Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 18

(1) Pengenalan

(i) Asal Usul Nama Bau

Bau wujud semenjak tahun 1820 dan merupakan kawasan penempatan yang pernah wujud

awal daripada Kuching yang hanya dikenali pada 1827. Bau pernah disebut dengan nama

“Upper Sarawak”. Manakala pekan Bau turut dinamakan sebagai “Mau San” atau “Bukit

Mau” di era Brooke. Nama tersebut diambil mengikut loghat Hakka yang melihat Gunung

Krian seolah-olah seperti topi Cina lama. Pihak British – Brooke pula pernah menulis Bau

datangnya daripada perkataan ‘Bow’ atau ‘Bau’ bererti berbau busuk. Tapi perkataan

tersebut datangnya daripada perkataan pihak Cina/Hakka yang memberi nama kawasan

penempatan Bau mengikut Gunung atau Bukit Krian sebagai bentuk topi. ‘Mau’ sebutan

Bau kekal ke hari ini dan Bukit Krian turut kelihatan sehingga ke hari ini.

(ii) Geografi

Bau merupakan kawasan yang berbukit bukau dan berbukit batu kapur. Gunung Singai

merupakan gunung yang paling tinggi dengan ketinggian lebih kurang 562 m terletak di

utara daerah Bau. Secara amnya, Bau mempunyai kawassan sempadan sepanjamg 51km

dengan kalbar, Indonesia dan dihubungi melalui kawasan Kampung Serikin segabai pintu

utama laluan keluar dan masuk di Kalbar ke Bau.

(iii) Liu Shan Bang

Liu Shan Bang merupakan seorang tokoh Cina yang mengetuai Kumpulan 12 kongsi Cina

yang menjadi pelombong emas di Bau di zaman pemerintahan Brooke. Beliau enggan

dikuasai oleh pihak British. Walau bagaimanapun, beliau dibunuh oleh pihak pemerintahan
1

Rajah Brooke di Jugan, Siniawan pada 24.2.1957. Sehingga kini monument Liew Shan

Bang didirikan di Mau Shan/Bau Lama, Bau.


(iv) Datuk Patinggi Ali

Datu Patinggi Ali merupakan seorang tokoh melayu Brunei yang tidak sehaluan dengan

pihak pemerintahan Brunei ke Sarawak. Beliau menubuhkan penempatan di Lidah Tanah

dan menjadikan tapak tersebut sebagai pusat pentadbiran kedua bagi Sarawak di era

Brooke. Selain itu, beliau juga tidak setuju dengan corak pemerintahan Gabenor Brunei

ketika itu iaitu Pengiran Indera Mahkota yang menjadi Melayu dan Dayak (Bidayuh)

menjadi hamba di era British. Pada 27 Julai 1993, kerajaan negeri Sarawak telah

mengiktirafkan kedua-dua individu iaitu Kiu Shan Bang dan Datu Patinggi Ali sebagai

‘Heroes Sarawak’. Nama dan portrait mereka dicatatkan di Hereos Monument, Musium

Garden, Kuching.

(v) Kawasan dan Penduduk

Luas kawasan Bau adalah 884.4 kilometer persegi. Sementara jumlah penduduk adalah

sebanyak 54,246 orang (mengikut banci penduduk tahun 2010) dan pecahan penduduk

adalah seperti berikut:

POPULATION
Bau District Ethnic Statistic
(Based on Latest 2010 Census)
Total Population 54,246 %
Bidayuh 37,328 69%
Chinese 9,443 17.4%
Malay 4,187 7.6%
Iban 1,402 2.6%
Other Bumiputra 380 0.7%
Melanau 91 0.2%
Other non Bumiputra 221 0.4%
Non-Citizen 1,194 2
2.1%
Kaum bidayuh merupakan yang paling ramai di daerah Bau dan dibahagikan mengikut

loghat iaitu Bratak, Jagoi, Krokong, Serembu dan Singai dan kesemuanya adalah 5 zon.

