Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

KERTAS KERJA

MAJLIS AKU JANJI PELAJAR TINGKATAN 3 DAN 5


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CHANGKAT BERUAS 2018

1. PENGENALAN

Majlis Aku Janji Pelajar merupakan salah satu inisiatif pihak sekolah untuk
meningkatkan prestasi pencapaian akademik calon Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dan
Sijil Pelanjaran Malaysia (SPM) 2018. Majlis ini diadakan bagi membantu pelajar
menentukan matlamat mereka dalam peperiksaan yang akan diambil tidak lama lagi.
Kebanyakkan pelajar mempunyai cita-cita dan impian yang tinggi namun kurang
motivasi dan masih takut untuk meyakinkan diri mereka sendiri bahawasanya mereka
mampu untuk menggapai impian tersebut.
Justeru itu, untuk mencapai cita-cita dan impian tersebut, pelajar perlu
mempunyai semangat juang yang tinggi dan dorongan yang tidak putus-putus daripada
orang-orang disekeliling mereka sama ada ibu bapa, guru-guru mahupun rakan-rakan
mereka sendiri. Oleh yang demikian, Majlis Aku Janji ini merupakan salah satu usaha
daripada pihak pentadbir dan guru-guru untuk membantu meningkatkan tahap
keyakinan diri pelajar. Diharapkan juga melalui majlis ini para pelajar dapat mengetahui
dan menyedari tahap kemampuan mereka yang sebenar dan seterusnya berusaha
untuk meningkatkan lagi usaha bagi memastikan kejayaan mereka dalam bidang
akademik.
Pihak sekolah sangat berharap dengan usaha yang murni ini akan melahirkan
pelajar yang sedar potensi diri dan lebih terarah untuk mencapai kecemerlangan dalam
bidang akademik dan kehidupan mereka kelak.

2. OBJEKTIF
a)Para pelajar tahu matlamat mereka dan tahu perkara yang perlu mereka
lakukan untuk mencapai kejayaan;
b) Perjanjian pelajar untuk terus berusaha mencapai kejayaan;
c)Menyedarkan pelajar bahawa usaha mereka memainkan peranan penting
dalam mencapai kejayaan selain doa dan restu keluarga.
3. MATLAMAT
a) Membentangkan strategi Kecemerlangan PT3 dan SPM 2018 yang telah
dirancang oleh Jawatankuasa Kurikulum dan Kecemerlangan sekolah;
b) Memberi pendedahan aspek-aspek penting dalam kemahiran belajar;
c) Menyedarkan pelajar akan tanggungjawab sebagai seorang pelajar dan
memberi sokongan penuh kepada program sekolah.

4. TARIKH, MASA DAN TEMPAT


Tarikh : 30 Mac 2018
Masa : 10:00 pagi - 12:00 tengahari
Tempat : Dewan Seri Budi SMK Changkat Beruas

5. SASARAN
Semua pelajar yang bakal menduduki peperiksaan PT3 dan SPM pada tahun
2018.

6. JAWATANKUASA
Pengerusi : En. Abd Bashid Bin Harun (Pengetua)
Timbalan Pengerusi : Tn Hj Abu Bakar bin Abdullah (Penolong Kanan 1)
Setiausaha : Pn. Wan Norhaini binti Wan Salleh
Penyelaras Program : Pn. Nor Juhaida binti Mahlim
Pn. Puspavathy a/p Lachimana

BIL. JAWATANKUASA BIDANG TUGAS


1. AJK Sambutan
− Pengetua  Menyambut ketibaan tetamu
− Semua Penolong Kanan jemputan
− Semua Guru Kanan
2. AJK Pendaftaran
− Tingkatan 3
 Menyediakan borang
(En. Hamizan bin Mat Isa)
pendaftaran kehadiran pelajar
− Tingkatan 5
 Mengambil kehadiran pelajar
(Pn.Siti Shaharida bt Mohd Jaffar)
dab Ibu bapa
− Ibu Bapa/Penjaga
(Pn. Lily Suryani bt Che Omar)
3. Pengacara Majlis  Mempengerusikan Majlis Aku
− Pn. Haslinda bt Hasim Janji
4. AJK Siaraya  Menyediakan dan memastikan
− En. Salim bin Basri peralatan siaraya berfungsi
dengan baik semasa majlis
5. AJK Persiapan Tempat  Memastikan pentas dan dewan
En. Puvanesvaran a/p Perumalu sedia digunakan pada hari
En. Fadzil bin Muhamod
kejadian
Pn. Norizawati bt Muhamad Wirsat
Pekerja Swasta  Memastikan kerusi guru dan

