Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 7

MODUL AKTIVITI PASUKAN BADAN BERUNIFORM

__________________________________________________________________________________________

SEKOLAH RENDAH (MODUL 2) MASA

DARJAH 4 KAWAD KAKI 2 JAM

KAWAD STATIK

1. Padankan perbuatan kawad dan bahasa hukuman serta praktiskan perbuatan kawad
kaki berikut:

PERBUATAN KAWAD BAHASA HUKUMAN


Rehatkan Diri Skuad..........sedia
Senang Diri Hentak..........kaki
Sedia Buka barisan..........gerak
Luruskan Barisan & Senang..........diri
Pandang Depan
Buka Barisan Tutup barisan..........gerak
Tutup Barisan Rehatkan..........diri
Hentak Kaki Kekanan..........lurus

2. Tuliskan bahasa hukuman dan praktiskan perbuatan kawad kaki berikut:

PERBUATAN KAWAD BAHASA HUKUMAN


Rehatkan Diri

Senang Diri

Sedia

Luruskan Barisan &


Pandang Depan

Buka Barisan

Tutup Barisan

Hentak Kaki

Berpusing ke kiri

Berpusing ke kanan

Berpusing ke belakang

1
MODUL AKTIVITI PASUKAN BADAN BERUNIFORM
__________________________________________________________________________________________

SEKOLAH RENDAH (MODUL 2) MASA

DARJAH 5 KAWAD KAKI 2 JAM

KAWAD DINAMIK

1. Tulis bahasa hukuman dan praktiskan perbuatan kawad kaki berikut sehingga mahir:

BIL PERBUATAN KAWAD BAHASA HUKUMAN


1 Berjalan
2 Berhenti
3 Tukar Langkah Semasa
Berjalan
4 Hormat ke Hadapan
5 Hormat ke Kanan
6 Hormat ke Kiri
7 Hormat Terima Sijil
8 Perlahan Jalan
9 Berhenti Semasa Perlahan
Jalan
10 Menghadap ke Kanan / Kiri
Semasa Perlahan Jalan

2. Isi tempat kosong dengan pilihan jawapan yang betul berkaitan aktiviti kawad kaki.

kreativiti kanan statik asas formasi bahu dinamik

a. Kawad kaki terbahagi kepada 2 iaitu kawad _______________________ dan

kawad _________________________.

b. Kawad asas terbahagi kepada 2 iaitu kawad _______________________ dan

kawad _______________________.

c. Perbuatan tabik hormat menggunakan tangan ____________________ sahaja.

d. Semasa cepat jalan, tangan lenggang hingga paras _____________________.

e. Kawad formasi bertujuan untuk mengasah ________________________ murid.

2
MODUL AKTIVITI PASUKAN BADAN BERUNIFORM
__________________________________________________________________________________________

SEKOLAH RENDAH (MODUL 2) MASA

DARJAH 6 KAWAD KAKI 2 JAM

UJIAN KEMAHIRAN KAWAD KAKI INDIVIDU

1. Latihan / ujian perbuatan kawad kaki

NAMA : ____________________________________________________________________

PERBUATAN KAWAD
BIL. HUKUMAN KAWAD OLEH KADET ( TANDA √ )
LULUS GAGAL
1. Rehatkan Diri
2. Senang Diri
3. Sedia
4. Luruskan Barisan & Pandang Depan
5. Buka Barisan
6. Tutup Barisan
7. Hentak Kaki
8. Berpusing ke kiri
9. Berpusing ke kanan
10. Berpusing ke belakang
11. Berjalan
12. Berhenti
13. Tukar Langkah Semasa Berjalan
14. Hormat ke Hadapan
15. Hormat ke Kanan
16. Hormat ke Kiri
17. Hormat Terima Sijil
18. Perlahan Jalan
19. Berhenti Semasa Perlahan Jalan
20. Menghadap ke Kanan / Kiri Semasa Perlahan Jalan
21. Pandang Kanan Semasa Perlahan Jalan
22. Tukar Langkah Perlahan Daripada Cepat Jalan
23. Tukar Langkah Cepat Daripada Perlahan Jalan

3
MODUL AKTIVITI PASUKAN BADAN BERUNIFORM
__________________________________________________________________________________________

