Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 30

PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 1 (KPD3016)

TUGASAN 6
PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD)

NAMA PENSYARAH:
PROFESOR MADYA DR. NORAINI BINTI ISMAIL

NAMA PELAJAR : SANIAH BINTI RAZI


NO.MATRIK: D20181082412
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
(PENDEKATAN BERPUSATKAN PELAJAR)
Tema : Akademik (Motivasi)
Tajuk : Jadual Belajar
Sub topik : 1. Defini jadual belajar
2. Kepentingan jadual belajar
3. Perkara yang perlu dipertimbangkan ketika merancang jadual belajar
4. Cara membuat jadual belajar
5. Kepatuhan pelajar terhadap jadual belajar
Tempoh : 40 minit
Tingkatan : Tingkatan 1
Model pengajaran : Model Konstraktivisme
Objektif pembelajaran :
1) Menyenaraikan kepentingan jadual belajar kepada pelajar
2) Mengenalpasti perkara yang perlu dipertimbangkan ketika menyediakan jadual belajar
3) Menerangkan cara/teknik membuat jadual belajar mengikut langkah yang betul
4) Menyenaraikan bagaimana pelajar patuh terhadap jadual belajar yang dibuat
Hasil pembelajaran :
1. Mendefinisi jadual belajar
2. Menerangkan kepentingan jadual belajar
3. Menganalisis perkara yang perlu dipertimbangkan untuk menghasilkan jadual belajar
4. Mengaplikasikan teknik membuat jadual belajar yang effektif
5. Merancang aktiviti yang perlu diberikan keutamaan semasa membina jadual belajar
6. Mengesan bagaimana pelajar patuh terhadap jadual belajar
Fasa (Masa) Isi kandungan Aktiviti pengajaran & pembelajaran Catatan
Set Induksi Pegenalan jadual belajar Strategi/teknik
(5 minit) 1) Menggunakan laptop dan LCD, guru menayangkan video yang • tayangan video
terdapat didalam youtube youtube
2) Guru akan bersoal jawab dengan murid tentang video tersebut
Kemahiran saintifik :
3) Guru menguji pengetahuan sedia ada murid berkaitan video
• memberi tumpuan
yang ditayangkan. • menjana idea
4) Guru akan mengaitkan objektif pembelajaran dengan video • komunikasi
tersebut
5) Guru menyatakan hasil pembelajaran kepada pelajar Nilai murni :
• Mendefinisi jadual belajar • berani
• Menerangkan kepentingan jadual belajar
• Menganalisis perkara yang perlu dipertimbangkan untuk
menghasilkan jadual belajar
• Mengaplikasikan teknik membuat jadual belajar yang
effektif
• Merancang aktiviti yang perlu diberikan keutamaan semasa
membina jadual belajar
• Mengesan langkah bagaimana patuh terhadap jadual belajar

https://youtu.be/L63GPW8ESeA

Pencetusan Definisi jadual belajar 1. Guru menyatakan definisi jadual belajar Teknik/ strategi:
idea -Satu jadual yang 2. Guru meminta pelajar membentuk satu kumpulan seramai 4 ▪ Perbincangan dalam
(10 minit) menyusun atur aktiviti orang dan setiap kumpulan akan diberikan kertas majong dan kumpulan
seharian pelajar dalam marker. ▪ Bersoal jawab
keadaan tersusun dan 3. Guru meminta pelajar untuk menghasilkan satu peta minda
seimbang berkaitan kepentingan jadual belajar Kemahiran saintifik :
4. Menggunakan power point, guru menunjukkan beberapa ▪ Menjana idea
Jadual contoh peta minda yang dapat digunakan oleh pelajar ▪ Kreativiti
Jadual merupakan susunan 5. Guru memminta wakil pelajar untuk mengambil kertas majong
acara mengikut masa yang dan maker pen
ditentukan 6. Pelajar akan bekerjasama dalam kumpulan untuk mengenal Nilai murni :
pasti berkaitan kepentingan jadual belajar. ▪ Kerjasama
Belajar 7. Setelah selesai, setiap kumpulan perlu membentangkan hasil
Belajar merupakan dapatan mereka di hadapan kelas
perubahan dalam
kepribadian yang (lampiran 2)
dimanifestasikan sebagai
suatu pola respon yang
berbentuk keterampilan,
sikap, kebiasaan,
kecekapan atau
pemahaman

