Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

3.

0 Metodologi Kajian

Bab ini akan menerangkan tentang kaedah pengambilan dan penganalisa maklumat yang

digunakan untuk melaksanakan kajian ini. Kajian ini dijalankan berdasarkan masalah sosial yang

berlaku dalam kalangan mahasisiwa dan mahaisiwi di peringkat institusi pengajian tinggi(IPT)

awam dan swasta khusus dari sudut pengaruh rakan sebaya. Kaedah kajian yang digunakan ialah

kaedah rujukan sahaja. Kaedah ini berdasarkan maklumat yang didapati melalui kertas kajian

lepas, jurnal, majalah dan akhbar. Maklumat yang telah diambil akan dianalisa dan digunakan

sebagai justifikasi untuk menentukan kesan pengaruh rakan sebaya dalam masalah sosial di

peringkat IPT. Selain itu, maklumat ini juga akan digunakan untuk mencadangkan kaedah

pencegahan yang terbaik dan effektif dalam menangani masalah sosial ini.

3.1 Kaedah Rujukan

Kaedah rujukan merupakan kaedah yang digunakan dalam mendapatkan maklumat yang

diperlukan berdasarkan kajian-kajian yang telah dibuat. Kaedah ini biasa digunakan oleh para

pengkaji bagi membantu menjalankan kajian mereka yang ada kaitan dengan maklumat yang

diperlukan bagi menyiapkan kerta kerja penyelidikan. Selain itu, rujukan yang digunakan dalam

kajian ini meliputi kajian-kajian lepas, jurnal, majalah dan akhbar yang terkini berkaitan dengan

masalah sosial. Setiap rujukan yang diambil akan dicatatkan nama penyelidik, tarikh dan tajuk

penyelidikan di akhir bab kajian ini bagi melindungi dan menjaga ketulenan maklumat dirujuk.

3.2 Analisa kajian

Kajian ini akan dianalisa berdasarkan maklumat yang telah dikumpul dan dihuraikan dalam

sorotan kajian. Kajian yang diperolehi dibahagikan mengikut kategori masalah yang telah

berlaku hasil daripada pengaruh rakan sebaya.

You might also like