Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 27

PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

DALAM PENDIDIKAN
(GGGC 6493)

NAMA : SIVANASWARI A/P KARUPPIAH – P105479

TUGASAN : TUGASAN 2 - INDIVIDU

PENSYARAH : EN. JAMALULLAIL ABDUL WAHAB

SEMESTER : 2020/2021
PERSEPSI GURU TERHADAP FAKTOR PEMILIHAN
DAN PENGAMBILAN GURU BARU DI NEGERI
SELANGOR

SIVANASWARI A/P KARUPPIAH

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA


ISI KANDUNGAN

KANDUNGAN HALAMAN
BAB 1 PENGENALAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Pernyataan Masalah 2
1.3 Objektif Kajian 4
1.4 Persoalan Kajian 4
1.5 Kerangka Konseptual 4

BAB 2 TINJAUAN LITERATUR


2.1 Kajian – Kajian Lepas 7

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN


3.1 Reka Bentuk Kajian 8
3.2 Populasi Dan Persampelan 8
3.3 Instrumen Kajian 8

BAB 4 DAPATAN KAJIAN


4.1 Demografi Kajian 12
4.2 Analisis Pemboleh Ubah Kajian 13

BAB 5 PERBINCANGAN
5.1 Implikasi Kajian 18
5.2 Cadangan Kajian 19

BAB 6 PENUTUP 20

RUJUKAN I

LAMPIRAN III
1

BAB 1

PENGENALAN

1.1 PENDAHULUAN

Guru merupakan tulang belakang kepada sistem pendidikan. Guru bermaksud tenaga
pengajar yang mengikuti sijil perguruan, diploma pendidikan dan ijazah dari maktab
perguruan dan universiti dilantik oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk
berkhidmat di sekolah.

Seseorang guru akan melaksanakan segala dasar dan matlamat kurikulum yang telah
digariskan oleh pihak kerajaan.Pihak kementerian menjalankan segala perancangan
pendidikan melalui guru, ia tidak akan berjaya tanpa sokongan mereka. Menurut Mohd
Hanafiah (2001) dalam Mohamed Najib Abdul Ghafar dan M. Noor Ariffin (2008), peranan
utama guru pada masa dahulu hanya menyampaikan pengetahuan iaitu Kaedah ‘Chalk&Talk’
tetapi kini peranan guru lebih kepada teknologi yang semakin mencabar.

Secara amnya, profesion keguruan mempunyai status hormat di kalangan masyarakat


kerana guru membentuk anak muridnya menjadi warganegara yang menyumbang kepada
masa depan negara yang lebih baik. Misi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah
untuk memberi Pendidikan yang berkualiti dan meningkatkan pencapaian keseluruhan murid.
Guru memainkan peranan yang sangat penting untuk mencapai misi ini. Menurut Reyes
(1990), dalam Hamimah Hashima et.al (2013), guru cemerlang bertekad dan
bertanggungjawab untuk melahirkan pelajar yang berjaya.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) harus menyediakan strategi yang paling


berkesan untuk mendidik dan melatih guru sebelum mereka mendapat penempatan.
Persediaan guru bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan. Pihak kementerian
mengambil kira semua aspek termasuk pemilihan program, syarat kemasukan, kerja kursus
dan praktikal untuk melahirkan guru yang berkelayakan tinggi. Pada masa ini, profesion
keguruan menjadi lebih mencabar dan ia memerlukan guru untuk terus melengkapkan diri
dengan pengetahuan dan kemahiran terkini. Peluang dan pemilihan pekerjaan dalam bidang
2

pendidikan terutamanya bidang perguruan adalah bukan sesuatu yang senang, ia memerlukan
pelbagai prosedur.

Kajian menunjukkan bahawa kerjaya perguruan merupakan salah satu kerjaya yang
sangat popular sebelum tahun 1970-an, di kalangan graduan Malaysia. Tetapi minat graduan
yang menceburkan diri dalam bidang pendidikan semakin menurun pada tahun 1980-an dan
1990-an. Hal ini kerana kewujudan lebih peluang pekerjaan ekoran daripada pertumbuhan
ekonomi yang pesat yang membuka banyak peluang pekerjaan, terutamanya dalam bidang
sains dan teknologi serta bidang perdagangan.

Kerjaya guru tidak lagi pilihan utama para graduan. Menurut Dewan Masyarakat
(2004), cuma sebilangan kecil sahaja minat dalam bidang pendidikan. Zainun (1994) dalam
Mohamed Najib Abdul Ghafar dan M. Noor Ariffin (2008),mengatakan bahawa peranan guru
semakin mencabar dan untuk menjadi seorang pendidik cemerlang, mereka wajib
memerlukan kebolehan akademik dan profesional. Hal ini dapat menjalankan tugas mereka
dengan lebih berkesan.

