Pengurusan Operasi Covid-19 Kkts

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 35

PENGURUSAN OPERASI

KOLEJ KOMUNITI TAWAU

#KITAJAGAKITA
PENGURUSAN

AHLI PASUKAN

HAK CIPTA PENASIHAT | Dr. Robert @ Kerk Swee Tian


KOLEJ KOMUNITI TAWAU PENGERUSI | Sitti Hamizawati Binti Sakka
TERBITAN 2020 TIMBALAN PENGERUSI | Mohamad Salleh Bin Ahmad Zam

Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan KETUA EDITOR | Mohd Zaki Bin Mohd Ismail
mengeluar ulang mana-mana artikel, SIDANG EDITOR | Sabrina Binti Jumadi
ilustrasi dan kandungan buku ini
dengan apa jua cara sama ada secara elektronik, | Mohamad Salleh Bin Ahmad Zam
fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain | Muhammad Muhtaram Bin Mansor
sebelum mendapat izin bertulis dahulu daripada
Pengarah, Kolej Komuniti Tawau, Batu 4 Jalan Apas, PEREKA GRAFIK | Mohd Suhaimi Bin Bakar
91000 Tawau, Sabah, Malaysia. | Arwan Bin Arsah
JURUFOTO | Mohd Izham Bin Ishak
| Nur 'Adila Bint Radzwan
DATA PENGKATALOGAN PROOF-READING | Sutriani Binti Tanga
DALAM PENERBITAN | Samsidar Binti Siling
Pengurusan Operasi Pandemik Covid-19 | Siti Juliana Binti Liman
Kolej Komuniti Tawau | Ting Wei Shiow

TERBITAN HUBUNGI KAMI


Kolej Komuniti Tawau
Kementerian Pengajian Tinggi
Kolej Komuniti Tawau
Kementerian Pengajian Tinggi
Perdana Square Commercial Centre
Batu 4 Jalan Apas
CETAKAN Peti Surat 61607
xxxxxx
91000 Tawau
Sabah.

Telefon : 089-913400
Faks : 089-914201
kktawau.mypolycc.edu.my

BUKU INI BOLEH DILAYARI SECARA DIGITAL DI LAMAN WEB RASMI KOLEJ KOMUNITI TAWAU
ISI KANDUNGAN
RINGKASAN KETUA EDITOR DAN PENGERUSI 2

PENGURUSAN OPERASI 1 : KESELAMATAN INSTITUSI 3


Penubuhan Pasukan Khas 4
PENGURUSAN OPERASI 2 : PENGURUSAN AKADEMIK & PENILAIAN 5
PENGURUSAN OPERASI 3 : PERANCANGAN PEMBELAJARAN & PENGAJARAN 6

PENGURUSAN OPERASI 4 : PEMBELAJARAN & PENGAJARAN DALAM TALIAN (PdPDT) 7

PENGURUSAN OPERASI 5 : GARIS PANDUAN PdP BERSEMUKA UNTUK PENSYARAH 8

PENGURUSAN OPERASI 6: GARIS PANDUAN PdP BERSEMUKA UNTUK PELAJAR 9

PENGURUSAN OPERASI 7 : PENGURUSAN RUANG GUNA SAMA 10

PENGURUSAN OPERASI 8 : PELAN SUSUN ATUR BILIK KULIAH/MAKMAL/BENGKEL 12


Pelan Susun Atur Bilik Kuliah 13
Pelan Susun Atur Makmal Aplikasi 14
Pelan Susun Atur Bengkel 15
Pelan Susun Atur Bengkel Automotif 16

PENGURUSAN OPERASI 9 : SOKONGAN DAN BANTUAN (HELPDESK) 17

PENGURUSAN OPERASI 10 : PELAKSANAAN SOP PASCA COVID-19 19


Pemeriksaan Awal Suhu Badan 20
Sistem Kod QR Bagi Pelajar dan Kakitangan 21
Sistem Kod QR My Sejahtera 22
Pelaporan 23

