julai


Menanti, Tawau, 2021 sehingga 4 Ogos 2021
Sabah

2. Perkampungan 21 Julai 2021 Dilanjutkan dari 22 Julai


Kepulauan Gaya, 2021 sehingga 4 Ogos 2021
Kota Kinabalu,
Sabah

 Kampung
Pondo
 Kampung
Kasuapan
 Kampung
Lok Urai
 Kampung
Pulau Gaya
4

Penamatan PKPD

Sidang Khas MKN setelah meneliti pembentangan KKM mengenai situasi


semasa, Kerajaan bersetuju untuk menamatkan PKPD di lokaliti-lokaliti
berikut:

BIL Lokaliti PKPD Tarikh Mula PKPD Cadangan

1. Dua perkampungan Orang 8 Julai 2021 Ditamatkan pada 21


Asli di Rompin, Pahang Julai 2021 seperti yang
dijadualkan
 Kampung Kerpal
 Kampung Pinang

Task Force Operasi Pematuhan

Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM)
telah melakukan 83,215 pemeriksaan semalam.

Ia melibatkan 4,339 Pasukan Pematuhan yang terdiri daripada 19,567


anggota bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan Prosedur
Operasi Standard (SOP) sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Semalam, 388 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP. Daripada jumlah
itu, seramai 355 individu dikompaun manakala 31 lagi direman dan dua (2)
dijamin.

Orang ramai diingatkan untuk sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan dan
mengamalkan kawalan kendiri dalam usaha untuk memutuskan rantaian
jangkitan COVID-19.
5

Kawalan Sempadan Negara

Operasi BENTENG (Op BENTENG) semalam telah menangkap 19 orang


Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dan merampas tiga (3) buah kenderaan
darat.

Op BENTENG melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera


Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan
Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (AKSEM) serta agensi-agensi
keselamatan lain turut menjalankan 890 Sekatan Jalan Raya (SJR)
semalam iaitu:

Op PENAWAR (ATM, PDRM dan RELA) - 836 SJR


Op BENTENG PDRM - 45 SJR
Op BENTENG AKSEM - 9 SJR

Kuarantin Wajib

Semalam, seramai 383 individu tiba di semua pintu masuk antarabangsa


dan semuanya telah dikuarantin di stesen-stesen kuarantin di seluruh
negara.

Secara kumulatifnya, sejak 24 Julai 2020, seramai 252,422 individu telah


pulang ke tanah air dan kesemua ditempatkan di 82 hotel dan 11 Institut
Latihan Awam (ILA) serta Institut Pengajian Swasta di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, seramai 9,197 individu telah dikuarantin dan 239,846
orang dibenarkan pulang manakala 3,379 lagi dibawa ke hospital.
6

Operasi Disinfeksi COVID-19

Semalam, sebanyak 159 operasi disinfeksi telah dilaksanakan di seluruh


negara yang merangkumi 67 zon merah, zon jingga (5) dan zon kuning (4).

Operasi disinfeksi ini melibatkan 841 anggota Jabatan Bomba dan


Penyelamat Malaysia (JBPM) dan 241 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
serta 148 buah jentera JBPM.

Secara kumulatifnya, sebanyak 33,111 operasi disinfeksi merangkumi 157


zon dilakukan sejak 30 Mac 2020. Operasi sanitasi melibatkan pusat
perniagaan, kawasan perumahan termasuk Projek Perumahan Rakyat
(PPR), tempat awam, pasaraya dan bangunan kerajaan.

Amalkan “lockdown” kendiri. Kekal di rumah dan amalkan gaya hidup


sihat bersama keluarga dalam lingkungan kawasan rumah sendiri.
Terima kasih.

#StaySafeStayHome
#AmalkanKawalanKendiri

YAB DATO’ SRI ISMAIL SABRI YAAKOB

TIMBALAN PERDANA MENTERI


MENTERI PERTAHANAN

You might also like