Jenis Ujian Dan Penilaian Kemahiran Membaca Asingment

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 20

Jenis ujian dan penilaian kemahiran membaca

Kemahiran Membaca

Membaca adalah salah satu kemahiran bahasa yang penting dikuasai oleh kanak-
kanak supaya mereka dapat mencapai kemajuan dalam pelajaran dan juga kualiti
kehidupan mereka. Sebab itulah sekiranya seorang murid gagal membaca dengan baik
selalunya dikaitkan dengan kegagalan pengajaran guru dan juga pendidikan di sekolah
berkenaan. Sebab itu, guru perlu didedahkan kepada alat, kaedah dan teknik menguji
kemahiran bacaan terutamanya ujian bacaan secara diagnostik. Ujian diagnostik
bacaan akan dapat membantu guru mengesan kesukaran-kesukaran khusus bacaan
murid.

Ujian bacaan perlu diberikan kepada murid supaya guru dapat mengesan secara
objektif kesukaran-kesukaran yang dihadapi oleh murid dalam proses membaca.
Bermula dari sinilah guru akan dapat merancang aktiviti-aktiviti pengajaran
pemulihan bacaan. Murid yang bermasalah dalam bacaan tidak boleh dibiarkan
berterusan dengan masalah membacanya kerana akan memberi kesan terhadap
pencapaiannya dalam pelajaran secara keseluruhan.

Ujian bacaan hendaklah dijalankan secara berterusan supaya maklumat yang


diperolehi dapat memberi gambaran sebenar kelemahan murid. Masalah bacaan
sebenar murid penting supaya guru dapat menilai semula rancangan pemulihan
bacaan dan boleh membantu guru menentukan objektif pengajaran bacaan seterusnya.
Kaedah dan teknik mengajar membaca perlu dipelbagaikan bagi mengelak kebosanan.

Ujian Bacaan Nyaring

Terdapat berbagai-bagai jenis ujian bacaan yang boleh dilaksanakan guru kepada
murid-muridnya. Namun begitu ujian bacaan nyaring merupakan langkah pertama
untuk mengesan kesukaran-kesukaran secara khusus dalam bacaan secara diagnostik.
Berdasarkan kajian-kajian lepas, Abdul Aziz Talib (1989) telah menyenaraikan
kesukaran-kesukaran dalam kawasan-kawasan yang perlu ditubuhkan dalam sesebuah
ujian bacaan:

1. Peringkat huruf (abjad)

a) Huruf kecil (a-z)

i. Mengenal bentuk huruf


ii. Mengenal nama huruf
iii. Mengenal bunyi huruf
b) Huruf besar (A-Z)

i. Mengenal bentuk huruf


ii. Mengenal nama huruf
iii. Mengenal bunyi huruf

c) Memadan huruf besar-huruf kecil

d) Diskriminasi penglihatan

i. Huruf-huruf yang berdekatan bentuk


ii. Huruf besar dalam perkataan
iii. Huruf-huruf kecil dalam perkataan

e) Diskriminasi pendengaran

Huruf-huruf yang berdekatan bunyi foniknya

f) Pembalikan huruf (reversals)

i. Huruf besar
ii. Huruf kecil

2. Peringkat Perkataan

a) Membatang suku kata terbuka


b) Membatang suku kata tertutup
c) Membatang suku kata yang mempunyai gugusan konsonan

3. Peringkat Perkataan

a) Pembalikan perkataan.
b) Membezakan bunyi fonem /e/ dan /a/ dalam perkataan.
c) Membatang dan mencantumkan suku kata-suku kata terbuka dalam
perkataan.
d) Membatang dan mencantumkan suku kata-suku kata yang
mengandungi gugusan konsonan dalam perkataan.
f) Kekeliruan antara ejaan dan sistem bunyi Bahasa Melayu dan Bahasa
Inggeris dalam perkataan.
g) Menyebut perkataan dasar dan perkataan berimbuhan
4. Peringkat Frasa

a)Membaca frasa-frasa sebagai satu unit makna/pemikiran.

