Teknik Menjawab Soalan Bahasa Melayu KSSM PT3 (Menengah Rendah)

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

BBM BAHASA MELAYU TINGKATAN 1

TEKNIK MENULIS JAWAPAN NOVEL


KERTAS 1 (BAHAGIAN B, SOALAN 3)

Novel yang saya kaji di tingkatan 1 ialah novel Sejambak Bakti karya Rejab F.I.

Novel ini sangat menarik untuk dipelajari.

Sinopsis/Tema/Persoalan ___________________________________________

_________________________________________________________________________

Contoh peristiwa yang berkaitan dengan tema/persoalan ialah ___________

__________________________________________________________________________

Sinopsis/Tema/Persoalan ___________________________________________

__________________________________________________________________________

Contoh peristiwa yang berkaitan dengan tema/persoalan ialah ___________

__________________________________________________________________________

Sinopsis/Tema/Persoalan ___________________________________________

_________________________________________________________________________

Contoh peristiwa yang berkaitan dengan tema/persoalan ialah ___________

__________________________________________________________________________

Pemarkahan :

Markah isi : 2 Markah bagi setiap 1 isi dan contoh

Markah bahasa : 4 markah 10

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU SYAZZA


BBM BAHASA MELAYU TINGKATAN 1

TEKNIK MENULIS PENDAHULUAN


KARANGAN
KERTAS 2 (BAHAGIAN B)

Soalan

(TEMA)
Akhir-akhir ini, penerokaan hutan semakin berleluasa.
(KEHENDAK SOALAN)
Huraikan langkah-langkah untuk melindungi kawasan hutan di negara kita.

Contoh penulisan perenggan pendahuluan :

Penerokaan hutan bermaksud _____________________________________

______________________________. (Ayat rangsangan 1) _____________________

______________________________. (Ayat rangsangan 2) _____________________

______________________________. (Ayat rangsangan 3) _____________________

______________________________. (Ayat persoalan) _________________________

_________________________________________________________________________?

Contoh jawapan :

(Ayat tema)Penerokaan hutan bermaksud aktiviti menarah dan menebang pokok.


(Ayat rangsangan 1) Penerokaan hutan ini dilakukan bertujuan untuk melakukan aktiviti
pembangunan, dan pembinaan fasilti. (Ayat rangsangan 2) Kawasan sasaran pembangunan
ialah kawasan pedalaman. (Ayat rangsangan 3) Aktiviti ini juga menyebabkan berlakunya
kesan fizikal seperti tanah runtuh dan banjir besar. (Ayat persoalan) Persoalannya, apakah
langkah-langkah untuk melindungi kawasan hutan di negara kita?

TEKNIK MENULIS PERENGGAN ISI


KARANGAN

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU SYAZZA


BBM BAHASA MELAYU TINGKATAN 1

KERTAS 2 (BAHAGIAN B)

Soalan

(TEMA)
Akhir-akhir ini, penerokaan hutan semakin berleluasa.
(KEHENDAK SOALAN)
Huraikan langkah-langkah untuk melindungi kawasan hutan di negara kita.

Contoh penulisan perenggan isi :

Antara (KEHENDAK SOALAN) ______________________________________

______________________________. Hal ini kerana ___________________________

______________________________. Sebagai contoh _________________________

______________________________. Oleh itu, _________________________________

_________________________________________________________________________

Selain itu, (KEHENDAK SOALAN) ____________________________________

______________________________. Hal ini dikatakan demikian kerana ________

______________________________. Misalnya, ________________________________

______________________________. Justeru, __________________________________

_________________________________________________________________________

Disamping itu, (KEHENDAK SOALAN) _______________________________

______________________________. Hal ini demikian kerana __________________

______________________________. Contohnya, _____________________________

______________________________. Natijahnya, _____________________________

_________________________________________________________________________

Akhir sekali (KEHENDAK SOALAN) ___________________________________

______________________________. Hal ini terjadi demikian kerana ____________

______________________________. Umpamanya, ___________________________

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU SYAZZA


BBM BAHASA MELAYU TINGKATAN 1

______________________________. Intihanya, ________________________________

_________________________________________________________________________

Contoh jawapan :

(Ayat isi) Antara langkah untuk melindungi kawasan hutan di negara kita ialah,
pihak kerajaan perlulah menguatkuasakan undang-undang. (Ayat huraian) Hal ini kerana,
pihak yang tidak bertanggungjawab tidak mementingkan aspek keselamatan dalam
melakukan aktiviti penerokaan hutan yang boleh mengundang kesan yang membahayakan
kepada penduduk sekitar. (Ayat contoh) Sebagai contoh, mereka melakukan pembalakan
dan penebangan hutan tanpa mengira keadaan fizikal kawasan. (Ayat penegas) Oleh itu,
pihak kerajaan seharusnya mempertimbangkan usaha mengetatkan penguatkuasaan undang-
undang kepada pihak yang tidak bertanggungjawab.

