Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 40

PENGGUBAL MODUL 1 BAHASA MELAYU TAHUN 5 SKPTK 2021

1. ENCIK MUHAMAD FAISAL BIN HAMZAH ( 017-3081143 )

KATA NAMA
KATA BILANGAN
KATA KERJA

2. PN. HJH. NOR SURIA BINTI HJ.ISHAK ( 013-4585190)

KATA PENGUAT
KATA ADJEKTIF
PERIBAHASA
PENILAIAN

3. PN. WAHIDAH BINTI MUHAMAD (017-5419917)


(KETUA PANITIA)

KATA BANYAK MAKNA


KATA SENDI NAMA
SINONIM

4. PN. ANIDA BINTI MAHMUD (012-3797972)

BAHASA ISTANA
KATA BANTU
KATA GANTI NAMA

5. PN. KARTINI BINTI OMAR (012-4343714)

PENJODOH BILANGAN
AYAT AKTIF AYAT PASIF
ANTONIM

1
KATA NAMA

Informasi Bahasa

● Kata nama ialah perkataan yang menamakan orang, haiwan, tempat, benda atau pemikiran.

Kata Nama

kata nama am kata nama khas kata ganti nama

● Kata nama am ialah sejenis perkataan yang merujuk manusia, haiwan, benda atau perkara-perkara
umum1. Contoh :

ustaz pegawai
padi Buku
kapal terbang kucing
persatuan perhimpunan

● Kata nama khas pula ialah kata nama yang khusus merujuk nama sesuatu benda, orang, atau
tempat2. Contoh :

Mak Cik Siti** Adidas


Si Comel England
Nasuha Oyyza sativa *(padi / paddy )
Proton Exora Paper Mate

● Kata ganti nama boleh dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu :

Kata Ganti Nama

kata ganti nama diri ( KGND ) kata ganti nama tunjuk

Maklumat berkaitan kata ganti nama akan disertakan dalam nota khas.

1
Tatabahasa Dewan Edisi Sekolah Rendah (2017)
2

2
LATIHAN
1. Ibu menggunakan _________ kain bersih untuk membalut luka pada kaki Nina.

A. serpihan B. lembaran
C. helaian D. cebisan

2. Yang di-Pertuan Agong akan merasmikan bangunan baru itu.________ dijangkakan hadir
pada pukul 9.00 pagi.

A. Dia B. Beliau
C. Baginda D. Beta

3. Damia__________ memikirkan masalah yang dihadapinya.

A. bengang B. matang
C. bingung D. keliru

4. Rancangan hiburan yang menjadi _______ ramai itu tidak lagi ditayangkan di televisyen.

A. kecenderungan B. kesukaan
C. kegilaan D. keasyikan

5. Cikgu Fairuz menyuruh murid-muridnya membuat _______ sebelum mewarnai lukisan itu.

A. contengan B. gurisan
C. garisan D. lakaran

6. Beberapa orang _____ Malaysia telah berjaya mendarat di planet Marikh.


A. angkasawan B. usahawan
C. bangsawan D. wartawan

7. “Leman dan Salleh sudah berbaik-baik. __________ datang ke rumah saya tadi,” kata Aziz
kepada Wahid.
A. Dia B. Mereka
C. Kita D. Ia

8. _____ Selat Melaka dicemari tumpahan minyak.

A. Pengairan B. Perairan
C. Aliran D. Pengaliran

3
KATA BILANGAN

Informasi Bahasa

● Kata bilangan ialah perkataan yang digunakan untuk menyatakan jumlah sesuatu.3

Kata bilangan
tentu

Kata bilangan Kata bilangan


pecahan tidak tentu

Kata bilangan Kata bilangan


pisahan himpunan

i ) Kata Bilangan Tentu


Kata bilangan tentu menunjukkan bilangan yang pasti jumlahnya.4
dua sepuluh seratus
Contoh dalam ayat :
Dua buah kereta itu milik saya.

ii) Kata Bilangan Tidak Tentu


Kata bilangan tidak tentu menunjukkan bilangan yang tidak pasti jumlahnya.5
beberapa banyak sekalian seluruh para

Contoh dalam ayat :


Seluruh kawasan sawah padi itu milik Haji Faisal.

disi Sekolah Rendah


4
sda
5
sda

4
iii ) Kata Bilangan Pecahan
Kata bilangan pecahan ialah kata bilangan yang membawa maksud sebahagian daripada sesuatu.6
Suku setengah sebahagian separuh tiga perlima
Contoh dalam ayat :
Sebahagian daripada kutipan derma diambil untuk menampung kos pengurusan.
iv ) Kata Bilangan Pisahan
Kata Bilangan Pisahan ialah kata bilangan yang membawa maksud ceraian.7
Setiap masing-masing tiap-tiap
Contoh dalam ayat :
Cikgu Zuraida meminta murid-muridnya duduk di tempat masing-masing.
v ) Kata Bilangan Himpunan
Kata bilangan himpunan ialah kata bilangan yang membawa maksud longgokan atau timbunan.8
beratus-ratus kedua-dua ribuan jutaan berkurun-kurun
Contoh dalam ayat :
Kedua-dua orang anaknya berjaya melepasi ujian kelayakan ke sekolah berasrama penuh.

Soalan Latihan Kata Bilangan


1. Aina amat menggemari telur ayam masak……………….. .

A. semua
B. separuh
C. seluruh
D. sesetengah

2. Avatif gemar mengumpul …………………… jenis setem.

A. berbagai
B. pelbagai
C. seluruh
D. segala

6
Tatabahasa Dewan
7
sda
8
sda

5
3. ………………………orang penjenayah itu telah diberkas oleh pihak polis.

