Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Apa itu FIE

Program FIE ataupun lebih dikenali sebagai Feuerstein’s Instrumental Enrichment Program merupakan
satu rangkaian tugas yang berfokus pada perkembangan kemahiran berfikir secara berlangsung. Program
ini diasaskan oleh Reuven Feuerstein dan rakan-rakannya, di mana program ini mula dilaksanakan pada
tahun 1970an. Reuven Feuerstein, seorang psikologi klinikal, perkembangan, dan kognitif dari Israel,
merupakan pengasas dan pengerusi Institut Feuerstein. Beliau percaya bahawa setiap manusia
mempunyai keunikan kecenderungan untuk berubah atau diubah dalam struktur fungsi kognitif mereka

Program FIE pada asalnya merupakan suatu program intervensi kognitif yang dapat
meningkatkan pencapaian dan pembelajaran pada kadar yang signifikan, justeru, ia dapat diaplikasikan
dalam kurikulum bilik darjah, dan direka untuk meningkatkan keperluan fungsi kognitif untuk
pembelajaran akademik dan pencapaian. Kini, FIE telah diaplikasikan dalam institut-institut di seluruh
dunia untuk membantu memperkembangkan kecerdasan supaya bersifat dinamik dan boleh diubahsuai.

Menurut Michal Kozubík et. al (2017), pengasas program FIE melihat program ini sebagai
instrumen inklusi atau sebagai alat pengenalan untuk menyediakan kanak-kanak menghadapi bidang
sosial mahupun pendidikan. Walau bagaimanapun, program FIE telah dirancangkan dalam dua bentuk,
iaitu Standard Program dan Basic Program. Aktiviti IE asas dirancang untuk murid sekolah rendah yang
lebih muda, manakala aktiviti IE Standard bertujuan untuk murid sekolah rendah dan menengah yang
lebih tua.

Program FIE mengandungi 14 instrumen yang dibina untuk memperkembangkan fungsi kognitif
yang tertentu. Keempat belas instrumen yang dibina ini telah dirancang dengan lebih berstruktur,
terutamanya dalam aspek kerumitan dan abstrak. Kesemua instrumen ini bebas daripada subjek,
merangkumi kertas dan pensil, malah setiap instrumen memberi tumpuan kepada fungsi kognitif tertentu.
Tahap kesukaran tugas akan meningkat secara beransuran. Dengan berpandukan tugas-tugas ini, pelajar
mengembangkan strategi untuk menyelesaikan masalah yang dapat mereka terapkan dalam kehidupan
seharian.

Program IE bertujuan untuk membetulkan kekurangan kemahiran berfikir asas, memberi konsep,
kemahiran, strategi, murid, operasi dan teknik yang diperlukan untuk berfungsi sebagai pelajar bebas,
meningkatkan motivasi mereka dan mengembangkan metakognisi, ataupun dikenali sebagai “belajar cara
pembelajaran” (Feuerstein R, Feuerstein RS, Falik L,Rand Y, 2006)

Selain itu, pengasas program yakin bahawa pelajar pada dasarnya akan mengembangkan
kemahiran berfikir di luar konteks bidang arahan khusus sehingga mewujudkan pemindahan fikiran yang
lebih luas. Rentetan daripada itu, program FIE turut yakin bahawa pendidik wajar mengajar pelajar untuk
berfikir tentang pemikiran mereka sendiri, dan bertindak berdasarkan kesimpulan dalam pemikiran
tersebut. Dalam program FIE, kaedah “Mediated learning Experience” ataupun MLE digunakan.
Menurut Feuerstein (1981), fokus program ini bukan sahaja dalam bidang intervensi pendidikan khusus
kanak-kanak istimewa, malah menjadi suatu pemahaman dan pemulihan untuk pelajar yang bersifat low
modifiability. Menurut Todor Otilia (2013), dalam program FIE, Feuerstein telah menetapkan tiga tahap
pemprosesan maklumat dalam fungsi kognitif, iaitu input, production dan output.

Secara kesimpulannya, FIE lebih berfokus pada perkembangan kemahiran proses mental dan
motivasi intrinsik, supaya keberkesanan fungsi kognitif dapat digerakkan untuk berfungsi secara
produktif dan cekap dengan fleksibiliti.

Feuerstein, R., Feuerstein, R.S., Falik, L., Rand, Y. (2006). The Feuerstein Instrumental Enrichment
Program, ICELP PUBLICATIONS: Jerusalem, Israel.

Seabil, J. (2012). Feuerstein’s Mediated Learning Experience As A Vehicle for Enhancing Cognitive
Functioning of Remedial School Learnersin South Africa: Australian Journal of Educational &
Developmental Psychology. Vol 12: 35-45.

Todor Otilia (2014). The Role of Feuerstein's Instrumental Enrichment Program in the Cognitive
Development of Children with Mental Deficiencies. Retrieved 30 Ogos 2020, daripada
https://reader.elsevier.com/reader/sd/pii/S187704281305427X?
token=5441B24C1F88DE30FFCB0E6C0C656B8792EDA2F018D4740053C0308622DEB576
0A3B8DEB78B21C846EED00EB65BF519F

You might also like