SEKOLAH RENDAH (MODUL 2) MASA

NOTA GURU KAWAD KAKI 2 JAM

NOTA GURU

BIL AKTIVITI MASA


1. Penerapan Pendidikan Sivik (Nyanian Lagu Patriotik) 30 minit
Anggota kadet dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil pelbagai darjah
dan pelbagai kaum (10 orang). Setiap kumpulan menyanyikan lagu patriotik
(Warisan, Jalur Gemilang, Tanggal 31 Ogos, Barisan Kita).
(Nilai Sivik – kerjasama, Patriotik, hormat menghormati)

2. Guru menjalankan latihan praktikal kawad kaki mengikut tahap iaitu: 60 minit
i. Darjah 4 - Kawad Statik
ii. Darjah 5 - Kawad Dinamik
iii. Darjah 6 - Praktikal memberi hukuman (Kawad Statik
dan Dinamik)

3. i. Anggota kadet menyelesaikan tugasan mengikut tahap masing-masing 30 minit


(perbincangan).
ii. Wakil setiap kumpulan melaporkan hasil perbincangan kumpulan
masing-masing.

1. Tujuan aktiviti kawad kaki:


a. Memupuk sikap kerjasama dan saling bantu dalam satu pasukan.
b. Melatih diri bersifat tabah, sabar, bertolak ansur dan patuh kepada arahan.
c. Menanam pada diri sifat-sifat kepimpinan iaitu disiplin, tegas, peka, adil, amanah,
menepati masa, kreatif dan sebagainya.
d. Melahirkan warganegara yang sihat, cergas, ceria dan cemerlang.

2. Kawad kaki terbahagi kepada 2 jenis iaitu Kawad Asas dan Kawad Formasi

a. Kawad Asas

Pergerakan kawad kaki berdasarkan ketetapan daripada pasukan bandan induk masing-
masing yang wajib dipatuhi dan dituruti. Perilaku mengubahsuai bahasa hukuman dan
pergerakan kawad mengikut cara sendiri merupakan satu kesalahan.

Kawad asas terbahagi kepada 2 elemen iaitu:

4
MODUL AKTIVITI PASUKAN BADAN BERUNIFORM
__________________________________________________________________________________________
Kawad Statik - Pergerakan kawad di tempat anggota berdiri (Contoh :
Luruskan Barisan, Pusing Ke Kiri / Kanan)

Kawad Dinamik - Perbuatan kawad dilakukan dengan diiringi pergerakan


berjalan (Hormat, tukar langkah dan sebagainya)

b. Kawad Formasi
Kawad formasi merupakan elemen pergerakan kawad kaki yang diperkenalkan dalam
pertandingan kawad kaki anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia. Kawad formasi atau
juga dikenali kawad senyap lebih menjurus kepada persembahan kawad di mana dalam
kategori ini anggota-anggota pasukan dapat mempamerkan kreativiti dan keunikan
pasukan masing-masing di samping mengekalkan pergerakan kawad kaki.

Contoh bentuk / corak Kawad Formasi


a. Formasi Bentuk Anak Panak
b. Formasi Bentuk Segi Empat Tepat Segi Empat Sama
c. Formasi Dalam 4 Barisan
d. Formasi Bentuk Diamod
e. Formasi Bentuk Bulatan

3. Ciri-ciri ketua perbarisan (Ketua Platun)


a. Bersifat tegas, adil dan saksama
b. Mempunyai disiplin dan sahsiah yang tinggi
c. Menunjukkan contoh teladan yang baik
d. Sentiasa berpakaian kemas dan mematuhi peraturan
e. Sentiasa peka dan prihatin dengan keadaan semasa

4. Nilai-nilai murni ketika aktiviti kawad kaki


a. Bekerjasama
b. Peka dan tidak berkhayal
c. Saling membantu
d. Sabar dan tabah

5. Bahasa Hukuman Kawad Kaki Statik Dan Dinamik

KAWAD STATIK

Perbuatan Kawad Bahasa Hukuman


Rehatkan Diri Rehatkan……….. diri
Senang Diri Senang………. diri
Sedia Skuad………. sedia
Luruskan Barisan & Pandang Depan Kekanan………. lurus, Pandang… depan
Buka Barisan Buka barisan………. gerak
Tutup Barisan Tutup barisan………. gerak
Hentak Kaki Hentak………. kaki
Berpusing ke kiri Bergerak ke kiri bertiga-tiga, ke kiri……. pusing
Berpusing ke kanan Bergerak ke kanan bertiha-tiga,ke kanan…….
5
MODUL AKTIVITI PASUKAN BADAN BERUNIFORM
__________________________________________________________________________________________
pusing
Berpusing ke belakang Menghadap ke belakang bertiga-tiga , ke
belakang……. pusing