A. Kedua
B. Tiap-tiap
C. Ketiga-tiga
D. Semua

4. Haji Ahmad akhirnya meninggal dunia setelah …………………… menderita penyakit


kanser paru-paru.

A. berhari-hari
B. bertahun-tahun
C. berkurun-kurun
D. berabad-abad

5. …………………….. cenderamata dijual di ……………gerai berdekatan Makam Mahsuri itu.

A. pelbagai…..setiap
B. berbagai ……semua
C. beberapa ……setiap
D. berbagai …….beberapa

6. ………………. tubuhnya terasa lemah ………………. kali diserang demam panas.

A. Separuh ………. beberapa


B. Setengah ……… beberapa
C. Seluruh ………..setiap
D. Seluruh ……… sekalian

7. Yang manakah betul?

A. Beribu ayam ternakan dimusnahkan oleh kerajaan Maxico akibat sindrom esema
burung.
B. Beribu-ribu ayam ternakan dimusnahkan oleh kerajaan Maxico akibat sindrom
selesema burung.
C. Beribu-ribu ekor ayam ternakan dimusnahkan oleh kerajaan Maxico akibat
sindrom selesema burung .

6
8. Pilih ayat yang betul.

A. Tiap-tiap pagi hari minggu, ibu akan mengajak kami berjoging di taman yang
berhampiran.
B. Mereka menempuh berbagai cabaran sejak ketua keluarga itu tidak bekerja
kerana terlibat dalam kecederaan.
C. Terdapat beribu ekor rusa telah dipelihara di kawasan ternakan Pulau Kerdas.
D. Setengah penonton yang tidak berpuas hati telah membaling objek seperti botol
apabila para pemain gagal memasukkan gol.

9. Ayat yang manakah betul?

A. Kebanyakan peserta-peserta yang menyertai acara lumba basikal itu terpaksa


melalui jalan yang berbelok-belok sebelum tiba ke garisan penamat.
B. Kebanyakan peserta yang menyertai acara lumba basikal itu terpaksa melalui
jalan yang berbelok-belok sebelum tiba ke garisan penamat.
C. C. Para peserta-peserta yang menyertai acara lumba basikal itu terpaksa melalui
jalan yang berbelok-belok sebelum tiba ke garisan penamat.
D. D. Ramai peserta-peserta yang menyertai acara lumba basikal itu terpaksa melalui
jalan yang berbelok-belok sebelum tiba ke garisan penamat.

10. Pilih frasa yang betul.

A. Para guru-guru
B. Satu jam setengah
C. Tiap pelajar
D. Beberapa penjahat

11. Pilih frasa yang betul.

A. Sekawan gajah-gajah
B. Sembilan orang adik beradik
C. Lima setengah tahun
D. Segerombolan perompak-perompak

7
LATIHAN
BAHAGIAN A

1. Kerap _________ dia ke perpustakaan sejak kebelakangan ini kerana ingin


mengulang

kaji pelajaran.

A paling
B sungguh
C nian
D agak

2. Kubah masjid yang terletak di bandar itu_______________unik buatannya.

A sekali
B benar
C nian
D teramat

8
3. Hujah-hujah yang dikemukakan oleh pihak pencadang dalam pertandingan
perbahasan itu ___________ meyakinkan.

A sekali
C benar
B betul
D amat

4. Syamimilah yang ________ banyak mengemukakan idea dalam


perbincangantentang aktiviti tahunan Persatuan Bahasa Melayu.

A paling
B benar
C sekali
D nian

5. Jangan _________ mengharap kita akan menang kerana peserta-peserta sekolah


lain tidak kurang hebatnya.

A benar
B sekali
C betul
D terlalu amat

Pilih ayat-ayat yang yang betul.

6. I Cuaca pada hari ini panas betul.


II Samad sekali kurang minat untuk belajar.
III Pemandangan di Pulau Kapas amat indah
IV Sally kelihatan sungguh manis apabila berbaju kurung.

A. I dan II B III dan IV C I, II dan III D I, III dan IV

7 I Ruang bilik ini sangat sempit.


II Cantik nian puteri-puteri di dalam istana itu.
III Tukang masak itu handal paling memasak makanan barat.
IV Kawan-kawan Ramli sering mengganggunya kerana sikapnya
yang lembut terlalu.

A I dan II B III dan IV C I, II dan III D I, III dan IV


A. Garisi kata penguat yang terdapat dalam ayat di bawah.

1. “Harga makanan yang dijual di restoran itu mahal betul,” kata Pak Cik Salim.

2. Sakit benar kaki saya apabila terpijak paku payung itu.

3. Badannya agak susut setelah menghidap penyakit kronik itu.

4. Murid yang baru berpindah ke sekolah ini bijak amat.

5. Indah nian pemandangan di tepi pantai tatkala matahari terbenam.

9
KATA ADJEKTIF

Mari mengisi kata adjektif

JENIS KATA CONTOH AYAT


ADJEKTIF

Sifatan pandai, pemalu, berani Dia seorang yang berani


dan kuat

Warna hijau, putih, merah Baju __________ Amin telah


koyak.

Bentuk bulat, leper, bujur Bola itu________________.

Waktu pagi, malam, _____________ _________ itu sungguh gelap.

Jarak dekat, hampir, ____________ Dia ___________ terjatuh ke dalam


longkang.

