KM Kedatangan Orang Cina Dan India

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Kedatangan orang Cina dan India

Penghijrahan orang Cina dan India ke Tanah Melayu adalah pada Ketika zaman kegemilangan
Melaka. Hal ini kerana, Tanah Melayu merupakan Kawasan yang strategik untuk berdagang dan kaya
dengan sumber ekonomi seperti bijih timah. Pedagang Cina dan India dating ke Melaka untuk
mendapatkan barang dagangan seperti bijih timah, lada hitam, candu dan buah-buahan serta mereka
dating untuk meniagakan barang-barangan mereka seperti sutera, pinggan mangkuk dan kain benang
emas. Politik perdagangan telah berlaku pada waktu itu apabila Sultan Melaka berkahwin dengan
perempuan cina menjadikan Melaka dan China menjadi rakan perdagangan. Setelah perkahwinan Sultan
Melaka bersama perempuan Cina tersebut, lahirlah masyarakat Baba dan Nyonya.

Orang India datang ke Tanah Melayu adalah merupakan pedagang, mubaligh atau pengembara.
India dating ke Tanah Melayu adalah untuk berdagang. Kemasukan dan campur tangan British ke Tanah
Melayu menyebabkan kemasukan orang Cina dan India secara beramai-ramai sehingga Tanah Melayu
mempunyai masyarakat majmuk sehingga ke hari ini. Kemasukan secara beramai-ramai ini adalah
kerana keperluan ekonomi seperti bijih timah dan perusahaan orang Melayu. Peluang pekerjaan yang
dibuka oleh orang Melayu menjadikan imigran ini untuk berkembang menjadi pekerja sekaligus
memonopoli perusahaan Orang Melayu.

Sejurus kedatangan orang Cina ke Tanah Melayu untuk bekerja di perlombongan bijih timah,
ada kumpulan yang membuat kekacauan yang menimbulkan peperangan iaitu Perang Larut 1861 yang
berpuca daripada perebutan kawasan perlombongan bijih timah antara kumpulan kongsi gelap cina.
Akibat pergaduhan ini, pihak British campur tangan dalam peperangan ini. Oleh yang demikian, pihak
British membawa masuk orang India secara beramai-ramai untuk menjadi pengawal keselamatan bagi
mengawal berlakunya keganasan orang Cina di Tanah Melayu.

You might also like