Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 40

*Bentuk-bentuk grafik yang popular dalam

peperiksaan :

1. Graf bar (kompaun / komponen)


2. Graf garis (kompaun / komponen)
3. Graf gabungan bar dengan garis
4. Graf piramid / berpasang (kompaun / komponen)
5. Carta pai (tunggal, berbanding atau silinder)
6. Graf bar memesong atau imbangan
http://www.kmk.intan.my/alatan_det.php?display=graf

GRAF

GRAF merujuk kepada hasil analisis data statistik (nombor) yang ditunjukkan
dalam bentuk gambarajah yang membolehkan pemahaman dengan sekali pandang.
Dalam lain perkataan, graf merupakan penyataan data gambarajah yang dapat
menarik minat kepada penglibatan manusia dalam menyampaikan secara cepat dan
tepat rumusan maklumat tersebut.

KESAN-KESAN GRAF

Graf mempunyai kesan-kesan berikut.

 PENGGAMBARAN DATA

Graf membolehkan perbandingan di antara nombor kecil dengan yang besar serta
hubungan di antara bahagian dengan keseluruhan, dan perubahan dalam masa.
Oleh itu, graf berguna bagi membaca maklumat dengan cepat dan memahami
maklumat tersebut dengan mendalam.

 PEMAHAMAN SECARA INTUITIF

Untuk menyatakan keadaan dalam bentuk rajah yang tidak dapat difahami melalui
huruf an nombor, sebagaimana yang dinyatakan oleh nombor kecil dan besar atau
perubahan garisan dan kedudukan di peta. Oleh itu, memang berkemungkinan
menguatkan imej kandungannya.

 BEBAS DARIPADA MEMBACA

Membaca memerlukan usaha dan sedikit kesusahan. Inilah sebabnya pengiklanan


dipindahkan daripada surat khabar dan majalah kepada radio dan televisyen. Graf
mengandungi kurang diskripsi dan oleh itu graf membebaskan kita daripada usaha
membaca.

 MENARIK MINAT

Masyarakat pada hari ini kaya dengan maklumat. Oleh itu, perlulah untuk menarik
pembaca bagi menggiat minta mereka. Ini boleh wujud dengan menggunakan graf
dan ianya sesuai bagi menarik perhatian orang lain seperti kakitangan di bahagian
perhubungan awam syarikat, atau apabila memberi penerangan kepada ketua dan
sebagainya.

 MUDAH DISEDIAKAN

Graf boleh disediakan dengan mudah oleh sesiapa sahaja kerana ia tidak
memerlukan pengiraan yang rumit dan seseorang tidak perlu mempunyai
latarbelakang matematik yang baik atau kebolehan melukis.
Sebagaimana yang diterangkan pada awalnya, graf mempunyai beberapa kelebihan
sebagai alat perhubungan maklumat dan kaedah menganalisis data statistik. Oleh
itu, graf merupakan sesuatu alat kawalan dan peningkatan aktiviti yang wajib di
tempat kerja.

Jenis-jenis Graf dan Cara Penggunaannya

Terdapat berbagai jenis graf yang boleh diklasifikasikan mengikut tujuan


penggunaan dan kaedah persembahan.

 KLASIFIKASI MENGIKUT TUJUAN PENGGUNAAN


1. BAGI PENERANGAN – Bagi menunjukkan pergerakan kadar
kecacatan, kuantiti keluaran, jualan, nisbah perkongsian pasaran dan
sebagainya, atau untuk menunjukkan hasil aktiviti penurunan
kecacatan.

2. BAGI ANALISIS – Menganalisis data yang lepas dan semasa supaya


dapat menyiasat sebab-sebab dan mencari cara untuk melaksanakan
penambahbaikan.

3. BAGI KAWALAN – Untuk mengawal cirri-ciri nilai harian dan bulanan


seperti kuantiti keluaran, kadar kecacatan, bilangan kecacatan,
dimensi-berat, suhu dan sebagainya.

4. BAGI PERANCANGAN – Untuk menunjukkan perancangan harian


atau perancangan keluaran pada graf.

5. BAGI PENGIRAAN – Menjimatkan masa bagi pengiraan dan


mengelakkan kesilapan, graf boleh digunakan sebagai carta
penukaran. Sebagai contoh, suhu dengan tenaga output atau untuk
melihat bilangan kecacatan dan had kawalan pada Carta Kawalan.
 KLASIFIKASI MENGIKUT KAEDAH PENYATAAN

1. GRAF BAR – Graf ini menyatakan variasi dalam saiz atau kuantiti item
mengikut perbezaan pada ketinggian bar dan sesuai bagi melihat
hubungan dalam kuantiti numeric.

2. GRAF GARISAN – Pada mulanya, data diplotkan di atas graf dan


garisan dilukis untuk menyambungkan titik-titik. Graf ini sesuai untuk
menunjukkan perubahan kuantiti dengan masa.

3. GRAF PIE – Di dalam graf ini, kawasan setiap sector yang berbentuk
kipas menunjukkan nisbah atau peratus berbanding dalam
membandingkan dengan bulatan keseluruhan yang mewakili 100%.
Graf ini digunakan untuk melihat nisbah atau peratus berbanding
bahagian relatif kepada keseluruhan, atau bahagian ke bahagian.

4. GRAF KAWASAN – Segi empat bujur, memanjang ke sebelah tepi


seperti tali pinggang, dibahagikan kepada beberapa bahagian,
kawasan setiap bahagian menyatakan kuantiti. Graf ini sesuai untuk
menunjukkan nisbah bahagian kepada keseluruhan atau bahagian ke
bahagian.

5. GRAF Z – Pada satu graf, kuantiti harian atau bulanan dan kuantiti
kumulatifnya, serta jumlah berubah (atau garisan sasaran)
ditunjukkan. Graf ini sesuai untuk kawalan keadaan pencapaian nilai
sasaran.

6. CARTA RADAR – Garisan lurus sebanyak bilangan perkara yang


diklasifikasikan dilukis secara bercabang keluar daripada pusat bulatan
(seperti radar) dan kuantiti ditanda pada garisan. Graf ini sesuai
menunjukkan saiz berstruktur secara berbanding dan perbezaan di
antara perkara berlainan yang diklasifikasikan.

Sebagaimana yang dinyatakan, terdapat berbagai-bagai jenis graf.


Oleh itu, tujuan penggunaan graf perlu dijelaskan sebelum memilih
graf yang bersesuaian dengan tujuan.

HISTOGRAM

HISTOGRAM ialah jadual kekerapan bergambarajah yang disediakan dengan


membahagikan julat data yang sedia ada, kepada kelas tertentu dengan mengira
berlakunya kekerapan data sesuatu kelas.

Angka ditulis mengikut skel di atas kertas graf atau kertas yang bersesuaian. Paksi
mendatar menunjukkan julat nilai ciri dan paksi menegak menunjukkan kekerapan.
Histogram ialah satu daripada keadah alat QC yang sering digunakan.

Perkara asas tetang kualiti kawalan ialah untuk memahami sebaran penyebab atau
variasi dalam kualiti dan seterusnya mengawal serta memperbaiki kualiti tersebut.
Untuk melakukan ini, kita perlu memahami perubahan keadaan nilai cirri yang
dinyatakan dalam kualiti terlebih dahulu,. Histogram ialah teknik yang boleh
menunjukkan nilai cirri secara visual.

Berikut ialah “ PERANAN HISTOGRAM”

Untuk membolehkan taburan lebih mudah dilihat dan difahami secara visual.

1. Untuk membolehkan taburan lebih mudah dilihat dan difahami secara visual.
2. unutk membolehkan kita mengetahui nilai pusat (nilai penengah) dan
sebaran data.

3. untuk membolehkan kita mengetahui bentuk taburan.

CARA MELIHAT HISTOGRAM DAN MENGGUNAKAN HISTOGRAM

(1) Cara Melihat Histogram

Untuk mendapatkan maklumat daripada histogram berhubung dengan sekumpulan


data, dinasihatkan supaya memberikan tumpuan kepada keseluruhan bentuk data
dan mengabaikan sebarang ketidaksamaan. Perkara yang perlu diperiksa secara
amnya seperti berikut.

Di manakah pusat taburan?

1. Bagaimanakah bentuk / sebaran data?


2. Adakah taburan berat ke kanan atau ke kiri?

3. Adakah taburan mempunyai puncak yang tajam atau mendatar?

4. Adakah terdapat sebarang data yang terasing daripada taburan utama?

5. Adakah terdapat ketidaksamarataan dalam bentuk taburan seperti terdapat


ruang yang kosong?

6. Adakah terdapat dua puncak?

7. Adakah taburan kiri atau kanan jenis bertebing?

8. Adakah stratafikasi diperlukan dan apakah bentuk taburan dengan


stratafikasi?
9. Adakah terdapat sebarang data yang terkeluar daripada had yang telah
ditetapkan?

10. Adakah pusat taburan terletak dalam had spesifikasi yang telah
ditetapkan?

11. Adakah taburan terletak di antara julat had spesifikasi yang telah
ditetapkan?

Perkara-perkara tersebut boleh dipanggil “PUSAT PEMERIKSAAN HISTOGRAM”

Nilai ukuran histogram secara amnya menunjukkan puncak yang berbentuk


simetrik di bahagian tengah dan rendah di bahagian kiri dan kanan.

