Kertas Kerja Memohon Sumbangan Pondok Sekolah

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

KERTAS KERJA MEMOHON SUMBANGAN PONDOK SEKOLAH

1.0 PENDAHULUAN

Sekolah Kebangsaan Limpaku Pinang bercadang untuk membina dua buah pondok bacaan
untuk menjalankan aktiviti di luar bilik darjah selain berfungsi sebagai tempat menunggu murid-
murid sekolah. Di samping itu, pembinaan pondok tersebut adalah bertujuan untuk melaksanakan
proses pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah dan aktiviti- aktiviti yang memerlukan
murid-murid melakukan pergerakan di ruang yang lebih kondusif.

2.1 LATAR BELAKANG:


2.2 Cadangan tempat di mana pondok bacaan ini akan dibina ialah di antara bangunan
berhampiran dengan padang permainan sekolah SK Limpaku Pinang.
2.3 Keluasan yang dicadangkan untuk membina pondok bacaan ini adalah dalam
anggaran 2,000 kaki persegi.
2.4 Reka bentuk pondok bacaan yang dicadangkan adalah sebagaimana contoh
yang dilampirkan.

3.1 OBJEKTIF
3.2 Melaksanakan dan melengkapkan aktiviti prasekolah yang dirancangkan dalam sesi
pembelajaran dan pengajaran di luar kelas.
3.3 Mengeratkan hubungan mesra antara guru-guru dan murid-murid
3.4 Menjaga keselamatan murid prasekolah yang pulang lewat.

4.1 RASIONAL
4.2 Memberi satu aktiviti yang sihat kepada murid sekolah pada waktu yang terluang
4.3 Dapat memberi perlindungan kepada murid sekolah yang lewat pulang

5.1 PERANCANGAN
5.2 Satu projek jangka panjang yang boleh digunapakai untuk murid-murid prasekolah
yang akan belajar di Sekolah Kebangsaan Limpaku Pinang.
5.3 Tempat yang lebih kondusif untuk aktiviti-aktiviti sekolah seperti latihan menari,
latihan sukan dan juga kerja atau aktiviti berkumpulan murid.
5.4 Tempat berteduh untuk murid-murid membaca atau membuat kerja sekolah
sementara menunggu kehadiran ibubapa atau bas sekolah.
6.1 ANGGARAN PERBELANJAAN

6.2 Sila rujuk lampiran 1.

7.1 CARA PELAKSANAAN

7.2 Pihak Pibg telah bersetuju untuk membangunkan pondok yang dicadangkan ini
secara gotong – royong.

8.0. RUMUSAN:
Kos untuk melaksanakan projek ini agak tinggi dan peruntukan sekolah amat terhad.
Justeru, dengan sukacitanya pihak pengurusan Sekolah Kebangsaan Limpaku Pinang memohon
sumbangan daripada pihak dalaman dan luaran sekolah sama ada daripada Jabatan-jabatan
Kerajaan, Badan-badan berkanun, Syarikat-syarikat swasta dan orang perseorangan.

Disediakan oleh,

----------------------------------------------------
(MOHAMMAD RUZAINI BIN BASRAH)
Setiausaha,
PIBG SK Limpaku Pinang

Disemak oleh,

( Aris Bin Saptu)


Yang Dipertua PIBG,
SK Limpaku Pinang

Disahkan oleh,

(ABDULHALIM BIN SUHAILI)


Guru Besar
Sk Limpaku Pinang
Lampiran 1

Anggaran kos perbelanjaan untuk membina pondok bacaan di sekolah SK Limpaku Pinang
adalah seperti berikut:

Harga seunit (RM) Bilangan pondok Saiz Jumlah keseluruhan (RM)


RM 3000.00 3 2 x 2.5m RM 9000.00

Rekabentuk pondok bacaan yang dicadangkan di Sekolah Kebangsaan Limpaku


Pinang.

Gambar 2.1 Gambar 2.2

You might also like