Cara laju,_____________,
_____________

Ukuran tebal, ___________,


____________

Pancaindera kelat, ___________,


_____________

perasaan sedih, ____________,


___________

LATIHAN

Contoh Soalan Aneka Pilihan :

1. Buah betik yang telah masak itu sungguh _______________ rasanya.

A pahit B manis

C masam D kelat

10
2. Buah mangga muda itu sangat _____________ walaupun dibuat jeruk.

A kelat C pahit

B masam D tawa

3. Kipas itu berputar dengan___________.

A kencang B ligat

C pantas D kuat

4. Kamus Dewan yang _______________ itu diletakkan di atas meja.

A tebal C halus

B nipis D kecil

5. Penerbangan ke China terkandas akibat cuaca ______________.

A nyaman C cerah

B dingin D buruk

6. Cikgu Malisa telah memuji Hamid yang memberi jawapan _____________.

A sasar C salah

B tepat D palsu

7. Malam itu sungguh _________ kerana tiada kenderaan yang lalu - lalang.

A. gelap B. nyaman C. hening D. bising

8. Amir sangat _______ kerena mendapat keputusan yang tidak begitu cemerlang dalam
UPSR.

A. segan B. benci C. marah D. Kecewa

9. Sikap ayah yang _________ memberikan dorongan itu menambahkan lagi semangat
saya untuk belajar.

A. lupa B. malu C. jarang D. Sering

11
PERIBAHASA

LATIHAN 1

Isi tempat kosong dengan simpulan bahasa yang berikut.

naik darah rambang mata air muka cakar ayam

kaki bangku buah tangan jauh hati mata petai

ulat buku alas perut pilih kasih angkat diri

bunga dedap cupak hanyut berat sebelah halwa telinga

kaki lima bau- bau bacang makan suap kuku besi

. 1. Tulisan Aida seperti ________________________ menyebabkan Cikgu Fuad

. memarahinya.

2. Sikap Shahrul yang suka _______________________ menyebabkan dia tidak

disukai oleh rakannya.

3. Murid yang suka membaca digelar ______________________________.

4. Peragawati itu berjalan seperti _______________________________ semasa

memperagakan fesyen pakaian ini.

5. Farhana _____________________________ kerana buku latihannya dikoyak

oleh adiknya.

6. Ibu dan ayah membawa ____________________________ ketika melawat

nenek di hospital.

7. Pegawai itu ditangkap oleh pihak berkuasa kerana _______________________.

12
8. Pengemis itu tidur di __________________________ kedai beralaskan surat

khabar.

9. Kartini laksana ___________________________, harapkan rupanya sahaja yang

cantik tetapi tidak berbudi bahasa.

10 Aiman Aniq makan sekeping roti sebagai _____________________ sebelum

pergi ke sekolah.

11. Rancangan “Senandung Malam” yang sering ke udara setiap malam sering

menjadi _____________________ Fairus apabila bersendirian di rumah.

12. Pemerintahan ala_____________________________ akan dikecam oleh rakyat.

13. Firdaus digelar ___________________________ oleh rakan-rakannya kerana

tidak pandai bermain bola sepak.

14. Kebanyakan ibu bapa tidak pernah mengamalkan sikap ___________________

dalam membesarkan anak-anak mereka.

15. Amira ______________________ dengan sikap ibu yang tidak membenarkannya

menyertai perkhemahan di sekolah.

16. Akhmal tidak berjaya dalam temu duga untuk menjadi seorang tentera kerana

dia ___________________________.

17. Pengadil perlawanan sepak takraw antara pasukan Malaysia dengan Thailand

dikecam oleh penonton kerana ____________________ semasa mengadili

perlawanan tersebut.

18. Tatkala disindir oleh rakannya , ______________________Faridah terus berubah.

19. Sakinah menjadi _______________________ apabila melihat berbagai-bagai

jenis tudung yang dijual di kedai itu.

20. Rupa-rupanya Haikal dan Natasha ada ________________ dengan Cikgu Khalid
di sebelah ibu.

13
14
PILIH JAWAPAN YANG SESUAI.

1. Untuk merasmikan Yang Dipertuan Agong telah _________Tilawah Al-Quran


Peringkat Kebangsaan.
A. menjunjung kasih C. mencemar duli
B. merafak sembah D. memohon pekenan

2. “Beta ingin __________sekarang kerana hari sudah larut malam,” titah Sultan
kepada pegawai istana baginda.
A. bersantap C. beradu
B. bersiram D. bersemayam

3. Sultan Alauddin yang mangkat itu akan ______________ dengan penuh adat
istiadat diraja.
A. dimakamkan C. dikebumikan
B. disemadikan D. dikuburkan

4. Raja Ahmad berasa badannya melekit setelah pulang berburu. Justeru, baginda
perlu___________
A. beradu C. bersantap
B. bersiram D. bersemayam

5. Puteri Mayang Sari masih belum sembuh daripada _______________ walaupun


ramai tabib dan dukun dating mengubatinya.
A. santap C. beradu
B. gering D. bersiram

6. Setelah penat bermain di taman, Puteri Bongsu dan dayang-dayang akan turun ke
kolam untuk___________.
A. santap C. beradu
B. gering D. bersiram

7. Sewaktu baginda duduk ___________ baginda dihiburkan dengan tarian tradisional


oleh penari istana.
A. santap C. bersemayam
B. gering D. bersiram

8. Sultan Mansur telah melantik putera sulungnya untuk mewarisi takhta kerajaan
sekiranya baginda _______ kelak.
A. santap C. bersemayam
B. mangkat D. bersiram

15
9. Dalam majlis itu, Raja Permaisuri Agong telah ___________ untuk menyampaikan
hadiah kepada para pemenang.
A. berkenan C. beradu
B. berangkat D. bersiram

