Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

RESENSI NOVEL

Tajuk buku : Kami Dah Kahwinlah


Penulis : Lisa Mohamad
Penerbit : Penulisan Enterprise
Jumlah halaman : 413 muka surat
Tebal buku : 19cm
Nombor ISBN : 978-967-11208-3-5
Harga buku : RM18 (SM) | RM21 (SS)
1.0 PENGENALAN
Novel ini sangat terkenal kerana plot cerita. Plot cerita novel ini sangat menarik dan
menjadikan kita teruja untuk membaca pengakhiran cerita. Plot cerita dan gaya bahasa
dalam novel ini sangat menarik dan teratur dari awal hingga akhir. Walaupun, terdapat
banyak latar tempat dalam novel ini tetapi mudah untuk memahami jalan cerita. Selain itu,
penulis novel ini iaitu Lisa Muhamad menggambarkan setiap watak dengan kuat dan
karakteristik yang unik. Sebagai contohnya, Nenek Sapiah yang kuat pegang kepada adat
perpatih. Novel ini memiliki bahasa yang sangat memikat kerana buku ini tidak hanya ditulis
dalam bahasa Melayu tetapi terdapat juga kegunaan bahasa Inggeris dalam setiap dialog.

2.0 LATAR BELAKANG NOVEL

2.1 BIODATA PENGARANG


Nama sebenar Lisa Muhamad ialah Nurfailisha binti Muhamad. Beliau merupakan
anak kelima daripada tujuh orang adik-beradik, mempunyai seorang abang, tiga
orang kakak dan seorang adik perempuan serta seorang adik lelaki. Sebelum beliau
melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya, beliau pernah bersekolah dari tingkatan
satu sehingga tingkatan enam di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah 2,
Kelantan.

Menurut beliau, beliau mula menulis novel pada tahun 2011 menerusi laman Blog.
Sebelum itu, beliau hanya menulis sebagai hobi untuk mengisi masa lapang. Tetapi
kini, minatnya dalam bidang penulisan semakin mendalam.

2.2 SINOPSIS

Sara Cempaka dikenali sebagai Sara dan Raqib Aryan iaitu dipanggil sebagai Aryan
adalah dua orang sepupu yang saling jatuh cinta. Walhal, zaman kanak-kanak
hubungan mereka tidak rapat sangat. Mereka langsung tidak pernah bertegur sapa
dan hanya mampu jeling-menjeling antara satu sama lain. Selepas beberapa tahun,
apabila kedua-duanya dapat melanjutkan pengajian di tempat yang sama iaitu di
London, tidak sangka hubungan mereka yang sepatutnya terbatas antara keluarga
berlanjutan menjadi bibit-bibit cinta. Mengikut adat perpatih, mereka dilarang
berkahwin kerana kedua-duanya adalah dari suku yang sama kerana ibu Aryan dan
ibu Sara adik beradik. Oleh kerana nenek mereka iaitu Saripah yang kuat berpegang
kepada adat Negeri Sembilan, mereka terpaksa merahsiakan perkahwinan mereka
daripada pengetahuan keluarga sehingga waktu yang dirasakan sesuai.

    Setelah balik Malaysia dari London, mereka masih mencuba untuk merahsiakan
perkahwinan mereka. Dalam mereka berusaha menyembunyikan status ini, mereka
terpaksa berjumpa secara sembunyi, menemu janji di kawasan tepi tasik, dan tanpa
disedari ada yang memerhatikan mereka. Mereka meyangkakan mereka cukup licik
untuk menipu pandangan keluarga, malangnya Maksu Mimie dan Elman iaitu adik
Aryan lebih cekap menghidu rahsia yang mereka simpan. Mereka dua membantu
menyembunyikan rahsia ini daripada nenek Saripah. Sejak itu, rahsia itu diketahui
satu demi satu ahli keluarga mereka. Sehinggalah nenek mereka membuat
perancangan untuk menjodohkan Aryan dengan menantu pilihannya. 

   Aryan mendapat tahu Sara mengandung.Aryan berhasrat untuk berterus terang


dengan Nenek Saripah walaupun ditegah oleh Sara. Walaupun di larang olah Sara,
Aryan terpaksa mengkhabarkan tentang hubungan mereka kepada nenek
Saripah.Namun, belum sempat kebenaran habis terbongkar, Nenek Saripah jatuh
sakit akibat mendengar pengakuan Aryan itu. Walau bagaimanapun, dalam diam
sedikit demi sedikit ahli keluarga yang lain mula dapat menerima kenyataan tentang
hubungan mereka. Akhirnya, keluarga mereka menerima keadaan itu dengan
seadanya. Sebuah majlis persandingan telah dirancangkan bagi Sara dan Aryan.