5. Peringkat Ayat

a) Membaca ayat-ayat pendek


b) Membaca ayat-ayat panjang

Daerah-daerah kesukaran yang disenaraikan di atas hendaklah diuji melalui


item-item soalan yang dibina oleh guru yang dibina secara berasingan. Guru boleh
menggunakan kad-kad ujian bagi setiap daerah kesukaran yang hendak diuji dan tidak
perlu dijalankan serentak bagi kesemua tajuk.

Dalam ujian bacaan nyaring, murid diminta membaca petikan dengan kuat dan
guru merekod kesalahan –kesalahan yang dilakukan murid. Abdul Aziz Talib (1989)
menyenaraikan jenis kesilapan yang perlu direkod seperti berikut:

a) Membuang/meninggalkan (omission) – bunyi huruf/perkataan /imbuhan yang


ditinggalkan
b) Ulangan (repetition) - mengulang-ulang perkataan/suku kata
c) Gantian (substitute) - bunyi huruf/perkataan diubahgantikan
d) Tambahan (insertion) – bunyi huruf/imbuhan/perkataan ditambah
e) Pembalikan (reversals) - huruf/perkataan/frasa dibaca secara terbalik/songsang.

Kesalahan-kesalahan di atas boleh mengubah makna perkataan atau ayat yang


dibaca dan perlu diberi perhatian oleh guru untuk mengatasinya. Selain itu, guru juga
perlu merekodkan masalah-masalah atau tingkah laku yang ditunjukkan semasa murid
membaca, iaitu:

a) Membatang suku kata terlebih dahulu


b) Bacaan tersekat-sekat iaitu perkataan demi perkataan
c) Membaca terlampau cepat atau gopoh tanpa menghiraukan tanda bacaan
d) Membaca terlampau lambat atau merangkak-rangkak
e) Tidak boleh membaca langsung.

Maklumat lain yang perlu direkodkan guru adalah sekiranya murid mempunyai
kecacatan yang boleh menjejas bacaannya seperti gagap, sengau, pelat, telor, masalah
penglihatan, dan masalah pendengaran.

Bacaan mekanis
Bacaan mekanis ialah bacaan bersuara yang menyuarakan tulisan dengan
sebutan yang jelas dan terang, dengan intonasi dan irama mengikut gaya
membaca yang betul dengan mengerakkan alat-alat pertuturan. Bacaan
bersuara biasanya dilaksanakan di kelas-kelas rendah atau pada peringkat
kelas permulaan. Kegunaan bacaan mekanis adalah untuk melatih teknik
supaya kanak-kanak dapat menyembunyikan bunyi-bunyi sebutan dengan
sebutan, gaya, dan rentak irama yang sempurna.

1.0 Tujuan bacaaan mekanis:


a) Membolehkan murid-murid membaca dengan cekap dan pantas
dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas.
b) Membolehkan murid-murid membaca dengan irama membaca
yang betul
c) Mengembangkan atau mempelajari unsur bahasa seperti
tatabahasa, kosa kata dan juga apabila menggunakan kamus.
d) Membolehkan murid-murid faham dan mengunakan tanda-tanda
baca serta mengetahui pula berhenti pada tempat-tempat berhenti
yang betul.
e) Dapat mengenal pasti laras bahasa yang pelbagai

Bacaan Mentalis

Bacaan mentalis dikenali juga sebagai bacaan akliah, iaitu bacaan yang
disuarakan dalam hati atau menukarkan isi bacaan kepada maknaya tanpa
mengeluarkan suara. Kelajuan bacaan mentalis lebih pantas daripada bacaan
mekanis kerana beberapa perkara yang dilakukan dalam bacaan mekanis
seperti nada suara, sebutan yang jelasdan sebagainya tidak diperlukan dalam
bacaan mentalis. Bacaan mentalis ini dijalankan sesudah murid-murid
mencapai kemahiran dan kecekapan bacaan mekanis.
1.1 Tujuan bacaan mentalis
a) Untuk melatih murid-murid supaya membaca dengan sendiri
b) Untuk melatih murid-murid supaya boleh membaca dan
memahami apa yang dibacanya
c) Untuk melatih murid-murid membaca senyap dan pantas
d) Dapat menggunakan kemahiran membaca senyap untuk
mendapatkan pengetahuan
e) Dapat menggunakan kemahiran membaca mentalis untuk
hiburan

