Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 28

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/329944754

DISENTRALISASI PENTADBIRAN KOLONIAL DI NEGERI-NEGERI MELAYU


BERSEKUTU, 1921-1925: FALASI ATAU AGENDA IMPERIALIS ?

Preprint · December 2018


DOI: 10.13140/RG.2.2.25788.90241

CITATIONS READS

0 3,761

1 author:

Mohd Shazwan Mokhtar


Universiti Kebangsaan Malaysia
53 PUBLICATIONS   18 CITATIONS   

SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

65 Tahun Muzium Melaka: Sejarah, Cabaran dan Pencapaian, 1954-2018 View project

Malaya in the Global Trade: Britain-Japan Competition and Trade War in 1930s View project

All content following this page was uploaded by Mohd Shazwan Mokhtar on 27 December 2018.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


DISENTRALISASI PENTADBIRAN KOLONIAL DI NEGERI-NEGERI MELAYU
BERSEKUTU, 1921-1925: FALASI ATAU AGENDA IMPERIALIS ?

MOHD SHAZWAN MOKHTAR


UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
msm@ukm.edu.my

ABSTRAK
Artikel ini menganalisis krisis yang berlaku dalam pelaksanaan dasar disentralisasi era
pentadbiran Laurence Guillemard selaku Pesuruhjaya Tinggi British dan pentadbiran Ketua
Setiausaha kerajaan NNMB oleh George Maxwell. Malamat untuk menyatukan pentadbiran
Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB) dengan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu
(NNMTB) dan Negeri-Negeri Selat (NNS) dalam dasar disentralisasi Guillemard mendapat
tentangan Maxwell yang menganggapnya sebagai falasi. Ironinya, Pejabat Tanah Jajahan
sering berpihak kepada Guillemard dalam kebanyakan pertikaian yang diutarakan oleh
Maxwell, terutamanya dalam isu kedudukan jawatan Ketua Setiausaha. Justeru, timbul
persoalan apakah masalah sebenar pelaksanaan disentralisasi pentadbiran kolonial di NNMB ?
Penelitian terhadap rekod dan dokumen pentadbiran kolonial di Tanah Melayu yang tersimpan
di Arkib Negara Malaysia dan ‘The National Archives’, London membuktikan bahawa masalah
disentralisasi pentadbiran kolonial di NNMB adalah disebabkan krisis yang berlaku antara
Guillemard dengan Maxwell dalam soal memahami struktur pentadbiran NNMB dan isu
peribadi. Namun, tindakan Pejabat Tanah Jajahan yang sering memihak Guillemard ialah
disebabkan dasar pentadbiran Pesuruhjaya Tinggi British yang selaras dengan dasar imperial
kerajaan British. Artikel ini turut berhujah dasar disentralisasi yang dilaksanakan oleh
Guillemard sebenarnya membawa agenda imperialis untuk menyatukan pentadbiran Tanah
Melayu di tangan Pesuruhjaya Tinggi British.

Kata kunci: Sejarah Malaysia; Urus tadbir; Suruhanjaya Penghematan; Krisis ekonomi;
Neomerkantilisme.


Artikel ini masih bersifat dapatan awal kajian, sila menghubungi penulis untuk mendapat penjelasan atau
menyampaikan ulasan.
PENGENALAN

Selepas tamat Perang Dunia Pertama, Britain mula memasuki era keemasan
imperialismenya yang berlaku antara tahun 1918 hingga 1948. Perkembangan imperialisme ini
telah ditunjangi dengan kebangkitan neomerkantilisme British dalam menghadapi persaingan
perdagangan antarabangsa dalam pasaran dunia. 1 Bukti penting pengaruh neomerkantilisme
dalam pembentukan dasar imperial British ialah menerusi kawalan aktiviti perdagangan antara
empayar dan penglibatan kerajaan imperial secara terus dalam aktiviti ekonomi dengan
meletakan keseluruhan empayar termasuklah tanah jajahan dalam bidang kuasanya. 2
Keperluan untuk melaksanakan dasar imperial ini seterusnya mempengaruhi penggubalan
dasar kolonial British di tanah jajahan. Ketika Persidangan Imperial 1921, Winston Churchil,
Setiausaha Tanah Jajahan telah menetapkan dasar kolonial yang jelas untuk Tanah Melayu,
sebagai pembekal bahan mentah untuk Britain. Namun, kemerosotan ekonomi pasca perang
telah menyebabkan sektor perindustrian kolonial di Tanah Melayu lumpuh, khususnya harga
pasaran timah yang tidak dapat menampung kos produksinya. Justeru, Churchil telah
meletakan langkah kawalan ekonomi terhadap Tanah Melayu, khususnya perlindungan
terhadap kredit dan kewangan untuk membangunkan industri bahan mentah di Tanah Melayu. 3
Churchil turut merujuk kepada masalah kemerosotan harga timah dah getah di Negeri-Negeri
Melayu Bersekutu (NNMB) yang perlu diatasi kerana beliau berpandangan ‘the modern world
cannot get on without these commodities’.4

Keperluan untuk membangunkan perdagangan antara empayar British terus menjadi


perhatian dalam Persidangan Imperial 1923. Ketika persidangan ini kerajaan imperial British
mula membentuk dasar pembangunan kolonial di tanah jajahan menerusi bantuan
Perbendaharaan British yang disalurkan menerusi kerajaan kolonial di tanah jajahan.

1
Patrick O’Brien, Imperialism and the Rise and Decline of the British Economy, 1688-1989, New Left Review,
Vol. I, No. 238, 1999, hlm. 49.
2
Patrick O’Brien, Colonies in a Globalizing Economy 1815-1948, Working Paper N. 08/04, GEHN Conference,
Irvine, California, 2004, hlm. 5.
3
New Zealand, Summary of Proceedings and Documents of the Conference of Prime Ministers and representatives
of the United Kingdom, The Dominions, and India, 1921, London.
4
New Zealand, Summary of Proceedings and Documents of the Conference of Prime Ministers and representatives
of the United Kingdom, The Dominions, and India, 1921, London.
Kepentingan untuk melaksanakan dasar ekonomi imperial ini adalah disebabkan Britain tidak
mampu untuk bergantung dengan pasaran ekonomi Eropah untuk membangunkan
ekonominya. Justeru, eksploitasi bahan mentah yang kaya di tanah jajahan merupakan langkah
diyakini Stanley Baldwin (Perdana Menteri Great Britain) yang dapat menyelesaikan masalah
ini.5 Namun, Setiausaha Tanah Jajahan memaklumkan kepada ahli persidangan bahawa
NNMB menghadapi masalah ‘financial stringency’ dalam melaksanakan dasar ekonomi
imperial ini. Pentadbiran kolonial di NNMB telah menggunakan NNS untuk mendapatkan
bantuan kewangan daripada pasaran London yang berjumlah £10,000,000 untuk menghadapi
masalah kewangan ini. 6 Sebelum itu, Laurence Guillemard, Pesuruhjaya Tinggi British di
Tanah Melayu terdahulu telah melantik Suruhanjaya Penghematan bagi mengenalpasti faktor
dan syor dalam menghadapi krisis kewangan ini. 7 Hasil siasatan mendapati faktor perbelanjaan
berlebihan oleh Pesuruhjaya Tinggi British dan Ketua Setiausaha telah menyebabkan krisis
kewangan di NNMB. Justeru, organisasi kawalan kewangan cekap yang dapat mengawal
perbelanjaan perlu diinstitusikan di NNMB, memandangkan Ketua Setiusaha mempunyai
bidang kuasa kewangan yang lebih tinggi daripada Perbendaharaan NNMB. Di samping itu.
Suruhanjaya Penghematan turut menggesa kerajaan NNMB melaksanakan kawalan ekonomi
yang cekap bagi menjimatkan perbelanjaan antara jabatan kerajaan. Maka, cadangan untuk
memberikan kuasa kepada Residen untuk menguruskan perbelanjaan di negeri telah diajukan
kepada Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu. 8

Usulan Suruhanjaya Penghematan ini seterusnya telah mempengaruhi penggubalan


dasar pentadbiran ekonomi kolonial di NNMB. Laurence Guillemard telah menggubal dasar
disentralisasi bagi menghadapi krisis kewangan NNMB agar dasar ekonomi imperial British
dapat dilaksanakan. Keadaan ini seterusnya telah menyebabkan satu lagi krisis di NNMB yang
melibatkan krisis pentadbiran kolonial antara Guillemard selaku Pesuruhjaya Tinggi British di
Tanah Melayu dengan George Maxwell yang merupakan Ketua Setiausaha NNMB. 9

5
New Zealand, Summary of Proceedings Imperial Conference, 1923. 1924, Imperial Parliament.
6
Ibid.
7
Huraian lanjut lihat Mohd Shazwan Mokhtar, Perkembangan Sistem Perdagangan Merkantilisme di Negeri-
Negeri Melayu Bersekutu, 1909-1925, Tesis Sarjana Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2017, hlm. 149-
154.
8
HCO 545/1922, Federated Malay States, The Final Report of the Retrenchment Commission, Kuala Lumpur,
1923.
9
Lihat, Kaylan Kumar Ghosh, Twentieth-Century Malaysia: Politics of Decentralization of Power, 1920-1929,
Progressive Publishers, Culcutta, 1977, hlm. 207.
PERSEKUTUAN NNMB