Perkampungan masyarakat Bidayuh di Zon tersebut dapat berhubung melaui jalan raya

yang hampir kesemuanya sudah bertar. Ramai daripada masyarakat kini menceburi bidang

pertanian dimana mereka menanam padi (padi bukit), lada serta ternakan ayam, itik dan

ikan air tawar sebagai sumber pendapatan mereka. Selain itu, diantara mereka bekerja

dengan pihak SALCRA di ladang kelapa sawit. Ada juga yang berkhidmat dengan pihak

kerajaan serta swasta. Dari segi agama, pendudukkaum Bidayuh sudah mula menganut

agama Kristian manakala yang Pagan mula berkurangan. Dan kini populasi penduduk di

kawasan Bau semakin menunjukkan peningkatan dari tahun ke tahun.

Masyarakat Cina di daerah Bau kebanyakkan adalah golongan perniagaan dan kelompok

kaum ini kebanyakkannya menetap di Pekan Bau, Bidi, Taiton, Tondong, Sebuku, Buso,

Siniawan, Paku, Jambusan dan Tanjung Durian. Bagi masyarakat Melayu pula, mereka

tinggal di perkampungan Kampung Masjid Bau, Kpg Taie, Pengkalan Bau/Bidi, Lidah

Tanah, Bunga Rampai, Bukit Pancur, Siniawan, Kampung Buso, Kpg Siniawan Lot,

Kampung Keranji dan Taman Perumahan yang wujud di sekitar Bau.

(vi) Kawasan Pilihanraya

KAWASAN PARLIMEN

P.192 Mas Gading YB Tuan Mordi Anak Bimol

KAWASAN DEWAN UNDANGAN NEGERI

N.1 Opar -YB Dato’ Ranum Anam Mina


3
N.2 Tasik Biru -YB. Dato Henry Harry Jinep
N.18 Serembu -YB. Miro Anak Simuh
Bau merupakan sebuah daerah yang unik dan mempunyai pelbagai potensi untuk

dibangunkan sebagai sebuah pusat pelancongan terunggul di negeri ini. Kepelbagaian

tarikan dan pelancongan sedia ada seperti perkampungan tradisional Bidayuh ( Bung

Bratak, Bung Jagoi, Bung Srembu dan Dorod Singai) dan Hakka, Gua Angin, Gua Pari dan

tidak lupa juga Tasik Biru serta banyak lagi mampu menjadi tarikan pelancongan. Selain

itu, ada juga acara tahunan di pekan Bau iaitu sambutan Chap Goh Meh dan Pesta Tasik

Biru & Jong Regatta.

(2) Sejarah & Keistimewaan Pekan Bau

Bau adalah sebuah pekan yang sudah wujud sebelum era tahun 1820 yang menunjukkan

rekod pembukaan penempatan di Bandar Bau oleh pelombong orang Cina dari

Sambas,Indonesia pada sekitar tahun 1820an. Sehingga kini, Pekan Bau masih sinonim

dengan gelaran Pekan Emas Sarawak atau Gold Town of Sarawak. Nama asal Bau ialah

‘Ulu Sarawak’ atau ‘Uppper Sarawak’ manakala nama Pekan Bau sendiri berasal daripada

nama ‘Mau San’ atau ‘Bukit Mau’ yang membawa maksud ‘Gunung Topi’ bersabit bentuk

Gunung Krian kelihatan seperti topi. Dalam Bahasa Cina Hakka, Pekan Bau turut dikenali

sebagai “Shak Lung Mung” yang bermaksud Pintu Pagar Naga Bukit. Semasa

pemerintahan Brooke penulis Eropah menyebut ‘Bau’ sebagai ‘Mow’ dari perkataan

‘mau’ yang membawa maksud topi namun di salah sebut sebagai ‘Bau’ sehingga kini.

Pada suatu masa dahulu, Sungai Sarawak merupakan laluan perhubungan dan

pengangkutan utama ke daerah Bau dengan perjalanan menggunakan perahu dari Kuching
mengambil masa satu hari. Kini kemudahan infrastruktur yang baik membolehkan

keseluruhan kampung di daerah ini dapat dihubungi melalui jalan darat.