PENGURUSAN OPERASI 11 : PANDUAN RINGKAS UNTUK PENSYARAH AKADEMIK & PELAJAR 24


Panduan Menghadiri Kuliah Bersemuka (f2f) Bagi Pelajar 25
Carta Alir Menghadiri Kuliah Bersemuka (f2f) Bagi Pelajar 26
Persediaan Sebelum PdP 27
Waktu Rehat 28
Bilik Isolasi 28
Ruang Transit 29
Pergerakan Pelajar Yang Menghadiri Lebih Daripada Satu Kuliah Dalam Satu Hari 30
Selepas PdP Tamat 30

PENGURUSAN OPERASI 12 : NORMA BAHARU SEMASA PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU & 31


MINGGU SUAI KENAL
Norma Baharu Hari Pendaftaran Pelajar 32
Norma Baharu Minggu Suai Kenal 33
RINGKASAN KETUA EDITOR RINGKASAN PENGERUSI

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Alhamdulilah, setinggi – tinggi kesyukuran dipanjatkan Alhamdulillah marilah kita sama-sama memanjatkan
kepada Allah S.W.T dengan izin dan limpah kurnia-Nya syukur atas segala nikmat kurniaan Allah S.W.T terutama
buku “ Pengurusan Operasi Pandemik Covid-19 Kolej nikmat kesihatan sehingga dapat menjalani kehidupan
Komuniti Tawau” ini telah berjaya disempurnakan. Di atas seharian dalam keadaan baik dan lancar.
rasa kesedaran akan pentingnya pematuhan kepada SOP
yang dapat membantu mengekang dan mencegah Melihat keadaan pandemik Covid-19 yang semakin
berlakunya penularan Wabak Covid-19, maka mencengkam dunia, pihak pengurusan Kolej Komuniti
Jawatankuasa Pematuhan SOP Pasca Covid-19 yang Tawau mengambil langkah proaktif dalam mengekang
dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah Pengurusan penularan wabak ini terutamanya dikalangan warga Kolej
telah mengambil inisiatif untuk menghasilkan sebuah Komuniti Tawau. Buku Pengurusan Pandemik Covid -19
buku yang menjadi panduan khasnya kepada Warga Kolej ini menyampaikan prosedur-prosedur yang diambil dan
Komuniti Tawau dan umumnya kepada institusi – institusi dilaksanakan oleh pihak Kolej Komuniti Tawau dalam
lain yang berminat untuk menjadikan contoh dan menghadapai wabak Covid-19 yang melanda negara pada
panduan. masa kini khasnya. Sebarang kritikan, saranan dan idea
menarik sangat diharapkan dalam menambahbaik
Saya rasa amat bersyukur dan berterima kasih kepada pengurusan operasi sedia ada bagi meningkatkan kesiap-
semua ahli Jawatankuasa Pematuhan SOP Pasca Covid- siagaan kita dalam menghadapi pandemik ini.
19 Kolej Komuniti Tawau, Timbalan Pengarah Pengurusan
Puan Sitti Hamizawati Binti Sakka, Tuan Pengarah Justeru itu, marilah kita sama-sama membantu pihak
Ts.Dr.Robert @ Kerk Swee Tian di atas dorongan dan kerajaan dalam memutuskan rantaian Covid-19. Semoga
sokongan dalam penghasilan buku ini. Buku ini segala usaha dan khidmat bakti yang telah disumbangkan
memberikan makluman secara terperinci setiap SOP yang oleh pasukan yang terlibat dalam penulisan dan
dilaksanakan dan akan sentiasa dipatuhi oleh warga Kolej penghasilan buku ini mendapat ganjaran pahala yang
Komuniti Tawau dalam mencegah daripada berlakunya setimpal di dunia mahupun di akhirat.
penularan wabak ini dikalangan pelajar, kakitangan
mahupun pelawat Kolej Komuniti Tawau. SITTI HAMIZAWATI BINTI SAKKA
Selaku ketua editor, saya memohon ampun dan maaf
sekiranya terdapat kekurangan di dalam buku ini. Saya
ingin mengucapkan setinggi – tinggi penghargaan kepada
semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak
langsung dalam menerbitkan buku ini. Semoga buku ini
memberikan manfaat. Sekian, terima kasih.