(2) Cara Menggunakan Histogram

Histogram di gunakan di dalam kes – kes berikut:

 UNTUK MEMAHAMI PROSES PENGELUARAN YANG TIDAK NORMAL


DENGAN MELIHAT TABURAN

Pengumpulan data histogram semasa proses pengeluaran normal sacara amnya


adalah berbentuk simetrik. Walau bagaimanapun kadang kala terdapata bentuk
yang tidak normal seperti data berbentuk pulau terasing atau bentuk tebing . Oleh
itu, kita boleh mengetahui jenis ketidaknormalan yang berlaku dalam proses
pengeluaran dengan melihat kepada bentuk histogram.

 UNTUK MEMERIKSA SAMA ADA KELUARAN BERADA DI DALAM HAD


PIAWAI
Kita dapat mengetahui bilangan kecacatan yang berlaku apabila kita telah
menetapkan had piawai atau nilai sasaran di dalam histogram. Dalam kes ini,
adalah mustahak untuk memerhatikan dengan teliti dan mencari sama ada masalah
itu disebabkan oleh nilai min atau sisihan piawai. Seterusnya, dilaksanakan
tindakan pembetulan yang bersesuaian.

 UNTUK MEMERIKSA PENYEBAB SERAKAN DAN BIAS

Kita dapat mengetahui penyebab serakan dan bias apabila kita melukis dan membandingkan
perbezaaan data histogram yang telah diklasifikasikan mengikut peralatan, bahan, pekerja, kaedah
operasi dan sebagainya. Melalui stratafikasi, kita dapat memahami penyebab kepada masalah, iaitu,
sama ada dalam proses atau keluaran.

Rajah Jenis Penerangan Berbentuk Titik Pemeriksaan


(a) Jenis Am Bersimitrik dengan Bentuk biasa di dapati
kekerapan tertinggi di
tengah dan kekerapan
menurun ke bahagian tepi.
(b) Jenis bergigi Bentuk bergigi yang Adlah perlu unutk
yang kehilangan kehilangan atau sikat memeriksa samada selang
atau bentuk sikat dengan setiap bar kelas pertengahan telah
mempunyai kekerapan dikira dengan mendarabkan
yang lebih rendah. unit terkecil pengukuran
dengan nilai yang tepat atau
sekiranya terdapat bias
pada diri pengukur.
(c) Jenis menjalar ke Tidak bersimitrik dengan Bentuk ini terjadi apabila
kanan ( jenis min berpindah dari had bawah dikawal secara
menjalar ke kiri) bahagian menurun dengan teori atau oleh nilai piawai,
cerun kiri dari bahagian iaitu semasa pengumpulan
kanan menurun sedikit data tidak dilakukan di
demi sedikit dan berbentuk bawah nilai tertentu. Ini
menjalar. berlaku bila komponen tidak
asli atau bilangan kegagalan
atau kecacatan
menghampiri sifar.
(d) Jenis tebing di Tidak bersimitrik dengan Bentuk ini wujud apabila
kiri (jenis tebing nilai min berpindah ke data dibawah had spesifikasi
kanan) bahagian kiri pusat dikeluarkan setelah
taburan. Bahagian kiri pemilihan keseluruhan
menurun dengan cerun. dibuat. Semak dan
Bahagian kanan secara perhatikan samada terdapat
beransur-ansur menurun pengukuran yang bias atau
dan berbentuk menjalar. pemeriksaan yang salah
atau kesilapan dalam
pengukuran.
(e) Jenis daratan Bentuk daratan wujud Bentuk ini wujud apabila
(Plateau) kerana kekerapan setiap terdapat percampuran
kelas adalah sama. taburan dengan perbezaan
kecil dalam nilai min.
Sediakan pengkelasan
histogram dan seterusnya
buat perbandingan.
(f) Jenis dua puncak Kekerapan yang tertumpu Terdapat dua taburan
di bahagian tengah adalah dengan nilai purata berbeza.
rendah dan terdapat Perbezaaan boleh dilihat
puncak pada kedua-dua apabila pengkelasan
bahagian histogram dibuat bagi kes
yang terdapat perbezaan
diantara dua mesin atau
peralatan yang berbeza.
(g) Jenis pulau Di bahagian kiri atau kanan Jenis ini wujud apabila
terasing histogram biasanya percampuran data yang
terdapat “pulau” yang berkuantiti kecil daripada
berasingan. taburan yang berbeza.
Periksa latarbelakang data
dan pastikan samada
terdapat keganjilan dalam
proses pengeluaran,
kesilapan pengukuran, atau
percampuran data dengan
data proses yang lain dan
sebagainya.
 
 UNTUK MEMERIKSA KESAN PEMBAIKAN MELALUI STRATAFIKASI
SEBELUM DAN SELEPAS PENAMBAHBAIKAN

Apabila tindakan pembetulan untuk masalah telah dilaksanakan melalui aktiviti


kumpulan QC atau pasukan QC, kita boleh memahami kesan penambahbaikan
apabila kita klasifikasi dan bandingkan nilai cirri sebelum dan selepas
penambahbaikan.

http://abdulmuhaimin9.blogspot.com/2010_01_01_archive.html

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN

Definisi JSU ( Jadual Spesifikasi Ujian)

Ia menghuraikan aspek-aspek pencapaian yang hendak diukur serta memberikan


panduan untuk mendapatkan satu sampel item-item soalan.

Kepentingan JSU

· Dapat mengelakkan ujian yang dibina secara sembarangan dan dapat dilakukan
secara terancang dan rapi.

· Dalam JSU, bilangan soalan bagi sesuatu tajuk diberi berdasarkan pentingnya
tajuk atau objektif pelajaran

· Akan menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian.

· Membolehkan ujian yang sama dibina oleh orang lain.

· Dapat menstabilkan taraf dan aras kesukaran ujian dari setahun ke setahun.

· Perbandingan dapat dibuat di antara satu ujian dengan ujian yang lain

Langkah-langkah Penyedian JSU (Jadual Spesifikasi Ujian)

JSU mengandungi maklumat tentang:

· Bentuk dan panjangnya ujian

· Aras kesukaran dan juga aras kemahiran yang diuji

· JSU yang dirancang dengan baik akan menolong dalam penentuan kesahan dan
kebolehpercayaan ujian itu.

· Pembahagian soalan untuk tiap-tiap unit kandungan mesti sama dengan


penegasan yang diberi dalam pengajaran.

· Kepentingan aras mesti bersesuaian dengan kebolehan murid-murid yang akan


diuji.

· Terdapat dua jenis soalan yang boleh digunakan iaitu soalan objektif dan soalan
subjektif.

· Penggubal soalan mesti menentukan jumlah soalan untuk ujian itu.

· Masa mestilah cukup supaya 80% daripada murid-murid dapat menjawab soalan.

Langkah pertama
1. Menyenaraikan tajuk-tajuk yang hendak diuji

2. Mengira jumlah masa bagi setiap tajuk yang diajar.

Langkah dua

1. Menentukan soalan yang ingin dibina. Contohnya; soalan subjektif atau soalan
objektif (bergantung kepada format)

2. Meletakkan jumlah soalan bagi setiap topik.

<!--[if !vml]-->

<!
--[endif]-->

Langkah tiga

1. Menentukan aras kesukaran

2. Menentukan model aras kesukaran model (JSU)

3. Lazimnya JSU mengamalkan Taksonomi Objektif Pendidikan Bloom.

Langkah empat

1. Memastikan jenis ujian yang akan/ hendak diuji.

2. Jenis soalan yang boleh digunakan; ujian objektif, ujian esei, dan lain-lain.
(bergantung kepada format)

Langkah Lima

1. Menentukan bilangan soalan bagi setiap komponen

2. Penentuan aras kesukaran soalan ( soalan mudah kepada soalan susah)

3. Menetapkan pemarkahan.

Langkah enam

1. Menyatakan matapelajaran

2. Tingkatan atau kelas

3. Susunan nombor soalan mengikut tajuk.

DICATAT OLEH ABDUL MUHAIMIN DI 17:28 0 ULASAN

AHAD, 2010 JANUARI 17

ISL Minggu 2

Taksonomi Bloom

 Menitikberatkan aspek kognitif atau pengetahuan


 Bercorak hierarki (tahap rendah ke tahap tinggi)
 Membuat soalan pelbagai aras untuk menguji tahap berfikir pelajar

Tahap Istilah

Pengetahuan Nyatakan,

Ingat kembali, mengenal idea, fakta asas, Terangkan,


definisi teori, hokum, tarikh, peristiwa dll
daripada pembelajaran yang lepas. Namakan,
labelkan

Kefahaman Pilih,

Mengubah kefahaman daripada satu Terangkan,


bentuk kepada satu bentuk yang lain,
menyatakan idea-idea utama dalam ayat Tulis semula.
sendiri, menterjemah, memberi contoh
kepada konsep, menterjemah draf.

Penggunaan selesaikan,

Menggunakan maklumat dalam situasai ramalkan,


yang baru, termasuk menyelesaikan
masalah menggunakan prinsip, kaedah, cari,
hukum, teori, formula. Bina graf daripada kesilapan,
data, dll.
bina alat.