Mengikut sejarah kawasan Bau mempunyai sumber galian terutama emas, merkuri dan

antimoni yang tinggi di zaman pemerintahan British dan ianya dapat menarik golongan

pelombong Cina untuk menetap di kawasan Bau. Jabatan Geological Survei pernah

membuat catatan mengenai pulangan hasil galian di Bau seperti berikut :

JENIS
TAHUN GALIAN JUMLAH
1898 Antimony 90,000 tones
1980 – 1996 Mercuri 21,598 flask 76 lbs per
flask
Abad 1900 hingga Emas
1996 18.4 tones

Sejak tahun 1823-an Daerah Bau memang terkenal dengan emas dan kedatangan kaum

Cina adalah disebabkan oleh penemuan Emas dan Antimoni. Setelah 20 tahun aktiviti

pelombongan oleh kaum Cina dari Sambas, pada 1841 Rajah Brooke telah secara rasmi

mengambil alih pelombongan emas di Bau daripada kaum Cina sehinggalah kepada

penubuhan Sarawak dan Malaysia yang kita warisi hari ini. Pada tahun 1899 Borneo

Company milik kerajaan Brooke mula membuka lombong emas yang dikenali sebagai Tai

Parit Gold Mine dan Bidi Gold Mine di Bau.

5
Dari awal kewujudan Bau sehingga sekarang, pekan ini masih terkenal dengan kekayaan

sumber mineral yang terdapat di pekan tersebut. Berdasarkan rekod kajian geologidari

tahun 1983 sehingga tahun 1996, Bau telah mengeluarkan sumber merkuri

sebanyak 21,298 botol kaca (78 lbs sebotol) dari awal abad ke-19 dan

90,000 tan antimoni yang mempunyai gred yang tinggi dari awal abad ke-19 sehingga

penutupan Paku Kong Mine pada tahun 1982. Jumlah pengeluaran emas yang dikeluarkan

oleh Bau sejak awal abad ke-19 sehingga penutupan lombong emas pada tahun 1996 ialah

44.7 tan di mana hampir 18.4 tan emas dikeluarkan oleh Tasik Tai Parit, yang terkenal

dengan emas yang banyak. Maka, Bau digelar Pekan Emas kerana telah mengeluarkan

emas yang banyak pada waktu itu.

(i) Tragedi Kebakaran Bangunan Kedai di Pekan Bau

Pekan Bau pernah mengalami kebakaran sebanyak empat kali dan telah mengalami

kerugian yang besar bagi peniaga-peniaga.

25.12.1857 Pekan Bau / Mau san


03.12.1909 Pekan Bau habis terbakar
09.01.1942 Pekan Bau terbakar. Era pemerintahan Jepun
24.09.1978 Sejumlah 69 buah kedai musnah

6
Kini pekan Bau mula membangun dengan pesat mengikut peredaran zaman dan

masyarakat setempat mula menikmati kemudahan asas serta infrastruktur moden dan

mempunyai sumber pendapatan yang sempurna dan ianya menjadikan tarikan kepada

sektor pelancongan dan penambahbaikan ekonomi di Pekan Bau.

(ii) Mitos Tokong “Oni Thoo Fuk Shrine”

Tokong ini mempunyai mitosnya yang tersendiri. Ianya dibina semasa pembukaan Pekan

Bau dan terletak di bulatan kecil berhadapan Pasaraya Jun Rong. Menurut penghulu Pekan

Bau, Chin Puh Nam seandainya tokong itu dialihkan maka Pekan Bau akan mengalami

banjir besar dan mengakibatkan segala perniagaan mereka lumpuh.

Tokong “Oni Thoo Fuk Shrine”

7
(3) Sejarah Tasik Biru & Pembukaan Lombong Emas

Sejak berzaman lamanya semua

rakyat Sarawak sudah semestinya

mengenali tentang lombong emas

yang berada di kawasan Bau lebih-

lebih lagi di kawasan Tasik Biru

yang lebih terkenal sebagai tempat

pelancongan di Sarawak pada hari

ini. Mengikut kedudukan tasik ini di

dalam peta ianya terletak di kawasan Bau dan tidak jauh dari Bandar Kuching iaitu

mengambil masa 42 minit bersamaan 35km. Dari pekan Bau pula, untuk sampai ke

destinasi tasik biru mengambil masa lebih kurang 7 minit bersamaan 750m. Menurut
8
penduduk di sekitar Bau, tasik biru ini mempunyai cerita dongeng di mana tasik ini

dikatakan menjadi habitat kura-kura emas yang menyebabkan ianya menjadi tumpuan
orang ramai. Dan daripada cerita mitos pula, dikatakan Tasik Biru ini telah dikaitkan

dengan misteri kemunculan tiga raksasa sekitar tahun 1988 yang dikatakan berukuran tiga

meter panjang dan berenang di bawah permukaan tasik dan menyebabkan ianya tampak

suram dan menyeramkan apabila dilihat dari atas permukaan tasik.

