Laporan Mata Pelajaran PBD, Ucapan Laporan Teras PBD Dan Penutup GB

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Laporan mata pelajaran PBD

Bahasa Inggeris daripada Cikgu Harpal kelas 6 Red

1. Seramai 30 orang murid mendapat TP 3 dalam pentaksiran bulan Mac. Puncanya kurang
memahami tahap pembelajaran yang diberikan oleh guru seperti writing dan speaking.
Intervensi memastijan lebih banyak latihan membaca dan pemahaman untuk menambah
tatabahasa murid.
2. Seramai 2 orang yang mendapat TP 4 dalam pentaksiran bulan Mac. Puncanya memahami
sebahagianpembelajaran yang disampaikan oleh guru terutamanya tatabahasa. Intervensi
menggunakan kaedah mudah dengan memberi penarangan yang meningkatkan tatabahasa
mereka. Contohnya kuiz, spelling dan permainan.
3. Latar belakang murid-murid yang mempengaruhi pencapaian dalam PBD. Puncanya
kebanyakan ibu bapa pengetahuan dalam Bahasa Inggeris di tahap rendah. Intervensi
memberi motivasi kepada murid-murid kepentingan mempelajari Bahasa Inggeris dan
menggunakan teknik permainan untuk menarik minat mereka.

Bahasa Inggeris daripada Cikgu Nureha kelas 2 Purple. Seramai 9 orang murid mendapat TP
4 dan 30 orang murid mendapat TP 5.

1. Murid yang mendapat TP 4 iaitu murid yang mengeja perkataan Bahasa Inggeris kurang
tepat. Puncanya perkataan tersebut jarang didengari atau belum pernah dengar. Intervensi
dengan memberikan lebih lembaran kerja berkenaan vocabulary di dalam Google
Classroom.
2. Murid yang mendapat TP 4 iaitu murid yang membaca ayat Bahasa Inggeris kurang lancer
dengan membunyikan salah sebutan. Puncanya murid cenderung salah sebut perkataan
Bahasa Inggeris yang tidak biasa didengari. Intervensi dengan membuat google meet dalam
kumpulan kecil untuk membimbing murid yang terlibat supaya dapat membaca ayat-ayat
dengan lebih lancar.

Bahasa Melayu daripada Cikgu Wan Saifullizan kelas 2 Blue

Seramai 3 orang murid mendapat TP 3 dan 36 orang murid mendapat TP 4.

A.Masalah : - Murid tidak boleh membaca


- Murid tidak focus Ketika sesi PDP ( pendiam - tengok kita, tapi khayal)
- Murid lemah dalam penguasaan 3 M berbanding murid lain.

B.Punca : - Lemah dalam penguasaan perbendaharaan kata,


- Murid terganggu dengan rakan yang lain (rendah diri).
- Murid tidak hadir ke sekolah( di rumah boleh jadi di ibu bapa ambil mudah,
tidak ambil berat.
C.Intervensi : - Langkah Penyelesaian
1) Imlak – di kelas dan ketika sesi pdpr juga
2) Letak di depan sekali di dalam kelas
3) Panggil secara personal dan bantu murid membaca ( ketika sesi
bersemuka.
4) Rujuk guru pemulihan
Diambil alih oleh cikgu pemulihan untuk dibantu oleh guru
pemulihan.
Ketika sesi pembelajaran secara bersemuka murid akan bergerak ke
bilik pemulihan.( sebelum kelas tamat mereka masuk dan sempat
jumpa dan ajar mereka)
Ketika sesi pdpr ini, berhubung dengan cikgu pemulihan dan murid ini
mengikuti kelas bersama cikgu Hafizah dan pada masa yang sama
murid ini juga masuk ke kelas.( 2 kali masuk kelas online)

5) Selain itu setiap kali kelas pdpr akan dipastikan murid itu disebut nama
mereka..minta mereka baca, tunjuk, ajukan soalan. Jika mereka gagal
akan dibimbing mereka baca dan jika tidak mampu jawab soalan, murid
lain bantu jawab dan akan minta murid lain tepuk tangan sebagai
peneguhan dan beri semangat kepada mereka.
Sains tahap 2 daripada Cikgu Ahmad Ikmal, kelas 4 Maroon. Seramai seorang murid
mendapat TP 3, 35 orang murid mendapat TP 4 dan seorang murid medapat TP 5. Sains
dinilai bukan sahaja melalui penulisan, tetapi percakapan, lisan dan pemahaman.
Masalah kurang penguasaan dari segi pemahaman dan penulisan. Puncanya kerana tajuk-
tajuk yang lepas atau sukatan tahun-tahun lepas masih lagi tidak menguasai atau kosong.
Selain itu dari sudut masalah pembelajaran dan sikap mereka sendiri. Intervensi dengan
merendahkan standard pengajaran mengikut tahap murid tersebut dan mengikut situasi
mereka dengan bersembang atau melawak bersama mereka.