Pentadbiran kerajaan kolonial di tanah jajahan oleh pegawai-pegawai British


merupakan salah satu ‘workforce’ yang mempengaruhi perkembangan imperialisme British.
Menerusi sistem pentadbiran kolonial, hasil pendapatan tanah jajahan yang diperolehi daripada
percukaian dan pembangunan ekonomi digunakan untuk menampung kos pentadbiran yang
dilaksanakan oleh British. Kawalan pentadbiran kolonial ini seterusnya membolehkan British
mengawal sistem ekonomi di tanah jajahan yang membolehkan keutamaan kepada British. 10
Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB) merupakan salah satu entiti kerajaan kolonial
dalam empayar British yang telah dibentuk menerusi Perjanjian Persekutuan 1895. British
menggunakan perjanjian ini sebagai alat kawalan kolonial bagi melaksanakan dasar
pentadbiran imperial. Buktinya, Klausa 2 Perjanjian Persekutuan 1895 dengan jelas
menetapkan bahawa Raja-Raja Melayu bagi negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan
Pahang bersetuju untuk ‘constitute their countries a Federation, to be known as the Protected
Malay States, to be administered under the protection of the British Government’.11 Bagi
membolehkan Kerajaan British mentadbir secara langsung kerajaan persekutuan, Residen telah
dilantik sebagai sebagai ejen dan perwakilan Kerajaan British menerusi Gabenor Negeri-
Negeri Selat (NNS).12 Sebagai pentadbir kolonial NNMB yang sah, Klausa 4 Perjanjian
Persekutuan 1895 seterusnya telah mengikat tanggungjawab kerajaan NNMB untuk
menyediakan ‘suitable accomodation’, termasuklah pembayaran gaji yang mana jumlahnya
ditetapkan oleh Kerajaan British. 13

Walaupun Perjanjian Persekutuan 1895 mengiktiraf kedudukan NNMB sebagai negeri-


negeri di bawah naungan Kerajaan British, dasar imperial tetap dapat dilaksanakan. Hujahan
ini berdasarkan kuasa pentadbiran yang diperuntukan Perjanjian Persekutuan 1895 kepada

10
Robert Johnson, British Imperialism, Palgrave Macmillan, New York, 2003, hlm., 5.
11
FCO 141/16767, Treaty of Federation 1895.
12
Ibid.
13
Ibid.
Residen Jeneral mengikat Raja-Raja Melayu untuk mengikuti nasihat ejen Kerajaan British
tersebut.14 Berdasar punca kuasa ini dasar ekonomi kolonial NNMB dibentuk untuk;15

i. Menarik masuk modal dari Eropah, China dan negara lain.


ii. Menggalakan kemasukan imigran Cina, India dan tenaga buruh lain.
iii. Membangunkan sumber mineral dan pertanian dalam persekutuan.

Pelaksanaan dasar kolonial ini ialah merupakan kesinambungan daripada dasar ekonomi
imperial British pada akhir abad ke-19, iaitu untuk memperkembangkan lagi kawalan terus
terhadap tanah jajahan bagi menghadapi persaingan ekonomi antarabangsa dalam kalangan
kuasa imperial Eropah. 16 Bagi menghadapi keadaan ini, kerajaan British telah menetapkan
dasar ekonomi imperial iaitu dengan membangunkan sumber bahan mentah di tanah jajahan
untuk menampung keperluan di negara induk (Britain). 17

British meneruskan langkah kawalan imperialnya terhadap NNMB dengan


melaksanakan satu lagi dasar pentadbiran kolonial menerusi penubuhan Majlis Mesyuarat
Persekutuan (MMP) pada tahun 1909. MMP ditubuhkan menerusi Perjanjian Pembentukan
MMP yang mengabsahkan imperialisme British terhadap pentadbiran ekonomi NNMB
menerusi Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu. Kuasa Presiden MMP diperuntukan
kepada Pesuruhjaya Tinggi British dan digantikan oleh Residen Jeneral ketika ketiadaan beliau.
Presiden MMP mempunyai kuasa kawalan terhadap urus tadbir kewangan NNMB, apabila
setiap anggaran pendapatan dan perbelanjaan bagi negeri Perak, Selangor, Pahang dan Negeri
Sembilan perlu dibentangkan dan disahkan dalam persidangan MMP.18 Pengabsahan kawalan
imperialis British terhadap pentadbiran NNMB dizahirkan dalam titah Sultan Idris pada 11
Disember 1909,

The Rulers of the FMS assembled for the 1st time with the members of their Federal
Council present their loyal duty to Your Majesty and desire to express their thanks to

14
Ibid.
15
Federated Malay States, Report the Acting Resident-General of the F.M.S. to the Acting High Commissioner,
Annual Report for the Year 1900, Selangor Government Printing Office, Kuala Lumpur, 1901.
16
Robert Johnson, British Imperialism, hlm., 39.
17
Ronald Hyam, Britain’s Imperial Century, 1815-1914, 3rd Ed., Palgrave Macmillan, 2002, hlm. 268. Lihat juga,
Mohd Shazwan Mokhtar, Muhammad Aslah Akmal Azmi & Mohd Samsudin, Perkembangan Sistem
Perdagangan Merkantilisme Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Jebat: Malaysian Journal of History, Politics &
Strategic Studies, Vol. 44, No.2, December 2017, hlm. 506
18
CO 576/4, Proceedings of the Federal Council of the Federated Malay States for the Year 1909-1910.
Your Majesty for having approved of the formation of this Council which their fell sure
will tend to increased welfare and prosperity of their counties.19

Pengabsahan Raja-Raja Melayu terhadap penubuhan MMP dan penzahiran taat setiap terhadap
Raja England menjadi kunci kepada pengabsahan pelaksanaan dasar kolonial oleh pentadbir
British di NNMB. Perkenan Raja-Raja Melayu dalam Perjanjian Pembentukan MMP 1909
secara langsung telah memberi British kuasa untuk membentuk undang-undang kolonial tanpa
merujuk kepada perkenan Raja-Raja Melayu.20 Justeru, masalah undang-undang kolonial yang
tidak terpakai terhadap NNMB yang merupakan negeri naungan British diatasi menerusi
penubuhan MMP. Pengabsahan Raja-Raja Melayu terhadap pembentukan NNMB dengan
menerima Residen Jeneral sebagai pentadbir kerajaan persekutuan dan perkenan terhadap
pembentukan MMP merupakan alat untuk melaksanakan dasar imperial dalam pentadbiran
kolonial British secara sah di NNMB.21 Tanpa kedua-dua alat pentadbiran kolonial ini, Pejabat
Tanah Jajahan tidak dapat melaksanakan dasar imperialisme terhadap NNMB kerana secara
perundangannya kerajaan negeri naungan perlu menzahirkan persetujuan dan sukarela untuk
melaksanakan setiap dasar kolonial oleh pentadbir British. 22 Justeru, persetujuan dan
kesukarelaan ini telah dizahirkan oleh Raja-Raja Melayu terdahulu ketika menyerahkan kuasa
pentadbiran persekutuan dalam Perjanjian Persekutuan 1895 dan Perjanjian Pembentukan
MMP 1909.

Seterusnya, pada tahun 1911, pentadbiran John Anderson, Pesuruhjaya Tinggi British
di Tanah Melayu mula memperkenalkan jawatan Ketua Setiausaha bagi menggantikan Residen
Jeneral. MMP telah digunakan untuk menguatkuasakan Enakmen Ketua Setiausaha
(Perbadanan) 1911 yang memberi kuasa pentadbiran terpusat kepada Ketua Setiausaha bagi
meringankan beban tugas Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu. 23 Anderson
menggunakan alasan ketidakpuasan Raja-Raja Melayu yang berasa kehilangan kuasa terhadap

19
CO 576/4, Proceedings of the Federal Council of the Federated Malay States for the Year 1909-1910.
20
Huraian lanjut lihat, Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus & Suffian Mansor, Pengukuhan Penguasaan British di
Negeri-Negeri Melayu Bersekutu: Analisis Dua Perjanjian Majlis Mesyuarat Persekutuan, 1909 dan 1927, Dlm.,
Suffian Mansor, Sivachandralingam Sundara Raja, Arba’iyah Mohd. Noor & Ahmad Kamal Ariffin Mohd. Rus,
Sejarah dan Kesarjanaan, Jabatan Sejarah Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2014, hlm. 7.
21
Federated Malay States, Shorthand Report of the Proceedings of the Federal Council, 11 July 1923.
22
Federated Malay States, Shorthand Report of the Proceedings of the Federal Council, 11 July 1923.
23
Mohd Shazwan Mokhtar, Perkembangan Sistem Perdagangan Merkantilisme di Negeri-Negeri Melayu
Bersekutu, 1909-1925, hlm. 65-66.
sistem pentadbiran kerajaan NNMB pada ketika itu untuk mewujudkan jawatan Ketua
Setiausaha.24

KRISIS PENTADBIRAN KOLONIAL DI NNMB, 1920-1922

Krisis pentadbiran kolonial NNMB dikesan pada tahun 1920 apabila Mr. A.N. Kenion,
Ahli Tidak Rasmi MMP mula mempertikaikan prosedur pembentangan rang undang-undang
NNMB. Beliau berpandangan Ahli Tidak Rasmi MMP perlu diberi peluang untuk turut terlibat
dalam proses penggubalan undang-undang di peringkat jawatankuasa. Tambahan pula, setiap
rang undang-undang yang dibentang oleh kerajaan semestinya dapat diluluskan dengan
kelebihan 10 undi pegawai pentadbir British dalam MMP, memandangkan Ahli Tidak Rasmi
MMP hanya mempunyai lima kuasa undi. 25