1.2 PERNYATAAN MASALAH

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 merupakan langkah Malaysia


dalam membuat transformasi pendidikan yang melibatkan perubahan secara besar-besaran
yang memerlukan guru-guru untuk menjadi agen yang membantu peningkatan kualiti
pendidikan di Malaysia. Guru-guru merupakan salah satu faktor utama yang membantu
proses perubahan yang sedang berlaku kini, namun jika kualiti dan profesionalisme guru
berada pada tahap yang rendah akan membantutkan serta melambatkan perubahan. Ini kerana
pendidikan sentiasa berada dalam persekitaran dinamik yang kerap mengalami perubahan
sehingga kualiti guru menjadi tanda tanya masyarakat.

Adakah Jurang Pendidikan Menjadi Salah Satu Isu Yang Membangkitkan Soalan Ini?
Ya. Kualiti guru menjadi tanda tanya disebabkan oleh Jurang Pendidikan yang amat ketara di
kawasan bandar dan di luar bandar. Pernyataan ini turut disokong dalam Laporan Awal:
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. (Rajah 1.1)
3

Rajah 1.1: Perbandingan Jurang Sekolah Luar Bandar Dan Bandar Merentas Masa

Sumber: Lembaga Peperiksaan Malaysia

Apabila pelajar luar bandar mengikuti pelajaran di bandar, pelajar tersebut mengalami
kesukaran dalam mengikuti pembelajaranya. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh pengajaran
guru yang tidak sama. Apabila keadaan ini wujud maka timbullah soalan di kalangan
masyarakat iaitu “Adakah Prosedur Pengambilan Dan Pemilihan Guru Baru Menyediakan
Guru Yang Berkualiti?
4

Bagi menjawab persoalan ini maka wujud lah kajian ini yang bertajuk Persepsi Guru
Terhadap Faktor Pemilihan Dan Pengambilan Guru Baru Di Negeri Selangor.
1.3 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk mencapai lima objektif. Antaranya ialah untuk:-
1) Mengenal pasti persepsi guru terhadap faktor pemilihan dan pengambilan guru di negeri
Selangor.

1.4 PERSOALAN KAJIAN

Persoalan kajian diperoleh berdasarkan pernyataan masalah. Persoalan kajian adalah seperti
berikut:-

1) Apakah persepsi guru terhadap faktor pemilihan dan pengambilan guru di negeri
Selangor?

1.5 KERANGKA KONSEPTUAL

Kerangka teori adalah suatu yang sangat diperlukan dalam menjalankan sesuatu
penyelidikan. Menurut Noraini (2010), ia merupakan satu alat yang mudah untuk memahami
fenomena sesuatu penyelidikan. Menurut beliau, kerangka kajian yang dibina adalah
berdasarkan dengan objektif kajian sesuatu penyelidikan dan juga berdasarkan teori-teori
yang dikemukakan oleh ahli-ahli akademik yang dahulu.

Kerangka ini dibina berasaskan kepada Model Michigan. Model Michigan adalah
contoh “hard HRM” yang menganggap pekerja sebagai sumber utama bagi sesebuah
organisasi. Sumber manusia akan digunakan secara optimum bukan hanya untuk mencapai
matlamat organisasi tetapi juga bertujuan meningkatkan daya saing organisasi tersebut.
Model Michigan disifatkan sebagai “hard HRM” berdasarkan kepada beberapa aspek
meliputi kawalan strategik, struktur organisasi dan sistem pengurusan manusia.Ia memberi
penghargaan kepada pekerja melalui motivasi dan ganjaran tetapi pada masa yang sama lebih
mementingkan pengurusan aset manusia untuk mencapai matlamat. Model ini berorientasikan
pemegang saham dan hanya memberi sedikit perhatian terhadap apa yang dinyatakan Beer et
al. (1984) sebagai faktor keadaan.
5

Menurut Fombrun et al. (1984), model Michigan amat menekankan aliran sumber
manusia dengan anggapan ianya akan mempengaruhi prestasi individu dan juga organisasi.
Oleh sebab itu, model Michigan amat menitikberatkan proses pemilihan pekerja dengan
membuat pemilihan yang teliti bersesuaian dengan spesifikasi yang telah ditetapkan.
Pengambilan pekerja hanya dilakukan bagi melaksanakan tugas yang sudah dikenalpasti,
seperti yang dinyatakan dalam struktur rasmi organisasi. Kesemua pekerja akan dinilai secara
adil bagi menentukan ganjaran yang akan diterima. Selain dari ganjaran, tenaga kerja juga
didedahkan dengan peluang perkembangan kerjaya seiring dengan prestasi yang ditunjukkan.