MOHD ZAKI BIN MOHD ISMAIL

2
PENGURUSAN OPERASI : 1

KESELAMATAN
INSTITUSI

3
PENUBUHAN Jawatankuasa
PASUKAN KHAS Pematuhan SOP
Pasca Covid-19

Kolej Komuniti Tawau


telah menubuhkan pasukan khas
bagi memantau, merekod status
kesihatan warga Kolej Komuniti
Tawau, menyimpan data dan
maklumat berkenaan Covid-19 di
bilik Timbalan Pengarah Penasihat I : Ts.Dr.Robert @ Kerk Swee Tian
Pengurusan Kolej Komuniti Penasihat II : Ts. Mohd Zulhasnan Bin Mat
Tawau, sekaligus menjadikan bilik Pengerusi : Sitti Hamizawati Binti Sakka
tersebut sebagai Bilik Gerakan Tim. Pengerusi 1 : Mohd Zaki Bin Mohd Ismail
Jawatankuasa Pematuhan SOP Tim. Pengerusi 2 : Sabrina Binti Jumadi
Pasca Covid-19, Kolej Komuniti Setiausaha : Mohamad Salleh Bin Ahmad Zam
Tawau Tim. Setiausaha : Mohd Izham Bin Ishak

Pengurusan Pelajar : Fadli Bin Bacho


Mohd Suhaimi Bin Bakar

Pengurusan Akademik : Irwanbudiana Bin Amsah


Noor Hayati Binti Basan
Siti Juliana Binti Liman
Siti Masturah Binti Mat Shah
Charles Cheng Wuen King
Sutriani Binti Tanga
Samsidar Binti Hj Siling
Pengurusan : Suriana Binti Ahamadi
Pentadbiran

Pengurusan Fasiliti : Muhammad Azlan Bin Mahmud


Sahalan Bin Kuruak

HelpDesk : Jusdy Bin Juwait


Arwan Bin Arsah
Basari Bin Beddu Hasang

4
PENGURUSAN OPERASI
PENGURUSAN OPERASI :2 :2

PENGURUSAN
AKADEMIK DAN
PENILAIAN
Pemakluman mengenai pindaan Kalendar
Akademik 2019 / 2020 telah dibuat melalui surat PINDAAN KALENDAR
edaran No. Ruj. JPPKK.BIPD.600-3/1/3 (4)
AKADEMIK
bertarikh 1 Jun 2020.

Pindaan melibatkan Kalendar Akademik seperti berikut:

Kalendar Akademik Sesi Jun 2020 (Tempoh kuliah


16 minggu) - Diploma, Pra Diploma, Sijil Kemahiran Politeknik

Kalendar Akademik Sesi Jun 2020 (Tempoh kuliah


14 minggu) - Diploma, Pra Diploma, Sijil Kemahiran Politeknik

Kalendar Akademik Sesi Jun 2020 (Tempoh kuliah


14 minggu) - Diploma, Sijil, Sijil Kemahiran Khas Kolej Komuniti

Kalendar Akademik Sesi Jun 2020 Sijil Teknologi


Elektrik (Pemasangan dan Perkhidmatan) Kolej Komuniti
5
PERANCANGAN
PENGURUSAN OPERASI
PENGURUSAN OPERASI :3 :3

PEMBELAJARAN
& PENGAJARAN
Tiada perubahan dilakukan kepada struktur program.

Jumlah serta senarai kursus compulsory, common core, discipline core serta elektif yang
terkandung dalam struktur program sedia ada tidak berubah.

Perubahan : melibatkan susunan penawaran kursus-kursus tersebut bagi


membolehkan kursus-kursus yang sesuai dilaksanakan secara dalam talian dapat
dilaksanakan lebih awal.

Secara asasnya, PPdP / Study Plan bagi setiap program mengandungi senarai kursus-
kursus yang sesuai dilaksanakan secara dalam talian bagi pelajar-pelajar dari kategori yang
tidak mendapat pengecualian melaksanakan PdP secara bersemuka. Antara lain, ia juga
memaparkan contact hours serta kredit bagi kursus-kursus yang dicadangkan.

