Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

KALI KEDUA 2017

SMK JUBLI PERAK SULTAN HAJI AHMAD SHAH , KUALA TAHAN

TARIKH : 06 APRIL 2017

MASA : 3.00 PETANG

TEMPAT : BILIK GERAKAN SMK JPSHAS , KUALA TAHAN

KEHADIRAN :
Osman b Lah
Rosiah binti Awg Ngah
Abu Zahid bin Awang Besari
Norsyahida binti Zulkifli
Rahimah binti Sabtu
Lily Fairuz binti Ismail
Mohd Ridzuan bin Abd Rahim
Haryati binti Mohd Khonopiah
Haslindah binti Nursan
Mohd Zulkalnain bin Abdullah
Nik Asrul bin Nik Yusoff
Muhd Faez bin Hanafi
Norfadzlan bin Zakaria
Mohd Nazarul Hazwan bin Abdul Razak
Mohd Fadhli bin Mat Husain
Siti Asadihah binti Abdullah
Rosilawati binti Jaapar
Norhasikin binti Ahmad
Mashaini binti Che Mat
Siti Asiah binti Mat Zin
Nor Hazwani binti Hashim
Nor Faizahaishah binti Othaman
Anis Farhana binti Abdul Malek
Nordalillah binti Sharifuddin
Mohammad Mahsal bin Ibrahim
Mohd Irwan bin Abdul Rahman
Mohd Razis bin Abd Rahman
Mohd Arifuddin bin Awang
Najihah binti Zainal Abidin
Norhidayah binti Jusof
1.0 Aluan pengerusi (EN OSMAN BIN LAH)

1.1 Tuan pengetua memulakan mesyuarat dengan bacaan surah Al- Fatihah. Beliau
memaklumkan bahawa tujuan mesyuarat adalah untuk memahami bagaimana
pelaksanaan PBS di sekolah
1.2 Beliau berharap mesyuarat kali kedua ini berjalan lancar dan laporan setiap
jawatankuasa dapat dibentangkan dengan jayanya.
Makluman : semua guru

2.0 Pengesahan minit Mesyuarat Pertama – PN. MASHAINI BINTI CHE MAT
2.1 Setiausaha membentangkan minit mesyuarat yang lalu dan memohon ahli mesyuarat
untuk membuat semakan dan mengemukakan cadangan minit mesyuarat tersebut
diterima dan disahkan.
2.2 Cikgu Haslindah mencadangkan minit mesyuarat tersebut diterima dan disahkan
2.3 Cikgu Nazarul menyokong.
2.4 Minit mesyuarat yang diadakan pada 19 Januari 2017 telah disahkan tanpa sebarang
pindaan.
Makluman : semua guru

3.0 Isu – isu pelaksanaan dan kes-kes Khas PBS (Pn. Rosiah binti Awang Ngah)
3.1 Pn. Rosiah binti Awang Ngah menyatakan bahawa, apabila sudah masuk suku pertama
PBS berjalan,terdapat berapa masalah yang timbul. Namun, ia boleh diselesaikan
dengan kerjasama semua pihak.
3.2 Pn. Rosiah binti Awang Ngah membuka mesyuarat kepada semua guru untuk
membentang isu-isu sepanjang pelaksaan PBS 2017.
3.3 Cikgu Rosilawati memeberitahu bahawa, perekodan lama yang telah dimuat turun pada
awal tahun 2017 mempunyai masalah.
3.4 En. Razmi memberi respon bahawa, Cikgu Mahsal telah muat turun Perekodan yang
baharu. Ini termasuk perekodan gabungan. Guru-guru boleh mendapatkannya pada
Cikgu Mahsal.
3.5 Cikgu Asadihah menyatakan bahawa, terdapat beberapa orang pelajar dari tingkatan 1
dan 2 yang tidak boleh membaca. Akibatnya, sukar untuk pelajar-pelajar tersebut
ditaksir.
3.6 Sebagai menjawab permasalahan dari Cikgu Asadihah Pn. Rosiah binti Awang Ngah
mengemukakan supaya pelajar-pelajar ini dikenalpasti terlebih dahulu. Kemudian pelajar
ini dikurangkan tahap pentaksiran PBS. Penyesuaian Pentaksiran bagi pelajar-pelajar
seperti tidak boleh membaca haruslah dibuat melalui penyelarasan dan pemantauan
yang dijalankan.
Tindakan : Semua Guru
4.0 Laporan Jawatankuasa PBS (Pn. Rosiah binti Awang Ngah)
4.1 Jawatankuasa PBS perlu melalui empat peringkat Penjaminan Kualiti iaitu Pementoran,
Pengesanan, Penyelarasan dan Pemantauan. Setiap peringkat ini mempunyai
jawatankuasa yang diketuai pihak pengurusan.
4.2 Pn. Rosiah binti Awang Ngah membentangkan secara umum keempat-empat laporan
jawatankuasa tersebut. Beliau menyatakan bahawa, Pementoran yang dilaksanakan oleh
Jurulatih-jurulatih Sekolah untuk semua matapelajaran berjalan lancar Pn. Rosiah binti
Awang Ngah mengucapkan terima kasih dan tahniah di atas usaha JU.
4.3 Pemantauan, Penyelarasan, Pengesanan dan Pementoran dijalankan secara informal.
4.4 Puan Mashaini membentangkan pelaporan PBS bagi suku pertama. Beliau menyatakan
bahawa, buat masa ini Perekodan yang dibuat oleh guru, berjalan lancar.
Makluman : Semua guru

5.0 Hal-hal lain.


5.1.1 Tiada

6.0 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1700.

Disediakan oleh Di semak oleh

(PUAN MASHAINI BINTI CHE MAT) ( )


S/U PBS SMKJPSHAS

You might also like