Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

Pas Lawatan (Sosial) Jangka Panjang

 Pas lawatan sosial jangka panjang boleh dikeluarkan kepada pelawat asing untuk tinggal sementara di
Malaysia bagi tempoh tidak kurang daripada 6 bulan.
 Lanjutan boleh diberikan berdasarkan kepada kelayakan dan memenuhi syarat-syarat seperti yang telah
ditetapkan.
 Suami atau isteri asing kepada warganegara Malaysia boleh diberi kemudahan Pas Lawatan (Sosial)
jangka panjang untuk tempoh lima (5) tahun sekiranya mereka memenuhi syarat-syarat permohonan.
 Mereka juga dibenarkan untuk bekerja (melakukan pekerjaan berbayar), berniaga dan pekerjaan
profesional tanpa perlu menukar status Pas Lawatan (Sosial) mereka kepada Pas Kerja yang berkaitan
(Pas Penggajian/Pas Lawatan (Kerja Sementara)).

1. Syarat dan Peraturan Kebenaran Bekerja Pasangan Warganegara

A. Jabatan Imigresen Malaysia berhak memohon bukti / dokumen lain jika diperlukan.
B. Semua dokumen asal perlu dibawa bersama untuk disahkan dan permohonan yang lengkap sahaja
diterima.
C. Permohonan perlu dikemukakan oleh pemohon dengan kehadiran pasangan Warganegara Malaysia.
D. Pemohon merupakan isteri atau suami kepada warganegara Malaysia yang mana perkahwinan mereka
telah didaftarkan secara sah dan teratur di bawah undang-undang yang berkuatkuasa di Malaysia.
E. Pemohon adalah layak diberikan ataupun telah diberikan Pas Lawatan Sosial dibawah kemudahan suami
atau isteri asing kepada warganegara Malaysia.
F. Pekerjaan atau perniagaan yang dilakukan itu adalah merupakan pekerjaan atau perniagaan yang sah
mengikut undang-undang dan peraturan-peraturan yang berkaitan yang berkuatkuasa di Malaysia.
G. Kebenaran melakukan pekerjaan atau perniagaan ini dicatatkan ataupun di endos dalam Pas Lawatan
Sosial yang berkaitan oleh Ketua Pengarah Imigresen Malaysia atau mana-mana Pegawai Imigresen
yang diberi kuasa untuk membuat catatan/endorsan tersebut.
H. Pemegang Pas Lawatan Sosial tersebut mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Ketua
Pengarah Imigresen Malaysia bagi maksud pengeluaran Pas Lawatan Sosial tersebut serta bagi maksud
membuat catatan/pengendorsan yang berkaitan.
I. Senarai semak dokumen yang diperlukan :
i. Salinan Kad Pengenalan suami / isteri
ii. Salinan Pasport dan pas terkini Pemohon
iii. Borang Surat Akuan Sumpah beserta gambar (dicop Pesuruhjaya Sumpah dari Mahkamah
Kerajaan)
iv. Salinan Daftar Perkahwinan / Sijil Nikah
v. Surat Tawaran Bekerja dari majikan (menggunakan Letterhead  Syarikat)
vi. Kontrak Kerja (dimatikan setem hasil RM 10) yang menerangkan :
o Jawatan 
o Tempoh Kerja
o Gaji Bulanan
o Tandatangan kedua pihak (majikan dan pekerja)
vii. Borang Maklumat Pemohon, Pasangan Warganegara dan Majikan
viii. Borang Pendaftaran Syarikat (dicetak terus dari sistem My Data - SSM) terkini

2. Tatacara Memohon Endorsmen Kebenaran Bekerja

A. Permohonan boleh dibuat di Bahagian Visa, Pas dan Permit, Ibu Pejabat Imigresen, Putrajaya atau di
Pejabat Imigresen Negeri berdekatan.
B. Permohonan boleh dikemukakan semasa mendapatkan semasa mendapatkan kelulusan Pas Lawatan
Sosial yang berkaitan atau pada bila-bila masa selepas Pas Lawatan Sosial yang berkaitan diberikan.
C. Menyertakan dokmen-dokumen sokongan yang berkaitan iaitu :
i. Sijil Perkahwinan / Sijil nikah
ii. Tawaran Kerja / Daftar Perniagaan (mana yang berkaitan)