10. Baginda akan _________ke Tanah Suci Mekah pada bulan hadapan.
A. berkenan C. berangkat
B. beradu D. bersiram

11. Baginda juga pernah ________ melawat Kem Tahanan Tanjung Bruas bersama-
sama dengan rombongan baginda.
A.berkenan C. bersemayam
B. beradu D. mencemar duli

12. Raja akan ______________ sekiranya rakyat baginda mengingkari perintahnya.


A. gering C. masyghul
B. murka D. beradu

13. Puteri Adeba masih belum sembuh daripada __________ walaupun tabib yang
terhandal datang untuk mengubatinya.
A. gering
B. kurnia
C. sakit
D. murka

14. Setelah penat bermain di taman Putera Alif dan rakan-rakannya turun ke kolam
untuk__________
A. mandi
B. bersiram
C. bersemayam
D. beradu

15. Dayang istana memegang ____________agar Puteri Cahaya Bulan tidak terkena
pancaran cahaya matahari.
A. mahkota
B. iram-iram
C. kaus
D. payung

16. Baginda Sultan Selangor telah ____________ ke istana Negara bagi menghadiri
Mesyuarat Rja-raja Melayu.
A. beradu
B. bertitah
C. berkenan
D. berangkat

16
KATA GANTI NAMA

Bulatkan jawapan yang paling sesuai.

1. "Ibu, duit _______ hilang," kata Umair kepada ibunya.


A kita B kami C saya D mereka

2 Darus dan Intan bersahabat karib. _______ tinggal sekampung.


A Dia B Kita C Kami D Mereka

3 "Jika _______ ada masalah sila jumpa saya," kata Cikgu Sarah kepada saya.
A mereka B kamu C kami D dia

4 Salmi murid tahun enam. _______ berazam untuk mencapai 5A dalam UPSR.
A Dia B Kami C Awak D Saya

5 Bangunan baru itu telah dirasmikan oleh _______.


A dia B kami C kamu D beliau

6 "Sebagai murid, _______ hendaklah belajar bersungguh-sungguh," kata cikgu.


A dia B kita C kamu D mereka

7 Mari kita ikut _______ ke perpustakaan,” kata Siti kepada Nurul.


A mereka B awak C saya D kami

8 "Boleh _______ tumpang bertanya?" kata Suri dan Muna kepada pemuda itu.
A kamu B awak C kami D saya

9 "Ampun _______ tuanku," sembah Hang Tuah kepada raja.


A beta B patik C hamba D baginda

10 "Jika ________ ada masa lapang, jemputlah ke rumah saya," kata Ani kepada kawan-
kawannya.
A dia B awak C beliau D kalian

11 "Nah, ambil wang _______! k"ata emak sambil menghulurkan wang kepada
saya.
A itu B ini C sini D situ

17
12 Ayah pergi ke Ipoh. Dia ada urusan di _______.
A itu B sini C sana D mana

13 "Cuaca di _______ sungguh sejuk," kata Sabri sambil menahan kesejukan.


A mana B sini C situ D ini

14 "Jangan berkelakuan _______, tidak elok," nasihat ibu kepada Zarina.


A begitu B begini C itu D ini

15 Kalau tidak ada _______ masalah projek itu akan siap sebulan lagi.
A apa-apa B bila-bila C mana-mana D siapa-siapa

16 Duduklah di _______ yang kau suka.


A mana B siapa C siapa-siapa D mana-
mana

17 Entah _______ yang disimpannya di dalam peti besi itu.


A bila-bila B apa-apa C siapa-siapa D mana-mana

18 _______ pun tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan peperiksaan.


A Bila-bila B apa-apa C Mana-mana D Siapa-siapa

19 Jemputlah ke rumah saya _______ encik ada masa lapang.


A bila B siapa C bila-bila D siapa-siapa

20 "_______lah ucapan daripada Guru Besar," kata juruacara majlis.


A Ini B Begini C Begitu D Demikian

18
KATA BANTU
Kata Bantu terbahagi kepada dua kumpulan.

1. Kata Bantu Aspek


 Kata yang menerangkan sesuatu perbuatan dari segi masa.
Contoh:
Sudah berlaku - sudah, telah, pernah
Sedang berlaku - sedang, masih
Belum berlaku - belum, akan
 Kata bantu hadir sebelum kata kerja.
 Sesetengah kata bantu aspek boleh hadir bersama-sama.
Contoh:
belum pernah
masih belum
telah pernah
masih sedang
sudah pernah
2. Kata Bantu Ragam
 Kata yang menerangkan ragam yang berkaitan dengan perbuatan
yang dilakukan seseorang itu.
Contoh:
Mesti melakukan - mesti, harus
Hendak melakukan - hendak, mahu
Berkeupayaan melakukan - boleh, dapat
 Kata bantu aspek juga boleh hadir secara berderetan dengan kata
bantu ragam, sama ada mendahuluinya atau mengikutinya.
Contoh:
Kata Bantu Aspek + Kata Bantu Ragam

19
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.

1. Masa menjawab soalan itu __________ tamat.


A sudah C mesti
B lalu D sedang
2. Salmiah __________ tinggal serumah dengan Amirah suatu ketika dahulu.
A sudah C pernah
B sedang D masih

3. Chef Nizam ___________ mengangkat kek dari ketuhar.


A sedang C telah
B masih D mesti

4. Encik Ahmad ___________ melawat jirannya di hospital.


A dapat C boleh
B hendak D harus

5. Amir Izzat __________ mandi ketika saya ke rumahnya.


A mesti C mahu
B harus D sedang

6. Rombongan kami __________ bertolak ke Ipoh pada pukul 9.00 pagi tadi.
A sedang C akan
B harus D telah

7. Siapakah yang ___________ dipersalahkan dalam kejadian ini?


A dapat C harus
B mesti D sudah

20
ANTONIM

Antonim ialah kata yang berlawanan maksudnya. Contohnya:

 lelaki - perempuan
 bersih - kotor
 muda - tua.
 pandai – bodoh

LATIHAN TATABAHASA ANTONIM

Pilih perkataan berlawan dengan perkataan yang bergaris dalam ayat di bawah ini.

