Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

Penulisan Akademik:

Laporan Pemerhatian dan Rancangan Untuk Mewujudkan Bilik Darjah Mesra Budaya

1.0 Pendahuluan

Negara Malaysia terdiri daripada pelbagai jenis kaum dan agama dimana kaum
bumiputera merangkumi 69.1% populasi diikuti dengan 23% kaum Cina, 6.9% kaum India
dan lain-lain, 1% (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2019). Setiap kaum mempunyai
kepercayaan, budaya, nilai dan norma masing-masing yang akan mempengaruhi tingkah
laku mereka. Oleh itu, pendedahan terhadap persekitaran yang pelbagai budaya perlu
dilakukan bermula dari bangku sekolah rendah dengan memberikan murid bilik darjah mesra
budaya. Menurut Noriati Rashid (2014), mesra budaya bermaksud perlakuan atau amalan
yang mendatangkan keselesaan dan kegembiraan. Justeru, penulisan ini bertujuan untuk
melaporkan pemerhatian terhadap pengurusan bilik darjah mesra budaya yang
dilaksanakan oleh guru di SK. Sabah. Seterusnya, pengkaji akan menghuraikan langkah-
langkah mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya hasil daripada
pemerhatian yang dilakukan. Rancangan langkah-langkah tersebut merangkumi aspek
fizikal, social, emosi dan sosiolinguistik bilik darjah tersebut.

2.0 Laporan Pemerhatian

Pemerhatian ini dilakukan di kelas tahun 1, SK. Sabah, waktu kelas Sains. Kelas ini
terdiri daripada 18 murid. Hasil daripada temu bual ringkas dengan guru, majoriti murid ialah
kaum Dusun Rungus dan Bajau, diikuti beberapa murid Melayu dan dua orang murid Cina
dan seorang murid kaum Filipina. Ibu bapa murid bekerja sebagai petani, pekerja
pembinaan, polis dan peniaga. Maklumat mengenai pekerjaan ibu bapa ini memberi
gambaran bahawa murid-murid juga mempunyai taraf ekonomi yang berbeza.

Menurut pemerhatian, antara tindakan guru untuk mewujudkan bilik darjah mesra
budaya ialah, mengunakan Bahasa pengantar pendidikan iaitu Bahasa Melayu. Pada
pertengahan pengajaran, seorang murid Dusun bercakap dengan gurunya mengunakan
Bahasa ibundanya. Guru tersebut tidak menjawab murid itu dengan Bahasa dusun-
walaupun guru tersebut boleh berbahasa dusun. Sebaliknya, dia sempat menegur murid itu
untuk mengunakan Bahasa Melayu agar rakan-rakan lain turut memahami. Selain itu, guru
juga memberi layanan yang sama rata. Pada permulaan pengajaran dan pembelajaran
(PdP) guru memberikan semua murid roti kaya. Pemberian ini sangat mengembirakan murid
dan mereka bersemangat untuk mengikuti PdP pada hari itu. Tambahan lagi, guru telah
merancang aktiviti PdP yang menarik, iaitu melukis dan manampal kitar hidup haiwan. Hal
ini juga menunjukkan bahawa guru mengambil kira emosi tentang murid untuk belajar.
Selain itu, dalam aktiviti PdP, guru mengalakkan murid-murid untuk berbincang dan
berkongsi bahan-bahan. Apabila murid pintar selesai kerjanya lebih awal, guru
mengarahkan murid tersebut untuk membantu rakannya yang belum selesai.

Gambar 1: Persekitaran Bilik Darjah Gambar 2: Murid-murid

Keadaan persekitaran bilik darjah juga bersih dan teratur, tanpa sampah bertaburan di
lantai. Terdapat juga meja-meja yang dilapik agar kelihatan lebih cantik. Murid-murid pula
disusun secara rawak dimana terdapat beberapa murid perempuan dan lelaki ditempatkan
bersebelahan. Walau bagaimanapun, guru kelas perlu melengkapkan papan penyataan di
belakang. Walau bagaimanapun, kekangan dalam mewujudkan bilik darjah kondusif ialah
lantai dan dinding kelas yang diperbuat dari kayu menyebabkan hentakan-hentakan kaki
berbunyi kuat dan bunyi bising dari kelas lain kedengaran. Hal ini boleh menyebabkan murid
terganggu dan hilang fokus. Secara keseluruhan, dapat diperhatikan bahawa guru
mempunyai usaha dalam mewujudkan bilik darjah yang mesra budaya.