Menerangkan kepentingan
jadual belajar
Pelajar dapat menilai
kembali perkara yang
telah dilakukan

membantu pelajar
mengurus masa dengan
cara yang berkesan dan
memberikan faedahpaling
optimum

melatih mendisiplinkan
diri untuk menepati masa
mempelbagaikan aktiviti
yang perlu dilakukan
dengan lebih terancang

mengelakkan sifat suka


bertangguh untuk
melakuka sesuatu perkara

mengimbangkan
pembahagian masa
dengan lebih teratur

Penstrukturan Menganalisis perkara 1. Guru menayangkan power point yang mengandungi Teknik/strategi
semula idea yang perlu pernyataan dan masalah yang dihadapi oleh seorang pelajar ▪ Power point
(10 minit) dipertimbangkan ketika ketika menghasilkan jadual belajar ▪ Perbincangan
menghasilkan jadual
2. Melalui pernyataan tersebut, guru meminta setiap kumpulan
belajar Kemahiran:
mengenalpasti perkara yang perlu di pertimbangkan ketika ▪ Memberi tumpuan,
Tentukan tujuan matlamat menghasilkan jadual belajar. ▪ Kemahiran berfikir
dan objektif jadual belajar 3. Guru akan meminta setiap kumpulan untuk berkongsi perkara
yang dibina yang mereka kenal pasti melalui pernyataan tersebut Nilai murni :
4. Guru akan membantu dan menambah perkara yang perlu ▪ Kerjasama
Senaraikan aktiviti yang terhadap hasil pembentangan
sesuai dengan tujuan dan
objektif jadual belajar
Lampiran 3
Nyatakan mata pelajaran
yang dipelajari dan susun
mengikut keutamaan

Pertimbangkan jumlah
masa yang perlu
diperuntukan bagi setiap
aktiviti atau mata
pelajaran

Aplikasi idea Merancang jadual belajar 1. Guru menerangkan teknik membuat jadual belajar secara Kemahiran saintifik :
(10 minit) mengikut teknik yang ringkas ▪ Kemahiran
betul 2. Guru akan memberikan lembaran kerja yang mengandungi merancang
▪ Komunikasi
jadual kosong untuk menguji kefahaman pelajar terhadap
menyenaraikan langkah-
langkah yang perlu di penerangan yang diberikan Nilai murni :
lakukan untuk patuh 3. Setiap pelajar perlu merancang dan membuat jadual belajar ▪ Kejujuran
terhadap jadual belajar mereka mengikut teknik yang betul ▪ berdisiplin
4. Guru akan memantau pergerakan pelajar ketika merancang
jadual belajar
5. Setelah selesai, guru meminta pelajar untuk memikirkan
langkah-langkah yang perlu dilakukan agar pelajar dapat
mematuhi jadual belajar yang dibina.
6. Berlaku soal jawab antara guru dan pelajar
Lampiran 4

Refleksi Rumusan pengajaran 1. Guru meminta pelajar untuk memberikan maklum balas Teknik/strategi
(5 minit) berkaitan proses pengajaran pada hari ini ▪ Penerangan semula
2. Guru membimbing pelajar untuk membuat refleksi atau ▪ Membuat rumusan
rumusan berkaitan pengajaran dan pembelajaran pada hari ini
3. Guru menyatakan semula hasil pembelajaran kepada pelajar Kemahiran
• Mendefinisi jadual belajar ▪ Maklum balas
• Menerangkan kepentingan jadual belajar
• Menganalisis perkara yang perlu dipertimbangkan untuk
menghasilkan jadual belajar
• Mengaplikasikan teknik membuat jadual belajar yang
effektif
• Merancang aktiviti yang perlu diberikan keutamaan semasa
membina jadual belajar
• Mengesan langkah bagaimana patuh terhadap jadual
belajar
4. Guru merumuskan secara keseluruhan proses pengajaran dan
pembelajaran
Lampiran 1