Menerusi model Michigan juga, terdapat aliran sumber manusia yang mempengaruhi
prestasi individu dan organisasi. Prestasi tersebut diukur bermula dari pemilihan orang yang
paling layak melaksanakan tugas berdasarkan spesifikasi yang telah ditetapkan. Seterusnya,
prestasi mereka akan dinilai untuk pengagihan ganjaran yang akan menjadi pemangkin
semangat pekerja untuk melangkah ke peringkat yang lebih tinggi.

Justeru itu, kerangka kajian ini terbahagi kepada satu pembolehubah bersandar dan
tiga pembolehubah tidak bersandar di mana, pembolehubah tidak bersandar terdiri daripada
Syarat pengambilan calon guru, Prosedur pengambilan calon guru dan latihan
praperkhidmatan. Manakala, pemboleh ubah bersandar ialah Prestasi Guru. Secara
ringkasnya, kerangka konsep bagi kajian ini adalah seperti di Rajah 1.

Rajah 1.3: Kerangka Konseptual “Persepsi Guru Terhadap Faktor Pemilihan Dan
Pengambilan Guru Baru Di Negeri Selangor”

SYARAT PENGAMBILAN CALON GURU


K
E
PRESTASI PROSEDUR PENGAMBILAN CALON GURU R
PEMBOLEHUBAH
TIDAK
GURU BERSANDAR
A
N
PEMBOLEHUBAH
LATIHAN PRAPERKHIDMATAN
BERSANDAR
G
K
A
K
6

Akhir sekali, biarpun model Michigan dikatakan bersifat keras, namun ia mampu
membantu pihak pengurusan sesebuah organisasi untuk mendapatkan sumber tenaga kerja
yang boleh menjalankan tugas menepati kehendak organisasi. Ia juga mampu membantu
seseorang yang berprestasi tinggi mengembangkan potensi diri untuk mencapai
kecemerlangan dalam kerjaya.
7

BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

2.0 KAJIAN-KAJIAN LEPAS

Menurut Ahmad Faizuddin (2018) menyatakan bahawa prosedur pengambilan guru sangat
penting kerana guru adalah aset besar sesebuah sekolah. Guru besar dari sekolah kebangsaan
mempunyai reaksi positif terhadap pengambilan guru berpusat yang dilakukan secara luaran
oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) terutamanya berkaitan dengan kelayakan
akademik dan pengkhususan mata pelajaran. Tetapi guru besar di sekolah swasta berpuas hati
dengan pengambilan guru secara dalaman. Hal ini kerana pihak swasta dapat memilih guru
yang sesuai dengan institusi masing-masing.

Menurut Noor Lela Ahmad dan Nor Atikah Majid (2018), terdapat hubungan positif
antara kemahiran insaniah dan pembangunan professional guru. Beliau menjalankan kajian
ini untuk mengkaji tahap kemahiran insaniah menerusi program praktikum dalam kalangan
guru pelatih di universiti awam Malaysia. Kajian ini melibatkan 111 orang guru pelatih dari
Fakulti pendidikan Universiti awam dengan menggunakan instrumen soal selidik. Dapatan
kajian menunjukkan bahawa program Latihan praktikum memberi kesan positif kepada
pembangunan professional dan kemahiran insaniah guru pelatih sebagai seorang pendidik.

Hamimah Hashima et.al (2013) menyatakan bahawa calon diminta untuk menduduki
ujian MedSI yang mengukur keperibadian mereka sebagai guru sebelum mereka dipanggil ke
temu duga. Seperti itu prosedur saringan digunakan sesuai dengan rancangan KPM untuk
mempunyai guru yang lebih berkualiti. Melalui prosedur pemilihan yang ketat dapat
meningkatkan kualiti guru. Menurut beliau, proses merekrut dan menyaring pemohon dalam
barisan pengajaran adalah prosedur yang mengambil masa. Kajian membuktikan bahawa
proses yang sistematik perlu digunakan dalam memilih calon yang terbaik. Ringkasnya, satu
kajian yang menganalisis perspektif penemuduga yang diperakui MEdSI akan memberi
8

sedikit penerangan mengenai kaedah yang paling berguna untuk saring atau pilih bakal guru
yang berkualiti.

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 REKA BENTUK KAJIAN

Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang menggunakan pendekatan tinjauan yang
dirancang iaitu kaedah soal selidik. Melalui reka bentuk kajian ini, perancangan dan
penstrukturan aktiviti penyelidikan dilakukan di mana data yang dikumpul untuk membantu
penyelidik dalam mengakses hubungan antara pembolehubah tidak bersandar dan bersandar.