Pada hari ini, tasik biru merupakan salah satu tempat pelancongan pelancong yang datang

dari luar kawasan sekaligus menjana ekonomi peniaga-peniaga di kawasan Bau.

Terdapat beberapa legenda lain yang telah tersebar di sekelilingnya, bahawa musim luruh

bawah tanah yang kuat yang menyembur lombong untuk dibanjiri; buaya putih dan tiga

naga seperti raksasa telah banyak kali muncul di tasik. Tiada makhluk seperti itu dilihat

apabila tasik itu dikosongkan airnya.

Sesetengah masyarakat

menganggap tasik tersebut

sebenarnya mempunyai lagenda

tersendiri. Tasik ini terjadi oleh

kerana buatan manusia hasil dari

perlombongan pelombong Cina

Bau pada suatu ketika dahulu.

Pelombong Cina yang melombong di tasik tersebut telah menubuhkan “Tai Parit” Kongsi

pada awal abad ke-19 dan kemudiannya perlombongan di tasik tersebut telah diambil alih
9

oleh Borneo Company Limited di bawah nama “Tai Parit” Gold mine dari tahun 1898

hingga tahun 1921. Sebelum Tasik Biru dilombong semula pada tahun 1990, Tasik Biru
merupakan sebuah tasik yang mempunyai pemandangan yang indah untuk kegunaan

rekreasi masyarakat setempat. Keadaan tasik pada masa itu telah dijaga oleh Majlis Daerah

Bau.

Nama asal Tasik Biru ialah Tai Parit. Menurut Cina/Hakka, Tai Parit bermaksud parit

besar. Pada awal abad ke-19, pelombong Cina telah diketuai oleh Liu Shanbang untuk

melombong Tai Parit. Semakin dalam parit digali, kawasan tersebut telah membentuk

sebuah kawasan yang dalam yang menjadikan Tasik Biru sekarang. Sejak daripada itu,

parit tersebut dikenali sebagai ‘parit besar’ atau ‘Tai Parit’. Sejarah perlombongan turut

mencatatkan bahawa deposit emas yang terdapat di Tai Parit merupakan yang terbesar dan

terbanyak dalam sejarah Perlombongan Daerah Bau.

Sebelum penutupan Lombong Tai Parit, Encik J.S. Geikie, salah seorang ahli geologi di

Syarikat Borneo Ltd. menganggarkan bahawa jumlah batuan emas yang masih terdapat di

bawah Tai Parit ialah sebanyak 28,000 tan iaitu 7,700 auns emas. Penutupan Tai Parit

sebagai sebuah lombong emas adalah disebabkan oleh galian lombong tersebut telah

mencecah sedalam 200 kaki ke bawah. Kedalaman ini telah menyebabkan saluran air

bawah tanah pecah dan menyebabkan lombong itu ditenggelami air. Disebabkan oleh

pengepaman air keluar dari tasik tersebut memakan perbelanjaan yang banyak, Syarikat

Borneo Limited mengambil keputusan untuk menutup lombong tersebut.

Sejak daripada bekas lombong Tasik Biru banjir pada tahun 1921, terdapat banyak kisah

misteri yang timbul berkenaan tasik tersebut. Antaranya ialah tragedi yang berlaku pada 7

Jun 1979 di mana sebuah bas menjunam masuk ke dalam tasik dan 29 orang lemas.

Menurut cerita penduduk setempat di Bau, hal ini dipercayai


10 terjadi disebabkan “Raja

Tanah” atau “King of Earth” memerlukan seorang manusia setiap 2 tahun untuk menjadi

pengawalnya. Dalam tempoh 58 tahun dari 1921 hingga 1979, 29 nyawa telah terkorban.
Dipercayai juga bahawa tasik tersebut mempunyai raksasa yang dipercayai muncul pada

tahun 1988. Kisah ini tersebar kepada orang luar dan telah menarik perhatian mereka.