Bacaan intensif

Bacaan intensif adalah bacaan yang pada asanya bertujuan


memperkembangkan kebolehan dalam meneliti, memahami dan mentafsir apa
sahaja yang dibaca dengan tepat. Di samping itu, ia memberi tekanan kepada
kajian terhadap ciri-ciri tatabahasa, meneliti pembentukandan pengunaan
perkataan, serta pemakaian bahasa itu dalam konteks dan situasi yang
berlainan. Selain itu, latihan-latihan bacaan intensif biasanya memerlukan
bimbingan dan bantuan penuh daripada guru-guru terutamanya dalam
menghadapi dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid-murid.

1.2 Tujuan bacaan intensif


a) Untuk membolehkan kanak-kanak membaca dengna baik. Betul
dari segi sebutan, intonasi, lancar dan tahu menggunakan tanda-
tanda bacaan dengan baik.
b) Untuk mengembangkan kebolehan mentafsir apa yang bertulis
dalam bacaan itu dengan mengkaji susunan kata dalam ayat dan
pengertian dalam kamus.
c) Membaca secara senyap dengan kepantasan yang sewajarnya.
d) Menilai atau mengulas isi-isi yang diperolehi daripada bahan-
bahan yang dibaca
e) Mengesan , memahami dan menikmati unsur-unsur estetik dalam
bahasa
f) Mengenalpasti laras bahasa yang berbagai-bagai.
g) Membuat rumusan atau kesimpulan daripada apa yang dibaca dan
sebagainya.
Bacaan Ekstensif
Bacaan ektensif ialah bacaan meluas yang menekankan aktiviti-aktiviti membaca
yang dilakukan di luar kelas.Bacaan ektensif biasanya memberi tumpuan kepada
beberapa aspek terutamanya menitikberatkan aspek pengukuhan asas bacaan,
menambah kemahiran memahami dan menaakul isi bacaan , meningkatkan
kepantasan membaca , membina dan mengukuh minat membaca dan kebolehan
memetik isi-isi penting. Mengikut kebiasanya, melalui bacaan ekstensif ini murid
akan dapat kepuasan dan keseronokan di samping berpeluang menimba ilmu
pengetahuan.

Membaca ektensif biasanya melibatkan perkara-perkara berikut:


a) Membaca tinjauan
b) Membaca sekilas
c) Membaca dangkal

Membaca tinjauan

Membaca tinjauan dilakukan sebelum memulakan sesuatu bacaan. Pembaca akan


meneliti apa yang akan dibaca terlebih dahulu dengan cara memeriksa, meneliti
indeks, daftar kata yang terdapat dalam buku, atau melihat judul, bab, rangka kasar,
kandungan dan sebagainya. Latar belakang pengetahuan seseorang akan menentukan
tepat atau tidak, cepat atau lambatnya tinjauan dapat dilakukan.

Membaca sekilas

Membaca sekilas adalah sejenis kegiatan membaca yang mlibatkan pergerakan mata
yang cepat untuk melihat, memerhati bahan-bahan bertulis bagi mencari dan
mendapatkan maklumat dan penerangan. Terdapat tiga tujuan utama iaitu

1. Untuk memperoleh suatu kesan umum daripada sesuatu isi bacaan


2. Untuk mendapatkan hal-hal tertentu daripada sesuatu bacaan
3. Untuk mendapat bahan-bahan bacaan daripada perpustakaan.

Membaca dangkal

Membaca adalah untuk mendapatkan pemahaman yang dangkal yang bersifat luaran
atau tidak mendalam daripada sesuatu bahan yang di baca.Membaca begini tidak
memerlukan pemikiran yang mendalam seperti keadaan membaca karya-karya ilmiah.

