Nilai Moral Pada Sulaman Linangkit

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 87

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Dusun1 merupakan satu istilah yang digunakan untuk merujuk kepada sebuah kumpulan

suku kaum pribumi dalam rumpun dusunik yang berasal dari negeri Sabah ( dikenali

sebagai north borneo). Panggilan terhadap suku-suku dalam kumpulan masyarakat

Dusun dimulakan dengan perkataan dusun. Contohnya, suku Dusun Dumpas, Dusun

Kimaragang, Dusun Liwan, Dusun Lotud, Dusun Tindal, Dusun Ranau, Dusun Tatana

dan banyak lagi. Istilah dusun (Bahasa Melayu Brunei) digunakan oleh orang Brunei

ketika Kesultanan Brunei telah menguasai pantai barat di bahagian Borneo Utara.

1
Jacqueline Pugh-Kitingan, 2012. Kadazan Dusun (Institut Terjemahan & Buku Malaysia Berhad,
Kuala Lumpur, 2012), hlm 2.
2

Dusun juga merujuk kepada petani pendalaman yang majoritinya adalah bekerja sebagai

penanam padi. Selain itu, kaum Dusun juga pakar dalam sektor hortikultur (Pertanian)2.

Sebagai contoh, mengusahakan dusun buah-buahan secara meluas dan juga menternak

haiwan seperti kerbau, babi, ayam dan itik. Tambahan pula, terdapat juga sesetengah

etnik ini yang menangkap ikan di sungai dan anak sungai serta memburu haiwan di hutan

untuk membekalkan protein tambahan dalam diet tradisional.

Kepelbagaian etnik yang muncul dalam kehidupan masyarakat tradisional suku

kaum Dusun mungkin telah lama diwarisi, termasuklah dalam kehidupan masyarakat di

Sabah. Menurut pandangan sosiologi, kesedaran etnik atau sesuatu kumpulan budaya

tradisional berubah menjadi kumpulan etnik hanya dalam proses kemunculan masyarakat

moden untuk memahami kemunculan kepelbagaian suku etnik di Sabah dan juga di

Malaysia.

Jumlah orang bagi suku kaum Dusun Lotud adalah dalam anggaran 10 000 orang

dan kebanyakannya bertempat di daerah Tuaran dan juga daerah kecil Tamparuli. Daerah

tersebut terletak kira-kira 30 kilometer ke utara di Pantai Barat Sabah. Di samping itu,

kebanyakkan suku ini mendiami tanah-tanah datar di kawasan pantai barat dan

pendalaman seperti daerah Ranau, daerah Tuaran, daerah Tamparuli, daerah Kota Belud

dan daerah Tambuan.

Pada asalnya, suku kaum Dusun Lotud dahulu tinggal di sebuah kampung seperti

kampung Selupoh, kampung bantayan dan banyak lagi. Dusun Lotud tinggal di lamin

tanaru3, atau lebih dikenali sebagai rumh-rumah panjang yang boleh mengandungi

sebanyak empat unit kediaman. Akan tetapi, Lamin tanaru telah menjadi sebuah adat
2
salah satu cabang pertanian dengan tumpuan lebih kepada tumbuhan yang diusahakan oleh manusia
sebagai makanan, tujuan dan untuk kepuasan estetik.
3
Ibid, hlm, 136-137.
3

warisan yang lama ditinggalkan disebabkan oleh faktor kemodenan dan hampir semua

masyarakat suku kaum Dusun Lotud tinggal dalam sebuah

rumah yang dikenali sebagai lamin. Bagi jantina pula, keseimbangan jantina

adalah norma dalam etnik suku kaum Dusunik tradisional. Bagi kaum lelaki dan wanita,

mereka mempunyai status yang sama rata tetapi mereka masing-masing mempunyai

peranan dan juga fungsi yang berbeza-beza mengikut tradisi. Contohnya, bagi kaum

lelaki, mereka berperanan sebagai ketua kampung dan juga pahlawan, manakala bagi

wanita yang berbakat akan mengambil peranan menjadi ketua bagi upacara keagamaan

tradisional dan upacara ritual perantara roh iaitu upcara molibabou4.

Secara tradisi, pekerjaan harian suku kaum Dusun Lotud yang menetap di sekitar

Tuaran di bahagian Pantai Barat adalah menanam padi sawah. Bagi golongan wanita

Dusun Lotud pada zaman dahulu, mereka mengisi masa lapang dengan membuat aktiviti

menjahit sulaman Linangkit5. Tujuan utama mereka menghasilkan Linangkit adalah

untuk kegunaan harian dan seterusnya menjadi satu budaya dalam kehidupan seharian

mereka.

Sejak zaman dahulu lagi, warisan kesenian turun temurun ini telah menjadi

khazanah termahal dan terunik bagi suku kaum Dusun Lotud di daerah Tuaran dimana

menggunakan teknik simpul kait yang menggunakan benang. Secara umumnya, simpul

kait Linangkit yang dihasilkan oleh suku kaum Dusun Lotud adalah untuk pakaian

tradisional wanita Dusun Lotud.

4
Sesuatu upacara ritual
5
Simpul kait yang bercorak simetri dan berwarna-warni yang dibuat menggunakan jarum dan benang.
4

Tambahan lagi, pakaian tradisional suku kaum Dusun Lotud juga merupakan

pakaian harian mereka yang mempunyai fungsi dan juga keunikan tersendiri. Pada awal

dahulu, simpul kait Linangkit dihasilkan bagi tujuan hiasan dan alas pada pakaian kaum

lelaki dan wanita namun, pada masa sekarang simpul kait ini telah menjadi satu warisan

turun temurun. Akan tetapi, disebabkan oleh kemodenan dan juga perubahan teknologi

yang semakin pesat, generasi muda yang berbangsa suku kaum Dusun Lotud semakin

kurang dipraktikkan dan diperkenalkan tentang warisan simpul kait Linangkit. Simpul

kait Linangkit pada masa kini juga telah berkembang dan mengalami beberapa perubahan

dari segi cara proses penghasilannya. Hal ini demikan, kerana arus pemodenan sedikit

sebanyak telah memudahkan dan mengganti tenaga manusia serta mempengaruhi dalam

seni simpul kait Linangkit.

Dalam simpul kait Linangkit, unsur flora merupakan unsur hias yang amat

dominan dipakai dalam menghasilkannya. Hal ini dapat dilihat melalui motif-motif yang

diaplikasikan dalam simpul kait Linangkit yang masing-masing mempunyai keunikan

tersendiri. Hal ini demikan kerana golongan wanita suku kaum Dusun Lotud begitu

kreatif dalam mengolah unsur-unsur flora yang terdapat di persekitaran mereka dan

diaplikasikan pada sulam kait Linangkit mereka.


5

1.2 Latar belakang persoalan

Suku kaum Dusun Lotud mempunyai keunikannya yang menarik bukan sahaja terdapat

pada budaya malah juga pada pakaian tradisional mereka. Pakaian tradisional suku kaum

Dusun Lotud diwarisi sejak nenek moyang lagi dan pakaian mereka dihasilkan untuk

pakai harian bagi kedua-dua jantina lelaki dan juga wanita. Pakaian tradisional ini

biasanya dipakai pada musim perayaan seperti Pesta Kaamatan (Pesta Menuai), tarian

tradisional, majlis perkhawinan dan upacara khas seperti pemujaan. Bagi istilah umum

busana tradisional Lotud ialah sukup kopio.

Gambar 1.1: Sukup Kopio

(Sumber: Koleksi Penyelidik)

Bagi pakaian tradisi yang dipakai oleh wanita terdiri daripada sehalai blaus hitam

berlengan panjang atau lebih dikenali sebagai Sukup. Blaus ini dihiasi dengan corak
6

berwarna merah sebagai warna utama dan dipadankan dengan gonob6. Kelim pada skirt

tersebut dihiasi dengan corak yang dijahit di tepi kiri dipanggil Linangkit, serta

sinulangkit7 yang dijahit melintang diparas betis.

Gambar 1.2: Kuluwu

(Sumber: Koleksi Penyelidik)

Di samping itu, wanita Lotud juga memakai sehelai kukuwu8 yang disambungkan

dengan simpul kait Linangkit yang dipakai menyilangi dada. Pada zaman dahulu, kuluwu

ini digunakan oleh golongan wanita untuk menutupi lutut mereka sewaktu duduk bersila

dan sebagai tempat menyimpan barang.

6
Skirt hitam.
7
Simpul kait benang yang berwarna merah, kuning dan putih mengelilingi kain skirt pakaian tradisional
golongan wanita.
8
Selempang.
7

Seterusnya, wanita Dusun Lotud juga menggunakan eksesori seperti Lilimbo9,

dengan jalur kain berwarna putih berhias perak di tengah dan dipakai di pinggul wanita.

Bagi warna rotannya pula adalah untuk menunjukkan status wanita Dusun Lotud sama

ada bujang, isteri ataupun balu. Jika warna lilimbo adalah warna merah, wanita tersebut

adalah bujang atau tidak mempunyai anak. Manakala bagi warna merah dan hitam pula,

wanita tersebut sudah berkhawin dan mempunyai anak dan jika warna semula jadi pula

adalah menunjukkan wanita itu seorang balu.

Selain itu, wanita Lotud memakai haboi10 yang dipakai di bawah lilimbo. Di

samping itu, wanita Lotud juga memakai perhiasan pada kepala mereka dengan sigar11

serta siwot12. Manakala simpai13 pula dipakai di lengan baju atas paras siku dan juga

menggunakan langsung14 yang dipakai pada majlis-majlis khas.

9
Tali pinggang yang diperbuat daripada rotan.
10
Tali pinggang yang diperbuat daripada duit syiling.
11
Cekak rambut emas yang dipakai pada perhiasan kepada golongan wanita
12
Hiasan kepala yang terdiri daripada empat cucuk bulu ayam jantan muda berwarna hitam yang diikat
dengan kain merah serta terdapat untaian manik berjurai di dahi dan belakang kepala.
13
Gelang kaki.
14
Gelang kaki yang diperbuat daripada loyang berat.
8

Gambar 1.3: Pakaian tradisional wanita Dusun Lotud.

(Sumber: Murut dan Pelbagai Etnik kecil lain di Sabah)


9

Gambar 1.4 : Pakaian Tradisioanl Lotud Tantagas.

(Sumber: Murut dan Pelbagai Etnik kecil lain di Sabah)


10

Gambar 1.5: Tali pinggang rotan (lilimbo)

(Sumber: Koleksi penyelidik)

Dalam konteks ritual, penari pula akan memakai selempang panjang atau sandai15

yang diikat di hadapan dan di belakang denagn sehelai samping atau sinungitan di atas

gonob16.

Bagi busana istiadat lengkap yang dipakai oleh tantagas17 dikenali sebagai

manarapoh18. Sukup kopio yang dipakai oleh tanagas dipadankan dengan skirt sutera

tenun antic yang lebih panjang, dikenali sebagai sinungkitan. Sinungkitan merupakan

kain yang ditenun dari India dan dibawa masuk dalam masyarakat Lotud melalui

perdagangan dari Brunei19.


15
Sejenis selendang panjang yang digunakan untuk melilit bahagian pinggang dan bahu.
16
Kutayya, M Dan Paul, p. Murut dan pelbagai etnik kecil di Sabah (Kuala Lumpur, Institusi
Terjemahan Malaysia Berhad, 2012), hlm. 160.
17
Ketua upacara ritual tradisional etnik Dusun Lotud Tuaran.
18
Merupakan pakaian kebesaran ritual.
19
Ibid, hlm. 163.
11

Gambar 1.6: Kumburongoh

(Sumber: Koleksi Penyelidik)

Bagi golongan tantagas, mereka memakai mandapun20 dan juga menggunakan

perhiasan pada kepala mereka seperti siwot dan sigar. Di samping itu, manaparoh

tantagas juga memakai semua perlengkapan rituai seperti karo21, giring-giring22,

kamburongoh23 dan tutubik24 sewaktu upacara ritual dijalankan.

Manakala bagi sukup kopio untuk baju lelaki Lotud dikenali sebagai sukub25 dan

binandus26. Di bahagian belakang seluar tersebut terdapat sehelai panel Linangkit yang

lebar. Akan tetapi, Linangkit tersebut tidak digunakan lagi pada zaman kini. Selain itu,

semasa tarian

20
Kepingan loyang emas yang dilekatkan pada sehelai kain merah.
21
Rantai yang diperbuat daripada susunan manik-manik kecil.
22
Terdiri daripada 12 lonceng kecil yang digunakan oleh tantagas semasa upacara ritual.
23
Bahan-bahan buangan seperti duit syiling lama, tulang atau taring binatang, bahan-bahan buangan,
silikon atau besi buruk berbentuk silinder dan tiga segi dan juga batu-batu kerikil ganjil.
24
Teks doa yang diukir pada cengkerang kura-kura zaman dahulu.
25
Istilah panggilan baju lelaki.
26
Seluar hitam panjang untuk golongan lelaki.
12

Mongigol27 seseorang lelaki akan memakai sandai panjang yang tergantung

dilehernya. Lelaki Lotud juga menggunakan sundi28. Sundi ini dibuat menggunakan kain

dastar yang dilipat secara berbeza. Apabila dua titik melekat keluar, maka pemakaiannya

beristeri dan sebagainya. Bagi lelaki tantagas pula, mereka juga akan memakai supu29

yang diikat pada keliling pinggang.

27
Sejenis tarian itual etnik Dusun Lotud.
28
Tongkolok sebagai hiasan di kepala.
29
Bekas untuk menyimpan tembakau yang diperbuat daripada rantai perak.
13

Gambar 1.7: Pakaian tradisional lelaki Lotud

(Sumber: Koleksi Penyelidik)

Gambar 1.8: Tengkolok lelaki (sundi)

(Sumber: Koleksi penyelidik)

Busana tradisional suku kaum Dusun Lotud kaya dengan keunikan dan kehalusan

seni budaya tersendiri. Bukan itu sahaja, busana Dusun Lotud ini tidak banyak beza

dengan pakaian tradisional suku kaum lain dari segi baju asas iaitu berwarna hitam.