Pentadbir kolonial British dalam kerajaan persekutuan NNMB mula menghadapi


masalah apabila lebihan baki kewangan persekutuan jatuh medadak kepada $21,832,715 pada
tahun 1921, berbanding $81,769, 692 pada tahun 1920. 26 Desifit sebanyak 73.30% ini juga
merupakan krisis kewangan yang perlu dihadapi Laurence Guillemard yang hanya mula
melaksanakan tugas selaku Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu dan Gabenor Negeri-
Negeri Selat pada 13 November 1919. 27 Kemerosotan prestasi ekonomi NNMB ini turut
mendorong Ahli-Ahli Tidak Rasmi MMP mendesak Guillemard untuk menyelamatkan
keadaan.28 Ahli-Ahli Tidak Rasmi MMP mula mendesak kerajaan untuk campur tangan dalam
sektor ekonomi bagi menyelamatkan industri kolonial iaitu timah dan getah daripada
mengalami kerugian. 29 Dalam masa yang sama, Ahli-Ahli Tidak Rasmi MMP mengkritik
kawalan ekonomi yang dilakukan oleh pentadbiran kerajaan NNMB sehingga menyekat
aktiviti ekonomi pengusaha swasta. Bahkan, tindakan menggunakan dana awam oleh pihak
kerajaan dikatakan tidak memberi manfaat kepada perkembangan ekonomi. 30

24
FCO141/16767, Note on the Proposed Abolition of the Post of Chief Secretary to Government, Federated Malay
States, 1832.
25
Federated Malay States, Shorthand Report of the Proceeding of the Federal Council, 19 January 1920.
26
Federated Malay States, Annual Report for the Year 1922.
27
The London Gazette, No. 31642, 14 November 1919.
28
Federated Malay States, Shorthand Report of the Proceedings of the Federal Council, 19 June 1922.
29
Federated Malay States, Shorthand Report of the Proceeding of the Federal Council, 7 April 1921.
30
Federated Malay States, Shorthand Report of the Proceeding of the Federal Council, 26 July 1921.
Ahli-Ahli Tidak Rasmi MMP turut mengkritik urus tadbir kewangan oleh kerajaan
NNMB yang berbelanja melebihi pendapatan. Pentadbiran Laurence Guillemard yang
memperuntukan belanjawan yang tinggi untuk pembangunan menyebabkan berlakunya defisit
dalam lebihan baki wang sehingga membawa hutang. 31 Guillemard cuba mengatasi krisis
kewangan NNMB dengan memperkenalkan dua Rang Undang-Undang Pinjaman yang
diluluskan MMP pada akhir tahun 1921. Rang Undang-Undang Pinjaman pertama memberikan
kuasa kepada Ketua Setiausaha NNMB untuk mendapatkan pinjaman dari NNS sehingga
$15,000,000 dengan kadar faedah sebanyak 7%. Manakala, Rang Undang-Undang Pinjaman
kedua pula membolehkan kerajaan NNMB mendapatkan pinjaman daripada kerajaan British
menerusi kerajaan NNS sehingga £10,000,000. Kedua-dua langkah pinjaman wang ini
mendapat persetujuan daripada Ahli Tidak Rasmi MMP.32 Namun, tindakan Guillemard
menggunakan Seksyen 3, Perjanjian Pembentukan MMP 1909 untuk melantik Penasihat
Kewangan NNMB sebagai anggota MMP menimbulkan keraguan dalam kalangan ahli MMP
sendiri.33 Keraguan ini timbul apabila Guillemard berjaya mendapatkan persetujuan Setiausaha
Tanah Jajahan untuk melantik A.M. Pountney yang merupakan Penasihat Kewangan NNS
sebagai Penasihat Kewangan NNMB. Pelantikan ini mendapat kritikan daripada Ahli Tidak
Rasmi MMP yang menganggap berlakunya campur tangan kerajaan NNS dalam pentadbiran
kewangan kerajaan NNMB. Menurut Arthur Noel Kenion, Ahli Tidak Rasmi MMP,

Did any one hear of a company borrowing money from bank or on debentures, calling
the manager of the bank or the trustee for the debenture holders into board meetings,
to pry about into the company’s affairs and advise them ?34

Walaupun akhirnya Ahli-Ahli Tidak Rasmi bersetuju dengan pelantikan Pountney, sentimen
curiga terhadap kerajaan NNS yang cuba mengambil kesempatan terhadap pinjaman kewangan
kepada kerajaan NNMB tetap wujud. 35

Seterusnya, pada akhir tahun 1921, Guillemard telah mengumumkan dasar pentadbiran
kerajaan NNMB yang bersedia untuk menerima permohonan daripada kerajaan NNMTB untuk
menyertai persekutuan NNMB. Matlamatnya ialah untuk menggabungkan kerjasama

31
Ibid.
32
Federated Malay States, Shorthand Report of the Proceeding of the Federal Council, 3 November 1921.
33
Malaya Tribune, F.M.S. Financial Adviser, 14 December 1921.
34
Federated Malay States, Shorthand Report of the Proceeding of the Federal Council, 3 November 1921.
35
The Singapore Free Press and Mercantile Advertiser (Weekly), F.M.S. Independence, 22 December 1921.
pentadbiran antara NNMB dengan NNMTB dan NNS.36 Tambahan lagi, Guillemard turut
memperuntukan pinjaman wang dari dana NNMB untuk menarik Negeri-Negeri Melayu Tidak
Bersekutu (NNMTB) menyertai persekutuan NNMB.37 Dasar pentadbiran Guillemard yang
cenderung untuk menggabungkan pentadbiran NNMB dengan NNMTB dan NNS dianggap
sebagai falasi oleh George Maxwell. 38 Berdasarkan perkembangan ini, Ahli-Ahli Tidak Rasmi
MMP menilai pemusatan kuasa pentadbiran kerajaan NNMB bukan hanya di tangan Ketua
Setiausaha, malah berlakunya pemusatan kuasa oleh Pesuruhjaya Tinggi British yang
berpengkalan di Singapura. Bahkan, kecurigaan terhadap pinjaman wang dari NNS semakin
kukuh apabila, Ahli-Ahli Tidak Rasmi MMP percaya berlakunya penguasaan kerajaan NNS
terhadap kerajaan NNMB menerusi urusan pinjaman wang tersebut. 39
Bagi menghadapi ancaman kawalan pentadbiran kerajaan NNS terhadap kerajaan
NNMB, Ahli-Ahli Tidak Rasmi MMP telah menghantar satu petisyen kepada Setiausaha
Tanah Jajahan untuk mengembalikan jawatan Residen Jeneral. Tujuan petisyen ini adalah
untuk mendapatkan pengesahan jawatan Residen Jeneral sebagai ketua eksekutif pentadbiran
kerajaan NNMB.40 George Maxwell, Ketua Setiausaha kerajaan NNMB bersetuju dengan
petisyen yang diajukan oleh Ahli-Ahli Tidak Rasmi dengan alasan menurut Perjanjian
Persekutuan 1895, Residen Jeneral ialah ketua kerajaan persekutuan NNMB yang sebenar dan
walaupun jawatan tersebut telah ditukar kepada Ketua Setiausaha pada tahun 1911,
kedudukannya sebagai ketua kerajaan tetap kekal. 41 Walaupun begitu, ketika mengajukan
petisyen ini kepada Setiausaha Tanah Jajahan, Guillemard menzahirkan kebimbangannya
terhadap sikap Maxwell yang cenderung untuk mengurangkan kuasa Pesuruhjaya Tinggi
British dalam pentadbiran kerajaan NNMB. Guillemard turut meminta pertimbangan
Setiausaha Tanah Jajahan untuk mengatasi sikap Maxwell yang mengakui kedudukannya
selaku Ketua Setiausaha ialah sebagai ketua kerajaan NNMB. Guillemard berhujah, jawatan
Residen Jeneral tidak perlu dikembalikan memandangakn Raja-Raja Melayu berpuas hati
dengan sistem pentadbiran sedia ada.42 Guillemard juga cuba meyakinkan Setiausaha Tanah

36
Federated Malay States, Shorthand Report of the Proceeding of the Federal Council, 13 December 1921.
37
Kaylan Kumar Ghosh, Twentieth-Century Malaysia: Politics of Decentralization of Power, 1920-1929, hlm.
166.
38
CO 717/ 55, The “S.S. and F.M.S.” Fallacy by Sir George Maxwell.
39
Yeo Kim Wah, The Guillemard-Maxwell Power Strunggle, 1921-1925, Journal of the Malaysian Branch of the
Royal Asiatic Society, Vol. 54, No. 1 (239), 1981, hlm. 50-51.
40
Yeo Kim Wah, The Guillemard-Maxwell Power Strunggle, 1921-1925, hlm. 51.
41
FCO 141/16001, Confidential Correspondence from Chief Secretary to Government. Federated Malay States to
the High Commissioner for the Malay States, 5 December 1921.
42
FCO 141/16001, Confidential Correspondence from Laurence Guillemard to Winston Churchill, 8 December
1921.
Jajahan bahawa perubahan struktur pentadbiran menerusi pestisyen tersebut hanya membawa
kegagalan terhadap usaha kesatuan imperial antara NNMB dengan NNS dalam bentuk,

… to develop them on the same lines, to have a common services of officer, transferable
from one administration to another, working under similar regulations, to have where
possible joint departments…43