Rakyat tempatan mempercayai bahawa raksasa tersebut adalah penjaga tasik tersebut dan

muncul sebagai tanda menentang perlombongan semula tasik tersebut.

Tasik Biru telah menjadi sebuah tempat rekreasi bagi masyarakat tempatan sejak 1995

selepas tamat lesen syarikat perlombongan Tasik Biru. Tasik tersebut telah dibangunkan

oleh Majlis Daerah Bau dengan kemudahan-kemudahan seperti tandas, gerai makan dan

lain-lain untuk pengunjung yang datang. Tasik tersebut juga telah menjadi sebagai lokasi

tetap bagi masyarakat setempat untuk mengadakan pelbagai aktiviti besar seperti Jong

Regatta Bau.

Jong Regatta merupakan salah satu kebudayaan lumba perahu kecil untuk Jong yang

bersaiz kecil atau bot layar kecil. Sukan ini adalah salah satu sukan yang unik dan hanya

terdapat di daerah Bau.Menurut fakta, Jong Regatta ialah salah satu budaya masyarakat

Melayu. Menurut Penghulu Bohari Bin Jais, Penghulu Kampung Melayu, Bau Jong

digunakan sebagai tempat penawaran kepada roh jahat pada masa dahulu (Ancak tempat

makan Antu) di mana Pisang Emas, Nasi Kuning, Reteh dan telur diletakkan di dalam Jong

tersebut. Selepas disembahyangkan, bot tersebut dilepaskan ke sungai. Jong tersebut

dipercayai dapat membawa penyakit seseorang ke laut supaya pesakit akan sembuh.

11
(iii) Tragedi Bus 1979 Kawasan Tasik Biru, Bau

Pada 7 Jun 1979 sekitar jam 12.50 tengah hari sebuah tragedi telah berlaku di Bau. Sebuah
bas milik Bau Transport Company dengan penumpang sebanyak 67 orang terjunam ke
dalam Tasik Biru. 29 pelajar dan seorang guru pelatih telah terkorban. Hanya 37 pelajar,
pemandu dan konduktor terselamat. Jawatankuasa Muhibah Daerah Bau di bawah
pimpinan Pegawai Daerah, Encik Geoffrey Usa Baling mengadakan mesyuarat tergempar
untuk mengadakan bantuan. Jawatankuasa tersebut menerima sumbangan RM66,282.80
dan wang tersebut didermakan kepada keluarga mangsa.

12
PEMBUKAAN PERLOMBONGAN EMAS DI BAU

Selepas penutupan projek perlombongan emas Syarikat Broneo pada tahun 1921,
pembukaan bagi bekas pekerja lombong lama untuk memulakan Syarikat mereka sendiri
bermula. mereka telah berjaya dengan menggunakan kaedah pemprosesan sianida(sebuah
bahan kimia) yang digunakan oleh Syarikat Borneo. Tahun pengeluaran emas yang paling
menguntungkan adalah sekitar 1942. pengeluaran emas datang untuk berhenti sepenuhnya
dari tahun 1942 hingga 1945.

"Tai Parit" telah ditinggalkan disebabkan oleh pam tidak cekap untuk mengendalikan
penembusan air yang kuat ke dalam lobang perlombongan. Air yang penuh memenuhi
lombong terbuka dan menjadi tasik buatan manusia yang dipanggil "Tai Parit" (kini
dinamakan Tasik Biru). Dengan operasi lombong BCL, cina mengawal operasi
perlombongan emas dengan cepat dalam kumpulan kecil yang disebut "kongsi" atau nama
lain.

Menurut penulis buku yang bertajuk“A Prictorial Record” ini, salah seorang pemimpin
"kongsi", ialah Chong Fuk Kui seorang bekas operator perlombongan di Bau. Beliau juga
mempunyai beberapa lombong di Sambas pada masa itu. Dia telah berkahwin dan
dikurniakan dengan dua orang anak iaitu Mary Dan Agnes. Selepas kematian isteri
pertamanya, Chong Fuk Kui menikah semula seorang wanita, Laiusa Tan dari Pulau
Pinang, dan mempunyai tujuh orang anak enam daripadanya adalah lelaki, dan seorang
perempuan.