Perlu diingatkan bahawa PPdP / Study Plan bersifat advisory kepada pihak pengurusan
akademik institusi dalam merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran.
Pelaksanaannya tertakluk kepada keupayaan atau kesesuaian sumber yang ada di institusi.
Sila maklumkan kepada Bahagian Kurikulum terlebih dahulu sekiranya pihak institusi ingin
membuat sebarang penyesuaian kepada PPdP / Study Plan (SKE, SKU, dan SKR).

6
PENGURUSAN OPERASI
PENGURUSAN OPERASI :4 :4

Pensyarah diberi fleksibiliti dari segi Pensyarah kursus perlu merancang dan
pelaksanaan pembelajaran dan melaksanakan aktiviti alternatif kepada
pengajaran menerusi kombinasi
PEMBELAJARAN pelajar yang mempunyai kekangan
pendekatan synchronous dan DAN mengakses PdPDT dengan:
asynchronous. PENGAJARAN
DALAM TALIAN
(PDPDT) Menggunakan kaedah
100% PdPDT alternatif seperti
secara perkhidmatan pos, telefon
synchronous, atau; dan lain-lain yang
bersesuaian

100% PdPDT Mempertimbangkan


secara masa pelaksanaan dan
asynchronous, atau; masalah
yang berkaitan dengan
kesediaan pelajar
berkenaan mengikut
Rancangan Mengajar.

Kombinasi kedua-dua
pendekatan mengikut
kesesuaian.

Asynchronous adalah komunikasi


Syncronous adalah komunikasi secara tertunda, dengan menggunakan
seperti Video Call dan Chat. media seperti emel, forum, dan
membaca/menulis dokumen dalam
talian melalui laman web

7
PENGURUSAN OPERASI
PENGURUSAN OPERASI :5 :5
GARIS PANDUAN
PDP BERSEMUKA UNTUK
PENSYARAH
Bilangan pelajar untuk PdP
bersemuka adalah 15 orang dan ke
bawah.
Pelajar yang mempunyai simptom
Covid-19 seperti batuk dan demam
tidak dibenarkan untuk masuk ke
kelas. Sila maklumkan kepada
Jawatankuasa Pematuhan Pasca
Covid-19 Kolej Komuniti Tawau jika
terdapat pelajar yang bergejala.
Memastikan tenaga pengajar
memberi taklimat kepada pelajar
yang hadir sebelum sesi PdP
bermula berkenaan langkah
pencegahan penularan wabak
Covid-19 yang perlu diambil.
Memastikan penjarakan sosial
dipatuhi di dalam ruang
pembelajaran dengan memastikan
terdapat ruang kosong (iaitu jarak
sekurang-kurangnya satu (1) meter.
di antara kerusi, meja dan
kedudukan pelajar
ketika berada di bilik kuliah atau
kelas selaras dengan saiz bilik.

Meminimumkan dan mengawal


jumlah pelajar yang berada di dalam
ruang pembelajaran pada satu-satu
masa dengan membahagikan
pelajar kepada kumpulan yang lebih
kecil semasa sesi PdP bersemuka
selaras dengan saiz bilik.
Memastikan aspek kebersihan
diutamakan di dalam ruang
pembelajaran dengan menyediakan
pensanitasi tangan kepada pelajar
dan kakitangan dan menggalakkan
pemakaian pelitup muka
8
PENGURUSAN OPERASI
PENGURUSAN OPERASI :6 :6