Kenyataan Guillemard ini telah membuktikan keraguan Ahli-Ahli Tidak Rasmi MMP bahawa
wujudnya usaha untuk menggabungkan pentadbiran kerajaan NNMB dengan kerajaan NNS,
walaupun perbezaan struktur pentadbirannya dikekalkan. Keraguan ini terbukti pada tahun
1924, Pejabat Tanah Jajahan mempunyai dasar yang jelas untuk menggabungkan unit ekonomi
NNS, NNMB dengan NNMTB yang kemudiannya dikenali sebagai ‘British Malaya’.44

Dalam masa yang sama, Guillemard turut mendesak Masterton Smith, Setiausaha
Rendah Tetap Tanah Jajahan agar membawa isu ini juga kepada Setiausaha tanah Jajahan.
Malah, beliau turut mendesak Smith agar memberinya pengesahan bahawa petisyen untuk
mengembalikan jawatan Residen Jeneral oleh penyokong Maxwell telah ditolak dan
menghantarkan telegram kepadanya yang menyatakan Setiausaha Tanah Jajahan telah
bersetuju dengan pandangan Guillemard yang tidak boleh menerima kedudukan Ketua
Setiausaha sebagai ketua kerajaan NNMB.45 Desakan Guillemard ini adalah untuk
membolehkan Maxwell berada dibawah kawalan Pesuruhjaya Tinggi British dengan jawatan
Residen Jeneral. Guillemard menganggap tindakan Maxwell mengakui kedudukannya sebagai
ketua kerajaan NNMB, merendahkan kedudukan Pesuruhjaya Tinggi British yang dianggap
tidak mempunyai autoriti dalam pentadbiran di NNMB. Bahkan, Guillemard turut
menggunakan alasan bahawa beliau memerlukan kuasa kawalan kerajaan NNMB bagi
menghadapi kedudukan ekonomi yang tidak kukuh disebabkan pentadbiran Ketua Setiusaha
yang tidak cekap. Oleh itu, Maxwell yang berperanan selaku Ketua Setiausaha tidak layak
untuk menjadi ketua kerajaan. 46 Namun, kenyataan ini bertentangan dengan pengakuan
Guillemard sendiri dalam persidangan MMP pada tahun 1922 bahawa,

43
Ibid.
44
CO 273/527, Trade Conditions in British Malaya, 1924.
45
FCO 141/16001, Secret Correspondence from Laurence Guillemard to Masterton Smith, 8 December 1921.
46
FCO 141/16001,Confidential Correspondence from L.N. Guillemard to Masterton Smith, 8 December 1921.
I came out to Malaya knowing nothing whatever of the details of finances. I had as soon
as possible to learn all I could about the administration and finances of the Colony, of
the Federated Malay States and of the Unfederated Malay States. I was not able to sit
down at an office table and learn these things. I had to spend a good deal of my time
travelling and paying ceremonial visit.47

Maxwell menganggap tuduhan Guillemard sebagai satu falasi dalam memahami pentadbiran
kolonial di NNMB.48 Beliau merujuk kembali asal jawatan Ketua Setiausaha daripada Residen
Jeneral yang diberikan kuasa sebagai ketua kerajaan persekutuan NNMB di bawah
Pesuruhjaya Tinggi British menerusi Perjanjian Persekutuan 1895. 49 Menurut Klausa 4
perjanjian tersebut,

The above named Rulers agree to accept a British Officer, to be styled the Resident-
General, as the agent and representative of the British Government under the Governor
of the Straits Settlements. They undertake to provide him with suitable accommodation,
with such salary as is determined by Her Majesty’s Government, and to follow his
advice in all matters of administration other than those touching the Muhammadan
religion.50

Justeru, ketika Enakmen Perbadanan Ketua Setiausaha 1911 dikuatkuasakan, jawatan Residen
Jeneral telah ditukar kepada Ketua Setiausaha dengan mengekalkan prinsip pentadbiran dalam
Perjanjian Persekutuan 1895.51 Hujahan Maxwell mempunyai merit memandangkan dalam
Enakmen Perbadanan Ketua Setiausaha 1911, Klausa 4 Perjanjian Persekutuan 1895 turut
dimasukkan dan mempunyai seksyen yang jelas berkaitan kesinambungan bidang kuasa
Residen Jeneral oleh Ketua Setiausaha. Menurut Seksyen 7, Enakmen Perbadanan Ketua
Setiausaha 1911,

All actions and proceedings commenced by or in the name of the Resident-General


before the commencement of this Enactment may be continued, carried on, and

47
Shorthand Report of the Proceedings of the Federal Council, 23 November 1922.
48
CO 717/ 55, The “S.S. and F.M.S.” Fallacy by Sir George Maxwell.
49
FCO 141/16001, Memorandum The Chief Secretary to Government, F.M.S., 14, November 1921.
50
FCO 141/16767, Treaty of Federation 1895.
51
FCO 141/16001, Memorandum The Chief Secretary to Government, F.M.S., 14, November 1921.
completed after such commencement by or in the name of the Chief Secretary to
Government.52

Enakmen ini juga memberikan kuasa kepada Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu
terhadap aspek pelantikan dan pemangkuan Ketua Setiausaha. Menurut Seksyen 9, Enakmen
Perbadanan Ketua Setiausaha 1911,

If at any time after the commencement of this Enactment the Chief Secretary to
Government for the time being shall be absent from the Federated Malay States or shall
otherwise be incapable of performing all or any of the duties of exercising any of rights,
power, or authority belonging or attaching to the office of Chief Secretary to
Government or shall have resigned or been removed from such office it shall be lawful
for the High Commissioner with the approval of the British Government to appoint
some other person to be his successor in the office of Chief Secretary to Government
or to act temporarily for him in the said office, … 53

Rumusannya, Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu tetap mempunyai bidang kuasa
tertentu terhadap Ketua Setiausaha. Walaupun Ketua Setiausaha mempunyai bidang kuasa
sebagai ketua kerajaan NNMB, kedudukannya sebagai ejen dan perwakilan Kerajaan British
di NNMB tetap berada di bawah autoriti Pesuruhjaya Tinggi British. Kenyataan ini sebenarnya
tidak berubah, walaupun jawatan Residen Jeneral ditukar kepada Ketua Setiausaha pada tahun
1911 kerana Enakmen Perbadanan Ketua Setiausaha 1911mengekalkan prinsip Klausa 4,
Perjanjian Persekutuan 1895. 54

Ahli-Ahli Tidak Rasmi MMP mempunyai pandangan yang hamper sama dengan
Maxwell dalam mentafsir kedudukan Residen Jeneral berdasarkan Perjanjian Persekutuan
1895. Seramai tujuh orang ahli tidak rasmi MMP bersetuju bahawa kedudukan Residen Jeneral

52
Enactment No. 1 of 1911, An Enactment to Incorporate the Chief Secretary to Government, In. A.B. Voules
(ed.), The Laws of the Federated Malay States 1877-1920, Vol. II, Hazell, Watson & Viney, Ld., London, 1921,
hlm. 47-49.
53
Enactment No. 1 of 1911, An Enactment to Incorporate the Chief Secretary to Government, In. A.B. Voules
(ed.), The Laws of the Federated Malay States 1877-1920, Vol. II, Hazell, Watson & Viney, Ld., London, 1921,
hlm. 47-49.
54
FCO 141/16767, Treaty of Federation 1895.
ialah lebih kepada Ketua Pegawai Pentadbir bagi NNMB berbanding Ketua Setiausaha. 55
Pandangan ini adalah berdasarkan peruntukan Enakmen Perbadanan Ketua Setiausaha 1911
yang membolehkan Ketua Setiausaha memusatkan pentadbiran persekutuan ditangannya. 56
Menurut Seksyen 3 enakmen tersebut, Ketua Setiausaha mempunyai kuasa untuk,

… use a corporate seal, and the said seal may from time to time break, change, alter,
and make anew as to the said Corporation may seem fit; and the said Corporation is
hereby empowered to sue and be sued, to enter into contracts, to acquire, purchase,
take, hold and enjoy movable and immovable property of every description, and to sell,
convey, assign, surrender and yield up, mortgage, demise, reassign, transfer or
otherwise dispose of any movable and immovable property vested in the said
Corporation upon such terms as to the said Corporation may seem fit. 57

Peruntukan ini dengan jelas memberi bidang kuasa pentadbiran yang luas kepada Ketua
Setiausaha, khususnya dalam mengawal aktiviti ekonomi di NNMB. Kedudukan Pesuruhjaya
Tinggi British hanya digunakan untuk mengabsahkan segala materai dokumen pentadbiran
kerajaan.58 Justeru, isu ini turut menjadi hujah Ahli-Ahli Tidak Rasmi MMP untuk
mengembalikan jawatan Residen Jeneral. Sokongan ini adalah berdasarkan premis kedudukan
Residen Jeneral dalam Perjanjian Persekutuan 1895 ialah ejen dan perwakilan Kerajaan British
yang mempunyai kawalan eksekutif di bawah arahan Gabenor NNS yang juga merupakan
Pesuruhjaya Tinggi British di tanah Melayu. 59 Tambahan lagi, Ahli-Ahli Tidak Rasmi MMP
percaya bahawa John Anderson, Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu telah terkhilaf
dalam mentafsir kedudukan Residen Jeneral sebagai ketua kerajaan NNMB dalam Klausa 4
Perjanjian Persekutuan 1895 ketika mula menggubal Enakmen Perbadanan Ketua Setiausaha