https://youtu.be/L63GPW8ESeA
video ini berkaitan pengurusan masa iaitu membina jadual waktu yang sesuai. Melalui video ini terdapat beberapa perkara yang perlu di masukkan
di dalam jadual belajar. Sebagai contoh, melalui video ini terdapat masa untuk belajar, berehat, membuat rekreasi, melayari internet. Oleh itu,
melalui video tersebut dapat saya simpulkan bahawa jadual belajar yang baik, perlu ada masa untuk diri dan masa untuk belajar. Selain itu, pelajar
juga perlu membahagikan masa untuk belajar secara lebih terperinci seperti menetapkan matapelajaran yang perlu diulangkaji dan membuat kerja
sekolah.
Lampiran 2
(power point : https://drive.google.com/file/d/1hRqr0cEfDJ1DAW68NiUIrGb4__zk8U60/view?usp=sharing)
(membuat satu peta minda berdasarkan kreativiti pelajar)
Contoh peta minda yang boleh digunakan oleh pelajar untuk menyenaraikan hasil perbincangan tentang kepentingan jadual belajar dalam bentuk
peta minda yang lebih kreatif.

Merker pen Kertas mahjong


Lampiran 3
Power point : https://drive.google.com/file/d/1hRqr0cEfDJ1DAW68NiUIrGb4__zk8U60/view?usp=sharing
Lampiran 4 (https://drive.google.com/file/d/1hRqr0cEfDJ1DAW68NiUIrGb4__zk8U60/view?usp=sharing)
Penerangan guru berkaitan teknik jadual belajar
Lembaran kerja yang diberikan oleh guru kepada pelajar (jadual kosong yang perlu dilengkapkan oleh pelajar)
PENTAKSIRAN BILIK DARJAH
1. Pemilihan Kaedah Pentaksiran dalam PdP
i. Kaedah pentaksiran secara pemerhatian (rekod berterusan)

Nama Atiqah Irdina Binti Ahmad fauzi Umur 13 tahun


Pemerhati Saniah Binti Razi Kelas Tingkatan 1 Agathis
Tarikh 21 December 2020 Masa 10:00 -10:10 pagi
Objektif Pembelajaran Menyenaraikan kepentingan jadual belajar kepada pelajar

Catatan/ Pemerhatian ulasan


Atiqah Irdina telah dilantik untuk menjadi ketua kumpulan untuk melaksanakan aktiviti
pembentangan berkaitan kepentingan jadual belajar. Melalui aktiviti ini pelajar diminta untuk
bekerjasama dalam kumpulan untuk menghasilkan satu peta minda berkaitan kepentingan jadual
belajar. Oleh itu, selaku ketua kumpulan yang telah di lantik oleh ahli kumpulan, Atiqah Irdina
telah melaksanakan tugasnya dengan mengambil bahan-bahan yang diperlukan untuk
menghasikan peta minda tersebut. Seterusnya, Atiqah Irdina juga membahagikan tugas yang
perlu di lakukan oleh ahli kumpulannya. Sebagai contoh, Atiqah Irdina membahagikan tugas Afiqah Irdina mempunyai sifat
membuat atau menulis peta minda, menyenaraikan isi tentang kepentingan jadual belajar. Atiqah kepimpinan dan adil ketika
Irdina turut bekerjasama dengan ahli kumpulan untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh membahagikan tugas kepada ahli
guru. kumpulan.
Afiqah Irdina sangat mengamalkan
basmalah ketika hendak memulakan
Atiqah Irdina Siapa yang nak menulis isi yang telah kita bincangkan bersama
sesuatu perkara.
Amirah Saya nak Afiqah Irdina seorang yang sangat
Ali Saya nak tolong lukiskan peta minda bersemangat dan bertanggungjawab
Atiqah Irdina Ok baiklah..... saya, Amirah dan rakan yang lain akan berbincang dalam menjalankan tanggungjawab yang
bersama-sama untuk mencari kepentingan jadual belajar diberikan sebagai ketua kumpulan
kepada pelajar.
Afiqah Irdina juga seorang yang mampu
Sebelum memulakan perbincangan, Atiqah Irdina memulakan perbincangan dengan basmalah. bertanggungjawab dengan rakan-
Setelah selesai berbincang berkaitan kepentingan jadual belajar, Atiqah Irdina menawarkan diri rakannya
untuk membentangkan peta minda kepentingan jadual belajar yang telah siap kepada para pelajar
di dalam kelas.

