Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

Apa khabar semua? Saya doakan semua murid, guru, staf dan ibu bapa berada
dalam keadaan sihat wal afiat.

Alhamdullillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan


limpah kurnia-Nya kita dapat bersama-sama meraikan Pelancaran Bulan
Kebangsaan bagi tahun 2021 yang bertemakan ”MALAYSIA PRIHATIN”.
Walaupun majlis ini dibuat serba ringkas, harapan saya murid dapat menghayati
inti pati tema sambutan kemerdekaan kali ini dan bersama-sama kita
berganding bahu merealisasikan bulan kebangsaan ini dengan menyertai
aktiviti-aktiviti yang akan dianjurkan oleh pihak sekolah.

Guru-guru dan murid-murid sekalian,

Kita semua sedia maklum bahawa Sambutan Bulan Kebangsaan


merupakan acara tahunan bagi kalendar sekolah selaras dengan aspirasi negara
bagi membentuk rakyat Malaysia yang amat menghargai nilai kemerdekaan
bagi sesebuah negara. Kita bertuah kerana warga SM Sains Rembau, baik guru-
guru mahupun murid-muridnya terdiri daripada pelbagai kaum. “Sudah terang
lagi bersuluh” elemen perpaduan telah lama terpahat kukuh di bumi SM Sains
Rembau ini. Cuma kita patut tingkatkan lagi usaha bagaimana untuk
mengukuhkan lagi perpaduan dalam kalangan kita kerana tanpa perpaduan tidak
mungkin kemerdekaan ini dapat diisi dengan sebaiknya.

Hari Kebangsaan pada tahun ini bertemakan “Malaysia Prihatin”. Tema


ini amat bertepatan dengan aspirasi yang didukung kerajaan ini, bahawa seluruh
rakyat MALAYSIA bersama-sama memerangi musuh di kala ini iaitu wabak
Covid-19. Manakala PRIHATIN menunjukkan inisiatif kerajaan yang
merangkumi aspek ekonomi, kebajikan dan kelangsungan rakyat Malaysia.

Semangat MALAYSIA PRIHATIN ini dizahirkan bukan sahaja oleh


mereka yang bertugas di barisan hadapan, dalam konteks Pendidikan pula guru-
guru, ibu bapa serta murid-murid merupakan wira yang sentiasa berjuang dalam
arus pendidikan melalui bantuan serta sokongan padu demi mencapai aspirasi
Pendidikan negara. Pada hakikatnya, sebagai rakyat Malaysia semangat
MALAYSIA PRIHATIN ini perlu kita semarakkan di segenap segi kehidupan
masyarakat, bukan sahaja dalam usaha kita menamatkan terus wabak Covid-19,
tetapi dalam mewujudkan kehidupan masayarakat yang lebih baik. MALAYSIA
PRIHATIN perlu kita sematkan dalam ingatan untuk kita mengukuhkan
kembali asas-asas perpaduan, keharmonian dan kesejahteraan rakyat Malaysia.
Kita perlu melakukannya bersama-sama dan dengan keazaman dan usaha yang
bersungguh-sungguh.

Guru-guru dan murid-murid sekalian,

Pelbagai program akan diatur sepanjang Bulan Kebangsaan bagi


menyemarakkan lagi semangat patriotism. Saya berharap semua murid dapat
menyertai secara aktif pertandingan nyayian solo, pertandingan kuiz bulan
kebangsaan, pertandingan seloka, pertandingan melukis poster dan banyak lagi.
Bagi menghargai jasa petugas barisan hadapan turut dilaksanakan tabung
semesra prihatin dengan kerjasama persatuan ibu bapa dan guru SM Sains
Rembau. Kesemua aktiviti ini diadakan untuk menyemarakkan semangat
patriotisme di kalangan warga SEMESRA dengan harapan semangat
patriotisme ini sentiasa mekar dalam hati kita. Mudah-mudahan dengan cara ini
rasa cinta kita kepada negara tidak akan kunjung padam sampai bila-bila.
Harapan saya seluruh warga SM Sains Rembau mengorak langkah
sederap bersama-sama membangunkan modal insan berlandaskan kejayaan
generasi terdahulu dalam memperjuangkan serta memperkukuh nilai
kemerdekaan tanah air kita ini. Atas jerih payah generasi dahululah maka
kemerdekaan dan pembangunan yang kita kecapi hari ini mampu seiring dengan
negara-negara lain dan semakin gah di persada dunia.

Akhir kata, dengan sukacitanya saya MERASMIKAN MAJLIS


PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN BAGI TAHUN 2021

You might also like