1 Ahli bina badan itu mempunyai otot-otot yang tegap.


A lemah C lembut
B kendur D halus
2 Pilihlah kawan yang baik pekertinya.
A handai C jiran
B teman D musuh
3 Puan Suri menambah air pada santan yang pekat itu.
A kental C pejal
B cair D likat
4 Air sungai itu agak tohor.
A jernih C dalam
B cetek D deras
5 Pertandingan itu diyakini dapat menarik minat puluhan ribu pendengar dan
penggemar muzik tanah air.
A ditakuti C diragui
B dibimbangi D dikehendaki
6 Janganlah meremeh-remehkan setiap dakwaan yang disampaikan
oleh kakitangan bawahan kita.
A meleceh-lecehkan B membesar-besarkan
C bermegah-megah D bersuka-suka

21
7 Rumah saya terletak di suatu kawasan yang berbukit.
A berpaya C berlekuk-lekak
B rata D berteres
8 Pasukan tentera negara itu sukar dikalahkan kerana mereka dilengkapi senjata moden.
A kuno C ketinggalan
B baru D buruk
9 Setiap pemaju perumahan dikehendaki membina rumah kos rendah di kawasan yang
dimajukan mereka.
A menegakkan C menjatuhkan
B mendirikan D meruntuhkan
10 Harimau ialah sejenis binatang liar yang digeruni.
A jinak C buas
B manja D ternakan
11 Majlis itu disudahi dengan bacaan doa oleh pengerusi majlis.
A diawali C dimulai
B dibuka D dirasmi
12 Puan Fatimah mengejutkan semua anaknya pada pukul 6.00 pagi.
A melenakan C menjagakan
B menidurkan D mendodoikan
13 Latif panik apabila bas yang dinaikinya terbabas.
A tenteram C tenang
B menggelabah D sabra

14 Mereka melakukan penyeludupan itu secara sembunyi-sembunyi.


A senyap-senyap C terang-terang
B jelas-jelas D hendap-hendap

15 Alina mengembangkan payungnya sebaik saja hujan turun.


A mengecilkan C mengibarkan
B mengucupkan D meniruskan

22
AYAT AKTIF DAN AYAT PASIF
1. Kedua-dua ayat ini berlainan bentuk stuktur perkataannya tetapi mempunyai maksud sama.
2. Ayat Aktif ialah ayat yang menekankan objek.
3. Ayat Pasif menerangkan benda atau orang yang dikenakan perbuatan ke atasnya.

1. Ayat aktif ialah ayat yang kata kerja berawalan men-. Contohnya:
(a) Emak memasak nasi dan sebagainya
(b) Pasukan pengakap telah mendirikan khemah itu.
(c) Ketua murid menaikkan bendera sekolah.

2. Ayat pasif ialah ayat yang kerjanya……


(a) tidak berawalan men- dan didahului kata ganti diri pertama dan kata ganti diri kedua.
Contohnya:
i. Bola itu saya tendang.
ii. Borang itu perlu anda isi.
(b) berawalan di- dan diikuti kata sendi oleh serta kata ganti diri ketiga.
Contohnya: Baju itu dibasuh oleh kakak.

3. Ayat pasif terdiri daripada:


(a) ayat pasif diri pertama, iaitu ayat yang kata kerjanya tidak berawalan men-
dan didahului kata ganti diri pertama seperti aku, kami, kita, saya, dan sebagainya.
(b) ayat pasif diri kedua, iaitu ayat yang kata kerjanya tidak berawalan men-
dan didahului kata ganti diri kedua seperti awak, anda, kamu, engkau, dan sebagainya.

(c) ayat pasif diri ketiga, iaitu ayat yang kata kerjanya berawalan di-, diikuti kata
sendi oleh serta
kata ganti diri ketiga seperti ia, dia, beliau, baginda, dan sebagainya.

4. Kedua-dua ayat aktif dan pasif membawa maksud yang sama walaupun bentuknya
berbeza.

23
Latihan ayat aktif dan ayat pasif.
Contoh:

1. Mereka tidak dapat menjelaskan hutang sebelum hujung bulan ini.


Subjek : Mereka
Objek : hutang
Kata kerja transitif: menjelaskan
Jawapan:
Hutang tidak dapat dijelaskan oleh mereka sebelum hujung bulan ini.

2. Ia/Dia sentiasa membersihkan dan mengemaskan rumah kami dengan penuh tanggungjawab.
Subjek : Ia/Dia
Objek: rumah kami
Kata kerja transitif: membersihkan dan mengemaskan
Jawapan:
Rumah kami sentiasa dibersihkan dan dikemaskannya dengan penuh tanggungjawab.

Latihan tukar ayat aktif kepada ayat pasif.

1. Encik Sofiah membuat pinjaman bank untuk menjalankan projek penternakan ikan tawar.

_______________________________________________________________________________

2. Beberapa orang pekerja sedang menebas semak samun di kiri dan di kanan lebur raya itu.

_______________________________________________________________________________

3. Hakim telah menjatuhkan hukuman penjara sepanjang hayat terhadap peragut yang
menyebabkan kematian seorang wanita yang mengandung.