pelajar mencukupi
6. AJK LCD dan Pamplet
− Pn. Nor Azliza binti Darus
 Menyediakan LCD dan
− En. Desikan a/l Subramaniam
pamplet (jika perlu)
− En. Ahmad Fakhrurrazi bin Abd
Rashid
7. Jurugambar  Merakan gambar sepanjang
− Pn. Oh Lin Da majlis berlangsung
8. AJK Dokumentasi  Menyediakan laporan lengkap
− Pn. Nur Baiti bt Saharuddin program
9. Pengurus Pelajar Aku Janji
− Pn. Aida Norhazili bt Mat Hassan  Menguruskan susunan pelajar
(Tingkatan 3) untuk bacaan ikrar dan aku
− Pn. Siti Khatijah bt Basharudin janji
(Tingkatan 5)  Membuat raptai sebelum majlis
− Pn. Nazirah bt Harun (Ibu berlangsung
bapa/penjaga)
10. AJK Jamuan/Gimik  Menempah makanan untuk
− Pn. Norkarimah bt Salim tetamu penceramah
− Pn. Rozita bt Ahmad Rusli  Menempah pulut kuning untuk
− Pn. Nurul Syuraihah bt Pauzi acara gimik
 Menguruskan acara gimik

11. Teks Aku Janji Pelajar  Menyediakan teks aku janji


− Pn. Norjuhaida bt Mahlim pelajar
− Pn. Puspavathy a.p Lachimana  Menyediakan bahan power
point untuk dibentangkan oleh
pengetua
12. AJK Kawalan Pelajar  Memastikan kawalan disiplin
− Pn. Nor Salwati bt Mohd Shamlan pelajar terkawal sepanjang
− En. Mohd Fairuzi bin Md Desa program berlangsung

13 AJK Cenderahati  Menyediakan cenderahati, sijil


− Norfaizah Binti Suparto penghargaan, buku pelawat
dan air minuman (mineral
botol) untuk tetamu jemputan.

7. TENTATIF PROGRAM

MASA AKTIVITI

9.00 pagi − Pelajar rehat


9.30 pagi − Pendaftaran Pelajar
9:45 pagi − Ketibaan tetamu jemputan
− Ucapan Pengacara Majlis
10.00 pagi − Bacaan Doa
− Ucapan oleh Pengetua, En.Abd Bashid bin Harun
10.10 pagi − Ceramah Keibubapaan’ oleh Encik Mahadi Rosli bin Zamri
10.30 pagi (Pegawai SISC+ Pendidikan Daeerah Manjung)
− Menandatangani Surat Akur Janji/ Penetapan Target
11.30 pagi − Lafaz Ikrar Aku Janji oleh pelajar di hadapan ibu bapa dan guru
− Lafaz Ikrar Aku Janji Ibu bapa
− Gimik
12.00 tengahari − Bersurai

8. PENUTUP
Pihak sekolah berharap agar pelajar dapat menggunakan peluang yang ada ini untuk
meningkatkan motivasi diri dan kemajuan diri masing-masing. Hasilnya diharap dapat
membuahkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan PT3 dan SPM pada tahun ini.

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

..….……………………… ..….…………………………
(WAN NORHAINI BINTI WAN SALLEH) (ABD BASHID BIN HARUN)
Guru Bimbingan dan Kaunseling Pengetua
SMK Changkat Beruas, SMK Changkat Beruas,
32700 Beruas, Perak. 32700 Beruas, Perak.

You might also like