Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 8

Mengukur Keberkesanan Program Pembelajaran Sepanjang Hayat

Melalui Kursus Pendek Penghasilan Kek :


Satu Tinjauan di Kolej Komuniti Bandar Darulaman

Irmayariani Binti Kamalsha Rahanita Binti Abd Rahman


Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat
Kolej Komuniti Bandar Darulaman Kolej Komuniti Bandar Darulaman
Jitra, Kedah Jitra, Kedah
irkasha_sonsy@yahoo.com.my rahanita@kkbd.edu.my

ABSTRAK Pembelajaran Sepanjang Hayat di Kolej


Komuniti Bandar Darulaman melalui latihan
Kolej Komuniti merupakan salah satu hub dan kemahiran boleh melahirkan usahawan
Program Pembelajaran Sepanjang Hayat kecil seterusnya dapat meningkatkan
dalam menyalurkan pelbagai kemudahan pendapatan isirumah komuniti setempat.
latihan dan kursus kepada masyarakat Kajian juga telah dapat membantu Jabatan
setempat untuk semua peringkat umur. Pembelajaran Sepanjang Hayat Kolej
Kajian ini bertujuan untuk melihat Komuniti Bandar Darulaman mengesan
keberkesanan program Pembelajaran usahawan kecil bagi Penghasilan Kek.
Sepanjang Hayat melalui kursus pendek di
Kolej Komuniti Bandar Darulaman dalam Kata Kunci : Program Pembelajaran
melahirkan usahawan dan seterusnya dapat Sepanjang Hayat, kursus pendek, usahawan,
meningkatkan pendapatan isirumah penghasilan kek, kompetens
komuniti setempat. Skop kajian adalah
terdiri daripada peserta kursus Penghasilan 1.0 PENGENALAN
Kek yang tinggal di sekitar Daerah Kubang
Pasu, Jitra, Kedah. Batasan kajian adalah Laporan Paul Lengrand dari Pertubuhan
bagi kursus yang dijalankan dalam tempoh Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan
10 bulan iaitu dari bulan Februari – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
Disember 2013 dan merangkumi Kursus (UNESCO) dianggap sebagai perintis
Penghasilan Kek sahaja. Kajian ini kepada konsep pembelajaran sepanjang
dilakukan ke atas tujuh (7) kursus yang hayat. Tetapi pembelajaran bentuk ini
terdiri daripada 164 orang peserta program. sebenarnya sangat tidak asing di sisi agama
Instrumen kajian yang digunakan ialah soal Islam. Kewujudan proses pembelajaran
selidik dan temubual. Data dianalisis dengan selagi hayat masih ada berlaku seiring
menggunakan kaedah statistik peratusan dengan kelahiran agama Islam itu sendiri.
untuk menunjukkan keberkesanan kursus Program Pembelajaran Sepanjang Hayat
pendek. Analisis dapatan kajian merupakan pendemokrasian pendidikan
menunjukkan sebanyak 32 % responden yang merangkumi program pemerolehan
telah menjadi usahawan bagi bidang pengetahuan, kemahiran dan kompetensi
Penghasilan Kek dan kesemua usahawan samada secara formal atau tidak formal
baru yang telah dilahirkan iaitu 100% telah berdasarkan pengalaman dan latihan di
dapat meningkatkan pendapatan mereka. tempat kerja. Keperluan serta persaingan di
Oleh itu, kajian mendapati Program sekeliling setiap individu telah mendesak
individu itu untuk memperbaharui dan
mempelbagaikan kemahiran dan Program Pembelajaran Sepanjang Hayat