Ia juga menjelaskan tentang rangka kerja untuk menjalankan kajian dan perincian
prosedur diterangkan untuk mendapatkan maklumat bagi menyelesaikan masalah kajian.
Setelah mengenal pasti pemboleh ubah dan membangunkan kerangka konseptual, langkah
seterusnya adalah untuk merancang kaedah kajian agar data dapat dikumpulkan untuk
mencapai objektif kajian.

3.2 POPULASI DAN PERSAMPELAN

Responden kajian terdiri daripada Guru di negeri Selangor. Kajian ini menggunakan kaedah
persampelan rawak mudah bagi mendapatkan saiz sampel. Sebelum mengedarkan sebarang
soal selidik, penerangan akan diberi kepada responden terlebih dahulu tentang tujuan kajian,
cara menjawab serta isu keselamatan seperti maklumat peribadi yang tidak akan didedahkan
kepada pihak lain. Responden bebas untuk bertanyakan soalan ketika menjawab soalan.
Seramai 30 orang Guru di negeri Selangor menjadi responden bagi kajian ini.

3.3 INSTRUMEN KAJIAN

Untuk kajian ini, kami menggunakan kaedah soal selidik. Ini kerana soal selidik memberikan
maklum balas yang cepat dan penyelesaian secara langsung dari responden (Seale, 2012).
9

Pertama, soal selidik mesti menjawab soalan penyelidikan dan mudah untuk pengumpulan
data yang perlu dipercayai, relevan dan sah. Memandangkan soalan-soalan diberikan kepada
Guru di negeri Selangor, soalan-soalan itu mesti mesra pengguna dan boleh diterima oleh
kedua-dua responden dan penyelidik. Akhir sekali, ia membantu dalam memudahkan proses
dan menjalankan soal selidik dengan berkesan. Instrumen soal selidik yang dibina
mengandungi 2 bahagian iaitu Bahagian A sehingga Bahagian D iaitu terdiri daripada:

Bahagian A: Demografi Pelajar


Bahagian B: Faktor 1: Syarat Pengambilan Calon Guru
Bahagian C: Faktor 2: Prosedur Pengambilan Calon Guru
Bahagian D: Faktor 3: Latihan PraPerkhidmatan

Pada bahagian A, soalan ditanya merangkumi demografi yang mengandungi sebanyak


tiga soalan yang berkaitan dengan diri responden. Item di dalam bahagian ini
dibentuk sendiri oleh pengkaji. Soalan yang terkandung dalam bahagian ini adalah seperti
jantina, etnik, umur dan pengalaman mengajar. Seterusnya, merupakan bahagian B, C dan D
yang mengandungi 15 item berkaitan dengan Faktor Persepsi Guru. Jadual 3.1, 3.2 dan 3.3
menunjukkan ringkasan komponen soal selidik bagi bahagian B, C dan D.

Jadual 3.1: Item Soal Selidik bagi Seksyen B (Faktor 1: Syarat Pengambilan Calon Guru)

FAKTOR 1:
ITEM
SYARAT PENGAMBILAN CALON GURU

B01 Adakah wajar syarat kesihatan tubuh badan ditetapkan oleh KPM bagi

seseorang pelajar yang hendak masuk ke Maktab Perguruan?


B02 Adakah kegiatan kokurikulam harus diberi keutamaan dalam syarat

pengambilan seseorang guru?


B03 Adakah syarat asas akademik yang ditetapkan oleh KPM sesuai bagi kelayakan

seseorang guru?
B04 Adakah kelayakan kokurikulam lebih penting dari syarat akademik?

B05 Secara keseluruhan adakah anda setuju dengan syarat pengambilan seorang
10

guru?

Jadual 3.2: Item Soal Selidik bagi Seksyen C (Faktor 2: Prosedur Pengambilan Calon Guru)

FAKTOR 2:
ITEM
PROSEDUR PENGAMBILAN CALON GURU

C01 Adakah ujian UKCG munasabah bagi calon yang hendak masuk ke Maktab

perguruan?
C02 Adakah ujian kecergasan fizikal harus diambil kira dalam prosedur

pengambilan guru?
C03 Calon diminta menyediakan video pengajaran selama 6-8 minit. Adakah video

ini cukup untuk menilai kualiti seseorang bakal guru?


C04 Adakah soalan- soalan yang dikemukan oleh panel releven untuk menentukan

kualiti seorang bakal guru?


C05 Secara keseluruhan adakah anda setuju dengan prosedur pengambilan seorang

guru?

Jadual 3.3: Item Soal Selidik bagi Seksyen D (Faktor 3: Latihan PraPerkhidmatan)

FAKTOR 3:
ITEM
LATIHAN PRAPERKHIDMATAN

D01 Adakah latihan praperkhidmatan membebankan bakal guru dari segi kos sara

diri?
D02 Adakah tempoh latihan praperkhidmatan yang diberi oleh KPM mencukupi ?
D03 Adakan semua bakal guru mengambil latihan ini dengan penuh serius dan juga

satu platform untuk mendapat pengalaman ?


