Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

1.

Pada pendapat Anda mengapa Abdullah Munsyi dikatakan pelopor


Bahasa Melayu moden.Buktikan pendapat anda.

Abdullah Munsyi atau nama sebenar beliau ialah Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi.
Beliau telah dilahirkan pada tahun 1796, di kampung Pali Melaka. Beliau merupakan
anak bongsu dari empat orang adik beradik dan telah kematian ketiga-tiga abangnya
sejak kecil lagi. Ayahnya berketurunan Arab Yaman manakala ibunya Salamah
berketurunan dari India. Sejak kecil dia telah diajar mengaji Al-Quran dan tulisan
Jawi serta tatabahasa bahasa Melayu oleh bapanya. Beliau juga turut belajar
bahasa Tamil, Hindi dan juga bahasa Inggeris.
Abdullah Munsyi dikatakan sebagai pelopor Bahasa Melayu moden. Kejayaan
Abdullah Munsyi sebagai  pelopor Bahasa melayu moden disebabkan oleh beberapa
faktor tertentu. Pertama berkaitan dengan kuasa barat mulai bertapak di Tanah
Melayu.  Penjajahan barat oleh Inggeris ke atas Tanah Melayu telah menyebabkan
kuasa golongan feudal mulai merosot, pada ketika proses transisi inilah Abdullah
Munsyi tampil sebagai penulis yang membawa perubahan.  Ini dapat dibuktikan
melalui karya-karya yang dihasilkan beliau seperti Kisah Pelayaran Abdullah (1838)
yang menceritakan pengalaman yang dilalui oleh beliau semasa mengikuti
rombongan penjajah Inggeris ke negeri-negeri pantai Timur.

Kedua berasaskan faktor arus modenisasi yang dibawa oleh penjajah barat.
Kehadiran alat cetak yang dibawa bersama arus modenisasi barat telah
memungkinkan karya-karya yang ditulis oleh Abdullah Munsyi dicetak dan
diterbitkan. Beliau merupakan pengarang Melayu pertama yang karyanya dicetak.
Antara karyanya yang terawal dicetak ialah Kisah Pelayaran Abdullah (1838).

Selain itu, faktor pergaulan dengan orang-orang barat turut memainkan peranan
dalam kejayaan Abdullah Munsyi. Hubungan beliau dengan orang-orang barat sama
ada ketika beliau bekerja ataupun menjadi guru bahasa Melayu, telah
memperluaskan pemikirannya selari dengan modenisasi yang di bawa oleh orang-
orang barat. Beliau pernah menjadi jurutulis kepada Sir Stamford Raffeles dan
pernah bekerja dengan Paderi Thomson yang merupakan pengetua Anglo-Chinese
College.

Seterusnya, faktor pendidikan yang diterima sejak dari awal lagi memberi peluang
penting kepada Abdullah Munsyi untuk berjaya. Sejak kecil lagi beliau telah diberi
pendedahan tentang pendidikan sama ada pendidikan agama mahu pendidikan
dunia yang berupa tatabahasa Melayu. Beliau telah menguasai dan khatam Al-
Quran seawal usia 7 tahun kemudian beliau mula menjadi guru bahasa Melayu
seawal usianya 14 tahun.

Faktor keturunan dan latar belakang keluarganya turut memainkan peranan. Beliau
dilahirkan hasil perkahwinan campur antara bapanya yang berketurunan arab dan
ibunya berketurunan India. Ayahnya tergolong dalam kelompok ilmuwan dan
intelek(guru agama, guru bahasa dan juga seorang pedagang) didikan yang
berteraskan ketegasan dalam ilmu telah banyak membantu Abdullah menjadi orang
yang berpengetahuan dan mencipta zamannya sendiri dengan membawa banyak
perubahan dan pembaharuan dalam kesusasteraan Melayu.
Abdullah Munsyi memiliki  bakat dan kebolehan semulajadi dalam bidang tulis
menulis.Tambahan pula, beliau memang berbakat dalam tulis-menulis, idea yang
diberikan kreatif. Olahan cerita yang disampaikannya juga menarik serta terperinci.
Idea dan pemikiran dalam karya-karyanya yang berbentuk autobiografi seperti Syair
Singapura terbakar (1830) Kisah Pelayaran Abdullah (1838) membuktikan beliau
memang berbakat dalam bidang penulisan yang melayakkannya berada dalam
zamannya sendiri.