Tujuan bacaan ekstensif membolehkan murid-murid:

a) Membaca dengan cara tersendiri tanpa bimbingan secara langsung


daripada orang lain
b) Membaca dengan fasih dalam bahasa yang dipelajari
c) Mendapat pengetahuan sambil berhibur
d) Memperkaya bahasa- perbendaharaan kata, ungkapan, struktur ayat

Bacaan Skimming

Bacaan skimming ialah satu kaedah membaca cepat dengan cara mengutip maklumat
secara sepintas lalu bagi mendapat idea. Skimming merupakan proses melihat
sepintas lalu atas sesuatu perenggan untuk mendapatkan idea.

Prosuder Skimming

Langkah-langkah skimming

a) Mulakan dengan menyelidiki secara keseluruhan tentang petikan


b) Tentukan sumber pilihan supaya anda bersedia dengan sesuatu jenis
penulisan seperti hujah , teknikal
c) Bacalah perenggan pertama, walaupun tidak penting tetapi perenggan
ini menjadi asas untuk ‘ skim’
d) Semasa membaca perenggan pertama,cuba cakupkan isi utama dan
konteks pertikan tersebut
e) Baca ayat pertama dan ayat terakhir bagi setiap perenggan – anda akan
dapati idea yang penting dan fakta.
f) Baca perenggan akhir dengan teliti- di sini biasanya terdapat unsur-
unsur penyimpulan dan rumusan.

Bacaan Scanning

Bacaan scanning adalah merupakan kemahiran untuk mendapatkan kemahiran atau


keupayaan untuk mendapatkan maklumatsecara cepat untuk mencari jawapan kepada
sesuatu soalan atau maklumat secara khusus. Tujuan scanning ialah untuk
menentukan sejauh mana kecekapan kita mencari sesuatu maklumat tertentu ( bukan
menghabiskan bacaan dengan cepat )

Langkah-langkah untuk scanning:

a) Perkara paling penting ialah menentukan maklumat ‘apa’ yang hendak


dicari
b) Perhatikan sepintas lalu ke atas bahan dan tumpukan perhatian kepada
maklumat yang di cari tanpa mempedulikan perkataan atau angka
yang lain.
c) Untuk mempercepatkan proses scanning, gunakan jari anda dan
gerakkan secara cepat ke atas barisan perkataan ketika membaca
d) Anda boleh gunakan panduan-panduan yang ada seperti tajuk kecil,
perkataan yang dihitamkan atau ‘italic’ yang mudah dilihat.
e) Jika anda scan daripada bahan seperti surat khabar, fokus perhatian
anda di tengah-tengah kolum dan gerakkan mata ke bawah

CARA MENGATASI DAN LANGKAH-LANGKAH MENGUASAI


KEMAHIRAN MEMBACA

Amalan melalui pendekatan yang tertentu dalam mengatasi masalah membaca


memerlukan beberapa pendekatan atau teknik dalam membantu murid menguasai
setiap kemahiran membaca agar lebih bertumpu kepada kemenjadian murid.
Kemenjadian murid meliputi kepada beberapa aspek dalam menyediakan murid untuk
membaca.

Survey, Question, Read, Review, Recite(SQ3R)

1. SQ3R
SQ3R ialah teknik membaca kritis yang memerlukan seseorang
mempersoalkan kesesuaianmaklumat yang terdapat dalam suatu bahan yang di
baca dengan tugasan yang perlu diselesaikan.

a) Survey (tinjau) ialah langkah pertama membaca untuk mendapatkan


gambaran keseluruhan tentang apa yang terkandung dalam bahan yang
di baca. Ini di lakukan untuk meneliti tajuk besar tajuk-tajuk kecil serta
perenggan terakhir di bahagian-bahagian buku atau teks. Di sini juga
pelajar menggunakan teknik membaca pantas iaitu skimming dan
scanning.
b) Question (Soal dan tanya) Ialah langkah yang memerlukan murid
menyenaraikan satu siri soalan mengenai teks tersebut setelah
mendapati teks tersebut berkaitan dengan keperluan tugas.
c) Read (Baca) ialah peringkat murid cuba sebenarnya membaca bahan
atau teks tersebut secara aktif serta mencuba menadapat segala
jawapan kepada soalan-soalan yang telah disenaraikannya sebelum ini.
d) Recite(imbas kembali) ialah peringkat yang ketiga. Setelah selesai
membaca , Murid cuba mengingat kembali apa yang telah dibaca dan
meneliti segala yang telah diperoleh.
e) Review (Baca semula) merupakan peringkat terakhir. Murid membaca
bahagian-bahagian buku atau teks secara berpilih untuk menegsahkan
jawapan –jawapan kepada soalan yang dibuatnya di langkah ketiga.
Murid juga memastikan tiada fakta penting yang tertinggal .