Atiqah Irdina : jika semua setuju, saya sudih untuk membentangkan tugasan yang kita
telah siapkan.

Siti : boleh, terima kasih Atiqah


ii. Kaedah pentaksiran secara lisan antara murid dengan murid
Pentaksiran berlaku semasa proses perbincangan jawapan dan soal jawab antara murid tentang perkara yang telah dikenalpasti dalam petikan
ayat melalui power point yang ditayangkan. Sesi perbincangan jawapan berlaku antara kumpulan dengan kumpulan yang lain. Proses
perbincangan dan soal jawab antara murid dapat membantu murid untuk menilai kendiri mereka terhadap proses pengajaran dan pembelajaran.

Mata pelajaran Bimbingan dan kaunseling


Objektif pembelajaran Mengenalpasti perkara yang perlu dipertimbangkan ketika menyediakan jadual belajar
Penerangan aktiviti :
Murid akan duduk dalam kumpulan dan berbincang berkaitan petikan yang ditayangkan di power point. Melalui power point yang
ditayangkan, murid-murid perlu mengenalpasti perkara yang perlu diberikan pertimbangan ketika merancang jadual belajar. Setelah siap,
setiap kumpulan di minta untuk berkongsi jawapan atau hasil kerja mereka kepada murid atau ahli kumpulan yang lain. Perkara ini secara
tidak langsung akan wujud perbincangan dengan kumpulan yang lain dan sesi soal jawab turut berlaku. Sepanjang aktiviti, guru akan
menjadi fasilitator kepada murid-murid. Murid-murid atau ahli kumpulan lain boleh memberikan komen atau maklum balas terhadap
jawapan atau hasil kerja daripada rakan-rakan dari kumpulan yang lain.
iii. Kaedah pentaksiran secara penulisan (lembaran kerja bentuk jadual)
Guru dapat mengesan kefahaman murid tentang kandungan pembelajaran selepas PdP dijalankan
Mata pelajaran Bimbingan dan Kaunseling
Objektif pembelajaran Mengaplikasikan teknik membuat jadual belajar yang effektif

Aktiviti :
Guru menunjukkan power point yang mengandungi perkara yang perlu dilakukan ketika merancang jadual belajar. Seterusnya guru akan
mengedarkan lembaran kerja yang mengandungi jadual kosong untuk menguji kefahaman pelajar terhadap proses pembelajaran dan
pengajaran.

Arahan :
Murid dikehendaki untuk merancang jadual belajar mereka mengikut teknik yang betul. Jadual belajar yang dirancang perlu sesuai dengan
objektif dan matlamat jadual belajar, mempunyai peruntukan masa yang sesuai dengan aktiviti yang dirancang, mengandungi masa untuk
belajar dan mengulangkaji serta mempunyai masa untuk melakukan aktiviti riadah.
JADUAL BELAJAR ANDA
Nama Murid :_________________________

Masa
Hari

Isnin

Selasa

Rabu

Khamis

Jumaat

Sabtu

Ahad
2. Perancangan Pentaksiran Tugasan Autentik Mengikut Aras Kesukaran

Perancangan pentaksiran tugasan autentik mengikut aras kesukaran ialah saya memilih intsrumen soalan respon terbuka untuk melaksanakan
pentaksiran ke atas tugasan murid-murid. Fokus pentaksiran tugasan autentik ialah kemahiran analitik, kebolehan mengintegrasi pembelajaran,
kolaboratif antara murid-murid sepanjang menyiapkan tugasan yang diberikan, serta ekspresi bertulis dan komunikasi. Seterusnya, saya
memilih jenis skor yang sesuai dengan objektif pengajaran saya. Pentaksiran ini, saya menggunakan skala 1-4 iaitu (4) sangat setuju, (3) setuju,
(2) tidak setuju, dan (1) sangat tidak setuju. Berikut merupakan pentaksiran tugasan autentik:

Nama Atiqah Irdina Binti Ahmad fauzi Umur 13 tahun


Pemerhati Saniah Binti Razi Kelas Tingkatan 1 Agathis
Tarikh 21 Disember 2020 Masa 10:00 am- 10:40 am
OBJEKTIF PEMBELAJARAN 1) Menyenaraikan kepentingan jadual belajar kepada pelajar
2) Mengenalpasti perkara yang perlu dipertimbangkan ketika menyediakan jadual belajar
3) Menerangkan cara/teknik membuat jadual belajar mengikut langkah yang betul
4) Menyenaraikan bagaimana pelajar patuh terhadap jadual belajar yang dibuat

SKOR
Bil PERKARA
1 2 3 4
1 Tugasan pembelajaran saya melibatkan kerjasama dengan murid lain
2 Saya dapat bekerjasama dengan ahli kumpulan dengan baik
3 Ahli dalam kumpulan dapat memberikan kerjasama dengan baik
4 Melalui aktiviti perbincangan dalam kumpulan, saya dapat memahami proses pengajaran dengan baik
5 Ahli kumpulan saya sangat membantu saya untuk memahami setiap tajuk yang diajar oleh guru
Sepanjang menyiapkan tugasan yang diberikan, saya dan rakan ahli kumpulan saling tolong menolong antara
6
satu sama lain,
7 Ketika proses perbincangan, saya dapat mendengar pendapat ahli lain
8 Saya bebas menyuarakan pendapat dalam kumpulan ketika proses perbincangan berlaku
9 Saya dapat berkomunikasi dengan baik ketika berada dalam kumpulan saya
10 Melalui sesi perbincangan yang di lakukan membolehkan saya untuk belajar pelbagai perkara
11 Aktiviti yang dilakukan oleh guru di dalam kelas sangat baik dan sangat berguna
Pendekatan berpusatkan pelajar yang diaplikasikan oleh guru, membolehkan saya dan rakan-rakan bebas
12 untuk berbincang dan lebih yakin ketika memberikan idea kerana kami dapat menyampaikan idea dengan
bebas
13 Saya dapat melibatkan diri secara aktif dalam kumpulan
14 Melalui perbincangan dalam kelas saya dapat berinteraksi dengan murid-murid lain dengan lebih baik
Saya dapat mencari cara atau cadangan untuk meningkatkan penguasaan saya dalam pengajaran dan
15
pembelajaran

*petunjuk
1- sangat tidak setuju
2-tidak setuju
3- setuju
4-sangat setuju
3. Langkah-Langkah Untuk Melaksanakan Pentaksiran Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Yang Dirancang

Gambar 1
i. Merancang pdp dan kaedah pentaksiran
Langkah-langkah melaksanakan pentaksiran dalam pengajaran dan pembelajaran yang dirancang ialah pertama merancang PdPc dan
kaedah pentaksiran. Perancangan pdp dan kaedah pentaksiran, guru perlu menentukan objektif pembelajaran yang perlu dicapai oleh
murid dan yang hendak ditaksir oleh guru. Melalui perkara tersebut saya telah menentukan objektif pembelajaran dan memastikan objektif
pembelajaran selari dengan Standard Kandungan dan Standard pembelajaran yang telah dikenal pasti. Saya telah mengenal pasti beberapa
kaedah pentaksiran yang sesuai untuk di laksanakan dalam pdp iaitu kaedah petaksiran secara pemerhatian, lisan dan penulisan. Kaedah
pentaksiran ini bergantung dengan objektif pembelajaran yang ingin ditaksir dan bersesuaian dengan kemampuan murid.