Analisis Bezakan,

Sesuatu yang kompleks dipecahkan pasti,


kepada yang kecil, bezakan fakta daripada
pendapat, kaitan kenal di antara pilih.
bahagian, kenali struktur organisasi.

Sintesis Bina,

Menyepadu, mencantum idea menjadi hasilkan,


satu, usaha tersendiri, menyelesaikan
masalah, membuat ramalan, membuat susun,
klasifikasi. kembangkan.

Penilaian Pilih,

Membuat pertimbangan termasuk berikan alasan,


memberi rasional atas alasan dalaman
atau luaran, menafsir dan mengkritik. kritikan,

buktikan.

Taksonomi Kognitif Bloom (1956)

Domain Krathwohl
Krathwohl dan rakan-rakan, (1964) adalah antara penyelidik yang julungkali
menggunakan terminologi ‘afektif’ (affective) dalam memperkenalkan satu lagi
domain penting dalam hidup manusia. Ia digunakan sebagai satu lagi objektif
pengajaran di samping aras-aras yang terdapat dalam domain kognitif yang telah
diperkenalkan oleh Bloom dan rakan-rakan pada tahun 1956. Krathwohl
mengkategorikan domain afektif sebagai terdiri daripada; penerimaan (receiving),
tindak-balas (responding), menilai (valuing), menyelaraskan sistem nilai
(organizing a value set), dan mengamalkan sesuatu mengikut sistem nilai yang
kompleks (characterizing by value complex).
<!--[if !supportLineBreakNewLine]-->
<!--[endif]-->

Diasaskan oleh, David R. Krathwohl

 Merupakan bidang berhubung dengan perasaan, emosi dan sikap.

 Guru harus berkebolehan menggunakan unsur afektif untuk mewujudkan


satu suasana pembelajaran yang baik.

 Pembelajaran dapat dijalankandengan berkesan dengan adanya murid


yangmdapat membentuk sikap positif.

<!--[if !supportLineBreakNewLine]-->
<!--[endif]-->

PENERIMAAN

 Berhubung dengan kemahuan pelajar untuk memberi perhatian.

 Tindakan pelajar mencerminkan satu kesedaran atau perhatian terhadap


ransangan dan peristiwa atau persekitaran yang berhubung dengan domain
afektif.

 Konteks pengajaran menekankan kepada kebolehan mendengar,


menanyakan soalan, mengenal bahagian-bahagian ayat dan menjawab
dengan lengkap.
Terdapat tiga perkara berhubung dengan aras ini iaitu:

1. Kesedaran - pelajar dikatakan sedar dengan objek atau peristiwa jika berlaku
semasa kehadiran mereka.
2. Kesudian untuk menerima - sesuatu pengajaran harus disampaikan di dalam
satu suasana atau keadaan yang bermakna dan menarik.

3. Perhatian yang terkawal atau terpilih – pelajar membezakan keseluruhan


keadaan kepada 2 bahagian atau kepada bahagian-bahagian komponen dan
kemudian memilih satu daripda aspek tertentu dan terus memberi perhatian

<!--[if !supportLineBreakNewLine]-->
<!--[endif]-->

GERAK BALAS

 Melibatkan diri secara aktif terhadap sesuatu dan mendapat kepuasan


daripadanya.

 Pada aras ini, pelajar bersedia dan rela untuk membuat reaksi yang mudah
terhadap sesuatu objek atau situasi.

<!--[if !supportLineBreakNewLine]-->
<!--[endif]-->

MENILAI

 Pada peringkat ini perlakuan adalah didasarkan atas konsep dan prinsip yang
telah dinuranikan sehingga menjadi kepercayaan.

 Perlakuan cenderung menjadi konsisten walaupun dalam keadaan yang


berbeza jika kepercayaan itu boleh dipratikkan.

<!--[if !supportLineBreakNewLine]-->
<!--[endif]-->

ORGANISASI
 Membawa maksud membentuk sesuatu sistem nilai.

 Apabila lebih daripada satu nilai dinuranikan maka membolehkan beberapa


nilai digunakan.

 Pelajar terpaksa membina beberapa hubungan dan keutamaan di antara


nilai-nilainya.

DICATAT OLEH ABDUL MUHAIMIN DI 05:49 0 ULASAN

SABTU, 2010 JANUARI 09

ISL Minggu 1

PENILAIAN

Penilaian membolehkan kita membuat anggaran, sama ada matlamat yang telah
ditetapkan tercapai atau tidak. Penilaian juga sebagai satu cara untuk mendapatkan
bukti yang tepat tentang sesuatu perkara. Penilaian dapat menyelesaikan masalah
tentang pencapaian matlamat yang telah ditetapkan seperti menguasai kemahiran
membaca, menulis dan mengira (3M) di kalangan murid sekolah rendah.

Penilaian boleh dianggap sebagai proses membuat pertimbangan atau keputusan


dalam memberikan nilai, mutu, kualiti atau harga bagi sesuatu benda atau perkara.
Stufflebeam et al.(1971:xxv) menyatakan nilai sebagai "proses delineating,
mencari dan memberikan maklumat yang berguna dalam mempertimbangkan
alternatif-alternatif keputusan"

Gay (1985) berpendapat bahawa "penilaian adalah satu proses yang sistematik
semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu
objektif yang telah ditetapkan itu tercapai". Ini seterusnya membolehkan guru
membuat pertimbangan atau keputusan yang telah berhubung pengajaran dan
pembelajaran.

Popham (1975) menyatakan penilaian yang sistematik perlu mempunyai satu


tafsiran yang formal tentang nilai fenomena pendidikan.

Secara menyeluruh, penilaian pendidikan mencakupi aspek-aspek hasil pengajaran


dan pembelajaran dan juga hasil program pengajian berbanding matlamat asalnya.
Penilaian boleh dibuat dengan menggunakan sama ada maklumat yang berbentuk
kuantitatif, kualitatif atau kedua-duanya sekali.

Penilaian meliputi 3 proses utama;

1. Menentukan ukuran
2. Menganalisis ukuran

3. Menyatakan nilai / interpretasi ukuran

Istilah "pentaksiran" digunakan dalam penilaian pencapaian.


Popham (2000) menyatakan istilah-istilah pengukuran, pengujian dan penaksiran
digunakan secara silih berganti dan dianggap sebagai sinonim. Pentaksiran
melibatkan proses membuat keputusan berdasarkan kepada suatu peraturan atau
piawaian. Pentaksiran merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran,
merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan
menterjemahkan maklumat tentang pembelajaran seseorang pelajar bagi sesuatu
tujuan tertentu (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2000). Hasil pentaksiran
dinyatakan salam bentuk skor. Skor mestilah sah dan boleh dipercayai untuk
memastikan keadilan kepada pelajar dan juga untuk mengekalkan kewibawaan
institusi pentaksiran.

PENGUKURAN

Pengukuran bermaksud "suatu proses untuk mendapatkan penjelasan secara


numerik (melalui angka) tentang sebanyak mana pelajar mempunyai sesuatu ciri
yang diukur dengan menggunakan alat tertentu". Secara ringkasnya pengukuran
ialah proses menentukan sejauh mana sesorang memiliki ciri-ciri tertentu.

Pengukuran boleh menentukan tahap prestasi/ciri tertentu seseorang


individu/pelajar mengikut alat yang ditentukan. Pengukuran juga boleh dibuat
tanpa menggunakan pengujian. Pengukuran boleh dianggap sebagai proses untuk
mendapatkan sesuatu ukuran dengan menggunakan kaedah tertentu, manakala
pengujian pula merupakan salah satu daripada kaedah tersebut.

Pengukuran tidak bersifat mutlak. Contohnya, pengukuran keupayaan mental


sesorang sudah tentu lebih sukar diukur secara tepat berbanding ketinggian
fizikalnya. Justeru, sesorang guru perlu menggunakan alat yang tepat bagi
menghasilkan ukuran yang tepat. Jika alat yang digunakan mempunyai kecacatan,
maka sudah pastilah ukuran yang diperoleh juga tidak tepat.

PENGUJIAN

Menurut Cronbach (1970), "Ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk
memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menjelaskannya
dengan bantuan skala bernombor, atau satu sistem yang berkategori".

Kepentingan pengujian bagi mengukur perubahan tingkah laku pelajar dikukuhkan


oleh Milagros 1981, (dipetik dari Raminah, 1991) yang menegaskan bahawa:

"Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan yang


diperlihatkan oleh murid di dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan. Maklumat
yang diperoleh daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau
pengadilan". (Raminah 1991:2)

Pengujian menjelaskan tahap pencapaian prestasi pelajar yang diuji. Proses


pengujian lazimnya bermula dengan peringkat persediaan, diikuti
pelaksanaan/pentadbiran ujian dan berakhir dengan pemeriksaan skrip jawapan.
Melalui pengujian, guru akan mengetahui sama ada pelajar-pelajarnya telah
menguasai pengetahuan, kemahiran atau sikap yang ingin disampaikannya.

Kesimpulannya, hasil pengajaran dan pembelajaran boleh dibuat melalui pengujian,


pengukuran dan penilaian yang tepat.
DICATAT OLEH ABDUL MUHAIMIN DI 10:18 0 ULASAN

Laman utama

Langgan: Catatan (Atom)

PENGIKUT

ARKIB BLOG

 ▼  2010 (3)
o ▼  Januari (3)

 ISL Minggu 3

 ISL Minggu 2

 ISL Minggu 1

MENGENAI SAYA

ABDUL MUHAIMIN
LIHAT PROFIL LENGKAP SAYA

http://stylobmm89.blogspot.com/

PENTAKSIRAN

 Merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti


menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat
tentang pembelajaran seseorang pelajar bagi sesuatu tujuan.