2. Knowledge, What, Learn, How (KWLH)

KWLH adalah singkatan bagi yang berikut:

K(Know) - Apa yang telah diketahui (sebelum membaca)

W (What) - Apa yang hendak diketahui (Sebelum membaca)

L( Learned) - Apa yang telah diketahui ( selepas membaca)

H(how) - Bagaiman untuk mendapatkan maklumat tambahan- apa

berkaitan (untuk membaca seterusnya)

Melalui teknik membaca kritis, pembaca disarankan mengingat dahulu apa


yang telah diketahui, membayang atau menentukan apa yang ingin diketahui,
melakukan pembacaan , mengetahui apa yang telah diperoleh dari pembacaan
yang baru dilakukan dan menentukan apa lagi yang perlu diperoleh (sekiranya
perlu membuat pembacaan seterusnya)

Teknik pembacaan akan membolehkan murid mengaitkan pengetahuan sedia


ada dengan apa yang dibaca, menentukan apa yang telah diperoleh dari
pembacaannya, dan menentukan apa lagi bahan yang perlu di baca sekiranya
ingin mendapatkan maklumat tambahan. Dalam konteks pengajaran, pelajar
dibiasakan mengunakan borang menggunakan teknik KWLH.
3 PELAJARAN MEMBACA BERARAH (DRL)

Menurut Betty D. Roe , Barbara D. Stoodt dan Paul C. Burns dalam buku mereka
Secondry Scholl reading Instruction (1969 : 339- 340). DRL adalah satu cara guru
membimbing pelajar membaca sesebuah teks. Cara ini juga dapat diadaptasikan
dalam pengajaran membaca petikan atau ayat pendek .

DRL terbahagi kepada 4 komponen iaitu:

1. Motivasi dan membina asas

2. Aktiviti -aktiviti pengembangan kemahiran

3. Membaca teks secara berpandu

4. Aktiviti -aktiviti peneguhan

Berpandukan kepada komponen tersebut , salah satu aktiviti yang boleh


dijalankan dalam pelajaran jenis ialah DRA ( Aktiviti Membaca Berarah)

DRA - Directed Reading Activity ( Aktiviti Membaca Berarah)

DRA adalah satu aktiviti membaca yang dilakukan oleh pelajar dengan arahan-arahan
tertentu oleh guru. DRA boleh dijalankan mengikut 8 langkah( Nila Banton Smith, H
Alan Robinson , 1980)

Komponen 1 : Motivasi dan membina asas

Langkah 1

Guru akan menarik perhatian murid terhadap tajuk yang dibaca. Strategi yang boleh
dilakukan ialah seperti menghubungkaitkan tajuk dan pengalaman murid yang sedia
ada. Guru juga boleh membuat ‘preview’ mengenai maklumat -maklumat yang
terdapat di dalam bahan. Untuk menjadikan pembelajaran lebih menarik, guru boleh
menggunakan alat bantu seperti gambar atau model.
Komponen 2: Aktiviti pengembangan kemahiran

Langkah 2

Langkah ini untuk memastikan pelajar lebih memahami dan menguasai setiap
perkataan -perkataan yang sukar dan konsep -konsep yang terdapat pada bahan itu
sebelum membacanya. Guru boleh mengajar perbendaharaan kata secara langsung di
samping meningkatkan kemahiran mengenal perkataan,kefahaman dan kemahiran
belajar atau menelaah sesuatu bahan.Selain itu, bagi bahan yang memerlukan pelajar
memberi gambaran sesuatu teks maka guru hendaklah mendorong pelajar dalam
mencari sendiri pengertian makna dengan sendiri dengan mencatat untuk meransang
kepekaan pelajar.