GARIS PANDUAN
PDP BERSEMUKA UNTUK
PELAJAR

Borang akuan pengisytiharan Pelajar perlu menjalani pemeriksaan


kesihatan individu wajib diserah suhu badan dan imbas kod QR
pada Pensyarah Kelas pada hari sebelum memasuki bangunan/premis
pertama pelajar mendaftar. kolej. Pelajar yang suhu badannya
melebihi 37.5C atau mempunyai
gejala batuk, selesema, sakit tekak
Pelajar diwajibkan mencuci tangan atau susah bernafas semasa
dengan sabun di sinki yang disaring, mereka tidak dibenarkan
disediakan di luar kawasan kolej memasuki kawasan kolej.
sebelum memasuki kawasan kolej
dan selepas meninggalkan kawasan
Pemakaian pelitup muka adalah
kolej.
perlu ketika berada di dalam
kawasan bangunan Kolej Komuniti
Tawau.
Menghadkan pergerakan di dalam
kawasan bangunan Kolej kecuali
untuk ke lokasi PdP (penggunaan
dewan syarahan sebagai tempat Semua pelajar perlu mematuhi
pelajar transit). Para pelajar perlu penjarakan sosial dalam jarak 1
meninggalkan bangunan Kolej meter semasa berada di mana-
Komuniti Tawau jika tidak ada mana tempat di dalam bangunan
sebarang urusan yang penting. Kolej Komuniti Tawau.

9
PENGURUSAN OPERASI
PENGURUSAN OPERASI :6 :7
PENGURUSAN
RUANG GUNA SAMA

Bilik Transit untuk pelajar disediakan Proses sanitasi bangunan oleh


sebagai ruang guna sama bagi Jabatan Kesihatan telah dilakukan
mengurangkan pergerakan pelajar pada 25 Julai 2020 untuk
dan mengelakkan para pelajar memastikan bangunan dan
berkumpul secara beramai-ramai persekitaran kolej selamat dari
tanpa mematuhi SOP. Antara bilik- penularan wabak Covid-19.
bilik transit untuk pelajar adalah :- Disamping itu, proses santisasi
bangunan secara berkala turut
I. Dewan Syarahan dilakukan secara dalaman
II. Bilik Kuliah termasuklah memastikan
III. Perpustakaan pembersihan dan disinfeksi
IV. Laluan Bengkel Automotif dilakukan terhadap ruang guna
berhampiran tangki sekali seminggu.
V. Makmal Matematik sebagai
ruang tambahan solat
VI. Pantri sebagai ruang makan
pelajar

Semua pelajar dan kakitangan


diwajibkan imbas kod QR bagi
penggunaan makmal, bengkel dan
Aktiviti berkaitan PdP yang bilik-bilik kuliah. Huraian lanjut
memerlukan kehadiran jumlah berkenaan perkara ini akan
pelajar yang ramai seperti aktiviti dinyatakan pada Pengurusan
kebudayaan adalah TIDAK Operasi yang ke-10.
DIBENARKAN.

10
Sanitasi bangunan
oleh Jabatan
Kesihatan.

Sanitasi bangunan
secara berkala oleh
pekerja pembersihan
kolej.

11
PENGURUSAN OPERASI
PENGURUSAN OPERASI :2 :8

PELAN SUSUN
ATUR BILIK
KULIAH / MAKMAL
/BENGKEL

Bagi memastikan penjarakan fizikal dan sosial sentiasa


berlaku sepanjang kuliah dan amali berlangsung, pelan susun
atur bagi setiap bilik kuliah, makmal dan juga bengkel di
wujudkan untuk menjadi panduan para Personal Incharge
(PIC) setiap bilik yang berada kawasan bangunan supaya
teratur dan mematuhi SOP penjarakan fizikal sejauh 1 meter.

12
Jumlah maksimum pelajar
Pelan Susun Atur Bilik
Kuliah
dan pensyarah dalam kelas
ialah 15 orang.

13
Jumlah maksimum pelajar
Pelan Susun Atur
Makmal Aplikasi
dan pensyarah dalam kelas
ialah 15 orang.

14
Jumlah maksimum pelajar
Pelan Susun Atur
Bengkel
dan pensyarah dalam kelas
ialah 15 orang.

15
Jumlah maksimum pelajar
Pelan Susun Atur
Bengkel Automotif
dan pensyarah dalam kelas
ialah 15 orang.

16
PENGURUSAN OPERASI
PENGURUSAN OPERASI :2 :9

SOKONGAN
DAN
BANTUAN
(HELPDESK)
Pasukan Helpdesk
jawab diketuai oleh Unit ICT
g u n g
ng
t i t u s i berta n P asuka
n Kolej Komuniti Tawau.
Ins d k a Pasukan ini boleh terdiri
a g i m ewuju m e m bantu
b k
s k untu daripada pegawai-pegawai
He l p d e
a r a h dalam yang berkemahiran di
pens y .
n a a n PdPDT institusi, Pegawai Unit
a
pelaks
Multimedia, Jawatankuasa
e-Pembelajaran dan Unit
ICT masing-masing.