KAWAD DINAMIK

Perbuatan Kawad Bahasa Hukuman


Berjalan Dari kiri / kanan, cepat jalan
Berhenti Skuad………henti
Tukar Langkah Semasa Berjalan Tukar langkah semasa berjalan, tukar langkah (3x)
Hormat ke Hadapan Hormat ke hadapan ………. hormat
Hormat ke Kanan Hormat ke kanan ………. hormat
Hormat ke Kiri Hormat ke kiri ………. hormat
Hormat Terima Sijil Selaku terima sijil, hormat kehadapan ……hormat
Perlahan Jalan Dari kiri/kanan, perlahan……….jalan
Berhenti Semasa Perlahan Jalan Skuad……… henti
Bergerak ke Kanan / Kiri Semasa Bergerak ke kanan/kiri, ke belakang………. pusing
Perlahan Jalan
Pandang Kanan Semasa Perlahan Jalan Pandang……….kanan
Tukar Langkah Perlahan Daripada Cepat Tukar langkah perlahan, perlahan………. jalan
Jalan
Tukar Langkah Cepat Daripada Tukar langkah cepat, cepat………. jalan
Perlahan Jalan

7. Bahasa Hukuman Panggilan Masuk Baris

Dengar sini semua sekali, apabila mendapat hulkuman, “Tiga Barisan Di hadapan Saya
Gerak”, skuad hendaklah bersedia, berlari, berbaris, dalam tiga barisan, di hadapan, di
tengah-tengah, di mana saya mengahadap. Faham itu skuad (3x)
Tiga barisan di hadapan saya…….gerak.

8. Khutbah Kawad
Assalamualaikum / Selamat pagi skuad
Pagi ini saya akan mengawadkan skuad.
Hukuman yang salah jangan dibuat.
Hukuman saya yang betul hendaklah dibuat dengan baik dan cergas
Faham itu skuad

9. Paras ada 4 jenis iaitu


a. Tinggi di Kiri dan Kanan, Rendah di Tengah
b. Rendah di Kiri dan Kanan, Tinggi di Tengah
c. Tinggi di Kanan, Rendah di Kiri
d. Rendah di Kanan, Tinggi di Kiri

Paraskan Skuad (Tinggi di Kiri dan Kanan, Rendah di Tengah)

6
MODUL AKTIVITI PASUKAN BADAN BERUNIFORM
__________________________________________________________________________________________
a. Yang tinggi ke kanan, rendah ke kiri, dalam 1 barisan……… paras
b. Dari kanan……….. nombor
c. Nombor ganjil, 1 langkah ke hadapan, nombor genap 1 langkah ke belakang……….
Gerak.
d. Orang yang kanan sekali diam.
e. Nombor ganjil pusing ke kanan, genap pusing ke kiri, barisan, kanan dan kiri………
pusing.
f. Jadikan….. 3 barisan….. Cepat jalan.

Paraskan Skuad (Rendah Di Kiri dan Kanan, Tinggi di Tengah)


a. Yang rendah ke kanan, tinggi ke kiri, dalam 1 barisan……… paras
b. Dari kanan……….. nombor
c. Nombor ganjil, 1 langkah ke hadapan, nombor genap 1 langkah ke belakang……….
Gerak.
d. Orang yang kanan sekali diam.
e. Nombor ganjil ke kanan, nombor genap ke kiri, barisan, kanan dan kiri……… pusing.
f. Jadikan….. 3 barisan….. Cepat jalan.

Tinggi Di Kanan, Rendah Di Kiri


a. Yang tinggi ke kanan, rendah ke kiri, dalam 1 barisan……… paras
b. Orang yang kanan sekali diam, yang lain bergerak ke kanan dalam satu barisan.
Kanan…….pusing.
c. Jadikan….. 3 barisan….. Cepat jalan.

Rendah Di Kanan, Tinggi Di Kiri


a. Yang rendah ke kanan, tinggi ke kiri, dalam 1 barisan……… paras
b. Orang yang kanan sekali diam, yang lain bergerak ke kanan dalam satu barisan.
Kanan…….pusing.
c. Jadikan….. 3 barisan….. Cepat jalan.

You might also like