DEFINISI PENTAKSIRAN

 Satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang


produk sesuatu proses pendidikan.

TUJUAN PENTAKSIRAN

 Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran.


 Menilai aktiviti yang dijalankan semasa P&P.

 Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang P&P.

 Memperbaiki proses P&P.

CIRI-CIRI PENTAKSIRAN

 Keobjektifan – ketepatan seseorang pemeriksa memeriksa skrip jawapan.


 Kebolehtadbiran – kelicinan dan kerja-kerja susulan yg dilaksanakan secara berpusat
atau berasaskan sekolah.

 Kemudahtafsiran – maklumat tentang calon berdasarkan skor, mendiskriminasikan


calon, menepati tujuan mengadakan sesuatu ujian dan pentaksiran.

 Kekomprehensifan – mengandungi soalan-soalan yang mewakili semua objektif yang


penting.

PENGUJIAN

DEFINISI

 Tuckman (1975) – ujian ialah satu jenis atau kumpulan alat pengukuran yang biasanya
digunakan untuk mengetahui tentang seseorang.
 Gagne (1970) pual mendefinisikan adalah cara yang sistematik untuk mengukur tingkah
laku seseorang individu (perkaitan dengan pembelajaran)

KEPENTINGAN PENILAIAN DAN UJIAN

a) Mengetahui keupayaan, kemahiran atau pengetahuan asas yang sedia ada pada
murid-murid dalam perkara-perkara yang hendak diajar.
b) Membantu guru mengetahui sejauh manakah murid-murid mereka telah dapat
menguasai atau mempelajari akan apa yang telah disampai.
c) Bertujuan untuk membandingkan pencapaian seseorang pelajar dengan teman-
teman sekelasnya atau dengan peringkat kelas yang sama di sekolah. Ini penting untuk
penilaian perpektif pencapaian atau prestasi seseorang individu.
d) Membandingkan tingkat pencapaian pelajar dalam suatu bidang subjek dengan
bidang lain.

e) Untuk menentukan pelajar yang tinggi keupayaan dan juga yang amat lemah dalam
pencapaian mereka.
f) Untuk membuat jangkaan akan potensi atau bakat pelajar terhadap pembelajaran.
g)Membolehkan guru-guru menilai bahan-bahan dan teknik serta kaedah pengajaran
mereka.

JENIS-JENIS UJIAN BAHASA

a) Ujian pencapaian
b) Ujian penempatan
c) Ujian bakat
d) Ujian diagnostik
e) Ujian formatif
f) Ujian binaan guru

BENTUK-BENTUK UJIAN

A. Ujian Objektif
B. Ujian Subjektif

UJIAN OBJEKTIF

 Ujian yang pendek yang melibatkan proses menandakan, membulatkan, menggariskan,


mengisi tempat-tempat kosong dan lain-lain gerakbalas ringkas.
 Pelbagai jenis item objektif tetapi terdapat satu ciri yang serupa iaitu ia menghidangkan
kepada pelajar tugas yang sangat terkawal dan membataskan jenis tindak balas yang
boleh dibuat.

CIRI-CIRI UJIAN OBJEKTIF

a) Memerlukan pengambil ujian membuat pilihan atau menentukan jawapan-jawapan


yang telah disediakan
b) Dalam ujian jenis ini, banyak masa ditumpukan kepada membaca dan berfikir
c) Kualiti ujian jenis ini juga bergantung kepada kemahiran dan kebolehan penubuhan
bahan ujian
d) Ujian ini dengan tepatnya menerangkan tugas-tugas yang diharapkan daripada
pelajar-pelajar yang boleh menjadi asas nilaian pencapaian kemahiran bahasa pelajar
itu.
e) Keadilan sepenuhnya dalam permarkahan
f) Padat dan ringkas

JENIS-JENIS UJIAN OBJEKTIF

a) Item jawapan pendek


b) Item objektif jenis pilihan
c) Item aneka pilihan
d) Item betul-salah
e) Item padanan
f) Item key list
g) Item aturan terbaik
h) Item objektif Kloz

KEBAIKAN DAN KELEMAHAN

Kebaikan
I. Mempunyai ojektif ujian tugas calon dan asas penilaian yang jelas dan tepat.
II. Tidak menggalakan penipuan.
III. Boleh di skor dengan tepat.
IV.Pemeriksaan boleh dipercayai

Kelemahan
I. Kecendurungkan pelajar untuk meneka.
II.Tidak dapat mengukur keaslian.

UJIAN SUBJEKTIF

• Selalunya dibuat dalam bentuk esei dan pelajar-pelajar diminta membuat huraian yang
tepat dan jelas terhadap soalan-soalan yang diberi.
• Peluang memberi gerka balas terhadap tulisan mereka sendiri.
• Ujian ini meminta calon membuktikan kefahaman terhadap soalan yang dijawab.

CIRI-CIRI

a) Pengambil ujian terpaksa merancang dan seterusnya menghasilkan jawapan dengan


menggunakan kebolehan bahasanya sendiri.
b) Dalam ujian subjektif, pelajar menumpukan banyak masa berfikir dan menulis.
c) Kualiti bentuk ujian jenis subjektif bergantung kepada kemahiran pemarkahan
jawapan.
d) Menjelaskan tugas-tugas yang diharapkan daripada pelajar yang boleh menjadi asas
pencapaian kemahiran bahasa mereka.

JENIS-JENIS

a) Jenis gerak balas terhad


b) Jenis gerak balas lanjutan

KEBAIKAN DAN KELEMAHAN

KEBAIKAN
I. Boleh dibina dengan mudah dan bilangan yang sedikit.
II. Mengurangkan tekaan jawapan.
III. Potensi mengukur keaslian.

KELEMAHAN
I. Nilai potensi diagnostik yang rendah.
II. Pemeriksaan kurang dipercayai.
III. Tidak boleh diskor dengan mesin dan memerlukan orang yang terlatih.

LANGKAH-LANGKAH MEMBINA

a) Menyemak unit-unit yang diajar dan menentukan apa yang harus diuji (Jadual
Penentu Ujian)

b) Menentukan objektif ujian dan menyediakan rangka ujian.


c) Menulis soalan.
d) Mentadbir ujian.
e) Menganalisa keputusan
f) Menilai pengajaran.
g) Menjalankan aktiviti-aktiviti pemulihan.

PENILAIAN

 satu aktiviti atau proses yang brsistematik bagi mendapatkan maklumat yang berguna
bagi menentukan pencapaian sesuatu objektif pengajaran atau pembelajran.
 Terdapat dua proses penilaian iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif.

PENILAIAN FORMATIF

 Untuk mendapatkan maklum balas berhubung dengan kemajuan proses pengajaran


oleh guru dan pembelajaran oleh murid.
 Maklum balas ini akan memberi petunjuk-petunjuk kejayaan p&p serta kelemahan-
kelemahan murid untuk diperbetulkan.

Penilaian Formatif

 Oleh kerana penilaian formatif ini bertujuan untuk membantu dan memperbaiki proses
p&p, keputusan penilaian biasanya tidak digunakan untuk pemeringkatan atau
perbandingan di antara seseorang murid dengan murid lain.
PENIALAIN SUMATIF

 Bertujuan untuk mengesan secara menyeluruh taraf pencapaian murid di akhir sesuatu
pembelajaran.
 Matlamat utama penilaian jenis ini ialah untuk memberi markah atau gred kepada
seseorang murid supaya dapat membandingkannya dengan markah murid lain dalam
kumpulannya.

LANGKAH-LANGKAH PERLAKSANAAN

 Terdapat dua cara melaksanakannya :


1.Informal
-Seperti pemerhatian, soal jawab lisan atau kuiz.
2.Formal
-Seperti ujian pensel dan kertas.
 Dalam ujian pensel dan kertas pelbagai jenis soalan hendaklah digunakan.

 Semua aspek perkembangan murid yang merangkumi bidang-bidang kognitif, efektif


dan psikomotor akan dinilai selaras dengan kehendak komponen-komponen kurikulum.

 Semua aktiviti penilaian hendaklah direkodkan supaya penganalisaan prestasi murid-


murid dapat dibuat dan kerja-kerja susulan dapat dirancangkan.

 Dua jenis rekod perlu disimpan bagi setiap orang murid, iaitu rekod prestasi dan rekod
profail..

DICATAT OLEH FIZ DI 08:37 0 ULASAN

TAKSONOMI DAN DOMAIN

PEMBELAJARAN KENDIRI MINGGU KEDUA

 Taksonomi ialah kajian tentang prinsip, peraturan, dan amalan dalam pengelasan
organisma berdasarkan persamaan dan perbezaaan sifat organisma itu. [Kamus Dewan
Edisi Keempat (2005) ]
 Dalam bidang pendidikan, taksonomi ialah satu model yang biasa digunakan untuk
menganalisa bidang-bidang pendidikan.

 Ia berkaitan dengan objektif-objektif pendidikan yang melibatkan bidang-bidang seperti


pengetahuan, kesikapan dan psikomotor.

