Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 11

"Putih-Putih Melati, Merah-Merah Delima, Jadilah Insan Yang Baik Hati,

Pastinya Semua Terima” - @Syukseplee

FORM 5 BAHASA MELAYU


SIR SYUHADAK

~1~
"Putih-Putih Melati, Merah-Merah Delima, Jadilah Insan Yang Baik Hati,
Pastinya Semua Terima” - @Syukseplee

RUMUSAN
Soalan rumusan mulai SPM 2021 menggunakan format baharu selaras dengan Kurikulum Standard
Sekolah Menengah (KSSM). Tidak ada fokus rumusan yang dinyatakan pada arahan soalan.
Bahan yang dikemukakan pula bukan semata-mata satu petikan teks, tetapi terdiri daripada
sekurang-kurangnya dua bahan sama ada petikan teks, grafik, petikan prosa, atau puisi dengan
syarat mempunyai tema yang sama.

_______________________________________________________________________________

Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan yang
panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda
sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

BAHAN 1: PETIKAN TEKS

Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah


Menengah memperkenalkan Komponen Sastera (KOMSAS) dalam pendidikan Bahasa Melayu
kepada pelajar sekolah menengah mulai tahun 2002. Meskipun penerapan KOMSAS dalam
kurikulum Bahasa Melayu di sekolah menengah sudah hampir 20 tahun, namun minat pelajar
terhadap KOMSAS masih berada pada tahap yang rendah.Dalam ledakan teknologi maklumat kini,
rata-rata pelajar menyatakan subjek Sastera tidak menjanjikan masa depan yang cerah berbanding
dengan subjek lain.

Arus globalisasi yang berlaku turut merubah pandangan pelajar terhadap sastera. Mereka
berpendapat peluang melayakkan diri untuk memasuki Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
menjadi tipis jika mereka mengambil subjek Sastera. Hal ini disebabkan kursus yang ditawarkan dan
peluang berkhidmat dalam bidang sastera agak terhad berbanding dengan subjek lain. Budaya
kurang membaca dalam masyarakat juga mendorong pelajar meminggirkan sastera. Tambahan pula,
kebanyakan pelajar hari ini tidak mempunyai minat untuk membaca bahan bacaan yang serius.
Mereka beranggapan bahawa pembacaan yang berterusan diperlukan untuk menguasai dan
mendapat keputusan yang cemerlang dalam pelajaran sastera.

Bagi mengatasi masalah ini pihak kerajaan misalnya menerusi Kementerian Pendidikan
Malaysia perlu berterusan memberikan kefahaman kepada pelajar dan masyarakat tentang
kepentingan mempelajari KOMSAS dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah. Misalnya,
Kementerian Pendidikan Malaysia boleh menganjurkan kempen kesedaran tentang manfaat
mempelajari KOMSAS dan disalurkan kepada khalayak menerusi media sosial. Tambahan lagi, pihak
sekolah sendiri perlu kreatif dengan menganjurkan pelbagai pertandingan meliputi sastera bagi
menarik minat murid mempelajari komponen tersebut. Apa-apapun pada akhirnya kesedaran diri
pelajar itu sendiri menjadi faktor dominan dalam memupuk minat akan sastera.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana, ‘Pelajar dan Sastera’ oleh


Norhafiza Abu Seman, Tunas Cipta, November, 2005)

~2~
"Putih-Putih Melati, Merah-Merah Delima, Jadilah Insan Yang Baik Hati,
Pastinya Semua Terima” - @Syukseplee

BAHAN 2: GRAFIK

~3~
"Putih-Putih Melati, Merah-Merah Delima, Jadilah Insan Yang Baik Hati,
Pastinya Semua Terima” - @Syukseplee

TEKNIK MENJAWAB SOALAN RUMUSAN KSSM MULAI SPM 2021

1. Terdapat sekurang-kurangnya dua bahan yang diberikan dalam soalan.

2. Dalam setiap bahan mempunyai fokus (dalam SPM terdahulu dikenali sebagai kata kunci).

3. Dalam sesuatu bahan boleh terdiri lebih daripada satu fokus.

4. Calon perlu menggunakan semua fokus semasa menulis pendahuluan.

5. Hanya isi tersurat sahaja yang perlu dicari oleh calon menerusi bahan-bahan yang diberikan.

6. Terdapat 8 isi tersurat yang perlu dicari oleh calon daripada kesemua bahan.

7. Kesimpulan pula perlu ditulis dalam satu ayat yang mempunyai kaitan dengan tema,
cadangan dan kesan.

Dalam latihan yang diberikan di atas terdapat dua bahan, iaitu Bahan 1 (Petikan Teks) dan Bahan 2
(Grafik).

FOKUS BAHAN 1

• Fokus 1: Faktor murid kurang berminat dengan KOMSAS.


• Fokus 2: Cara-cara menarik minat murid terhadap sastera.

FOKUS BAHAN 2

• Fokus 2: Cara-cara menarik minat murid terhadap sastera.

Maka, pendahuluan rumusan ditulis seperti berikut:

Rumusan membincangkan faktor-faktor murid kurang berminat dengan KOMSAS dan cara-cara
meningkatkan minat murid terhadap sastera.

