Latihan 3-29.7.2021

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

BAHAGIAN A

[ 30 markah ]

Baca kedua-dua e-mel di bawah ini dengan teliti. Anda dikehendaki menjawab satu
daripada e-mel di bawah ini.

Tulis e-mel anda itu selengkapnya. Panjang e-mel anda hendaklah antara 150
hingga 200 patah perkataan.

E-mel 1

Daripada niesa@gmail.com
Kepada alice@yahoo.com
Subjek Cara-cara Menjaga Kesihatan Mental
Salam sejahtera Alice,
Apa khabar awak di sana? Saya berharap agar awak dan keluarga awak berada
dalam keadaan sihat. Maaf kerana mengganggu awak semasa cuti pada hari minggu
ini.
Baru-baru ini saya ada terbaca satu artikel tentang kesihatan mental. Saya begitu
terkejut dengan kandungan artikel itu yang menyatakan bahawa tahap kesihatan
mental dalam kalangan masyarakat kita semakin serius. Malah ada antara individu
yang tidak menyedari bahawa mereka sebenarnya sedang mengalami masalah
kesihatan mental. Saya juga berasa amat takut sekiranya masalah kesihatan mental
ini turut dihadapi oleh ahli keluarga saya. Oleh itu saya ingin meminta sedikit
pandangan daripada awak tentang cara-cara untuk kita menjaga kesihatan mental.
Saya berasa awak adalah orang yang paling sesuai untuk menjelaskan hal ini kerana
awak merupakan bakal doktor.
Saya menanti respons daripada anda.
Sahabatmu,
Niesa

E-mel 2

Daripada amiera@yahoo.com
Kepada hanie@gmail.com
Subjek Kebaikan Aktiviti Riadah
Salam sejahtera Hanie,
Apa khabar awak sekarang. Semoga berada dalam keadaan sihat di samping
keluarga tercinta.
Saya amat berbangga apabila mendapat berita bahawa anda telah terpilih sebagai
pemenang dalam pertandingan penulisan esei berkaitan Kebaikan Aktiviti Riadah
anjuran pejabat kesihatan di daerah awak. Saya ingin mengetahui dengan lebih
lanjut tentang esei tersebut. Saya berharap dengan penjelasan daripada awak ini
akan membolehkan saya mengamalkan aktiviti riadah sebagai rutin harian saya untuk
menjaga tahap kesihatan tubuh badan saya.
Saya mengharapkan respons daripada awak.
Rakanmu,
Amiera

You might also like