D04 Adakah tempoh yang diberi untuk membuat latihan praperkhidmatan

meningkatkan kualiti bakal guru?


D05 Secara keseluruhan adakah anda setuju dengan latihan praperkhidmatan seorang
11

guru?

BAB 4
12

DAPATAN KAJIAN

4.1 DEMOGRAFI KAJIAN

Populasi sasaran utama kajian ini adalah Usahawan Islam di Negeri Selangor. Sampel kajian
ini adalah 30 orang Usahawan Islam Selangor dan soal selidiknya telah diedar dan
dikumpulkan bagi tujuan analisis. Profil demografi responden dihuraikan secara terperinci
seperti Jadual 4.1 berikut:

Jadual 4.1: Profil Demografi Kajian

DEMOGRAFI KEKERAPAN PERATUS


Jantina
Lelaki 12 40%
Perempuan 18 60%
Etnik
Melayu 14 46.7%
Cina 7 23.3%
India 6 20%
Lain-Lain 3 10%
Umur
23 - 30 4 13.3%
31 - 40 13 43.3%
41 - 50 4 13.3%
51 - 60 9 30%
Pengalaman Mengajar
01 - 10 4 13.3%
11 - 30 16 53.3%
30 ke atas 10 33.3%

Berdasarkan jadual 4.1, ia menunjukkan bahawa daripada 30 responden, 12 pelajar


lelaki (40%) dan 18 pelajar perempuan (60%) merupakan responden bagi kajian ini.
Dari segi etnik, majoriti bilangan responden merupakan pelajar melayu dengan seramai 14
orang (46.7%) responden dan diikuti oleh Cina yang mewakili kira-kira 7 orang (23.3%)
responden. Selain itu, ia diikuti oleh India iaitu 6 orang (20%) responden dan lain-lain
etnik iaitu 3 orang (10%) responden.

Dari segi umur, responden di dalam kajian ini adalah berumur dari 23 hingga 60 tahun
Majoriti umur responden merupakan 31 tahun hingga 40 dengan jumlah 13 orang (43.3%)
responden, manakala diikuti dengan umur 51-60 tahun dengan jumlah 9 orang (30%)
13

responden. Akhir sekali, respondan antara umur 23-30 dan 41-50 adalah sama iaitu 4 orang
(13.3%) responden.

Di samping itu, 16 orang (53.3%) responden memiliki pengalaman mengajar dalam


linkungan 11 hingga 30 tahun, manakala diikuti dengan 30 tahun ke atas dengan jumlah 10
orang (33.3%). Baki 4 orang respondan pula memiliki pengalaman mengajar dalam 01 hingga
10 tahun (13.3%).

4.2 ANALISIS MENGIKUT FAKTOR PERSEPSI GURU

Rajah 4.2: Faktor 1: Syarat Pengambilan Calon Guru

FAKTOR 1: SYARAT PENGAMBILAN CALON GURU

100%
90%
80%
70%
PERSEPSI GURU

60%
50%
40%
30%
20%
10%
0%
B01 B02 B03 B04 B05

BI SOALAN
L
1 Adakah wajar syarat kesihatan tubuh badan ditetapkan oleh KPM bagi seseorang
pelajar yang hendak masuk ke Institut Perguruan Pendidikan (IPG)?
2 Adakah kegiatan kokurikulam harus diberi keutamaan dalam syarat pengambilan
seseorang guru?
3 Adakah syarat asas akademik yang ditetapkan oleh KPM sesuai bagi kelayakan
seseorang guru?
4 Adakah kelayakan kokurikulam lebih penting dari syarat akademik?
5 Secara keseluruhan adakah anda setuju dengan syarat pengambilan seorang guru?
14

Merujuk kepada jadual di atas, iaitu 18 (60%) orang respondan yang menyatakan
syarat kesihatan tubuh badan tidak wajar manakala 12 orang respondan (40%) bersetuju
dengan syarat yang ditentukan oleh KPM terhadap pelajar baharu yang hendak masuk ke
Institut Pendidikan Guru (IPG). Bagi soalan kedua pula, 21 orang respondan (70%) tidak
bersetuju dengan syarat kokurikulum manakala 9 orang respondan (30%) bersetuju dengan
syarat kokurikulum yang menjadi salah satu elemen yang wajib diselitkan dalam
pengambilan guru baharu.