pengetahuan mereka. yang dijalankan di Kolej Komuniti adalah
bertujuan memberikan khidmat latihan dan
Pelan Induk Pembelajaran Sepanjang Hayat kursus-kursus pendek pada masyarakat
2011-2020 yang dilancarkan Timbalan setempat yang menekankan latihan dan
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kemahiran amali yang telah dirangka,
bertujuan meletakkan agenda Pembelajaran ditawarkan dan dilaksanakan kepada
Sepanjang Hayat sebagai tonggak ketiga komuniti setempat tanpa mengira
pembangunan modal insan negara dengan kaum,agama, jantina, peringkat umur dan
strateginya dijangka meningkatkan kadar latarbelakang pendidikan bagi membantu
penyertaan dalam Pembelajaran Sepanjang tahap kemahiran dan sosio-ekonomi mereka.
Hayat. Dengan adanya latihan dan kursus-kursus
pendek ini, Kolej Komuniti adalah satu
Objektif pelaksanaan program Pembelajaran institusi yang paling hampir dengan
Sepanjang Hayat di Kolej Komuniti adalah: masyarakat setempat dalam membudayakan
program Pembelajaran Sepanjang Hayat.
1. Menganjur dan menyediakan Serta dapat mewujudkan kerjasama dengan
pendidikan sepanjang hayat institusi pendidikan tinggi awam dan swasta,
dalam pembangunan institusi latihan awam dan swasta, agensi
komuniti berpengetahuan (k- kerajaan dan swasta.
communities)
2. Menyediakan latihan untuk Dengan latihan dan kursus-kursus pendek
meningkatkan kemahiran yang dijalankan, Kolej Komuniti berperanan
(up-skilling) dan melatih dalam membantu meningkatkan tahap
semula (re-skilling) untuk ekonomi masyarakat setempat. Kolej
keperluan tenaga kerja Komuniti juga merupakan pemudahcara
setempat. dengan menyediakan latihan dan kursus-
3. Menyediakan rangkaian kursus pendek dengan tenaga pengajar yang
strategik (strategic mempunyai kepakaran masing-masing.
networking) untuk Masalah sosial di kalangan belia juga dapat
pengukuhan aktiviti sosio- dikurangkan dengan adanya pelbagai latihan
ekonomi di kalangan kursus-kursus pendek di Kolej Komuniti.
pelanggan setempat dan
pemegang taruh (stakeholder) Program Pembelajaran Sepanjang Hayat ini
4. Menyediakan kemudahan dan dapat disebarkan dengan mudah pada
perkhidmatan pilihan yang segenap masyarakat setempat seluruh
berpusatkan komuniti. Malaysia melalui 87 buah Kolej Komuniti
seluruh Malaysia. Menteri Pengajian Tinggi,
Program Pembelajaran Sepanjang Hayat Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
merangkumi segala jenis pembelajaran dan berkata, KolejK mempunyai banyak
latihan yang boleh meningkatkan ilmu, kelebihan dalam membantu membudayakan
kemahiran dan kecekapan seseorang. Asas ilmu kerana bilangannya yang banyak,
pelaksanaan program Pembelajaran menawarkan pelbagai program latihan
Sepanjang Hayat di Kolej Komuniti adalah kemahiran, yuran yang murah serta kaedah
ke arah pembangunan modal insan.
pembelajaran yang fleksibel. (Utusan
Malaysia, 03 Mac 2012) Program Pembelajaran Sepanjang Hayat
bukan sahaja bertujuan untuk meningkatkan
