Surat Pemohonan Jawatan Pekerja Sambilan Harian

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Mohamad Marzuki Bin Ibrahim

No.64, Kampung Sandong,


Jalan Dato Stephen Yong,
Batu Kawa 93250 Kuching,
Sarawak, Malaysia.
No. Tel : +6013-5667465
______________________________________________________________________

Pegawai Kemajuan Negeri Sarawak


Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Sarawak
Tingkat 7,
Wisma Bapa Malaysia,
Petra Jaya, 93050 Kuching,
Sarawak, Malaysia. 20 Februari 2016

Tuan / Puan,

MEMOHON JAWATAN PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH) GRED 41

Perkara di atas dirujuk, saya Mohamad Marzuki Bin Ibrahim (850511-13-5013) dengan
sukacitanya ingin mengemukakan permohonan jawatan sebagai Pekerja Sambilan
(PSH) Gred 41 di agensi tuan / puan.

2. Untuk makluman tuan, saya merupakan bekas seorang peserta Latihan


Pemerkasaan Siswazah (LPKS) yang bertugas di Unit Pemantauan Perlaksanaan
Negeri Sarawak (SIMU) dan ditempatkan di bawah Seksyen Industri, Pelancongan dan
Tugas Khas. Saya telah ditugaskan untuk membantu ketua seksyen dalam pemantauan
dan membantu menyediakan laporan untuk projek Lewat Jadual bagi projek Kerajaan
Negeri Sarawak dan projek Kerajaan Persekutuan. Sepanjang saya di SIMU, saya telah
mahir menggunakan Sistem Sarawak Monitor dan Sistem Pemantauan Projek 2
(SPP2).

3. Disamping itu, saya juga terlibat mengatur dan mengikut ke Lawatan Tapak
projek (site visit) yang bermasalah terutama bagi projek Lewat Jadual dan “Sakit” di
bahagian Bintulu dan Miri. Untuk pengetahuan tuan, saya tidak mempunyai masalah
dan sanggup, sekiranya dikehendaki untuk traveling ke kawasan pedalaman Sarawak.

4. Saya juga merupakan seorang berintegriti tinggi, rajin, bertanggungjawab,


professional serta mempunyai semangat berpasukan yang tinggi dan sangat komited
terhadap tugas yang diamanahkan kepada saya. Dengan ini, saya sertakan resume
dan sijil-sijil yang berkaitan untuk rujukan pihak tuan.

Saya berharap permohonan saya akan dipertimbangkan dengan sewajarnya oleh pihak
tuan. Keperihatinan tuan terhadap perkara ini amat saya hargai.
Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

..........................................................
MOHAMAD MARZUKI BIN IBRAHIM

You might also like