Kertas Kerja Penubuhan Gelanggang Di Sekolah Menengah Dan Sekolah Kebangsaan Daerah Gombak

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

KERTAS KERJA

PENUBUHAN GELANGGANG di
Sekolah menengah dan sekolah kebangsaan
daerah gombak
PENUBUHAN GELANGGANG

 PENGENALAN

Seni mempertahankan diri merupakan satu pergerakan yang melibatkan fizikal dan
mental, ia berfungsi sebagai satu cara mempertahankan diri sewaktu berada dalam
keadaan kecemasan. Telah diketahui bahawa setiap zaman terdapat corak
mempertahankan diri mengikut keperluan, kesesuaian serta kemajuan masyarakat.

Faktor tersebut telahmenyebabkan masyarakat atau bangsa didunia terus dapat


bertahan sehingga sekarang dan mana-mana kelompok masyarakat yang kurang arif
atau tidak mempunyai upaya untukmempertahankan diri akan lenyap serta tidak
mempunyai warisan bangsanya.

Seni silat merupakan salah sebuah cabang mempertahankan diri yang telah lama
wujud di tengah rumpun masyarakat Melayu, namun begitu disebabkan dalam rumpun
Melayu itu sendiri mempunyai banyak suku kaum serta kaya dengan adat serta budaya
maka identiti, penampilan, kaedah dan falsafah silat juga berbeza mengikut aspirasi
suku kaum berkenaan.

Melalui didikan moral, rohani atau jasmani serta tidak mengenepikan didikan agama
dan adat kesopanan , pengaruh seni silat telah berjaya mewujudkan satu bangsa
melayu yang penuh disiplin dan beretika, tidak hairanlah suatu ketika dahulu bangsa
melayu begitu dikagumi serta mencapai era kegemilangan berikutan kejayaan
mempertahankan bangsa dan ketuanannya.

Rata-rata pemimpin ulung atau negarawan yang memperjuangkan kemerdekaan


Malaysia mempunyai salasilahkependekaran mahupun menerima pendidikan
persilatan di peringkat awal umur mereka. Penglibatan mereka dalam dunia persilatan
menghasilkan daya tahan terhadap rintangan memperjuangkan kemerdekaan sehingga
berjaya mewujudkan sebuah Negara merdeka lagi berdaulat.
 TUJUAN

- Kertas kerja ini dibuat bertujuan untuk mendapatkan persetujuan pihak sekolah /
jawatankuasa setempat bagi menjalankan latihan silat kepada remaja / belia sebagai
sebuah riadah ko-kurikulum dan seni bela diri.

- Bersama-sama menghayati warisan bangsa Melayu dengan generasi masa kini di


dalam memastikan kesinambungan budaya sentiasa terus berkembang.

- Menyertai pertandingan silat yang dianjurkan badan Pesaka Daerah , Negeri dan
Jabatan Pendidikan yang diadakan pada setiap tahun.

- Memberi kesedaran kepada generasi baru mengenai silat merupakan sebuah kaedah
bagi mempertahankan diri, agama, bangsa dan Negara.

- Menjauhkan pelajar-pelajar dan golongan belia dari aktiviti-aktiviti yang kurang


sihat melalui aktiviti seni silat.

 FALSAFAH

Menerapkan serta mengamalkan cara hidup ‘ Resmi Padi ‘ semakin tunduk semakin
berisi dan menggunakan ilmu seni silat hanya pada ketika keadan mendesak dengan
penuh cekal hati, bersemangat waja ibarat ‘ Membujur Lalu, Melintang Patah ‘

 OBJEKTIF

Melahirkan pelajar ceria, berketrampilan tinggi, berdisiplin dengan semangat


kesatriaan dan sentiasa memandang kehadapan menempuh segala rintangan hidup.

Melahirkan rasa bangga terhadap kekayaan budaya warisan bangsa, kejayaan serta
keagungan era kegemilangan Bangsa Melayu pada suatu ketika dahulu.
Mengeratkan tali silaturrahim antara ahli, pelajar, masyarakat dan pemimpin.

Mencari bakat-bakat baru untuk dijadikan pelapis di dalam konteks pertandingan silat
olahraga dan silat seni pada peringkat pertandingan anjuran Jabatan Pendidikan Negeri
dan PESAKA.

 SOSIO BUDAYA

Perkembangan seni silat di alam Melayu melalui penghijrahan dan perluasan empayar
Melayu.

Perkembangan selepas merdeka dengan semangat patriotic dan kesetiaan kepada


Negara.

Perkembangan dalam kaedah pendidikan tradisi seni silat dari gelanggang bangsal
kearah lebih moden dan bersistematik.

Silat membentuk masyarakat dengan nilai-nilai berani, jujur, setia, yakin,


tawakal,beriman, pengasih, berkerjasama, berketrampilan dan kesemuanya menepati
prinsip cara hidup kesatriaan.