3.0 Rancangan Langkah-langkah mewujudkan persekitaran mesra budaya

Seperti yang telah dihuraikan, tanggungjawab untuk mewujudkan persekitaran bilik


darjah yang mesra budaya terletak pada tangan para guru. Terdapat beberapa aspek yang
penting dalam langkah-langkah mewujudkan kelas mesra budaya. Perenggan berikutnya
akan membincangkan tentang langkah-langkah mewujudkan persekitaran mesra budaya.

3.1 Fizikal

Aspek fizikal memainkan peranan penting dalam mewujudkan bilik darjah mesra budaya.
Aspek ini melibatkan infrastruktur dan fasiliti di dalam bilik darjah. Pertama sekali ialah
susunan kerusi dan meja. Susunan kerusi dan meja perlu membolehkan murid bercampur
gaul, belajar dan membuat perbincangan bersama-sama tanpa sebarang halangan (Noriati
Rashid, et. al, 2017) Hal ini selaras dengan konsep pembelajaran abad ke-21 yang
mementingkan pembelajaran koperatif dan kondusif. Berikut merupakan cadangan pelan
susun atur bilik darjah.
Rajah 1: Pelan Susun Atur Kelas

Dalam susun atur ini, guru akan menempatkan murid dari pelbagai entik duduk dalam
satu kelompok meja. Selain itu, dalam satu kelompok meja, guru perlu mencampurkan murid
pintar dan murid lemah. Hal ini untuk mendorong murid yang pintar untuk membimbing
murid yang lemah agar budaya tolong menolong dapat dipupuk. Tambahan lagi, menurut
Vygotsky (1962), kemahiran-kemahiran yang sukar dilakukan oleh kanak-kanak boleh
dijayakan dengan bantuan rakan sebaya yang lebih mahir.

Gambar 3: Contoh Poster Gambar 4: Contoh Ruang


Membaca

Selain itu, guru perlu menghias dinding dan papan kenyataan dengan bahan visual yang
menarik dan relevan untuk mengekalkan fokus murid. Walau bagaimanapun, guru perlu
mengambil kira latar belakang budaya murid semasa menghias kelas. Guru boleh
mempamerkan kepelbagaian budaya pelajar dalam hiasan kelas dan papan kenyataan.
Selain itu, bahan bacaan pada sudut bacaan juga boleh mewujudkan mesra budaya dengan
memilih bahan bacaan seperti buku, majalah dan surat khabar dan sejarah dan patriotik
yang menceritakan tentang budaya dan perpaduan. Langkah ini berkesan untuk
memberikan pendedahan keadaan sosial multikultural kepada murid-murid melalui
pembacaan buku ini. Seperti yang dinyatakan oleh Vavrus Michael (2002), persekitaran
yang kaya dengan peluang untuk meneroka pelbagai budaya dan etnik membuka ruang
untuk mempraktikkan pendidikan multikultural. Kesimpulannya, persekitaran fizikal bilik
darjah memberi impak besar dalam usaha mewujudkan bilik darjah mesra budaya.

3.2 Sosial

Antara langkah untuk mewujudkan persekitaran sosial yang mesra budaya ialah,
menjalankan aktiviti kumpulan. Aktiviti berkumpulan ini bukan sahaja mampu mewujudkan
kerjasama, tetapi juga dapat mendedahkan murid dalam situasi dimana wujudnya
kepelbagaian budaya. Roslina (2002) menyatakan, pendekatan pengajaran berkumpulan
dapat dipupuk melalui kerjasama antara ahli dalam kumpulan. Zamri et al. (2015) juga
menyatakan bahwa sifat sosial murid yang berbagai-bagai boleh digunakan oleh guru untuk
merancang aktiviti PdPc dengan lebih menarik. Contohnya, guru boleh melakukan aktiviti
drama bertemakan cerita rakyat dari sesebuah kaum.

