Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Latihan 1

I. Tunjukkan dengan gambar rajah bunyi vokal (i) depan, (ii) tengah dan (iii)
belakang.

II. Jelaskan bagaimanakah bunyi vokal depan, tengah dan belakang dihasilkan.

 Vokal depan

Kalau bahagian lidah yang terlibat itu hujung lidah, maka bunyi vokal yang
dihasilkan vokal depan kerana hujung lidah itu terletak di bahagian mulut. Depan
lidah dinaikkan tinggi dalam mulut. Antara depan lidah dan lelangit keras terdapat
saluran sempit untuk udara keluar.Saluran udaranya lebih luas kerana depan lidah
dinaikkan tidak setinggi kedudukannya sewaktu membunyikan vokal. Ada 4 buah fon
vokal depan iaitu [ i ], [ e ], [  ] dan [ a ].

a. vokal depan sempit [ i ]

Apabila hujung lidah diletakkan pada titik paling tinggi di bahagian depan
mulut tetapi lidah tidak menyekat aliran udara dari paru- paru. Udara
ditekan keluar dari paru-paru. Maka bunyi vokal akan dihasilkan.

b. vokal hadapan separuh sempit [ e ]

Hujung lidah dibawa turun 1/3 daripada titik untuk vokal sempit.Udara
dari paru-paru ditekankan keluar.Dua bibir dileperkan. Ini menghasilkan
bunyi vokal separuh sempit.
c. vokal hadapan separuh luas [  ]

Untuk menghasilkan bunyi vokal ini,depan lidah diturunkan 1/3 dari


kedudukan untuk mengeluarkan vokal [ e ]dan[ i ].

d. vokal hadapan luas [ a ]

Untuk menghasilkan bunyi vokal ini,depan lidah diturunkan serendah-


Rendahnya. Lelangit lembut berkeadaan terangkat rapat ke belakang
tekak dan menutup rongga hidung. Kedudukan alat pertuturan lain
adalah sama seperti menghasilkan vokal [e] dan [i].

 Vokal tengah

Kalau lidah dalam keadaan bersahaja, iaitu terletak di lantai rongga mulut dalam
keadaan sedikit tegang maka vokal yang dihasilkan itu dipanggil vokal tengah [Ә].

a. vokal tengah pendek [ә]

Meletakkan lidah terhampar di lantai rongga mulut.Tengah lidah agak


melengkung ke atas sedikit.Luas rongga mulut agak sederhana.Keadaan bibir
juga bersahaja.

 Vokal belakang

Kalau bahagian belakang lidah yang terlibat, maka bunyi vokal yang dihasilkan
itu akan dikenali sebagai vokal belakang. Untuk menghasilkan bunyi ini, bibir
dibundarkan dan belakang lidah dinaikkan dekat dengan lelangit lembut. Kita boleh
melakukan satu kajian kecil bahawa letakkan tangan di bawah rahang dan sebut [u],
kemudian sebut [o]. Vokal [o] juga vokal belakang, tetapi kedudukan belakang lidah
lebih rendah ketika kita menghasilkan bunyi [u].
a. vokal belakang sempit [ u ]

Dihasilkan dengan mengangkat belakang lidah setinggi mungkin di atas,tetapi


tidak menutup ruang aliran udara.Bentuk bibir dibundarkan.

b. vokal belakang separuh sempit [ o ]

Bunyi dihasilkan dengan menurunkan belakang lidah 1/3 di antara tempat


yang paling tinggi dan tempat yang paling rendah.Keadaan bibir pula
dibundarkan

c. vokal belakang separuh luas [ ↄ]

Mengikut Yunus Maris (1969), vokal ini adalah gantian vokal belakang
separuh sempit [ o ].Ia wujud kerana pengaruh dialek daerah.Bunyi dihasilkan
apabila belakang lidah diturunkan 1/3 daripada kedudukan separuh sempit
dan bentuk bibir turut dibundarkan.

You might also like