Berikutnya, penyebaran agama kristian memberi kesan penting kepada Abdullah


Munsyi. Penyebaran agama kristian yang dibawa oleh mubaligh-mubaligh dari barat
turut membawa masuk ilmu-ilmu barat yang mula berkembang dan mula
melemahkan kuasa golongan feudal orang Melayu. Abdullah Munsyi yang turut
belajar dengan beberapa orang paderi seperti Thomson dan juga Milne telah
menerima tempias keilmuan barat sehingga memungkinkannya mencipta
pembaharuan dalam karya-karya beliau ini terbukti melalui penggunaan istilah-istilah
Inggeris dalam karya beliau seperti Hikayat Abdullah Munsyi. Antaranya police dan
college.

Di samping itu, Abdullah Munsyi turut memberi fokus terhadap cara hidup orang
Melayu. Abdullah Munsyi dalam karyanya khususnya Kisah Pelayaran
Abdullah (1840) turut mencetuskan pandangannya terhadap cara hidup orang
Melayu. Beliau beranggapan orang Melayu malas, lalai dan pengotor. Bahasa
percakapan orang Melayu juga buruk, makanan orang Melayu disebut terdiri dari
bahan-bahan kotor. Beliau juga turut memuji sikap rajin perempuan kelantan rajin
menjalankan perniagaan.

Bukan itu sahaja, Abdullah Munsyi juga mengadunkan sikap dan pemikirannya
terhadap golongan feudal Abdullah Munsyi menunjukkan sikap benci dan
menganggap budaya raja-raja Melayu sebagai kolot. Beliau menganggap raja-raja
Melayu zalim kerana kehendak mereka tidak boleh dihalang atau dilarang jika tidak
buruk padahnya. Sikap danpemikirannya yang bencikan golongan jelas melalui
gambaran betapa hodoh dan bodohnya raja-raja Melayu dalam karyanya
seperti Hikayat Abdullah Munsyi seperti gambaran tentang Sultan Hussin yang
dikatakan gemuk dan kuat makan.

Justeru itu, aspek kepercayaan orang Melayu turut menjadi sikap dan pemikiran
Abdullah Munsyi dalam karya beliau. Abdullah Munsyi tidak bersetuju dengan
kepercayaan orang Melayu yang terlalu percaya kepada perkara yang tahyul. beliau
beranggapan perkara itu karut dan sewajarnya tidak diikuti ini adalah kerana
kepercayaan itu akan menjadi halangan untuk kemajuan bangsa Melayu . Ini dapat
dilihat penentangannya terhadap adat menjual anak seperti yang dinyatakan
dalam Hikayat Abdullah.