Menukar cara berfikir masyarakat produktiviti dan peluang pekerjaan tetapi
khususnya golongan muda yang baru keluar untuk memperkayakan jiwa dan minda
dari pusat pengajian tinggi. Di Jepun melalui ilmu pengetahuan Pembelajaran
misalnya, persepsi mengenai pentingnya Sepanjang Hayat ialah proses pembelajaran
pembelajaran sepanjang hayat telah seseorang secara berterusan sama ada bagi
mewujudkan satu fenomena baru yang tujuan meningkat kemahiran atau
dikenali sebagai “employability fever”. membangunkan kerjaya dalam sesuatu
Golongan mudanya bersikap agresif untuk bidang pekerjaan pada masa sekarang
memiliki kelulusan dalam beberapa bidang mahupun pada masa hadapan dan ia juga
pengajian dan latihan bagi menjamin mereka bermaksud proses pembelajaran seseorang
mendapatkan lebih peluang pekerjaan yang bagi meningkatkan ilmu pengetahuan tidak
mereka minati. akan berakhir apabila seseorang itu
meninggalkan alam persekolahan, ianya
Kementerian Pengajian Tinggi telah adalah proses sepanjang hayat. Sehubungan
merumuskan rangka tindakan bagi dengan itu, pada tahun 2004, kabinet
membudayakan PSH 2011-2020 selaras mahukan supaya 34 buah Kolej Komuniti di
dengan usaha kerajaan bagi mencapai status seluruh negara dijadikan sebagai hub
ekonomi berpendapatan tinggi. Rangka Pembelajaran Sepanjang Hayat. (Buku
tindakan itu adalah berdasarkan kajian yang Maklumat Kolej Komuniti KPTM, 2008)
dijalankan mengenai keperluan modal insan
yang cekap, berkemahiran dan Kerajaan telah memperuntukkan sejumlah
berpengetahuan melalui inisiatif PSH. dana yang besar untuk tujuan ini manakala
Antara strategi dalam rangka tindakan itu Kolej Komuniti pula perlu menyediakan
adalah bagi menyediakan sokongan prasarana dan tenaga pengajar untuk
kewangan yang mencukupi bagi menyemai melaksanakan program ini.
Pembelajaran Sepanjang Hayat sebagai cara Walaubagaimanapun, adakah hasil dari
hidup dan meningkatkan mekanisme dan latihan dan kemahiran yang diberikan dalam
infrastrusktur bagi memudahkan PSH dan program ini berkesan dan berjaya
berharap ia akan bertindak sebagai satu melahirkan usahawan kecil dalam kalangan
dasar dan panduan pelaksanaan inisiatif PSH komuniti setempat. Kajian ini adalah untuk
bagi dekad akan datang. mengetahui sejauh mana kesan hasil dari
Oleh itu, peluang Program Pembelajaran program Pembelajaran Sepanjang Hayat
Sepanjang Hayat ini perlulah dimanfaatkan samada ianya memberi impak atau tidak
sepenuhnya oleh rakyat Malaysia sesuai menepati objektif pelaksanaan program.
dengan saranan Timbalan Perdana Menteri, Tumpuan terhadap kewujudan usahawan
Tan Sri Muhyiddin Yassin yang baru adalah merupakan keutamaan kajian
menggalakkan rakyat Malaysia supaya ini. Diharap kajian ini akan dapat membantu
sekurang-kurangnya memiliki satu Kolej Komuniti Bandar Darulaman dan
kemahiran tambahan untuk meningkatkan JPKK dalam menjejaki bakal-bakal
pendapatan dan menjadi tenaga kerja yang usahawan dan melihat keberkesanan
setanding di negara maju. program Pembelajaran Sepanjang Hayat.