Walaubagaimanapun, dari segi aksesori dan simpul kait Linangkit yang ada pada pakaian

Dusun Lotud memberikan banyak perbezaan dan juga keistmewaan tersendiri kepada

pakaian tradisional ini. Dalam kajian ini akan memperkenalkan tentang simpul kait

Linangkit pada pakaian tradisional dan juga nilai moral yang ada pada Linangkit. Di

samping itu, tujuan kajian ini juga adalah untuk membuka mata masyarakat agar dapat
14

mengenali dan juga memahami lebih baik tentang simpul kait Linangkit. Oleh yang

demikan, warisan Dusun Lotud akan terpelihara untuk generasi akan datang.

1.3 Persoalan kajian

Simpul kait Linangkit merupakan kebanggan bagi orang suku kaum Dusun Lotud. Hal ini

kerana kemahiran simpul kair Linangkit bukan mudah untuk dipelajari oleh golongan

muda terutamanya generasi masa kini. Secara umumnya, penghasilan kai daripada

simpul kait Linangkit ini merupakan aktiviti harian bagi wanita suku kaum Dusun Lotud

zaman dahulu.

Linangkit ini juga merupakan hasil seni tangan suku kaum Dusun Lotud di kg.

Selupoh dan juga di Tuaran yang digunakan sebagai penyambung kain dan penghias

pakaian. Linangkit ini terletak pada baju tradisional perempuan suku kaum Dusun Lotud

iaitu pada bahagian gonob dan kuluwu. Manakala baju tradisional lelaki suku kaum

Dusun Lotud di bahagian pinggul. Hasil daripada pemerhatian yang dilakukan, sulam

kait Linangkit ini semakin dilupakan oleh generasi pada zaman sekarang. Sehubungan

dengan itu, hanya warga emas dan juga beberapa orang sahaja yang mempunyai

kemahiran dan juga ilmu dalam menghasilkan simpul kait Linangkit bagi kampung

Selupoh dan juga beberapa tempat di Tuaran. Hal ini terjadi disebabkan generasi

sekarang tidak diajar dan juga tidak berminat dalam kepentingan simpul kait Linangkit

ini walaupun Linangkit ini mempunyai banyak nilai moral. Selain itu, kebanyakkan
15

golongan muda pada zaman kini cepat bosan dan tidak menanam perasaan ingin tahu

tentang Linangkit kerana mereka hanya memhami bahawa simpul kait ini cuma rumit dan

membosankan tanpa menlihat nilai estetiknya.

Perkara yang menarik tentang Linangkit ini adalah proses simpul kait Linangkit

itu yang sangat rumit dan memerlukan kesabaran yang tiggi dan juga mempunyai nilai

kesabaran dan juga nilai bertanggungjawab kerana golongan muda inilah yang perlu

bertanggungjawab dalam menjaga dan juga memelihara khazanah seni simpul kait

Linangkit ini.

Selain itu, simpul kait Linangkit ini juga dapat menyampaikan mesej kepada

masyarakat bahawa Linangkit Dusun Lotud ini mempunyai keunikan yang menarik dan

juga nilai estetik yang tinggi. Linangkit juga hampir menyerupai teknik Eropah dalam

‘perendaan’ atau ‘frivolite’ dalam bahasa Perancis. Manakala dalam bahasa Inggeris,

sulam kait Linangkit ini disebut sebagai ‘jarum tenunan’ atau permaidani tenunan30. Akan

tetapi, penjelasan ini belum jelas untuk menggambarkan proses penghasilan tersebut. Di

Sabah, proses simpul kait Linangkit ini dilakukan dengan menggunakan jarum dan

benang yang nipis yang juga dikenali sebagai benang cina, dimana benang ini sukar

untuk dijumpai pada masa kini.

Simpul kait Linangkit bagi Dusun Lotud mempunyai motif yang tersendiri dan

kebanyakkan motif tersebut dihasilkan daripada elemen flora. Bukan itu sahaja, motif

yang dihasilkan juga dapat menjadi nilai moral iaitu menjadi lambang kaum atau status

30
Rita, L. dan Stella M.T (eds). An Introduction to The Traditional Costume of Sabah. Sabah. Natural
History Publications (Borneo) Sdn. Bhd, 1997. hlm. 93.
16

seseorang untuk bersyukur bahawa suku kaum Dusun Lotud ini mempunyai nilai estetik

yang menarik dan unik.

Justeru, nilai moral simpul kait Linangkit pada masa kini perlu diambil berat agar

dapat membantu golongan muda sedar dan bertanggungjawab dalam menjaga nilai

simpul kait Linangkit tersebut agar tidak ditelan oleh peredaran zaman.

1.4 Rumusan persoalan

1.4.1 Apakah yang dikatakan dengan simpul kait Linangkit.

1.4.2 Apakah nilai moral yang ada pada simpul kait Linangkit.

1.4.3 Apakah nilai moral yang boleh membantu golongan muda sedar.

1.5 Batasan persoalan

Dalam penghasilan simpul kait Linangkit pada pakaian tradisional suku kaum Dusun

Lotud, terdapat banyak aspek yang boleh dikaji. Oleh itu, pengkaji telah memberi fokus

kepada aspek nilai moral pada sulaman Linangkit pada baju tradisi suku kaum Dusun

Lotud di kampung Selupoh untuk dijadikan asperk utama dalam membuat kajian ini.

1.5.1 Fokus Kajian


17

Pengkaji menumpukan kajian daripada aspek nilai moral simpul kait Linangkit suku

kaum Dusun Lotud di kampung Selupoh, Tuaran, Sabah. Simpul kait Linangkit

merupakan lambang kebanggaan bagi suku kaum Dusun Lotud yang ada pada pakaian

tradisional golongan wanita dan juga lelaki. Hal ini kerana, proses sulaman Linangkit itu

yang sangat rumit dan bukan mudah untuk dipelajari jika tidak mempunyai nilai

kesabaran yang tinggi dan juga kualiti jahitan sulaman itu sendiri menjadikan kain.

Linangkit mempunyai nilai moral yang boleh menjadi teladan kepada orang ramai kerana

memunyai motif-motif yang berkonsepkan sumber flora dan menyampaikan pelbagai

mesej yang positif.

1.5.2 Batasan Tempat

Majoritinya, suku kaum Dusun Lotud terletak di sekitar daerah Tuaran, Sabah. Dalam

daerah ini, terdapat beberapa buah perkampungan kecil yang dibahagikan iaitu,

Kampung Selupoh, Kampung Pendamai, Kampung Bantayan, Kampung Dungang,

Kampung Tagas, Kampung Panjut, Kampung Damat, Kampung Kauluan, Kampung

Tambalugu dan Kampung Marabahai. Akan tetapi, pengkaji hanya menjalankan kajian di

Kampung Selupoh sahaja.

1.5.3 Batasan Masa


18

pengkaji mengkaji nilai moral pada sulaman Linangkit yang terdapat pada pakaian

tradisional suku kaum Dusun Lotud yang bermula sebelum kemerdekaan hingga kini

(2019).

1.6 Tujuan Kajian

1.6.1 Mengkaji nilai moral pada sulaman Linangkit pada pakaian tradisional suku

kaum Dusun Lotud bermula pada sebelum kemerdekaan sehingga kini (2019).

1.6.2 Memberitahu masyarakat tentang nilai motif-motif pada sulaman Linangkit

suku kaum Dusun Lotud.

1.6.3 Mengambil nilai proses jahitan Linangkit daripada kaum dan budaya

masyarakat Dusun Lotud di kampung Selupoh, Tuaran, Sabah.

1.7 Faedah kajian

1.7.1 Dapat mengetahui nilai moral pada sulaman Linangkit pada pakaian tradisional

suku kaum Dusun Lotud.


19

1.7.2 Dapat mengetahui nilai moral pada motif sulaman Linangkit untuk memberi

pengetahuan kepada masyarakat.

1.7.3 Dapat mengetahui proses jahitan Linangkit pada pakaian tradisional kaum

Dusun Lotud di kampung Selupoh, Tuaran, Sabah dan nilai moral semasa

proses penghasilan jahitan.

1.8 Tinjauan Pustaka/ literature

Setelah membuat tinjauan, pemerhatian dan juga kajian, terdapat beberapan kajian yang

telah dibuat secara terperinci mengenai sulaman Linangkit bagi suku kaum Dusun Lotud

di kampung Selupoh, Tuaran, Sabah. Melalui tinjauan yang dilakukan, kebanyakkan

kajian yang dibuat adalah berkaitan dengan budaya, adat resam dan keistimewaan pada

pakaian tradisional masyarakat suku kaum Dusun Lotud.

Dalam buku Jacqueline Pugh-Kitingan yang bertajuk Kadazan Dusun dan buku

Keluarga Dusun yang tulis oleh Raymond bin Tombung ada menjelaskan tentang budaya

dan sejarah asal usul Dusun Lotud. Dalam buku ini hanya menceritakan tentang

kumpulan etnik yang terdapat di Sabah dan dapat membantu dalam awal proses kajian.

Manakala dalam buku Rita Lasimbang dan Stella Moo-Tan yang bertajuk An

Introduction to the tradisional costumes of Sabah banyak menjelaskan pakaian tradisional

suku kaum yang terdapat di Sabah secara terperinci. Dalam buku ini menceritakan

sejarah, ragam hias, motif dan cara pemakaian baju tradisional suku kaum yang terdapat

di Sabah. Bukan itu sahaja, terdapat gambar-gambar yang berkaitan dengan pakaian
20

tradisional Dusun Lotud serta serba sedikit mengenai Linangkit. Dengan itu, buku ini

sedikit sebanyak membantu dalam proses menjalankan kajian.

1.9 Hipotisis

Melalui tajuk yang dipilih, pengkaji telah memberi penekanan pada nilai moral

sulaman Linangkit pada pakaian tradisional etnik Dusun Lotud di Kampung Selupoh,

Tuaran, Sabah. Sulaman Linangkit ini bukan sahaja menjadi kebanggaan bagi suku

kaum Dusun Lotud tetapi juga menjadi identiti bagi masyarakat Dusun Lotud

walaupun generasi kini kian melupakan seni estetik ini. pengkaji berpendapat bahawa

nilai moral, kualiti dan proses penghasilan dalam sulaman Linangkit ini menjadi unsur

dominan mengapa sulaman Linangkit ini mempunyai nilai moral yang banyak hingga

hasil proses penghasilan sulaman ini sangat lama dan mempunyai maksud tersendiri

walaupun pada zaman dahulu menghasilkan Linangkit ini hanya sebagai aktiviti

mengisi masa lapang bagi kaum wanita Dusun Lotud.

Selain itu, dalam menghasilkan sulaman Linangkit ini mempunyai ragam hias

yang tersendiri yang bermotifkan elemen flora dan ketentuan warna yang digunakan

pada sulaman Linangkit.

1.10 Metodologi Kajian

Metode merupakan cara atau jalan menyelesaikan permasalahan dalam penyelidikan.

Metode ini juga dikenali sebagai kaedah kajian yang berfungsi sebagai alat
21

penyelidikan untuk mendapatkan data dan bagaimana cara menganalisis data tersebut.

Dalam teknik penyelidikan menurut Suhaili (et al) dalam penterjemahan Abdullah

Taib dapat dibezakan kerana teknik penyelidikan merujuk kepada cara yang Pratik

untuk mengumpul data utana sementara metadologi pula merujuk kepada logic yang

digunaka dalam pemilihan sesuatu teknik pemerhatian yang tertentu, menilai daya

yang diperolehi dan menghubungkan data ini kepada teoritis. Masalah praktik dalam

penggunaan sesuatu teknik pengumpulan dan tidak dapat dipisahkan seluruhnya

daripada logic yang digunakan. Dengan itu, rujukan kepada teknik penyelidikan

diambil kira dalam membuat sebarang perbincangan tentang metodologi.

1.11 Jenis Data

Jenis data yang digunakan untuk kajian ini adalah data lisan iaitu menggunakan

kaedah temu temu bual, data bertulis melalui buku, temu bual dan sumber maklumat

dari internet.

1.11.1 Data Lisan

Bagi mendapatkan data-data atau maklumat yang diperlukan dalam kajian ini,

pengkaji menggunakan data lisan. Pengumpulan data lisan ini dilakukan oleh pengkaji
22

melalui paparan video, temu bual, penceritaan dan sebagainya yang bukan berupa

penulisan.

1.11.2 Data Bercetak

Bagi menyokong maklumat fokus kajian, pengkaji menggunakan kaedah bertulis

dalam pengumpulan maklumat. Data bertulis merupakan data yang tertumpu pada

bidang penulisan yang boleh diperolehi melalui jurnal, buku, surat khabar, majalah

dan sebagainya. Setelah mengumpul data dari pelbagai sumber, kaedah analisis

digunakan. Segala data yang diperolehi akan dikelompokkan mengikut sub-subtajuk

dan dikategorikan sebelum dianalisis. Data tersebut kemudiannya akan diuji

kebenarannya. Kemudian, data yang boleh digunakan akan diambil untuk laporan

penulisan.

1.12 Sumber Data

Terdapat tiga kategori sumber data digunakan dalam kajian ini iaitu sumber primer,

sumber sekunder dan sumber tertier.

1.12.1 Sumber Data Primer


23

Sumber data primer adalah sumber yang diperoleh secara langsung daripada data

pihak pertama. Data primer ini dikumpulkan untuk mengetahui secara khusus. Dalam

kajian ini, data primer diperolehi untuk menjawab persoalan kajian. Dalam kajian ini,

data primer diperolehi daripada beberapa pengusaha simpul kait Linangkit iaitu Puan

Liliana Tangkis da Puan Sunarti Suradi yang merupakan belia muda yang mempunyai

kemahiran dalam menghasilkan sulaman Linangkit.

1.12.2 Sumber Data Sekunder

Sumber data sekunder adalah merupakan data yang diperolehi dari sumber secara

tidak langsung melalui media perantara. Data sekunder ini berupa bukti, buku-buku,

catatan, laporan dan cerita-cerita yang diterbitkan dan yang tidak diterbitkan. Dalam

kajian ini, sumber sekunder diperolehi daripada buku rujukan dan keratin akhbar

berkaitan dengan kajian yang dijalankan.

1.12.3 Sumber Data Tertier

Sumber data Tertier adalah data yang diperolehi dari sumber ketiga. Dalam kajian ini

sumber tertier adalah cerita dari cerita masyarakat dari sekitar tempat kajian
24

dijalankan mengenai keistimewaan sulaman kait Linangkit pada pakaian tradisional

Dusun Lotud. Kami juga telah menemubual salah seorang ketua kampung Selupoh

iaitu encik Richard Wanda.