3.0 WATAK DAN PERWATAKAN

Dalam novel ini, terdapat dua watak utama iaitu Sarah Cempaka dan Raqib Aryan. Mereka
dua orang merupakan sepupu. Ibu mereka iaitu Puan Syuhadah dan Mak long Serena
merupakan adik beradik. Sara Cempaka dikenali sebagai Sara dalam novel ini. Sara
merupakan seorang gadis yang menyayangi keluarganya. Dia tidak ada niat untuk
menyakitkan hati ahli keluarga. Sara juga merupakan seorang isteri yang tidak berputus asa
bagi menyokong suami dalam apa-apa juga situasi. Raqib Aryan iaitu dipanggil ‘Aryan’
dalam novel ini merupakan seorang yang berani. Selain itu, dia tidak pernah gagal untuk
menjaga isteri dia. Dalam novel ini, Aryan mempunyai dua adik beradik iaitu Maksu Mimie
dan Elman. Mereka merupakan adik yang menyayangi abang kerana mereka membantu
merahsiakan tentang hubungan Aryan dan Sara walaupun mengetahui perkara ini sebelum
ahli keluarga lain. Mereka merahsiakan hal tersebut daripada nenek, iaitu nenek Saripah.
Nenek Saripah kuat memegang kepada adat negeri Sembilan iaitu adat perpatih. Dalam
adat perpatih, sepupu harus dianggap sebagai adik beradik. Demi menjaga adat yang
dipegang oleh nenek mereka, Sara dan Aryan terpaksa merahsiakan mengenai
perkahwinan mereka.

4.0 AMANAT

Ada beberapa amanat yang disampaikan oleh pengarang dalam novel ini. Antaranya adalah
menjaga adat dan budaya. Sebagai contohnya, nenek Saripah kuat memegang dan
mematuhi adat perpatih iaitu tidak boleh mengahwinkan seorang daripada suku atau
keluarga yang sama. Selain itu, terpadat amanat menyayangi ahli keluarga dan tidak
menyakitkan hati mereka. Contohnya, Sara dan Aryan merahsiakan tentang hubungan
mereka daripada keluarga terutamanya nenek Saripah kerana mereka tidak ada niat untuk
melukakan perasaan and menyedihkan ahli keluarga. Seterusnya, terdapat amanat
hubungan suami isteri yang kuat dan setia. Misalnya, Aryan tidak meninggalkan dan kahwin
orang lain apabila nenek dia membuat perancangan untuk menjodohkan Aryan dengan
menantu pilihannya. 

5.0 SUDUT PANDANG


Sudut pandang yang digunakan pengarang untuk merangkai cerita dalam novel Kami Dah
Kahwinlah ialah sudut pandang orang ketiga. Hal ini demikian kerana, pengarang
menggunakan kata ganti nama diri ketiga iaitu ‘dia’. Contohnya, ‘Dia mendengar dengan
jelas antara bait-bait kata yang keluar dari bibir mak long’ dalam muka surat 392.

6.0 KELEBIHAN BUKU

Kelebihan buku ini adalah kulit buku ini sangat menarik dan sesuai untuk cerita ini. Selain
itu, buku ini ditulis dengan cara yang lebih sederhana dan tidak ada dramatisasi. Ulasan
buku ini agak santai dan tidak terlalu berat. Seterusnya, fakta-fakta yang digunakan dalam
novel ini sangat tepat dan tidak sensitif. Contohnya, adab-adab perpatih dinyatakan dengan
betul dan tidak terdapat informasi yang salah. Penulis sangat mementingkan kualiti
penulisan kerana beliau membuat kajian tentang informasi yang betul dan tidak sesuka hati
menulis informasi yang tidak tepat. Di samping itu, terdapat beberapa nilai-nilai baik dalam
novel ini yang kita boleh menjadikan teladan. Pada penghujung novel ini, terdapat
pengakhiran yang indah.
7.0 KELEMAHAN BUKU

Kelemahan buku ini adalah penggunaan bahasa inggeris yang terlalu banyak. Bagi
pembaca yang kurang memahami perkataan inggeris akan rasa susah untuk faham dialog
dan jalan cerita novel. Selain itu, terdapat beberapa perkara-perkara yang tidak bermoral
yang boleh jadi tidak sesuai bagi kanak-kanak. Hal ini menjadikan novel ini tidak sesuai bagi
kalangan kanak-kanak.
Rujukan
 Lisa Muhammad (2014). Kami Dah Kahwinlah!. Selangor: Penulisan2U.

You might also like