ISI-ISI BAHAN 1

Fokus 1:

1. Subjek sastera tidak mempunyai masa depan yang cerah.


2. Peluang melayakkan diri untuk memasuki Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tipis.
3. Kursus yang ditawarkan dalam bidang sastera terhad.
4. Peluang berkhidmat dalam bidang sastera agak terhad.
5. Budaya kurang membaca dalam masyarakat.
6. Kebanyakan pelajar tidak mempunyai minat untuk membaca bahan bacaan yang serius.

~4~
"Putih-Putih Melati, Merah-Merah Delima, Jadilah Insan Yang Baik Hati,
Pastinya Semua Terima” - @Syukseplee

Fokus 2:

1. Kementerian Pendidikan Malaysia menganjurkankempen kesedaran tentang manfaat


mempelajari KOMSAS.

2. Pihak sekolah perlu kreatif dengan menganjurkan pelbagai pertandingan berkaitan sastera.

ISI-ISI BAHAN 2

Fokus 2:

1. Pihak NGO seperti syarikat penerbitan menerbitkan lebih banyak karya sastera.

2. Ibu bapa memberikan pendedahan tentang karya sastera kepada anak-anak sejak kecil.

3. Media massa mempromosikan karya sastera kepada masyarakat menggunakan pelbagai


medium.

4. Pusat sumber sekolah memperbanyak karya sastera seperti novel tulisan sasterawan
negara.

Catatan:

Calon perlu memilih 8 isi, masing-masing daripada Fokus 1 dan Fokus 2 dalam petikan teks
(Bahan 1) dan Fokus 2 daripada grafik (Bahan 2). Contohnya;

• 4 isi daripada Fokus 1 dalam Bahan 1

• 2 isi daripada Fokus 2 dalam Bahan 1

• 2 isi daripada Fokus 2 dalam Bahan 2

Bagi menulis kesimpulan pula, calon perlu menulis satu ayat sahaja yang berkenaan dengan tema
soalan dan mempunyai cadangan serta kesan. Contohnya;

Kesimpulannya, kerajaan perlu berusaha lebih giat meningkatkan minat murid terhadap karya sastera
agar warisan bangsa ini tidak pupus ditelan zaman.

~5~
"Putih-Putih Melati, Merah-Merah Delima, Jadilah Insan Yang Baik Hati,
Pastinya Semua Terima” - @Syukseplee

CONTOH JAWAPAN LENGKAP

Rumusan membincangkan faktor-faktor murid kurang berminat dengan KOMSAS dan cara-
cara meningkatkan minat murid terhadap sastera.

Antara faktornya ialah subjek sastera tidak mempunyai masa depan yang cerah. Berikutnya,
peluang melayakkan diri untuk memasuki Institut Pengajian Tinggi Awam tipis. Seterusnya, kursus
yang ditawarkan dan peluang berkhidmat dalam bidang sastera agak terhad.

Usaha meningkatkan minat murid terhadap sastera termasuklah Kementerian Pendidikan


Malaysia menganjurkan kempen kesedaran tentang manfaat mempelajari KOMSAS. Seterusnya,
pihak sekolah perlu kreatif menganjurkan pelbagai pertandingan berkaitan sastera. Tambahan lagi,
pihak NGO seperti syarikat penerbitan menerbitkan lebih banyak karya sastera. Malah, ibu bapa
memberikan pendedahan tentang karya sastera kepada anak-anak sejak kecil.

Kesimpulannya, kerajaan perlu berusaha lebih giat meningkatkan minat murid terhadap karya
sastera agar warisan bangsa ini tidak pupus ditelan zaman.

(120 patah perkataan)

~6~
"Putih-Putih Melati, Merah-Merah Delima, Jadilah Insan Yang Baik Hati,
Pastinya Semua Terima” - @Syukseplee

LATIHAN PENGUKUHAN

Baca petikan dan teliti bahan grafik buat satu rumusan yang panjangnya yang disertakan di bawah,
kemudian tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda
sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

BAHAN 1

Setiap tahun Malaysia meraikan Hari Kebangsaan. Diam tidak diam sudah lebih
separuh abad negara kita terlepas daripada cengkaman penjajah. Menjadi rutin tahunan, menjelang
sahaja bulan Ogos atau juga dikenali bulan kebangsaan, agensi atau kementerian yang berkenaan
akan mula menjalankan Kempen Kibarkan Jalur Gemilang sebagai usaha untuk meningkatkan
semangat patriotik. Program-program yang bercorak kenegaraan seperti pertandingan nyanyian lagu
patriotik dan pementasan teater drama juga dianjurkan oleh badan bukan kerajaan (NGO), pihak
sekolah dan agensi-agensi kerajaan supaya mesej semangat cinta akan negara sampai kepada
golongan sasaran. Namun, program-program tersebut kurang berjaya dalam mencapai matlamatnya
kerana kurangnya penghayatan para remaja dalam aktiviti bercorak kemerdekaan tersebut.