ii. Melaksanakan PdP & Pentaksiran

Saya telah mengaplikasikan kaedah pentaksiran secara lisan, kaedah bertulis, dan kaedah pemerhatian untuk melaksanakan pentaksiran
dalam pdp. Bagi aktiviti pertama saya telah menggunakan kaedah pentaksiran secara pemerhatian dan instrumen pentaksiran yang
digunakan ialah instrumen rekod berterusan. Kaedah pentaksiran ini dipilih kerana aktiviti pertama melibatkan kerja kumpulan yang
mengkehendaki para pelajar untuk menghasilkan satu peta minda tentang kepentingan jadual belajar. Melalui aktiviti ini juga para pelajar
perlu bekerjasama dalam kumpulan untuk menghasilkan peta minda tersebut. Oleh itu, melalui pentaksiran yang digunakan membolehkan
guru untuk membuat pemerhatian tentang aspek seperti sikap dan perlakuan atau amalan yang digunakan oleh ketua kumpulan dan ahli
kumpulan sepanjang bekerjasama untuk menghasilkan peta minda tersebut. Melalui pentaksiran ini juga membolehkan guru melihat
kemahiran bersosial para pelajar ketika bekerjasama dalam kumpulan.

Seterusnya, bagi aktiviti PdP ke-2 saya menggunakan kaedah pentaksiran secara lisan antara murid dengan murid. Pentaksiran ini
dapat dilakukan apabila murid-murid melakukan aktiviti soal jawab dan perbincangan berkaitan perkara yang telah dikenalpasti melalui
power point yang di tunjukkan oleh guru di hadapan kelas. Apabila murid-murid mula membincangkan jawapan mereka kepada murid-
murid di dalam kelam kelas secara tidak langsung berlaku soal jawab dan murid-murid akan mendengan dan memberikan maklum balas
terhadap perkara yang dibincangkan. Guru dapat melakukan pentaksiran dari segi aspek kefahaman konsep murid-murid terhadap proses
pembelajaran dan murid-murid juga dapat ditaksir melalui pengetahuan fakta tentang pdp yang dijalankan. Perkara ini secara tidak
langsung guru dapat mentaksir pertuturan dan sikap murid-murid ketika sesi pebincangan atau soal jawab berlaku.

Aktiviti pdp yang ke-3 saya telah melaksanakan kaedah pentaksiran secara penulisan (lembaran kerja bentuk jadual). Pentaksiran
ini bertujuan untuk melihat tahap perkembangan intelek dan kemahiran murid-murid dari sudut menyusun idea, menilai dan mencipta
jadual belajar dengan teknik yang betul. Melalui tugasan ini murid-murid dapat mengaplikasikan kefahaman mereka dengan menyusun
idea mereka tentang aktiviti yang perlu diberikan keutamaan ketika merancang jadual belajar. Guru dapat mentaksir bagaimana murid
menilai dan mempertimbangkan peruntukan masa dan aktiviti yang perlu diberikan keutamaan ketika mereka merancang jadual belajar.
Perkara ini dapat dilihat dan ditaksir melalui jadual belajar yang dicipta dan dirancang oleh murid-murid dengan mengaplikasikan
kefahaman dan pengetahuan mereka.

iii. Merekod & Menganalisis penguasaan murid

Merekod merupakan aktiviti mencatat maklumat secara sistematik berkaitan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan penguasaan murid.
Merekod dan menganalisis penguasaan murid telah dilakukan dengan menggunakan skor atau memberi markah kepada pelajar. Saya telah
merujuk pdf panduan pelaksanaan pentaksiran bilik darjah dan template yang digunakan untuk merekod tahap penguasaan murid telah
diubah suai bagi membuat keselarasan dengan objektif pengajaran. Selain itu, aktiviti merekod dapat dilaksanakan dari semasa ke semasa
dan dapat dilakukan kemas kini agar maklumat yang menyeluruh tentang penguasaan pembelajaran murid dapat dikumpul. Seterusnya,
maklumat yang dikumpul dapat di simpan dan guru dapat membuat rujukan semula tentang pembelajaran murid. Bagi tindakan susulan,
guru perlu melakukan analisis dan mentafsir maklumat yang telah direkod bagi tujuan tindakan susulan dan pelaporan.
iv. Perlu tingkatkan tahap penguasaan
Kemampuan murid-murid untuk memahami dan menguasai pengajaran yang disampaikan adalah berbeza-beza mengikut murid-murid
tersebut. Ketika menjalankan pentaksiran, guru dapat mengenal pasti murid yang telah menguasai atau murid yang belum memahami
perkara yang dipelajari. Oleh itu, melalui keputusan pentaksiran yang dilakukan, guru dapat melaksanakan tindakan susulan yang sesuai
untuk meningkatkan tahap penguasaan setiap murid.