55
FCO 141/16001, Correspondence from W. Duncan to Robson, 4 th August 1921. Antara ahli-ahli tidak rasmi
yang menyokong kenyataan ini ialah W.Duncan, Robson, A.N. Kenion, R.C.M. Kindersley, Robert P. Brash,
Choo Kia Peng dan D.M. Hampshire.
56
FCO 141/16001, Correspondence from W. Duncan to Robson, 4 th August 1921. Antara ahli-ahli tidak rasmi
yang menyokong kenyataan ini ialah W.Duncan, J.H.M. Robson, A.N. Kenion, R.C.M. Kindersley, Robert P.
Brash, Choo Kia Peng dan D.M. Hampshire.
57
Enactment No. 1 of 1911, An Enactment to Incorporate the Chief Secretary to Government, In. A.B. Voules
(ed.), The Laws of the Federated Malay States 1877-1920, Vol. II, Hazell, Watson & Viney, Ld., London, 1921,
hlm. 47-49.
58
Enactment No. 1 of 1911, An Enactment to Incorporate the Chief Secretary to Government, In. A.B. Voules
(ed.), The Laws of the Federated Malay States 1877-1920, Vol. II, Hazell, Watson & Viney, Ld., London, 1921,
hlm. 47-49.
59
FCO 141/16001, Correspondence from R.C.M. Kendersley, J.H.M. Robson, C. Kia Peng, A.N. Kenion & Robert
P. Brash to the Secretary of State for the Colonies, August 1921.
1911. Oleh sebab itu, ketika pengenalan jawatan Ketua Setiausaha pada tahun 1911,
keseluruhan Ahli-Ahli Tidak Rasmi MMP tidak bersetuju dengan tindakan Anderson. 60

Penolakan Guillemard terhadap petisyen Ahli-Ahli Tidak Rasmi MMP dan dakwaan
Maxwell selaku ketua kerajaan NNMB ini menimbulkan keraguan apabila beliau menzahirkan
sikap beliau yang tidak menyenangi Maxwell selaku Ketua Setiausaha, kerana beliau
mempunyai calon peribadinya sendiri iaitu Frederick Seton James yang merupakan Setiausaha
Kolonial bagi NNS.61 Dalam satu suratnya kepada Masterton Smith Setiausaha Rendah Tetap
Tanah Jajahan, Guillemard dengan jelas mengakui,

I recommended James for the post of Chief Secretary then a better paid post, and
gathered privately that he would be appointed …
But in the event, for reasons which the Colonial Office know fully, and I know not very
fully, the Secretary of State appointed Maxwell, and I being new in the saddle, and
having a good opinion of Maxwell, acquiesced.
Had I known my man better I should have jibbed.
Partly because he dislikes James, and partly to mark what he considers his own
superior status he has deliberately set himself to quarrel with James on every pretext
and to treat him as inferior in status to himself. As to this I have already written to
Grindle.
Till Maxwell’s arrival I presided in peace over a Chief Secretary and Colonial
Secretary who worked in perfect amity. Now I spend my days preventing or curing rows
between the two… 62

Tindakan Guillemard menyerang peribadi Maxwell dengan menjadikan James yang


merupakan pegawai pilihannya sebagai mangsa dalam perselisihan pentadbiran menimbulkan
persoalan mengapa pegawai kolonial daripada kerajaan NNS perlu dilantik sebagai Ketua
Setiausaha? Sedangkan, beliau mengakui tiada masalah yang berlaku antara Ketua Setiausaha
dengan Setiausaha Kolonial sebelum pelantikan Maxwell. Guillemard juga seolah-olah
dibayangi dengan pelantikan Maxwell yang mendapat sokongan daripada Frank Swenttenham,

60
FCO 141/16001, Correspondence from R.C.M. Kendersley, J.H.M. Robson, C. Kia Peng, A.N. Kenion & Robert
P. Brash to the Secretary of State for the Colonies, August 1921.
61
FCO 141/16001, Secret Correspondence from L. N. Guillemard to Masterton Smith, 8 December 1921.
62
FCO 141/16001, Secret Correspondence from L. N. Guillemard to Masterton Smith, 8 December 1921.
Residen Jeneral pertama bagi NNMB.63 Guillemard berpandangan Maxwell mempunyai
matlamat yang jelas untuk memusatkan kuasa pentadbiran ditangannya, sehingga
mengenepikan kedudukan Pesuruhjaya Tinggi British. Beliau menjelaskan kepada Smith
bahawa,

… He [Maxwell] came out here, I Feel sure, determined to get back as near as he could
to the pre-Anderson regime, and be the real ruler of the Federated Malay States, with
me as a practical nonentity. I have charged him with this several times, quite amicably.
He always denies it in conversation, … His acts “bewray him” daily. 64

Berdasarkan sikap Guillemard ini, Maxwell telah menjelaskan kepada Setiausaha Tanah
Jajahan bahawa beliau mengakui kedudukan Guillemard selaku Pesuruhjaya Tinggi British
ialah Presiden bagi Majlis Mesyuarat Persekutuan yang mempunyai kuasa untuk membuat
proklamasi dan mempunyai kuasa kelulusan untuk setiap enakmen yang digubal. 65

Maxwell tetap dengan premis beliau, bahawa Residen Jeneral merupakan ketua
kerajaan bagi persekutuan NNMB. Alasan beliau yang pertama ialah pendahulu kepada
Laurence Guillemard iaitu Arthur Young dan John Anderson telah menerima hakikat
kedudukan jawatan Residen Jeneral sebagai ketua kerajaan. Selain itu, Maxwell turut
menggunakan alasan sebelum persekutuan NNMB dibentuk, Raja-Raja Melayu merupakan
ketua kerajaan di negeri masing-masing. Namun, setelah Perjanjian Persekutuan 1895
dimaterai, Gabenor NNS dan Pesuruhjaya Tinggi British bukanlah juga ketua kerajaan
persekutuan NNMB. Maxwell menambah, Perjanjian Persekutuan 1895 hanya dimaterai oleh
Gabenor NNS dengan Raja-Raja Melayu, yang mana pada ketika itu Kerajaan British tidak
melantik mana-mana pegawainya selaku Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu. Justeru,
Pesuruhjaya Tinggi British tidak layak menuntut kedudukan selaku ketua kerajaan persekutuan
NNMB.66

63
FCO 141/16001, Secret Personal Correspondence from L.N. Guillemard to Mersterton Smith, 21 December
1921.
64
Ibid.
65
FCO 141/16001, Correspondence from Chief Secretary to Government, Federated Malay States to Winston
Churcill, 19 December 1921.
66
FCO 141/16001, Correspondence from Chief Secretary to Government, Federated Malay States to The High
Commissioner for the Malay States, 5 December 1921.
Hujahan Guillemard berkaitan kesatuan imperial berjaya meyakinkan Churchill untuk
menolak petisyen mengembalikan jawatan Residen Jeneral. Menurut Churchill,

… the unity of responsivility and control which has been thus secured are more than
ever necessary in view of the requirements of the present time for very close co-
operation in matters both economic and financial between the Federated Malay States
and the Colony;… 67

Kenyataan Churchill ini menunjukkan bahawa Pejabat Tanah Jajahan ingin meneruskan
kawalan ekonomi di Tanah Melayu. Oleh sebab itu, Churchill mengarahkan Guillemard untuk
melaksanakan dasar disentralisasi dengan bekerjasama bersama Ketua Setiausaha tanpa
mengubah mengubah struktur kawalan ekonomi British terhadap NNMB menerusi mekanisme
pentadbiran kolonial sedia-ada.68 Churchil turut menambah, cadangan untuk mengembalikan
jawatan Residen Jeneral tidak dirujuk dengan Raja-Raja Melayu dan Residen British di
negeri.69

PELAKSANAAN DASAR DISENTRALISASI PENTADBIRAN NNMB

Pandangan yang menyatakan pelaksanaan dasar disentralisasi British terhadap NNMB adalah
untuk mengembalikan kuasa Raja-Raja Melayu menerusi Majlis Negeri dan penyelesaian
terhadap masalah pentadbiran terpusat perlu ini nilai semula. 70 Hujahan ini berdasarkan
penjelasan oleh Laurence Guillemard sendiri terhadap dasar disentralisasinya yang tidak
mempunyai matlamat untuk mengubah Perjanjian Persekutuan NNMB. Bahkan, penggubalan
dasar disentralisasi Guillemard mampunyai matlamat yang jelas untuk meletakkan kuasa
pentadbiran tertinggi kolonial NNMB di tangan Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu.
Menurut Guillemard, hanya Pesuruhjaya Tinggi British sahaja yang mempunyai hak untuk
berkomunikasi secara terus dengan Setiausaha Tanah Jajahan, tanpa melalui Residen Jeneral
mahupun Ketua Setiausaha. 71