_______________________________________________________________________________

4. Hakim telah menjatuhi ketua sindiket itu hukuman gantung sampai mati.

_______________________________________________________________________________

24
5. Kini kaum petani telah mengetinkan hasil buah-buahan setelah
menjalani kursus industri kecil dan sederhana anjuran MARA.

_______________________________________________________________________________

6. “Saudara perlu segera menghadiri temu duga itu jika hendak mendapat pekerjaan itu,” kata
kerani itu kepada saya.

_______________________________________________________________________________

7. Saya telah menerima surat pelantikan sebagai jurulatih bola sepak pasukan sekolah kamu.

_______________________________________________________________________________

8. Ibu telah memasakkan ayah kari kepala ikan.

_______________________________________________________________________________

9. Saya telah memasak lauk ikan untuk ayah.

_______________________________________________________________________________

10. Setelah membuat segala persiapan, kami sekeluarga pun menyambut para tetamu
di luar dewan .

_______________________________________________________________________________

25
PENJODOH BILANGAN

Penjodoh bilangan digunakan sebelum sesuatu kata atau nama yang menunjukkan jumlah atau
bilangan.Kadangkala kata bilangan disertai penjodoh bilangan seperti batang, buah, ekor, orang,
dan sebagainya.Senarai penjodoh bilangan, penggunaannya, dan contohnya adalah seperti yang
berikut:

LATIHAN 1

Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.

 genggam
 papan
 hiris
 jambangan
 laras
 kaki
 ikat
 baris
 orang
 naskah

1. Pak Ahmad membaca se ___________________ majalah kepada masjid.

2. Abang mengambil se____________ baja lalu ditaburkan di atas batas pokok


kacang.

3. Beberapa _______________ almari di pusat sumber itu digunakan untuk


meletakkan pelbagai jenis bahan bacaan.

4. Suasana menjadi bingit apabila sekumpulan penduduk membakar beberapa


___________________ mercun sempena Tahun Baru Cina.

26
5. Terdapat beberapa _______________ meriam lama di atas puncak Kota
Melawati.

6. Mak Limah membawa se_____________ payung kerana cuaca kelihatan


mendung.

7. Suzana mempunyai se________________ abang yang tinggal di Kuala Lumpur.

8. Johan hanya memakan beberapa ______________ mangga kerana buah itu amat
masam.

9. Mak Senah membeli se____________ bayam untuk dimasak gulai lemak.

10. Shuhada menempah beberapa _______________ bunga untuk majlis hari lahir
adiknya.

LATIHAN 2

Pilih jawapan yang paling tepat.

1. Pak Mail membawa se ............... pisang pulang dari kebunnya .


A. buah B. tandan C. ekor D. biji

2. Se .............. tembikai itu berharga RM6.00


A. buah B. biji C. ekor D. pasang

3. Juhaira ternampak beberapa .....................burung hinggap di atas pokok kelapa.


A. tandan B. sikat C. potong D. ekor

4. Dua ............... bas digunakan untuk lawatan ke Kuala Terengganu.


A. biji B. buah C. pasang D. ekor

5. Se ................ kasut sukan Adidas berhargaRM200.00


A. ekor B. pasang C. tandan D. keping

6. Se .............. pisang itu berharga RM4.00


A. tandan B. biji C. pokok D. sikat

7. Emak menghadiahkan se ................... baju kurung untuk Nadia.


A. gulung B. keping C. lembar D. pasang

8. Abang menggali lubang dengan menggunakan se .................. cangkul.


A. batang B. pucuk C. bilah D. urat

9. Tiga ................... bunga ros menghiasi pasu kecil di atas meja itu.
A. jambak B. helai C. keping D. butir

10. Dua .................. filem digunakan untuk mengambil gambar perkahwinan Haziah.
A. lembar B. keping C. buah D. gulung

27
SEK.KEB. PERMATANG TO’ KANDU
13500 PERMATANG PAUH

CONTOH PENILAIAN

BAHASA MELAYU
PEMAHAMAN
TAHUN 5
1 Jam 15 Minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU


1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian, Bahagian A dan Bahagian B.

2. Kamu dikehendaki menjawab semua soalan dalam kedua – dua bahagian.

3. Tiap-tiap soalan dalam Bahagian A diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C

dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja.

Hitamkan jawapan kamu pada kertas jawapan objektif yang disediakan.

Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat.

Kemudian hitamkan jawapan yang baharu.

Ceraikan Bahagian B daripada kertas soalan ini.

28
BAHAGIAN A
[20 markah]
Soalan 1 hingga 16
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. “Usahlah _____________ risau tentang perkara itu,” kata Hamdan kepada kawan-
kawannya.
A Kita
B Kami
C Kalian
D Mereka
2. ____________ akan menyambut hari ulang tahun keputeraan yang ke-65 pada minggu
hadapan.
A Patik
B Beliau
C Hamba
D Baginda
3. Adik menangis kerana berasa ______________ ketika berada di atas menara yang
tinggi itu.
A Takut
B gayat
C gusar
D cemas
4. Faiz tidak dapat __________________ aktiviti perkhemahan itu kerana dia mengikuti
keluarganya menziarahi datuknya yang berada di kampung.
A menyertai
B menjalani
C mendekati
D menduduki

29
Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah.

Ibu 5____________ beras untuk mengasingkan antah.

A menapis

B menampi

C mengayak

D menumbuk

Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah.

6 Pembantu rumah sedang _______________ bayi menggunakan kain batik.

A menggendong

B menggantung

C menggalas

D memikul

30
7 Kakak membalut luka pada jarinya menggunakan ___________ kain.

