Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Alat intrauterin ialah alat yang dihasilkan daripada tembaga berbentuk “T” dan

dimasukkan ke dalam rahim oleh doktor. Ada dua benang halus pada satu hujung yang
tergantung ke arah pangkal rahim. Wanita yang memasangnya dapat merasai benang
ini. Benang ini berfungsi untuk memastikan alat IUD masih berada pada kedudukan
yang betul dan tidak tertanggal atau jatuh. Benang ini juga digunakan untuk menarik
keluar alat IUD apabila tidak diperlukan.

Alat IUD yang dianggap popular ialah Copper 375 (Cu 375). Menerusi penggunaan
Copper 375, kehamilan dapat dielakkan dengan cara menghalang benih lelaki (sperma)
daripada memasuki rahim dan bersenyawa dengan telur. Kaedah ini juga bertindak
dengan cara menghalang telur yang disenyawakan daripada melekat pada dinding
rahim, seterusnya menghalang penempelan (implantasi).
 Spermisid adalah bahan kontraseptif yang membunuh sperma, ia dimasukkan ke
dalam vagina sebelum melakukan hubungan untuk mencegah kehamilan.
Sebagai alat kontraseptif , spermisid sahaja boleh digunakan . Walau
bagaimanapun, kadar kehamilan yang dialami oleh pasangan yang
menggunakan spermisid adalah lebih tinggi daripada pasangan menggunakan
kaedah lain. Biasanya, spermisid digabungkan dengan kaedah kontraseptif
halangan seperti diafragma, kondom dan span. Apabila kaedah ini digabungkan,
ia menyebabkan kadar kehamilan lebih rendah daripada satu kaedah sahaja.

You might also like