1.13 Kaedah Mengumpul Data

Dalam kajian ini, terdapat 3 kaedah mengumpul data yang dibuat iaitu dengan

menggunakan kaedah pemerhatian, kaedah temu bual dan kaedah kajian pustaka.

Kaedah-kaedah ini adalah penting dalam melaksanakan sesuatu kajian. Hal ini

demikian kerana terdapat banyak maklumat yang boleh pengkaji perolehi sekiranya

kaedah-kaedah tersebut digunakan.

1.13.1 Kaedah Pemerhatian

Sebelum sebarang kajian dilakukan, pemerhatian merupakan salah satu kaedah yang

terdapat dalam proses pengumpulan data. Pemerhatian dan juga pengumpulan data dapat

dijalankan dengan baik sekiranya pengkaji membaca dahulu maklumat yang berkaitan

dengan apa yang hendak dikaji sama ada sumber berkenaan datangnya dari perpustakaan,

internet, mahupun bertanya kepada orang yang lebih arif ataupun berpengetahuan tentang

perkara yang ingin dikaji. Antara perkara yang perlu diketahui oleh pengkaji sebelum

membuat kajian adalah latar belakang sejarah dan pantang larang sebelum berkunjung ke

lokasi kajian.
25

1.13.2 Kaedah Temubual

Setelah pengkaji menjalankan kaedah pemerhatian, kaedah temubual secara tidak

langsung merupakan kaedah yang seterusnya bagi mengetahui sumber maklumat-

maklumat yang lebih mendalam mengenai nilai moral pada sulaman Linangkit suku

kaum Dusun Lotud. Melalui kaedah ini, pengkaji telah bertanya ketua kampung di

Kampung Selupoh berkaitan dengan sulaman Linangkit. Hal ini demikian, kerana ketua

kampung di kampung Selupoh mempunyai ilmu sejarah tentang nilai moral pada

sulaman Linangkit pada pakaian tradisional suku kaum Dusun Lotud.

Oleh yang demikian, pada 15 November 2019, pengkaji telah menemubual secara

tidak langsung melalui telefon kepada orang pengusaha di rumah Kampung Kebudayaan

Linangkit yang terletak di kampung Selupoh, Tuaran, Sabah. Melalui dalam talian

tersebut, pengkaji telah menemubual dengan seorang wanita yang juga merupakan salah

satu pengusaha dan juga pengajar bagaimana sulaman Linangkit yang bernama sunarti

Suradi, berusia 32 tahun.

Selain beliau, pengkaji juga berkesempatan menemubual ketua kampung Selupoh

dalam talian telefon tentang nilai-nilal moral yang ada pada sulaman Linangkit dalam

suku kaum Dusun Lotud. Beliau adalah Encik Richard Wanda, berumur 64. Temubual

bersama beliau telah dilakukan pada 22 November 2019 dalam talian telefon.
26

Melalui kedua-dua responden ini, pengkaji telah memperoleh sedikit sebanyak ilmu

mengenai nilai moral unsur hias motif yang terdapat dalam sulaman Linangkit pada

pakaian tradisional suku kaum Dusun Lotud. Malahan, kedua – dua responden juga telah

memberi respon yang positif semasa proses berkongsi ilmu tentang nilai moral sulaman

Linangkit dan nilai moral pada proses dan juga kesan kepada masyarakat suku kaum

Dusun Lotud.

1.13.3 Kaedah Varifikasi Data

Bagi kaedah kajian pustaka, pengkaji telah merujuk daripada buku Kepelbagaian Etnik di

Sabah oleh Kutayyan Marippan dan Paul Pandong. Seterusnya, pengkaji merujuk juga

kepada buku Jacquline Pugh-Kitingan yang bertajuk Kadazan Dusun dan buku Keluarga

Dusun yang ditulis oleh Raymond bin Tombung yang menjelaskan tentang budaya dan

sejarah asal usul Dusun Lotud. Dalam buku ini juga hanya menceritakan tentang

kumpulan etnik yang terdapat di Sabah dan dapat membantu dalam awal proses kajian.

Dalam buku Rita Lasimbang dan Stella Moo-Tan yang bertajuk An Introduction to

the tradisional costumes of Sabah banyak menjelaskan pakaian tradisional suku kaum

yang terdapat di Sabah secara terperinci. Dalam buku ini juga, buku ini mencertiakan

sejarah, ragam hias motif dan cara pemakaian baju tradisional suku kaum yang terdapat

di Sabah dan juga terdapat gambar-gambar yang berkaitan dengan pakaian tradisional

Dusun Lotud dan serba sedikit mengenai Linangkit. Oleh itu, buku ini juga mempunyai

sedikit sebanyak telah membantu dalam proses pengkaji menjalankan tugas.


27

1.13.4 Kaedah Interpretasi data

Dalam menjalankan kaedah kesahan data yang telah di ambil pengkaji pula perlu

mengkategorikan maklumat-maklumat yang diperolehi bagi memudahkan penentuan

kesahan data. Selain itu, dalam menjalankan tugas mengkategorikan ini, pengkaji telah

memilih kaedah analisis komporatif. Langkah pertama adalah pengkaji perlu memilih

maklumat pertama di antara yang telah disusun, kemudian membaca dan memahami dan

seterusnya mencatatkan isi. Maklumat pertama ini mewakili entri pertama daripada

katergori yang akan dilabelkan dan akan diasingkan tempatnya.

Seterusnya, pengkaji haruslah membaca maklumat yang kedua dan mencatatkan isi

yang dilakukan pada maklumat yang pertama, kemudian berdasarkan pengetahuan yang

ada, pengkaji akan membuat keputusan pengetahuan sama ada maklumat kedua tersebut

adalah sama dengan maklumat yang pertama ataupun sebaliknya. Jika maklumat tersebut

sama, pengkaji perlu meletakkannya di tempat yang sama dengan maklumat yang

pertama tadi. Jika sebaliknya, maka maklumat tersebut perlulah diasingkan, dilabelkan

dan begitulah seterusnya.

Setelah itu, setiap maklumat yang telah diasingkan mengikut katergori akan

diberikan judul yang sesuai, ini adalah bagi memudahkan tugas-tugas penggabungan isi
28

dilakukan. Kemudian, pengkaji perlu membaca dan juga memastikan bahawa setiap

maklumat yang dimasukakan dalam setiap kategori yang telah dibuat adalah betul.

1.14 Penarikan Kesimpulan

Dalam proses kesimpulan ini adalah untuk menjawab setiap persoalan kajian. Kajian

yang telah dijalankan oleh pengkaji ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan

kepada masyarakat luar dan juga kepada masyarakat suku kaum Dusun Lotud itu sendiri

terutama sekali kepada golongan muda yang perlu didedahkan mengenai proses

menghasilkan sulaman Linangkit.

Dalam kajian ini juga menerangkan serba sedikit mengenai makna nilai moral

disebalik unsur hias yang telah diaplikasikan pada sulaman Linangkit suku kaum Dusun

Lotud. Secara kesimpulannya, terdapat banyak maklumat baru yang boleh dipelajari

dalam tempoh proses kajian ini dilaksanakan.


29

BAB 2

LATAR BELAKANG SEJARAH DAN SOSIOBUDAYA MASYARAKAT

DUSUN DI SABAH

2.1 Latar Belakang Sejarah Masyarakat Dusun Di Sabah

Masyarakat Melayu, Cina dan India kebanyakkannya menetap di Semenanjung

Malaysia. Sabah dan Sarawak pula kebanyakkan didominasi oleh bumiputera yang

lain seperti Dusun, Bajau, Sungai, Bidayuh dan sebagainya. Masyarakat Dusun
30

merupakan kaum yang keluar dari daratan Asia melalui Semenanjung Tanah Melayu

dan berhampiran dengan Brunei. Mereka membuat penempatan di kawasan pantai.

Mereka menamakan kumpulan pertama itu Dusun.

Sabah merupakan salah satu negeri di Malaysia yang mempunyai pelbagai

kumpulan etnik peribumi yang terdiri daripada orang Kadazan Dusun, Bajau, Melayu

dan Murut, terdapat juga kumpulan etnik peribumi dengan skala yang kecil seperti

Suluk, Iranun, Biasayak dan banyak lagi yang kini masih lagi memperjuangkan

identiti etnik tersendiri.

Perkataan “Dusun” merupakan panggilan yang disebut oleh Pengiran Brunei

(Pemerintahan Brunei dalam tahun 1500) untuk mengenal orang-orang yang

mempunyai kebun sebagai petani dan pada tahun 1881-1941, British (British North

Chartered Company) telah menggunakan perkataan “Dusun” untuk merujuk kepada

orang.

Menurut T.R Williams, 1965 dalam wikipedia menyatakan bahawa terdapat 5

teori mengenai asal usul kaum Dusun di Sabah. Menurut beliau, kaum Dusun

dipercayai berasal dari rumpun Indo-Malayan dari Selatan China ke negara-negara di

Asia Tenggara. Dalam kajian mereka, saintis sosial dan ahli sejarah mengambil kira

aspek fizikal, bahasa pertuturan, kumpulan darah dan bahan kesenian yang dicipta

oleh masyarakat Dusun.

Manakala, teori kedua menurut Ivor H.N. Evans, 1923 dan T.R Williams,

1965 dalam Wikipedia menyatakan bahawa asal-usul kaum Dusun dikaitan dengan
31

penghijrahan orang Mongol, orang China dan orang Kanchin serta orang Annam dari

Myanmar.

Seterusnya, teori ketiga menurut Ivor H.N. Evans: 1923 dan Owen

Rutter:1922 dalam Wikipedia kaum Kadazandusun adalah kacukan kaum China dan

teori keempat Kaum Kadazandusun adalah keturunan orang purba Gua Madai. Teori

kelima, mengatakan kaum ini asalnya dari suku kaum Bunun di Taiwan.

Mengikut kepercayaan kaum Dusun pada masa dahulu, asal usul masyarakat

Dusun merupakan keturunan dewa dewi iaitu daripada keturunan dewa Kinorohingan

dan isterinta Siminundu.

Dusun merupakan kumpulan kaum bumiputera yang mmpunyai jumlah yang

besar di Sabah. Kebanyakan kaum Dusun ini mendiami tanah-tanah dasar di kawasan

Pantai Barat dan Pendalaman seperti Ranau,Tuaran,Tamparuli,Kota Belud dan

Tambunan.

2.2 Pembahagian Suku Kaum Dusun Di Sabah

Di Sabah, bumiputera asli yang terbesar ialah kaum Dusun. Kaum ini juga boleh

dikenali sebagai Momogun atau Mamasok yang bermaksud ‘orang asal’ ataupun
32

‘orang asli’. Dalam kaum Dusun terdapat 27 suku kaum dan juga terdapat pelbagai

bahasa dan dialek dengan pelbagai kebudayaan dan adat resam tradisional31.

Antara etnik yang ada pada kaum Dusun ialah Dusun Tindal, Dusun Lotud,

Dusun Liwan, Dusun Kimaragang, Dusun Labuk, Dusun Pahu, Dusun Bagahak,

Dusun Tagahas, Dusun Tangara dan Dusun Rungus dan ada juga yang dikenali Orang

Sungai. Kuijau, Tambanuo dan sebagainya32.

Kumpulan kaum Dusun ini merupakan satu pertiga dari penduduk Sabah.

Kumpulan ini tinggal di Pantai Barat seperti Penampang, Papar, Tuaran, Kiulu,

Tamparuli, Tenghilan, Kota Belud dan juga di lembah bukit Ranau, Tambunan, dan

Keningau dan mereka merupakan petani tradisi yang menanam padi sawah dan

huma33.

Selain itu juga, bukan semua kumpulan ini mengerjakan bidang pertanian tetapi

terdapat sesetengah daripada mereka memburu serta menangkap ikan sungai. Sebelum

ini, mereka kebanyakan bermastautin di sekitar kawasan lembah Pantai Barat dan

kawasan pendalaman34.

Kaum Dusun ini terdiri daripada 40 etnik iaitu Bisaya, Bonggi, Bundu, Dumpas,

Gana, Garo, Idaan, Kimaragang, Kolobuan, Kuijau, Labuk, Linangkabau, Liwan,

Lobu, Lotud, Lun Bawang/Lun Dayeh, Makiang, Malapi, Mangkaak/kunatong,

Minokok, Murut, Ngabai, Paitan, Pingas, Rumanau, Rungus, Sinobu, Sinorupu,

31
Ibid
32
Ibid.
33
Ibid.
34
Ibid.
33

Sonsogon, Sukang, Sungai, Tagahas, Tatana, Tangara, Tidong, Tinagas, Tindal,

Tobilung, Tolinting, Tombonuo, Tuhawon dan Tutung35.

2.3 Latar Belakang Sejarah Daerah Tuaran, Sabah.

Daerah Tuaran merupakan salah satu daerah daripada 25 daerah besar yang terdapat

pada negeri Sabah Di Bawah Bayu. Tuaran terletak lebih kuramg daripada 34

kilometer ari Kota Kinabalu, Ibu Negeri Sabah. Selain itu juga, daerah Tuaran ini

merupakan sebuah daerah yang mempunyai keluasan lebih kurang 1165 kilometer

persegi. Jarak yang agak jauh ini telah meletakkan daerah Tuaran sebagai daerah

terpencil. Namun tahap pembangunan yang telah berlaku secara mendadak dan

semakin maju telah mengubah status daerah Tuaran seiring dengan daerah Kota

Kinabalu. Daerah ini merupakan pekan yang menjadi pintu masuk ke Utara dan Timur

negeri Sabah iaitu perjalanan menuju ke Kota Belud, Kudat, Ranau, Sandakan, Lahad

Datu, Semporna dan Tawau36.

Mengenali Daerah Tuaran, Pelancaran Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah


dan Tamu Besar Tuaran. 201. Diperoleh dari Arkib Negeri Sabah.