v. Melaporkan tahap penguasaan


Seterusnya, guru melakukan pelaporan tahap penguasaan kepada pihak berkepentingan seperti ibubapa. Pelaporan merujuk kepada proses
penyampaian maklumat pentaksiran dari semasa ke semasa yang merangkumi kemajuan dan pemerolehan pengetahuan, penguasaan
kemahiran, penerangan nilai, pembangunan sikap dan pencapaian murid. Perkara ini perlu di laporkan bagi membolehkan murid, pihak
sekolah dan ibubapa mengambil tindakan susulan yang sewajarnya dengan tahap pencapaian murid-murid. Guru juga dapat melakukan
rujukan dan mengenalpasti aspek kekuatan dan kelemahan bagi menambah baik Pdp. Guru dapat melaporkan perkembangan dan
kemajuan murid secara lisan atau bertulis. Berikut merupakan laporan perkembangan dan kemajuan murid :
NAMA SEKOLAH Logo Sekolah

BIMBINGAN DAN KAUNSELING


Nama Murid ATIQAH IRDINA BINTI AHMAD FAUZI
No.ic 070219-12-6665
Jantina P
Kelas Tingkatan 1 Agathis
Nama Guru SANIAH BINTI RAZI
Tarikh Pelaporan 23 DISEMBER 2020

Tahap Penguasaan keseluruhan

Berikut adalah pernyataan Murid berkebolehan memberikan justifikasi secara menyeluruh terhadap tindakan yang diakukan dalam
bagi tahap penguasaan kehidupan harian berdasarkan pengetahuan, kemahiran dan nilai daripada kandungan yang dipelajari
keseluruhan

Mata Tahap
Kemahiran Tafsiran
Pelajaran Penguasaan
Murid menggunakan pengetahuan dan melaksanakan sesuatu kemahiran
Menyenaraikan kepentingan
5 pada situasi baharu dengan mengikut prosedur atau secara analitik dan
jadual belajar kepada pelajar
sistematik serta tekal dan bersikap positif
Bimbingan Mengenalpasti perkara yang Murid menggunakan pengetahuan dan melaksanakan sesuatu kemahiran
dan perlu dipertimbangkan ketika 5 pada situasi baharu dengan mengikut prosedur atau secara analitik dan
kaunseling menyediakan jadual belajar sistematik serta tekal dan bersikap positif
Menerangkan cara/teknik Murid berupaya menggunakan pengetahuan dan kemahiran sedia ada untuk
membuat jadual belajar 6 digunakan pada situasi baharu secara analitik, sistematik, bersikap positif,
mengikut langkah yang betul kreatif dan inovatif dalam penghasilan idea baharu serta boleh dicontohi
4. Rekod Prestasi Pelajar
Nama sekolah : SMK MADAI KUNAK
Alamat sekolah : SMK MADAI KUNAK, SABAH
Pelaporan : PENTAKSIRAN BILIK DARJAH
Nama guru : SANIAH BINTI RAZI
Kelas/ Tingkatan : TINGKATAN 1
Nama Guru Besar/ Pengetua

Pencetusan Idea Penstrukturan semula idea Aplikasi Idea


(Menyenaraikan (Mengenalpasti perkara (Menerangkan
No. Kad kepentingan jadual yang perlu dipertimbangkan cara/teknik membuat Catatan
Bil Nama Murid Jantina
pengenalan belajar kepada ketika menyediakan jadual jadual belajar mengikut
pelajar) belajar) langkah yang betul)
1 2 3 4 5 6 1 2 3 4 5 6 1 2 3 4 5 6
1 ATIQAH IRDINA 070219-12-6665 P / / /
BINTI AHMAD
FAUZI
2 Murid A ************ L / / /
3 Murid B ************ P / / /
4 Murid C ************ p / / /
5 Murid D ************ L / / /
PETUNJUK