67
FCO 141/16001, Confidential Correspondence from W.S. Churchill to The High Commissioner Sir L.N.
Guillemard, 14th February 1922.
68
Ibid.
69
Ibid.
70
Barbara Watson Andaya & Leonard Y. Andaya, A History of Malaysia, 3rd Ed., Palgrave, London, 2017, hlm.
252.
71
FCO 141/16583, Federal Council, 14th December 1925.
Suruhanjaya Penghematan telah ditubuhkan oleh Guillemard pada tahun 1922
mengadakan siasatan terhadap krisis kewangan yang dialami NNMB. 72 Hasil siasatan pihak
suruhanjaya membuktikan krisis pentadbiran kolonial yang berlaku di NNMB sejak tahun 1921
telah menjadi faktor utama krisis kewangan. Pentadbiran kolonial NNMB dikatakan
menghadapi (i) kerosakan sistem (ii) sistem kawalan kewangan yang cacat dan (iii) dasar
kewangan kerajaan NNMB yang tidak kukuh dengan memperuntukan agaran pendapatan
dengan perbelanjaan yang tinggi terhadap ‘capital work’.73 Hasil siasatan ini mencabar
kedudukan Presiden MMP yang mempunyai kuasa kawalan kewangan kerajaan NNMB.
Justeru, masalah ini berakar umbi daripada pentadbiran Guillemard selaku Pesuruhjaya Tinggi
British dan Maxwell selaku Ketua Setiausaha kerajaan NNMB yang mempunyai kuasa
Presiden MMP. Suruhanjaya Penghematan melaporkan bahawa pentadbiran Guillemard dan
Maxwell telah melakukan perbelanjaan berlebihan tanpa mengikuti sebarang nasihat dan
kawalan daripada pihak eksekutif kerajaan NNMB. 74 Masalah ini wujud apabila Presiden
MMP mempunyai kuasa kawalan kewangan terpusat di peringkat persekutuan. Oleh itu,
Suruhanjaya Penghematan telah mencadangkan agar kerajaan NNMB melaksanakan
disentralisasi supaya sistem pentadbiran kewangan yang lebih fleksibel dapat dibentuk. Sistem
yang dimaksudkan ialah dengan memberikan kuasa kawalan kewangan kepada Residen yang
mentadbir Majlis Negeri untuk menguruskan perbelanjaan di peringkat negeri. 75

Pada tahun 1923, Guillemard dan Maxwell bersetuju dengan cadangan Suruhanjaya
Penghematan untuk menstruktur kembali pentadbiran kewangan di NNMB. Kedua-duanya
bersetuju untuk meningkatkan fungsi dan kuasa Majlis Negeri. Namun, Majlis Negeri hanya
diberikan kuasa untuk menguruskan anggaran belanjawan berkaitan jabatan kerajaan tertentu
sahaja seperti Pejabat Daerah dan Lembaga Kebersihan. Raja-Raja Melayu pula diberikan
kuasa penuh sama ada untuk meningkatkan jumlah keahlian dalam Majlis Negeri. Kuasa
pentadbiran terhadap sektor ekonomi kolonial, khususnya industri getah dan timah kekal
dibawah bidang kuasa MMP.76 Walaupun begitu, pada peringkat awal pembentukan dasar
disentralisasi ini Guillemard tidak mempunyai hasrat untuk mengurangkan kuasa MMP.

72
HCO 545/1922, Federated Malay States, The Final Report of the Retrenchment Commission, Kuala Lumpur,
1923.
73
Ibid.
74
Ibid.
75
Ibid.
76
Federated Malay States, Shorthand Report of the Proceeding of the Federal Council, 23 January 1923.
Bahkan, beliau mempunyai dasar yang jelas untuk mengukuhkan MMP dengan menambah
bilangan ahli daripada kalangan Melayu dan Cina.77

Pengambil-alihan Parti Buruh terhadap pemerintahan kerajaan British pada tahun 1924,
turut mempengaruhi penggubalan dan pelaksanaan dasar disentralisasi di NNMB. James Henry
Thomas yang mula mengambil alih tugas Setiausaha Tanah Jajahan cenderung untuk
mengubah sistem pentadbiran kolonial di tanah jajahan. 78 Peluang ini sebenarnya digunakan
oleh Sultan Iskandar, Perak untuk mendesak Setiausaha Tanah Jajahan agar memansuhkan
jawatan Ketua Setiausaha pada tahun 1924. Baginda mendesak agar autonomi kerajaan negeri
dikembalikan dengan pemansuhan pejabat Ketua Setiausaha kerajaan NNMB. 79 Pejabat Tanah
Jajahan berpandangan masalah pentadbiran terpusat di NNMB ‘acute enough to drive a loyal
Sultan to London to complain’. Justeru, pelaksanaan dasar disentralisasi bukan sahaja dapat
memuaskan permintaan Raja-Raja Melayu, malah langkah awal untuk meluaskan lagi
pentadbiran persekutuan. 80 Berdasarkan perkembangan ini, British dikatakan mula menggubal
dasar untuk mendukung semula status pemerintah tradisi di tanah jajahannya. 81 Namun,
pandangan ini menimbulkan persoalan apabila ketika pelaksanaan dasar disentralisasi di
NNMB, pentadbiran Laurence Guillemard, Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu
(1920-1927) dikatakan hanya mengembalikan autonomi tertentu kepada kerajaan negeri dan
mengukuhkan kawalan Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu terhadap kerajaan
negeri.82 Tindakan ini boleh dikaitkan dengan dasar Pejabat Tanah Jajahan yang ingin
mengekalkan kawalan terhadap tanah jajahan bertaraf naungan menerusi Jawatankuasa
Ekonomi Imperial. 83

Kuasa pentadbiran Ketua Setiausaha mula diagihkan menerusi penguatkuasaan


Enakmen Ketua Setiausaha Kerajaan (Kuasa Pemansuhan) No. 2, 1924. 84 Enakmen ini

77
Federated Malay States, Shorthand Report of the Proceeding of the Federal Council, 23 January 1923.
78
Kaylan Kumar Ghosh, Twentieth-Century Malaysia: Politics of Decentralization of Power, 1920-1929, hlm.
214.
79
Simon C. Smith, British Relations with the Malay Rulers from Decentralization to Malayan Independence 1930-
1957, hlm. 21.
80
Kaylan Kumar Ghosh, Twentieth-Century Malaysia: Politics of Decentralization of Power, 1920-1929, hlm.
214.
81
Simon C. Smith, British Relations with the Malay Rulers from Decentralization to Malayan Independence 1930-
1957,hlm. 20.
82
Rupert Emerson, Malaysia: A Study in Direct and Indirect Rule, University of Malaya Press, Kuala Lumpur,
1964, hlm. 154.
83
The Singapore Free Press and Mercantile Advertiser, Imperial Conference, 4 March 1925.
84
FCO 141/16583, Federal Council, 14th December 1925.
memberi kuasa kepada Residen British di peringkat negeri untuk ‘may make anu declaration,
impose any rate, fix any fee or exercise any power (other than the power of making rules),
subject to the approval or consent of the Chief Secretary to Government’.85

Agenda Pemansuhan Jawatan Ketua Setiausaha

Pada tahun 1925, sentimen untuk memansuhkan jawatan Ketua Setiausaha seolah-olah
beralih arah untuk menyingkirkan George Maxwell daripada pentadbiran kerajaan NNMB.
Terdapat pandangan yang mengatakan bahawa Maxwell mempunyai agendanya tersendiri
untuk menyingkirkan Pesuruhjaya Tinggi British daripada pentadbiran kerajaan NNMB.
Pandangan ini berdasarkan kedudukan Laurence Guillemard, Pesuruhjaya Tinggi British di
Tanah Melayu yang tidak mendapat kepercayaan Ahli-Ahli Tidak Rasmi MMP, kerana cuba
menggabungkan pentadbiran NNMB, NNMTB dan NNS dibawah kuasa Pesuruhjaya Tinggi
British yang berpusat di Singapura. 86 Namun, dasar pentadbiran Guillemard ini sebenarnya
selari dengan dasar kerajaan British menerusi Persidangan Imperial pada tahun 1923 yang ingin
mengukuhkan kawalan terhadap sumber bahan mentah menerusi kesatuan empayar yang turut
dikenali sebagai ‘Commonwealth’.87 Justeru, terdapat pandangan yang mengatakan Ormsby-
Gore, Setiausaha Rendah Parlimen British mengambil pendekatan menyerang peribadi
Maxwell dengan alasan tidak yakin bahawa Maxwell tidak mampu untuk melaksanakan dasar
disentralisasi, kerana beliau percaya Maxwell tetap kekal kuasa pentadbiran terpusat di
NNMB. Justeru, Ormsby-Gore telah menggesa Leo Amery, Setiausaha Tanah Jajahan (1924-
1929) bukan sahaja untuk memansuhkan jawatan Ketua Setiausaha, malah menyingkirkan
Maxwell daripada pentadbiran kerajaan NNMB dan membuka persekutuan kepada NNMTB.88
Namun pada tahun 1932, C. Clementi, Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu mendakwa
keputusan untuk memansuhkan jawatan Ketua Setiausaha tidak dilaksanakan, malah beliau
tidak menemui sebarang rekod yang menunjukkan sebab keputusan Amery untuk
memansuhkan jawatan Ketua Setiausaha tidak dilaksanakan. 89

85
FCO 141/16583, Observation Upon the Constitution of the Federated Malay States, with General Reference to
the Policy of Decentralisation, and the Appointment of the Chief Secretary to Government, and with particular
Reference to His Excellency the High Commissioner’s Memorandum, Federal Council Paper No. 39 of 1925.
86
Yeo Kim Wah, The Guillemard-Maxwell Power Strunggle, 1921-1925, hlm. 55.
87
New Zealand, Summary of Proceedings Imperial Conference, 1923. 1924, Imperial Parliament.
88
Berdasarkan petikan minit CO 717/88, W.Ormsby-Gore pada 24 Februari 1925, dalam Philip Loh Fook-Seng,
Malay Precedence and the Federal Formula in the Federated Malay States, 1909 to 1939. Journal of the Malaysian
Branch of the Royal Asiatic Society, Vol. 45, No. 2 (222), 1972, hlm. 41.
89
FCO141/16767, Note on the Proposed Abolition of the Post of Chief Secretary to Government, Federated Malay
States, 1832.
Keadaan menjadi kompleks apabila dasar untuk menghapuskan jawatan Ketua
Setiausaha di peringkat Pejabat Tanah Jajahan tidak dilaksanakan. Bahkan, penjelasan
Guillemard terhadap isu pemansuhan jawatan Ketua Setiausaha dalam dasar disentralisasinya
ialah bersifat khabar angin, 90 menimbulkan persoalan adakah tuntutan Maxwell selaku ketua
kerajaan NNMB mempunyai merit yang kukuh ? Bahkan, adakah benar pandangan terhadap
dasar disentralisasi Guillemard turut bertujuan menghapuskan Ketua Setiausaha ?91 Ketika
mula mula membentangkan dasar disentralisasinya secara rasmi dalam persidangan MMP pada
14 Disember 1925, Guillemard menjelaskan