Ibid.
35

36
Mengenali Daerah Tuaran, Pelancaran Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah dan Tamu Besar
Tuaran. 2011. Diperoleh dari Arkib Negeri Sabah.
34

Pada tahun 1813, seorang rakyat British telah mencatat mengenai asal usul
Tuaran, iaitu Sir Stamford Raffles. Melalui surat yang ditulis oleh beliau kepada
setiausaha British di India untuk memohon kebenaran bagi memasuki Borneo Utara.
Sir Stamford Raffles selaku Gabenor British di Jawa ketika itu yelah menggunakan
pelawaan daripada kerajaan Brunei sebagai alasan utama beliau untuk membuat
permohonan kebenaran berkenaan. Tujuan pelawaan tersebut adalah disebabkan oleh
masalah lanun yang semakin berleluasan di Borneo Utara terutama di kawasan
Jawaran (Tuaran) dan kawasan Jampasoo (Tempasuk)37.

Selain itu, terdapat cerita yang mengatakan bahawa asal usul nama Tuaran
diambil sempena dengan nama sebatang sungai yang airnya tawar dan mengalir
berhampiran dengan Pekan Tuaran. Pada ketika itu, sungai tersebut amat penting
sebagai alat perhubungan, pengangkutan dan juga untuk bekalan air tawar.

Peta 2.1: Daerah Tuaran

(Sumber: https://ms.wikipedia.org/wiki/Greater_Kota_Kinabalu)

37
Tuaran, 2016 diperoleh dari Koleksi Arkib Negeri Sabah.
35

2.4 Latar Belakang Struktur Ekonomi Masyarakat Dusun Lotud

Di Tuaran, Sabah

Pada tahun 1963 iaitu sejak kemerdekaan Sabah menerusi Malaysia, Tuaran telah

mengalami pembangunan yang agak pesat khasnya dalam bidang ekonomi dan sosial.

Adanya projek-projek yang diadakan oleh kerajaan Sabah seperti pembinaan sekolah-

sekolah, jalan raya, pembekalan kemudahan perairan untuk pertanian dan juga

kemudahan bekalan elektrik dan air38 .

Ekonomi dari segi urusan jual beli atau boleh dikatakan urusan tamu di Tuaran

telah pun wujud sebelum kedatangan orang Inggeris. Tapak peniagaan pada mulanya

ialah di Kampung Tandu iaitu sebuah perkampungan kecil di tebing sungai Tuaran.

Urusan jual beli ini telah dilakukan oleh orang tempatan seperti suku kaum Bajau dan

Dusun Lotud. Di mana, orang Bajau membawa hasil laut manakala orang Dusun

membawa hasil-hasil pertanian. Selain itu juga, para pengunjung juga dapat membeli

kain, barang-barang tembaga dan lain-lain daripada pedagang yang datang dari Brunei

atau Labuan39.

Pada tahun 1884, Tuaran telah diserahkan kepada Syarikat Berpiagam Borneo

Utara British iaitu Kerajaan rasmi pertama di Sabah. Sebelum ini, Tuaran pada

mulanya merupakan sebahagian daripada kawasan taklukan Kesultanan Brunei dan

38
Ibid.
39
Ibid.
36

menjadi hak milik seorang bangsawan Brunei bernama Sherif Jahir. Beliau telah

melantik Nakoda Radin yang merupakan seorang Dayak dari Sarawak untuk menjaga

kawasan tersebut dan sambil mengutip cukai daripada penduduk. Sehubungan dengan

itu, aktiviti pemungutan cukai ini telah mendapat tentangan daripada masyarakat

tempatan kerana membebankan masyarakat pada ketika itu. Oleh itu, masyarakat

tempatan sanggup untuk menerima pentadbiran orang Inggeris pada tahun 188440.

Setelah itu, apabila pihak Inggeris sudah mengambil alih pentadbiran kawasan

Tuaran, pihak Inggeris telah melantik seorang ketua daripada suku aum Bajau yang

bernama Pengiran Subudin sebagai ketua daerah dan beliau dibantu oleh seorang

ketua dari suku kaum Dusun yang bernama Gawang pada tahun 1887. Hasil daripada

pelantikan ini, pihak Inggeris ingin menunjukan bahawa daerah Tuaran pada ketika itu

merupakan sebuah pentadbiran yang bersifat tempatan dan bukannya pemerintahan

orang asing. Pentadbiran Inggeris dilaksanakan melalui pejabat Daerah41.

Pada awalnya, bangunan pejabat daerah merupakan sebuah pondok kecil yang

terletak di Kampung Kota. Tujuan penubuhan pejabat daerah tersebut adalah untuk

memudahkan pihak Inggeris untuk memerintah penduduk Tuaran42.

Selain itu, penubuhan pentadbiran Inggeris telah mengubah corak perniagaan di

Tuaran iaitu dengan menggalakkan penghijrahan orang Cina ke Sabah dan Tuaran

merupakan salah satu kawasan penempatan orang Cina ini. Kampung Merabahai

merupakan kawasan pertama penempatan orang Cina. Kedatangan mereka telah

40
Ibid.
41
Ibid.
42
Ibid.
37

memesatkan lagi aktiviti perniagaan di Tuaran pada ketika itu. Bangunan-bangunan

kedai telah didirikan dan tamu di susun supaya menjadi lebih tertatur43.

Perkembangan aktiviti perniagaan yang semakin pesat hari demi hari

menyebabkan pihak Inggeris memindahkan tapak kedai dari Tandu ke Tengkoring dan

kemudiannya ke Posikadar yang pada masa kini merupakan bangunan Bank Chung

Kiaw.

Hasil pemindahan tapak kedai ini, kaum Cina telah beransur-ansur menguasi aktiviti

perdagangan Tuaran yang sebelum ini dikuasai oleh orang peribumi44.

2.5 Adat Dan Kepercayaan Masyarakat Suku Kaum Dusun Lotud Di

Kampung Selupoh Tuaran, Sabah

Suku kaum Dusun Lotud di Kampung Selupoh Tuaran, Sabah merupakan salah satu

pecahan rumpun suku Dusun di negeri Sabah. Suku kaum Lotud ini sememangnya

terkenal dengan pelbagai adat istiadat mereka yang tersendiri. Sejak zaman dahulu

lagi, suku kaum Dusun Lotud ini sudah mengamalkan beberapa adat tertentu yang

berhubung kait dengan kepercayaan suku mereka. Menurut masyarakat Dusun Lotud,

terdapat beberapa upacara yang harus dilaksanakan pada waktu-waktu tertentu. Hal ini

43
Ibid.
44
Ibid.
38

demikian kerana, menurut kepercayaan mereka, jika adat tersebut tidak dilaksanakan,

maka ia akan membawa padah kepada orang yang meninggalkan adat tersebut.

Pengkaji juga telah mengkaji beberapa adat tradisi suku kaum Dusun Lotud di

Tuaran. Antara salah satu upacara yang adat dan kepercayaan yang masih diamalkan

dan juga merupakan salah satu upacara yang menjadi kewajiban oleh masyarakat

Dusun Lotud sehingga kini ialah upcara memuja semangat padi. Upacara memuja

semangat padi ini perlu melalui beberapa peringkat iaitu yang bermula pada awal

musim

menanam padi sehinggalah ke musim menuai. Tujuan utama upacara ini adalah agar

‘dewa; ataupun semangat padi akan menganugerahkan hasil yang baik dan juga bagi

mengelak daripada sebarang jangkitan ataupun serangan penyakit padi yang boleh

menjejaskan hasil tanaman mereka. Menurut salah seorang orang lama yang pernah

mengikuti upacara tersebut, Puan Jumin Balom 74 tahun, upacara ini dikenali sebagai

Mansalud45 dimana upacara ini dijalankan di kawasan sawah padi semasa awal musim

menanam padi. Pada peringkat ini, ayam tersebut akan di bawa pulang ke rumah dan

akan di tambah dengan beberapa ekor ayam lagu untuk dijadikan lauk bagi acara yang

telah dijalankan, sementara bahagian-bahagian ayam yang tidak boleh dimakan akan

ditinggalkan di sawah.

45
Jumaldin,A.R, Upacara memuja semangat padi suku kaum Lotud, Daily express, 9 Jun 1994.
39

Gambar 1.9 : Upacara Mansalud

Sepanjang upacara mansalud ini dijalankan, seorang momolian ataupun pawing46

padi akan membacakan mantera (rinait) dalam bentuk syair ataupun puisi yang

mengandungi maksud kepada pujia-pujian yang ditujukan kepada ‘dewa; semangat

padi. Sementara itu, pengkaji juga akan bertanya tentang bahasa yang digunakan oleh

momolian bagi acara yang dikenali sebagai rinait. Mantera ini dituturkan dalam

bahasa ibunda masyarakat Dusun Lotud iaitu bahasa klasik Lotud yang amat sukar

untuk difahami makna dan maksudnya oleh generasi Dusun Lotud masa kini.

Seterusnya, tempat kedua yang menjadi kebiasaan upacara ini dijalankan adalah

di tebing sungai ataupun di kaki bukit sekiranya si petani mempunyai dua bendang

yang berasingan tempatnya dan terpaksa melalui salah satu kawasan sungai ataupun

46
Seorang pemimpin upacara mansulud.
40

berbukit. Upacara yang dijalankan bagi kawasan-kawasan seperti ini dikenali sebagai

monuras47.

Sehubungan dengan itu, tujuan bagi upacara ini adalah sebagai satu tanda

menghormati penunggu sungai ataupun bukit agar perjalanan mereka ke bendang

sentiasa berada dalam keadaan yang selamat dan di jauhi daripada sebarang

kemalangan dan bencana. Pengkaji dapati bahawa menurut kepercayaan kaum Dusun

Lotud bahawa sungai dan juga bukit mempunyai penunggu yang boleh mendatangkan

bala ataupun malapetaka sekiranya tidak di hormati dengan pelakasanaan upacara

monuras disertai dengan beberapa persembahan berbentuk sajian. Dalam upacara

monuras ini, momolian akan mengetuai upacara dengan membacakan mantera rinait

serta diiringi oleh paluan gong, canang dan gendang yang menghasilkan muzik yang

tersendiri. Iringan muzik yang diiringi upacara ini dikenali sebagai mojumbak48. Irama

muzik ini mempunyai rentak yang berbeza-beza mengikut maksu mentera. Acara

mojumbak ini biasa dilakukan oleh empat ataupun lima orang pemain. Apabila

selesainya upacara monuras ini, kumpulan tersebut akan terus bergerak ke bendang

dan seterusnya akan menjalankan upacara yang sama yang dikenali sebagai matang.

Pada peringkat ini, seekor anak babi akan dikorbankan dan dibiarkan di sawh tersebut

sebagai sajian kepada dewa padi yang dikenali sebagai bambaraion49.

Selepas selesai upacara tersebut, kumpulan tersebut akan kembali ke rumah

masing-masing bagi menikmati jamuan pesta bersama-sama jiran ataupun sahabat

handai. Pada waktu inilah ayam yang telah di sembelih tadi akan menjadi hidangan

47
Upacara yang dijalankan di tebing sungai ataupun di kaki bukit.
48
Iringan muzik yang dimainkan sebagai hiburan pada perhimpunan sosial yang kecil.
49
Semangat padi.
41

dalam jamuan kepada pesta yang akan diadakan. Pada waktu malamnya, sebaik sahaja

selesai majlis jamuan dan setelah jiran-jiran kembali ke rumah masing-masing, petani

yang merupakan tuan rumah akan melakukan acara menyumpit damak menggunakan

corong daripada buluh yang digunakan sebagai alat untuk meniup api. Damak ini

dikenali juga sebagai ramok yang akan disumpit ke arah langit melalui tingkap

terbuka yang bertujuan agar ramok tersebut akan membunuh segala jenis penyakit

padi yang mengancam tanaman. Upacara ini juga dikenali sebagai upacara menumbai

ataupun memulih semangat padi50.

Antara beberapa peralatan yang digunakan untuk upacara memuja semangat padi

ialah locing yang juga dikenali sebgaia giring-giring, talam tembaga pula dikenali

sebagai tutubit tombak ataupun dikenali sebagai bujak dan kumborongoh51 iaitu

sejenis tumbuhan yang mempunyai kunyit yang dikeringkan dan mengeluarkan bau

yang sangat kuat. Kemborongoh merupakan peralatan yang sangat penting dalam

upacara ini52. Selain itu perse, bahan lain yang di bawa kepada penunggu sugai dan

bukit sertabambaraion ialah nas, tembakau, sirih, pinang, tuak atau bahar serta

beberapa bahan-bahan lain yang ditinggalkan di tempat-tempat tersebut sebagai sogit53

ataupun sajian.

Pengkaji mendapati bahawa upacar pemujaan semangat padi yang diamalkan

masyarakat Dusun Lotud ini begitu halus dan unik seninya berbanding upacara sama

yang juga dijalankan oleh suku-suku lain di seluruh negeri Sabah.

50
Ibid, hlm. 140.
51
Sejenis tumbuhan serupa kunyit yang dikeringkan dan mengeluarkan bau yang kuat.
52
Kuasa Kemborongoh Dan Gondig Kini Semakin Hilang, Utusan Borneo, 10 Ogos 1996.
53
Sejenis bayaran denda.
42

Menurut masyarakat suku kaum Dusun Lotud di Tuaran, suasana dunia yang

aman damai melibatkan perhubungan yang seimbang diantara dimensi spiritual dan

juga dimensi fizikal. Mereka juga mempercayai bahawa alam spiritual merangkumi

tujuh lapisan di atas bumi, dan setiap satu lapisan tersebut dihuni oleh pelbagai jenis

roh.

Daripada ketujuh-tujuh lapisan tersebut, lapisan alam yang tertinggi ataupun

dikenali sebagai Diwato didiami oleh sepasang kuasa spiritual tertinggi dan dipercayai

mereka ini tinggal bersama 17 orang anak mereka. Menurut pandang dunia tradisional

dusun lotud, alam spiritual adalah sama dengan alam manusia. Hal ini demikian

kerana kesemua roh dan juga kuasa spiritual dalam lapisan alam tersebut turut juga

menjalani kehidupan berkeluarga dan mempunyai anak.

Kinorohingan54 ataupun juga dikenali dalam nama ritual iaitu, Hajin Mansasal

Awan, dan juga isterinya yang bernama Umunsumundu yang mempunyai nama ritual

sumandak panamba’an. Menurut mitus kewujudan Lotud, ialah padi dicipta daripada

darah anak perempuan mereka huminodun yang telah dikorbankan oleh ibunya

sendiri. Sejak daripada itu, umunsumundu telah memulakan penubuhan kumpulan

tantagas.