17
Memberikan khidmat
nasihat dan tunjuk ajar
dari semasa ke semasa
tentang penggunaan
aplikasi dalam talian.

Peranan
Pasukan
Mewujudkan senarai soalan

Helpdesk yang lazim ditanya diikuti


dengan jawapan, khususnya
dengan pelaksanaan PdPDT.

Memberi khidmat nasihat dan


tunjuk ajar melalui perantara
bantuan jarak jauh (medium
remote assistance) contohnya
secara sidang video, melalui
Bantuan sokongan teknikal tidak telefon dan sebagainya.
semestinya dibuat secara langsung
pada satu-satu masa. Janji temu dan
perkhidmatan sokongan perlu
diamalkan bagi menjamin
perkhidmatan sokongan yang
efisyen.
18
PENGURUSAN OPERASI : 10

PELAKSANAAN
SOP PASCA
COVID-19

19
Pemeriksaan Awal
Suhu Badan

Kolej Komuniti Tawau menyediakan


3 pengimbas suhu badan di 3 lokasi
post pengawal yang dirasakan
sangat perlu untuk semua para
pelajar, kakitangan institusi dan
juga para pelawat. Pemeriksaan ini
sangat penting untuk memastikan
kesemua warga Kolej Komuniti
Tawau termasuklah para pelawat
berada dalam keadaan sihat dan
tidak mengalami sebarang gejala
yang menunjukkan simptom pesakit
Covid 19 termasuklah demam,
batuk, selsema mahupun sesak
nafas.

Berdasarkan panduan Kementerian


Kesihatan Malaysia (KKM), suhu
badan bagi mereka yang demam
adalah lebih 37.5oC (>37.5OC).
Melalui panduan ini, sekiranya
pengimbas suhu memberikan
bacaan 37.5oC dan ke atas ketika
warga institusi mahupun para
pelawat melakukan imbasan ini,
maka mereka adalah sama sekali
dilarang untuk memasuki ke dalam
kawasan bangunan Kolej Komuniti
Tawau.

Bagi para pelajar mahupun


kakitangan, meraka perlu terus ke
Klinik Kesihatan berhampiran bagi
mendapatkan rawatan dan disahkan
kesihatan mereka oleh Doktor
ataupun Pembantu Perubatan
sebelum dibenarkan masuk ke
kawasan Bangunan Kolej Komuniti
Tawau.

20
Sistem Kod QR Bagi
Para Pelajar dan
Kakitangan

SIstem Kod QR diperkenalkan oleh


Jawatankuasa Pematuhan SOP
Pasca Covid-19 bagi memudahkan
rekod suhu dibuat dan data tersebut
disimpan setiap hari bagi rujukan.
Data setiap pelajar dan kakitangan
ini akan digunakan untuk tujuan
analisa dan keperluan pihak institusi
dan hanya akan diberikan sekiranya
data tadi diperlukan oleh pihak
Kementerian Kesihatan Malaysia
dan Majlis Keselamatan Negara.
Kerahsian data ini adalah dijaga dan
tidak didedahkan kepada umum.
Selain itu, data ini juga digunakan
sebagai rujukan kehadiran para
pelajar dan kakitangan Kolej
Komuniti Tawau. Setiap pelajar dan
kakitangan Kolej Komuniti Tawau
diberikan Kod QR peribadi dan kod
ini akan di imbas dengan
menggunakan telefon bimbit yang
ditempatkan di 3 post pengawai
keselamatan. Aplikasi datang.my di
dalam telefon pintar adalah sistem
rekod yang digunakan dalam proses
menyimpan data suhu badan warga
Kolej Komuniti Tawau.