Gambar 5: Peraturan dan Rutin Bilik Darjah

Langkah seterusnya ialah mewujudkan suatu rutin bilik darjah yang dipersetujui ramai.
Guru boleh membina peraturan dan rutin dengan cara demokrasi dan melibatkan semua
murid dan mengambil kira pandangan yang diberikan oleh murid. Lantas, murid-murid akan
menganggap peraturan dan rutin itu sebagai hasil mereka sendiri yang lebih cenderung
untuk mematuhinya (Syed Ismail Syed Mustapa, et. al, 2018). Antara rutin yang boleh
dilakukan ialah, memberi salam setiap kali guru masuk ke kelas, memberi tepukan apabila
rakan berjaya menjawab soalan guru, merayakan hari lahir murid dan menyambut hari raya
kaum. Untuk peraturan pula termasuklah agihan tugasan membersih kelas yang adil, giliran
membantu guru dan sebagainya. Oleh itu, peraturan dan rutin yang digubal bersama pelajar
ini mampu mengekalkan suasana harmoni dan terkawal di kelas lantas memberi impak
positif kepada sosial murid.

Akhir sekali, guru perlu membuat peneguhan terhadap tingkah laku sosial murid. Dalam
hal ini, guru perlu membuat peneguhan positif terhadap tingkah laku baik dan peneguhan
negatif untuk tingkah laku sebaliknya. Antara contoh peneguhan positif ialah pujian dan
isyarat tangan manakala peneguhan negetif termasuklah jelingan atau teguran. Peneguhan
ini penting kerana murid perlu mengetahui perilaku yang tidak baik mahupun yang baik
(Abdullah Zhidi Omar, et. al., 2016). Contohnya, guru perlu terus menegur murid yang
mengejek murid beragama Sikh kerana memakai Serban. Sebagai kanak-kanak, mungkin
dia kurang jelas bahawa perbuatan mentertawakan orang itu salah. Lantas, guru perlu
campur tangan untuk membimbing murid tentang nilai-nilai sosial seperti menghormati
amalan dan larangan agama lain. Tambahan lagi, guru perlu menjadi role model dalam
pergaulan sosial tanpa mengira murid tersebut datang dari keluarga kaya atau miskin.
Apabila murid memerhati bahawa guru mereka bertindak adil kepada semua murid, mereka
juga akan mengikuti perlakuan guru tersebut. Penyataan ini disokong dalam teori
pembelajaran sosial yang menekankan aspek pemerhatian sebagai proses pembelajaran
yang berkesan (Noriati Rashid, 2017). Oleh itu, pengaruh guru terhadap sosial murid-murid
amatlah penting.

3.3 Emosi

Terdapat beberapa cara guru untuk mengurus emosi murid-murid. Semasa proses
PdP, murid akan mengharapkan tumpuan, kasih sayang, penghargaan, pengiktirafan,
penyempurnaan kendiri, rasa kepunyaan, dan selamat (Syed Ismail Syed Mustapa, et.al.,
2018). Dalam konteks ini, terdapat beberapa langkah untuk mengurus emosi murid,
termasuklah mengingati nama murid. Dengan cara ini, murid akan rasa diprihatikan dan rasa
kepunyaan. Guru juga boleh memberi pujian dan meminta murid-murid memberi tepukan
kepada murid yang menjawab soalan dengan betul, agar murid rasa diiktiraf dan dihargai.
Tambahan lagi, guru perlu menghindarkan daripada menyebut atau membincangkan isu-isu
sensitif terutamanya mengenai suatu kaum atau agama.

Salah satu cara mengurus emosi pelajar adalah mengurangkan stress murid. Hal ini
boleh dilakukan dengan merancang pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap
kebolehan murid agar murid dapat menikmati kejayaan. Misalnya, guru mengubal latihan
berbentuk ansur maju. Selain itu, salah satu teknik yang berkesan ialah pendekatan didik
Gambar 6: Keadaan meja
hibur seperti bercerita, lakonan, drama, permainan dan sebagainya. Teknik ini memberi
kebanyakan murid
peluang murid untuk mengintegrasi, bereksperimentasi dan menggunakan apa yang telah
Dalam kes sebegini, guru
perlu berinisiatif untuk
memperbaiki kondisi meja
kerana perkara ini akan
mempengaruhi emosi murid
untuk belajar. Mereka perlu
dipelajari dalam modul berdasarkan aktiviti seronok dan bermakna (Mohd Asnorhisham
Adam dan Abdul Raham Hamdan, 2017). Guru juga boleh menyediakan pengajaran
berasaskan elemen budaya iaitu elemen pakaian tradisional dan kesenian, pemakanan,
alam sekitar, kesusasteraan dan adat resam (Noriati Rashid, 2017). Lantas, dengan
pendekatan sedemikian, guru bukan sahaja dapat melaksanakan PdP yang kurang stress,
tetapi turut membentuk persekitaran yang mesra budaya.