3. Syarat dan dokumen permohonan yang diperlukan mengikut kategori :

A. Anak / Anak tiri kepada Warganegara / Anak yang belum ditentukan taraf kewarganegaraan

a. Permohonan perlu dikemukakan oleh ibubapa warganegara.


b. Pemohon hendaklah berumur 7 tahun kebawah.
c. Semua dokumen asal perlu dibawa bersama untuk disahkan dan permohonan yang lengkap sahaja
diterima.
d. Jabatan Imigresen Malaysia berhak memohon bukti / dokumen lain jika diperlukan.
e. Menyertakan dokmen-dokumen sokongan yang berkaitan iaitu :
i. Borang Imm.12
ii. Borang Imm.38
iii. Salinan Pasport pemohon (semua mukasurat bercetak)
iv. Salinan Kad Pengenalan ibu / bapa warganegara
v. Salinan Pasport dan Pas Semasa ibu atau bapa bukan warganegara
vi. Sijil Penceraian/ Sijil Kematian Pasangan, Sijil Kahwin, Sijil Lahir, Notarial Certificate
diterjemahkan dalam bahasa melayu / inggeris (pengesahan dari Kedutaan Malaysia di Luar
Negara dan Wisma Putra)

B. Orang tua berumur 60 tahun ke atas yang tidak mempunyai keluarga di negara asal dan mempunyai
keluarga di negara ini yang sanggup menyara

a. Warganegara asing yang berumur 60 tahun ke atas yang tidak mempunyai keluarga di negara asal dan
mempunyai keluarga di negara ini yang sanggup menyaranya.
b. Penaja hendaklah terdiri daripada anak kandung / menantu / adik beradik.
c. Penaja hendaklah berpendapatan RM 2000 dan ke atas.
d. Semua dokumen asal perlu dibawa bersama untuk disahkan dan permohonan yang lengkap sahaja
diterima.
e. Jabatan Imigresen Malaysia berhak memohon bukti / dokumen lain jika diperlukan.
f. Menyertakan dokmen-dokumen sokongan yang berkaitan iaitu :
i. Borang Imm.12 (2 salinan)
ii. Borang Imm.38
iii. Salinan Pasport pemohon (semua mukasurat bercetak)
iv. Surat Akuan pemohon (dicop Pesuruhjaya Sumpah dari Mahkamah Kerajaan)
v. Borang  Personal Bond / Security Bond (dimatikan setem Rm 10 di LHDN) - Security Bond
bagi warganegara China dan Nigeria
vi. Salinan Kad Pengenalan Penaja (penaja perlu hadir)
vii. Borang Akuan Penaja (dicop Pesuruhjaya Sumpah dari Mahkamah Kerajaan)
viii. Bukti Pendapatan Penaja
o Bukti pendapatan majikan (Letterhead Syarikat) ATAU
o Lesen Perniagaan / SSM / ROC DAN
o Penyata Bank Akaun Persendirian - 3 bulan terkini
ix. Sijil Penceraian/ Sijil Kematian Pasangan, Sijil Kahwin, Sijil Lahir, Notarial
Certificate diterjemahkan dalam bahasa melayu / inggeris (pengesahan dari Kedutaan Malaysia
di Luar Negara dan Wisma Putra)
x. Bukti pertalian hendaklah dikemukakan dalam bentuk dokumen  bagi menerangkan pertalian
antara penaja dengan pemohon
C. Keluarga terdekat kepada pelajar asing yang menuntut di Malaysia

a. Semua dokumen asal perlu dibawa bersama untuk disahkan dan permohonan yang lengkap sahaja
diterima.
b. Menyertakan dokmen-dokumen sokongan yang berkaitan iaitu :
i. Borang Imm.12 / Imm.55
ii. Borang Imm.38 (jika perlu)
iii. Surat pengesahan pelajar dari IPTS/IPTA
iv. Salinan sijil kelahiran pelajar
v. Surat dari kedutaan sebagai bukti pertalian
vi. Pasport
vii. Sijil nikah/ perkahwinan suami/ isteri
viii. Sijil kelahiran anak kepada pelajar