 Terdapat tiga domain utama dalam


pendidikan iaitu :-
Ø Domain Kognitif
Ø Domain Afektif
Ø Domain Psikomotor
Ø Domain kognitif melibatkan perkembangan pemikiran pelajar.
Ø Domain afektif melibatkan perkembangan sikap dan nilai pelajar.
Ø Domain psikomotor melibatkan perkembangan kemahiran fizikal pelajar.

DOMAIN KOGNITIF

 Domain kognitif membincangkan pengingatan semula atau pengecaman pengetahuan


dan perkembangan kebolehan intelek dan kemahiran.
 Objektif kognitif berubah-ubah daripada mengingati kembali dengan mudah bahan-
bahan yang telah dipelajari hinggalah kepada menggabung serta mensintesiskan idea
dan bahan baru dengan cara yang asli dan kreatif.

 Domain yang membincangkan pengetahuan seperti mengenal fakta-fakta, perangkaan,


teori-teori dan kefahaman.

 Merupakan domain yang utama berkaitan dengan kebanyakkan perkembangan


pengujian masa kini.

APA ITU TAKSONOMI BLOOM?

 Menitikberatkan aspek kognitif atau pengetahuan.


 Bercorak hierarki (tahap rendah ke tahap tinggi).

 Membuat soalan pelbagai aras untuk menguji tahap berfikir pelajar.

ARAS TAKSONOMI BLOOM


1- Pengetahuan
2- Kefahaman
3- Aplikasi
4- Analisis
5- Sintesis
6- Penilaian

ARAS PENGETAHUAN

 Menguji kebolehan calon mengingat kembali fakta asas istilah, erti, hukum, definisi,
tarikh, tempat dan nama yang telah dipelajari.

 Perkataan yang biasa digunakan dalam soalan berperingkat pengetahuan ialah


namakan, berikan, nyatakan, senaraikan, siapa, apa, bila, mana dan sebagainya.

ARAS KEFAHAMAN

 Menguji kebolehan calon menterjemah, memahami,dan mengintepretasikan fakta asas,


konsep, prinsip atau bahan yang telah dipelajari.

 Perkataan yang biasanya digunakan dalam soalan berperingkat kefahaman ini ialah
terangkan, huraikan, ringkaskan, nyatakan, tukarkan, tuliskan, jelaskan, mengapa dan
sebagai.
ARAS APLIKASI

 Peringkat aplikasi menguji kebolehan calon menggunakan fakta asas, konsep, prinsip
dan kemahiran yang telah dipelajari untuk menyelesaikan masalah.

 Perkataan yang biasa digunakan ialah bagaimana, selesaikan, carikan, kirakan,


gunakan, huraikan dan sebagainya.

ARAS ANALISIS

 Peringkat ini menguji kebolehan calon membuat perbandingan dan menghuraikan


faktor-faktor perbezaan, kesamaan dan perhubungan.

 Perkataan yang biasa digunakan ialah bandingkan, bezakan, menganalisis,


mencerakinkan, mengasingkan, membahagikan dan sebagainya.

ARAS SINTESIS
 Menguji kebolehan calon menggabungkan, mengintegrasikan atau mencantumkan idea-
idea serta mentafsir dan merumuskan hasil yang dianalisis melalui prinsip induksi atau
deduksi.
 Perkataan yang biasa digunakan ialah rumuskan, membuat keputusan, membuat
kesimpulan, bentukkan, ciptakan, rekakan, gubahkan, integrasikan, gabungkan dan
sebagainya.

ARAS PENILAIAN
 Merupakan peringkat tertinggi dan digunakan untuk menguji kebolehan calon
membuktikan mengesahkan, memberi pendapat atau hujah, mengkritik, memberi komen
dan menilai sesuatu penyataan, ciptaan, karya, prinsip, teori dan sebagainya.

APA ITU TOKSONOMI KRATHWOHL?

 Diasaskan oleh, David R. Krathwohl


 Merupakan bidang berhubung dengan perasaan, emosi dan sikap.

 Guru harus berkebolehan menggunakan unsur afektif untuk mewujudkan satu suasana
pembelajaran yang baik.

 Pembelajaran dapat dijalankandengan berkesan dengan adanya murid yang dapat


membentuk sikap positif.

PENERIMAAN
 Berhubung dengan kemahuan pelajar untuk memberi perhatian.
 Tindakan pelajar mencerminkan satu kesedaran atau perhatian terhadap ransangan dan
peristiwa atau persekitaran yang berhubung dengan domain afektif.

 Konteks pengajaran menekankan kepada kebolehan mendengar, menanyakan soalan,


mengenal bahagian-bahagian ayat dan menjawab dengan lengkap.

Terdapat tiga perkara berhubung dengan aras


ini iaitu :
(a) Kesedaran - pelajar dikatakan sedar dengan objek atau peristiwa jika berlaku
semasa kehadiran mereka.
(b) Kesudian untuk menerima - sesuatu pengajaran harus disampaikan di dalam satu
suasana atau keadaan yang bermakna dan menarik.
(c) Perhatian yang terkawal atau terpilih – pelajar membezakan keseluruhan keadaan
kepada 2 bahagian atau kepada bahagian-bahagian komponen dan kemudian memilih
satu daripda aspek tertentu dan terus memberi perhatian

GERAK BALAS

 Melibatkan diri secara aktif terhadap sesuatu dan mendapat kepuasan daripadanya.

 Pada aras ini, pelajar bersedia dan rela untuk membuat reaksi yang mudah terhadap
sesuatu objek atau situasi.

MENILAI
 Pada peringkat ini perlakuan adalah didasarkan atas konsep dan prinsip yang telah
dinuranikan sehingga menjadi kepercayaan.
 Perlakuan cenderung menjadi konsisten walaupun dalam keadaan yang berbeza jika
kepercayaan itu boleh dipratikkan.

ORGANISASI
 Membawa maksud membentuk sesuatu sistem nilai.
 Apabila lebih daripada satu nilai dinuranikan maka membolehkan beberapa nilai
digunakan.

 Pelajar terpaksa membina beberapa hubungan dan keutamaan di antara nilai-nilainya.

PERWATAKAN

 Pelajar mematuhi sesuatu sistem nilai


 Sanggup mengamalkannya sebagai satu cara hidup.

DICATAT OLEH FIZ DI 08:25 0 ULASAN

Langgan: Catatan (Atom)

SATURDAY, JULY 4, 2009

Perbezaan pengujian, pengukuran dan penilaian

Pengujian

Pengertian: Proses menentukan perubahan tingkah laku.


Tujuan : Menentukan pencapaian pelajar dalam sesuatu pembelajaran
Kegunaan : Untuk menempatkan pelajar-pelajar dalam kumpulan yang sesuai
Bentuk : Pemerhatian, ujian, lisan dan bertulis
Masa : Selepas sesuatu atau beberapa pelajaran
Proses perlaksanaan :
1-Persediaan ujian
2.Pentadbiran
3.Pemeriksaan

Pengukuran
pengertian : Proses menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan di antara pelajar.
Tujuan : Membuat perbandingan pencapaian dan kedudukan di antara pelajar dalam
penguasaan pembelajaran
Kegunaan : Untuk pengelasan, pensijilan dan menempatkan pelajar dalam jurusan yang
sesuai dan untuk penyelidikan
Bentuk : Ujian bertulis dengan markah dan gred
Masa : Selepas beberapa pelajaran
Proses :
1. Proses pengujian
2. Merekod markah/gred

Penilaian
pengertian : Proses membuat analisis dengan mentafsir hasil pengukuran.
Tujuan :Memberi maklumat mengenai pencapaian pelajar, objektif pelajaran, kaedah
mengajar dan kurikulum.
Kegunaan : Untuk membaiki rancangan mengajar, kurikulum, pengesanan punca
kelemahan dan membuat ramalan
Bentuk : Jadual/gred berdasarkan teknik perangkaan.
Masa : Sebelum, semasa dan selepas satu atau beberapa pelajaran
Proses perlaksanaan:
1.Proses pengukuran
2.Proses penganalisisan
3.Proses interpretasi
4.Melapor
5.Tindakan

POSTED BY ASSYIDAH AT 3:38 AM

0 COMMENTS:

Post a Comment
Newer Post Older Post Home

Subscribe to: Post Comments (Atom)

SATURDAY, JULY 4, 2009

pengertian penilaian

Di dalam buku Education Evaluation and Decision Making yang disunting oleh D.Stufflebearn,
penilaian ditakrifkan sebagai proses menentukan, mendapatkan dan memberikan maklumat
yang berguna untuk membuat pertimbangan mengenai tindakan selanjutnya.

Dalam konteks pendidikan, penilaian ialah suatu sistem atau proses yang meliputi
aktiviti=aktiviti mengumpul maklumat tentang strategi dan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran, untuk membuat analisis dan keputusan dengan tujuan mengambil tindakan yang
sewajarnya, seperti merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran selanjutnya dengan cara
yang lebih berkesan.