Perkara yang menjadi kebimbangan banyak pihak ialah generasi muda tidak
mengambil endah tentang hari kebangsaan. Mereka sewajarnya menghayati erti kemerdekaan
dengan mendalam. Sebagai generasi muda yang bertanggungjawab mereka berperanan untuk
membina kejayaan negara iaitu sanggup bekerja keras untuk negara. Mereka juga perlu
mementingkan kecemerlangan dalam pendidikan. Hal ini demikian kerana pendidikan memainkan
peranan penting dalam usaha membangunkan modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh,
berketerampilan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi
keperluan negara maju menjelang 2020.

Tanggungjawab lain yang perlu dilakukan oleh generasi muda ialah mereka perlu
membantu pihak kerajaan untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan negara. Hal ini dikatakan
demikian kerana keamanan dapat mengelakkan negara daripada serangan musuh sama ada
berbentuk fizikal atau psikologi. Tambahan pula, tugas generasi muda adalah untuk memastikan
Malaysia akan terus berpegang pada konsep keadilan dan kesaksamaan. Dengan ini, semua rakyat
dapat menikmati kemakmuran dan kemajuan bersama-sama. Selain itu, generasi muda yang akan
mengisi perjuangan kemerdekaan hendaklah memastikan prinsip demokrasi akan terus diamalkan
oleh setiap rakyat di negara ini. Sesungguhnya kejayaan negara dalam fasa kedua 58 tahun
kemerdekaan memerlukan komitmen semua pihak terutama generasi muda.

Dipetik dan diubah suai daripada


‘Di manakah Semangat Patriotisme Kita’
oleh Dewan Siswa, Ogos 2015

~7~
"Putih-Putih Melati, Merah-Merah Delima, Jadilah Insan Yang Baik Hati,
Pastinya Semua Terima” - @Syukseplee

BAHAN 2

~8~
"Putih-Putih Melati, Merah-Merah Delima, Jadilah Insan Yang Baik Hati,
Pastinya Semua Terima” - @Syukseplee

ANALISIS

PENDAHULUAN

Rumusan mebincangkan (Fokus 1) dan (Fokus 2).

Rumusan membincangkan usaha dan peranan generasi muda meningkatkan semangat


patriotisme.
BAHAN 1 (TEKS)

Fokus 1 Fokus 2

(Usaha meningkatkan semangat patriotisme (Tanggungjawab / peranan / tugas generasi muda)


dalam kalangan generasi muda)
1. Membina kejayaan negara.
1. Kempen Kibar Jalur Gemilang 2. Mementingkan kecemerlangan dalam
2. Program-program yang pendidikan.
bercorak kenegaraan. 3. Membantu pihak kerajaan bagi
mengekalkan keamanan dan kestabilan
negara.
4. Memastikan Malaysia akan terus berpegang
pada konsep keadilan dan kesaksamaan.
5. Mengisi perjuangan kemerdekaan.
6. Memastikan prinsip demokrasi yang terus
diamalkan oleh setiap rakyat di negara ini.

BAHAN 2 (GRAFIK)

Fokus 1 Fokus 2

1. Pelancaran Bulan Kebangsaan


2. Menyambut Hari Kebangsaan TIADA
3. Menyambut Hari Malaysia
4. Menghayati tema Hari Kebangsaan
.

~9~
"Putih-Putih Melati, Merah-Merah Delima, Jadilah Insan Yang Baik Hati,
Pastinya Semua Terima” - @Syukseplee

KESIMPULAN

Kesimpulannya, (pihak yang sepatutnya bertanggungjawab hendaklah/perlulah/wajarlah/mestilah +


cadangan) (Fokus 1) (S/U/K/A) (kesan).

*SUKA = Supaya, Untuk, Kerana, Agar

Kesimpulannya, generasi muda perlulah berusaha meningkatkan semangat patriotisme agar


negara kita tidak akan terjajah sekali lagi.

CADANGAN JAWAPAN

Rumusan membincangkan usaha dan peranan generasi muda meningkatkan semangat


patriotisme.

Usaha meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda adalah


mengadakan Kempen Kibar Jalur Gemilang dan program-program yang bercorak kenegaraan. Selain
itu, mengadakan pelancaran Bulan Kemerdekaan. Seterusnya, generasi muda boleh menyambut
Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia serta menghayati tema hari kebangsaan.

Peranan generasi muda dalam meningkatkan semangat patriotisme adalah dengan


mementingkan kecemerlangan dalam pendidikan. Generasi muda seharusnya membantu pihak
kerajaan bagi mengekalkan keamanan dan kestabilan negara serta memastikan Malaysia akan terus
berpegang pada konsep keadilan dan kesaksamaan. Tambahan pula, generasi muda perlu mengisi
perjuangan kemerdekaan dan memastikan prinsip demokrasi akan terus diamalkan oleh setiap
rakyat.

Kesimpulannya, generasi muda perlulah berusaha meningkatkan semangat patriotisme agar


negara kita tidak akan terjajah sekali lagi.

(120 Patah Perkataan)

~ 10 ~
"Putih-Putih Melati, Merah-Merah Delima, Jadilah Insan Yang Baik Hati,
Pastinya Semua Terima” - @Syukseplee

NOTA TAMBAHAN:

~ 11 ~

You might also like