D. Suami / Isteri kepada Warganegara

a. Semua dokumen asal perlu dibawa bersama untuk disahkan dan permohonan yang lengkap sahaja
diterima.
b. Menyertakan dokmen-dokumen sokongan yang berkaitan iaitu :
i. Borang Imm.12 / Imm. 55
ii. Borang Imm.38
iii. Salinan sijil nikah
iv. Salinan sijil kelahiran anak (jika ada)
v. Surat Akuan Sumpah Terkini - perkahwinan wujud dan masih sah
vi. Borang 'Security Bond' (dimatikan setem hasil RM10.00)
vii. Kad pengenalan penaja/pasangan
viii. Bukti pendapatan penaja/ pasangan
ix. Salinan pasport penaja / pasangan
x. Gambar perkahwinan

E. Isteri ‘teraniaya' kepada Warganegara

a. Semua dokumen asal perlu dibawa bersama untuk disahkan dan permohonan yang lengkap sahaja
diterima.
b. Menyertakan dokmen-dokumen sokongan yang berkaitan iaitu :
i. Borang Imm.12 / Imm. 55
ii. Borang Imm.38
iii. Sijil nikah
iv. Sijil kelahiran anak (jika ada)
v. Surat Akuan Sumpah terkini - suami tidak dapat dikesan/ lari
vi. Borang 'Security Bond' (dimatikan setem hasil RM10.00)
vii. Surat akuan penaja tempatan
viii. Kad pengenalan penaja
ix. Bukti pendapatan penaja - pendapatan penaja RM2000.00 ke atas
x. Salinan laporan polis/ hospital - bukti penganiayaan

F. Janda kepada warganegara

a. Semua dokumen asal perlu dibawa bersama untuk disahkan dan permohonan yang lengkap sahaja
diterima.
b. Menyertakan dokmen-dokumen sokongan yang berkaitan iaitu :
i. Borang Imm.12 / Imm. 55
ii. Borang Imm.38
iii. Sijil nikah
iv. Sijil perceraian
v. Sijil kelahiran anak (jika ada)
vi. Surat Akuan Sumpah - tidak pernah berkahwin setelah bercerai
vii. Borang 'Security Bond' (dimatikan setem hasil RM10.00)
viii. Surat Akuan Penaja Tempatan
ix. Kad pengenalan penaja
x. Bukti pendapatan penaja - pendapatan penaja RM2000.00 ke atas

G. Balu Kepada Warganegara

a. Permohonan perlu dikemukakan oleh pemohon dengan kehadiran penaja Warganegara Malaysia.


b. Semua dokumen asal perlu dibawa bersama untuk disahkan dan permohonan yang lengkap sahaja
diterima.
c. Jabatan Imigresen Malaysia berhak memohon bukti / dokumen lain jika diperlukan.
d. Senarai semak dokumen yang diperlukan :
i. Borang Imm.12
ii. Borang Imm.38
iii. Salinan Pasport Pemohon (semua mukasurat bercetak)
iv. Borang Personal Bond / Security Bond (dimatikan setem Rm 10 di LHDN) - Security Bond
bagi warganegara China dan Nigeria
v. Surat Akuan Pemohon (AM 80) - dicop Pesuruhjaya Sumpah dari Mahkamah Kerajaan
vi. Salinan Kad Pengenalan Penaja (penaja hendaklah dari ahli keluarga terdekat suami)
vii. Surat Akuan Penaja (dicop Pesuruhjaya Sumpah dari Mahkamah Kerajaan)
viii. Bukti Pendapatan Penaja **Penaja hendaklah berpendapatan RM 2000 dan ke atas
o Bukti pendapatan majikan (Letterhead Syarikat) beserta slip gaji (3 bulan terkini) ATAU
o Lesen Perniagaan / SSM / ROC beserta Penyata Bank (3 bulan terkini)
ix. Dokumen Tambahan (Sijil Penceraian / Sijil Kematian Pasangan, Sijil Kahwin, Sijil Lahir,
Notarial Certificate diterjemahkan dalam Bahasa Melayu / Inggeris) - pengesahan dari 
Kedutaan Malaysia di Luar Negara dan Wisma Putra

H. Bagi rawatan di Institusi Perubatan di Malaysia termasuk seorang pengiring

a. Permohonan perlu dikemukakan oleh subjek / wakil hospital /  pengiring pesakit.