Prosedur penilaian
5 peringkat iaitu:
1. Peringkat persediaan ujian
2. Peringkat pentadbiran ujian
3. Peringkat pemeriksaan dan pengukuran
4.Peringkat analisis
5.Peringkat interprestasi dan tindakan

SATURDAY, JULY 4, 2009

pengertian pengujian

Mengikut R.M Gangne dalam bukunyona The Condition of Lerning, pengujian


ialah suatu cara yang sistematik untuk mengukur perubahan tingkah laku
seseorang individu. Di dalam sesebuah kelas, pengujian ini digunakan untuk
mengukur perubahan tingkah laku yang berkaitan dengan aktiviti
pembelajaran pelajar-pelajar. Ia merupakan sebagai sesuatu alat pengukuran
dengan tujuan mendapat maklumat tentang pencapaian pelajar-pelajar
daripada pelbagai bidang kognitif, psikomotor atau afektif.

Pengujaian ini memerlukan pelajar menunjukkan secara eksplisit, seperti


menjawab secara lisan atau bertulis atau mendemonstrasikan, perubahan
tingkah laku berkaitan dengan perkara-perkara yang telah dipelajarinya. Oleh
itu, di dalam proses pengujian, pemerhatian dan ujian formal biasanya
digunakan sebagai alat pengukuran.
Proses pengujian lazimnya dimulakan dari peringkat persediaan, diikuti
dengan peringkat perlaksanaan (pentadbiran) dan diakhiri dalam peringkat
pemeriksaan. Melalui proses pengujian ini, seseorang guru akan mengetahui
sama ada pelajar-pelajarnya telah berjaya menguasai kemahiran atau
memperolehi ilmu pengetahuan yang telah dipelajari.

http://janalujianajana.blogspot.com/2009/07/jadual-spesifikasi-ujian-jsu.html

KHAMIS, 2009 JULAI 23

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)


MINGGU 3

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)

 Penggubalan sesuatu kertas ujian perlu mengikut spesifikasi ujian yang ditetapkan.
 Beberapa pertimbangan perlu dibuat, seperti ujian yang hendak ditadbirkan sebaiknyamewakili
keseluruhan sukatan pelajaran, yang mungkin merangkumi komponen pengetahuan, kemahiran
dan sikap yang telah ditetapkan.

 Pertimbangan ini dibuat untuk memastikan para pelajar diuji dengan menggunakan soalan yang
relevan dengan sukatan pelajaran/objektif pengajaran.

 Pengubalan kertas ujian perlu mengikuti pelbagai proses, termasuk penyediaan JSU, membuat
ujian rintis dan memurnikan item ujian.

 Akhir sekali, sebelum ujian tersebut ditadbirkan, item-item ujian hendaklah dinilai oleh pakar mata
pelajaran tertentu.

 Keseluruhan proses ini boleh membantu untuk memastikan kualiti item ujian dari segi
kebolehpercayaan, kesahan, dan seterusnya, pengukuran yang adil (Hale, 1980).

 Menurut Kubiszyn dan Borich (2003), JSU (Test Specification Table) adalah carta dua hala yang
mengaitkan objektif pengajaran dengan kandungan pengajaran.

 Lajur carta ini menyenaraikan objektif-objektif pengajaran, sementara baris carta ini pula
menyenaraikan konsep-konsep utama yang diajar dan ingin diukur.

 Dengan demikian, JSU boleh menjadi panduan kepada guru tentang sukatan pelajaran yang
perlu diajar dan objektif pengajaran yang perlu dicapai pelajar.

 Dari segi pembinaan item ujian pula, JSU akan menjadi panduan kepada guru supaya item-item
yang dibina merangkumi semua kandungan pengajaran daripada awal hingga akhir. Dengan
demikian, JSU seharusnya dibina seawal mungkin, misalnya sebelum kita memulakan
pengajaran.

Langkah Pembinaan JSU:

Dalam pembinaan JSU, anda perlu membuat empat langkah, iaitu:


(1) mengkaji sukatan pelajaran,
(2) menganalisis objektif pengajaran,
(3) menentukan jenis soalan, dan
(4) menentukan bilangan soalan.

1. Mengkaji Sukatan Pelajaran

Anda perlu mengkaji sukatan pelajaran untuk memperoleh maklumat yang menyeluruh tentang kurikulum
yang telah dibina.
Kandungan sukatan pelajaran perlu dianalisis untuk menentukan kepentingan tiap-tiap tajuk
kandungannya.
Antara aspek-aspek yang dikaji ialah:
1. skop dan kedalaman pengajaran bagi sesuatu tajuk;
2. pendekatan yang telah diambil dalam pengajaran sesuatu tajuk;

3. kepentingan bandingan di antara satu tajuk dengan tajuk-tajuk lain;

4. kompleksiti sesuatu tajuk; dan


5. masa pengajaran yang diperuntukkan bagi sesuatu tajuk.

2. Menganalisis Objektif Pengajaran

 Di samping mengkaji sukatan pelajaran, objektif pengajaran dianalisis untuk menentukan


pengetahuan dan kemahiran yang perlu diuji dan pada tahap kesukaran mana ia perlu diuji.
 Lazimnya aras pengetahuan dan kemahiran diasaskan kepada pembahagian yang dibuat oleh
Bloom dan rakan-rakannya, seperti yang dijelaskan dalam tajuk sebelum ini.

 Maklumat-maklumat di atas adalah amat penting kepada penggubal kertas ujian dan pembina
soalan ujian untuk menentukan jenis dan bilangan soalan yang perlu dibina.

Berdasarkan penganalisisan inilah JSU dibina.


Lazimnya JSU mengandungi dua paksi utama, iaitu:

i. Paksi Kandungan
ii.Paksi Objektif Pengajaran

Kandungan Pengetahuan
• Tajuk
• Tajuk kecil
Objektif Kognitif

Kandungan Kemahiran
• Tajuk
• Tajuk kecil
Objektif Psikomotor

Kandungan Afek/Perasaan
• Tajuk
• Tajuk kecil
Objektif Afektif

 Kedua-dua paksi ini akan mewujudkan sel-sel yang perlu diisi dengan pemberatan soalan, yang
dipertimbangkan dari segi kepentingan kandungan/tajuk/tajuk kecil, yang biasanya ditunjuk
dengan menggunakan bilangan soalan.

3. Menentukan Jenis Soalan

 Bagi menentukan jenis soalan yang sesuai, kita perlu terlebih dahulu menentukan domain objektif
pengajaran (kognitif, psikomotor, afektif atau sosial) dan peringkat objektif pengajaran yang ingin
diukur.
 Misalnya, jika kita ingin mengukur domain kognitif bagi mata pelajaran Bahasa Melayu bagi tajuk
“Struktur ayat” pada peringkat “Aplikasi”, maka jenis soalan yang sesuai ialah soalan jenis
“Objektif” yang berbentuk “melengkapkan ayat” atau soalan jenis “Subjektif” yang berbentuk
“menggubal ayat-ayat”.

 Jenis-jenis soalan/item dan cara membinanya akan dijelaskan dengan lebih lanjut kemudian.

4. Menentukan Bilangan Soalan

 Jumlah soalan harus mencukupi untuk mewakili kandungan pengajaran, domain objektif
pengajaran dan peringkat objektif pengajaran yang hendak diukur.
 Jumlah soalan adalah penting kerana ia mempengaruhi kebolehpercayaan dan kesahan sesuatu
ujian.

 Secara ringkasnya, kebolehpercayaan ujian bermaksud keupayaan sesuatu ujian memberi


markah yang sama, sekiranya pelajar menjawab semula ujian tersebut.

 Kesahan ujian pula bermaksud keupayaan sesuatu soalan mengukur apa yang ujian itu ingin
mengukur.

 Perkara-perkara ini akan dijelaskan dengan lebih lanjut kemudian.

Kepentingan JSU:

JPU yang dibina dengan baik akan membantu penggubal kertas ujian dan Pembina item/soalan ujian.
Antara kepentingannya ialah:

 kertas ujian dapat digubal secara sistematik;


 kesahan dari segi persampelan sukatan pelajaran adalah terjamin;

 taburan soalan mengikut tajuk adalah seimbang;

 ujian meliputi keseluruhan sukatan pelajaran; dan

 aras kesukaran ujian dapat dikekalkan dari tahun ke tahun, walaupun item dibina oleh pembina
lain.

LANGKAH AM PENYEDIAAN ITEM UJIAN:

Terdapat lima (5) langkah am pembinaan item ujian, iaitu menyediakan JPU, menulis item ujian,
menyemak item ujian, menilai item ujian, dan membuat kajian rintis terhadap keseluruhan item.

1. Menyediakan JSU
 Langkah awal dalam pembinaan item ujian ialah menyediakan JSU seperti yang dijelaskan
sebelum ini, iaitu mengkaji sukatan pelajaran, menganalisis objektif pengajaran, menentukan
jenis soalan dan menentukan bilangan soalan.
 Tujuan utama penyediaan JSU ialah supaya item-item ujian yang dibina itu mewakili keseluruhan
kandungan pelajaran mengikut domain dan peringkat objektif pengajaran yang ditentukan
sebelum pengajaran dimulakan.

 Perancangan awal ini dapat menjamin soalan-soalan ujian yang terhasil akan dapat mengukur
pengetahuan, kemahiran atau sikap yang kita ingin pelajarpelajar kita kuasai.

 Objektif pengajaran juga menjadi panduan kepada kita tentang bentuk soalan yang akan
digunakan.