… the proposal to gradually distribute between the Rulers in Council, the Residents
and, possibly, the Head of Federal Governments so many of the power now vested in
the Chief Secretary as will in effect eventually amount to the abolition of his office as
at present constituted.92

Penjelasan Guillemard ini memberi gambaran proses disentralisasi pentadbiran NNMB pada
akhirnya akan membawa kepada penghapusan pejabat Ketua Setiausaha. Keperluan
pengagihan kuasa ini turut disebabkan masalah ketidakpuasan Raja-Raja Melayu terhadap
kuasa dan pengaruh Ketua Setiausaha terhadap Majlis Negeri dan Residen. Justeru, menerusi
pelaksanaan dasar ini Raja-Raja Melayu dapat berurusan terus dengan Pesuruhjaya Tinggi
British berkaian hal ehwal negeri masing-masing,93 kerana hanya Pesuruhjaya Tinggi British
yang mempunyai kuasa untuk berhubung terus dengan Setiausaha Tanah Jajahan. 94 Namun,
Guillemard menafikan wujudnya usaha untuk menghapuskan jawatan Ketua Setiausana,
memetik ucapan beliau,

There is not and never has been any idea of abolishing the office of Chief Secretary
when Sir George Maxwell retires next year’.95

90
FCO 141/16583, Federal Council, 14th December 1925. Lihat juga, Federal Council, Malayan Tribune, 14
December 1925.
91
Rupert Emerson, Malaysia: A Study in Direct and Indirect Rule, University of Malaya Press, Kuala Lumpur,
1964, hlm. 154.
92
Federated Malay States, Shorthand Report of the Federal Council, 14 December 1925.
93
CO 717/55, Appendix A. No. 39 of 1925. Paper Laid Before the Federal Council, on 14 th December 1925 by
Command of His Excellency the High Commissioner.
94
Federated Malay States, Shorthand Report of the Federal Council, 14 December 1925.
95
FCO 141/16583, Federal Council, 14th December 1925. Lihat juga, Federal Council, Malayan Tribune, 14
December 1925.
Percanggahan kenyataan Guillemard dalam menjelaskan kedudukan Ketua Setiausaha
kerajaan NNMB ini membuktikan berlakunya kecelaruan dalam dasar disentralisasinya. Hasil
kajian terdahulu telah membuktikan bahawa usaha untuk menghapuskan jawatan Ketua
Setiausaha oleh Guillemard bukanlah khabar angin, malah telah dipersetujui Setiausaha Tanah
Jajahan. Namun, faktor usaha ini tidak dilaksanakan ialah berdasarkan desakan ‘Planters’
Association of Malaya’96 yang turut mewakili organisasi komersial Eropah dan Asia di Tanah
Melayu kepada Setiausaha Tanah Jajahan. Pihak pertubuhan telah mengisytiharkan,

In view of the persistens rumours concerning the abolition of the Chief Secretaryship
of the Federated Malay States, this Committee of the Perak Branch of the Federated
Malay States Chamber of Commerce expresses the hope that no drastic change will be
made in the administration of the Federated Malay States without first giving ample
time and opportunity for public discussion of any such contemplated change.97

Desakan ‘Planters’ Association of Malaya’ ini ialah disebabkan wujudnya sentimen


tidak percaya terhadap pentadbiran yang mempunyai niat untuk menghapuskan jawatan Ketua
Setiausaha.98 Pihak persatuan kesal dengan tindakan Guillemard yang meminta Ahli-Ahli
Tidak Rasmi merahsiakan hasratnya untuk menghapuskan jawatan Ketua Setiausaha daripada
pihak awam.99 Tambahan lagi, pihak persatuan mendapati bahawa tindakan Guillemard
memohon pemansuhan jawatan Ketua Setiausaha daripada Pejabat Tanah Jajahan sebagai satu
bentuk manipulasi bagi membolehkan kuasa pentadbiran dipusatkan kepada beliau. Justeru,
keadaan ini akan menyebabkan pentadbiran NNMB dipusatkan kepada Pesuruhjaya Tinggi
British yang juga mempunyai kuasa kawalan pentadbiran di NNS selaku gabenor. 100

Bantahan terhadap usaha memansuhkan jawatan Ketua Setiausaha juga disebabkan


wujudnya sentimen dalam kalangan masyarakat Melayu yang bimbang status NNMB sebagai
negeri naungan terluput apabila pentadbiran NNMB digabungkan dengan NNS ditangan

96
Pada 13 Ogos 1925, perwakilan daripada ‘The Palnters Association of Malaya’, ‘The F.M.S. Chamber of
Commerce’, ‘The Asiatic Planters’ Association of Malaya’ telah mengadakan mesyuarat di Kuala Lumpur untuk
mempertimbangkan khabar angina berkaitan cadangan untuk menghapuskan jawatan Ketua Setiausaha kerajaan
NNMB. Hasil persepakatan dalam mesyuarat ini telah diserahkan kepada Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah
Melayu dan Setiausaha Tanah Jajahan. Malaya Tribune, The Chief Secretaryship, 17 August 1925.
97
Malaya Tribune, The Chief Secretaryship, 17 August 1925.
98
Malaya Tribune, The Chief Secretaryship, 17 August 1925.
99
The Singapore Free Press and Mercantile Advertiser (Weekly), The Chief Secretary Rumour, 19 August 1925.
100
Ibid.
Pesuruhjaya Tinggi British. Kesannya, Raja-Raja Melayu tidak lagi diiktiraf sebagai
pemerintah negeri. Kebimbangan masyarakat tempatan ini adalah berdasarkan tindakan
pentadbiran Guillemard yang membawa semangat ‘British Malaya’ dengan merujuk gabungan
antara NNMB dengan NNMTB. Bahkan, tindakan Jabatan Survei, kerajaan NNMB mencetak
peta Semenanjung Tanah Melayu dengan menggunakan istilah ‘British Malaya’ turut
mengukuhkan kecurigaan masyarakat Melayu terhadap dasar disentralisasi Guillemard, kerana
istilah ‘British Malaya’ telah dipadam dalam minit Persidangan MMP.101 Namun, istilah
‘British Malaya’ tetap digunakan Setiausaha Tanah Jajahan dalam membentangkan keadaan
ekonomi NNMB dan NNS ketika Persidangan Imperial 1926. 102

Penafian Guillemard terhadap isu pemansuhan jawatan Ketua Setiausaha kerajaan


NNMB dalam Persidangan MMP pada Disember 1925 seolah-olah mengenepikan pengakuan
daripada Setiausaha Tanah Jajahan pada Ogos 1925. Pihak Pejabat Tanah Jajahan telah
mengumumkan bahawa memang wujud konsultasi sulit antara Setiausaha Tanah Jajahan dan
Pesuruhjaya Tinggi British dengan Raja-Raja Melayu dan Ahli-Ahli Tidak Rasmi MMP
berkaitan penstrukturan semula pentadbiran yang terpusat di tangan Ketua Setiausaha kerajaan
NNMB. Namun, kesemua hasil konsultasi tersebut masih lagi dalam pertimbangan. Maka,
tiada perubahan dalam sistem pentadbiran NNMB dan kedudukan jawatan Ketua Setiausaha
kerajaan NNMB dikekalkan sehingga satu masa yang ditetapkan oleh pihak Setiausaha tanah
Jajahan.103

Walaupun, Guillemard dan Setiausaha Tanah Jajahan memberi jaminan pengekalan


jawatan Ketua Setiausaha kerajaan NNMB, Maxwell telah diberi kata dua oleh Leo Amery
sama ada untuk kekal melaksanakan tugas Ketua Setiausaha di bawah Pesuruhjaya Tinggi
British atau bersara awal sebelum berumur 55 tahun. Maxwell hanya berjaya mengekalkan
kedudukannya sebelum bersara pada tahun 1926. Tindakan Amery ini ialah berdasarkan alasan
Maxwell menentang dasar disentralisasi Guillemard yang telah dipersetujui Pejabat Tanah
Jajahan.104 Pandangan awam di Tanah Melayu mengkritik tindakan Pejabat Tanah Jajahan
yang memberikan persaraan tidak matang kepada Maxwell. 105

101
The Singapore Free Press and Mercantile Advertiser, The Chief Secretaryship, 27 July 1925.
102
New Zealand, Summary of Proceedings, Imperial Conference, 1926, Parliament of Great Britain, 1927.
103
The Straits Times, The Federated States, 19 August 1925.
104
Hauraian lanjut lihat Yeo Kim Wah, The Guillemard-Maxwell Power Strunggle, 1921-1925, hlm. 64.
105
Malayan Saturday Post, Sir George Maxwell’s Retirement, 11 April 1925.
KESIMPULAN