21
Sistem Kod QR My
Sejahtera

Walaupun pihak institusi Kolej Komuniti Tawau mempunyai sistem Kod QR sendiri,
perlaksanaan mengimbas Kod QR My Sejahtera turut dilaksanakan di atas keperluan
dan arahan daripada pihak Majlis Keselamatan Negara. Imbasan Kod QR ini turut
dikuatkuasakan bagi semua warga Kolej Komuniti Tawau dan para pengawal
keselamatan akan memastikan imbasan sentiasa dibuat sebelum memasuki
bangunan Kolej Komuniti Tawau.

22
Pelaporan pengguna kod QR dan suhu badan
hendaklah dilaporkan kepada penasihat atau
Pelaporan
pengerusi pada setiap hari. Data ini hendaklah
dipantau oleh Timbalan Pengerusi 1 Jawatankuasa
Pematuhan SOP Covid-19, KKTS.

Menggunakan sistem
aplikasi datang.my

23
PENGURUSAN OPERASI : 11

PANDUAN RINGKAS
UNTUK PENSYARAH
AKADEMIK DAN
PELAJAR

24
Panduan Menghadiri
Kuliah Bersemuka
(F2F) Bagi Pelajar

Pelajar wajib melakukan saringan pemeriksaan suhu badan di Post Pengawal


Keselamatan.

Sebelum memasuki premis, pastikan memakai Pelitup Muka (WAJIB).

Suhu badan >37.5 C dan didapati bergejala, tidak akan dibenarkan memasuki premis
Kolej Komuniti Tawau.

Pelajar hendaklah hadir 15 minit awal sebelum kuliah bermula.

Para pelajar digalakkan membasuh tangan di singki yang disediakan di bangunan kolej.

Para pelajar juga digalakkan membawa pensanitasi tangan ataupun penyembur


pembasmi kuman (hand sanitizer) sendiri.

Pelajar dilarang masuk ke bilik pensyarah.

Penjarakan sosial/fizikal 1 meter adalah diwajibkan.

Menghadkan pergerakan di dalam kolej kecuali ke lokasi PdP. Para pelajar perlu
meninggalkan kawasan Kolej Komuniti jika tiada sebarang urusan yang perlu.

25
Carta Alir Menghadiri
Kuliah Bersemuka
(F2F) Bagi Pelajar

26
Persediaan Sebelum
PdP

Seluruh bangunan meliputi


kelas/makmal/bengkel telah selesai
disanitasi.

Infografik perlu ditampal di dalam dan luar


setiap bilik.

Bekalan penyembur pembasmi kuman (hand


sanitizer) kepada setiap pensyarah. Sanitasi
ringkas akan dilakukan di tempat – tempat
yang dirasakan perlu seperti tombol
pintu selepas habis kelas.

Bekalan pensanitasi tangan (hand sanitizer)


pada setiap bilik kuliah, makmal dan
bengkel. Namun para pelajar dan pensyarah
digalakkan membasuh tangan.

Tagging atau penandaan perlu dibuat pada


setiap bilik. Penandaan adalah seperti berikut :

a. Pita Pelekat Hitam Kuning – Penandaan


penjarakan
b. Anak Panah Biru – Tanda Masuk
c. Anak Panah Merah –Tanda Keluar

Patuhi penjarakan sosial 1 meter dan kapasiti


kelas adalah separuh dari saiz kelas.
Jika setiap kelas boleh menempatkan 30
orang, maka separuh daripadanya adalah
15 orang.

Infografik sentiasa dilekatkan di pelbagai


tempat sebagai peringatan dan panduan
kepada warga Kolej Komuniti Tawau.

27
Waktu Rehat

Waktu rehat yang pendek (5 minit ke 15


minit) para pelajar diminta untuk berehat dan
duduk dalam kelas masing - masing.

Para pelajar dibenarkan untuk makan di


tempat duduk di kelas masing - masing.
Walaubagaimanapun, sampah dan sisa
bekas makanan perlu di buang dan meja
perlu
di kemas.