Komponen 3: Membaca teks secara berpandu

Langkah 3

Meramal maklumat -maklumat yang boleh didapati daripada teks perlu dilakukan
untuk menjadikan situasi pembelajaran lebih menarik. Bagi setiap andaian
perbincanganperlu diadakan sama ada antara guru atau pelajar dan sesama pelajar itu
sendiri. Melalui langkah ini, ramalan dibuat berdasarkan perbincangan yang telah
dibuat dalam langkah-langkah terdahulu.

Langkah 4

Aktiviti pembacaan sebenar mula dilakukan tetapi secara senyap. Bacaan senyap ini
bertujuan untuk memberi kesempatan kepada pelajar untuk menentukan ketepatan
ramalan yang telah dibuat berbanding dengan maklumat sebenar yang diberikan oleh
teks. Sambil membaca, pelajar dapat mengenal pasti maklumat sebenar yang terdapat
di dalam teks. Dengan membaca secara senyap , pelajar tidak perlu risau tentang
kesalahan fakta yang diramal. Di samping itu, mereka juga tidak perlu memikirkan
mengenai kesalahan dari segi sebutan, terutamanya bagi perkataan yang sukar.

Langkah 5

Pelajar berbincang bersama-sama untuk mendapatkan maklumat yang telah diperolehi


. Sebuah teks tertentu yang dibaca oleh pembaca berlainan, sudah pasti akan
ditafsirkan secara berbeza. Perbincangan adalah perlu bagi mendapatkan yang paling
tepat.

Langkah 6

Arahan pelajar-pelajar membaca semula teks sama ada secara senyap atau secara kuat.
Ini untuk memastikan kebenaran atau kesilapan hujah-hujah yang dikemukakan dalam
perbincangan untuk langkah sebelumnya mengenai maklumat-maklumat yang
terdapat pada teks.

Langkah 7

Wujudkan satu situasi pembelajaran yang ada kaitan dengan maklumat-maklumat


yang diperolehi daripada teks. Langkah ini bersifat peneguhan . Guru menyusun
aktiviti -aktiviti yang boleh dikaitkan dengan teks untuk menambahkan kemahiran
pelajar dari segi kemahiran menganggap isi serta membuat penakulan berdasrkan
bahan yang berlainan.

Langkah 8

Langkah ini masih berupa peneguhan tetapi berbeza dengan langkah 7, aktiviti-
aktiviti yang dilakukan dalam langkah 8 adalah berdasarkan teks yang di baca. Antara
aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan ialah mengambarkan situasi yang dibaca,
membina model-model, menulis cerita berdasrkan maklumat yang ditemui dalam
teks.
RINGKASAN PERSEDIAAN MENGAJA
BAHASA MALAYSIA TAHUN 1

Nama 1 Dedikasi Masa 9.15 pagi - 9.45 pagi


kelas/tahun

Unit 1 : Bergembira dengan keluarga


Tajuk Tema 1 : Rajin Membaca

Standard Kandungan
Standard 2.1 - Asas membaca dan memahami
Kandungan
& Standard Pembelajaran
Standard 2.1.1 - Membaca dengan sebutan yang betul
Pembelajaran 1) vokal
2) Konsonan

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat :


Objektif
Pembelajaran 1. Murid dapat mengenal pasti 1 hingga 5 suku kata yang terdapat pada bahan
grafik.
2.Murid dapat menyebut 5 perkataan yang mengandungi fonik ,e taling dan
e pepet.
o 1. Murid membentuk 3 kumpulan kecil untuk melakukan aktiviti ‘puzzle’
2. Murid diberikan kad puzzle dan mencantumkan mengikut kepada corak yang
Aktiviti
Pembelajaran perlu dibentuk.
3. Setiap kumpulan akan menyebut huruf yang di bentuk iaitu melalui sebutan fon
e taling atau e pepet.
4. Guru membantu murid untuk menyebut setiap sebutan fonik, e taling dan e
pepet.
5. Murid diberikan secara berkumpulan (Permainan Bahasa: dengar dan padanka
huruf yang mempunyai sebutan fonik dan e-taling dan e pepet )peneguhan
6. Murid menyebut suku kata KV + KV dengan intonasi yang betul.
7. Berpandukan gambar KV murid mencantumkan bagi membentuk perkataan.
8. Murid menyebut semula perkataan berpadanan dengan gambar yang diberi.