Kesimpulannya kedudukan Abdullah Munsyi dan hubungannya dengan persekitaran


dan pengaruh Inggeris memberi peluang kepada Abdullah Munsyi meneroka ke
alam pemikiran dan penulisan baru serta beliau dianggap sebagai pelopor Bahasa
melayu moden.
2.Karya kreatif di hasilkan dengan pesat dalam era pemodenan negara.Pilih
contoh karya kreatif dan analisis ciri - ciri bahasa melayu moden.
Hikayat Abdullah merupakan sebuah karya agung Melayu yang ditulis oleh Munsyi
Abdulllah bin Abdul Khadir kerana permintaan seorang sahabat, iaitu orang putih
untuk memaparkan pengalaman hidupnya sejak kecil dan hubungannya dengan
beberapa tokoh sejarah seperti Raffles, Farquhar, Sultan husin Syah, Crawfurd, dan
ramai lagi. ( Hamzah Hamdani, 2007 ). Sesebuah karya kesusasteraan diangkat
menjadi karya yang agung ini pula seharusnya diteliti mengikut tradisi, budaya, dan
tamadun karya tersebut dihasilkan.
Terdapat beberapa ciri-ciri Bahasa melayu moden dalam buku Hikayat Abdullah
karya Abdullah Munsyi. Terdapat juga beberapa bukti yang menyokona pernvataan
itu bahawa Abdullah Munsvi menggunakan bahasa Melavu moden dalam
penceritaan bukunva Ini. Pertamanva, bukti yang menvokong kepada pernvataan
kami susur galur daripada bahasa Melavu kuna dan bahasa Melayu klasik masih
boleh dilihat dalam penagunaan avat di dalam buku ini Sebagai contoh, nenggunaan
kata nangkal avat yang meubakan ciri utama bahasa MelAV klasil masih
diounapakai dalam penulisan buku ini, Pada halaman 121 Shahadansa-telah esak
pukul sa putoh""shahadan" merupakan kata pangkal avat yang digunakan secara
meluas dalam penulisan panekalavat „hattajuga dalam avat "Hatta kemudiar habasa
Melavu klasik.
Selain itu, Penggunaan kata memegang menunjukkan masih ada unsur baliasa
daripada sadiki hari pula bapa-ku memegang kerajaan Melavu klasik dalam buku
Alkavat Abdullah ini. Kedua, ani dei bahasa Melayu maden mempunvai hanvak kata
serapan dacinada bahasa asine atau bahasa senimnuo. Pengunaan bahasa arab
tanvak diounakan dalam buku Hikavat Abdullah ini Sebagai contoh pada halaman 12
dalam avat mudah-mudahan di-heri Allah akan di shurga tenoat kediamannva yang
menggunakan nerkataan atab "shurga". Selain Itu nengaunaan perkataan
arabkontan" pada halaman 13 datan taldilaki dan beremouan mencari kanan
Cmenunlukkan seranan daribada bahasa Arab. Ketiga, bahasa Melavu moden Juga
menerima istilah istilah darinada bahasa lain, terutama Bahasa Inpreris bagi
memperkava dan menambah kosa kata. Banyak perkalaan bahasa laogeris yang
tiounanakai dalam buku Hikavat Abdullah inl. Contahrva, perkataan secretaries
government dalam avat “…perintah dari Betawi lasitu dadnada tuan secretaries
government ke:Melaka dak la pada halaman 8 serta perkataan “engineer” pada
halaman 11 dalam avat raja inggeris itu. Major Cook, dan nama engineer-nya
Farquhar" Keempat, corak penulisan bahasa Melavu moden berkisar kisah-kisah di
istana sebagaimana penulisan karya-karya bähasa Melavu klasik yang keseluruhan
mempunvai Cerita berlatar belakangkan istana. Sebagal contoh boleh dilihat
daripada senarai kandungan buku Hikavat Abdullah antaranva Dari Hal Tuan Raffles
dan Dari Hal Lord Minto. Cerita-cerita inl berkisarkan mengenai pihak Inggeris yang
datang ke Tanah Melavu dari tidak lagi berlatarbelakangkan penceritaan di istana
dan institusi beraja. Bukti yang kelima ialah penceritaan buku Hikavat Abdullah ini
tidak seperti penceritaan mengggunakanakan bahasa Melayu klasik yang banvak
menggunakan unsur mitos dan legenda. Buku Hikavat Abdullah ini menceritakan
peristiwa sebenarnya berlaku contohnya kedatangan pihak inggeris ke Melaka dan
ke hal negeri Singapura yang bukannya mitos ataupun cerita rekaan semata-mata.
Keseluruhan ciri-ciri serta bukti-bukti di atas menunjukkan bahawa buku Hikayat
Abdullah ini lebih banyak menggunakan Bahasa melayu moden.Karya Hikayat
Abdullah Munsyi ini juga dianggap sebagai permulaan kepada penggunaan Bahasa
melayu moden dalam penulisannya.

You might also like