Dari segi akademik pula, dapatan menunjukkan bahawa 15 orang respondan 50%
bersetuju dan tidak bersetuju dengan persoalan yang dibangkitkan. Maka keputusan seimbang
dari segi peratusnya. Bagi soalan keempat pula, 16 orang respondan (53.3%) bersetuju
dengan kelayakan kokurikulum lebih penting dari syarat akademik manakala 14 orang
respondan (46.70%) tidak bersetuju dengan.

Akhir sekali, dapat disimpulkan bahawa 21 orang respondan (70%) bersetuju dengan
syarat pengambilan guru manakala 9 orang respondan (30%) tidak bersetuju. Maka syarat
pengambilan guru dipersetujui oleh majoriti guru.

Rajah 4.3: Faktor 2: Prosedur Pengambilan Calon Guru

FAKTOR 2: PROSEDUR PENGAMBILAN CALON GURU

BI 100% SOALAN
L 90%
1 Adakah
80% ujian UKCG munasabah bagi calon yang hendak masuk ke Maktab
perguruan?
70%
PERSEPSI GURU

2 Adakah
60% ujian kecergasan fizikal harus diambil kira dalam prosedur pengambilan
50%
guru?
3 Calon
40% diminta menyediakan video pengajaran selama 6-8 minit.Adakah video ini
30%
cukup untuk menilai kualiti seseorang bakal guru?
20%
4 Adakah soalan- soalan yang dikemukan oleh panel releven untuk menentukan kualiti
10%
seorang
0% bakal guru?
5 C01
Secara keseluruhan C02 anda setuju
adakah C03 dengan prosedur
C04 C05
pengambilan seorang guru?

Berdasarkan jadual di atas, kebanyakan respondan iaitu 22 orang respondan dengan


peratus (73.3%) tidak bersetuju dengan soalan yang dikemukakan manakala 8 orang
respondan (26.7%) sahaja bersetuju dengan Keperluan Ujian UKCG. Bagi soalan kedua pula,
15

Ujian Kecergasan Fizikal perlu dilaksanakan dalam prosedur pengambilan guru. Pernyataan
ini disokong oleh 17 orang respondan (56.7%) manakala 13 orang respondan (43.3%) tidak
bersetuju.

Dari segi video pengajaran pula, 23 (76.7%) orang respondan bersetuju dengan
persoalan, yang menyatakan penghantaran video cukup untuk menilai kualiti seseorang bakal
guru manakala 7 (23.3%) orang respondan tidak bersetuju. Di samping itu, bagi soalan
keempat pula, 26 orang respondan (86.7%) tidak bersetuju dengan soalan-soalan yang
dikemukakan oleh panel bagi menentukan kualiti guru manakala 4 orang respondan (13.3%)
sahaja bersetuju dengan soalannya.

Akhir sekali,19 orang respondan (63.3%) tidak bersetuju dengan prosedur


pengambilan guru manakala 11 orang respondan (36.7%) bersetuju dengan setiap prosedur
yang dilaksanakan oleh Pihak KPM dalam pengambilan guru baharu. Maka dapat
disimpulkan bahawa prosedur pengambilan guru perlu membuat penambahbaikan.

Rajah 4.4: Faktor 3: Latihan Praperkhidmatan

FAKTOR 3: LATIHAN PRAPERKHIDMATAN

100%
90%
80%
70%
PERSEPSI GURU

60%
50%
40%
30%
20%
10%
0%
D01 D02 D03 D04 D05
16

BI SOALAN
L
1 Adakah latihan praperkhidmatan membebankan bakal guru dari segi kos sara diri?
2 Adakah tempoh latihan praperkhidmatan yang diberi oleh KPM mencukupi ?
3 Adakan semua bakal guru mengambil latihan ini dengan penuh serius dan juga satu
platform untuk mendapat pengalaman ?
4 Adakah tempoh yang diberi untuk membuat latihan praperkhidmatan meningkatkan
kualiti bakal guru?
5 Secara keseluruhan adakah anda setuju dengan latihan praperkhidmatan seorang
guru?

Menurut dapatan dari faktor latihan praperkhidmatan pula, 17 orang respondan


(56.7%) tidak bersetuju dengan pelaksanaan praperkhidmatan bagi bakal guru kerana
respondan menganggap ia akan membebankan para guru dari segi kos sara diri manakala
yang baki 13 orang respondan (43.3%) bersetuju dan mereka beranggap adanya latihan
praperkhidmatan para guru dapat menimba ilmu dan boleh menyesuaikan diri dengan suasana
sekolah dan murid.