 Sebagai contoh, soalan berbentuk penyelesian masalah perlu dibina sekiranya kita ingin
mengukur keupayaan pelajar kita menyelesaikan masalah matematik.

 Sekiranya kita ingin pelajar memahami kesan sejarah ke atas perpaduan kaum, misalnya,
mungkin soalan subjektif berjawapan panjang adalah lebih sesuai daripada soalan objektif.

 Seterusnya, jika pelajar dikehendaki mengingat tarikh penting dalam sejarah, mungkin soalan
beraneka pilihan/mengisi tempat kosong adalah lebih sesuai.

2. Menulis Item Ujian


 Sebaik sahaja anda siap menyediakan JSU (yang sebaiknya mengandungi jenis dan bilangan
item ujian bagi setiap tajuk dan objektif pengajaran), anda telah bersedia untuk membina/menulis
item-item ujian.
 Walaupun terdapat bentuk item ujian, seperti item beraneka pilihan (multiple-choice item), item
mengisi tempat kosong (fill-in-the-blank item), item berjawapan pendek (short-answer item), item
betul-salah (true-false item), item padanan (matching item) atau item esei (essay item), terdapat
beberapa prinsip pembinaan item yang sama, yang boleh digunakan untuk menulis item-item ini.

Prinsip-prinsip tersebut dijelaskan dalam bahagian berikut.

a. Arahan menjawab bagi setiap item hendaklah ringkas dan mudah difahami pelajar, misalnya, “Sila
isikan ruang kosong dalam soalan berikut dengan satu perkataan sahaja”.
b. Menggunakan bahasa yang mudah dan jelas supaya pelajar dapat memahami maklumat dalam soalan
dan juga kehendak soalan tersebut, yang seterusnya akan membantu pelajar memberi jawapan seperti
yang dikehendaki oleh soalan.
c. Membina item yang memerlukan jawapan berkaitan pengetahuan/kemahiran yang spesifik daripada
tajuk pengajaran tertentu, dan bukannya berbentuk pengetahuan/ kepintaran am.
d. Biasanya, kita meminta pelajar memberi jawapan yang “benar”, tetapi ada kalanya kita meminta
mereka memberi jawapan yang “tidak benar”. Dalam keadaan ini, arahan menjawab hendaklah jelas,
seperti menggunakan huruf besar.
e. Bagi item berkaitan pengiraan atau lukisan, nyatakan unit dan ketepatan ukuran yang dikehendaki.
Contohnya, unit ukuran dalam meter dan tepat kepada dua titik perpuluhan.

3. Menyemak Item Ujian

 Selepas semua item ujian siap ditulis, kita perlu menyemak semula item-item tersebut. Semakan
ini perlu dibuat bagi menentukan perkara-perkara berikut:

a. Arahan menjawab bagi setiap bahagian ujian dan setiap soalan adalah tepat dan mudah difahami
pelajar.
b. Soalan ditulis dengan menggunakan bahasa yang mudah difahami pelajar dan mengandungi
maklumat dan kehendak soalan yang jelas dan mencukupi.
c. Soalan yang dibina mencukupi dan seimbang dari segi kandungan dan objektif pengajaran.
d. Soalan yang diberi, terutama soalan jenis objek, tidak mengandungi petanda (clue) kepada jawapan
yang dikehendaki.

4. Menilai Item Ujian:


 Selepas semua item ujian disemak oleh pembina/penulisnya, item-item ini perlu disemak dan
dinilai oleh pakar mata pelajaran.
 Semakan dan penilaian ini perlu dibuat bagi menentukan perkara-perkara yang hampir sama
dengan apa yang disebut di atas, iaitu:

a. Arahan menjawab dan bahasa yang digunakan dalam soalan adalah mudah difahami pelajar.
b. Soalan dan kehendak soalan adalah jelas dan soalan mengandungi maklumat yang cukup untuk
pelajar menjawabnya.
c. Soalan-soalan yang dibina adalah mencukupi dan semimbang untuk mengukur kandungan dan objektif
pengajaran yang ditetapkan.
d. Jawapan yang diberikan oleh penulis adalah mengikut kehendak soalan dan boleh dijawab dalam
masa yang diperuntukkan.

5. Membuat Kajian Rintis Terhadap Keseluruhan Item


 Selepas semua item ujian disemak dan dinilai oleh pakar mata pelajaran, sebaiknya, kajian rintis
dibuat terhadap keseluruhan item/kertas ujian.
 Kajian rintis di sini bermaksud kajian awal tentang kesesuaian item-item kepada pelajar yang
setara dari segi keupayaan dengan pelajar sasaran.

 Biasanya, kajian rintis tidak dibuat untuk menjaga kerahsiaan ujian.

 Bagaimanapun, kajian rintis perlu dibuat untuk soalan-soalan yang ingin disimpan dalam bank
soalan.

 Kajian rintis begini perlu dibuat bagi menentukan perkara-perkara berikut:

a. Arahan menjawab dan bahasa yang digunakan dalam soalan dapat difahami pelajar dan tidak ada
kesilapan ejaan/istilah yang digunakan.
b. Soalan dan kehendak soalan adalah jelas dan soalan mengandungi maklumat yang cukup untuk
pelajar menjawabnya.
c. Soalan-soalan yang diberikan adalah sepadan dengan kandungan pelajaran yang diajar guru dan tidak
ada soalan yang “terkeluar” daripada kandungan tersebut.
d. Pelajar dapat menjawab soalan-soalan dalam masa yang diperuntukkan mengikut kehendak soalan.

DICATAT OLEH JANA DI 09:09

0 ULASAN:

Catat Ulasan
Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

Langgan: Catat Ulasan (Atom)

Music Playlist at MixPod.com

ABOUT ME

JANA
LIHAT PROFIL LENGKAP SAYA

BLOG ARCHIVE
 ▼ 2009 (10)
o ► Oktober (6)

 MINGGU 10

 MINGGU 9

 MINGGU 8

 MINGGU 7

 MINGGU 6

 MINGGU 5

o ▼ Julai (4)

 PEMBINAAN ITEM OBJEKTIF

 JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)

 TAKSONOMI DAN DOMAINNYA

 Konsep Penilaian, Pengukuran dan Pengujian

PENGIKUT

CARI BLOG INI

Search

powered by

 PENGERTIAN PENILAIAN

 Apakah itu penilaian pendidikan?


 Menurut Stufflebeam (1971), penilaian adalah proses mengenalpasti, memperoleh dan
menyediakan maklumat berguna bagi keputusan mempertimbangkan pilihan-pilihan yang ada
pada kita. <!--[endif]-->

 Penilaian menentukan jurang perbezaan antara “apa yang dihasilkan” dengan “apa yang
dihasratkan” dari sesuatu program pendidikan. <!--[endif]-->

 Penilaian merupakan pertimbangan profesional iaitu proses yang membolehkan seseorang


membuat keputusan.

 Meskipun banyak definisi penilaian pendidikan dikemukakan oleh pakar-pakar seperti


Stufflebeam (1971), Thorndike dan Hagen (1977) dan Kubiszyn dan Borich (1996), pada asasnya
penilaian merupakan suatu proses membuat keputusan yang sistematik melibatkan
pengenalpastian, pemerolehan dan pentafsiran maklumat yang berguna bagi pertimbangan
pilihan-pilihan keputusan berasaskan kepada sesuatu objektif pendidikan. <!--[endif]-->

 Dari segi pengajaran dan pembelajaran, penilaian boleh didefinisikan secara ringkas sebagai satu
proses sistematik untuk menentukan sejauh mana objektif pengajaran dan pembelajaran di dalam
bilik darjah dicapai.

 Definisi penilaian ini membawa maksud objektif pengajaran perlu dikenal pasti terlebih dahulu
sebelum penentuan pencapaian objektif tersebut dibuat berasaskan pertimbangan terhadap bukti
empirikal.

 Bukti empirikal pencapaian biasanya diperoleh secara pengukuran terhadap penguasaan pelajar
dengan menggunakan alat ukur yang dinamakan ujian.

 Namun, perkembangan dalam bidang penilaian menunjukkan banyak cara kita boleh menilai
pengajaran guru.

 Antara pelbagai jenis penilaian yang sering dilakukan di universiti adalah penilaian terhadap
disertasi, projek, kajian kes, portfolio, bengkel, seminar, oral pelajar. <!--[endif]-->

 Bukti empirikal dikumpul secara sistematik berasaskan maklumat sahih, tekal, telus dan boleh
dipertahankan.

 Tanpa bukti empirikal, pertimbangan terhadap pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran
mungkin dibuat berasaskan pendapat iaitu pertimbangan nilai bersifat subjektif, pincang dan
rapuh.

