Sivanesan Ikbn Naka (Diploma Teknologi Elektrik)

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

Sivanesan A/L Elangkovan

No49, Jalan Limau Bali,


Taman Slim Jaya,
35800 Slim River
Pengarah,
Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Naka
Kampung Pakra
06350 Kuala Nerang,
Kedah. 25 Julai 2021

Tuan,
RAYUAN MEMASUKI INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA NAKA BAGI SESI
2021/2022

Merujuk kepada perkara di atas, saya Sivanesan A/L Elangkovan ingin membuat
rayuan agar permohonan saya untuk memasuki Institut Kemahiran Belia Negara
Naka diterima masuk dalam Program Diploma Teknologi Elektrik (Penyejukbekuan &
Penyaman Udara).

2. Saya membuat permohonan rayuan ini kerana kesemua permohonan saya untuk
menyambung pelajaran tidak berjaya dimana - mana Institut Pendidikan walaupun
saya mempunyai keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang memuaskan.
Bersama surat ini, saya lampirkan keputusan SPM saya.

3. Saya merupakan seorang pelajar yang datang daripada keluarga B40 dan ibu
saya merupakan ibu tunggal. Bagi kelangsungan hidup kami, saya perlu membantu
keluarga saya. Tawaran kemasukan saya ke IKBN dapat meringankan beban
keluarga saya.

4. Saya berjanji akan memberikan sepenuh daya usaha saya untuk belajar jika
rayuan saya diterima untuk melanjutkan pelajaran di Institut Kemahiran Belia Negara.
Segala kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan amat diharapkan dan dihargai.

Sekian terima kasih.

Yang Benar,

Sivanesan
….……………………………………..
(SIVANESAN ELONGKOVAN)
0149819766

You might also like