2.0 PERNYATAAN MASALAH


3.0 OBJEKTIF KAJIAN hingga Disember 2013 iaitu seramai 164
orang dari tujuh (7) kursus yang ditawarkan
Objektif kajian ini adalah mengenalpasti :- di Kolej Komuniti Bandar Darulaman.

1) Sejauh mana program 5.3 INSTRUMEN KAJIAN


Pembelajaran Sepanjang Hayat
di Kolej Komuniti Bandar Instrumen kajian yang digunakan adalah :-
Darulaman dapat membantu
melahirkan usahawan dalam i. Temubual ( survey )
bidang Penghasilan Kek.
ii. Borang Soal Selidik :
2) Sejauh mana peningkatan Merangkumi dua (2)
pendapatan usahawan dalam bahagian iaitu:
bidang Penghasilan Kek yang a) Bahagian A –
dilahirkan melalui program Latarbelakang
Pembelajaran Sepanjang Hayat responden
di Kolej Komuniti Bandar b) Bahagian B -
Darulaman. Soalan berkaitan
kajian
4.0 KEPENTINGAN KAJIAN
6.0 DAPATAN KAJIAN
Diharap dapatan kajian ini dapat membantu
Kolej Komuniti Bandar Darulaman dan Maklumat kajian diperolehi apabila
JPKK dalam mengukur keberkesanan kursus maklumat responden dikumpul dari bulan
Penghasilan Kek yang dijalankan dalam Februari hingga Disember 2013. Maklumat
mencapai objektif iaitu membudayakan PSH diperolehi melalui borang pendaftaran
dalam meningkatkan ilmu dan kemahiran peserta kursus yang mempunyai maklumat
yang diperlukan oleh komuniti. lengkap responden ( meliputi nama, nombor
telefon, alamat, umur, pendidikan dan
5.0 METODOLOGI KAJIAN sebagainya ). Maklumat ini digunakan untuk
menganalisis tujuan responden hadir
5.1 SKOP KAJIAN berkursus (samada untuk kegunaan sendiri
Skop bagi kajian ini adalah atau berniaga) dan jumlah pendapatan
mengenai penyertaan komuniti setempat di responden. Berdasarkan maklumat tersebut
sekitar kajian dilakukan dengan menelefon
Kolej Komuniti Bandar Darulaman responden untuk mendapatkan maklumat
iaitu Daerah Kubang Pasu yang berkursus samada mereka memulakan perniagaan
dalam kursus Penghasilan Kek dalam (menerima tempahan) dan terdapat
tempoh 10 bulan iaitu dari bulan peningkatan pendapatan selepas menghadiri
Februari hingga bulan Disember kursus. Maklumat disimpan dan temubual
2013. (survey ) mula dijalankan pada 03 Februari
hingga 24 Februari 2014 oleh pengkaji.
5.2 POPULASI Berikut adalah jumlah kursus dan bilangan
peserta sepanjang bulan Februari hingga
Populasi kajian adalah semua peserta Disember 2013 seperti Jadual 2 di bawah :-
kursus Penghasilan Kek dari bulan Februari
Jadual 2 : Bilangan Peserta Kursus peningkatan pendapatan mereka selepas
Penghasilan Kek Februari – menghadiri kursus tersebut.
Disember 2013
JUMLAH BIL.PESERTA
BI BULAN KURSUS
KURSUS
L
1 Februari 1 22
2 Mac 1 23
3 April 2 44
4 Mei 1 24
5 Jun 0 0
6 Julai 0 0
7 Ogos 0 0
8 September 0 0
9 Oktober 0 0
Rajah 2 : Faktor Menghadiri Kursus
10 November 1 24
11 Disember 1 27 Hasil analisis data juga mendapati bahawa
Jumlah 7 164 faktor pendorong minat responden
menghadiri kursus juga menentukan kesan
Analisis data dibuat selepas berjaya kursus tersebut. Berdasarkan Rajah 2 di atas,
menelefon setiap responden. Pengkaji 41% responden berminat menghadiri kursus
menyenaraikan kesemua nama peserta bagi ini bagi memulakan atau mengembangkan
setiap kursus yang disertai. Contoh : Bulan perniagaan mereka. Bagi tujuan untuk
April terdapat 2 kursus, bagi kursus pertama meningkatkan kemahiran di dalam bidang
terdapat 23 orang peserta. Maka setiap 23 Penghasilan Kek ini, terdapat 25%
orang peserta akan disenaraikan nama, responden. Selain itu, hanya 21% sahaja
nombor telefon, apa yang berlaku selepas responden yang menghadiri kursus bagi
berkursus. menambah peluang pekerjaan mereka.
Manakala responden yang menghadiri
kursus Penghasilan Kek untuk memenuhi
masa lapang mereka adalah sebanyak 13%.
Ini menunjukkan pelbagai kemahiran dapat
membantu dalam meningkatkan pendapatan
seseorang walaupun hanya pendapatan
Rajah 1 : Status Pekerjaan Responden sampingan.