 PEMBELAJARAN

Pembelajaran berkonsepkan latihan fizikal dan mental serta penerapan disiplin


persilatan bagi melahirkan pesilat yang terbaik serta bermanfaat kepada masyarakat
serta Negara. Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia mempunyai sukatan pelajaran /
silibus yang tersusun secara berperingkat lagi sistematik serta mempunyai nilai
esterika tinggi yang diterapkan berasaskan Silat Seni Gayong yang diturunkan oleh
Dato Meor Abdul Rahman bin Daeng Uda Mohd Hashim. Matlamat PSSGM ialah
untuk menyampaikan ilmu beladiri Melayu di atas kepentingan agama, bangsa dan
Negara. Jati diri dan disiplin merupakan perkara utama yang diterapkan melalui
persilatan bagi melahirkan generasi yang tahan lasak, berilmu serta berakhlak baik.

 PERTANDINGAN
Pelajar yang telah mengikuti latihan, mempunyai komitmen yang tinggi di dalam
latihan dan aktiviti anjuran PSSGM serta menunjukkan kemahiran, kemampuan yang
meyakinkan akan diberi peluang untuk melibatkan diri dalam pertandingan Silat
Olahraga atau Silat seni di peringkat usia dini , remaja dan dewasa. Pesilat berpeluang
mewakili negeri atau Negara seterusnya memiliki harapan yang baik bagi kemasukan
ke pusat pengajian tinggi diatas sokongan Majlis Sukan Negeri atau Majlis Sukan
Negara dan Jabatan Pendidikan.

 TENAGA PENGAJAR

Tenaga pengajar / jurulatih yang dihantar terdiri dari mereka yang bertauliah,
berpengalaman luas serta mempunyai reputasi tinggi di dalam Persatuan. Ada
dikalangan mereka yang pernah mewakili Negara serta mengharumkan nama Negara
diperingkat antarabangsa. Pengiktirafan gurulatih / jurulatih oleh PSSGM adalah
mengikut prosedur yang ketat bagi mengimbangi kemajuan serta suasana generasi
masa kini.

 PEMBAYARAN YURAN DAN LAIN-LAIN.

Kadar yuran bulanan dan tahunan adalah seperti berikut :


YURAN TAHUNAN RM30.00

YURAN BULANAN RM25.00

 IKRAR PSSGM DAN PENERIMAAN MURID BARU

Setiap ahli baru dimestikan mengikuti ikrar PSSGM sebagai pengisytiharan murid
gayong. Bayaran yang ditetapkan oleh majlis adat PSSGM adalah RM30.00. Status
murid gayong ini membolehkan pesilat/pelajar layak mengikuti sebarang aktiviti
PSSGM Daerah , Negeri dan Kebangsaan seperti :

 Ujian kenaikan bengkung


 Kursus – Kursus kemahiran dan kegurulatihan
 Mengikuti sebarang majlis rasmi PSSGM
 SUKATAN PELAJARAN/SILIBUS

Pada peringkat awal pelajar akan didedahkan dengan aspek teori dan sejarah seni silat
serta sejarah PSSGM seterusnya akan dilatih dengan latihan fizikal berbentuk
pembinaan skil di dalam rangka membina ketahanan jasmani mahupun rohani
seterusnya diterapkan silibus pelajaran PSSGM mengikut tahap kemampuan pelajar.
(Rujuk lampiran 1)

 SENJATA & KEBATINAN

Pelajaran senjata tajam hanya akan diajarkan kepada pesilat yang berusia 18 tahun
keatas dan hanya pelajar yang lulus cemerlang tangan kosong sahaja dibenarkan untuk
mempelajari pelajaran senjata.

Pelajar dilarang sama sekali mempelajari sebarang ilmu kebatinan di dalam PSSGM,
berikutan konsep pengajaran yang lebih mengarah kepada ketahanan mental dan
fizikal , manakala konsep kerohanian lebih mengarah kepada konsep luhur Islam itu
sendiri.

 PENUTUP

Sesungguhnya PSSGM ditubuhkan bukan hanya sebagai salah satu kaedah


mempertahankan diri selain memperkaya warisan bangsa sahaja , tetapi ia lebih
menjurus kepada melatih para ahli / pesilat / pelajar agar sentiasa berdisiplin , tolong
menolong , bersifat sabar, mengeratkan silaturrahim dan menjauhkan diri dari segala
gejala social yang semakin ‘tenat’ dewasa ini. Matlamat , Objektif dan Tujuan
PSSGM secara ringkasnya adalah membentuk insan yang memiliki sifat-sifat luhur
serta berguna kepada agama, bangsa dan Negara.
LAMPIRAN 1