A sebentuk

B secebis

C sehelai

D sekeping

8 _________________ murid tidak bersarapan sebelum ke sekolah.

A Segala

B Separuh

C Setengah

D Sesetengah

Soalan 9 berdasarkan gambar di bawah.

9 Pokok getah __________ pada waktu pagi untuk mendapatkan susu yang
banyak.

A ditarah
Ditaki
B ditebang
C ditoreh
D dihiris

31
Soalan 10 berdasarkan gambar di bawah.

10 Dulang tembaga itu _________ oleh kakak sehingga berkilat.

A dilap

B disapu

C digesek

D digilap

Seekor ikan pun tidak berjaya dipancing oleh Adam. _____________ dia tidak
11 berputus asa.

A Selain itu
B Lantaran itu
C Namun begitu
D Oleh yang demikian

12 Aqil yang _____________ mudah memahami apa-apa yang dipelajarinya di


sekolah.

A terang tanah
B terang hati
C otak udang
D otak beku

32
13 “Saya akan mempertimbangkan setiap usul yang dikemukakan oleh ahli
jawatankuasa persatuan ini,” kata Dato’ Muslim.

Pilih perkataan seerti bagi usul.

A cadangan
B rumusan
C maklumat
D keterangan

Soalan 14 – 15
Pilih Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
I Mata akan menjadi kabur jika membaca di tempat yang gelap.
II Cermin itu kelihatan kabur kerana sudah lama tidak dibersihkan.
III Tulisan yang kabur biasanya sukar dibaca dan difahami.
IV Cuaca hari ini diramalkan kabur pada sebelah pagi.

A I dan III
B II dan IV
C I,II dan III
D II, III dan IV

15 I Hati budi wanita itu manis sungguh.


II Rama-rama menghisap manis bunga di taman.
III Manis sungguh raut wajah anak gadis Mak Munah itu.
IV Tidak manis bagi anak perempuan keluar berjalan seorang diri.

A I dan II
B II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

Pilih ayat yang betul.


16
A Proton Saga adalah kereta buatan Malaysia.
B Anak yang baik ialah anak yang mendengar kata.
C Pulau Tioman adalah sebuah pulau yang indah.
D Berjoging ialah antara aktiviti yang baik untuk kesihatan.

33
Soalan 17 hingga 20.
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Antara projek pertanian desa yang diberikan keutamaan oleh kerajaan ialah penternakan
puyuh dan ayam, projek kolam ikan air tawar dan ikan sangkar, menanam sayur serta
buah-buahan, membuat dan membungkus makanan ringan, dan sebagainya. Penduduk
Kampung Mesra tidak ketinggalan menyahut seruan murni kerajaan tersebut. Mereka telah
menjalankan projek ikan air tawar di dalam kolam secara sistem kelompok. Sebelum itu,
mereka menggali tanah-tanah terbiar. Di samping itu, usaha mereka mendapat galakan
daripada pengurus tanah rancangan di situ juga.
Kegiatan tersebut dapat dijalankan dengan jayanya kerana penduduk kampung itu
bekerja seperti aur dengan tebing, di samping memperoleh sokongan padu daripada
pengurus tanah rancangan dan wakil rakyat tempat mereka. Pihak Lembaga Pertubuhan
Peladang turut membantu dan memberikan nasihat, selain membimbing mereka tentang
cara-cara mengendalikan projek tersebut. Setiap kelompok terdiri daripada lima keluarga
dengan tiga buah kolam ternakan.
Ikan-ikan di situ ialah lampan jawa, kap, tongsan, haruan, patin, tilapia dan pelbagai
lagi. Sejak projek itu dijalankan, penduduk telah beberapa kali menuai hasil mereka.
Mereka meraih keuntungan antara RM500 hingga RM900 sebulan bagi setiap jualan. Hasil
tersebut kemudiannya dibahagikan sama rata dan ditabungkan sebagai modal pusingan.
Mereka tidak menghadapi masalah pasaran kerana pihak Lembaga Pertubuhan Peladang
sedia membelinya malahan permintaan dari kawasan setempat juga amat menggalakkan.
Kegigihan dan kesabaran mereka membuahkan hasil dan seterusnya meringankan
perbelanjaan harian, termasuk kos pendidikan anak-anak.

17. Berapa buah keluargakah yang menyertai setiap kelompok projek ternakan ikan
tersebut?
A Dua
B Lima
C Lima ratus
D Sembilan ratus

18. Apakah aktiviti yang dilakukan oleh penduduk sebelum menternak ikan air tawar?

A Menggali tanah-tanah terbiar.


B Menternak ayam dan puyuh.
C Menanam sayur dan buah-buahan.
D Membuat dan membungkus makanan ringan.

34
19. Tujuan utama mereka menyertai projek itu adalah untuk ...

A mengisi masa lapang.


B menyahut seruan kerajaan.
C meningkatkan pendapatan.
D memupuk kerjasama dan permuafakatan.

20. Semua yang berikut ialah sebab kejayaan peserta program kecuali ...

A modal yang mencukupi.


B mendapat bimbingan daripada Lembaga Pertubuhan Peladang.
C mendapat galakan daripada pengurus rancangan.
D memperoleh bantuan kewangan daripada kerajaan.

BAHAGIAN B
[30 markah]
Soalan 21

Isi tempat-tempat kosong di bawah ini dengan kata yang sesuai.

Kebaikan kebangsaan keberanian

Kegemaran kejujuran

kehakiman kementerian

1. Tempat menteri bertugas disebut___________________________.

2. Ismail murid yang jujur._________________nya patut dijadikan contoh.

3. _________________nya pada waktu lapang ialah mengulang kaji pelajaran.

