Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

1.

Bagaimanakah seorang pendidik perlu bertindak kepada pelajar yang pernah terlibat
dengan perlakuan membuli? Kaitkan jawapan anda dengan hanya DUA daripada tiga
elemen yang berikut.

a. Kekuatan dan kelemahan institusi sekolah melalui iklim dan budaya sekolah.

Gejala buli merupakan satu fenomena yang berlaku di seluruh dunia tanpa mengira jantina,
usia, pangkat, bangsa, budaya atau agama. Walau bagaimanapun, permasalahan buli di sekolah
menjadi perhatian dan sering dibincangkan kerana isu ini dilaporkan kerap terjadi di premis
tersebut. Dalam kes berkaitan buli di kawasan sekolah, guru memainkan peranan utama untuk
menjalankan intervensi yang berpatutan. Namun begitu, mereka perlu terlebih dahulu
mempunyai pengetahuan mengenai buli, serta kemahiran menguruskan bilik darjah. Terdapat
beberapa kekuatan dan kelemahan institusi sekolah melalui iklim dan budaya sekolah dalam
perlakuan membuli ini.
Antaranya ialah tiada campur tangan pihak pendidik dalam menangani kes buli ini. Kes buli
kerap berlaku apabila guru tidak mengendahkan emosi pelajar dengan bertanyakan masalah
yang dihadapi oleh pelajar dan tidak mencari jalan penyelesaian bagi pelajar yang menjadi
mangsa buli tersebut. Sebagai contoh, guru hendaklah melakukan pendekatan terhadap pelajar
yang kerap ponteng sekolah, hal ini kerana pelajar yang menjadi mangsa buli di sekolah menjadi
takut untuk hadir ke sekolah kerana pelajar tersebut mungkin risau tentang keselamatan
dirinya yang akan dibuli di sekolah tanpa ada pihak yang boleh menghentikan perlakuan yang
keji ini. Oleh itu, sebagai seorang pendidik hendaklah peka terhadap keadaan emosi murid yang
berada di sekolah dan juga di dalam bilik darjah. Sebagai seorang pendidik juga, kita hendaklah
sentiasa melakukan pendekatan terhadap semua murid supaya tiada murid yang terganggu
emosinya akibat dibuli dan kita juga henddaklah menyarankan semua murid untuk terus
merujuk kepada guru jika terdapat apa-apa masalah yang dihadapi.
Seterusnya, pengawasan sekolah yang longgar dan kelemahan peraturan di sekolah. Hal ini
memberi peluang yang besar terhadap pelajar yang ingin melakukan pembulian terhadap
pelajar lain kerana pelaku tidak akan merasa takut dengan perbuatannya disebabkan oleh
pengawasan sekolah yang longgar dan peraturan sekolah yang lemah. Oleh yang demikian,
pihak sekolah perlulah meningkatkan tahap pengawasan sekolah dan juga mengetatkan
peraturan sekolah supaya pelaku kes buli ini dikenakan hukuman yang setimpal supaya kes buli
ini tidak akan berlaku lagi di dalam kawasan sekolah. Sebagai contoh, pelajar yang melakukan
pembulian terhadap pelajar lain digantung sesi persekolahannya ataupun terus memanggil ibu
bapa pelaku supaya ibu bapanya tahu tentang perbuatan anaknya disekolah dan dijadikan
pengajaran bagi si pelaku.

You might also like