Selepas perang kedua, pengeluaran emas dari tahun 1946 hingga 1981 adalah tidak
penting, tetapi pada tahun 1989 perlombongan emas di Bau telah diberi perubahan besar
dengan isu pajakan perlombongan baru lima tahun untuk beroperasi dari 1990-
1995.Dengan peningkatan harga emas yang pesat di seluruh dunia sejak awal 1970-an,
syarikat-syarikat perlombongan mula mendapatkan semula
13 minat untuk menghidupkan

semula industri perlombongan emas yang disusun semula Bukit Young Goldnine Sdn. Bhd.
dengan sokongan para jutawan dan bank, Bukit Young memohon pajakan perlombongan
untuk melombong semula Tasik Biru. Permohonan itu telah diluluskan dengan pajakan
selama lima tahun, dari tahun 1990 hingga 1995. Dengan itu ia menjadi syarikat
perlombongan tunggal terbesar di Bau. Telah dilaporkan bahawa Bukit Young
menghasilkan sejumlah lebih 3,400 kilogram emas antara tahun 1990 dan 1995. Itu adalah
prestasi yang hebat. Dikatakan bahawa terdapat sejumlah besar bijih emas yang dapat
diekstrak dari dasar lubang jika permohonan pajakan perlombongan dapat dipanjangkan
selama beberapa tahun lagi.

“Tasik Biru" yang merupakan bekas lombong syarikat Borneo dibuka semula dan air yang
bertakung di dalamnya telah dikosongkan dan lombong itu diolah semula oleh syarikat-
syarikat usaha sama tempatan pada tahun 1970-an. Akan tetapi pengusaha menganggap
bahawa ia terlalu berbahaya untuk pergi lebih jauh kerana ketakutan bahawa dinding
lombong mungkin runtuh pada bila-bila masa. Penduduk setempat juga telah bersuara dan
mewujudkan perasaan amarah kerana kesan perlombongan ini telah mengakibatkan
beberapa bangunan mengalami keretakan dan kerosakan yang amat teruk. Ini ditambah
dengan kenyataan bahawa pajakan perlombongan akan tamat tidak lama lagi, dan
penutupan lombong akan berlaku lagi. pada tahun 1997 dan dengan itu ditinggalkan dan air
kembali ke bertakung semula ke tempatnya. Maka lombong yang dibuka semula itu
kembali ke status asalnya, "Tasik Biru".

Telah dinyatakan bahawa bijih emas yang diambil dari lubang Tasik Biru dihantar ke loji
sianidasi Bukit Young untuk diproses selanjutnya. Proses yang digunakan tidak diketahui
dengan jelas.

Selepas itu segala pemprosesesan emas dibuang ke dalam Tasik Biru. (Tasik yang indah
dengan batu kapur yang keras dari air di tasik itu. Ia juga digunakan sebagai graviti yang
diberi makan takungan air membekalkan air minuman ke seluruh Bau Bazaar dan
sekitarnya). Keruntuhan tanah yang indah dan bersejarah itu telah musnah.

Telah dilaporkan juga bahawa apabila tentera Jepun berundur dari Bau ke Dutch Borneo
melalui Krokong pada tahun 1945, sejumlah senjata, pedang, pistol, bom mortir dan peluru
lain dibuang ke dalam tasik untuk meringankan beban membawa beban tambahan melalui
14
trek hutan yang kasar semasa berundur ke khemah asas mereka yang lain di Dutch Borneo.
Begitu juga apabila tentera British membawah pulang barang persenjataannya selepas
Konfrontasi Indonesia, mereka juga membuang senjata dan peluru yang berlebihan ke
dalam tasik dengan mengandaikan bahawa tiada siapa yang boleh mendapatkannya
disebabkan tasik itu terlalu dalam.