Waktu rehat yang panjang sebagai contoh


Jam 1 hingga 2, pelajar boleh mengambil
tindakan berikut :
a. Menggunakan Bilik Transit
b. Pulang ke rumah Rehat di dalam kelas
masing-masing (Pensyarah Modul perlu
menjaga)

Bilik Isolasi

Bagi pelajar yang dikesan sakit atau tidak


sihat semasa PDP secara bersemuka
belangsung, Bilik VVIP akan digunakan bagi
menempatkan para pelajar yang tidak sihat.
Jawatankuasa pematuhan SOP COVID19
harus dimaklumkan dengan segera mengenai
laporan pelajar tidak sihat bagi melakukan
tindakan segera menghubungi atau
menghantar pelajar ke Klinik Kesihatan
berhampiran.
28
Ruang Transit
Bilik di Kawasan
bangunan Kulinari Lokasi Ruang
Transit

Ruang Transit adalah ruang yang


diperkenalkan bagi memudahkan
para pelajar untuk menunggu
sebelum menghadiri kuliah subjek
lain dalam hari yang sama.
Foyer Bangunan
Unit SKR

Dewan
Syarahan

Memakai Pelitup Muka

Penjarakan sosial 1 meter di WAJIB kan.

Dilarang buat bising.

Sampah dikutip dan memastikan bilik sentiasa


kemas dan bersih.

Peraturan ketika
berada diruang Melakukan sanitasi apabila perlu atau apabila
transit diarahkan oleh pensyarah.

Dilarang berdua - duaan.

29
Pergerakan Pelajar
Yang Menghadiri Lebih
Daripada Satu Kuliah
Dalam Satu Hari

Sanitasi ringkas boleh dilakukan bersama


Selepas PdP Tamat pensyarah modul dan pelajar bagi
memastikan bilik/bengkel/makmal
sentiasa bersih.

Pelajar perlu terus pulang ke rumah jika tiada


sebarang urusan di kolej.

30
PENGURUSAN OPERASI : 12

NORMA BAHARU
SEMASA
PENDAFTARAN
PELAJAR BAHARU
DAN MINGGU SUAI
KENAL

31
Norma Baharu Hari
Pendaftaran Pelajar

Semua pelajar baharu yang akan datang mendaftar, perlu melengkapkan Borang
Akuan Pengisytiharan Kesihatan Pelajar. Borang ini perlu diserahkan di kaunter
semakan pelajar.

Bagi mengelakkan kesesakan, hanya seorang waris pelajar sahaja dibenarkan masuk
ke dalam bangunan kolej. Waris dan juga pelajar perlu memakai pelitup muka dan
tidak menunjukkan simptom menghidapi penyakit virus Covid 19 sebelum dibenarkan
masuk ke premis bangunan Kolej Komuniti Tawau.

Sekiranya para pelajar baharu dikesan datang dari kawasan merah atau kawasan yang
diarahkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara untuk menjalani Perintah Kawalan
Pergerakan, maka pihak Kolej Komuniti Tawau berhak untuk menangguhkan
pendaftaran pelajar. Selain itu juga, pihak Kolej Komuniti Tawau berhak menahan dan
melarang sebarang pendaftaran berlangsung bagi pelajar baharu yang dikesan
mempunyai gejala Covid 19 atau pun menjadi Patient Under Investigation (PUI) atau
Person Under Surveillance (PUS) yang sedang mendapat perhatian daripada pihak
kerajaan.

32
Norma Baharu Minggu
Suai Kenal

Taklimat diadakan secara online yang


dipancarkan terus dari pusat taklimat.

Pelajar diagihkan kepada beberapa kumpulan


dan diletakkan dibeberapa lokasi berasingan
bagi memastikan penjarakan sosial dipatuhi.

Pergerakan setiap kumpulan diawasi oleh


pensyarah bertugas bagi memastikan SOP
sentiasa dipatuhi.

Bekalan pensanitasi tangan (hand sanitizer)


disediakan pada setiap bilik kuliah, makmal
dan bengkel yang digunakan. Namun para
pelajar dan pensyarah digalakkan membasuh
tangan.

33

You might also like