TEKNIK MENULIS
PENUTUP/KESIMPULAN KARANGAN
Soalan

(TEMA)
Akhir-akhir ini, penerokaan hutan semakin berleluasa.
(KEHENDAK SOALAN)
Huraikan langkah-langkah untuk melindungi kawasan hutan di negara kita.

I. Ayat pandangan – Berikan pandangan anda tentang tema soalan.

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU SYAZZA


BBM BAHASA MELAYU TINGKATAN 1

II. Ayat cadangan – Berikan cadangan penambahbaikan bagi kehendak soalan.


III. Ayat harapan – Berikan harapan anda berdasarkan cadangan yang telah diberikan
dalam ayat cadangan.

Contoh penulisan perenggan isi :

(Ayat pandangan) Kesimpulannya ________________________________

______________________________. (Ayat cadangan)________________________

______________________________. (Ayat harapan) Oleh yang demikian ,_____

______________________________.

Contoh jawapan :

(Ayat pandangan) Kesimpulannya, aktiviti penerokaan hutan ini semakin


mengancam kehidupan masyarakat setempat. (Ayat cadangan) Pihak Jabatan Perhutanan
juga perlulah membuat pantauan yang lebih giat bagi memastikan penerokaan hutan ini
dilakukan mengikut aspek yang telah ditetapkan pihak kerajaan. (Ayat harapan) Oleh yang
demikian, isu penerokaan hutan ini dapat dikawal daripada terus berleluasa.

PANDUAN MENULIS RINGKASAN


KERTAS 1 (BAHAGIAN C)

a. Langkah 1:
Baca soalan dengan teliti. Fahamkan kehendak soalan yang perlu diringkaskan. Kenal
pasti kata kunci soalan:

i. faktor-faktor / sebab / punca / elemen


ii. kesan / implikasi / akibat / natijah / impak
iii. cara-cara / langkah-langkah / kaedah / usaha-usaha / tindakan-tindakan / pendekatan
iv. kebaikan / manfaat / faedah / keistimewaan / kelebihan / kepentingan
v. keburukan / kekurangan / kelemahan
vi. permasalahan / kekangan / halangan / kerumitan / kesulitan / masalah / cabaran
vii. peranan / fungsi / tanggungjawab / tugas

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU SYAZZA


BBM BAHASA MELAYU TINGKATAN 1

b. Langkah 2:
Baca petikan sekurang-kurangnya dua kali. Gariskan isi-isi penting yang berkaitan. Untuk
mengesan isi penting, murid dapat mengenal pasti perkataan – perkataan yang berikut jika
digunakan dalam petikan.

Kehendak soalan Kata kunci

faktor-faktor / sebab / disebabkan/kerana/daripada/oleh sebab/menyumbang


punca / elemen

Kesan/ implikasi / dapat/telah/mampu/berupaya/akan/boleh


akibat / natijah / impak mendatangkan/menjadikan/menyebabkan/
membolehkan/meninggalkan/mempengaruhi

Kebaikan manfaat / dapat/boleh/mampu/berupaya/akan


faedah / keistimewaan /
kelebihan /
kepentingan

cara-cara / langkah- hendaklah/perlu/mesti/harus/wajar/boleh/sepatutnya/


langkah / kaedah / wajib
usaha-usaha / tindakan-
tindakan / pendekatan

Selain itu, isi penting juga boleh ditentukan berdasarkan ayat yang menggunakan
penanda wacana.

 Pertentangan maklumat : Walaupun/Namun begitu


 Kesinambungan maklumat/idea tambahan : Selain itu/Lebih daripada itu/di
samping/dan/serta
 Kesan : Natijahnya/Akibatnya
 Sebab : Oleh sebab itu/Hal ini demikian kerana

TEKNIK MENULIS RINGKASAN

Gunakan acuan ayat di bawah sebagai panduan menulis ringkasan.