Merujuk kepada Jadual 2, jumlah responden


yang hadir kursus Penghasilan Kek di
KKBD adalah seramai 164 orang. Daripada
164 orang itu, Rajah 1 telah menunjukkan
majoriti yang menghadiri kursus
Penghasilan Kek ialah bekerja dengan
peratusan 39%. Manakala penyertaan
daripada responden yang tidak bekerja ialah
sebanyak 31%. Peratusan ini diperolehi
untuk melihat kesan kursus Penghasilan Kek Rajah 3: Kemajuan Responden Selepas
yang dipelajari di KKBD terhadap Menghadiri Kursus
responden yang tidak bekerja dan
Kemajuan responden selepas menghadiri Responden
Peningkatan Pendapatan
kursus adalah penting untuk memastikan (RM)
1 500 - 700
keberkesanan program Pembelajaran
2 100 – 150
Sepanjang Hayat bagi kursus Penghasilan 3 100 – 150
Kek. Selepas dianalisa didapati dari 164 4 150 - 250
orang responden, bilangan yang berjaya 5 350 - 500
menjadi usahawan kecil di rumah adalah 6 400 - 500
seramai 53 orang atau pun 32 % berdasarkan 7 100 - 200
Rajah 3. Responden yang berjaya menjadi 8 350 - 450
9 600 – 700
usahawan dikira berdasarkan aktiviti yang 10 150 - 300
dijalankan oleh responden iaitu daripada 11 400 - 500
tidak mempunyai pekerjaan dan menjadi 12 150 - 250
surirumah sepenuh masa telah berubah 13 100 - 200
menjadi seseorang yang mempunyai kerjaya 14 450 - 600
( menjalankan perniagaan di rumah ) dan 15 150 - 300
mempunyai pendapatan. Manakala sebanyak 16 700 - 1000
17 100 - 250
25% pula mempraktikkan membuat kek dan 18 400 - 600
mampu menghasilkan kek sendiri untuk diri 19 100 - 150
sendiri dan keluarga. Kemajuan mereka 20 200 - 350
yang mempraktikkan kemahiran ini dapat 21 200 - 300
mengurangkan penggunaan wang untuk 22 100 - 200
membeli kek atau menempah pada orang 23 200 - 350
24 500 – 600
lain seterusnya dapat meningkatkan semula
25 400 - 500
pendapatan isirumah. Walaupun jumlah 26 100 - 250
peserta yang menjadi usahawan hanyalah 27 350 - 450
32%, namun ia menunjukkan dalam masa 28 400 - 500
yang singkat program Pembelajaran 29 100 - 250
Sepanjang Hayat mampu melahirkan 30 150 - 300
usahawan kecil. 31 100 - 250
32 200 - 300
Bagi persoalan kajian kedua iaitu adakah
33 250 - 350
pendapatan usahawan dalam bidang 34 100 – 250
penghasilan kek yang dilahirkan melalui 35 100 – 200
program Pembelajaran Sepanjang Hayat di 36 500 – 600
Kolej Komuniti Bandar Darulaman dapat 37 150 – 300
meningkatkan pendapatan isirumah . Jadual 38 700 – 800
berikut menunjukkan terdapat peningkatan 39 200 – 300
40 150 – 300
pendapatan seperti berikut: 41 800 – 1000
42 200 – 350
Jadual 3: Kemajuan Responden Selepas 43 200 – 300
Menghadiri Kursus 44 400 – 550
45 250 – 350
46 100 – 250
47 350 – 500
48 500 – 600
49 150 – 300
50 100 – 250
51 350 – 500
52 400 – 500
53 150 - 250 7.0 PENUTUP

Jadual 3 menunjukkan kesemua usahawan Program Pembelajaran Sepanjang Hayat


yang telah dilahirkan iaitu 100% telah dapat melalui latihan dan kemahiran bagi kursus
meningkatkan pendapatan pendapatan pendek Penghasilan Kek di Kolej Komuniti
mereka. Bandar Darulaman dilihat berkesan. Kajian
telah membuktikan jumlah responden yang
Kiraan ini dibuat secara purata (average) berjaya menjadi usahawan selepas berkursus
iaitu peningkatan pendapatan dalam sebulan adalah seramai 53 orang serta membantu
berdasarkan tiga kadar iaitu RM100 hingga komuniti meningkatkan pendapatan
RM350, RM350 hingga RM700 dan RM700 isirumah. Perkara ini amat membanggakan
- RM1000. Rajah 4, menunjukkan 60% Kolej Komuniti Bandar Darulaman kerana
responden telah berlaku peningkatan mampu melahirkan usahawan Kek dalam
pendapatan pada kadar antara RM100 masa yang singkat, sekaligus telah berjaya
hingga RM350. mengeluarkan mereka dari kepompong
kemiskinan.