Krisis pentadbiran kerajaan NNMB berakar umbi daripada masalah kewangan pada
tahun 1921 kesan daripada kuasa pentadbiran terpusat oleh Laurence Guillemard, Pesuruhjaya
Tinggi British di Tanah Melayu dan George Maxwell yang berperanan sebagai Ketua
Setiausaha kerajaan NNMB. Krisis menjadi kompleks apabila wujudnya usaha Ahli-Ahli
Tidak Rasmi MMP membuat petisyen kepada Setiausaha Tanah Jajahan untuk mengembalikan
jawatan Residen Jeneral bagi menggantikan jawatan Ketua Setiausaha. Tindakan ini
sebenarnya merupakan reaksi terhadap pentadbiran Guillemard sendiri yang cuba
menggabungkan pentadbiran kewangan NNMB dengan NNS. Sikap Maxwell bersetuju
dengan petisyen ini yang turut mengisytiharkan kedudukan Ketua Setiausaha sebagai ketua
kerajaan persekutuan secara langsung telah mengugat kedudukan Guillemard selaku
Pesuruhjaya Tinggi Britsih. Perselisihan antara Guillemard dan Maxwell dalam mentakrif
kedudukan ketua kerajaan persekutuan sebenarnya berpunca daripada peruntukan kuasa
pentadbiran dalam Perjanjian Persekutuan 1895 yang bersifat umum. 106

Krisis pentadbiran turut berlaku ketika Guillemard melaksanakan dasar disentralisasi


sejak tahun 1923 apabila Suruhanjaya Penghematan membuktikan dasar kewangan Guillemard
tidak praktikal yang berbelanja melebihi pendapatan. Kesannya Guillemard dan Maxwell telah
bersetuju untuk mengagihkan kuasa pentadbiran tertentu kepada kerajaan negeri. Namun,
situasi berubah apabila berlaku desakan daripada Raja-Raja Melayu untuk memansuhkan
jawatan Ketua Setiausaha dalam pelaksanaan dasar disentralisasi. Tindakan Guillemard secara
sulit berunding dengan Setiausaha Tanah Jajahan dan Raja-Raja Melayu untuk memansuhkan
jawatan Ketua Setiausaha menyebabkan komuniti komersial hilang kepercayaan terhadap
pentadbiran Guillemard. Kesannya, Setiausaha Tanah Jajahan telah menangguh rancangan
memansuhkan jawatan Ketua Setiausaha dan memberi pencen awal kepada Maxwell.

PENGHARGAAN

106
FCO 141/16001, Correspondence from R.C.M. Kendersley, J.H.M. Robson, C. Kia Peng, A.N. Kenion &
Robert P. Brash to the Secretary of State for the Colonies, August 1921.
Kajian ini dilaksanakan menerusi tajaan Hadiah Latihan Cuti Belajar UKM/KPM (PT) dan
SLAB KPM(PT) Bil. 438/2018/10. Kajian ini turut dibantu Arkib Negara Malaysia dan The
National Archives, London.

RUJUKAN

Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus & Suffian Mansor. 2014. Pengukuhan Penguasaan British di
Negeri-Negeri Melayu Bersekutu: Analisis Dua Perjanjian Majlis Mesyuarat
Persekutuan, 1909 dan 1927. Dlm. Suffian Mansor, Sivachandralingam Sundara Raja,
Arba’iyah Mohd. Noor & Ahmad Kamal Ariffin Mohd. Rus. Sejarah dan Kesarjanaan,
hlm. 1-22. Kuala :Lumpur: Jabatan Sejarah Universiti Malaya.
Andaya, Barbara Watson & Andaya, Leonard Y. 2017. A History of Malaysia. 3rd Ed. London:
Palgrave.
CO 273/527. Trade Conditions in British Malaya, 1924.
CO 576/4. Proceedings of the Federal Council of the Federated Malay States for the Year 1909-
1910.
CO 717/ 55. The “S.S. and F.M.S.” Fallacy by Sir George Maxwell.
CO 717/55. Appendix A No. 39 of 1925. Decentralisation and the Political Development of
the Federated Malay States.
Emerson, Rupert. 1964. Malaysia: A Study in Direct and Indirect Rule. Kuala Lumpur:
University of Malaya Press.
FCO 141/16001. Petition from Unofficial Members of the Federal Council Requesting the
Restoration of the Resident-General of the Title ‘Resident-General of the Federated
Malay States’.
FCO 141/16583. Singapore: decentralisation; memoranda of WG Maxwell (Chief Secretary to
Government, Federated Malay States) in chronological order.
FCO 141/16767. Singapore.
Federated Malay States. 1901. Report the Acting Resident-General of the F.M.S. to the Acting

High Commissioner, Annual Report for the Year 1900. Kuala Lumpur: Selangor

Government Printing Office.

Federated Malay States. 1920. Shorthand Report of the Proceeding of the Federal Council, 19

January.
Federated Malay States. 1921. Shorthand Report of the Proceeding of the Federal Council, 7

April.

Federated Malay States. 1921. Shorthand Report of the Proceeding of the Federal Council, 13

December.

Federated Malay States. 1921. Shorthand Report of the Proceeding of the Federal Council, 3

November.

Federated Malay States. 1921. Shorthand Report of the Proceeding of the Federal Council, 15

December.

Federated Malay States. 1921. Shorthand Report of the Proceeding of the Federal Council, 7

April.

Federated Malay States. 1921. Shorthand Report of the Proceeding of the Federal Council, 26

July.

Federated Malay States. 1922. Shorthand Report of the Proceedings of the Federal Council, 23

November.

Federated Malay States. 1922. Shorthand Report of the Proceedings of the Federal Council, 19

June.

Federated Malay States. 1923. Annual Report for the Year 1922.
Federated Malay States. 1923. Shorthand Report of the Proceeding of the Federal Council, 23

January.

Federated Malay States. 1923. Shorthand Report of the Proceedings of the Federal Council, 11
July.
Federated Malay States. 1925. Shorthand Report of the Federal Council, 14 December.

Federated Malay States. 1928. Annual Report for 1927. Kuala Lumpur: Federated Malay States
Government Printing Office.
HCO 545/1922. 1923. Federated Malay States, The Final Report of the Retrenchment
Commission, Kuala Lumpur.
Hyam, Ronald. 2002. Britain’s Imperial Century, 1815-1914. 3rd Ed. New York: Palgrave
Macmillan.
Johnson, Robert. 2003. British Imperialism. New York: Palgrave Macmillan.
Khoo, Kay Kim. 1966. The Origin of British Administration in Malaya. Journal of the
Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society 39(1)(209): 52-91.
Malaya Tribune. 1921. F.M.S. Financial Adviser, 14 December.

Malaya Tribune. 1925. The Chief Secretaryship, 17 August.


Malaya Tribune. 1925. The Chief Secretaryship, 17 August.
Malayan Saturday Post. 1925. Sir George Maxwell’s Retirement, 11 April.
Malayan Tribune. 1925.Federal Council, 14 December.
Mohd Shazwan Mokhtar, Muhammad Aslah Akmal Azmi & Mohd Samsudin. (December)
2017. Perkembangan Sistem Perdagangan Merkantilisme Negeri-Negeri Melayu
Bersekutu. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics & Strategic Studies 44(2): 1-
26.
Mohd Shazwan Mokhtar. 2017. Perkembangan Sistem Perdagangan Merkantilisme di Negeri-
Negeri Melayu Bersekutu, 1909-1925. Tesis Sarjana Falsafah. Universiti Kebangsaan
Malaysia.
New Zealand. 1921. Summary of Proceedings and Documents of the Conference of Prime

Ministers and representatives of the United Kingdom, The Dominions, and India.

London.

New Zealand. 1924. Summary of Proceedings Imperial Conference, 1923. Imperial Parliament.

New Zealand. 1927. Summary of Proceedings, Imperial Conference, 1926, Parliament of

Great Britain.

O’Brien, Patrick. 1999. Imperialism and the Rise and Decline of the British Economy, 1688-
1989. New Left Review I(238): 48-80.
O’Brien, Patrick. 2004. Colonies in a Globalizing Economy 1815-1948. Working Paper N.
08/04. GEHN Conference. Irvine, California, 15-17th January.
Philip Loh Fook-Seng. 1972. Malay Precedence and the Federal Formula in the Federated
Malay States, 1909 to 1939. Journal of the Malaysian Branch of the Royal Asiatic
Society 45(2) (222): 29-50.
Smith, Simon C. 1995. British Relations with the Malay Rulers from Decentralization to
Malayan Independence 1930-1957. Kuala Lumpur: Oxford University Press.
The London Gazette. 1919. No. 31642, 14 November.
The Singapore Free Press and Mercantile Advertiser (Weekly). 1921. F.M.S. Independence,
22 December.
The Singapore Free Press and Mercantile Advertiser (Weekly). 1925. The Chief Secretary
Rumour, 19 August.
The Singapore Free Press and Mercantile Advertiser. 1825. Imperial Conference, 4 March.
The Singapore Free Press and Mercantile Advertiser. 1925. The Chief Secretaryship, 27 July.
The Straits Times. 1925. The Federated States, 19 August.
Voules, A.B. (ed.). 1921. The Laws of the Federated Malay States 1877-1920. Vol. II. London:
Hazell, Watson & Viney, Ld.
Yeo, Kim Wah. 1981. The Guillemard-Maxwell Power Strunggle, 1921-1925. Journal of the
Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society 54(1)(239): 48-64.

View publication stats

You might also like