Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

KEUNGGULAN SISTEM PENTADBIRAN DAN UNDANG-UNDANG SEBELUM

KEDATANGAN BARAT

Sistem Pentadbiran dan Undang-undang Sebelum Kedatangan Barat mempunyai identitinya


yang tersendiri. Kita sebagai pemuda anak tanah air perlulah tahu tentang Keunggulan Sistem
Pentadbiran dan Undang-undang Sebelum Kedatangan Barat. Terdapat beberapa yang dapat kita
rungkaikan tentang perkara ini.

Antaranya ialah, sistem pembesar berempat yang terdiri daripada Bendahara, Penghulu
Bendahari, Temenggung dan Laksamana. Setiap jawatan ini telah diberikan tugas yang tersendiri
seperti Laksamana yang mengawal perairan negara. Bendahara pula bertindak sebgaia penasihat
kepada Sultan atau Raja Ketika itu. Manakala Temenggung pula berperanan tentang keselamatan di
darat berlawanan dengan Lakamana yang bertugas di lautan. Dan yang terakhir iaitu Pnghulu
Bendahari yang bertugas untuk mengutip cukai daripada rakyat. Disamping itu, sistem agihan tugas
yang tersusun membolehkan Kesultanan Melayu Melaka menjadi sebuah empayar yang unggul.
Selain itu, sistem undang-undang juga telah diperkenalkan pda msa itu iaitu Hukum Kanun Melaka
yang menjadi panduan kepada rakyat dan Kerajaan yang menggunakannya. Hukum Kanun Melaka ini
juga mengandungi 44 Fasal yang membincangkan antaranya termasuklah jenayah, bidang kuasa
sultan dan pembesar, kekeluargaan dan hal berkaitan dengan ekonomi. Akhir sekali, terdapat satu lagi
undang-undang yang diamalkan iaitu Undang-undang Laut Melaka yang diusahakan oleh beberapa
nakhoda Melaka. Antara nakhoda itu ialah Nakhoda Jenal, Nakhoda Diri dan Nakhoda Sahak.

Kesimpulannya, setiap kerajaan atau emapayar haruslah mempunyai sistem pentadbiran dan
undang-undang yang teratur untuk mengukuhkan lagi empayar yang sedia ada.

You might also like