Diwato55 terdiri daripada 7 lapisan dan mempunyai 10 bahagian dan terlatak

menghala ke utara. Setiap 17 lapisan dalam 10 bahagian itu didiami oleh seorang

daripada 17 orang anak kepada pasangan kinorohingan dan umusumundu. Anak serta

54
Ibid, hlm.163.
55
Merujuk kepada tempat yang didiami oleh pencipta dan isterinya.
43

pelbagai diwato lain tinggal diseluruh lapisan alam ini. Manakala anak mereka dan

pelbagai diwato yang lain pula tinggal di seluruh lapisan alam yang lain.

Seterusnya, pongoluan56 pula adalah tempat bersemadinya roh-roh orang baik

yang telah meninggal dunia (tempat yang berlainan dengan diwato). Pongoluan ini

dikatakan terletak pada lapisan pertama ataupun yang terendah di atas bumi, dan ke

arah timur gunung kinabalu. Roh-roh itu tersebut juga boleh merayau-rayau ke alam

manusia dan manusia haruslah membuat persembahan yang sewajarnya sebagai cara

untuk menghantar semula roh tersebut balik ke tempat persemadian mereka.

Kulungkud merupakan alam ghaib yang terletak di tengah-tengah bumi yang

menuju ke arah selatan, yang dihuni oleh kebanyakan hantu orang jahat. Kulungkud

ini dipercayai didiami oleh seekor naga yang bernama Ombuakar.

2.5.1 Adat Kelahiran Masyarakat Dusun Lotud

Seperti kaum Dusun yang lain, masyarakat Dusun Lotud juga mempunyai bidan dan

tugas seorang bidan adalah sangat besar dimana mereka bertanggungjawab tentang

kelahiran seorang anak. Bidan terdiri daripada kaum perempuan yang lanjut usia dan

mengetahui tentang selok-belok perubatan masyarakat Kadazan secara menyeluruh.

Bukan itu sahaja, tugas bidan meluas iaitu sejak bayi di dalam kandungan sehinggalah

selamat dilahirkan.

56
Ibid, hlm. 138.
44

Dalam proses sebelum kelahiran bayi, bidan harus memastikan keadaan bayi

berada di dalam keadaan sihat. Kandungan akan dijaga dengan baik dan bidan

memberi beberapa pantang larang kepada ibu yang mengandung. Hal ini penting,

supaya kandungan berada di dalam keadaan sihat. Apabila bayi dilahirkan, tugas

bidan akan menjadi lebih berat kerana bidan perlu memastikan bayi dalam keadaan

sihat terutama jika seseorang itu beranak sulung.

Biasanya ibu yang bersalin dkenakan pantang. Bagaimanapun bilangan hari

berpantang adalah bergantung kepada unsur kasta. Bagi orang kebanyakan tempoh

berpantang ialah tujuh hari manakala, bagi orang yang berdarjat, tempoh pantangnya

ialah 21 hari. Dan bagi orang yang lebih berdarjat lagi akan mendapat tempoh pantang

selama 44 hari.

Sepanjang tempoh berpantang, si suami tidak dibenarkan berada jauh dari rumah.

Sejak hari kelahiran hingga tamat tempoh berpantang, ibu dan anak yang baru lahir

diberi kawalan secara mistik oleh bidan agar tidak diganggu oleh makhluk halus.

Biasanya jampi mantera digunakan untuk mengusir makhluk halus di sekitar tanah.

Antara pantang yang mesti diikuti oleh ibu yang bersalin ialah dia tidak boleh

makan ikan yang bertulang keras, ikan yang berduri, nasi sejuk dan nasi bercampur air

seperti bubur. Manakala, bagi bayi yang baru lahir terutamanya dari hari pertama

hingga hari ke tujuh, bayi tidak dibenarkan bawa ke ruang yang terdedah, umpamanya

ke halaman rumah. Hal ini kerana untuk mengelakkan bayi itu daripada diganggu oleh

roh jahat.
45

Bagi selepas kelahiran bayi, adat memberi nama anak dilakukan setelah bayi itu

berumur lapan hari. Anak itu diberi nama sebanyak dua kali, iaitu nama sementara dan

nama sebenar. Pemberian nama sementara mesti dibuat kerana kalau terlalai memberi

nama sementara dalam jangka yang lama, roh jahat iaitu Rogon Gaiyoh57 dipercayai

akan mendahului memberi nama dan atas sebab itu, dia berhak menuntut anak

tersebut.

2.5.2 Adat Perkhawinan Masyarakat Dusun Lotud

Perkahwinan merupakan adat yang suci dan perlu disambut dengan penuh

kemeriahan. Seperti adat kaum lain, masyarakat Dusun Lotud juga percaya bahawa

ibubapa tahu yang terbaik untuk memilih pasangan anaknya kerana mereka akan

menentukan nasib keturunan mereka yang terbaik untuk anak-anak mereka. Manakala

bagi anak pula, mereka harus patuhi terhadap ibubapa mereka. Oleh itu, terdapat

beberapa proses perkhawinan yang patut dipatuhi dalam adat Dusun Lotud. Dalam

proses yang pertama, suku kaum Dusun Lotud akan melakukan proses merisik dimana

bapa si anak lelaki akan mendapat persetujuan pada pasangan perempuan untuk

dijadikan menantunya. Dalam menjalankan proses ini, beberapa aspek perlu di ambil

pertimbangan seperti latar belakang keluarga, bekerja keras menanam padi dan pakar

dalam mengurus dan menjaga kehidupan kekeluargaan.


57
Sebuah makhluk raksasa jin yang boleh berubah bentuk.
46

Proses yang kedua adalah dimana keluarga sebelah pasangan si lelaki menghantar

wakil yang dipanggil suruhan58 untuk membawa niat dan khabar baik kepada

keluarga pasangan si perempuan. Suruhan ini biasanya dalam kalangan orang yang

berusia dan tidak mempunyai sebarang pertalian persaudaran dengan keluarga

pasangan si lelaki serta hampir kesemuanya suruhan merupakan orang yang berilmu

dan fasih dalam adat tradisi suku kaum Dusun Lotud. Mereka juga akan melawat ke

kawasan perempuan dengan membawa tepak sirih atau kapil untuk berbincang

tentang majlis perkhawinan. Semasa perbincangan dijalankan, keluarga pasangan

perempuan biasanya akan meminta beberapa hari untuk berbincang dengan seluruh

keluarga dan akan memulakan tradisi bermimpi iaitu ginimpi.

Pasangan si perempuan kemudian akan diberitahu tentang pinangan perkhawinan

tersebut selepas hari malam selepas itu, mereka akan mengadakan tradisi bermimpi.

Dalam tradisi ini, keluarga si perempuan akan bermimpi dan akan mendapat petunjuk

dimana untuk memastikan sama ada untuk menerima pinangan tersebut atau

menolaknya. Sama ada bermimpi atau tidak, si lelaki harus membayar sogit atau

denda iaitu memberi sedikit kawasan tanah geran mereka. Sogit ini dikenali sebagai

sogit ginimpi.

Setelah pinangan perkhawinan diterima, proses pertunangan atau dikenali

sebaagai monunui akan diadakan. Dalam perayaan ini harus mempunyai orang yang

penting iaitu ketua kampung dan juga suruhan atas sebab mereka akan menentukan

hantaran atau lebih dikenali sebagai berian. Manakala, bagi monumui pula, si lelaki

harus membawa sepenuhnya atau separuh berian tersebut. Antara jenis berian yang

58
Wakil untuk upacara merisik
47

lelaki akan berikan adalah sebuah tapak tanah, dua buah karoh59, sebuah balang China,

tawog-tawog60 dan juga badil61. Semasa perayaan monumui dijalankan, bakal

pengantin perempuan mempunyai pantang larang iaitu dilarang untuk memanjat

pokok atau memakai seluar manakala bagi bakal pengantin lelaki pula dilarang untuk

mengembara jauh. Namun, jika perempuan tersebut ingin membuat pembatalan

pertunangan dalam sepanjang perayaan tersebut dilaksanakan, perempuan tersebut

perlu memulangkan semua hantaran dan juga jumlah wang yang telah digunakan

sepanjang perayaan pertunangan serta perlu dibayar sogit karoh. Bagi lelaki pula yang

ingin membuat pembatalan, kesemua hantaran tidak akan dipulangkan kepadanya.

Namun bagitu, tiada sebarang pembayaran sogit atau hukuman dikenakan kepada

lelaki tersebut.

Apabila adat monumui telah siap, proses seterusnya akan dilaksanakan iaitu

popiodop atau dikenali sebagai tidur bersama dan proses ini mempunyai dua tahap.

Tahap yang pertama ialah matod kokusayan62 dan tahap yang kedua ialah matod do

konduan63. Di setiap perayaan tersebut, kedua-dua ibubapa pasangan tersebut dilarang

untuk mengikuti perayaan ini, hanya saudara mara sahaja yang boleh mengikuti untuk

tidur di rumah pasangan tersebut. Sebelum perayaan popiodop dijalankan, kedua-dua

pasangan pengantin termasuklah pengapit lelaki akan mencukur sedikit rambut

mereka dengan menggunakan pisau pencukur. Kemudian rambut tersebut akan

diletakkan pada sebuah mangkuk yang mengandungi garam dan juga air. Adat ini

dipanggil sebagai puun untuk mengelakkan mereka daripada nasib buruk.


59
Sejenis permata rantai.
60
Gong.
61
Sejenis meriam.
62
Si pengantin lelaki dihantar ke rumah pengantin perempuan untuk tidur di rumah mereka.
63
Si pengantin perempuan membuat balas dengan tidur di rumah pengantin lelaki.
48

Setelah perayaan popiodop selesai maka, perayaan yang kemuncak akan

dilakukan iaitu perkhawinan atau dipanggil sebagai matod. Dalam perayaan ini,

separuh hantaran akan diberikan dan bagi pengantin lelaki, pengapit beliau, keluarga,

kawan dan juga saudara-mara akan berjalan tapak kaki menuju ke rumah pengantin

perempuan. Semasa menuju ke rumah pengantin perempuan, pengantin lelaki akan

dipakai sebuah payung berwarna merah jambu dan disusuli pukulan bunyi alat

tradisional. Manakala bagi rumah pengantin perempuan akan dihiasi dengan bendera

kecil yang berwarna-warni akan digantung untuk menyambut pengantin lelaki dan

juga yang lain-lain. Setelah sampai, pengantin lelaki akan membawa binungkut iaitu

sejenis saputangan yang dianyam dan selalunya dipakai sebagai alat pakaian kepala

ke hadapan pintu rumah pengantin perempuan. Apabila pengantin lelaki sampai ke

pintu rumah pengantin perempuan, seorang pakar adat yang dipanggil tantagas akan

membuat meletakkan karoh di leher pengantin lelaki dan membasuh kakinya sebelum

pengantin lelaki tersebut memasuki bilik yang telah dihias. Disini, pasangan pengantin

akan memakan nasi dan berkongsi sebuah mangkuk yang dipenuhi sup ikan. Semasa

perkhawinan ini dijalankan, pengantin lelaki tidak dibenarkan memakan daging

kerbau yang dihidangkan pada majlis perkhawinan.

Sepanjang perkhawinan ini juga, pengantin perempuan akan membantu di dapur

dan bercerita dengan jiran. Setelah upacara makan selesai, seorang lelaki atau

perempuan yang berusia akan menjemput pengantin lelaki untuk berkumpul dengan

saudara-mara untuk mendengar nyanyian tradisional. Selepas perayaan perkhawinan

ini selesai, keesokan harinya pengantin lelaki akan balik ke rumahnya dan akan
49

dibenarkan untuk tinggal bersama isterinya dengan hanya perayaan perkhawinan akan

dilakukan di tempat lelaki.

2.5.3 Adat Kematian Masyarakat Dusun Lotud

Seperti adat perayaan lain, kematian juga mempunyai adatnya tersendiri dan suku

kaum Dusun juga mempunyai pegangan adat mereka tersendiri. Bagi masyarakat

Dusun Lama, mereka melihat kematian ini adalah sebagai satu nasib buruk atau

sebuah bencara. Sekiranya terdapat seorang meninggal, mereka meyakini bahawa

terdapat dua peringkat yang harus dijalani oleh mereka yang ingin terlepas daripada

belenggu bencana yang tidak diundang itu. Peringkat-peringkat itu dikenali sebagai

amalan pemisahan dan amalan pembersihan. Peringkat-peringkat ini juga turut

melibatkan empat hari penting dalam pelaksanaanya, iaitu hari kematian, hari ketiga,

har ketujuh dan hari kesepuluh. Adat pemisahan dilakukan pada hari pertama dan

ketiga. Manakala bagi adat pembersihan dilakukan pada hari keempat dan kesepuluh.

Sekiranya kematian melibatkan orang yang telah berkhawin atau mati secara tidak

semulajadi seperti membunuh diri dan kemalangan, mereka akan membuat adat

tambahan bagi melengkapkan upacara kematian.

Masyarakat dusun akan menjalankan upacara ini secepat mungkin sebaik sahaja

kematian berlaku. Bagi mereka, kematian akan mengundang bencana dan kehadiran

roh jahat. Bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku pada mereka, si mati

akan dikebumikan secepat mungkin kerana kematian melambangkan bahawa si mati


50

bukan lagi sebahagian daripada anggota keluarga. Dalam upacara pengebumian atau

momolobong, masyarakat Dusun mempunyai dua cara pengebumian. Terdapat rekod

yang dicatatkan bahawa sebelum era 1930-an, masyarakat Dusun akan menjalankan

upacara mogihad iaitu menangisi kematian si mati sambil memukul-mukul lantai yang

dibuat daripada bambu di sekekiling mayat sehingga lantai tersebut rosak dan mayat

jatuh ke tanah. Tanah dimana tubuh si mati itu jatuh akan dijadikan pusara

persemadiannya yang terakhir. Keluarga si mati akan meninggalkan rumah berkenaan

bagi mengelakkan bertembung dengan roh jahat yang membawa malang.

