Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 5

1.

Jadual berikut menunjukkan anggaran jumlah kos dan jumlah hasil Kilang Perabot Perkasa
pada pelbagai peringkat keluaran.
Paras Keluaran Jumlah Kos Jumlah Hasil
(Unit) (RM) (RM)
0 128 000 0
1 000 208 000 120 000
2 000 288 000 240 000
3 000 368 000 360 000
Kos tetap diandaikan malar.
(a) Anda dikehendaki menghitung:
(i) kos berubah seunit
(ii) harga jualan seunit
(iii)titik pulang modal pengeluaran tersebut
(iv) jumlah unit yang perlu dikeluarkan untuk mendapatkan keuntungan RM30 000.
(b) Diandaikan dalam jangka masa panjang, kos tetap turun 10% tetapi kos berubah dan harga
jualan seunit tidak berubah, hitungkan titik pulang modal.
(c) Nyatakan dua kegunaan titik pulang modal.
(d) Merujuk kepada jawapan (a) lakarkan graf TPM dgn menunujukkan kawasan untung dan rugi

JAWAPAN:
(i) RM 80
(ii) RM 120
(iii)3 200 unit
(iv)3 950 unit
TPM = 2 880 unit
2. Data kos sebuah projek kraftangan hiasan adalah seperti berikut:

Jumlah upah buruh RM25 000


Jumlah kos bahan mentah RM15 000
Susut nilai mesin dan alatan setahun RM 8 000
Sewa kilang setahun RM12 000
Jumlah jualan RM80 000
Jumlah unit keluaran 20 000 unit

Anda dikehendaki menghitung :

( a ) Kos tetap
( b ) Kos berubah seunit
( c ) Harga jualan seunit
( d ) Margin caruman seunit
( e ) Titik Pulang Modal
( f ) Untung atau rugi jika 14000 unit dijual
( g ) Jika syarikat ingin mendapat keuntungan RM25 000 setahun berapa unit perlu dijual.
(h) berdasarkan data diatas anda dikehendaki menyediakan graf titik pulang modal
menggunakan skala seperti berikut:
paksi x – 1 cm = 1000 unit
paksi y – 1 cm = RM2 500
(i) berpandu graf dalam (h), anda dikehendaki:
(j) menunjukkan titik pulang modal dalam unit dan RM
(k) menunjukkan kawasan untung dan rugi
3. Hijrah Enterprise pengeluar minuman kesihatan di Shah Alam yang bercadang untuk
mengeluarkan produk baharu berasaskan susu kambing yang berjenama G-Energy. Harga
jualan satu paket minuman berkenaan ialah RM3.00
Anggaran kos pengeluaran produk berkenaan adalah seperti berikut:

RM
Susut nilai mesin 1 200
Sewa kilang 800
Susu kambing segar 1.00 satu paket
Madu 0.40 satu paket
Serbuk coklat 0.30 satu paket
Lain-lain bahan 0.10 satu paket
Upah langsung 0.70 satu paket

Anda dikehendaki:
(a) Menghitung:
(i) Margin caruman seunit.
(ii) Titik pulangan modal
(b) Berdasarkan jawapan anda di 3 (a), lukiskan Graf Titik Pulangan Modal pada kertas graf
yang disediakan dengan menggunakan skala yang sesuai.
Anda perlu:
(i) Labelkan semua garisan pada graf
(ii) Tunjukkan titik pulangan modal
(iii) Lorekkan kawasan untung dan rugi
(c) Hitungkan keuntungan yang diperoleh sekiranya Hijrah Enterprise mensasarkan
pengeluaran sebanyak 14 000 paket G-Energy dengan kos pengiklanan RM700
(d) Nyatakan fungsi titik pulangan modal kepada pengeluar.
TEKNIK SOALAN 2
Data kos sebuah projek adalah seperti berikut:

Jumlah Kos RM60 000


Susut nilai mesin dan alatan setahun RM 8 000
Sewa kilang setahun RM12 000
Jumlah jualan RM80 000
Jumlah unit keluaran 20 000 unit

Anda dikehendaki menghitung :

( a ) Kos berubah seunit


( b ) Harga jualan seunit
( c ) Margin caruman seunit
( d ) Titik Pulang Modal
( e ) Untung atau rugi jika 14 000 unit dijual
( f ) Jika syarikat ingin mendapat keuntungan RM25 000 setahun berapa unit perlu dijual.
(g) berdasarkan data diatas dan dengan andaian hanya kos berubah sahaja yang meningkat
sebanyak RM0.40 anda dikehendaki menyediakan graf titik pulang modal
menggunakan skala seperti berikut:
paksi x – 1 cm = 1 000 unit
paksi y – 1 cm = RM2 500
(h) berpandu graf dalam (h), anda dikehendaki:
a. menunjukkan titik pulang modal dalam unit dan RM
b. menunjukkan kawasan untung dan rugi
c. menunjukkan untung atau rugi sekiranya perniagaan mengeluarkan 70 000 unit
TEKNIK SOALAN 3
Data kos sebuah projek adalah seperti berikut:

Jumlah Kos RM60 000


Kos Tetap RM20 000
Jumlah jualan RM80 000
Jumlah unit keluaran 20 000 unit

Anda dikehendaki menghitung :

( a ) Kos berubah seunit


( b ) Harga jualan seunit
( c ) Margin caruman seunit
( d ) Titik Pulang Modal
( e ) Untung atau rugi jika 14 000 unit dijual
( f ) Jika syarikat ingin mendapat keuntungan RM25 000 setahun berapa unit perlu dijual.
(i) berdasarkan data diatas dan dengan andaian hanya kos berubah sahaja yang meningkat
sebanyak RM0.40 anda dikehendaki menyediakan graf titik pulang modal
menggunakan skala seperti berikut:
paksi x – 1 cm = 1 000 unit
paksi y – 1 cm = RM2 500
(j) berpandu graf dalam (h), anda dikehendaki:
a. menunjukkan titik pulang modal dalam unit dan RM
b. menunjukkan kawasan untung dan rugi
c. menunjukkan untung atau rugi sekiranya perniagaan mengeluarkan 70 000 unit

You might also like