Sains tahap 1 daripada Cikgu Rominer kelas 3 Yellow. Seramai 39 orang murid mendapat TP
4 dan 5 orang murid mendapat TP 5. Sains dinilai mengikut pembahagian tema. Pada bulan
Januari – Mac kemahiran saintifik dan peraturan bilik sains.
1. Masalah kurang memahami dan mengingati. Punca kerana murid tidak hadir ke sekolah
dan kelas PDPR. Murid-murid tersebut akan diberi latihan dan soal jawab.
2. Masalah tidak dapat menyiapkan latihan dan kerja rumah. Puncanya kerana mereka lupa
untuk menyiapkan tugasan tersebut. Mereka ini akan dibimbing oleh guru semasa di dalam
kelas.
Matematik tahap 2 daripada Cikgu Janariah kelas 6 Yellow. Seramai 8 orang murid
mendapat TP 3, 29 orang mendapat TP 4 dan 4 orang mendapat TP 5.
1.Masalah gagal menjawab soalan penyelesaian masalah. Punca tidak faham istilah tertentu
dalam soalan penyelesaian masalah matematik (baki, agih). Intervensi - Pelbagaikan kaedah
pengajaran. (simulasi). Kenalpasti ‘kata kunci’ sebelum menjawab soalan.
2. Tidak dapat menjawab soalan melibatkan darab dan bahagi. Punca kerana tidak
menghafal sifir. Intervensi latihan kaedah mudah menulis sifir darab, bacaan sifir setiap kali
sebelum kelas bermula dan latih tubi latihan sifir.
3. Penilaian secara online tidak menyeluruh. Puncanya tiada atau lemah capaian internet.
Penggunaan computer juga terhad atau berkongsi. Intervensi latihan dalam Google
Classroom (kuiz), TV Pendidikan dan latihan dalam buku modul digital mesra.
4. Gagal menjawab soalan berbentuk rajah. Puncanya tidak ingat kaedah atau formula.
Intervensi hafal formula, latih tubi dan soalan topical.
5. Tidak dapat menjawab soalan dalam masa yang ditetapkan (Kertas 1 dan Kertas 2).
Puncanya tidak dapat membuat pembahagian masa yang betul. Intervensi latih tubi
mengikut masa dan buat soalan yang faham dahulu.

Matematik tahap 1 daripada Cikgu Siti Ghaslinda kelas 3 Pink. Seramai 7 orang mendapat TP
3 dan 36 orang mendapat TP 4.
1. Murid mendapat markah yang rendah dalam kuiz. Puncanya murid tidak mendapat
peluang yang cukup untuk bersemuka kerana PDPR di awal tahun.
2. Murid tidak menduduki kuiz dan kerap tidak hadir ke sekolah. Puncanya murid direhatkan
oleh ibu bapa akibat pandemik.

3. Murid tidak faham konsep (Penyelesaian masalah melibatkan dua operasi asas). Puncanya
murid tidak terlibat kelas online semasa PDPR.

4. Bidang nombor dan operasi tidak dapat dinilai sepenuhnya. Puncanya operasi asas darab
dan bahagi tidak sempat diajar kerana kekangan masa.

5. Murid tidak dapat tanya kerana sukar berkomunikasi. Puncanya PdP tidak bersemuka,
gajet berkongsi, capaian internet lemah dan data tidak cukup.

Intervensi berikut merangkumi semua masalah dan punca di atas

1. Latih tubi melalui lembaran kerja dan lembaran interaktif.


2. Latih tubi 5 minit sebelum kelas bermula.
3. Latih tubi Latihan melalui kuiz google form.
4. Penggunaan buku kerja tambahan (Buku Rampaian Super).
5. Gunakan aplikasi Jamboard untuk penerangan secara bertulis.
6. Modul Latihan topical.
Ucapan penutup Guru Besar
1. Panitia Pendidikan Islam
- e-pelaporan ditangguhkan, peratus pencapaian khatam al -Quran sekolah-sekolah rendah
Daerah Petaling Perdana menurun.
- Program khatam al-Quran secara online boleh dijalankan.
- Guru-guru agama islam boleh berkolaborasi dengan guru-guru yang mengajar mata
pelajaran Pendidikan Islam untuk program khatam al- Quran murid-murid.
- Kem Bestari Solat perlu dilaksanakan antara bulan ogos hingga sepetmber kerana duit
sudah sampai ke sekolah.

2. Diharapkan guru-guru lebih memahami semasa mengisi pelaporan PDPR. Setiap hari perlu
mengisi laporan PDPR dan key in.
3. Talian hayat untuk pemantapan PDPR akan dimaklumkan link tersebut. Pemantapan
PDPR akan menyediakan bahan-bahan bantu mengajar kepada guru-guru.

You might also like