Selepas era 30-an, masyarakat Dusun di sekitar kawasan berkenaan mula

menjadikan tajau sebagai tempat penyimpanan mayat yang dipercayai di sesetengah

tempat, adat menyimpan mayat di dalam tajau telah lama dipraktikkan sejak turun-

temurun. Mayat akan diletakkan dalam keadaan duduk dan dikebumikan di tanah yang

dikhaskan untuk penduduk kampung. Selepas tahun 1960-an, mayat-mayat mula

dikebumikan menggunakan keranda. Gaya hidup yang jauh lebih baik dan moden

menjadikan amalan merosakkan rumah tidak lagi praktikal untuk terus diamalkan.

2.6 Latar Belakang penduduk Kampung Selupoh


51

Kampung Selupoh merupakan salah sebuah kampung yang terletak di daerah Tuaran.

kampung ini merupakan sebuah kampung asal bagi suku kaum Dusun lotud selain

daripada kampung bantayan. Asal nama kampung Selupoh adalah daripada nama siput

gulupu. Pada awalnya, negeri Sabah pernah mengalami musim kemarau yang panjang

dan kemarau ini menjadi impak buruk bagi seluruh masyarakat Sabah. Kesannya,

masyarakat sukar untuk mencari sumber makanan dan juga minuman.

Tregedi ini juga dialami oleh masyarakat kampung selupoh. Namun begitu,

terdapat sebuah tasik di tengah-tengah kampung Selupoh yang kaya dengan sumber

air dan makanan walaupun musim kemarau panjang masih berlaku. Oleh itu ramai

penduduk kampung Selupoh pergi ke tasik ini untuk mendapatkan sumber air.

Disebabkan tasik ini sukar dehidrasi, banyak siput gulupu hidup di tasik tersebut.

Dengan sumber makanan yang kurang, masyarakat menemui siput ini dan dijadikan

sumber makanan utama mereka untuk teruskan hidup.

2.7 Latar Belakang Ekonomi Masyarakat Dusun Lotud


52

Seperti dengan masyakarat Dusun lain, Masyarakat Dusun Lotud juga lama

diperkenalkan sistem jual barang di daerah Tuaran. Tuaran merupakan sebuah pekan

yang sibuk dimana ramai warga asing seperti China, India dan lain-lain melakukan

aktiviti ekonomi. Dengan pendedahan tersebut, ramai masyarakat Dusun Lotud

melakukan ekonominya sendiri tetapi tidak ramai. Antara barang yang mereka

menjual ialah beras, sumber-sumber hutan, tanaman dan banyak lagi. Bagi

mengukuhkan berlakunya sistem perdagangan di daerah ini, masyarakat Dusun

membeli seramik, mangkuk, balang daripada China. Oleh itu, ekonomi masyarakat

Dusun Lotud juga mengalami sistem ekonomi pada zaman dahulu.

2.8 Sistem Kekeluargaan Masyarakat Dusun Lotud

Dalam setiap keluarga pada setiap adat, suku kaum Dusun Lotud juga mempunyai

system kekeluargaannya tersendiri. Antaranya ialah hubungan ibubapa dengan anak,

hubungan antara suami dan isteri, hubungan antara kawan hubungan antara adik

beradik dan juga hubungan antara orang beusia. Hubungan ibubapa dengan anak

merupakan hubungan yang lazim didengar dimana anak perlu patuh dan menghormati

ibubapa mereka. Dalam konteks ini, anak juga perlu patuh dengan keputusan ibu bapa

mereka dalam memilih bakal isteri dan suami mereka kerana ibubapa lebih
53

mengetahui yang terbaik untuk anak-anak mereka. Bukan itu sahaja, anak-anak perlu

membantu ibubapa mereka dalam pekerjaan mereka dengan membantu menanam dan

juga menuai padi, membantu di dapur, menjaga adik-beradik dan banyak lagi.

Hubungan antara suami dan isteri pula adalah dimana kedua-dua suami isteri

perlu saling hormat-menghormati. Suami perlu menjaga isteri dan perlu memberi

kasih saying sepenuhnya dan begitu juga dengan isteri. Suami isteri juga perlu

bekerjasama memikul tanggungjawab masing-masing. Bagi suami, mereka

bertanggungjawab dalam mencari sumber makanan mereka dengan menanam padi,

mencari sumber makanan dan juga melakukan kegiatan ekonomi untuk menyara

keluarganya. Manakala bagi isteri pula, mereka wajib dalam melakukan kerja di

dapur, menjaga anak dan juga membantu suami dalam menanam padi dan juga

menuai padi.

Seterusnya, hubungan antara adik-beradik pula adalah hubungan antara anak yang

tua dengan muda. Bagi anak yang tua, mereka harus menjaga adik mereka yang muda

dan membimbing mereka semasa ibubapa mereka tiada. Anak tua juga perlu murah

hati dan ringan tulang dalam membantu adik mereka dan juga ibubapa mereka. Bagi

adik muda pula, mereka harus patuh dan melayan abang atau kakak mereka dengan

penuh hormat. Adik muda juga mempunyai tanggungjawab yang sama dengan abang

atau kakak mereka iaitu membantu ibubapa mereka.

Selain itu, hubungan antara orang berusia pula merupakan golongan masyarakat

tua iaitu nenek dan datuk. Bagi golongan mereka, semua masyarakat muda perlu

menghormati mereka kerana mereka mempunyai ilmu yang lebih banyak dan lebih
54

berpengalaman dalam pelbagai aspek. Selalunya mereka akan bertanggungjawab

dalam menjaga adat tradisi dan pantang larang suku kaum Dusun Lotud. Mereka juga

akan menjadi orang yang penting dan perlu hadir dalam apapun perayaan.

2.9 Pakar Ritual Wanita Dusun Lotud/ Lotud Tantagas

Pakar ilmu tradisional ataupun pakar dalam upacara ritual yang lebih mudah dikenali

sebagai tantagas merupakan penjaga teks suci (rinait). Menurut salah seorang

pengamal ilmu tradisional ini, Losung Udin 76 tahun mereka iaitu golongan tantagas

ini merupakan suatu sistem hierarki wanita dan juga warga tua yang memiliki ilmu

dan juga kuasa spiritual yang meluas. Dalam sistem hierarki tantagas, setiap tantagas

mempunyai nama ritual yang merupakan nama kemudian didahului dengan gelaran

odun (nenek). Odun ataupun nenek merupakan pangkat tertua. Golongan ini juga

mempunyai pengetahuan rohani yang luarbiasa dan biasanya mempunyai ‘nilai kuasa’

yang paling berkesan dalam upacara ritual yang mereka jalankan.

Manakala bagi pelatih attaupun wanita yang baru mempelajari rinait daripada

tantagas yang lebih tua dan juga yang lebih berpengalaman terutama sekali tantagas

lawid. Terdapat sesetengah tantagas juga merupakan libabao64 atau perantara dengan

alam roh kerana mereka mempunyai roh pendamping ataupun libabao/gimbaran yang

64
Semangat di alam ghaib.
55

akan mengiringi mereka masuk ke dalam alam roh. Bagi masyarakat Lotud yang

mempunyai libabao juga dikenali sebagai libabao juga pada kebiasaannya boleh

menjadi dukun tradisional dalam upacara-upacara ritual masyarakat lotud.

Pada asalnya kumpulan tantagas ini dikaitkan asal usul mamahui pogun yang

merupakan ritual utama yang dijalankan semasa berlaku malapetaka yang

membabitkan seluruh masyarakat lotud. Suatu ketika dahulu, telah berlaku satu

bencana yang melibatkan kesemua masyarakat lotud iaitu kemarau buruk yang telah

berlarutan selama bertahun-tahun lamanya. Menurut Pugh Kitingan dan Judeth John

Baptist, 2009 dalam Kutayya M, dan Paul, 2012 menyatakan bahawa Umunsumundu

telah muncul dalam mimpi seorang wanita yang bernama luntar dan seterusnya telah

menunjukkan upacara ritual bagi menyucikan alam semesta daripada segala dosa-dosa

manusia dan juga kekotoran yang telah mengakibatkan kemarau yang berpanjangan.

2.10 Tarian dalam konteks ritual dan kaum Dusun Lotud

Definisi tarian dari segi bahasa ialah gerakan badan serta tangan dan kaki berirama

mengikut rentak muzik (Kamus Dewan, Edisi Ketiga). Manakala tafsiran ahli sejarah

pula mendefinisikan seni tari sebagai gerakan yang berirama (C.Sachs). Tarian boleh

diertikan sebagai seni lakon dibawah unsur kesenian dan dilihat dibawah aspek

kebudayaan. Ianya dapat dizahirkan melalui sebarang gerakan yang dapat


56

melambangkan kebudayaan sesuatu masyarakat dan gerakan dilakukan pula

menggambarkan perasaan jiwa manusia yang wajib diamalkan dalam semua suku

bangsa di negeri Sabah. Setiap kaum mempunyai tarian mereka tersendiri dan unik.

Disamping itu, tarian juga sememangnya mempunyai maksud yang berbeza-beza bagi

setiap suku kaum.

Tarian dalam konteks ritual65 bagi etnik Dusun Lotud adalah merupakan suatu

sistem pengetahuan dalam pergerakan tersusun yang melambangkan tindakan dan

pertukaran yang berlaku di alam spiritual yang ghaib menurut Kaepler, 1998, dalam

Raymond Tombung, 1991 menyatakan bahawa dalam kalangan masyarakat Lotud,

setiap persembahan tarian yang dipersembahakan dalam banyak konteks ritual.

Antaranya ialah mongigol untuk mangahau dan mangain oleh tantagas pula adalah

dalam upacar mamahui pogun.

Mangahau66 merupakan satu upacara yang dijalankan oleh golongan-golongan

keluarga kaya yang memilii tempayan pusaka dalam upacara ini, tarian yang akan

dipaparkan sangat perlahan rentak, iringan muzik ritual yang dimainkan dengan alat

basalon dan goncangan giring-giring dan dipersembahan dengan penuh takzim sekali.

Tarian ini kebiasaanya dipersembahankan oleh empat orang lelaki serta empat orang

gadis dan juga seseorang tantagas.

Mongigol merupakan satu istilah umum bagi tarian yang digunakan dalam

upacara mangahau ini. Tarian mongigol merujuk kepada salah satu pergerakan apabila

penari mengangkat tangan mereka pada permulaan tarian dengan iringan muzik yang
65
Ibid, hlm. 162.
66
Ibid, hlm. 158.
57

sangat perlahan. Namun begitu, sesetengah orang juga menggunakan istilah ini untuk

menggambarkan kedudukan tangan yang diangkat semasa tarian.

Bagi istilah sumayau67 pula adalah merujuk kepada pergerakan penari yang

melangkah ke hadapan dengan perlahan-lahan sambil memegang sehelai selempang

ataupun sandai masing-masing. Tarian ini memaparkan pergerakan tumit ke tumit dan

jari kaki ke jari kaki sambil mengangkat dan menurunkan tangan. Pergerakkan yang

perlahan melambangkan perbuatan mempengaruhi roh supaya bergerak ke alam yang

lain.

Pada zaman kini, tarian mingigol Lotud telah diadaptasi kepada yang lebih

ringkas sebagai persembahan pentas untuk acara kebudayaan sekular, pertandingan

tarian dan juga promosi pelancongan. Selain itu, tarian ini juga tidak dipersembahkan

dengan penuh upacara dan takzim seperti tarian asal, dan penari juga tidak memakai

pakaian istiadat yang lengkap.

67
Ibid, hlm. 155.
58

2.10.1 Mangain

Mangain68 merupakan tarian ritual berkeliling yang dipersembahkan oleh sekumpulan

tantagas semasa mamahui pogun. Tarian ini selalunya dibuat dalam satu bulatan

kerana alam semesta dipercayai berbentuk bulat menurut kepercayaan orang dahulu.

Semasa upacara tarian mangain ini, kumpulan tantagas akan mengelilingi bendera dan

barang persembahan yang diletak di tengah-tengah sebanyak 13 kali mengikut satu

arah, kemudian 13 kali lagi mengikuut kedua-dua arah sepanjang hari. Setiap

pusingan yang mereka lakukan adalah mewakili satu daripada 13 diwato yang

dipercayai hadir.

Setiap gerak isyarat dan perlengkapan yang mereka lakukan juga bersifar

simbolik. Hal ini kerana, setiap goncangan giring-giring, dengan tangan kanan dan

menggunakan gerak isyarat memanggil dengan menggunakan tangan kiri, perbuatan

ini menandakan bahawa mereka memanggil diwato ataupun semangat baik untuk

menyertai mereka dalam mangain. Setiap bunyi gemercing lonceng-lonceng kecil

dikaitkan dengan kinorohingan, umusumundu dan diwato. Apabila mereka

menggoncangkan alat bedetar atau tutubik dengan tangan kanan sambil menolak ke

luar dengan tangan kiri, perbuatan ini bermakna menghalau rogon ataupun makhluk

halus yang jahat. Bunyi dentangan yang kuat ditujukan buat rogon.

Akhir sekali, sebelum mereka mengakhiri upacara ini, mereka akan berhenti

membaca rinait lalu menghentak-hentakkan kaki sambil menggerakkan tangan kiri

68
ibid, hlm. 157.
59

dan ke atas serta ke bawah ketika menari. Pergerakan ini melambangkan kehadiran

Kinorohingan dan Umusumundu.

2.11 Busana Tradisional Dusun Lotud

Busana tradisional dusun lotud di Tuaran merupakan aspek berwarna warni yang

sangat berharga dalam budaya kebendaan masyarakat lotud. Istilah umum bagi busana

tradisional lotud ialah sukup kopio.

Busana sukup kopio ini terdiri daripada sehelai balus hitam yang berlengan

panjang ataupun dikenali sebagi sukup, sehelai skirt paras bawah lutut atau gonob, dan

juga sehelai selempang kuluwu dan dipakai secara menyilang pada bahagian dada.

Kelim di bahagian belakang kuluwu dan kelim di bahagian sisi gonob bersambung

dengan panel sulam kait tangan yang berwarna-warni yang dikenali sebagai linangkit.

Manakala tali pingang rotan ataupun lilimbo dengan jalur kain putih berhiaskan perak

di tengah pula di pakai pada bahagian pinggul kaum wanita.