SKOR PENERANGAN
Tahu, faham dan boleh buat Murid berupaya menggunakan pengetahuan dan kemahiran sedia ada untuk digunakan pada situasi
dengan beradab mithali baharu secara analitik, sistematik, bersikap positif, kreatif dan inovatif dalam penghasilan idea
6 baharu serta boleh dicontohi

Tahu, faham dan boleh buat Murid menggunakan pengetahuan dan melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baharu dengan
5 dengan beradab terpuji mengikut prosedur atau secara analitik dan sistematik serta tekal dan bersikap positif

Tahu, faham dan boleh buat Murid menggunakan pengetahuan dan melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab iaitu
4 dengan beradab mengikut prosedur atau secara analitik dan sistematik

3 Tahu, faham, dan boleh buat Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi
Tahu dan faham Murid menunjukkan kefahaman dengan menjelaskan sesuatu perkara yang dipelajari dalam bentuk
2 komunikasi

Tahu Murid tahu perkara asas atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi maklum balas terhadap
1 perkara asas
5. Kerjasama Cemerlang Antara Ahli Kumpulan
Maklumat pemerhatian yang dijalankan oleh guru dalam pdp membantu guru untuk mengumpul maklumat tentang keputusan pentaksiran yang
dilakukan melalui kaedah lisan dan penulisan. Murid yang mempunyai daya tahan, mempunyai kemahiran berkomunikasi, murid yang mampu
bekerja dalam pasukan atau kumpulan dapat diperhatikan melalui hasil daripada pemerhatian yang dijalankan. Pentaksiran ini membolehkan
guru untuk melakukan pemerhatian dan penilaian kendiri ketika murid melakukan perbincangan sepanjang pdp. Kaedah anekdot telah
digunakan untuk menilai tahap kerjasama yang dilakukan oleh murid-murid sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Berikut
merupakan pentaksiran anekdot:
Bimbingan dan Kaunseling Tingkatan 1

Nama : ATIQAH IRDINA BINTI AHMAD FAUZI


Kelas : 1 Agathis
Tarikh : 23 Disember 2020
Masa : 40 minit
Nilai : Kerjasama
Standard Kandungan : Kerjasama dalam kumpulan
Standard Pembelajran : Mengamalkan sikap bekerjasama dalam kumpulan
BUTIRAN : Pada tarikh 23.12.2020 (Rabu), murid ini telah menerima tanggungjawab daripada ahli kumpulan untuk menjadi ketua kumpulan dan tanpa
paksaan, murid ini telah menerima tanggunjawab tersebut sepanjang proses pengajaran dijalankan. Murid ini telah memberikan tugas masing-masing
kepada ahli kumpulannya iaitu terdapat murid yang akan menulis peta minda di kertas majong dan sebagai ketua juga murid ini telah meminta ahli
kumpulan untuk berbincang serta merangka idea tentang kepentingan jadual belajar. Melalui pemerhatian yang dilakukan menunjukan bahawa murid ini
gemar untuk membaca basmalah sebelum memulakan sesuatu perkara. Selaku ketua, murid ini gemar mengaplikasikan ketua jenis demokratik kepada ahli
kumpulannya. Dia akan mendengar setiap idea yang dilontarkan oleh ahli kumpulan dan bersama-sama membincangkan berkaitan idea tersebur sama ada
sesuai atau tidak dengan tugasan yang diberikan. Setelah siap, murid ini mengambil ahli untuk membentangkan hasil perbincangan mereka kepada semua
pelajar. Ketika sesi soal jawab atau perbincangan bermula murid ini memberi peluang kepada ahli kumpulan untuk memberikan pendapat dan pandangan
mereka. Ahli kumpulan juga memberikan kerjasama yang baik sepanjang menyiapkan peta minda tentang kepentingan jadual belajar.

Disediakan oleh :

______________________
(SANIAH BINTI RAZI)
Guru Bimbingan dan Kaunseling

You might also like