b. Terhad kepada rawatan di Hospital kerajaan / Hospital pakar sahaja.
c. Pesakit hanya dibenarkan membawa hanya seorang sahaja pengiring.
d. Semua dokumen asal perlu dibawa bersama untuk disahkan dan permohonan yang lengkap sahaja
diterima.
e. Jabatan Imigresen Malaysia berhak memohon bukti / dokumen lain jika diperlukan.
f. Senarai semak dokumen yang diperlukan :
i. Borang Imm.12
ii. Borang Imm.38
iii. Salinan Pasport Pemohon (semua mukasurat bercetak)
iv. Surat Sokongan dari hospital / klinik kesihatan
v. Surat dari (Malaysian Health Trade Centre (MHTC) - untuk hospital / klinik yang berdaftar
bersama pihak MHTC
vi. Gambar subjek dalam keadaan yang terkini (jika pesakit tidak boleh melakukan perjalanan /
bergerak)
vii. Bukti pembayaran dalam bentuk :
a. Resit Pembayaran ATAU
b. Surat yang menyatakan pembayaran

I. Pasangan dan anak pegawai dagang

a. Semua dokumen asal perlu dibawa bersama untuk disahkan dan permohonan yang lengkap sahaja
diterima.
b. Senarai semak dokumen yang diperlukan :
i. Surat sokongan dari majikan
ii. Suratkuasa dari majikan
iii. 2 set borang Imm. 10
iv. 2 set borang Imm. 12
v. Borang Imm.38 (jika perlu)
vi. Sijil nikah / perkahwinan
vii. Sijil lahir anak
viii. Pasport ahli keluarga pegawai dagang
ix. Surat kelulusan pegawai dagang
x. 2 keping gambar terkini pemohon

J. Kemudahan kepada pembantu rumah asing yang mengiringi majikan yang mendapatkan rawatan
perubatan / melancong / mesyuarat / menghadiri kursus dan seminar di Malaysia

a. Semua dokumen asal perlu dibawa bersama untuk disahkan dan permohonan yang lengkap sahaja
diterima.
b. Senarai semak dokumen yang diperlukan :
i. Bukti bekerja sebagai pembantu rumah
ii. Borang Imm.12 / Imm.55
iii. Borang Imm.38

K. Isteri kepada penduduk tetap

a. Semua dokumen asal perlu dibawa bersama untuk disahkan dan permohonan yang lengkap sahaja
diterima.
b. Senarai semak dokumen yang diperlukan :
i. Kad pengenalan suami
ii. Permit masuk suami
iii. Pasport isteri (kesemua mukasurat)
iv. Sijil nikah / perkahwinan
v. 2 keping gambar terkini isteri bersaiz pasport
vi. Usia perkahwinan telah melebihi 6 bulan
vii. 2 set borang Imm. 47
viii. Borang Imm. 55
ix. Borang Imm.38
x. Borang 'Security Bond' (dimatikan setem hasil RM10.00)

5. Permohonan Baru Isteri Atau Suami Kepada Warganegara

a. Pemohon perlu hadir bersama pasangan.


b. Semua dokumen asal perlu dibawa bersama untuk disahkan dan permohonan yang lengkap sahaja
diterima.
c. Senarai semak dokumen yang diperlukan :
i. Borang Imm.12
ii. Borang Imm.38 (2 salinan)
iii. Borang Imm.55 (2 salinan)
iv. Borang kenyataan penaja
v. Security bond - dimatikan setem RM10.00
vi. Surat akuan sumpah berserta gambar dan dicop Pesuruhjaya Sumpah
vii. Kad pengenalan dan sijil lahir suami / isteri
viii. Sijil daftar perkahwinan
ix. Bukti surat cerai/ sijil mati (jika berkaitan)
x. Gambar perkahwinan berukuran poskad
xi. Sijil lahir anak (surat pengesahan dari mahkamah jika anak tiri)
xii. Lesen niaga/ ROC syarikat/ Borang J (Jika bekerja sendiri)
xiii. Surat pengesahan dari majikan dengan letter head (Jika bekerja)
xiv. Bukti pendapatan (slip gaji 3 bulan terakhir/ buku bank/ borang J)
xv. Bukti alamat tempat tinggal (bil utiliti)
xvi. Pasport Malaysia suami / isteri(semua muka surat)
xvii. Lain-lain dokumen sekiranya diperlukan

6. Permohonan Baru Bagi Suami Atau Isteri Kepada Warganegara China dan Nigeria

a. Pemohon perlu hadir bersama pasangan.