Tali pingang rotan lilimbo mempunyai warna berbeza yang melambangkan status

perkahwinan pemakai lilimbo. Misalnya, sekiranya warna merah, wanita itu adalah

bujang atau tidak mempunyai anak. Jika lilimbo berwarna hitam dan merah, wanita itu
60

sudah berkahwin dan mempunyai anak. Manakala rotan yang dipakai berwarna

semula jadi, wanita itu adalah balu.

Antara aksesori lain yang dipakai oleh wanita lotud adalah tali pinggang duit

syiling atau haboi yang di pakai di bawah lilimbo. Seterusnya adalah hiasan kepala

wanita lotud, yang terdiri daripada cekek rambut emas yang dikenali sebagai sigar,

dan hiasan sanggul iaitu siwot yang terdiri daripada empat cucuk bulu ayam jantan

muda berwarna hitam yang diikat dengan kain merah serta untaian manik-manik kecil

yang berjurai di dahi belakang kepala si pemakai.

Sukup kapio lelaki pula terdiri daripada sukub atau baju berlengan panjang, seluar

hitam atau binandus, dengan panel sulam kait linangkit yang bersaiz lebar merentangi

bahagian belakang serta tanjak ataupun sundi. Dalam upacara tarian mongigol, kaum

lelaki akan memakai sandai panjang yang tergantung dari leher dan sehelai samping

tiub yang bergelang kaki panjang daripada kain moga yang berjalur-jalur melintang di

atas seluar.

Bagi busana lengkap yang dipakai oleh golongan tantagas pula dikenali sebagai

manarapoh69. Manarapoh merupakan pakaian kebesaran bagi upacara ritual lotud.

Busana lengkap tersebut terdiri daripada pakaian kebesaran ritual sukup kopio dengan

skirt sutera tenun antik yang dikenali sebagai sinugittan dipakai di atas gonob.

Manakala sehelai kain lagi panjang dipakai sebagai sandai. Kain antik untuk sinugitan

dikenali di seluruh Asia Tenggara sebagai patola70.

69
Ibid, hlm. 163.
70
Kain yang ditenun di India dan dibawa masuk dalam masyarakat Lotud.
61

2.12 Pelaksanaan Perkahwinan Menurut adat suku kaum Dusun Lotud.

Adat istiadat perkahwinan suku kaum Dusun Lotud ini boleh diklasifikasikan kepada

beberapa peringkat iaitu merisik, bertunang dan seterusnya berkahwin. Di samping itu

terdapat juga perkara-perkara yang berkaitan dengan tiga aspek iaitu tentang sogit.
62

BAB 3

SIMPUL KAIT LINANGKIT

3.1 Golongan Pengusaha Linangkit di Tuaran

Simpul kait Linangkit merupakan warisan turun-temurun masyarakat suku kaum

Dusun Lotud yang mempunyai keunikannya tersendiri. Pada zaman dahulu Linangkit

ini hanya diusahakan oleh segelintir wanita tantagas daripada suku kaum Dusun Lotud

di Tuaran. Pada ketika itu mereka beranggapan bahawa sesiapa yang memiliki simpul

kait Linangkit ini dianggap kaya. Hal ini demikian kerana penghasilan Linangkit

bukanlah sesuatu yang mudah.

Seiring dengan perkembangan arus pemodenan wariasan simpul kait Linangkit

turut mengalami perubahan. Sehingga kini hanya terdapat segelintir masyarakat

Dusun Lotud Tuaran yang masih mengusahakan simpul kait Linangkit.


63

Memandangkan menghasilkan Linangkit bukanlah sesuatu yang mudah kerana

memerlukan kosentrasi yang tinggi dan masa yang lama. Walaupun proses

penghasilannya adalah rumit tetapi linangkit mempunyai nilai esstetika yang tinggi

dan bernilai. Oleh yang demikian mencari mereka yang masih menghasilkan

Linangkit adalah sukar. Kebanyakkan masyarakat Dusun Lotud telah beralih kepada

kaedah yang lebih mudah dan cepat iaitu kruistik tetapi masih mengekalkan corak

Linangkit.

Menurut Masliha Abdullah@ Tujung, membuat Linangkit asli sebenarnya

tidaklah susah sekiranya berminat. Hal ini demikian kerana minat boleh disemai

dengan semangat dan keyakinan yang kuat. Menurut Masliha, semangat itu lahir

dengan sendirinya apabila kita melihat baju tradisi yang masih dipakai sehingga hari

ini. Beliau telah berjinak-jinak dengan Linangkit ketika berusia lima belas tahun.

Sehingga beliau berkahwin minat beliau terus disemai melalui dorongan dan galakan

daripada mertua dan iparnya.

Hasil simpul Linangkit yang pertama yang dihasilkan beliau adalah pada

selendang atau kuluwu. Beliau yang sudah mahir boleh menyiapkan selendang dalam

masa satu hari jika tumpuan diberikan kepada membuat selendang. Namun, beliau

yang sudah dimamah usia tidak lagi mampu menyulam pada waktu malam kerana

matanya tidak lagi terang.

Bagi penghasilan corak pada Linangkit Pn. Masliha, beliau tidak terikat dengan

satu corak yang mahu disulamnya 71. Corak dan bentuk yang pelbagai dihasilkan

adalah bergantung dengan idea yang datang dengan secara spontan semasa menyulam
71
Dusun Lotud Pertahankan Linangkit, 2004 diperolehi dari Koleksi Arkib Negeri Sabah.
64

linangkit. Oleh itu, pemilihan warna benang yang padan di antara satu corak dengan

corak yang lain adalah sangat penting. Hal ini adalah bagi memastikan corak

Linangkit menarik dan kemas.

Namun pada era globalisai ini ramai golongan muda tidak berminat dalam

mempelajari simpul kait Linangkit. Kebanyakan golongan muda memberikan alasan

membuat Linangkit susah dan membosankan. Menyedari akan hal ini, beliau yang

mempunyai sifat inginkan seni Linangkit diwarisi, beliau telah berusaha mendekati

beberapa orang wanita kampung tersebut bagi mencurahkan ilmu yang dipelajarinya

sejak remaja lagi. Walaupun beliau sudah berusia namum faktor umur bukanlah

penghalang untuk memberi tunjuk ajar kepada masyarakat Dusun Lotud di

kampungnya.

Selain itu, dalam mebuat simpul kait Linangkit bukanlah lahir daripada bakat

semula jadi tetapi minat. Hal ini pernah dialami oleh Duya Umpat yang merupakan

salah seorang yang pernah belajar simpul kait Linangkit asli dengan Pn.Masliha.

Beliau bergitu tertarik dengan seni Linangkit ketika pesta menuai. Daripada perayaan

tersebut beliau sedar bahawa sebagai masyarakat Dusun Lotud perlu mempelajari

warisan tersebut. Beliau yang kini berkerja sebagai tukang jahit yang mengusahakan

pakaian tradisi suku kaum Dusun Lotud di Tuaran.

Selain itu, terdapat sebuah rumah kebudayaan Kampug Budaya Linangkit terletak

di Kampung Selupoh Tuaran yang menyimpan pelbagai warisan tentang kebudayaan

Dusun Lotud. Pusat tersebut mula beroperasi sepenuhnya pada mei 2009 telah

menerima pengunjung bukan sahaja masyarakat setempat malahan luar negara.


65

Perkampungan Budaya Linangkit ini diusahakan oleh mendiang Patrick Jilan

merupakan masyarakat Dusun Lotud di daerah Tuaran.

Semasa di kampung Budaya Linangkit pengunjung akan dapat melihat pelbagai

warisan masyarakat suku kaum Dusun Lotud. Pelbagai aktiviti menarik dijalankan

oleh pusat tersebut seperti lawatan berpandu di sekitar kampung, memgutip daun ubi,

demonstrasi kraf tangan, persembahan kebudayaan dan banyak lagi.

Selain itu, terdapat juga pengusaha yang bukan keturunan Dusun Lotud berminat

dalam mempelajari simpul kait Linangkit. Beliau adalah Puan Sunarti Suradi, 29 yang

berketurunan murut dan antara pembuat Linangki termuda di Tuaran. Beliau

merupakan salah satu seorang kakitangan di kampung budaya linangkit. Pengalaman

beliau selama 6 tahun yang bergiat dalam pengusaha Linangkit memberikan

pengalaman yang begitu berharga baginya.

3.2 Bahan dan Alat Yang Digunakan dalam menghasilkan Linangkit


66

Dalam melihat rupa bentuk Linangkit ini, seharusnya kita mengambil tahu akan bahan

dan alat yang digunakan semasa menhasilkan satu panel Linangkit. Penghasilan

Linangkit tidak memerlukan kos yang tinggi. Hal ini demikian kerana bahan yang

digunakan hanya benang pelbagai warna dan jarum sahaja.

Pada dasarnya benang yang dijadikan oleh pengusaha Linangkit dahulu ialah

benang ‘cina’ yang berasal daripada china. Benang tersebut pada ketika itu mudah

didapati . oleh demikian benang yang digunakan oleh pengusaha Linangkit pada masa

kini adalah benang ‘Anchor’.

3.3 Proses Menghasilkan Linangkit

Proses menghasilkan Linangkit bukanlah sesuatu yang mudah. Bagi mereka yang

sudah arif mereka hanya mengambil masa dalam seminggu atau sebulan. Namun ia

bergatung pada saiz simpul kait yang ingin dihasilkan. Di samping itu, memerlukan

kesabaran dan ketelitian agar Linangkit yang dihasilkan adalah kemas dan menarik.

3.3.1 Proses Penyediaan Bahan


67

Sebelum proses menyulam dilakukan langkah pertama yang perlu dilakukan ialah

sediakan benang yang banyak dengan pelbagai warna mengikut corak. Warna yang

digunakan adalah seperti jingga,hijau, merah, merah jambu, putih dan ungu. Selain

itu, kain hitam, jarum dan jarum peniti.

3.3.2 Proses membuat Linangkit

Proses pertama dalam menghasilkan Linangkit ini ialah tentukan kedudukan kaki

merujuk gambar rajah terlebih dahulu. Kaki ini disulam di bahagian permulaan

sebelum menyimpul corak Linangkit. Saiz kaki ini lebih kurang dua inci dan disulam

menggunakan benang berwarna jingga.

Selepas itu, simpul kaiy Linangkit tersebutu menggunakan jarum dan benang

mengikuut corak yang ingin dihasilkan. Proses menyimpul ini dilakukan

menggunakan teknik simpul kait benang satu persatu sehinngga membentuk motif.

Proses terakhir adalah proses mencantumkan Linangkit pada skirt dan baju pada

pakaian tradisional. Namun sekiranya dibuat secara terus pada skirt dan baju proses

intik tidak perlu dilakukan lagi.


68

3.4 Transformasi Seni simpul kain linangkit tradisional ke konteks

Kontemporari

Pergantungan kepada teknologi di milenium yang baru ini tidak dapat dielakkan, ia

hanyalah peroalan bila dan peratusan pergantungan kepadanya. Ia juga telah meyusup

dan telah merubah budaya kita, terdapat budaya baru dan juga telah berpindah alih

kepada keadaan semasa.

Justeru itu, pengkaji telah meyingkap sama ada perlambangan dalam suasana

tradisi sulam kait linangkit dapat dipindah alih kepada suasana semasa iaitu silang

‘crosstage’ supaya kita dapat meyambung hayat apa sahaja yang diwarisi atau yang

terdapat dalam masyarakat tradisi budaya agung yang pernah kita miliki.

3.4.1 Kruistik

Kruistik ataupun dikenali sebagai tusuk silang adalah salah satu jenis sulaman yang

menggunakan jahitan benang yang bersilang (membentuk x) diatas kain tenunan

sejajar. Teknik jahitan yang membenyuk huruf x disebut tusuk silang, sehinggakan

jahitan kruistik popular dengan sebutan ‘tusuk silang’.


69

BAB 4

NILAI MORAL PADA SULAMAN LINANGKIT PADA PAKAIAN


TRADISIONAL DUSUN LOTUD DI KAMPUNG SELUPOH, TUARAN,
SABAH.

4.1 Nilai Moral pada Motif dan juga Jenis-jenis Corak Sulaman Linangkit

Menurut daripada Encik Richard wanda, kain linangkit yang dihasilkan melalui proses

teknik sulaman bagi motifnya akan dicantum kepada kain hitam mengikut ukuran baju

ataupun kain. Meskipun kain Linangkit ini juga dihasilkan oleh beberapa suku kaum

yang lain namun, motif yang digunakan adalah hampir sama dengan lain. Manakala, bagi
70

perbezaannya pula, cara pemakaian dan peletakkan motif Linangkit berbeza. Misalnya,

suku kaum Bajau di Kota Belud yang hanya memakainya pada kain skirt (wanita) dan

seluar untuk kaum lelaki sahaja.

Seterusnya, bagi kaum Dusun Lotud, Linangkit pada wanita dipakai pada kain

skirt yang dikenali sebagai gonob dan juga selendang yang dikenali sebagai keluwu.

Manakala, bagi lelaki pula pada seluar dan baju mereka.

Kemudian, nilai moral pada motif-motif Linangkit ini boleh didapati pada corak

yang dihasilkan oleh nenek moyang Dusun Lotud pada zaman dahulu. Susunan motif

geometri yang seakan-akan kain sarung yang mempunyai kepala dan badan kain

mempunyai nilai moralnya tersendiri. Hal ini demikan, kerana idea motif geometri ini

berasal daripada sumber-sumber alam sekeliling mereka pada zaman dahulu. Menurut

puan Liliana Tangkis, 54 tahun, masyarakat tradisi Dusun Lotud mempunyai konsepnya

yang tersendiri mengenai hubungan manusia dengan alam dan juga komponen lain yang

melibatkan spiritual. Dalam konteks ini, suku kaum Dusun Lotud menanam semangat

cinta akan alam sekitar kerana bagi mereka, alam semula jadi ini merupakan salah satu

seni estetik yang semula jadi daripada ciptaan Tuhan.


71

Senarai Nama-nama motif:

Gambar 2.0 : Binakul

(Sumber: Koleksi Penyelidik)

Gambar 2.1: Linsou sahur / biji tembikai.

(Sumber: Koleksi Penyelidik)


72

Gambar 2.2: Ubur-ubur.

(Sumber: Koleksi Penyelidik)

Gambar 2.3: Sinulangkit.

(Sumber Koleksi Penyelidik)


73

Gambar 2.4 : Kuyang-Kuyangan.

