Kelas PDPR Tahun 4 Fokus (3 Ogos 2021)

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 38

KELAS PDPR

SAINS
4 FOKUS
03 OGOS 2021
DISEDIAKAN OLEH: CIKGU SAID ALI BIN SHAHIRUL
TAJUK:
UNIT 8: BAHAN
(8.2 SIFAT BAHAN)
STANDARD PEMBELAJARAN
8.2.1 Memerihalkan sifat bahan dengan menjalankan
aktiviti.
8.2.4 Menjelaskan pemerhatian tentang sifat bahan
melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan secara
kreatif.
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Pada akhir pengajaran, murid dapat:
1. Mengitlak sifat bahan dengan menjalankan penyiasatan.
2. Membuat inferens tentang penggunaan bahan setiap
bahagian pada suatu objek.
KRITERIA KEJAYAAN
Pada akhir pengajaran, murid dapat:
1. Mengenal pasti 3 daripada 6 sifat bahan dengan betul
PENGENALAN
• Bahan mempunyai pelbagai sifat.
• Manusia mereka cipta sesuatu objek mengikut
kegunaannya berdasarkan sifat-sifat bahan.

Mari kita belajar sifat-sifat bahan ini….


SIFAT BAHAN
Sifat bahan bagi sesuatu objek adalah seperti yang berikut:
(i) Menyerap air dan kalis air.
(ii) Terapung dan tenggelam.
(iii) Mengalirkan arus elektrik.
(iv) Kebolehan penembusan cahaya.
(v) Mengalirkan haba.
(vi) Kekenyalan.
(i) Menyerap air dan kalis air.
• Terdapat bahan yang boleh menyerap air dan bahan
yang kalis air
• Air akan diserap oleh bahan yang menyerap air apabila
air dititiskan ke atasnya.
• Bahan yang tidak menyerap air disebut bahan kalis air.
• Air akan kekal ada pada bahan yang kalis air apabila air
dititiskan ke atasnya.
Rujuk Buku Teks M/S 145
Pemerhatian
Objek yang diuji Titisan air Titisan air
kekal ada tiada
Belon √
Tisu dapur √
Batu √
Kain kapas √
Plastik √
Tali kulit √
Polistirena √
(ii) Terapung dan Tenggelam
1. Keupayaan untuk terapung
 Bahan yang mempunyai
keupayaan untuk terapung
tidak tenggelam apabila
diletakkan di dalam air
(ii) Terapung dan Tenggelam
2. Keupayaan untuk tenggelam
 Bahan yang tidak
mempunyai keupayaan
untuk terapung akan
tenggelam apabila
diletakkan di dalam air
Rujuk Buku Teks M/S 146
Pemerhatian
Hasil Pemerhatian
Terapung di atas air Tenggelam di dalam air
Pembaris plastik Batu
Belon Kunci
Batang ais krim Tali kulit
Straw Gelas kaca
Pensel Kain kapas
Soalan KBAT
Mengapakah sesetengah objek
boleh timbul dan sesetengah
boleh tenggelam?
Jawapan

Sesetengah objek boleh timbul


atau tenggelam kerana
bergantung kepada
ketumpatan objek tersebut
terhadap ketumpatan air.
Jawapan

Objek yang lebih tumpat


daripada air akan
tenggelam, manakala objek
yang kurang tumpat
daripada air akan timbul
(iii) Mengalirkan arus elektrik

• Terdapat bahan yang boleh


mengalirkan arus elektrik dan
ada bahan yang tidak boleh
mengalirkan arus elektrik
Rujuk Buku Teks M/S 147
Pemerhatian
Objek yang diuji Mentol menyala Mentol tidak menyala
Belon √
Lidi √
Kunci √
Sudu seramik √
Plastik √
Tali kulit √
Duit syiling √
Kerajang aluminium √
Mata pensel √
(iv) Kebolehan penembusan cahaya
 Setiap jenis bahan
mempunyai kebolehan
penembusan cahaya yang
tersendiri.

Plastik
berwarna
Contoh objek

Belon Plastik lut sinar


Contoh objek

Kertas berwarna Sisip kaca


Contoh objek

Batang ais krim Kertas surih


Rujuk Buku Teks M/S 148
Pemerhatian (√)
Objek yang diuji Jelas Tidak jelas Tidak nampak
Belon √
Plastik lut sinar √
Kertas berwarna √
Sisip kaca √
Batang ais krim √
Kertas surih √
Plastik berwarna √
(v) Mengalirkan haba
1. Konduktor haba
 Bahan yang membenarkan
haba mengalir melaluinya
dengan baik dan cepat.
 Logam ialah konduktor
haba.
 Kebanyakan peralatan
memasak diperbuat
daripada logam.
(v) Mengalirkan haba
2. Penebat haba
 Bahan yang tidak
membenarkan haba
mengalir melaluinya
dengan baik.
 Contoh penebat haba ialah
pemegang periuk.
Rujuk Buku Teks M/S 149
Pemerhatian
Pemerhatian keadaan
Objek yang diuji
objek selepas direndam
Keranjang aluminium Berasa panas
Batang aiskrim Tiada perubahan
Sudu seramik Tiada perubahan
Polisterina Tiada perubahan
Plastik jernih Tiada perubahan
Belon Tiada perubahan
Tali kulit Tiada perubahan
(vi) Kekenyalan

Kekenyalan ialah kebolehan


sesuatu bahan untuk kembali
kepada keadaan asalnya
sesudah ditarik, dipicit atau
diregangkan
Rujuk Buku Teks M/S 150
Pemerhatian
Objek yang diuji Boleh ditarik dan boleh Tidak boleh ditarik
kembali ke bentuk asal
Belon √
Tali kulit √
Gelang getah √
Spring √
Sudu plastik √
Batang aiskrim √
Pensel √
Straw √
Paku √
RUMUSAN
Berdasarkan semua aktiviti yang telah
dijalankan, apakah yang dapat kamu
rumuskan tentang sifat sesuatu bahan?
Jawapan
Sifat sesuatu bahan dapat dirumuskan seperti
berikut:
(i) Menyerap air dan kalis air.
(ii) Terapung dan tenggelam.
(iii) Mengalirkan arus elektrik.
(iv) Kebolehan penembusan cahaya.
(v) Mengalirkan haba.
(vi) Kekenyalan.
SEKIAN
DAN
TERIMA KASIH

You might also like