4. Pihak polis memuji_____________________pemuda itu menangkap peragut tersebut.

( 4 markah)

35
Soalan 22
a. Garisi kata penguat yang sesuai.

1. Kepalanya (sangat, nian, betul) sakit sehingga menyebabkan dia


tidak dapat membuat kerja.

2. Pekerjaan yang ditawarkan oleh Syarikat Lima Bersaudara sesuai


(agak, sekali, paling) untuk graduan universiti.

( 2 markah )

b. Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah.

Darwisy

( 2 markah )

c. Garisi kata kerja dalam ayat-ayat di bawah seperti contoh di bawah .

Contoh : Cahaya lampu-lampu neon menyinari malam hari.

1. Encik Kassim mengusahakan perniagaan di bandar.

2. Kambing-kambing peliharaan Pak Amir mengembek.

( 2 markah )

36
Soalan 23

a. Tuliskan ( Betul ) atau ( Salah ) pada penggunaan kata sendi dalam ayat-ayat
di bawah.

1 Badrul akan berusaha hingga berjaya. ( )

2 Sani menyuap nasi dengan tangan kanan. ( )

3 Sarah bukan berasal daripada kampung ini. ( )

( 3 markah )

b. Tukarkan ayat aktif berikut kepada ayat pasif.

1 Ali akan menghantar buku itu esok.


Buku itu akan ____________oleh Ali esok.
( 1 markah )

c. Tandakan ( / ) bagi ayat yang betul dan ( X ) bagi ayat yang salah.

1. Adik berlari terkelek-kelek mendapatkan ayah yang baru pulang dari


tempat kerja.( )

2. Raihana tidak dapat melupakan saat-saat dia menerima Anugerah Murid


Cemerlang di sekolahnya. ( )

( 2 markah )

37
Soalan 24
Baca petikan surat kiriman rasmi di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Tuan,

Pesanan Buku

Merujuk kepada perkara di atas, saya Razlan bin Ismail telah terbaca iklan dalam akhbar tentang
buku-buku terbaharu terbitan syarikat tuan.
2. Sehubungan dengan itu, saya ingin memesan beberapa buah buku, iaitu:
a). Modul Gemilang Bahasa Malaysia UPSR x 1 buah = RM9.80
b). Modul Gemilang Matematik UPSR x 1 buah = RM9.80
c). Esei Pilihan Cemerlang UPSR x 1 buah = RM15.60
3. Bersama-sama ini, saya sertakan kiriman wang pos bernombor D0654321 sebagai bayaran
buku-buku berkenaan.
4. Saya berharap agar pihak tuan dapat menyegerakan penghantaran buku tersebut. Hal ini
demikian kerana peperiksaan UPSR akan diadakan pada awal bulan September ini.
5. Untuk makluman pihak tuan juga, buku-buku yang saya senaraikan di atas telah habis di
pasaran.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,

Razlan Ismail
..................................
(RAZLAN BIN ISMAIL)

a. Perkataan menyegerakan dalam petikan boleh juga digantikan dengan perkataan


________________________________.
[ 1 markah ]

b. Mengapakah syarikat berkenaan diminta menyegerakan penghantaran buku-buku


tersebut?

[ 1 markah ]

38
c. Apakah pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan tersebut?

[ 2 markah ]

d. Sekiranya anda ialah pengurus syarikat berkenaan, apakah tindakan anda terhadap
surat penulis? Mengapa?

[ 3 markah ]

Baca berita di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

PULAU PINANG, 10 November - Hujan lebat yang berlarutan sepanjang malam tadi telah
menyebabkan bandar raya Georgetown dilanda banjir. Antara kawasan yang paling teruk
dilanda banjir ialah Kampung Jawa, Jalan Perak, Jalan P.Ramlee dan Jalan Rawak.
Mangsa banjir di kawasan berkenaan telah dipindahkan sejak awal pagi lagi dengan
bantuan polis marin, Jabatan Pertahanan Awam dan penduduk kampung berkenaan. Mereka
ditempatkan di masjid dan sekolah yang dijadikan pusat pemindahan.
Tinjauan yang dibuat hari ini mendapati di sesetengah kawasan, air naik hingga
setengah meter dan hampir menenggelamkan rumah-rumah di kawasan terbabit. Akibat
banjir itu juga, beberapa batang jalan ditutup kepada kenderaan. Ini menimbulkan masalah
kesesakan jalan raya serta menjejaskan kemeriahan perayaan Deepavali yang sedang
berlangsung.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) berpendapat banjir itu
tidak seharusnya berlaku jika air dapat mengalir dengan lancar.
Beliau berkata, sistem perparitan yang tidak sempurna serta tabiat orang ramai yang
suka membuang sampah-sarap di merata tempat menyebabkan banjir mudah berlaku setiap
kali hujan turun.
Beliau berharap orang ramai tidak menuding jari kepada MPPP dalam hal ini. Walau
bagaimanapun pihaknya akan menjalankan kajian untuk memastikan punca banjir selain
daripada masalah sampah.

39
A. Banjir di Georgetown berlaku pada _______________________________.
( 1 markah )

B. Senaraikan kawasan yang paling teruk dilanda banjir?


______________________________________________________________
______________________________________________________________
( 1 markah )
C. Padankan kenyataan di bawah berdasarkan petikan.

D. Pada pendapat kamu, bagaimanakah cara untuk mengatasi masalah banjir?


________________________________________________________________________

( 3 markah )

KERTAS SOALAN TAMAT

40

You might also like