Gambar 6: Meja Murid

3.4 Sosiolinguistik

Di dalam kelas yang pelbagai budaya, terdapat kecenderungan untuk murid


mengunakan bahasa ibundanya ketika berkomunikasi. Contohnya, murid dusun bercerita
dengan rakannya yang juga dari kaum dusun. Sekiranya perkara ini berlaku di hadapan
seorang murid dari kaum Cina, maka, murid itu akan rasa terpinggir. Justeru, antara langkah
yang guru boleh lakukan untuk menangani masalah ini ialah, membimbing murid untuk
berkomunikasi dalam Bahasa Melayu, iaitu bahasa pengantar. Guru boleh memberi
penegasan bahawa setiap kali masa PdP, murid perlu menggunakan Bahasa Melayu yang
boleh difahami oleh setiap orang. Sekiranya guru mendapati bahawa terdapat murid yang
kurang fasih dalam bahasa ini, guru boleh berkolaborasi dengan guru Bahasa Melayu untuk
memberi intervensi atau mengadakan aktiviti bahasa, sastera dan budaya (Noriati Rashid,
2017). Guru juga perlu mengunakan Bahasa Melayu semasa mengajar. Contohnya,
menceritakan sejarah etnik Bajau dalam Bahasa Melayu. Justeru, dengan memartabatkan
Bahasa Melayu, bilik darjah mesra budaya dapat diwujudkan kerana kesatuan dan
kesefahaman dapat dipupuk melalui bahasa kebangsaan ini.

4.0 Penutup

Kesimpulannya, jelaslah bahawa tanggungjawab mewujudkan persekitaran budaya yang


kondusif dalam bilik darjah terletak pada tangan para guru. Antara aspek yang perlu diambil
kira oleh guru ialah, aspek fizikal, aspek sosial, aspek emosi, dan aspek sosiolinguistik.
Adalah penting bahawa guru sendiri percaya dalam persekitaran budaya yang sihat yang
memperlakukan semua orang sebagai sama untuk mencapai peranan ini. Ini penting kerana
matlamat pendidikan Malaysia untuk meningkatkan integrasi sosial di kalangan pelbagai
kumpulan etnik di luar integrasi fizikal dan berniat untuk menghapuskan prasangka sosial
dan diskriminasi. Akhir sekali, dengan mewujudkan bilik darjah mesra budaya, guru juga
pada masa yang sama merealisasikan hasrat yang terkandung dalam Aspirasi Pendidikan
iaitu aspirasi perpaduan dimana sistem pendidikan yang menawarkan perkongsian
pengalaman kepada kanak-kanak dengan menghargai kepelbagaian.

Rujukan

Abdullah Zhidi Omar, Mahdi Shuid, Mazlan Aris dan Roslina Suratnu. (2016). Pengantar
pendidikan moral. Selangor: Sasbadi Sdn. Bhd. .
Noriati Rashid, Ying, B. P., Sharifah Syed Ahmad, dan Zuraidah Majid. (2017). Budaya dan
pembelajaran: Edisi 2. Selangor: Oxford Fajar.
Roslina Abdul Ghani. (2002). Cadangan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran
berkumpulan oleh guru-guru pelatih sarjana muda teknologi dan pendidikan (Awam).
Jurnal Ilmiah Fakulti Pendidikan, UTM.
Zamri Mahamod, Ruslin Amir dan Mohamed Amin Embi. (2015). Kepelbagaian pelajar dan
perbezaan pembelajaran. Kuala Lumpur: Dewan bahasa dan Pustaka.

You might also like