(Sumber: Koleksi Penyelidik)

4.2 Nilai moral corak Jenis pada sulaman Linangkit pada pakaian tradisional
suku kaum Dusun Lotud

Sulaman Linangkit pada pakaian tradisional suku kaum Dusun lotud mempunyai

banyak nilai moral yang boleh menjadi teladan kepada masyarakat Sabah. Sebagai

contohnya, bagi corak Linsou sahur (biji tembikai), nilai moral yang ada pada corak

tersebut adalah merupakan makanan yang dimakan oleh suku kaum Dusun Lotud. Nilai

moral ini menunjukkan bahawa masyarakat Dusun Lotud bekerjasama untuk

menghasilkan cucuk tanam mereka sendiri dan juga mencari makanan daripada

tumbuh-tumbuhan di sekitar kawasan mereka.


74

Bagi corak sulaman Linangkit ubur-ubur pula, mereka mengaplikasikan corak

obor-obor di hujung Linangkit tersebut untuk menunjukkan bahawa nilai moral

toleransi pada kehidupan para nelayan suku kaum Dusun Lotud. Dalam corak ini juga

menyampaikan bahawa masyarakat suku kaum Dusun Lotud bukan sahaja mencari

hasil makanan mereka di dalam hutan tetapi juga di laut.

Bukan itu sahaja, cara pemakaian dan susun atur pada pakaian tradisi Dusun

Lotud mempunyai maskud tersendiri dan tidak boleh di ubah atas dasar pemodenan

atau peredaran masa. Sehubungan dengan itu, kesilapan dalam cara pemakaian pakaian

tradisi juga akan membawa maskud yang salah dan bertentangan dengan keizinan yang

diamalkan oleh suku kaum Dusun Lotud. Dalam konteks ini, peraturan pemakaian juga

mempunyai nilai moralnya tersendiri dimana nilai bertanggungjawab dan amanah untuk

menjaga peraturan dan juga khazanah pemakaian sulaman Linangkit pada pakaian

tradisional suku kaum Dusun Lotud.

4.3 Nilai moral pada proses membuat sulaman Linangkit

Bagi sulaman Linangkit pada pakaian tradisional suku kaum Dusun Lotud, proses

pembuatannya mempunyai nilai moral juga. Sulaman Linangkit ini mengambil masa

yang panjang kerana proses penghasilannya yang rumit. Dalam penghasilan sulaman

Linangkit ini, corak yang kecil memerlukan daya tarikan yang kuat. Sewaktu proses

sulaman ini bukanlah mudah sehingga boleh mencederakan jari untuk mendapat

sulaman yang ketat dan kukuh. Hal ini demikian, kerana untuk mendapatkan hasil
75

sulaman Linangkit yang tahan lama dan tidak mudah tercarik-carik sehingga kini

terdapat kain Linangkit yang masih bertahan sehingga kini dan telah berusia lebih 20

tahun. Dalam proses ini dapat dirumuskan bahawa penghasilan sulaman Linangkit ini

memerlukan kesabaran yang sangat tinggi dan juga perlu dedikasi dalam proses

penghasilannya.

Gambar 2.5: Posisi badan dalam menghasilkan Linangkit.

(Sumber: Koleksi Penyelidik)


76

Gambar 2.6 : Contoh Linangkit yang ada pada gonob.

(Sumber : Koleksi Penyelidik)

4.4 Nilai Mementingkan Kehormatan pada simpul kait Linangkit

Linangkit merupakan salah satu adat tradisi yang unik dan harus dijaga dan dihormati
oleh seluruh masyarakat suku kaum Dusun Lotud. Oleh itu, masyarakat Dusun Lotud
perlu menghormati adat ini kerana seni sulaman linangkit ini dihasilkan oleh nenek
moyang mereka dan menjaga adat tradisi ini agar tidak ditelan oleh zaman. Pelbagai
denda yang akan dikenakan bagi sesiapa yang tidak menjaga sulaman linangkit ini. Hal
ini kerana sulaman linangkit ini adalah warisan dan juga khazanah penting bagi
masyarakat Dusun Lotud dan mereka bangga sulaman ini menjadi salah satu adat tradisi
mereka.
77

4.5 Nilai Kasih Sayang pada Sulaman Linangkit

Dalam sulaman linangkit ini juga terdapat nilai-nilai moral di sebalik penghasilannya
dan juga menghargai sulaman ini di Sabah. Nilai kasih sayang amat ketara pada proses
penghasilan sulaman linangkit ini kerana ia memerlukan masa yang lama dan proses
yang banyak untuk menghasilkannya. Bagi para wanita yang menghasilkannya, mereka
perlu menyulam dengan teliti dan penuh kasih sayang kerana sulaman ini menjadi salah
satu simbol kebanggan suku kaum Dusun Lotud. Oleh itu, mereka menanam nilai moral
kasih sayang pada proses penghasilan sulaman linangkit.

Bukan itu sahaja, masyarakat suku kaum Dusun Lotud juga menghargai sulaman
linangkit dengan meletakkan pada baju tradisi dan hiasan pada rumah sekiranya
perayaan perkhawinan diadakan. Masyarakat Dusun Lotud sangat menyayangi sulaman
ini kerana penghasilan seni yang unik dan berwarna warni. Bukan itu sahaja, mereka
juga mengharap bahawa sulaman linangkit ini akan dijaga oleh generasi muda agar
sentiasa ingat dan menyayangi seni sulaman ini.

4.6 Nilai Bekerjasama dalam Sulaman Linangkit

Nilai moral bekerjasama jelas terlihat dalam proses penghasilan sulaman linangkit ini.
Pekara ini boleh dilihat dimana golongan wanita saling bekerjasama dalam tolong
antara satu sama lain dalam sama-sama menghasilkan sulaman linangkit mereka. Bagi
wanita yang mempunyai pengalaman yang banyak, mereka akan mengajar sulaman ini
pada wanita yang baru belajar cara-cara penghasilan. Ini dibuktikan bahawa kesemua
wanita yang menghasilkan sulaman ini mempunyai kerjasama yang tinggi kerana yang
berpengalaman membantu wanita baru tentang cara-cara manakala, bagi wanita yang
baru mempelajari sulaman ini membantu menjaga dan mempelajari seni sulaman ini
agar tidak dilupakan dari masa ke semasa.
78

4.7 Nilai Mementingkan alam sekitar pada Sulaman Linangkit

Nilai-nilai ini dapat dilihat dimana golongan wanita yang menghasilkan sulaman ini
dengan menggunakan corak-corak alam sekitar. Perkara ini berlaku kerana masyarakat
Dusun Lotud sangat menghargai pada sumber semula jadi yang terdapat dari hutan,
kawasan berbukit, sungai, laut dan lain-lain. Dalam konteks ini, corak yang mudah
dilihat adalah dari corak ubur-ubur dan juga corak linsou sahur atau dikenali sebagai
biji tembikai. Daripada corak tersebut, mereka meniru aspek-aspek yang jelas dilihat
oleh mata mereka dan diolah ciri-ciri alam semula jadi pada sulaman linangkit mereka.
Pekara ini bukan sahaja dapat menujukkan bahawa masyarakat Dusun Lotud
menghargai alam sekitar namun sangat kreatif dalam mengolah ciri-ciri alam sekitar
menjadi corak sulaman linangkit.
79

BAB 5

KESIMPULAN DAN SARANAN

5.1 KESIMPULAN

Seni adalah suatu bentuk komunikasi yang menghubungkan pengkarya dengan

masyarakat. Bukan itu sahaja, seni juga boleh menyampai pelbagai mesej yang ingin

disampaikan termasuklah nilai moral. Dalam konteks ini, hasil seni seperti sulaman

Linangkit boleh menjadi peranan kemasyarakatan. Apabila dipamerkan, digunapakai dan

dihayati umum khususnya masyarakat suku kaum Dusun Lotud itu sendiri untuk

memainkan peranannya sebagai medan petemuan antara identity sesuatu kaum itu

dengan masyarakat agar tidak ditelan zaman.

Penghidupan masyarakat suku kaum Dusun Lotud yang sebahagian daripada

penghuni alam semula jadi menjadikan mereka lebih kreatif dalam menghasilkan rekaan

mereka. Kini, dengan adanya bahan mentah yang mudah diperolehi dapat membantu

menghasilkan berbagai-bagai produk dan kegunaan. Penciptaan sulaman Linangkit ini


80

memberi pelbagai nilai moral kepada masyarakat terutamanya pada suku kaum Dusun

Lotud.

Justeru, daripada daya pengamatan mereka kepada alam semula jadi telah

menyebabkan mereka mengolahkan pelbagai motif, warna, gubahan dan pengunaan

bahan mentah. Penghasilan kain Linangkit adalah disebabkan penggunaannya yang

bergitu penting dalam symbol identiti suku kaum Dusun Lotud.

Kajian yang dijalankan ini sedikit sebanyak dapat mendedahkan nilai moral

sulaman Linangkit pada pakaian tradisional suku kaum Dusun Lotud di kampung

Selupoh, Tuaran, Sabah. Selain itu, dapat mengetahui dan mempelajari budaya serta

kesenian masyarakat tersebut.

Dengan ini, masyarakat luar juga berpeluang dalam mengetahui serba sedikit

mengenai budaya suku kaum Dusun Lotud dan nilai moral pada sulaman Linangkit pada

pakaian tradisional suku kaum Dusun Lotud ini. Hal ni kerana, pada masa kini generasi

muda perlu mengetahui nilai moral pada sulaman Linangkit agar dapat menanamkan

cinta akan budaya sendiri dan bangga bahawa suku kaum Dusun Lotud ini mempunyai

identitinya yang menarik dan unik.


81

5.2 Saranan

Seperti mana kita tahu bahawa, sulaman Linangkit merupakan satu warisan turun

temurun oleh masyarakat suku kaum Dusun Lotud. Akan tetapi, kini semakin dilupakan

oleh generasi muda. Oleh itu, pelbagai usaha perlu dilakukan seperti memberi latihan

percuma khusunya kepada generasi muda dalam memartabatkan semula kemahiran

sulaman Linangkit ini agar tidak dilupakan dan ditelan oleh arus pemodenan. Manakala

pembelajaran secara tidak langsung juga akan mereka mempelajari seperti nilai-nilai

moral dalam penghasilan Linangkit ini. Oleh itu, mereka akan sedar dengan nilai moral

pada sulaman Linangkit ini juga wujud.

Selain itu, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sabah perlu memainkan

peranan dalam memulihara khazanah warisan nenek moyang. Antara langkah yang boleh

dilakukan ialah menganjurkan bengkel atau khusus mamalangkit72 diperingkat derah

Tuaran dan mewajibkan setiap kampung untuk menghantar anak muda merreka untuk

menghadiri bengekel atau kursus tersebut. Perkara ini dapat menarik minat sekaligus

memberi kesedaran kepada golongan muda untuk menjadi generasi peneraju kemahiran

sulaman Linangkit ini agar kemahiran ini menjadi symbol identiti kepada suku kaum

Dusun Lotud.

Ahkir sekali, kita sebagai generasi muda haruslah menyokong dan menyanjung

tiggi akan seni yang ada pada Linangkit. Hal ini demikian, kerana Linangkit adalah satu

seni kraftangan yang mempunyai nilai estetik yang tinggi.

72
Proses sulaman Linangkit.
82

BIBLIOGRAFI

Buku

David Totu (ed). Tradisi Lisan di Sabah. Sabah. Arkib Negeri Kota Kinabalu, 1992.

Eddow, W. Salasilah Keluarga: Sigid Ponidong & Ringkapan Egih 1840-2002 (tidak

diterbitkan). Sabah.

G.C. Woolley. Tuaran Adat Some Customs of The Dusun of Tuaran West Coast

Residency, North Borneo. Sabah.

Jerome Rousseau. Central Borneo ‘Ethnic Identity and Social Life in a Stratified

Sociecty’. New York: United States by Oxford University Press, 1990.

Kutayya, M, dan Paul, P. Murut & Pelbagai Etnik Kecil Lain di Sabah. Kuala Lumpur,

Terjemahan Malaysia Berhad, 2012.

Raymond Bin Tombung. Keluarga Dusun Persatuan Dusun Sabah Bersatu. Kota

Kinabalu Sabah, SQS Printing Sdn. Bhd, 1991.

Rita, L. dan Stella M.T. (eds). An Introduction to The Traditional Costume of Sabah.

Sabah. Natural History Publications (Borneo) Sdn. Bhd, 1997.

Thomas Rhys Williams. The Dusun A North Society. United States Of America, 1965.
83

Internet

Ballingi Lawadin. (2008). Perkhawinan Suku Kaum Dusun Lotud. Diperolehi dari

https://www.myheritage.com/FP/newsItem.php?

s=41658932ID=7&sourceList=home. Pada 20 Oktober 2019.

Gwen. (2009). Dusun Lotud di Tuaran Sabah. Diperolehi dari http://ivsageplusone.

Blogspot.my/2009/10/linangkit-khas-3-mac-2009-budaya.html. 20 Oktober

2019.

Lindey Easter Apolonius. (2008). Pebincangan Adat Istiadat Perkhawinan Suku Kaum

Dusun Lotud Tuaran: Satu Tinjauan. Diperolehi dari

http://malafmuhim.tripod.com/DusunLotud_lindey.doc. Pada 20 Oktober 2019.

Sam, ( 5 Januari 2018). Adat istiadat Kematian Masyarakat Dusun Lama. Diperolehi dari

thepatriots.asia/adat-istiadat-kematian-masyarakat-dusun-lama/
84

LAMPIRAN

Gambar 1: Pengkaji melawat ke kg. Selupoh dan melawat ke Linangkit Culture Village

Gambar 2: Salah satu koleksi dan sejarah pakaian tradisional Dusun Lotud semasa

perkhawinan dijalankan.
85

Gambar 3: Pengkaji mencuba memakai baju tradisional Dusun Lotud bersama pengantin

lelaki.

Gambar 4: Salah Satu contoh linangkit pada kuluwu.


86

Gambar 5: Salah satu koleksi kain Linangkit yang asli ditenun.

Gambar 6: Salah satu pakaian tradisi Dusun Lotud wanita yang digunakan pada tarian

mongigol
87

Gambar 7: Kedudukan Linangkit pada pakaian tradisional suku kaum Dusun Lotud.

You might also like