Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

1.

0 LATAR BELAKANG
Yang Berbahagia Datuk Jimmy Choo PJN DIMP DSPN OBE merupakan salah
seorang pereka fesyen yang terkenal di seluruh dunia. Nama sebenar Datuk Jimmy
Choo Yeang Keat adalah Jimmy Chow. Semasa proses pendaftaran sijil kelahiran
beliau, namanya telah tersalah ejaan dan menjadi Jimmy Choo. Nama itu kekal
menjadi miliknya hingga hari ini, malah nama tersebut menjadi kebanggaan dan
dikenali di seluruh dunia.1 Beliau dilahirkan pada 15 November 1948 di Pulau Pinang,
berketurunan China Hakka dan dibesarkan di Lebuh Hutton, Georgetown, Pulau
Pinang. Beliau berasal dari sebuah keluarga yang kecil dimana ayahnya iaitu Choo
Keen Yit, merupakan seorang pengusaha dalam perniagaan membuat kasut. Beliau
mendapat pendedahan awal mengenai teknik pembuatan kasut daripada ayahnya iaitu
seorang tukang kasut sepenuh masa.Dato Jimmy Choo sering membantu ayahnya
dalam mengendalikan perusahaan membuat kasut.

Beliau telah mula bersekolah di Sekolah Rendah Shih Chung, Love Lane, Pulau
Pinang dan telah tamat pembelajaran pada tahun enam. Pada usia seawal 11 tahun,
beliau telah berjaya menghasilkan kasut pertama daripada hasil usaha kerasnya sendiri
kerana beliau telah sering membantu ayahnya.2Beliau pernah menyatakan bahawa
ayahnya telah tidak membenarkan beliau membuat kasut pada mulanya malah,
ayahnya telah memberitahu “ duduk dan lihat.” dan Datuk Jimmy Choo telah
sambung kata “ Berbulan-bulan saya hanya melakukan itu.”3 Setelah menamatkan
pembelajaran, Antara tahun 1982 dan 1984, beliau telah melanjutkan pengajian dalam
bidang pembuatan kasut dan fesyen di Kolej Teknikal Cordwainer (sekarang Kolej
Fesyen London) di Hackey, London. Pada tahun pertama pengajiannya, bapanya telah
menanggung segala perbelanjaannya sebelum beliau melakukan kerja separuh masa
sebagai pencuci di restoran dan juga bekerja di kilang kasut untuk mencari sesuap
nasi dan beliau juga ingin menampung pengajiannya pada 3 tahun seterusnya.
Akhirnya beliau berjaya menamatkan pengajiannya pada tahun 1984. Kemudian,
Beliau telah berkahwin dengan Rebecca Choo dan dianugerahi dua cahaya mata iaitu
Danny Choo dan Emily Choo.2

Datuk Jimmy Choo merupakan pengasas Syarikat Jimmy Choo Ltd. adalah rumah
fesyen bertaraf tinggi Britain yang terutamanya pakar dalam menghasilan kasut, beg
tangan, aksesori dan wangian mewah yang diasaskan oleh Datuk Jimmy Choo pada
tahun 1996.4 Nama Jimmy Choo sinonim dengan kasut yang eksklusif dan bergaya.
Beliau bukan sahaja seorang pereka kasut tetapi juga seorang tukang membuat kasut
yang mahir dan pakar dalam menghasilkan hasil seninya. Beliau mendapat ilham dan
inspirasi rekaannya daripada alam semula jadi seperti pokok dan bunga dan juga dari
keadaan sekeliling seperti hiasan dalaman di tempat-tempat yang dilawatinya. Beliau
sangat teliti dalam membentuk acuan kasut yang terdiri daripada bahagian atas, tapak
dan tumit bagi memastikan kasut rekaannya seimbang supaya pemakai kasutnya
berasa selesa dan selamat walaupun mengenakan kasut bertumit tinggi.5

1
‘Biodata Jimmy Choo Tukang Kasut Lagenda’ : https://ilabur.com/biodata-jimmy-
choo/ (Diakses pada 21 Jun 2021)

2
‘Pdf Slide’ : https://pdfslide.net/documents/jimmy-choodocx.html (Diakses pada 21
Jun 2021)

3
‘Jimmy Choo’ : https://www.biography.com/fashion-designer/jimmy-choo (Diakses
pada 21 Jun 2021)

4
‘Jimmy Choo (syarikat)’ : https://ms.wikiqube.net/wiki/Jimmy_Choo_(company)
(Diakses pada 21 Jun 2021)

5
‘Kisah Kejayaan Datuk Jimmy Choo’ :
https://www.usahawan.com/keusahawanan/kisah-kejayaan-datuk-jimmy-choo.html/
(Diakses pada 21 Jun 2021)

You might also like