9. Merumuskan isi pelajaran.

Pengisian KB : Mengenal pasti Pembelajaran masteri


Kurikulum
EMK : Kerjasama
Bahan bantu Kad gambar, kad perkataan, gambar , gam, gunting , radio
mengajar

Refleksi Secara keseluruhan murid berjaya menyebut perkataan yang mempunyai KV+ KV
Pengajaran dengan betul.

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

AKTIVITI PENGISIAN KURIKULUM CATATAN


SET INDUKSI(5minit)
1. Guru memperdengarkan rakaman
sebutan huruf fonik, e taling dan e
pepet.
2. Mengaitkan jawapan murid dengan
tajuk pelajaran
LANGKAH 1(5minit) KBAT
1. Membentuk 3 kumpulan dan -mengumpul
membentuk satu huruf ‘puzzle’ yang
diberi. NILAI
kerjasama
2. Setiap kumpulan menyebut setiap
Lampiran 1
huruf yang terbentuk iaitu sebutan fonik,
e taling dan e pepet.
LANGKAH 2 (5minit) Lampiran 3
1. Murid di berikan secara berkumpulan KBAT
( permainan dengar dan padankan huruf Menjana idea

yang mempunyai sebutan fonik ).


NILAI
2. Murid menyebut semula kesemua huruf
Berkumpulan
yang telah dipadankan melalui aktiviti di
kerjasama
atas.
LANGKAH 3(6 minit)
1. Murid menyebut suku kata KV+ KV KBAT

2. Berpandukan gambar KV murid Interpersonal

mencantumkan suku kata bagi


NILAI
membentuk perkataan.
Berani

LANGKAH 4(6 minit) lampiran 2


1. Murid menyebut semula perkataan NILAI

yang terhasil melalui cantuman KV+KV Berani


Yakin
berpandukan gambar.
2. Sebutan fonik, e taling dan e pepet

PENUTUP(3 minit)
Guru merumuskan isi pelajaran dengan http://www.youtube.com/

murid menyanyikan lagu fonik di youtube watch?=FPD_b_zuik


LAMPIRAN 1

SEBUTAN E TALING DAN E PEPET

e
ce ce
de de
ge ge
le le
ne ne
we we

SEBUTAN FONIK

B /beh/

C /ceh/

D /deh/

F /feh/

G /geh/

H /heh/

J /jeh/

K /keh/

L /el/

M /em/

N /en/

LAMPIRAN 2 (KV +KV)

BU KU
GU LI
BA TU
CU KA
PA SU

LAMPIRAN 3

KENAL PASTI KESALAHAN YANG TERDAPAT PADA RAKAMAN SUARA.

B /deh/

C /geh/
D /beh/

F /jeh/

G /ceh/

H /heh/

J /feh/

K /em/

L /en/

M /keh/

N /el/

Rujukan

Loo Ling Nah (2015) keberkesanan kaedah fonik ke atas kemahiran membaca kanak-
kanak prasekolah

Kamarudin Hj Husin (1993) Siri Pendidikan Guru. Perkaedahan Mengajar


Bahasa .Dewan Bahasa dan Pustaka.

Siri Panduan Guru Kurikulum Baru Sekolah Rendah ,Teknik Pengajaran dan
pembelajaran . Dewan dan Pustaka.

Syed Abu Bakar Akil, (1994). Panduan Mengajar Kemahiran Membaca. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Eliani Nik Nawi & Othman Ahmad (2009).Buku Panduan Siri cepat
membacabacalah anakku.Kuala Lumpur: Maju Jaya Sdn Bhd.

You might also like