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU SYAZZA


BBM BAHASA MELAYU TINGKATAN 1

Antara (KEHENDAK SOALAN) ialah _______________(Isi 1)_____

___________________. Seterusnya, ________________(Isi 2)____________

__________________________. Selain itu, ___________(Isi 3)____________

__________________________. Di samping itu, _______________________

(Isi 4) __________________________. Akhir sekali,_______(Isi 5)_________

_______________.

Pemarkahan :

Markah isi : 2 Markah bagi setiap 1 isi

Markah bahasa : 5 markah 15

PANDUAN MENULIS ULASAN


KERTAS 1 (BAHAGIAN C)

1. Baca dan fahamkan soalan dengan teliti.


2. Lihat pada gambar rajah, carta, ilustrasi, poster, iklan atau bahan yang disediakan.
3. Senaraikan maklumat yang terdapat dalam bahan rangsangan tersebut.
4. Maklumat yang terdapat dalam bahan rangsangan tersebut dipanggil sebagai isi
tersurat
5. Murid kemudian perlu mencari dan memikirkan isi tersirat yang bersesuaian dengan
isi tersurat yang diperoleh.
6. Isi tersirat boleh terdiri dari huraian, dan juga contoh kepada isi tersurat yang
diperoleh.
7. Tuliskan ulasan dalam satu perenggan.
8. Penulisan isi tersurat dan tersirat boleh ditulis berselang seli.

Contoh soalan :

Lihat rajah di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam rajah
tersebut, tulis ulasan yang panjangnya hendaklah antara 80 hingga 100 patah perkataan.

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU SYAZZA


BBM BAHASA MELAYU TINGKATAN 1

Peratusan Kedatangan Pelancong di Negeri-negeri Semenanjung


Malaysia pada Tahun 2016

Kedah
Johor 11%
25%

Perak
23%

Wilayah
Persekutuan
23% Melaka
18%

Membuat kerangka ulasan

Isi tersurat Isi tersirat


Rajah menunjukkan peratusan Pelbagai keistimewaan yang terdapat di
kedatangan pelancong di negeri-negeri Semenanjung Malaysia
Semenanjung Malaysia pada tahun 2016
Kedah mencatatkan peratusan tertinggi, Kedah mempunyai pantai yang cantik dan
iaitu sebanyak 24.8 hasil laut yang banyak
Selain itu, Johor juga menjadi tumpuan Hal ini dikatakan demikian kerana, Johor
pelancong iaitu sebanyak 23.2 peratus berdekatan dengan Singapura dan
membolehkan pelancong ulang-alik dari
Singapura ke Johor
Wilayah Persekutuan dan Melaka Di Melaka terdapat banyak tempat
mencatatkan sebanyak 18 dan 23 bersejarah dan makanan tempatan yang
peratus sedap seperti cendol dan asam pedas
Kesimpulannya, kita perlulah Kita perlulah bersama-sama menjaga nama
memelihara aset negara dengan baik. baik negara agar lebih ramai pelancong
Dengan cara ini kita dapat menarik berkunjung ke Malaysia.
minat pelancong

Ulasan Lengkap

Rajah menunjukkan peratusan kedatangan pelancong di negeri-negeri Semenanjung Malaysia


pada tahun 2016. Pelbagai keistimewaan yang terdapat di Semenanjung Malaysia. Kedah
mencatatkan peratusan tertinggi, iaitu sebanyak 24.8. Kedah mempunyai pantai yang
cantik dan hasil laut yang banyak. Selain itu, Johor juga menjadi tumpuan pelancong
iaitu sebanyak 23.2 peratus. Hal ini dikatakan demikian kerana, Johor berdekatan dengan

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU SYAZZA


BBM BAHASA MELAYU TINGKATAN 1

Singapura dan membolehkan pelancong ulang-alik dari Singapura ke Johor. Di samping itu,
Wilayah Persekutuan dan Melaka mencatatkan sebanyak 18 dan 23 peratus. Di Melaka
terdapat banyak tempat bersejarah dan makanan tempatan yang sedap seperti cendol dan
asam pedas. Oleh itu, kita perlulah memelihara aset negara dengan baik. Dengan cara ini
kita dapat menarik minat pelancong. Kesimpulannya, kita perlulah bersama-sama menjaga
nama baik negara agar lebih ramai pelancong berkunjung ke Malaysia.
*Tulisan yang dihitamkan ialah
isi tersurat manakala tulisan condong ialah isi tersirat.

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU SYAZZA

You might also like