BENGKUNG SILIBUS
AWAN PUTIH  ASAS GERAKAN (BAHAGIAN 2)
 ASAS ELAKAN (BAHAGIAN 2)
 ASAS LOMPATAN (BAHAGIAN 2)
 TAPAK KUNCI MATI 1-7
 PENTAS (BAHAGIAN 1)
 KOMBAT 1-7
 SERANGAN BEBAS 1 LAWAN 1
PELANGI HIJAU  ASAS GERAKAN (BAHAGIAN 3)
 ASAS ELAKAN (BAHAGIAN 3)
 ASAS LOMPATAN (BAHAGIAN 3)
 TAPAK KUNCI MATI 8-14
 PENTAS (BAHAGIAN 2)
 KOMBAT 8-14
 SERANGAN BEBAS 1 LAWAN 2
PELANGI MERAH 1-3  ASAS GERAKAN (BAHAGIAN 4 DAN 5)
(PEMBANTU GURULATIH)  ASAS ELAKAN (BAHAGIAN 4 DAN 5)
 ASAS LOMPATAN (BAHAGIAN 4 DAN 5)
 TAPAK KUNCI MATI 15-21
 PENTAS (BAHAGIAN 4 DAN 5)
 KOMBAT 15-21
 SERANGAN BEBAS 1 LAWAN 3
PELANGI KUNING 1-5  SIMBAT
(GURULATIH)  PISAU
 PARANG
 KERIS
 TONGKAT
 LEMBING
PELANGI HITAM CULA SAKTI 1-6  SENI CINDAI
 SENI BELIAN
 SENI YOI
 GERAK BAYANG
 SENI SELIGI
 SENI SUNDANG LIPAS

LAMPIRAN 2

PENCAPAIAN PSSGM WARISAN LAKSAMANA CAWANGAN GOMBAK


SEPANJANG 2019

- KEJOHANAN PIALA PARLIMEN BANDAR TUN RAZAK (1 PERAK)


- KEJOHANAN PIALA FESTIVAL PANGLIMA HIJAU USIA DINI (1 PERAK
1 GANGSA)
- KEJOHANAN PENCAK SILAT HARIMAU WILAYAH REMAJA DAN DINI
KEBANGSAAN ( 3 EMAS , 1 PERAK , 5 GANGSA)
- KEJOHANAN PENCAK SILAT PIALA PARLIMEN KULAI DAN
JEMPUTAN ANTARABANGSA (1 EMAS , 1 PERAK , 3 GANGSA)
- KEJOHANAN SILAT ANTARABANGSA PERTUBUHAN CEKAK
HARIMAU MALAYSIA (1 EMAS)
- KEJOHANAN SILAT DINI DAN REMAJA KEBANGSAAN DAN
JEMPUTAN ANTARABANGSA PIALA MAHARANI 2019 ( 3 PERAK )
PROFIL GURULATIH

NAMA : MUHAMMAD RIFQI HADI BIN HASMADI


JAWATAN : KETUA GURULATIH PSSGM WARISAN LAKSAMANA GOMBAK
BENGKUNG : KUNING CULA 4
KURSUS PELAJARAN PSSGM :
- KURSUS GURULATIH DAN PEMBANTU GURULATIH PSSGM KEBANGSAAN
- KURSUS PEMUSNAHAN
- KURSUS KERIS
- KURSUS SIMBAT
- KURSUS PISAU
- KURSUS PARANG

KURSUS SUKAN SILAT :


- KURSUS 1SEKOLAH 1SILAT
- KURSUS SAINS SUKAN TAHAP 1
- KURSUS KEJURULATIHAN SUKAN SILAT KEBANGSAAN TAHAP 1
- LESEN C KEJURULATIHAN MAJLIS SUKAN NEGARA

PENCAPAIAN KEJURULATIHAN:
ASIAN SCHOOL GAME 2012 – 5 EMAS 7 PERAK 1 GANGSA
PERTANDINGAN SILAT KPM (GOMBAK) 2017 – 1 EMAS 1 PERAK 1 GANGSA
PERTANDINGAN SILAT HARIMAU WILAYAH 2019 – 3 EMAS 1 PERAK 5 GANGSA
PERTANDINGAN SILAT OLAHRAGA PERINGKAT ANTARABANGSA PETUBUHAN SILAT CEKAK HARIMAU
MALAYSIA 2019– 1 EMAS
PERTANDINGAN SILAT DINI , REMAJA KEBANGSAAN DAN JEMPUTAN ANTARABANGSA PIALA MAHARANI
2019 – 3 PERAK
PEMILIHAN ATLET PESAKA GOMBAK 2019 – 3 EMAS
MUAY THAI WORLD JUNIOR CHAMPIONSHIP TURKEY 2019– 1 GANGSA
KARNIVAL SILAT KEBANGSAAN PIALA MENTERI BESAR TERENGGANU 2019 - 1 EMAS 1 PERAK 1 GANGSA

You might also like