Pembantu pengajar menyelam, Encik Robert Chong Min Liang dan ahli pasukannya telah
membuat beberapa ekspedisi menyelam ke dalam Tasik Biru pada tahun 1980-an dan
mengambil beberapa pedang pegawai-pegawai British dan barang-barang lain yang kini
telah disimpan di Muzium Sarawak. Bom dan peluru lama yang ditemui diletupkan di
sebuah tapak yang dinamakan lapang sasar oleh pihak tentera dan polis.

Gambar Encik Robert Chong Min Liang dan ahli pasukannya telah membuat beberapa ekspedisi
menyelam ke dalam Tasik Biru pada tahun 1980-an yang dahulunya dipanggil sebagai “Tai Parit”.

15
(i) Peristiwa Cerobong Loji Peleburan Emas Bekas Syarikat Borneo

Ini adalah bahagian atas cerobong relau peleburan emas BCL yang terletak di bandar lama
Bau. Satu-satunya bahagian struktur cerobong lama yang ditinggalkan sehingga kini. Ianya
adalah bahagian asas yang terdiri daripada tiga bahagian bawah. Lima atau enam bahagian
teratas telah dirobohkan ketika berlakunya Konfrontasi Indonesia pada tahun 1967 oleh
RAF apabila landasan pesawat ringan dan helikopter dibina berdekatan cerobong ini bagi
memudahkan pergerakan ketenteraan di kawasan Bau. Setelah keamanan dipulihkan,
landasan yang dibina telah ditinggalkan dan sebahagian darinya berubah menjadi Jalan
Banglo sehingga kini. Jalan ini berakhir di banglo pengurus perlombongan BCL lama yang
terletak di atas bukit kecil yang menghadap ke Danau Bekajang yang indah yang
membekalkan bandar Bau dengan air bersih percuma sehingga selesai kerja air baru pada
tahun 1980-an. Selepas penutupan operasi perlombongan BCL pada tahun 1921, Banglo
diambil alih oleh Kerajaan dan digunakan sebagai kediaman Pegawai Daerah.

Gambar Cerobong Loji Peleburan Emas Bekas Syarikat Borneo Sekitar 1960an dan 2016

16
Kesimpulan

Dirumuskan bahawa Daerah BAU adalah merupakan salah satu lipatan sejarah di negeri

SARAWAK ia adalah salah satu daerah tertua dan mungkin terkaya (dari segi sumber

mineral) di SARAWAK. Selain itu, Bau bukan hanya daerah perlombongan yang terkenal

tetapi juga kepentingan politik yang besar sejak zaman dahulu dan daerah Bau telah

menghasilkan sekurang – kurang tiga nasionalis awal dan pemimpin besar yang meninggal

dunia demi kepentingan negara dan rakyat. Daerah Bau telah wujud sejak tahun 1820 an dan

merupakan salah satu penempatan awal daripada Kuching yang hanya dikenali pada tahun

1827. Nama asal usul Bau mempunyai pelbagai versi seperti pernah disebut “Upper

SARAWAK” atau pihak British pernah menulis Bau berasal daripada perkataan ‘Bow’ atau

‘Bau’ bererti berbau busuk.

Selain itu, Masyarakat Daerah BAU terdiri daripada Kaum Bidayuh, diikuti oleh Cina dan

Melayu ianya menggambarkan beberapa budaya di daerah Bau. Kaum Bidayuh merupakan

majoriti penduduk di daerah Bau dan mempunyai loghat mengikut kawasan seperti kawasan

Bratak, Jagoi, Krokong, Serembu dan Singai.

Dari sudut geografi Bau merupakan kawasan yang berbukit bukau dan berbukit kapur serta

merupakan kawasan tadahan hujan dan kerap mengalami bencana banjir. Selain itu, Keluasan

Daerah Bau adalah 884.4 kilometer persegi dan jumlah penduduk adalah sebanyak lebih

kurang 60 ribu orang mengikut banci penduduk.

Bagaimanapun, Daerah Bau mempunyai kepelbagaian sejarah dan keistimewaan dan terletak
17
di kawasan luar bandar serta mempunyai sejarah yang panjang berwarna – warni dan penuh
peristiwa tetapi menyedihkan.. Ianya, dilihat mampu menarik pelancong luar datang ke

Daerah BAU dan secara tidak langsung dapat menjana pendapatan sosio- ekonomi setempat.

18

You might also like