Bagi soalan kedua pula, tempoh yang diberikan oleh pihak KPM dalam menjalankan
latihan praperkhidmatan mencukupi. Pernyataan ini dipersetujui oleh 19 orang respondan
(63.3%) manakala 11 orang respondan (36.7%) tidak bersetuju dan mereka beranggap
tempoh latihan praperkhidmatan perlu diperlanjutkan. Daripada 30 orang respondan, 24
orang (80%) yang menyatakan bakal guru mengambil latihan praperkhidmatan sebagai
pengalaman manakala 6 orang respondan (20%) tidak bersetujunya. Mereka beranggap
bahawa bakal guru menghadiri praperkhidmatan hanya semata-mata bagi memenuhi syarat
bagi penetapan kerja, bukan untuk menimba pengalaman.

Bagi soalan keempat pula, 25 orang respondan (83.3%) tidak bersetuju dengan
pelanjutan tempoh praperkhidmatan. Mereka beranggap pelanjutan tempoh tidak membantu
dalam menilai kualiti seseorang guru manakala baki 5 orang respondan (16.7%) bersetuju.
Akhir sekali, dapat disimpulkan bahawa latihan praperkhidmaan perlu dijalankan oleh pihak
KPM bagi meningkatkan kualiti pengeluaran guru dengan penuh pengalaman dan ilmu.
Pernyataan ini dipersetujui oleh 17 orang respondan (56.7%) manakala 13 orang respondan
(43.3%) tidak bersetujunya.
17

BAB 5

PERBINCANGAN

5.1 IMPILIKASI KAJIAN

Bertepatan dengan misi Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membangunkan sistem


pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia, maka tumpuan kepada usaha meningkatkan
mutu profesion perguruan adalah amat relevan sekali. Meskipun setakat ini sudah banyak
usaha-usaha gigih yang dijalankan ke arah itu seperti mengetatkan proses pengambilan dan
pemilihan bakal guru namun seperkara yang perlu diambil kira ialah mewujudkan satu
standard kompetensi untuk para guru. Sehingga kini belum ada satu standard kompetensi
yang digunapakai bagi menilai kecekapan dan tahap pencapaian guru.

Kebanyakan negara-negara maju telahpun memperkenalkan dan melaksanakan


standard kompetensi guru seperti United Kingdom, Jepun, Australia dan banyak lagi. Banyak
18

manfaat dapat diraih dengan adanya satu standard kompetensi guru. Ianya bukan sahaja dapat
menilai guru dengan lebih objektif malahan dapat digunakan oleh guru sendiri sebagai
penanda aras untuk melihat kemajuan atau pencapaian peribadi. Standard kompetensi
sepertimana yang
dicadangkan adalah bersifat dinamik tanpa mengambilkira tempoh perkhidmatan. Guru yang
cepat belajar dan mampu menyesuaikan diri dengan iklim pendidikan negara harus diberikan
lebih ruang untuk terus maju dalam profesion mereka. Standard kompetensi tersebut juga
mengambilkira cabaran masa kini untuk membangunkan generasi pelajar bagi menghadapi
dan menangani cabaran-cabaran baru terutama tuntutan-tuntutan sebagai "knowledge
worker" dalam era revolusi informasi abad ke-21.

Oleh itu, sewajarnya pembentukan dan implementasi satu standard kompetensi guru
diambil perhatian serius oleh semua pihak yang terlibat. Pihak Kementerian Pelajaran
Malaysia khususnya telahpun mengenal pasti aspek sebenar standard kompetensi yang patut
ada pada setiap guru dalam apa jua peringkat dan seterusnya menyebarluaskan maklumat
tersebut kepada semua peringkat pengurusan pendidikan. Namun demikian, sejauh manakah
Standard Guru Malaysia itu sedang dilaksanakan dengan sepenuhnya oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia masih menjadi tanda tanya. Manakala guru pula perlulah sedar dan tahu
aspek kompetensi yang telah dan belum dicapai bagi tujuan memperkembangkan dan
meningkatkan aspek yang tidak kompeten. Seterusnya standard kompetensi mampu menjadi
pemangkin untuk kembali memartabatkan profesion perguruan dan meletakkannya sebaris
dengan profesion-profesion lain. Adalah diharapkan agar dalam pelaksanaan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, Transformasi Keguruan Sebagai Profesion
Pilihan yang mengamalkan Standard Guru Malaysia menjadi kenyataan dalam erti kata yang
sebenarnya.

5.2 CADANGAN KAJIAN

Cadangan kajian ini adalah bertujuan untuk memantapkan lagi proses perancangan bagi
mengendali proses pemilihan dan pengambilan guru baru di Malaysia. Ia merupakan rujukan
bagi pihak yang berkepentingan seperti Kementerian Pendidikan Malaysia dan SPP.

