Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN SAYED OTHMAN,

JALAN MERPATI, 98000 MIRI, SARAWAK

KERTAS KERJA
PROGRAM BIJAK JAWI

PANITIA PENDIDIKAN ISLAM


SK SAYED OTHMAN
1.0 PENDAHULUAN
Program Bijak Jawi ini adalah inisiatif pihak Panitia Pendidikan Islam, SK Sayed Othman
untuk membantu murid-murid yang keciciran dalam Jawi. Program ini seakan-akan
program pemulihan Jawi yang telah dihapuskan beberapa tahun lepas, tetapi ada
ditambah baik dengan beberapa cadangan ahli panitia.

2.0 RASIONAL PROGRAM


Merujuk kepada analisis Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) murid-murid SK Sayed Othman,
masih ramai murid mendapat pencapaian pada tahap 1 dan 2. Hasil perbincangan
dengan ahli panitia Pendidikan Islam, murid yang berada pada tahap rendah ini berpunca
daripada tidak pandai membaca tulisan Jawi. Hal ini kerana, buku teks, buku aktiviti serta
soalan-soalan tugasan yang diberikan kepada murid adalah dalam tulisan Jawi. Hal ini
dapat dikenalpasti berpunca daripada lemah dalam Jawi di mana apabila murid ditanya
berkaitan pelajaran yang diajar, murid dapat menjawab dengan baik secara lisan, namun
apabila diberikan soalan di dalam tulisan Jawi, murid tidak dapat menjawab soalan-soalan
tersebut. Justeru, ahli Panitia Pendidikan Islam telah bersetuju untuk membuat program
Bijak Jawi untuk mengatasi masalah ini.

3.0 OBJEKTIF
Antara objektif Program Bijak Jawi ini ialah:
1. Murid yang keciciran dalam Jawi akan dipulihkan sekurang-kurangnya dapat
mengenal, menyebut dan menulis huruf-huruf tunggal, suku kata terbuka dan suku
kata tertutup.
2. Murid sekurang-kurangnya dapat membaca ayat ringkas dengan baik.
3. Murid dapat meningkatkan pencapaian dalam Pentaksiran Bilik Darjah.

4.0 JAWATANKUASA INDUK


4.1 Ahli Jawatankuasa Program Bijak Jawi:

PENAUNG
EN.JUHAILI BIN JUNAIDI
GURU BESAR

2
PENASIHAT PROGRAM
PN. DAYANG ROSNAH BINTI DATU
ABANG INDIH
PENOLONG KANAN KURIKULUM

PENYELARAS PROGRAM
PN. IPAH BINTI AMIN
KETUA PANITIA PENDIDIKAN ISLAM

SETIAUSAHA
CIK NUR HAMIZAH BINTI ROSLAN

AHLI JAWATANKUASA PROGRAM:

• EN. MUHAMMAD SAIFUDDIN BIN ALI


• EN. KASSIM BIN SALLEH.

4.2 Kelas-kelas di bawah bimbingan guru-guru Pendidikan Islam:

BIL DARJAH GURU TERLIBAT CATATAN


1 PRA Ustaz Kassim
IDAMAN
2 PRA IMPIAN Ustaz Kassim
3 TAHUN 1 Ustzah Ipah
4 TAHUN 2 Ustaz Muhammad Saifuddin
5 TAHUN 3 Ustaz Nur Hamizah
6 TAHUN 4 Ustaz Muhammad Saifuddin
7 TAHUN 5 Ustazah Nut Hamizah
8 TAHUN 6 Ustazah Nur Hamizah

3
5.0 SASARAN
5.1 Sasaran murid bagi program ini ialah 5 hingga 10 orang murid terlemah
dalam Pentaksiran Bilik Darjah untuk tahun 1 hingga 6.

6.0 JANGKA MASA


6.1 Program ini akan dijalankan sepanjang tahun. Murid yang melepasi ujian
yang diberikan oleh guru dan menunjukkan peningkatan dalam Pentaksiran
Bilik Darjah dikira sebagai lulus dan akan dikeluarkan daripada program
ini serta digantikan dengan murid lain sekiranya ada murid lain yang masih
lemah.

7.0 BUTIRAN PERJALANAN PROGRAM


7.1 PENERANGAN PROGRAM
• Guru memilih murid 5-10 murid yang betul2 lemah dalam jawi- dari sudut
mengenal huruf, menulis dan bacaan.
• Program ini dilaksanakan semasa pdpc ulum/ jawi.
• Guru menyediakan modul @ lembaran kerja untuk murid buat disekolah atau
dirumah ( modul atau lembaran mengikut tahap murid-murid)
• Guru perlu merekod perkembangan murid tersebut dalam bentuk laporan
dan disertakan dengan eviden. (GAMBAR)
• Pelaksanaan
v Pra sekolah – Untuk murid Umur 6 Tahun
v Tahun 1 – Dilaksanakan semester 2 iaitu bulan 6
v Tahun 2- 6 – Dilaksanakan bermula Bulan 1 sehingga bulan 11
• Laporan perlu dihantar 2 kali setahun bulan 5 dan bulan 12 kepada Ketua
Panitia.

8.0 PENUTUP
8.1 Program ini diharapkan dapat membantu murid-murid dalam memahami
matapelajaran Pendidikan Islam dengan lebih baik di samping
meningkatkan pencapaian dalam subjek ini.

4
Disediakan oleh: Disemak oleh:

____________________________ __________________________
CIK NUR HAMIZAH BINTI ROSLAN PN IPAH BINTI AMIN
SETIAUSAHA, PENYELARAS,
PROGRAM BIJAK JAWI. PROGRAM BIJAK JAWI.

Disahkan oleh:

___________________________
EN. JUHAILI BIN JUNAIDI
PENAUNG,
PROGRAM BIJAK JAWI.

You might also like