Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO’ HAMZAH

JALAN PANDAMARAN,
42000 PELABUHAN KLANG, TeL : 03-31686924
SELANGOR DARUL EHSAN
Fax :
03-31686200
E-mail : beb0108@btpnsel.edu.my

Ruj. Kami : SMKDH/Pklg.100-1/9/1 (1 )


Tarikh : 18 Januari 2021
Kepada

Ibubapa/Penjaga
Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Hamzah
Jalan Pandamaran
42000 Pelabuhan Klang

Tuan,

MAKLUMAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH SESI 2021

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa Sesi Persekolahan Tahun 2021 secara bersemuka yang bermula
pada 20 Januari 2021 hanya melibatkan murid yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM 2020) sahaja.

3. Semua murid Tingkatan Peralihan, Tingkatan1 hingga Tingkatan 5 (2021) akan mengikuti
pembelajaran melalui kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) mulai 20 Januari
sehingga ke satu tarikh yang akan ditetapkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

4. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah berharap pihak tuan dapat memastikan anak tuan
(murid SPM 2020) hadir ke sekolah pada tarikh yang telah ditetapkan dengan mematuhi SOP yang
telah ditetapkan oleh pihak KKM. Bagi murid lain, diharap ibubapa dapat memastikan anak-anak
mengikuti pembelajaran melalui kaedah PdPR mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh pihak
sekolah.

5. Sebarang kemusykilan boleh berhubung dengan pihak sekolah pada waktu pejabat di nombor
011-39222382.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

……………………………………………….
(MAHERAN BT MUHAMAD)
Pengetua
SMK Dato’ Hamzah
Pelabuhan Klang

You might also like