1) Pengkaji boleh memperluaskan saiz sampel. Menggunakan saiz sampel responden yang
lebih besar. Ini kerana saiz sampel adalah penting dalam mempengaruhi dapatan kajian.
19

Kemudian, pengkaji perlu mencari teknik yang sesuai bagi teknik pensampelan. Ini
adalah kerana untuk memastikan dapatan kajian lebih tepat yang boleh dipercayai untuk
penyelidikan masa hadapan.

2) Populasi kajian boleh diperluaskan dengan mengkaji faktor pemilihan dan pengambilan
guru baru selain guru sekolah kerajaan.

BAB 6

PENUTUP

Setiap tahun, KPM menerima lebih 175,000 permohonan untuk menyertai profesion
keguruan dan 20,000 orang ditempatkan di sekolah. Ramai pemohon tidak mempunyai sikap
dan aptitud yang sesuai untuk menjadi guru. Daripada permohonan kemasukan ke program
latihan perguruan di IPG pada tahun 2010, hanya 7% mendapat 7A dan ke atas dalam SPM.
Bagi Kursus Perguruan Lepasan Ijazah pula, hanya 3% pemohon mempunyai purata gred
terkumpul 3.5 dan ke atas daripada 4.0. Ini menunjukkan profesion keguruan bukanlah
pilihan calon cemerlang. Profesion keguruan di Australia atau Singapura sentiasa menjadi
pilihan utama siswazah.

Rajah 6.1: Kualiti Guru Merupakan Penentu Utama Prestasi Pelajar


20

PRESTASI PELAJAR
100 Peratusan 90 Peratusan

53 Mata Peratusan
50 Peratusan

37 Peratusan

0 Peratusan
Umur 8 tahun Umur 11 tahun
* Di antara 20% guru terbaik

** Di antara 20% guru prestasi rendah

Kualiti guru lebih mempengaruhi prestasi pelajar berbanding pemboleh ubah lain.

Sumber: Kesan Kumulatif dan Sampingan ke atas Pencapaian Pelajar pada Masa Hadapan,
Sanders & Rivers; Bagaimana Sistem Sekolah dengan Pencapaian Terbaik Menduduki
Tempat Teratas, McKinsey and Co

Di Republik Korea dan Finland pula, kelayakan untuk memohon program latihan
perguruan hanya terhad kepada 10% dan 15% siswazah terbaik daripada setiap kohort. Syarat
kemasukan yang ketat membantu meningkatkan imej profesion keguruan sebagai profesion
yang hanya menerima calon terbaik.
I

RUJUKAN

Aney Marinda, Muhammad Amin & Norasmah Othman.(2019).Pengurusan Bilik Darjah


Guru Baharu Yang Mengikuti Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB). Jurnal
Pendidikan Malaysia 44(1) (2019): 21-27

Bahagian Pendidikan Guru.(2015). Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru


Baharu (PPGB) 2015.Putrajaya:Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan
Malaysia

Bahagian Pendidikan Guru.(2018).Dokumen Awal Pelan Induk Pembangunan


Profesionalisme Keguruan.Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia

Chee Kim Mang.(2008). Kualiti Guru Permulaan Sebuah Institusi Perguruan: Satu Tinjauan
Dari Perspektif Pentadbir Sekolah. Jurnal Pendidik Dan Pendidikan 23: 49-67

Hamimah Hashima, Siti Maftuhah Damiob, Noriza Hussinc.(2013).Malaysian Educators


Selection Inventory (Medsi) Certified Interviewers’ Perspectives On
Itsimplementation: A Preliminary Study. Procedia - Social And Behavioral Sciences
90 (2013), 171-177

KPM.(2012). Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025

Najla Aiman Mohamed Idrus, Azam Othman & Ahmad Faizuddin.(2017).The Practices Of
Human Resource Management Among Headmasters In Primary Schools: A Case
Study Of Selected National And Private Schools In Malaysia. Iium Journal Of
Educational Studies, 5:1 (2017), 26-48

Nik Haslinda Abdul Halim, Abdul Razak Hamdan, Zulaiha Ali Othman Dan Hamidah
Jantan. (2017). Pemodelan Guru Cemerlang KPM Menggunakan Perlombongan Data.
Journal Of ICT In Education (JICTIE) ISSN 2289-7844/ Vol. 4/ 2017, 21-34
II

Noor Lela Ahmad* & Nor Atikah Majid. (2018). Program Praktikum Sebagai Medium
Pengukuhan Kemahiran Insaniah Dalam Kalangan Guru Pelatih. Jurnal Pendidikan
Malaysia 43(2): 17-27

Wolff, C.E., Bogert, N.V.D., Jarodzka, H. & Boshuizen, P.A. 2014. Keeping An Eye On
Learning: Differences Between Expert And Novice Teachers’ Representations Of
Classroom Management Events. Journal Of Teacher Education: 1-18.
III

LAMPIRAN

You might also like