Kuantifikasi dan Kualifikasi Dalam Penilaian <!--[endif]-->

 Penilaian pendidikan membabitkan dua unsur utama iaitu kuantifikasi dan kualifikasi.
 Kuantifikasi menggunakan ujian bagi mengukur kewujudan bukti empirikal penguasaan
pelajar dalam sesuatu kursus yang diajar. <!--[endif]-->
 Kualifikasi menggunakan pertimbangan nilai terhadap bukti empirikal penguasaan
pelajar bagi membuat keputusan sama ada objektif pengajaran dan pembelajaran dicapai
atau tidak.
 Bukti empirikal penguasaan pelajar dalam bentuk skor yang sahih dan boleh dipercayai
sangat diperlukan bagi membuat penilaian. <!--[endif]-->
 Keperluan ini adalah kerana setiap keputusan yang dibuat melibatkan risiko.
 Bukti empirikal membantu kita membuat keputusan dengan risiko yang kecil. <!--
[endif]-->
 Semakin tepat pensyarah mengukur pencapaian pelajar, semakin tepat penilaian guru
terhadap keberkesanan pengajarannya.<!--[endif]-->

PENGERTIAN PENGUKURAN

 Kesahan bukti empirikal yang digunakan bagi penilaian sangat bergantung kepada sejauh
mana pensyarah berupaya mengkuantifikasikan dengan tepat kewujudan atribut atau ciri
penguasaan pelajar yang digunakan sebagai asas penilaian.
 Pentaksiran adalah suatu proses yang meliputi pelbagai kaedah untuk menentukan tahap
sesuatu ciri atau atribut yang diperolehi seseorang individu. <!--[endif]-->
 Pengukuran merupakan suatu proses kuantifikasi dengan memberi nilai angka kepada
kewujudan sesuatu ciri dan atribut. Dalam pengajaran dan pembelajaran di universiti,
kewujudan ciri “penguasaan” sesuatu isi kursus yang diajar oleh pensyarah pada pelajar
dikuantifikasikan dengan memberi skor ujian.
 Penguruan membawa maksud yang lebih luas berbanding pengujian.
 Pengukuran membawa definisi sebagai "suatu proses untuk mendapatkan penjelasan
secara numerik tentang sebanyak mana individu mempunyai sesuatu ciri yang diukur
dengan menggunakan alat tertentu.
 Dalam erti kata lain, pengukuran adalah proses menentukan sejauh mana seseorang
individu miliki ciri-ciri tertentu.<!--[endif]-->
 Pengukuran boleh dibuat tanpa menggunakan pengujian. Sebagai contoh,
kemahiran melukis seseorang boleh di ukur melalui pemerhatian sementara
pengetahuan dan sikap boleh diukur melalui temubual.

PENGERTIAN PENGUJIAN

 <!--[if !supportLists]-->Pengujian merupakan proses mengaturkan satu siri tugasan


untuk diselesaikan supaya pemerhatian tepat dibuat tentang penguasaan pelajar dalam
sesuatu kursus di universiti.
 Ujian adalah alat ukur. Ujian digunakan bagi mengukur ‘penguasaan’ pelajar dalam
sesuatu kursus.
 Ujian mengandungi satu set tugasan (dalam bentuk tugasan) yang berdasarkan sesuatu
kursus bagi merangsang pelajar untuk ‘menunjukkan’ tahap penguasaan mereka dalam
kursus berkenaan. <!--[endif]-->
 Tahap penguasaan pelajar biasanya dikuantifikasikan dengan memberi skor kepada
jawapan yang diberi.
 Pengujian dianggap sebagai proses penyerahan ser soalan yang piawai yang perlu
dijawab atau satu set instrumen bersama satu prosedur yagn sistematik bagi mengukur
sampel tingkah laku atau perubahan seseorang pelajar.
 Memandangkan ujian merupakan alat ukur yang sering digunakan untuk mendapatkan
bukti empirik bagi tujuan penilaian pengajaran dan pembelajaran, tumpuan perlu diberi
bagi membina ujian yang bermutu, mentadbir ujian berkenaan dengan betul dan mentafsir
dapatannya dengan tepat.
 Kita perlu memastikan penilaian terhadap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
dapat dilakukan dengan sempurna dan boleh dipertahankan.
 Satu daripada cara-cara memastikan ini berlaku ialah dengan menjalankan pengujian
yang berkualiti.<!--[endif]-->
 Kesimpulannya, pengesanan hasil pembelajaran dan pembelajaran boleh dibuat melalui
pengujian pengukuran dengan tepat yang dilaksanakan guru dalam bilik darjah.
 Justeru kecekapan guru terhadap kurikulum diajar bagi menjamin keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran,.

Tujuan Pengujian Pengajaran dan Pembelajaran <!--[if !supportLineBreakNewLine]--> <!--[endif]-->


 <!--[if !supportLists]-->Tujuan utama pengujian ialah untuk menghasilkan bukti yang
boleh digunakan bagi membuat penilaian terhadap pengajaran dan pembelajaran di
universiti.
 Penilaian di bilik kuliah dan makmal boleh membantu para pensyarah menambah baik
pengajaran mereka dan pembelajaran pelajar.
 Selain matlamat diagnosis pengajaran dan pembelajaran, skor ujian digunakan
sebagai asas bagi pengredan, pemilihan, penempatan, kaunseling dan bimbingan
pelajar.

<!--[if !supportLineBreakNewLine]--> <!--[endif]-->


Diagnosis
 <!--[if !supportLists]-->Satu daripada tujuan pengujian ialah untuk mendiagnos
kesukaran yang dihadapi dalam pengajaran dan pembelajaran.
 Diagnosis pengajaran diperlukan bagi mengesan sejauhmana pengajaran guru
berkesan.<!--[endif]-->
 Sekiranya berkesan,guru akan lebih yakin untuk meneruskan strategi dan kaedah
pengajarannya.<!--[endif]-->
 Sekiranya tidak berkesan, guru boleh menganalisis dan mengesan kelemahan yang ada
supaya strategi dan kaedah pengajaran guru boleh diubahsuai, diperbaiki dan
dipertingkatkan.
 Diagnosis terhadap pembelajaran pelajar pula diperlukan bagi mengesan sejauhmana
pembelajaran berlaku. <!--[endif]-->
 Sekiranya berkesan, kita boleh meneruskan strategi dan gaya pembelajaran sedia ada.
 Sekiranya tidak berkesan, kita perlu menganalisis dan mengenal pasti apakah kelemahan
yang berlaku supaya strategi dan gaya pembelajaran pelajar boleh diubahsuai, diperbaiki
dan dipertingkatkan.<!--[endif]-->

Pengredan

 <!--[if !supportLists]-->Pengujian juga dilakukan bagi tujuan pengredan pelajar. <!--


[endif]-->
 Guru boleh mengred pencapaian pelajar kepada kategori ‘lulus’ atau ‘gagal’, ‘lemah’,
‘sederhana’ atau ‘cemerlang’ atau gred ‘A’, ‘B’ ‘C’, ‘D’ atau ‘E’.
 Melalui pengredan pelajar, kita boleh memberitahu ibu bapa dan pihak berkaitan tentang
prestasi akademik pelajar khususnya berbanding dengan prestasi pelajar lain.
 Dengan adanya maklumat gred, Guru dan ibu bapa boleh memainkan peranan membantu
dan seterusnya melibatkan diri dalam proses pendidikan pelajar.
 Rangsangan luaran seperti penghargaan, nasihat, sokongan, bantuan dan kerjasama dari
pihak-pihak yang terbabit dengan pendidikan pelajar khususnya ibu bapa sangat penting
bagi meransang kemajuan dan pembangunan pelajar di universiti.<!--[endif]-->

Pemilihan dan Penempatan <!--[endif]-->


 Penilaian adalah penting sebelum pengajaran dan pembelajaran kerana guru perlu
meninjau sejauh manakah pelajarnya mengusai pengatahuan dan kemahiran asas kepada
tajuk yang diajar.
 Misalnya, seseorang guru Bahasa Melayu yang akan mengajar pelajar bukan penutur asli
Melayu, perlu mengetahui aspek pengetahuan dan kemahiran manakah yang telah mereka
kuasai,seperti tatabahasa, perbendaharaan kata dan sebagainya. <!--[endif]-->
 Maklumat ini penting untuk guru membuat keputusan dalam menentukan peringkat yang
bersesuaian untuk memulakan pengajaran.<!--[endif]-->
 Selain itu, guru perlu memilih pelajar untuk dikelompokkan dalam sesautu kumpulan
berasaskan tahap penguasaan mereka. <!--[endif]-->
 Sekiranya penguasaan mereka berbeza, guru perlu menempatkan mereka
mengikut keperluan mereka yang berbeza-beza itu.

<!--[if !supportLineBreakNewLine]--><!--[endif]-->
Kaunseling dan Bimbingan

<!--[endif]-->
 <!--[if !supportLists]-->Keputusan dan skor ujian boleh digunakan untuk membantu
pelajar supaya berdaya maju.
 Berasaskan keputusan ujian, para guru boleh membantu pelajar mengenal pasti
kelemahan dan kekuatan masing-masing supaya program dan tindakan intervensi
dilakukan bagi memperbaiki keadaan pelajar.
 Keputusan ujian juga membantu guru untuk memberi khidmat bimbingan.
 Penilaian yang dijalankan dari masa ke masa dapat meningkatkan motivasi pelajar untuk
belajar lebih gigih bagi mendapatkan pencapaian terbaik mereka.
 Pelajar yang mendapat keputusan cemerlang akan terus berusaha untuk mengekalkan
prestasi mereka. <!--[endif]-->
 Sebaliknya pelajar yang lemah akan dapat mengenalpasti kelemahan mereka dan
berusaha memperbaiki kelemahan mereka.

DICATAT OLEH JANA DI 07:18

0 ULASAN:

Catat Ulasan

Catatan Terbaru Laman utama

You might also like