8.0 RUJUKAN

Buku Maklumat Kolej Komniti KPTM


(2008). Buku Maklumat Kolej Komuniti.
Bahagian Pengurusan Kolej Komuniti
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
Rajah 4 : Peningkatan Pendapatan
Responden Nor Idalaila Binti Aziz ,Norasmah Binti
Saad & Sofiah Binti Bakar, Kajian Impak
Secara keseluruhan, kajian mendapati Kursus Jahitan Di bawah Program
program Pembelajaran Sepanjang Hayat di Latihan 1Malaysia (PL1M) Di Kolej
Kolej Komuniti Bandar Darulaman melalui Komuniti Bandar Darulaman (2012),
latihan dan kemahiran telah dapat Kolej Komuniti Bandar Darulaman
melahirkan usahawan kecil yang mana
pendapatan bagi usahawan tersebut telah Rahanita Abd Rahman, Rosli Mohd Ariff &
meningkatkan isirumah di kalangan Irmayariani Kamalsha, Mengukur
komuniti setempat iaitu di daerah Kubang Keberkesanan Program Latihan
Pasu. Mengikut Johnston & Parker 1Malaysia Melalui Latihan dan
( 1987 ), “ Asas kekayaan sebenar negara
ialah rakyatnya iaitu sumber manusia yang Rahanita Abd. Rahman, Rosli Bin Mohd.
dilambangkan oleh pengetahuan, kemahiran Ariff & Irmayariani Kamalsha. Mengukur
dan motivasi. Pendidikan dan latihan adalah Keberkesanan Program Latihan 1
sistem asas di mana sumber manusia Malaysia Melalui Latihan dan
sesebuah negara dikekalkan dan Kemahiran Dalam Melahirkan
dipertingkatkan.” 53 orang usahawan telah Keusahawanan Untuk Kluster
dilahirkan daripada 164 orang peserta yang Kemahiran Kulinari : Satu Tinjauan Di
menghadiri kursus pendek Penghasilan Kek Kolej Komuniti Bandar Darulaman.
dan mereka telah berjaya dilahirkan melalui Prosiding Seminar Pengajian Kolej
program ini dalam masa yang singkat.
Komuniti Peringkat Kebangsaan 2011.
( 2011 ) http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=201
2&dt=0303&pub=Utusan_Malaysia&sec=T
Rahanita Abd. Rahman, Irmayariani erkini&pg=bt_06.htm
Kamalsha & Hayati Zakaria.
Keberkesanan Kursus Pemprosessan Mee http://eprints.uthm.edu.my/2434/1/pelaksana
Kuning Di Kolej Komuniti Bandar an_program_pendidikan_sepanjang_hayat.p
Darulaman Dalam Melahirkan Usahawan df
Mee Kuning. Prosiding Seminar
Keusahawanan Kebangsaan Kolej Komuniti http://www.scribd.com/doc/133090077/Pres
2012 ( 2012 ). entationPUAN-ZAITON-1

http://www.kkbba.edu.my/index.php?option http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
=com_content&view=article&id=75:kepenti y=2012&dt=0303&pub=Utusan_Malaysia&
ngan-pembelajaran-sepanjang- sec=Terkini&pg=bt_06.htm
hayat&catid=47:jabatan-pembelajaran-
sepanjang-hayat-jpsh&Itemid=40

http://www.bharian.com.my/articles/Kadarp
enyertaanpembelajaransepanjanghayatdijang
kanaik_TPM/Article/

You might also like