b. Semua dokumen asal perlu dibawa bersama untuk disahkan dan permohonan yang lengkap sahaja
diterima.
c. Jika sebarang laporan / kenyataan / repretasi didapati palsu maka ia adalah satu kesalahan di bawah
Seksyen 56 (1) (f) Akta Imigresen 1959/63 dan boleh dikenakan denda tidak melebihi  RM 10,000 atau
penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-dua sekali.
d. Permohonan hendaklah dikemukakan ke Ibupejabat Jabatan Imigresen Malaysia.
e. Senarai semak dokumen yang diperlukan :
i. Borang Imm.12 (2 salinan)
ii. Borang Imm.38 (2 salinan)
iii. Borang Imm.55 (2 salinan)
iv. Borang Kenyataan Penaja
v. Borang Hal Ehwal Suami Isteri
vi. Borang Maklumat Tambahan
vii. Security Bond (Dimatikan setem RM 10 Di LHDN)
viii. Surat Akuan Sumpah Beserta Gambar (dicop Pesuruhjaya Sumpah dari Mahkamah Kerajaan)
ix. Surat Akuan Penaja (dicop Pesuruhjaya Sumpah dari Mahkamah Kerajaan) **Penaja hendaklah
berpendapatan RM 2000 dan ke atas
x. Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Lahir Pasangan Warganegara
xi. Salinan Daftar Perkahwinan Luar Negara (jika perkahwinan di luar negara)
xii. Salinan Daftar Perkahwinan di Malaysia
xiii. Cabutan untuk Daftar Perkahwinan (dapatkan dari JPN Putrajaya sahaja)
xiv. Salinan Bukti Cerai / Sijil Mati sekiranya duda / janda / balu (Notarial Certificate jika ada)
xv. Gambar Perkahwinan (berpakaian pengantin) - 1 keping
xvi. Gambar berukuran saiz Pasport  - suami (4 keping) dan isteri (4 keping)
xvii. Salinan Sijil Lahir Anak (surat hak penjagaan dari mahkamah jika anak tiri)
xviii. Surat Pengesahan Majikan (Letterhead Syarikat) beserta slip gaji (3 bulan terkini) atau Lesen
Perniagaan / SSM / ROC
xix. Penyata Bank Penaja (3 bulan terkini)
xx. Bukti alamat tempat tinggal (bil air / eletrik atau Tenancy Aggreement)
xxi. Salinan Pasport Antarabangsa pasangan warganegara (semua mukasurat bercetak)
xxii. Salinan Pasport Suami / Isteri (semua mukasurat bercetak)
xxiii. Lain-lain dokumen sekiranya perlu dari semasa ke semasa

7. Permohonan Lanjutan Bagi Suami / Isteri Kepada Warganegara

a. Permohonan perlu dikemukakan oleh pemohon dengan kehadiran bersama pasangan Warganegara
Malaysia.
b. Semua dokumen asal perlu dibawa bersama untuk disahkan dan permohonan yang lengkap sahaja
diterima.
c. Senarai semak dokumen yang diperlukan :
i. Borang Imm.38
ii. Borang Imm.55
iii. Borang Akuan Sumpah Beserta Gambar (dicop Pesuruhjaya Sumpah dari Mahkamah Kerajaan)
iv. Salinan Daftar Kelahiran Anak / Sijil Lahir
v. Salinan Kad pengenalan suami / isteri
vi. Salinan Daftar Perkahwinan / Sijil Nikah
vii. Salinan Pasport dan pas terkini pemohon (semua muka surat yang bercetak)

9. Pegawai Dagang dan Anak yang telah mendapat kelulusan taraf Penduduk Tetap (sementara
menunggu pengeluaran Permit Masuk)

a. Suami isteri mesti hadir bersama.


b. Bagi permohonan kali pertama, dokumen asal hendaklah dibawa bersama salinan.
c. Senarai semak dokumen yang diperlukan :
i. Surat kuasa dari syarikat
ii. Borang Imm.12 (2 set)
iii. Borang Imm. 38 (jika perlu)
iv. Sijil kahwin
v. Sijil kelahiran anak
vi. Pasport keluarga pegawai dagang yang memohon
vii. Surat kelulusan jawatan pegawai dagang
viii. Gambar terkini pemohon berukuran pasport (2 keping)

You might also like